Showing posts with label Bedah buku. Show all posts
Showing posts with label Bedah buku. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Mohd Hairi Nonchi - mendulang cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al- Rasul


 



Mendulang Cinta Ilahi Dengan Ittiba' Al-Rasul, terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2013 (363 halaman, soft cover).

 Synopsis :

Kecintaan orang yang benar-benar beriman dan cinta kepada Tuhannya ini tidak hanya bernoktah kepada pengakuan di bibir sahaja akan tetapi juga disusuli dengan upaya untuk mengetahui dan seterusnya mempraktikkan cara-cara yang syar’I dalam usaha menggapai cinta agung tersebut dalam erti kata yang sebenarnya.

 Author : Mohd Hairi Nonchi
 Price: RM 25.90
 
Sinopsis: http://www.jahabersa.com.my/ms/tauhid/mendulang-cinta-ilahi-dengan-ittiba-al-rasul

Rujuk ke :

Monday, February 25, 2013

Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Satu Analisis Ke Atas Gerakan "Wahhabiyyah"


Title:
Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Satu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan "Wahhabiyyah"

Author:
Abu Ahmadain al-Barlisi

Publisher:
Jahabersa
Price:RM20
Weight:500g
Description:

Terdapat banyak pihak yang menyandarkan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada gerakan Muhammad B. 'Abdul Wahhab, atau lebih dikenali sebagai gerakan "Wahhabiyyah".

Sejauh manakah kebenaran sandaran tersebut? Atau hanya sekadar tuduhan? Penulis buku ini cuba membentangkan sebuah kajian dan hasil penelitian beliau dalam persoalan ini. Methode penulisan beliau adalah berpandukan kajian terhadap sumber-sumber sejarah yang ditulis oleh pelbagai pihak. Dan hasil kajian yang beliau perolehi adalah amat-amat megejutkan!
RUJUKAN: http://galeriniaga.blogspot.com/2010/12/352-kejatuhan-kerajaan-turki.html

Sunday, February 3, 2013

Banking - The Root Cause of the Injustices of Our Time

 

 

Banking - The Root Cause of the Injustices of Our Time

Abdalhalim Orr and Abdassamad Clarke (Eds.)

Including work by Shaykh Abdalhaqq and Hajja Aisha Bewley, Dr. Zeno Dahinden (e-dinar), Ibrahim Lawson, Uthman Ibrahim Morrison, Dr. Yasin Dutton and Abdalhamid Evans

The original 1987 Norwich seminar Usury: The Root Cause of the Injustices of Our Time, whose proceedings form the core of this work, had an extraordinary effect. After the endless analyses and altercations of left and right to which we were accustomed, here was an argument that went to the core of the matter in one bound, and yet did so with a degree of scholarship and indeed erudition that was not cavalier. The result was electric. It was also well before its time.

This book contains the texts of the original lectures as well as some contemporary material that updates it. The 80’s material was remarkably prescient, as the reader will discover. However, history has furnished us another opportunity – the catastrophic bank collapses of 2008 and the impending total systems shutdown of 2009 – to revisit this vital material and place it before the reader.

Whatever the result of the signal events of 2008-9 – a slide into depression, cataclysmic upheaval or a rebound into dynamic activity – the argument in this work still stands: Usury is demonstrably the motor of the injustices of our age. That is the bad news, whose necessary corollary, a delineation of the way out of our global predicament, this book explores.

 http://diwanpress.com/online-store.html?page=shop.product_details&category_id=21&flypage=flypage.tpl&product_id=118

Saturday, February 2, 2013

Pengkhianatan-pengkhianatan Syiah dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam




 
 
 
 
  Judul: Pengkhianatan-pengkhianatan Syiah dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam | Judul Asal ('Arab): Khianatusy Syi'ah wa Atsaruha fii Hazaa'im al-Ummah al-Islaamiyyah | Penulis: Dr. Imad Ali 'Abdus Sami' | Penerbit: Pustaka al-Kautsar | Berat: 250g | Muka Surat: 216m/s.h I Price: RM18.00

 [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
 
 
Sejarah adalah himpunan peristiwa-peristiwa dari masa lalu yang merupakan sumber informasi tentang segala hal positif mahupun negatif. Kekayaan sejarah menjadi asset umat manusia untuk belajar banyak hal tentang kehidupan. Maju dan mundurnya suatu bangsa atau peradaban sangat bergantung sejauh mana sejarah itu digali. Megahnya bangunan sejarah kerana ada perancang dan pelaksananya. Robohnya bangunan sejarah kerana ada penghancurnya, sama ada datang dari faktor dalaman mahupun luaran. Demikian pulalah yang terjadi terhadap sejarah peradaban Islam.
 
