Monday, December 23, 2013

Siapa Sebenarnya Boneka dan Hamba Kepada British?

 

Siapa Sebenarnya Boneka dan Hamba Kepada British?

Antara fitnah yang lahir dari lidah suci pihak yang mendakwa sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah Sebenar dan pendokong pihak ini adalah mereka menfitnah bahawa Ulama di Makkah dan Madinah adalah Wahabi. Bahkan menurut si pe'masuk bakul, angkat sendiri' (Ketua Ahlus Sunnah Wal Jamaah Malaysia(lah sangat)), Wahabi adalah sesat, terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan pernah juga menyatakan Wahabi adalah berakidah Yahudi dan mereka Kafir.  Betapa riaksi mereka panas dan tidak senang duduk apabila Imam al-Haramain datang ke negara kita, terpancar. 

Antara lain tuduhan pihak yang bijaksana, bijaksini, bijak'there' (suka memandai-mandai) ialah Ulama Saudi yang kononnya Wahabi ini juga merupakan tali barut, boneka dan hamba Barat. Menuduh Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab melakukan gerakannya semata-mata untuk membantu keluarga Su’ud agar dapat menguasai tanah-tanah yang banyak dan keluar dari kekuasaan Daulah ‘Utsmaniyah. Mereka juga mengatakan bahawasanya beliau adalah agen inggeris di Baghdad. Selalu juga mereka mengeluarkan foto beberapa orang Arab yang bergambar bersama Sir Percy Cox, yang kemudian mengatakan salah seorang dari mereka adalah Muhammad Bin Abdul Wahhab bagi menyatakan tuduhan mereka adalah berdasarkan bukti. Persoalannya apakah bukti ini benar? Apakah tuduhan ini benar? Apakah ini sejarah yang sebenar atau ciptaan khayalan kepeningan pihak yang gemar berzikir sambil ber'Spinning'? Sehinggakan kesan Spinning zikir mereka terkesan juga dalam perkataan mereka yang juga gemar Spin! Telah banyak ilmuan Salafi yang menjawap tohmahan ini. Salah satunya ialah apa yang akan dipaparkan dalam blog ringkas ini.

Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab lahir pada tahun 1703 M, dan Wafat : 1792 M
Teknologi fotografi pertama kali ditemukan pada tahun 1822 oleh Joseph Nicéphore Niépce.
Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab berfoto? Bagaimana mungkin foto manusia yang telah pun meninggal dunia sebelum teknologi kamera dicipta boleh dikeluarkan. Ajaibnya hal ini dan penjelasannya yang berasas mengenainya tidak lain ialah ia adalah fitnah.

Untuk merungkai fitnah yang menyatakan Ulama 'Wahabi' Saudilah yang menjadi talibarut atau boneka Barat, beberapa persolan berkaitan sejarah akan dikemukan untuk kita berfikir.

1) Siapakah yang ditabalkan oleh Ratu Ingland untuk menjadi Raja Iraq dan Raja Transjordan?

2) Lawrance of Arabia dihantar oleh Bristish untuk membantu siapa? Apakah dihantar untuk membantu Sharif Makkah yang memperjuangkan aqidah Asyaariyah?

3) Siapakah yang melancarkan perang melawan Turki? Iaitu ketika Revolusi Arab dimana Revolusi ini di susun dan di rancang oleh ejen British!

4) Siapakah yang dijanjikan oleh British untuk menggantikan Khalifah Islam jika Turki tumbang? Lalu akhirnya British tidak kotakan janji namun sekadar menghadiahkan Jordan!

5) Siapakah yang membuat perjanjian dengan tentera British bagi menyerang orang-orang di Najd; dimana Tentera British akan menggempur melalui laut? Peristiwa ini berlaku setelah Amir Sa'ud dipancung oleh Ibrahim Pasha!

6) Siapakah yang menulis surat tazkiyah (rekomandasi) kepada Snock Hagronje untuk datang ke Tanah Jawa bagi membenteras Wahabi? Snock belajar di bawah bimbingan Mufti Makkah tersebut sehingga dianggap ulama' dan diterima oleh ulama Jawa. Tetapi rupanya Syeikh Abdul Gaffar a.k.a Snock memurtadkan umat Islam Jawa!

7) Siapakah yang menjemput Belanda untuk menentang Tunku Nan Ranceh dan Imam Bonjol, penguasa Minangkabau? Mereka berjanji kepada Belanda untuk memberi sedikit kuasa dan wilayah jika mampu menewaskan Kaum Paderi. Tetapi akhirnya Belanda menjajah mereka!

