Sunday, October 21, 2012

Beberapa penjelasan tentang Syiah

1)Jika anda tetiba mendengar sebuah hadis tentang keistimewaan Syiah atau sebagainya, maka ketahuilah sebenarnya Rafidhah Tidak Memiliki Sanad Shahih Yang Bersambung

Syaikh al-Islam berkata: “…Oleh sebab itu, mereka tidak mempunyai sanad shahih yang bersambung. Bahkan, setiap sanad yang bersambung, pasti akan didapati pada sanad tersebut seseorang yang dikenali sebagai penipu (kazzab) atau memiliki

banyak kesalahan (katsratu al-ghalat)

Keadaan mereka adalah seumpama Yahudi dan Nasrani. Ini kerana mereka tidak mempunyai sanad..”

Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 2/247

Admin MFAZ : Syiah terkenal dengan golongan yang penipu, hipokrit, menyeleweng dan jika hadith itu benar dinukilkan di dalam kitab-kitab mereka, hadis itu tidak memiliki sanad Sahih yang bersambung. Hakikatnya Syiah tidak mempunyai kekuatan hujjah.
2) RUKUN IMAN AGAMA SYIAH

Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:

1.Beriman kepada keEsaan Allah - (التوحيد)

2.Beriman kepada Keadilan - (العدل)

3.Beriman kepada Kenabian - (النبوة)

4.Beriman kepada Imam - (الامانة)

5.Beriman kepada Hari Kiamat - (المعاه)

Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah kafir. Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.[1]

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:

"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".[2]

Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".[3]

Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan Syiah. Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau akidah mereka. Oleh itu, berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam.

Nota Kaki :

[1]. Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984.

[2]. Ibid. Hlm. 57.

[3]. Ibid. hlm. 57.
3) Darah Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah Halal Dan Harta Ahli Sunnah Wal-Jamaah Boleh Dirampas/Rompak.
Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad:

"Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi leb

ih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin".[1]

Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah):

"Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".[2]

Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):

"Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya".[3]

Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).

Nota Kaki ;

[1]. Lihat: 'Ilal asy-Syar'i. Hlm. 44. Cetakan Beirut.
[2]. Lihat: Tahzibul Ahkam. (1V/122) Cetakan Tehran.
[3]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah Fi Ahkam al-Atraf at-Tahirah. (X11/323-324).
4) Syiah Mengkafirkan Para Sahabat
Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

1.Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, M

iqdad, Salman dan Abu Dzar".[1]

2.Al-Kulaini[2] mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat.[3] Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".

[4]Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:

"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".[5]

3.Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:

“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".[6]

Budak Ali bin Husin berkata:

"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".[7]

4.Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:

"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".[8]

Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.

Nota Kaki;

[1]. Lihat: Tafsir as-Safi. (1/389).

[2]. Al-Kulaini, nama penuhnya Muhammad bin Yakub al-Kulaini. Meninggal dunia pada 328H

[3]. Lihat: Usul al-Kafi. (1/488).

[4]. Ibid. (2/409).

[5]. Lihat: Al-Kafi. (1/372-374).

[6]. Lihat: بحار الانوار. (4/385). Muhammad Baqir al-Majlisi

[7]. Ibid. (2/216).

[8]. Ibid. (2/410).
5)”Keistimewaan” Syiah
Syaikh al-Islam menukilkan ijma (kesepakatan) ahli ilmu bahawa kumpulan yang paling penipu adalah Rafidhah (Syiah)dan penipuan mereka daripada zaman dahulu lagi.

Malah, beliau menyebutkan bahawa “keistimewaan” Syiah adalah banyaknya penipuan yang dilakukan oleh mereka.

Rujuk: Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 7/306
6) Hakikat Cinta Syiah kepada Ali radhiyallahu anhu
Syaikh al-Islam berkata ketika mengkritik Syiah yang mendakwa bahawa mereka mencintai Ali radhiyallahu ‘anhu:“Sesungguhnya cinta yang benar ialah seseorang mencintai orang yang dicintainya dengan keadaannya yang sebenar (orang yang dicintai).

Jika seseorang beriktikad bahawa sebahagian orang salih adalah seorang Nabi atau daripada golongan al-Sabi

qun al-Awwalun, lalu dia mencintainya, maka dia telah mencintai sesuatu yang tidak mempunyi hakikat.

Ini kerana dia mencintai orang tersebut berdasarkan sifat yang disifatkan kepadanya sedangkan sifat tersebut adalah tidak benar. Maka, sebenarnya dia telah mencintai sesuatu yang tiada dan tidak wujud.

Sebagaimana seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita yang mana dia menyangka bahawa perempuan tersebut mempunyai keagungan pada harta, kecantikan, agama dan keturunan, kemudian dia mendapati bahawa wanita tersebut sangat jauh daripada apa yang disangkakannya, maka tidak diragukan lagi bahwa cintanya akan berkurangan sepertimana berkurangan keyakinannya. Ini kerana sesuatu hukum ditetapkan berdasarkan sesuatu ‘illah, maka hukum tersebut akan hilang, jika hilangnya ‘illah tersebut…

Begitu juga, seseorang yang mencintai sahabat, tabi’in dan golongan salih dengan keyakinan yang batil pada mereka, maka cintanya terhadap kebatilan tersebut adalah batil.

