Tuesday, October 29, 2013

Tafsir Surah Al-'Ankabut Ayat 48


Tafsir Surah Al-'Ankabut Ayat 48

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Firman Allah SWT :

وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ (48) 

Maksudnya : "Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al quran) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari (mu)".
(Surah al-An-'Ankabut (29) ayat 48)


Huraiannya :

Ayat ini menerangkan bahawa sebelum al-Quran diturunkan, orang Arab telah mengetahui dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pandai menulis dan membaca. Seakan-akan ayat ini menerangkan: Muhammad yang diutus itu adalah Muhammad yang telah dikenal dengan baik oleh kaumnya. la telah lama hidup di tengah-tengah mereka sebelum diangkat menjadi Rasul. Semua orang Arab waktu itu mengakui bahawa Muhammad SAW mempunyai budi pekerti yang tinggi, seorang kepercayaan, tidak pernah berdusta dan disegani oleh kawan-kawannya. Mereka mengetahui dengan sebenar-benarnya bahawa Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, apalagi mengarang buku atau cerita.

Di samping orang-orang Arab, orang-orang Yahudi dan Nasrani pun mengetahui dari kitab-kitab mereka bahawa Muhammad SAW adalah seorang yang tidak pandai menulis dan membaca. 

Berkata Mujahid, "Ahli Kitab mengetahui dari kitab-kitab mereka bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pandai menulis dan membaca, kerana itu turunlah ayat ini. 

Dalam ayat yang lain pun Allah SAW menegaskan yang demikian. 

Allah SWT. berfirman: 

الذين يتبعون الرسول النبي الأمي الذي يجدونه مكتوبا عندهم في التوراة والإنجيل يأمرهم بالمعروف وينهاهم عن المنكر ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث ويضع عنهم أصرهم والأغلال التي كانت عليهم 

Maksudnya : "(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi, yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka (Surah al-A'raf (7) ayat 157) 

Dalam keadaan yang demikian, Allah SWT menurunkan al-Quran kepada Muhammad, yang memuat akidah yang sangat tinggi nilainya, dilengkapi dengan bukti-bukti yang meyakinkan, mempunyai gaya bahasa yang sangat indah tidak ada seorangpun yang dapat menandinginya, sekalipun di waktu itu di kalangan bangsa Arab banyak pujangga-pujangga sastra yang kenamaan dan seni sastra sedang berkembang pula. Namun demikian sedikit sekali mereka yang beriman di waktu itu. 

Seandainya Muhammad SAW dapat membaca dan menulis, pernah belajar kepada Ahil Kitab, atau ia bukan seorang kepercayaan, tidak memiliki budi pekerti yang luhur dan tidak pula seorang yang disegani, tentulah orang-orang kafir Mekah itu akan lebih mudah lagi mengatakan bahawa al-Quran itu adalah buatan Muhammad, bukan berasal dari Tuhan. 

Dari ayat ini dapat dipahami bahawa orang-orang kafir Quraisy pada permulaan Islam, berdasarkan pengetahuan mereka kepada Muhammad SAW, dan berdasarkan nilai sastra al-Quran itu sendiri, sebenarnya hati dan fikiran mereka telah mempercayai al-Quran dan kerasulan Muhammad SAW. Oleh kerana dalam hati mereka ada penyakit dan takut kedudukan mereka dalam kaumnya akan jatuh, maka mereka menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan hati dan fikiran mereka sendiri. 

Yang dimaksud dengan ummi dalam ayat ini ialah tidak pandai menulis dan membaca, tidak termasuk di dalamnya "tidak berilmu pengetahuan". Mengenai ilmu pengetahuan, maka Allah SWT telah mengajarkan kepadanya ilmu pengetahuan yang tinggi, bahkan mungkin ilmu pengetahuan yang belum pernah diajarkan Nya kepada manusia biasa, sekalipun beliau adalah orang yang alim dan bijaksana. Allah SWT berfirman: 

وأنزل الله عليك الكتاب والحكمة وعلمك ما لم تكن تعلم وكان فضل الله عليك عظيما 

Maksudnya : "Dan (juga kerana) Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu. (Surah  an-Nisa(4) ayat 153)

Wednesday, October 30, 2013

Saturday, October 26, 2013

Salahkah Bermazhab?



Salahkah Bermazhab?

Tidak salah bermazhab. Apa yang salah adalah taksub kepada mazhab sehingga mazhab dianggap sebagai satu agama yang wajib dianuti dan menganggap sesat orang lain yang mengikut ajaran mazhab lain dalam perkara tertentu.

Masyarakat Islam di Malaysia misalnya mengaku mengikuti mazhab Syafie, tetapi banyak juga fiqh Imam Syafie mereka tinggalkan. Contoh mudah:

1- Imam Syafie kata bayar zakat dengan makanan asasi dan menolak penggunaan nilai (wang), mereka guna wang.

2- Imam Syafie suka azan sekali Jumaat, mereka buat dua kali.

3- Imam Syafie kata pahala bacaan al-Qur'an kepada si mati tidak sampai, mereka kata sampai.