Jawapan:

1) Ratu Ingland menganugerahkan Transjordan dan Iraq kepada dua anak Sharif Husein, Penguasa Makkah yang beraqidah Asyaariyah. Mufti Sharif Makkah itulah yang bernama Ahmad Zaini Dahlan!

2) Lawrance of Arabia dihantar British untuk duduk merancang menggulingkan Turki. Dihantar ke Makkah untuk 'bercium mulut' dengan Sharif Makkah. Dia jugalah antara orang yang terawal mengambil gambar Makkah dan sekitarnya.

3) Soalan ini dijawab oleh soalan no 2.

4) Soalan ini dijawab oleh soalan no 1.

5) Yang membuat perjanjian dengan British tatkala Najd dimusnahkan oleh Ibrahim Pasha, dan dia memancung kepala Amir Saud, adalah Kerajaan Mesir di bawah pemerintahan Gabenor Turki Uthmaniyah, iaitu bapa kepada Ibrahim Pasha! Mesir akan menyerang saki baki tentera Wahabi di darat dan British akan menyerang melalui laut.

6) Ahmad Zaini Dahlan menulis surat tazkiyah untuk anak murid kecintaan dan kesayangannya, dengan harapan anak murid yang dia cintai ini akan membasmi Wahabi di Nusantara! Tetapi dia tertipu oleh anak murid kesayangannya yang bernama Syeikh Abdul Ghaffar atau mengikut IC Belanda "Snock Hagrinje".

7) Yang menjemput Belanda untuk menyerang Kaum Paderi adalah Ulama Pondok dan Kaum Tua.

Beberapa Foto 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011865036100&set=p.10152011865036100&type=1
 Inilah gambar saat sebelum Penguasa Asyaariyah ditabal oleh British!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011866321100&set=p.10152011866321100&type=1
 Anak Sharif Makkah yang ditabal sebagai Raja, bersama Lawrance of arabia!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011867291100&set=p.10152011867291100&type=1
Syeikh Abdul Ghaffar atau Snock Hagronje, murid KECINTAAN DAN KESAYANGAN AHMAD ZAINI DAHLAN!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011869976100&set=p.10152011869976100&type=1
Spy British St Philby yang dihantar ke Saudi terpaksa jadi MUNAFIK dengan besyahadah dan menukar nama menjadi Abdullah. Tetapi akhirnya dihalau dan dibuang negara ke Beirut setelah didapati dia adalah MUNAFIK dan SPY British. Bandingkan nasib Spy British seorang lagi, Lawrance yang bercium mulut dan berpelukan dengan Sharif Makkah tanpa tukar nama daan tanpa jadi munafik agama!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011875341100&set=p.10152011875341100&type=1
 Sharif Hesein mengetuai Revolusi Arab. Muftinya bernama Ahmad Zaini Dahlan

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011877331100&set=p.10152011877331100&type=1
Mesranya Lawrance dengan Putera Abdullah, Anak Sharif Makkah!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011878921100&set=p.10152011878921100&type=1
 Lawrance bersama dengan anak Sharif Makkah
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152011880231100&set=p.10152011880231100&type=1
 Lawrance bersama tentera British dalam Revolusi Arab bagi menjatuhkan Turki.

Siapa Sebenarnya Boneka dan Hamba Kepada British? Kaum Asyaariyah patut jawap!

Pelajari sejarah fotografi dan tarikh fotografi sampai ke Hijaz. Dan pelajari juga apakah Lawrance dan Snock adalah merupakan antara orang terawal membawakan teknologi foto. Lalu mohon jangan membodohkan diri kalian dengan mengambil sekeping gambar dan berkata "ini gambar Muhammad Bin Abdul Wahhab". Kesimpulannya, janganlah melaung sana-sini melabelkan Saudi dengan ejen Barat lagi, jika pada hakikatnya kalian sendiri yang sebegitu.

Kerajaan Arab Saudi Teruk?

Tidak dinafikan sememangnya kerajaan Arab hari ini tidak sempurna (terdapat kelemahan dan kekurangan di sana sini.) Tetapi yang dijawap disini ialah tuduhan yang tidak benar, yang dilemparkan pada Saudi. Yang kelihatannya ada pihak yang mengambil kesempatan atas kelemahan kerajaan Saudi pada hari ini.