Sejarah Islam telah ditulis dan dibukukan oleh sejarawan muslim dan non muslim. Di antaranya adalah buku History of Civilization karya Will Durant, Tarikh al-Umam wal Muluk karya Imam Ath-Thabari rahimahullah, Tarikh al-Islam karya Al-Hafiz Adz-Dzahabi, Al-Bidayah wan-Nihayah karya Al-Hafiz Ibnu Katsir, dan selainnya.
 
Penulisan sejarah lebih banyak bersifat pemaparan kronologi dan sedikit yang bersifat analitis seperti kitab Marwiyat Abi Mukhnaf fi Taarikh Thabari karya Dr. Yahya Ibrahim Yahya atau Khuqbatun minat Taarikh karya Utsman Al-Khumais. Adapun manipulasi sejarah dalam Islam ternyata paling banyak dilakukan oleh kaum Syiah terutamanya oleh Al-Mas’udi dalam kitab Muruujudz Dzahab, Abu Mikhnaf dan Saif B. 'Umar dalam riwayat-riwayat Ath-Thabari dan sebagainya.
 
Manipulasi ini tidak lepas dari perilaku kaum Syi'ah (Rafidhah) sendiri, sehingga serasa berbicara tentang sebuah realiti yang aneh. Dari aspek "genetik", kaum Syi'ah lahir dari rahim sejarah ummat Islam hasil campur-tangan Yahudi. Tetapi hakikat ekspresi dan eksplorasi kehidupan mereka, terpisah dengan jarak yang amat jauh dari nilai-nilai Islam. Kalau mungkin dapat diungkapkan, "Mereka itu teman, tetapi sekaligus musuh yang sangat sengit." 
 
Sikap anti kaum muslimin terhadap Syi'ah bukan-lah tanpa alasan dan bukan juga suatu yang diada-adakan. Sejarah panjang selama ribuan tahun telah memberikan segudang pelajaran dan peringatan berharga. Betapa banyak darah tertumpah, air mata bercucuran, serta penderitaan yang cukup pedih menimpa umat Islam (Ahlus Sunnah), sebagai buah dari pengkhianatan-pengkhianatan ini.
 
Syi'ah adalah kaum yang bertanggung-jawab atas kematian Al-Husain B. 'Ali radhiyallahu 'anhuma di Karbala; Mereka mengkhianati Khalifah Harun al-Rasyid; Mereka membukakan pintu bagi Khulako Khan, Kaisar Tartar, untuk menghancurkan Daulah 'Abbasiyyah di Baghdad; Mereka mengkhianati Sholahuddin al-Ayyubi; Mereka memusuhi Daulah Saljuk dan Turki Utsmaniyah; Juga termasuk pengkhianatan Syi'ah modern yang konon berprilaku seperti muslim; namun dari sikap hati, mereka tidak segan-segan menikam, melibas, menindas, serta memporak-porandakan kehidupan umat Islam.
 
Buku Pengkhianatan-Pengkhianatan Syiah, karya Dr. Imad Ali 'Abdus Sami' ini adalah merupakan dokumentasi berharga yang memuatkan catatan-catatan kelam sekitar pengkhianatan-pengkhianatan kaum Syiah di sepanjang sejarah Islam.
 
Sebelum memaparkan peristiwa-peristiwa pengkhianatan Syiah sepanjang sejarah, ada baiknya menjawab pertanyaan penting: Mengapa tokoh Syi'ah suka berkhianat? Dr. Imad Ali 'Abdus Sami’ selain membentangkan dengan panjang lebar dalam bukunya  sekitar fokus “Pengkhianatan-Pengkhianatan Syiah”, beliau turut menjelaskan kafirnya kaum Syi'ah. Dan hal ini besumber dari aqidah mereka yang telah rosak parah.
 
