Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
"Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut. "Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur. Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948. "Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud," katanya. Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut. "Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini," katanya.
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan. Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah. "Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu," katanya. Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong. Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda. "Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda," katanya. Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil. Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.
Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea 'hak orang Melayu' yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.
Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat. "Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu," katanya. Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948. "Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa," katanya. Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri. "Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat," katanya. Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan. "Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka," katanya. Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman. "Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar," katanya. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini. Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti. "Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak," katanya. Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju. "Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire," katanya. Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. "Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara," katanya. Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah "terlajak sejarah" iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang. "Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan)," katanya. Beliau berkata fenomena "terlajak sejarah" itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman. --Bernama | ||||
| Sep 6, 10 5:08pm | ||||
| MALAYSIAKINI. |
IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga. Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Wednesday, September 22, 2010
Melayu
Tuesday, September 21, 2010
Suara sebenar akar umbi di Pulau Pinang
Oleh: Mohd Salleh Yahaya (Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Tokong, Pulau Pinang)
sumber :Rausyanfikir
Ahad, 2010 Februari 14
SEDEKAH

Sedekah Boleh Meredakan Kemurkaan Allah di Dunia dan Akhirat
Sahabat yang dimuliakan,
Nabi s.a.w pernah ditanya oleh seorang Arab Desa :
"Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat"
Nabi s.a.w. menjawab " Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang."
(Hadis Riwayat Khalid bin Al-Walid r.a.)
Berdasarkan hadis ini sedekah mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk meredakan kemurkaan Allah s.w.t. samaada di dunia dan hari akhirat.
Dalam hadis yang lain Allah s.w.t. memilih dikalangan hamba-Nya yang bersedekah secara bersembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tak mengetahui apa yang diberikan tangan kanannya akan mendapat perlindungan Allah s.w.t. di hari kiamat nanti yang mana ketika itu tidak ada perlindungan lain melainkan perlindungan daripada-Nya.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban telah menceritakan satu kisah bahawa sedekah dua keping roti kepada orang miskin yang kelaparan lebih berat timbangannya daripada dosa berzina. Sedangkan pahala beribadah selama 60 tahun tidak dapat menampung beratnya dosa berzina.
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Salah seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israil selalu beribadah kepada Allah di rumah ibadah selama 60 tahun.
Suatu ketika, hujan turun dengan lebatnya sehingga bumi menjadi subur menghijau. Kemudian, ahli ibadah itu keluar dari rumah ibadahnya sambil berbisik, 'Sekiranya aku turun dari tempatku ini dan memperbanyakkan mengucap zikir tentulah kebaikanku berubah.'
Lalu ia turun dari penempatannya dengan membawa satu atau dua keping roti. Ketika ia berjalan-jalan, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang perempuan. Lalu ia mula-mula berbual-bual dengan perempuan tersebut. Akibat terlalu asyik berbual dengan perempuan itu, ahli ibadah tadi diperdaya oleh syaitan menyebabkannya tertidur lalu berzina dengannya.
Lelaki ahli ibadah itu akhirnya telah pengsan. Kemudian apabila sedar daripada pengsan itu ia terjun ke tasik berdekatan untuk mandi. Pada masa itu datang seorang peminta sedekah yang melarat, meminta daripadanya sebahagian daripada bekalannya itu. Ahli ibadah itu menghulurkan kepadanya roti yang di bawanya. Kemudian lelaki ahli ibadah itu pun dicabut nyawanya oleh Allah s.w.t.
Pahala amal ibadah yang dikerjakan selama 60 tahun itu ditimbang dengan dosa perbuatan zinanya, ternyata dosa zinanya lebih berat. Kemudian satu atau dua keping roti yang diberikan kepada peminta sedekah telah ditimbang dengan amal kebaikan lelaki ahli ibadah tersebut. Hasilnya menyebabkan berat amalan kebaikannya bertambah, maka dosa lelaki tersebut diampuni Allah."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Sahabat yang dihormati,
Salah satu cara untuk mengubati penyakit fizikal adalah dengan bersedekah. Semua penyakit yang dihidapi oleh manusia adalah datang daripada Allah s.w.t. kebagai kafarah dosa-dosa manusia kepada-Nya. Penyakit ini adalah ujian Allah kepada manusia supaya ia sedar akan kesalahan dan dosa-dosanya. Penyakit juga adalah sebagai ujian kesabaran dan untuk menginsafkan manusia untuk kembali meningati Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Ubatilah penyakit kamu dengan bersedekah.”