Berkata Maulana Asri Yusoff:~ https://www.youtube.com/watch?v=0gcKGsB0K-I

“..kito tahu doh lo ni dunio Islam ni setakat mana? Semua terok. Doh nok lebih setaro mano? Nok suruh setaro zaman khulafa ar Rasyidin? Kito tu sendiri setara mana? Kito? Dengan sebab itu, kito bersederhanalah dalam perkaro ni, jangan dok lebih-lebih. Dan orang yang ghoyak tu cubo pikir molek, cubo pikir molek..”


Terjemahan:

"Bukankah kita telah tahu (jelas), bahawa dunia Islam hari ini setakat (ditahap) mana? Semuanya teruk (apabila menjelang akhir zaman). Nak suruh setaraf zaman Khulafah ar-Rasyidin (di ketika akhir zaman ini)? Keadaan diri kita sendiri pula bagaimana (kesempurnaan individu dan kerajaan/parti kita)? Dengan sebab itu, kita bersederhanalah dalam perkara ini. Jangan berlebih-lebihan. Dan pihak yang mengkhabarkan itu (Wahabi sesat, Arab Saudi talibarut Barat) Cubalah fikir dengan baik.” (Maulana Muhamad Asri Yusoff, Youtube/maulanaasri2/Jangan melampau membenci Wahabi, nanti memakan diri, Minit 8:13/10:59, 19/Dhu al-Hijjah/1430)
 
p/s:Semua maklumat ini berdasarkan kajian dan perkongsian Abu Amru Radzi Othman. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dunia dan akhirat. Ameen.

 http://mahaguruprime.blogspot.com/2013/12/menjawap-tuduhan-ulama-wahabi-arab.html
 

http://www.facebook.com/mohd.radzi.othman/posts/10152011772751100

Zamihan pembohong






KEPADA YANG BERTANYA SAYA TENTANG BUKU DI ATAS...


DENGAN NAMA ALLAH SWT SAYA BERSUMPAH

WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI, KENYATAAN ZAMIHAN BIN MAT ZIN DALAM BUKU DI ATAS TENTANG SAYA 'MENYUSUP MASUK' KE DALAM MESYUARAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA PADA JULAI 2011 DAN BAHAWA SAYA TELAH MENDEDAHKAN MAKLUMAT MESYUARAT ITU KEPADA PIHAK MEDIA (HALAMAN 145), ADALAH SATU FITNAH DAN PEMBOHONGAN. MESYUARAT TERSEBUT SAYA HADIRI ATAS ARAHAN KETUA JABATAN SEBAGAI PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB BERKENAAN ISU-ISU SEMASA AQIDAH (DOKUMEN ARAHAN TERDAPAT DALAM FAIL SAYA DAN JABATAN). 

SAYA MENCABAR PEMBOHONG SEPERTI ZAMIHAN UNTUK MENGEMUKAKAN BUKTI DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TUDUHAN TERSEBUT KERANA IA MEMBABITKAN RAHSIA KERAJAAN YANG TIDAK BOLEH DIBUAT TUDUHAN SECARA MEMBABI BUTA. INGAT! DUIT YANG DIMAKAN MELALUI PENJUALAN BUKU TERSEBUT ADALAH SYUBHAH! 

SAYA HAIRAN KERANA ZAMIHAN BERSIKAP PENGECUT KERANA TIDAK PERNAH BERSEMUKA DENGAN SAYA UNTUK BERBINCANG APA-APA ISU BERKENAAN TUDUHANNYA DALAM BUKU TERSEBUT.


SETAKAT INI SAYA TIDAK BEGITU TERINGIN UNTUK MELAYAN TUDUHAN-TUDUHAN 'SAKIT HATI' ZAMIHAN DAN SEGALA-GALANYA DISERAHKAN KEPADA KETUA JABATAN KERANA IA MEMBABITKAN JABATAN DAN KEDUDUKAN SAYA SEBAGAI PEGAWAI AWAM.



Berkenaan tuduhan Zamihan dalam blognya bahawa saya telah menuduhnya sebagai Syiah juga tidak berasas. Saya pegawai yang bertanggungjawab terhadap isu-isu aqidah termasuk isu Syiah, saya telah bersemuka dan menegur Zamihan supaya mengeluarkan artikel berbau Syiah tulisan wartawan Utusan bertajuk asal 'Cinta Asyura dan Karbala' yg ditukar tajuk oleh Zamihan kpd 'Cinta Agama dan Ahli Bayt'. Zamihan pada mulanya mengatakan bahawa blognya ada masalah teknikal sehingga artikel tersebut tak dapat dibuang. Tetapi keesokan harinya Zamihan menulis dalam ruangan komen mengatakan bahawa hanya Wahabi yang menolak artikel tersebut.