Sebagai tambahan bukti tahun-tahun terakhir pengkianatan Syi'ah:
 
1. Kerja sama Iran, Amerika, dan Zionis Israel dalam jual-beli senjata yang terkenal dengan skandal “Iran Kontra” sekitar akhir tahun 80-an. Iran bersedia membebaskan 52 tentera AS dengan syarat cukup mudah, yakni AS cukup mengirimkan senjata anti-tank ke Iran bagi tujuan menghadapi Iraq dalam perang Iran-Iraq. Di pihak Bush langsung setuju bahkan memberikan tambahan bonus sebesar 40 juta dolar AS. Di antaranya agen Mossad Israel yang terlibat dalam penyaluran senjata AS ke Iran, Ari Ben Menashea yang tanpa diduga memberikan kesaksian, juga dokumen PM Iran, Bani Sadr yang mengindikasikan tentang kehadiran Bush. Bahkan ada yang merinci yang menyebutkan 13 dokumen jual beli senjata antara Iran dan Israel. Anda cari di youtube video para pembesar iran, amerika, israel duduk satu meja dalam pembicaraan hangat cukup membuktikan hubungan itu masih berlangsung sampai sekarang. (Rujukan: https://www.youtube.com/watch?v=Ou2a8sNxp2M)
 
2. Begitu pula pembantaian Syiah Iraq bekerja sama dengan tentara Amerika. Dr. Harits Adh-Dhori melaporkan jumlah Ahlus Sunah Iraq yang terbunuh mencapai 200 ribu orang, 100 ribu dibunuh Syiah dan 100 ribu lainnya dibunuh oleh tentera Amerika. Kaum Syiah ketika membunuh ulama dan para khatib ahlus sunah dengan cara yang cukup sadis, iaitu dengan cara memotong-motong anggota tubuh dan mencongkel mata dengan besi panas sebelum dibunuh. Bahkan para pembesar Iran di Qum dan Bashrah menyatakan kalau tidak kerana Syi'ah, nescaya Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh.
 
3. Begitu pula pengkhianatan Syiah di Bahrain, Yaman (masih ingat akhir Disember 2011), penyerangan mereka di wilayah umat islam ahlussunnah menewaskan puluhan orang di daerah tersebut, termasuk pelajar yang dari Malaysia, juga Indonesia), Saudi Arabia, Pakistan, dan lain-lain adalah bukti nyata dari kekejaman Syi'ah.  
 
 
[Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Wednesday, January 16, 2013

: Begini Seharusnya Menjadi Guru

 




Judul: Begini Seharusnya Menjadi Guru, Panduan Lengkap Metodologi Pengajaran Cara Rasulullah | 
Judul Asal ('Arab): Al-Mu'allim al-Awwal (Qudwah li Kulli Mu'allim wa Mu'allimah) |  
Penulis: Fu'ad B. 'Abdul 'Aziz asy-Syalhub |
 Penerbit: Darul Haq |
 Berat: 200g |
 Muka Surat: 188m/s.
 Price: RM15.00

 

Profesion mengajar tidak dapat disamakan dengan mana-mana profesion yang lain dalam hal keutamaan dan kedudukannya. Ia termasuk suatu profesion yang sangat mulia lagi terpuji. 

Setiap kali kandungan pelajaran yang diajarkan lebih mulia dan lebih bermanfaat, maka kemuliaan dan kedudukan pemiliknya pun akan semakin terangkat.

 Dan semulia-mulia ilmu pengetahuan secara umum adalah ilmu pengetahuan yang syar’i lagi fardhu, kemudian yang selainnya yang memiliki sumbangan terhadap agama dan kemudian yang memiliki kemanfaatan secara umum selari dengan tingkatannya.

Seseorang guru atau pendidik jika dia mengikhlaskan amalnya untuk Allah serta meniatkan apa yang dia ajarkan untuk memberikan manfaat bagi manusia, mengajarkan mereka yang baik, dan mengangkat kejahilan dari mereka, maka perkara tersebut akan menjadi nilai tambah kebaikan bagi dirinya serta menjadi sebab tambahan pahalanya sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
“Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 1)
Keutamaan seorang guru atau pendidik ditambah lagi sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut:
إن الله وملائكته حتى النملة في جحرها وحتى الحوت في البحر ليصلون على معلم الناس الخير
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, bahkan sehingga semut yang di dalam lubangnya, juga ikan-ikan di lautan, benar-benar berselawat ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” (Shahih al-Jami’ ash-Shaghir, no. 1838)