(Hadis Sahih al-Targhib)
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (darikalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan do'a untuk menghadapi datangnya bencana."
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Jangalah ditangguh-tangguh untuk bersedekah, janganlah menunggu sudah kaya baru hendak bersedekah. Ringan-ringakanlah tangan kalian untuk menghulurkan sedekah walaupun hanya seringgit. Lakukanlah setiap hari tanpa memikirkan rugi dan kekurangan wang kerana sesungguhnya berkat wang seringgit itu akan dilipat gandakan rezeki oleh Allah s.w.t. di jalan yang tiada disangka-sangka. Ingatlah bahawa sesungguhnya tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan.
Sedekah boleh memanjangkan umur seseorang, melindungi dari bahaya dan musibah, serta menolak su’ul khatimah (kematian yang buruk) dan dapat menghapuskan sifat sombong, takbur dan membanggakan diri.
Sedekah mampu memberikan pengaruh yang luar biasa kepada orang yang menunaikannya. Salah satu manfaat sedekah adalah ia memelihara seseorang dari segala macam bahaya dan musibah.
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (su'ul khatimah) dan Allah s.w.t. pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Perbanyakkanlah sedekah semoga kita dan ahli keluarga dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t. dan kita terselamat daripada kemalangan, bala atau musibah dan dijauhi daripada su'ul khatimah (kematian yang buruk)
Satu kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. bagaimana seorang petani dapat terselamat dari musibah dibunuh oleh jin kerana mengambil anak-anak burung dikebunnya semata-mata kerana ia telah bersedekah dengan memberi makanan kepada seorang miskin yang kelaparan secara kebetulan datang kekebunnya. Apabila jin tersebut hendak menangkap dan membunuh petani tersebut, malaikat telah menghalangnya dan menangkap jin tersebut dan dicampakkan ditempat lain. Kehadiran malaikat tersebut adalah kerana kebaikan sedekah yang telah dilakukan olehnya sebagai hikmah dan kebaikan yang besar.
Bersesuaianlah dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Setiap hari dua malaikat akan turun ke bumi. Berkata salah seorang dari mereka : ‘ Ya Allah gantikanlah harta orang yang bersedekah pada jalan-Mu.’ Berkata pula malaikat yang seorang lagi : ‘Ya Allah, binasakanlah harta orang yang menahan hartanya daripada disedekahkan."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Barangsiapa ingin do'anya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi menyelesaikan) kesulitan orang lain."
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Rasulullah saw bersabda maksudnya : “Berdekahlah walaupun segantang korma, walaupun sebagian dari segantang, walaupun segenggam korma, walaupun sebiji korma, walaupun separoh korma. Barangsiapa yang belum mendapatkannya maka bersedakahlah dengan ucapan yang baik. Kerana sesungguhnya kamu akan menjumpai Allah dan Dia akan bertanya kepadamu: ‘Apakah Aku belum berbuat sesuatu untukmu? Apakah Aku belum menciptakan pendengaran dan penglihatan untukmu? Apakah Aku belum mengkaruniakan padamu harta dan anak? Kamu tentu akan menjawab: Tidak (semuanya sudah). Kemudian Allah s.w.t berfirman: ‘Lihatlah apa yang telah kamu lakukan pada dirimu. Kemudian ia akan melihat apa yang telah ia lakukan, ia melihat ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Maka saat itulah ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun yang dapat menjaga wajahnya dari api Neraka.”
Sahabat,
Berdasarkan hadis-hadis di atas dapat disimpulkan beberapa kebaikan bersedekah yang dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. :