Soalnya, adakah Zamihan tidak mengenali ciri-ciri dan kecenderungan Syiah yang jelas terdapat dalam kandungan artikel tersebut? Isu ini tiada kena mengena dengan Wahabi atau tidak. Para ulama Ahli Sunnah (Asya'irah-Maturidiyah) sememangnya menolak sebarang bentuk propaganda Syiah tanpa mengira apa jua sentimen atau medium yang digunakan. Adakah Zamihan tidak menyedari hakikat ini. Atas rasa bertanggungjawab menegur sesama rakan, saya memohon supaya dia mengeluarkan artikel tersebut dari blognya tetapi tuduhan Wahabi pula dikenakan kepada saya. Adakah begini sikap seorang pejuang Ahli Sunnah?
Sikap Zamihan yang hanya meletakkan artikel tersebut dalam blog beliau tanpa sebarang komen yang kritis dibimbangi boleh membawa impak negatif terhadap kredibiliti beliau sebagai seorang sunni. Ini kerana dalam artikel tersebut menyebut tentang sokongan terhadap amalan puak Syiah (bukan Ahlul Bayt) dalam meratapi peristiwa Karbala sehingga melukakan badan sambil mengambil sumber-sumber daripada Syiah seperti tulisan Jalaluddin Rahmat. 
Malah paling jelas apabila penulis artikel tersebut memberi kredit besar kepada Syiah Imam 12 tajaan Khomeini apabila mengatakan bahawa semua semangat sambutan Asyura golongan Syiah adalah berinspirasi daripada pengiktirafan mereka terhadap Wilayah al-Faqih. 
Jadi, sehingga kini saya masih keliru apa motif sebenar Zamihan meletakkan artikel tersebut dalam blognya dengan tajuk baru tetapi isinya kekal? Apakah aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah (Asya'irah-Maturidiyah) telah gagal untuk membangkitkan semangat jihad untuk mempertahankan bumi Palestin sehingga artikel berbau Syiah seperti ini perlu digunakan oleh Zamihan? Apapun saya telah menjawab artikel ini secara ilmiyah dalam laman web Jakim (lihat di sini), dan dipersilakan kepada yang tidak bersetuju untuk menjawabnya kembali secara ilmiyah, bukan dengan kaedah menuduh membuta tuli tanpa memberikan hujah yang konkrit dalam membantah.


Akhirnya, semoga Allah SWT memberi hidayah kepada saya, Zamihan dan seluruh kaum muslimin untuk benar-benar ikhlas dalam menjalankan dakwah Islam ini. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui siapakah antara hamba-Nya yang bercakap benar dan siapakah yang berbohong. Wallahu a'lam.


*Untuk bacaan tambahan klik sini.
 

Asal usul maulid nabi yang dirayakan oleh syiah & sufi

Thursday, December 19, 2013

MANHAJ AT TALAQQI WAL ISTIDLAL : Pendirian Orang Musyrik Terhadap Hujah-Hujah Yang Nyata

 

 

EDISI MANHAJ AT TALAQQI WAL ISTIDLAL : Pendirian Orang Musyrik Terhadap Hujah-Hujah Yang Nyata

December 18, 2013 at 3:02pm
Segala puji hanya bagi ALLAH Azza Wa Jalla Rabb semesta alam .Kami memuji-NYA, memohon pertolongan dan meminta ampunan kepada-NYA. Kami berlindung kepada ALLAH dari kejelekan diri-diri kami dan dari keburukan amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh-NYA maka tidak ada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Kami bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali ALLAH Azza Wa Jalla,tidak ada sekutu bagi-NYA dan hanya kepada NYA kami berserah diri. Dan kami juga bersaksi bahawa Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah hamba dan rasul-NYA. Amma Ba'du.

Kuliah ini disampaikan oleh
Profesor Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman
Jabatan Al Qur’an dan As Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Makluman : Sebahagian isi dari nota ini telah saya olah dengan perkataan saya sendiri.

Alhamdulillah, dinota kuliah yang telah lalu kita telah pun selesai membincangkan tanda-tanda penghujahan dan pemikiran jahiliah. Adapun didalam nota hari ini kita akan memasuki bab baru iatu Pendirian Orang Musyrik Terhadap Hujah-Hujah Yang Nyata.