Tugas seorang pendidik tidak hanya sebatas menyampaikan silibus pelajaran kepada para muridnya, bahkan ia turut menyampaikan sama akhlak dan adab. Dan ini bukanlah sebuah tugas yang ringan, sebaliknya termasuk tugas-tugas yang berat dan besar beban tanggungjawabnya. Ia melibatkan soal amanah, keilmuan, ketulusan, kesabaran, dan sikap jujur terhadap tugas sebagai seorang guru. Ia akan bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap apa yang ia sampaikan kepada masyarakat. Dan para guru jugalah yang bertanggungjawab melakar corak pemikiran masyarakat akan datang. Sama ada yang baik, berilmu, berakhlak, atau yang sebaliknya.

Dari itulah, sebelum menjadi seorang pendidik yang baik lagi menepati akhlak-akhlak Islami, seorang guru harus memiliki ilmu bagaimana seharusnya menjadi seorang guru yang profesional lagi disukai Allah. Bagaimana metode, personaliti, karaktor, akhlak, sikap, dan persediaan yang harus ia tampilkan. Dan ini tidak dapat tidak, mestilah dengan menjadikan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai contoh dan tauladan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagi kamu.” (Surah al-Ahdzaab, 33: 21)

Dan ini antaranya kerana beliau adalah guru pertama yang mengajar dan mendidik para sahabatnya sehingga mereka menjadi anak-anak didik terbaik sekaligus melahirkan sebuah generasi manusia yang terbaik lagi diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga terpahat indah di dalam al-Qur’an.

Semoga dengan menelusuri buku ini, maka akan menjadi jelaslah bagaimana seharusnya menjadi seorang guru yang dicintai dan diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Yang bakal membentuk akhlak dan jati diri manusia bermanfaat menurut kacamata Islam, bukan dari perspektif barat dan bukan menurut acuan ideologi pemikiran orang-orang kafir.

Buku ini di samping untuk para guru dan pendidik, ia juga amat sesuai untuk para ibu dan bapa selaku golongan guru pertama buat anak-anak mereka.

Rujuk :
 http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product%2Fproduct&product_id=576

Wednesday, January 2, 2013

Siapakah Yang Lebih Berilmu








Judul: Siapakah Yang Lebih Berilmu | Judul Asal ('Arab): Fadhlu 'Ilmu as-Salaf 'ala al-Kholaf | Penulis: Imam Al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Penerbit: Cahaya Tauhid Press | Berat: 150g | Muka Surat: 100m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah  (Wafat: 748H):
العلم ليس هو بكثرة الرواية، ولكنه نور يقذفه الله في القلب، وشرطه الاتباع، والفرار من الهوى والابتداع
“Ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat, tetapi ia adalah cahaya yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati, dan syaratnya adalah al-ittiba’ (mengikuti sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), dan melarikan diri dari hawa nafsu serta menjauhi al-ibtida’ (bid’ah).” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 13/323).
Ilmu Yang Bermanfaat
Ilmu yang bermanfaat merujuk kepada dua perkara, iaitu ilmu tentang keagungan Allah Ta’ala yang diketahui melalui nama-nama-Nya yang indah (al-husna) dan sifat-sifat-Nya yang mulia yang menjadi hak-hak-Nya. Dengan mengetahuinya, akan membawa kepada pengangungan, pengabdian hanya kepada-Nya, rasa takut, cinta (mahabbah), harapan, sabar, redha dan tawakkal hanya kepada Allah.
Manakala yang kedua, ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membawa kepada segala apa yang diredhai dan dicintai oleh Allah. Yang dengan ilmu tersebut menjadikan kita menjauhi segala apa yang dibenci dan dilarang oleh-Nya. Ini adalah sebagaimana yang disebut oleh al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) dalam risalahnya yang berjudul Fadhlu ‘Ilmu as-Salaf ‘ala al-Kholaf. Iaitu buku yang sedang dipaparkan ini.
Melalui apa yang diambil daripada beliau ini menunjukkan adanya ilmu yang tidak bermanfaat bagi diri seseorang iaitu apabila ilmu tersebut tidak membawa untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebaliknya membawa pula kepada apa yang dibenci oleh Allah. 
Tidak kiralah ilmu tersebut tergolongan dalam ilmu-ilmu yang syar’i lagi wajib atau ilmu-ilmu berbentuk kemahiran kehidupan, sekiranya ia membawa pengamalnya kepada mencari redha Allah, insyaAllah ia adalah ilmu yang bermanfaat.
Sebaliknya, sekiranya ilmu tersebut walaupun ia adalah ilmu-ilmu yang syar’i tetapi tidak diamalkan seiring atas jalan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka ia akan termasuk ke dalam jajaran ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat.
 