1. Sedekah dapat meredakan kemurkaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.
2. Sedekah akan mendapat perlindungan Allah di Padang Mahsyar.
3. Pahala sedekah lebih berat timbangannya berbanding amal ibadah selama 60 tahun.
4. Sedekah dapat pengampunan Allah s.w.t kerana dosa melakukan zina.
5. Sedekah boleh mengubati penyakit fizikal.
6. Sedekah boleh memanjangkan umur seseorang.
7. Sedekah boleh melindungi bahaya dan musibah.
8. Sedekah boleh menolak kematian yang buruk (su'ul khatimah)
9. Sedekah boleh menghapuskan sifat sombong, takbur dan membanggakan diri.
10. Sedekah akan mendapat do'a daripada malaikat rahmat.
11. Sedekah boleh menyebabkan do'a dimakbulkan Allah s.w.t. dan bebas daripada kesulitan.
12. Sedekah boleh terselamat daripada siksaan api Neraka.
ZUHUD

Konsep Zuhud Dalam Pandangan Islam
Sahabat yang dimuliakan,
Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-A'laa ayat 16 dan 17 , yang mana Allah s.w.t. menyifatkan orang bukan Islam mengutamakan dunia semata-mata, kemudian Allah menyebut kehidupan akhriat lebih baik dan kekal.
Firman Allah s.w.t bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa: 16-17)
Ibnu al-Qayyim mengatakan bahwa zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.
Al-Imam Hasan Al-Bashri menyatakan bahwa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.
Di sini zuhud ditafsirkan dengan tiga perkara yang semuanya berkaitan dengan perbuatan hati:
1. Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi Allah lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan Allah. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab, “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin karena percaya kepada Allah, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Rabb-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”
2. Seorang Mukmin yang zuhud, apabila terkena musibah, baik itu kehilangan harta, kematian anak atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala kerananya daripada mengharapkan kembalinya harta atau anaknya tersebut. Hal ini juga timbul kerana keyakinannya yang sempurna kepada Allah.
3. Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Seorang yang zuhud menganggap dunia itu kecil sahaja, maka dia akan lebih memilih celaan daripada pujian. Hal itu akan mendorongnya untuk melaksanakan kebenaran dan tidak khawatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), dia melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah. Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap sama kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya, bererti menunjukkan bahwa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.
Hakikat zuhud itu berada di dalam hati, yaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seorang hamba. Ia jadikan dunia (hanya) di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah dan akhirat.
Sabda Nabi s.a.w maksudnya : "Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau seperti orang yang melintas ( Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sayyidina Ali k.w. pernah berkata , "Aku telah talak dunia dengan talak tiga" ini bermaksud dunia ini tidak masuk di dalam hatinya, apa yang beliau lakukan adalah semata-mata kerana Allah dan tidak ada langsung kepentingan dunia masuk di dalam hatinya.
Sebagai seorang Khalifah Islam kezuhudan beliau tidak menghalang beliau untuk mentakbir negara dengan adil dan saksama dan menjaga kemaslahatan rakyat. Diberitakan setiap pagi beliau akan menghantar makanan dipintu rumah ibu-ibu tunggal yang miskin dan kematiaan suami. Setelah kewafatan beliau tidak ada lagi makanan yang dihantarkan, barulah mereka tahu bahawa yang menghantar makanan adalah beliau sendiri.
Dalam pribadi Sayyidina Ali k.w , antara zuhud dan tanggungjawab sosial bertemu. Beliau adalah seorang yang zuhud sekaligus orang yang paling peka terhadap tanggungjawab sosial. Beliau termasuk orang yang paling sukar tidur ketika menyaksikan ketidak adilan atau mendengar rintihan orang-orang kecil. Beliau tidak pernah mengenyangkan perutnya selama ada orang-orang yang lapar di sekitarnya. Beliau pernah berkata: "Demi Allah, aku bersumpah, andaikan aku dipaksa tidur di atas duri-duri padang pasir, atau aku dibelenggu kemudian dipendam hidup-hidup dalam tanah, sungguh ini semua lebih baik daripada aku berjumpa Allah dan Rasul-Nya di hari kiamat sementara aku pernah berbuat zalim kepada hamba-hamba Allah."
Terdapat empat perkara kenapa kita perlu kepada zuhud :
1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana ia berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat guna mempertanggung-jawabkan segala amalnya, yang besar maupun yang kecil, yang nampak ataupun yang tersembunyi. Ingat! betapa dahsyatnya peristiwa datangnya hari kiamat kelak. Hal itu akan membuat kecintaannya terhadap dunia dan kelezatannya menjadi hilang dalam hatinya, kemudian meninggalkannya dan merasa cukup dengan hidup sederhana.
2. Merasakan bahwa dunia itu membuat hati terganggu dalam berhubungan dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, dimana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh.
Firman Allah maksudnya :“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (Surah At-Takaatsur ayat 6)
Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud.