Apabila telah terseleweng timbangan pemikiran penghujahan disisi orang Musyrik dan ahli kebatilan maka mereka akan mula teraba-raba didalam kegelapan kejahilan. Apabila mereka tidak berupaya membawa hujah yang benar dan shahih maka mereka akan berdebat dengan degil dan berbalah dengan kasar dengan orang yang menyeru kepada kebenaran. Bawalah dalil yang sebanyak mana sekalipun, namun tetap sahaja mereka tidak mahu menerimanya. Keadaan ini diceritakan ALLAH didalam surah Hud Ayat 32 iatu tentang Kaum Nabi Nuh yang tidak mampu berhujjah akhirnya membalas hujjah dengan cara yang bathil.



Sekarang kita akan mempelajari bagaimana keadaannya orang musyrik dan ahli kebatilan di dalam mempertahankan kesesatan yang mereka kerjakan. Walaupun kita sedang mempelajari akhlaknya orang musyrik dan kaum jahiliah namun akhlak ini telah kita dapatkan pada umat Islam pada hari ini. Zaman Jahiliah telah jauh meninggalkan kita namun yang disayangkan adalah masih sahaja pemikiran dan cara akhlak mereka menempel pada sebahagian umat Islam hari ini. ( baca : yang mendokong firqah sesat seperti Pendokong Bid'ah, Syiah , Khowarij, Quraniyyun, Jahmiah ,Mukthazilah , Al Asyairah , Sufi dan seumpamanya)

Perhatikan peta minda dibawah bersama kronologi yang ditunjukkan dengan anak panah berwarna hijau.



Silalah semak sepanjang kita berdepan dengan pengikut/ pendokong bid'ah adakah hal-hal semacam ini ada pada diri mereka dalam menentang hujjah yang benar ? Maka janganlah terkejut kerana kelakuan begini telah dikisahkan oleh ALLAH apabila menerangkan kisah kaum musyrikin dan jahiliah apabila berdepan dengan hujjah yang benar.

Sekarang kita akan membincangkan berkenaan cara yang pertama iatu Al Mujadalatu bil Bathil ya'ni Mereka akan membalas hujjah yang diberikan tetapi dengan cara bathil atau tidak cerdik. Perhatikanlah didalam bagaimana ALLAH menceritakan keadaan mereka ini :



Yang kedua (ya'ni B) adalah Al Mu'anadah Wal istiqbal yang bermaksud Degil Dan Takkabur. Apabila gagal dalam berhujjah maka mereka akan menjadi degil dan takkabur, menolak kebenaran yang telah sampai kepada mereka.




Sungguh indah akan soalan yang ditanyakan oleh ALLAH kepada golongan ini, perhatikan .




Dan ALLAH Ta'ala juga berfirman ;




Mengapakah kita mempelajari akan keburukan-keburukan kaum Musyrikin dan Jahiliah ini ?

Tidak lain tidak bukan agar kita tidak terjerumus ke dalamnya. Sebagai orang Islam, akhlak kita apabila diberikan dalil dari Al Qur'an dan As Sunnah sebagaimana yang difahami oleh para sahabat Radhiyallahu anhum ajma'in adalah untuk mendengar dan ta'at. Apabila kita menolaknya dengan alasan; ' Syaikh itu telah berkata', ' pada pendapat saya' , 'ramai orang buat' , maka ini adalah antara jawapan yang didasari hawa nafsu. Akhlak yang semacam ini tidak sewajarnya tertempel pada diri kita, lebih-lebih lagi yang mengakui diri mereka sebagai Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Silalah sahabat luangkan masa untuk membaca hadis shahih tentang Hudzaifah Al Yamani Radhiyallahu Anhu yang bertanyakan kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam hal-hal keburukan agar dia dapat menjaga dirinya dari terjerumus ke dalamnya.

Ingin juga saya kongsikan akan puisi/syair dari Imam Syafie Rahimahullah iatu ;

Saya tahu keburukan,
Bukan untuk melakukan keburukan,
Tetapi untuk melindungi diri saya darinya,
Begitu ramai orang tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan,
Akan terjerumus ke dalam keburukan.

Setakat disini dahulu nota kuliah hari ini. Di nota kuliah akan datang kita akan membincangkan tentang hal selanjutnya iatu Al Jahdu Bil Haqqi Ba'da Zuhuri 'Alamati iatu Menolak Kebenaran Setelah Jelas, In shaa ALLAH. Semoga tulisan ini bermanfaat bagi kaum muslimin. Barakallahu Feekum.