4- Imam Syafie kata wajib ikut sunnah Nabi, mereka tetap mengunggulkan amalan dan perkataan tok guru mengatasi sunnah Nabi yang jelas sahih.

5- Imam Syafie haramkan binaan di atas kubur, kuburan tok guru yang dikeramatkan mereka kelihatan megah dengan binaan mewah. Ini sebagaimana kebanyakan kuburan tok-tok guru orang tareqat sufi yang dijadikan lokasi ibadah mereka.

Dan banyak lagi.

P/S: Saya bimbang bila mati kelak, kita akan ditanya: "Kamu mazhab apa? Silalah pilih satu mazhab sahaja." - Tempelak kepada pentaksub mazhab.

~Mohd Hairi Nonchi

Cukai Barang & Perkhidmatan (GST)


Kerajaan cadang cukai jualan & cukai perkhidmatan dimansuhkan & digantikan dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) #Bajet2014 ~RETI BEZAKAN KE 2 PERKARA TU? KALAU TAK RETI TOLONG BELAJAR(TANYA ORG YG RETI)..
 
 
  •  GST akan hapuskan Tax pada barangan keperluan dan kenakan tax pada barangan mewah... jadi sapa lagi untung sekarang ni?
    Org kaya ker org miskin?

    (^___^)v
    Mesti pakar ekonomi pr tgh hentak kepala kat dinding...
    Tokey2 plak mesti tgh garu kepala takleh naikkan harga barang...

  •  Meskipun Najib mengumumkan perlaksanaan GST, namun ia adalah tertakluk kepada perkara berikut:-

    *Perlaksanaan hanya berkuatkuasa pada 1 April 2015.


    *Penghapusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan menggantikan dengan GST

    *Kadar GST 6% (berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan antara 5% - 10%)

    *Mengecuali barangan asas (keperluan) seperti beras, gula, garam, minyak masak, malah budu dan belacan dari dikenakan GST

    *Penggunaan elektrik dan air untuk 200 unit pertama dikecuali dari GST.

    Selain dari perkara-perkara di atas, pengangkutan awam dan perkhidmatan kewangan juga turut dikecualikan dari GST.

    Insentif RM300 juga turut dicadangkan kepada mereka yang telahpun sedia ada tersenarai dalam penerima BR1M bagi bantuan bila GST berkuatkuasa.
     
    Disebabkan subsidi gula dimansuhkan, percayalah.. kroni kroni Robert Kuok dan tauke tauke kilang gula yang terdiri daripada cina DAP akan menyalak di tepi pagar parlimen nanti sambil berguling guling atas jalan
     Demi melayu. Subsidi gula dikurangkan sedikit dan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Padan Muka DAP !
     

Bernikah Lagi..


Bernikah Lagi..

Pada suatu hari, ada seorang pemuda bertanya kepada Syeikh Ibnu Uthsaimin, "Saya sudah berkahwin, tetapi mahu bernikah untuk kali kedua dengan niat mahu menjaga kehormatannya."

Syeikh menjawab, "Berikan hartamu kepada seorang pemuda yang memerlukan, sehingga dia boleh menikahi wanita tersebut. Kamu akan mendapat dua pahala; pertama, pahala menjaga kehormatan wanita tersebut. Kedua, pahala membantu orang bernikah." 
 
~Profesor Akidah dan Perbandingan Mazhab Universiti Kerajaan Saudi.
 
 
 ----------------------------------
  •  
    Jika dibincangkan lebih lanjut, akan muncul beberapa poin penting kisah ini.
    - Niat menjaga kehormatan wanita. Sudah tentu wanita ini wanita yang mulia sebab itu mahu dijaga.
    - Wanita yang mulia, maka lelaki yang memerlukan kahwin dan mahu direkomend
    asikan itu mestilah lelaki yang mulia juga. Barulah niat menjaga kehormatan wanita itu tercapai.
    - Apatah lagi ia melibatkan maruah kita sebagai orang tengah. Jika kita tersilap pilih lelaki yang memerlukan (desparate, tapi akhlak tidak bagus), maruah kita pun akan tercalar, kehormatan wanita itu tidak terjaga, dan hanya dapat bantu orang kahwin.
    - Pentingnya fungsi orang tengah dalam melamar wanita mulia. Kerana wanita mulia ini, statusnya tidak sama dengan wanita biasa. Jadi, jika ada wanita mulia yang disukai oleh lelaki, pastikan ada orang tengah yang dipercayai.
    - Soalan ini boleh diterbalikkan untuk mewujudkan situasi di pihak wanita pula :
    Soalan : "Saya sudah berkahwin, tetapi saya mahu suami saya bernikah untuk kali kedua dengan niat mahu menjaga kehormatan kawan saya."
     
    Jawapan : "Kongsikan suamimu kepada kawanmu yang memerlukan, sehingga dia boleh menikahi wanita tersebut. Kamu akan mendapat dua pahala; pertama, pahala menjaga kehormatan wanita tersebut. Kedua, pahala membantu orang bernikah."