Kecintaan Rafidhah kepada Ali adalah daripada jenis ini.

Mereka mencintai sesuatu yang tidak wujud iaitu imam yang maksum yang telah disebutkan secara nas tentang kepimpinannya, yang tiada imam selepas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melainkan Ali, yang beriktikad bahawa Abu Bakar dan Umar radhiyallahu ‘anhuma adalah orang yang zalim dan melampaui batas atau kedua-dua meraka adalah kafir.

Apabila jelas kepada mereka pada hari kiamat bahawa Ali tidaklah lebih afdhal daripada salah seorang daripada mereka, -hanyasanya Ali sangat hampir kepada salah seorang daripada mereka, dan Ali mengakui kepimpinan dan kelebihan mereka, dan Ali serta mereka tidaklah maksum, dan tiada nas terhadap kepimpinan Ali – maka jelaslah kepada mereka bahawa mereka tidak pernah mencintai Ali.

Bahkan mereka adalah golongan yang paling hebat membenci Ali radhiyallahu ‘anhu pada hakikatnya…”

Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah 3/23-25

Kesimpulan : Syiah mencintai Ali berdasarkan keadaan Ali yang bukan hakikatnya. Cinta mereka pada Ali cinta yang palsu.
7) Al-Quran Menurut Syiah
Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya. Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.

Al-Kusyi pula berkata:

"Tidak sed

ikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah sekarang, Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".[1]

Menurut para ulama Syiah:

“Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.

Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya.

Contohnya ayat:

مَاسَلَكَكُمْ فِى سَقَرٍ

"Mengapa kamu masuk neraka?"

(Menurut penafsiran ulama Syiah):

قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّيْن

"Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".

Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran:

"Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".[2]

Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.

Nota Kaki :

[1] Lihat: As-Safi. (1/33).

[2]. Lihat: Usul Kafi. (1/438).
8)Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1.Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي) "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.

Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi.

Menurut ulama Sy
iah lagi:
"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".[1]

Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani. Beliau menegaskan:

"Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".[2]

2.Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):

"Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".[3]

Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah):

"Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[4]

3.Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas.

Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):
"Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".[5]

Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah):

"Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".[6]

Nota Kaki ;

[1]. Lihat: Asy-Syiah wa as-Sunnah. Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri.
[2]. Lihat: Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147.
[3]. Lihat: Manhaj Shalihin. (1/116).
[4]. Lihat: Tahrirul al-Wasilah. (1/116). Cetakan Beirut.
[5]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah. (28/153). Cetakan Beirut.
[6] Lihat: Kitabul Khalash Fi Zilli al-Qaimmul Mahdi. Hlm. 44. Cetakan Beirut, Lebnon.

9) Bagaimana Allah Menerangkan Pemimpin Yang Dipilihnya Di Dalam Al-Quran Dan Siapa Yang Mewarisinya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Mari kita lihat dari ayat-ayat al-Quran bagaimana Allah memilih pemimpinnya.


1.Allah Memberitahu Secara Jelas dan Khusus Pelantikan Seseorang Pemimpin dan Penggantinya.

Kisah Adam alaihissalam dilantik menjadi Khalifah.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala;
Dan (ingatlah) keti

ka Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. [Surah al-Baqarah ayat 30-34]

Penjelasan Ayat : Lihatlah bagaimana Allah memberi makluman yang jelas bahawa Dia ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi dan khalifah itu ialah Adam alaihissalam. Ini boleh dilihat dengan jelas di dalam surat al-Baqarah ayat 30. Kemudian di dalam ayat seterusnya Allah memberi tanda dan keistimewaan kepada khalifah pilihanNya iaitu Adam alaihissalam dengan memberi pengetahuan kepada Adam alaihissalam tentang nama-nama benda dan kegunaannya dan Adam alaihissalam mengajarnya kepada malaikat. Dan ini menjadi bukti bahawa Adam alaihissalam merupakan khalifah yang dipilih oleh Allah.

Nabi Daud Alaihissalam.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala;

Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. [Surah Shad ayat 26]

Penjelasan Ayat : Lihatlah bagaimana Allah mengkhususkan kepimpinan kepada Daud alaihissalam dan menetapkan kerajaannya.


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Firman Allah Subhanahu Wa Taala;

(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).  Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah.. [ Surah al-Fath ayat 28 dan 29]

Kesimpulan : Kita akan dapati daripada tiga contoh di atas, bahawa Allah menurunkan nas yang berbentuk khusus lagi tepat bagi menetapkan kekhalifahan mereka sehingga tidak timbul kesamaran atau salah faham tentang ayat tersebut.

Soalan untuk Syiah : Adakah firman dari Allah yang menetapkan secara khusus Ali Radiyallahu Anhu sebagai pemimpin?
 

No comments:

Post a Comment