~ Rabiah Rosdi Yaman

Wednesday, December 18, 2013

Jangan Mengaku Cinta Kepada ALLAH Tetapi Tidak Mengikut Perintah ALLAH

 

 

EDISI : Jangan Mengaku Cinta Kepada ALLAH Tetapi Tidak Mengikut Perintah ALLAH.

December 16, 2013 at 12:31pm
Segala puji hanya bagi ALLAH Azza Wa Jalla Rabb semesta alam .Kami memuji-NYA, memohon pertolongan dan meminta ampunan kepada-NYA. Kami berlindung kepada ALLAH dari kejelekan diri-diri kami dan dari keburukan amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH maka tidak ada seorang pun yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh-NYA maka tidak ada seorang pun yang dapat memberinya petunjuk. Kami bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali ALLAH Azza Wa Jalla,tidak ada sekutu bagi-NYA dan hanya kepada NYA kami berserah diri. Dan kami juga bersaksi bahawa Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah hamba dan rasul-NYA. Amma Ba'du.

Dipetik dari Kuliah Syarhus Sunnah yang membincangkan perkataan Imam Al Barbahari Rahimahullah dan disampaikan oleh Ustaz Abu Omar Idris bin Sulaiman yang mana sebahagian dari perkataan beliau telah saya olah kembali.Pada siri kuliah ini kita akan membincangkan perkataan Imam Barbahari yang ke-enam.



Imam Barbahari Rahimahullah mengingatkan kita akan bahaya bid’ah dan betapa apabila seseorang melakukannya maka secara tidak langsung ia akan mematikan sunnah.

Orang yang telah meninggalkan sunnah, secara tidak langsung telah meninggalkan Al Quran. Ini kerana Al Qur’an dan As Sunnah perlu dipegang secara bersama-sama. Apabila dia mengatakan bahawa dia cuma berpegang kepada Al Qur’an maka sebenarnya dia tidak berpegang Al Qur’an dengan sepenuhnya kerana ALLAH memerintahkan didalam Al Qur’an  untuk berpegang dengan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.



Tidak sedikit orang yang mengaku-ngaku bahawa mereka mencintai ALLAH namun perlulah kita menanyakan pada diri kita sendiri apakah ALLAH menyintai kita apabila kita meninggalkan jalan Rasul-NYA? Aneh sekali orang yang mengaku pencinta tetapi melakukan hal yang membuatkan Kekasihnya murka. Salah satu perintah ALLAH adalah dengan mengikuti apa yang telah disampaikan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang boleh didapati melalui hadis hadisnya yang shahih.

Tidak kurang yang menolak hadis dengan alasan bahawa hadis telah tercemar dan tidak pasti akan keshahihannya, tidak cukup dengan itu mereka menohmah ahli hadis dengan tuduhan yang tidak sepatutnya. Alasan mereka tidak lain tidak bukan untuk berpegang kepada Al Qur'an semata mata, sedangkan penohmah ini tidak meluangkan masa mempelajari ilmu hadis, apakah yang menyebabkan sesuatu hadis itu menjadi shahih atau sebaliknya, tidak mempelajari dan meneliti para perawi hadis, dipendekkan kata tidak memiliki pengetahuan tentang ilmu hadis. Penyudahnya jadilah mereka yang mendakwa berpegang dengan Al Qur'an Namun akhirnya mereka tanpa sedar memahami menurut akal mereka yang lebih kecil dari tempurung !

Jadilah golongan ini yang menghalalkan untuk meminum khamar asalkan tidak mabuk atau yang solat sekadar tiga waktu dan seumpamanya, apabila memahami Al Qur'an itu sendiri tanpa didokong oleh hadis hadis shahih bersamanya sebagaimana yang difahami oleh para sahabat Radhiyallahu anhuma Ajma'in.

Boleh jadi mereka tidak pernah melihat ancaman yang diberikan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang mana ancaman ini bukan sahaja untuk golongan Quraniyyun bahkan juga semua pendokong kesesatan termasuklah pendokong bid'ah.



Perkataan Imam Barbahari ini juga bukanlah hukum mengkafirkan pelaku bid'ah kerana hukum-hukum sebegitu memerlukan perincian. Apa yang disebutkan oleh Imam Barbahari Rahimahullah ini adalah senada dengan hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam iatu :

Mafhumnya: Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan ta’at, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Karena itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. (Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, karena semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah, sedang setiap bid’ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka).”HR. Nasa’i dan At-Tirmi-dzi, ia berkata hadits hasan shahih).