3. Dunia hanya akan didapatkan dengan susah payah dan kerja keras, mengorbankan tenaga dan fikiran yang sangat banyak, dan kadang-kadang terpaksa harus bergaul dengan orang-orang yang berperangai jahat dan buruk. Berbeza halnya jika menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah; jiwa menjadi tentram dan hati merasa sejuk, menerima takdir Allah dengan tulus dan sabar, ditambah akan menerima balasan di akhirat. Dua hal di atas jelas berbeza dan (setiap orang) tentu akan memilih yang lebih baik dan kekal.
4. Merenungkan ayat-ayat Al-Qur’an yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud, “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya Nerakalah tempat tinggal(nya).”
(Surah An-Naaziat ayat 37-39)
Dalam ayat yang lainnya Allah berfirman maksudnya :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al-A’laa: 16-17)
Semua dalil-dalil, baik dari Al-Qur’an maupun as-Sunnah, mendorong seorang yang beriman untuk tidak terlalu bergantung kepada dunia dan lebih mengharapkan akhirat yang lebih baik dan lebih kekal.
Sahabat yang dihormati,
Zuhud yang disyariatkan dan bermanfaat bagi orang yang menjalaninya adalah zuhud yang dicintai oleh Allah dan rasul-Nya, yaitu meninggalkan segala sesuatu yang tidak bermanfaat demi untuk mencapai kehidupan akhirat. Adapun sesuatu yang memberi manfaat bagi kehidupan akhirat dan membantu untuk mendapatkannya adalah termasuk salah satu jenis ibadah dan ketaatan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :“Carilah apa yang bermanfaat bagi dirimu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Yang bermanfaat bagi seorang hamba adalah beribadah kepada Allah, menjalankan ketaatan kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya. Dan semua yang menghalangi hal ini adalah perkara yang mendatangkan kemudharatan dan tidak bermanfaat. Yang paling berguna bagi seorang hamba adalah mengikhlaskan seluruh amalnya kerana Allah.
Orang yang tidak memperhatikan segala yang dicintai dan dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya akan banyak menyia-nyiakan kewajiban dan jatuh ke dalam perkara yang diharamkan; meninggalkan sesuatu yang merupakan keperluannya seperti makan dan minum; memakan sesuatu yang dapat merusak akalnya sehingga tidak mampu menjalankan kewajiban; meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar; meningalkan jihad di jalan Allah kerana dianggap mengganggu dan merugikan orang lain. Pada akhirnya, orang-orang kafir dan orang-orang jahat mampu menguasai negeri mereka kerana meninggalkan jihad dan amar ma’ruf tanpa ada maslahat yang nyata.
Sahabat,
Ada yang tertanya-tanya samada Islam menentang kekayaan dan perolehan harta? Sebenarnya Islam tidak menentang kekayaan dan perolehan harta. Umat Islam perlu harta untuk membantu pentadbiran negara Islam yang berdaulat dan kuat ianya memerlukan kepada dana yang besar untuk pembangunan negara dan kemaslahatan rakyat jelata.
Zuhud adalah satu sifat yang amat baik dan terpuji di dalam Islam, bagaimanapun perlu difahami bahawa mendapati terdapat salah faham masyarakat Islam dalam memahami ertinya, sehingga ia ditakrifkan sebagai menjauhkan diri dari dunia dan membiarkan diri miskin. Ada juga yang mengganggap zuhud sebagai tidak menggunakan harta yang diperolehi untuk diri, dan keluarganya.
Ada dikalangan kita mengatakan bahawa zuhud jika berumah, berpakaian dan berkereta usang walaupun mempunyai harta. Membiarkan umat Islam tidak membina sebarang kilang, bangunan dan perniagaan kerana ia dikira sebagai zuhud iaitu lari dari dunia sejauh-jauhnya. Dengan demikian dunia akan datang kepada kita. Adakah ini benar-benar yang diarahkan oleh Islam ?.
Sebenarnya Islam mengalakkan kita memiliki harta dan kekayaan. Kekuatan darisegi ekonomi akan membuatkan umat Islam dapat mengatasi kekuatan orang kafir. Islam akan dipandang mulia kerana negara dan umatnya memiliki ilmu, harta, kekayaan dan kekuatan darisegi ekonomi.