Hadis riwayat imam Al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Musa Al-Asy'ari bahawa telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:


إِنَّمَا مَثَلِيْ وَمَثَلُ مَا بَعَثَنِيَ اللهُ بِهِ كَمَثَلِ رَجُلٍ أَتَى قَوْمًا فَقَالَ يَا قَوْمِ إِنِّيْ رَأَيْتُ الْجَيْشَ بِعَيْنَيَّ وَإِنَّيْ أَنَا النَّذِيْرُ الْعُرْيَانُ فَالنَّجَاءَ فَأَطَاعَهُ طَائِفَةٌ مِنْ قَوْمِهِ فَأَدْلَجُوْا فَانْطَلَقُوْا عَلىَ مَهْلِهِمْ فَنَجَوْا وَكَذِبَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ فَأَصْبَحُوْا مَكَانَهُمْ فَصَبَّحَهُمُ الْجَيْشُ فَأَهْلَكَهُمْ وَاجْتَاحَهُمْ فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ أَطَاعَنِيْ فَاتَّبَعَ مَا جِئْتُ بِهِ وَمَثَلُ مَنْ عَصَانِيْ وَكَذَبَ بِمَا جِئْتُ بِهِ مِنَ الْحَقِّ

Sesungguhnya perumpamaan aku dgn perumpamaan apa yang Allah utus aku dengannya, seperti seseorang yang mendatangi suatu kaum kemudian berkata, ‘Wahai kaumku, sesungguhnya aku melihat pasukan (musuh) dengan kedua mataku dan sesungguhnya saya adalah ‘pemberi amaran yang tak berpakaian’’

Maka sekelompok dari kaumnya mentaatinya dan bergegas berjalan di malam hari dengan kehati-hatian dan mereka selamat, sementara sekelompok dari mereka mendustakannya (tak percaya), maka mereka tetap di tempatnya, maka pasukan musuh itu menyerangnya di waktu Subuh, lalu menghancurkan dan membinasakannya.

Yang demikian itu perumpamaan orang yang mentaatiku dan mengikuti apa yang aku didatangkan dengannya, dan perumpamaan orang yang mengingkariku dan mendustakan apa yang aku didatangkan dengannya dari kebenaran.

Pemberi amaran tidak berpakaian didalam hadis ini adalah merujuk kepada pada zaman dahulu dimana apabila seseorang terserempak dengan gerombolan musuh yang datang untuk menyerang kaumnya, maka dia akan memanjat bukit hingga ke puncaknya lalu menjerit sekuat-kuat hati untuk memberitahu akan kedatangan musuh kepada kaumnya. Sekiranya mereka tidak mengendahkan amarannya, pemberi amaran ini akan menanggalkan bajunya untuk menunjukkan betapa seriusnya dia.


Apakah mereka masih mahu menggunakan alasan meneruskan kebid'ahan atau kesesatan apa yang mereka kerjakan dengan alasan cinta kepada ALLAH sedangkan hadis kesesatan bid'ah itu begitu banyak sekali? Fikirlah !
Telah datang perintah untuk menuruti dan ta'at kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, hendaklah mereka yang ingkar memerhatikan ancaman ALLAH;

Maksudnya: 'Dan barangsiapa yang menentang/memusuhi Rasul sesudah nyata baginya al-hidayah (kebenaran) dan dia mengikuti selain jalannya orang-orang mu'min, niscaya akan Kami palingkan (sesatkan) dia ke mana dia berpaling (tersesat) dan akan Kami masukkan dia ke dalam jahannam dan (jahannam) itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali. (An-Nisa' ayat 115)

~ Rabiah Rosdi Yaman

sufi adik beradik kembar syiah






1)SUFI BANYAK MENYEBARKAN HADIS DAN RIWAYAT2 PALSU
SYIAH BANYAK MENYEBARKAN HADIS PALSU DAN BERDUSTA ATAS NAMA ALI

-SUFI PERCAYA BYK SEBARKAN HADIS PALSU TTG NUR MUHAMAD DAN MEREKA PERCAYA SEMUA DIJADIKAN KERNA NUR MUHAMMAD
-SYIAH PULA PERCAYA DGN NUR MUHAMAD

-CONTOHNYA TOKOH BESAR SUFI SINGAPORE PADA VIDEO2 YG LEPAS SY TELAH POSTKAN DIA MENDAKWA ADA IMAM SUFI YG TAHU BENDA GHAIB,MENDAKWA IHYA ULUMIDDIN HAMPIR MENYAMAI AL QURAN,
SHEIKH ABDUL QADER JAILANI BOLEH JALAN ATS ANGIN,CAKAP DGN LEMBU