Allah s.w.t. indah dan Dia suka yang indah-indah. Bila kita menggunakan nikmat Allah s.w.t dan bersyukur di atas pemberian-Nya maka ianya disukai oleh Allah s.w.t. Memiliki kereta baru, rumah banglow dan ladang pertaniaan yang luas , saham perniagaan dan kilang-kilang perusahaan tidak dilarang selagi hati dan jiwa kita tidak cintakan dunia. Kita menganggap semua harta ini adalah pinjaman sementara di dunia ini dan ianya adalah amanah daripada Allah s.w.t. Walaupun pada zahirnya ia sebuk uruskan perniagaan di dunia tetapi hatinya sentiasa sebuk dengan akhirat dan ia akan salurkan semua keuntungan dan rezeki yang Allah kurniakan untuk jalan Allah dan mencari keredhaan-Nya.
Zuhud itu adalah mencari dan membelanjakan harta tanpa melupakan hukum dan keredhaan Allah s.w.t.. Pandangan Allah akan sentiasa menjadi ‘priority' dalam pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga akan memastikan zakat dan sedeqah dikeluarkan. Itulah zuhud namanya dan bukannya menjadikan diri miskin dan menjauhi dunia.
Oleh itu marilah sama-sama kita meningkatkan martabat diri kita menuju kepada zuhud kepada Allah s.w.t. iaitu tidak ada sedikit pun kecintaan hati kita kepada harta dunia yang sementara ini. Dan hati kita sentiasa disebukkan dengan keyakinan pada hari akhirat dan nikmat Syurga yang kekal abadi. Walaupun kita memiliki hati yang cinta pada hari akhirat tetapi ianya tidak menjejaskan kehidupan kita seharian. Bila kita bekerja kita bekerja bersungguh-sungguh tidak buang masa dengan sia-sia dan bila kita berniaga kita berniaga bersungguh-sungguh tidak ada penipuan dan pecah amanah. Semoga dengan keuntungan yang diperolehi akan dibayar zakat, bersedeqah dan infak dijalan Allah s.w.t. Meningkatkan taraf ekonomi umat Islam adalah satu jihad yang besar.
by Abu Basyer on Tuesday, September 21, 2010
Sunday, September 19, 2010
ATOM...
Kehebatan Atom Petanda Kekuasaan Tuhan
Bagaimana pula dengan benda yang kita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia keras ataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanya terdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atom pada setiap objek-objek itu.
Banyak orang mengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruh pelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun mereka mungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsur paling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’.
Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang paling sempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, setiap satu daripada berjuta-juta atom ada pada kerusi yang kita duduk. Ia ada susunan dan sistem yang amat rumit sehingga setiap satu atom hanya dapat dihuraikan pada sebuah buku. Secara lazimnya, setiap pengubahsuaian pada susunan semulajadi yang tiada tandingan ini akan gagal dan susunan itu tetap dalam keadaan begitu tanpa sedikit kekurangan.
Susunan Pada Setiap Atom
Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.
Elektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya. Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumi yang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbit selama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet, putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpa sekali pun berhenti.
Putaran dan pusingan berdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk di dalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakan mikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimana elektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit, mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antara satu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalam atom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.
Namun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanya berjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekeliling nukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalam kelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapat digambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masing adalah amat menakjubkan.
Persoalannya, mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus ada orbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpa pernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaran ataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupun dengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kita kepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita ini melibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan yang hebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surah an-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakan awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.
Ayat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak dan bersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dan kekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannya kekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagi menyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang paling sempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dan sempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini sama seperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.
Atom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit. Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapat melihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secara perlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadi semakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakan ataupun pereputan yang dapat dilihat di dalam atom selain daripada reaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan. Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalam keadaan yang sangat kukuh.
Tenaga yang Hebat dalam Nukleus Setiap Atom
Nukleus-nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Namun, apakah tenaga yang mengikat kedua-dua unsur halus itu dalam nukleus? Itulah yang dimaksudkan sebagai 'kekuatan tenaga nuklear’. Tenaga yang dinyatakan oleh hukum fizik sebagai tenaga hebat yang mengikat nukleus-nukleus atom.
Tenaga inilah yang mengikat proton dan neutron seutuhnya. Tenaga ini amat berkuasa sehingga ia mampu melekatkan proton dan neutron dalam nukleus. Dalam masa yang sama, ia memisahkan dan mengasingkan kedua-duanya. Sekiranya tenaga ini ada lebih kuasa pengikat, proton dan neutron akan bergabung antara satu sama lain. Sekiranya kuasa pengikat lemah, kedua-duanya akan bertebaran dan atom akan hancur.
Apabila tenaga hebat dalam nukleus itu dibebaskan, atom akan berpisah dan pecah seterusnya menghasilkan tenaga yang menggerunkan dikenali sebagai tenaga nuklear. Semakin bertambah jumlah proton dan neutron, semakin besar saiz nukleus. Oleh hal yang demikian, semakin kuatlah magnitud tenaga yang mengikat unsur-unsur halus itu.
Proses pemisahan tenaga yang mengikat proton dan neutron adalah sukar bagi nukleus-nukleus yang lebih besar. Apabila unsur-unsur halus itu terpisah antara satu sama lain, ia akan cuba untuk kembali bersama dengan tenaga yang lebih besar dan kuat, seperti satu spring. Tenaga ini dianggarkan 1038 kali ganda lebih besar berbanding graviti. Dalam erti kata lain, beratus- ratus juta lebih besar tenaganya. Selagi mana tenaga itu tidak diusik ataupun diubah, ia tidak akan mendatangkan keburukan. Namun dengan adanya campur tangan manusia, ia boleh menjadi satu tenaga yang mampu membinasakan berjuta-juta manusia.
Pengekalan Tenaga Dalam Nukleus
Tenaga luar biasa yang berada dalam nukleus setiap atom ini pada asasnya berupaya membahayakan berjuta-juta nyawa manusia. Sebenarnya, ia terbentuk melalui dua tindak balas atom yang berbeza. Tindak balas itu dikenali sebagai 'pembelahan' yang terbentuk melalui pemisahan ataupun pembahagian nukleus. Manakala 'pelakuran' adalah penggabungan dua atom yang berbeza menggunakan tenaga yang kuat. Satu tenaga yang besar dan menakjubkan akan terbentuk melalui kedua-dua tindak balas ini.
Semasa eksperimen–eksperimen awal teknik pembelahan dijalankan, saintis ‘membedil’ nukleus dalam uranium-235 dengan neutron-neutron pada kelajuan yang pantas. Hasilnya, mereka mendapati satu keadaan yang amat menarik. Setelah neutron itu diserap oleh nukleus dalam atom uranium tersebut, ia menjadi tidak stabil. Pada masa itu, ada perbezaan jumlah antara proton dan neutron dalam nukleus seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan. Justeru, bagi menyelesaikan ketidakseimbangan itu, nukleus mula berpecah sambil mengeluarkan sejumlah tenaga bersama dengan unsur-unsur halus pada kelajuan yang sangat pantas.
Saintis ‘membidik’ neutron yang bergerak itu dengan cubaan bagi ‘menembak’ satu daripada nukleus-nukleus dalam atom uranium. Semua ini dilakukan bagi memecahkan satu daripada nuleus-nukleus atom dalam timbunan atom uranium-235 sehingga pecah berkecai. Semasa ia berpecah, setiap nukleus membebaskan dua ataupun tiga neutron secara purata. Neutron-neutron ini kemudiannya menyerap nukleus-nukleus lain sehingga menghasilkan tindak balas.
Setiap satu nukleus uranium yang baru berpecah akan bertindak balas sama seperti yang pertama. Seterusnya, satu siri pemecahan nuklear atau 'pembelahan' berlaku. Setelah sejumlah besar nukleus-nukleus uranium berpecah dan terbelah, ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang amat menakjubkan.
Proses pembelahan dan pemecahan nukleus-nukleus U-235 inilah yang membawa kepada tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi yang meragut berpuluh-puluh ribu nyawa orang awam. Oleh kerana bumi, seluruh atmosfera dan tubuh badan kita sendiri terdiri daripada atom, apakah yang dapat menghalang atom-atom ini daripada menghasilkan tindak balas seumpama itu. Apakah yang mampu menghalang kemusnahan seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki daripada berlaku di tempat lain? Pada bila-bila masa sahaja?
Bayangkan lebih kurang 100 trilion atom dimuatkan ke dalam satu kepala pin, apakah kita boleh gambarkan bagaimana struktur stabil setiap atom berubah sebaliknya. Justeru, apakah ada alternatif lain yang dapat menghalang nuklear daripada memusnahkan seluruh alam semesta dalam masa yang pantas?