2)SUFI BANYAK BERIBDAH DI KUBURAN DAN MEMINTA2 KEPADA TOK SHEIKH YG DAH MATI...SUKA KE MAQAM HABIB DAN BAGI MEREKA DOA MEREKA DAPAT MAKBUL DI KUBUR TOK SHEIKH DAN MAQAM NABI S.A.W
SYIAH JUGA SUKA KE KUBUR2 TOK SHEIKH MEREKA DAN MEMINTA HAJAT DI SITU,MAQAM ABU LU'LU' YG MEMBUNUH SAIDINA UMAR AL KHATTAB DIJADIKAN TEMPAT IBADAH.

3)SUFI MEMINTA KEPADA SELAIN ALLAH YG KONONNYA TAWASUL DALAM DOA DGN JADIKAN NABI SEBAGAI PERANTARA...TM FOUZY SENDIRI SBG TOKOH BESAR SUFI MEMINTA :
'YA RASULLULAH AKU SAKIT TOLONG SEMBUHKAN AKU'
SYIAH PULA MEMINTA YA ALI,YA HUSSAIN,YA HASSAN APABILA MEREKA DITIMPA SUSAH...LIHAT SAJA VIDEO YG LEPAS SYIAH MEMINTA YA HUSSAIN,YA ALI TOLONG AKU...
SYIAH PULA MEMINTA KEPADA SAIDINA ALI,SADINA HUSSAIN BAGI MEREKA JUGA TAWASSUL UTK MEMAKBULKAN DOA MEREKA.

4)SUFI GHULUW KEPADA KETRUNAN RASULLULAH S.A.W IAITU PARA HABIB YG SUKA BER YAHANANA,....SUFI MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN KEPADA IMAM MEREKA DAN MENGATAKAN IMAM MEREKA MENEGETAHUI BNDA YG GHAIB...
SYIAH PULA GHULUW KEPADA AHLUL BAIT HINGGA MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN KEPADA IMAM MEREKA TERMASUK SAIDINA ALI.

5)AKIDAH SUFI BERPEGANG DGN WIHDATUL WUJUD LIHAT SAJA AKIDAH NYA IBNU ARABI,HALLAJ,JALALUDIN AR RUMI,MEYAKINI TUHAN BERSATU DGN MAKHLUK EVERYTHING IS GOD...SEDANGKAN ITU KEPERCAYAAN HINDU,BUDDHA...

LIHAT AKIDAH KHOMEINI :

Karenanya jika seseorang meminta kepada seseorang selain Allah suatu amal yang penting baik amalan kecil dengan menjadikan orang tersebut sebagai Rob maka ia adalah seorang musyrik berdasarkan hukum akal dan Al-Qur'an. Adapaun jika ia meminta kepadanya dengan dasar bahwa Rob Pencipta alam telah memberikan kepadanya kekuatan dan ia butuh kepada Allah serta tidak independent dalam amalan ini maka ini bukanlah amal ketuhanan, dan meminta dipenuhinya hajat darinya tatkala itu bukanlah keysirikan"
(Kasyful Asroor hal 54-55)
Sesungguhnya syafaat bukanlah amalan ilahiyah (ketuhanan), karena pada hakekatnya adalah berdoa kepada Nabi dan Imam agar Allah mengampuni dosa orang ini. Dan ini adalah perbuatan seorang hamba dan bukan perbuatan Allah" (Kasyful Asroor hal 93).

INI JUGA PEGANGAN TOKOH BESAR SUFI SINGAPURA TM FOUZY,LIHAT SAJA VIDEO KLIP SEBELUMNYA DI WALL SAYA...

KERNA ITU ORG2 TASAWWUF,TAREKAT,SUFI GEMAR KE KUBUR2 PARA WALI,HABIB,TOK SHEIKH2 MEREKA KERNA MEREKA TERPENGARUH DGN FAHAMAN SYIAH DAN TERPENGARUH DGN FATWA BATIL KHOMEINI

AYUH KITA TEGAKKAN SUNNAH NABI S.A.W SEPERTIMANA SAHABAT NABI BAWAKAN DAN HANCURKAN BIDAAH SEDAYA MUNGKIN...

MOHON ALLAH BERI PETUNJUK DAN PENCERAHAN KEPADA ALIRAN SYIAH DAN SUFI SUPAYA BALIK SEMULA KEPADA AKIDAH SALAF YG DIPEGANG OLEH PARA SAHABAT NABI S.A.W