Neutron-neutron sekiranya bergerak secara bebas dalam alam iaitu bebas daripada sebarang nukleus atom, ia akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘kemerosotan beta’. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati neutron yang bebas dalam alam semulajadi. Ia hanya ada pada tempoh yang sangat terhad. Justeru, neutron yang digunakan dalam tindak balas nuklear dibebaskan menggunakan cara manual.
Tuhan, pencipta alam yang tiada tandingannya ini sudah mencipta seluruh alam semesta dengan sempurna. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 100, surah Yusuf, “....Sesungguhnya Tuhanku maha lembut pada apa yang Dia mahu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.” Tuhan menciptakan atom, ada tenaga yang menggerunkan dalamnya. Tuhan juga mengawal tenaga itu dengan cara yang luar biasa. Dia menciptakan atom dalam satu sistem yang secara semulajadinya tidak mungkin rosak ataupun binasa. Walaupun segala-galanya yang wujud di alam semesta ini akhirnya akan berhadapan dengan kepupusan ataupun kebinasaan, atom tetap kekal dengan kukuhnya. Nukleus dan elektron-elektron yang berputar dengan kelajuan yang tidak dapat dibayangkan menjadi bukti keindahan dan kesempurnaan ciptaan Tuhan. Bukti kuasa Tuhan yang tiada tandingannya.
Tenaga Atom dan Pembelahan Nuklear: Satu Keajaiban Al-Quran
Dalam surah al-An’am ayat 95, Allah menyatakan, “Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Yang memiliki sifat-sifat demikian adalah Allah. Tetapi mengapa kamu masih berpaling?”
Istilah “butir tumbuh-tumbuhan” (alhabbi) dan “biji buah-buahan” (annawa) dalam ayat di atas membawa maksud pembelahan atom. Terjemahan annawa menurut kamus termasuklah ‘nukleus, pusat, nukleus atom’. Tambahan pula, perumpamaan mengeluarkan yang hidup daripada yang mati ditafsirkan Tuhan mencipta unsur daripada tenaga yang mati. Mengeluarkan yang mati daripada yang hidup pula boleh dikaitkan dengan tenaga mati yang muncul daripada benda hidup kerana atom adalah sesuatu yang sentiasa bergerak. Ia juga disebabkan selain daripada “hidup”, alhayyi juga membawa maksud ‘aktif’ ataupun ‘bertenaga’. Dengan maksudnya “tidak hidup”, almayyit, diterjemahkan di atas sebagai ‘mati’, yang mungkin merujuk pada tenaga.
Saintis mendefinisikan tenaga sebagai kemampuan melakukan pekerjaan. Jirim adalah bahan yang melibatkan semua objek di bumi dan seluruh alam semesta . Ia terdiri daripada atom dan molekul-molekul yang dilihat bergerak hanya menggunakan mikroskop elektron. Pada awal abad ke-20, Albert Einstein mengeluarkan teori menyatakan jirim mampu ditukarkan kepada tenaga. Beliau juga mengatakan kedua-duanya saling berkait rapat pada peringkat atom. Ini boleh dikaitkan dengan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup seperti yang disebutkan di atas. Dalam ertikata lain, mendapatkan tenaga daripada jirim yang sentiasa bergerak pada peringkat atom. Tambahannya, perkataan yukhriju membawa maksud ‘menghidupkan’. Ia juga membawa pengertian ‘mengeluarkan’ atau ‘memancarkan’ seperti pancaran gelombang elektrik. Oleh yang demikian, istilah yang disebutkan dalam ayat ini mungkin sahaja menunjukkan bentuk tenaga yang didapati daripada atom.
Seperti yang kita tahu pada hari ini, nukleus atom boleh dipisahkan daripada komponen-komponennya. Berdasarkan pada teori Einstein, para saintis berjaya mendapatkan tenaga daripada jirim melalui pembelahan nuklear lewat tahun 1940-an. Kata kerja ‘bagi memisahkan’ pada perkataan faliqu dalam ayat di atas mungkin merujuk pada pemisahan nukleus. Seperti yang kita lihat, tenaga yang luar biasa dan hebat dilepaskan apabila proses ini berlaku.