Ini dapat difahami antaranya berdasarkan firman-Nya:
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat, 51: 56)
Di samping itu, terdapat hadis yang mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengatakan:
مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلاَّ لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا، لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya untuk mencari wajah Allah ‘Azza wa Jalla, tetapi dia tidak menuntutnya melainkan untuk mencari dunia dengannya, maka pada hari kiamat dia tidak akan dapat mencium aroma Syurga.” (Musnad Ahmad, no. 8457. Sunan Abu Daud, no. 3664. Ibnu Majah, no. 248. Dinilai sahih oleh an-Nawawi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth)
Maka atas sebab itulah setiap ilmu yang kita pelajari seharusnya menuju kepada jalan tersebut, iaitu jalan ‘ubudiyyah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Apabila kita benar-benar faham bahawa prioriti ilmu yang syar’i lagi bermanfaat adalah ilmu-ilmu yang datang dari al-Qur’an, as-Sunnah, dan kefahaman terhadap keduanya berpandukan manhaj yang benar (iaitu manhaj generasi awal umat Islam khasnya dari kalangan sahabat nabi, tabi'in, dan tabi'ut tabi'an), maka sudah seharusnya kita meletakkan usaha dan keutamaan yang tinggi untuk menekuninya. Itulah yang merupakan tradisi para ulama dan ilmuan Islam dari kalangan salaf (generasi awal Islam) dan para ilmuan yang mengikuti generasi salaf dengan baik.


Mu’adz B. Jabal radhiyallahu ‘anhu berkata:
تعلموا العلم، فإن تعلمه لله خشية، وطلبه عبادة، ومدارسته تسبيح، والبحث عنه جهاده، وتعليمه لمن لا يعلمه صدقه، وبذله لأهله قربة، وهو الأنيس فى الوحدة، والصاحب فى الخلوة
Pelajarilah ilmu, kerana dengan mempelajarinya kerana Allah merupakan tanda takut terhadap-Nya, mencarinya adalah ibadah, menuntutnya adalah tasbih, membahaskannya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang belum mengetahui adalah sedekah, usaha memberikannya kepada yang berhak adalah ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah, ilmu adalah teman di saat sendirian dan rakan dalam kesepian.” (Ibnu Qudamah, Mukhtashar Minhajul Qashidin, m/s. 15 – Maktabah Daar al-Bayaan)

Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berpesan:
نَسْأَل اللهَ عِلْماً نَافِعاً، تَدْرِي مَا العِلْمُ النَّافِع؟هُوَ مَا نَزل بِهِ القُرْآنُ، وَفسَّره الرَّسُول - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَوْلاً وَفعلاً، وَلَمْ يَأْت نَهْي عَنْهُ، قَالَ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ: (مَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي، فَلَيْسَ مِنِّي)، فَعَلَيْك يَا أَخِي بتدبُّر كِتَاب اللهِ، وَبإِدمَان النَّظَر فِي (الصَّحِيْحَيْنِ) و(سُنَن النَّسَائِيّ)، وَ(رِيَاض النَّوَاوِي) وَأَذكَاره، تُفْلِحْ وَتُنْجِحْ، وَإِيَّاكَ وَآرَاءَ عُبَّادِ الفَلاَسِفَة، وَوظَائِفِ أَهْلِ الرِّيَاضَات، وَجُوعَ الرُّهبَان، وَخِطَابَ طَيْشِ رُؤُوْسِ أَصْحَابِ الخلوَات، فُكُلُّ الخَيْر فِي مُتَابعَة الحنِيفِيَة السَّمحَة، فَواغوثَاهُ بِاللهِ، اللَّهُمَّ اهدِنَا إِلَى صرَاطك المُسْتقيم
Kita memohon kepada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah kamu apa ilmu yang bermanfaat tersebut? Iaitu ilmu yang turun bersama al-Qur’an dan ditafsirkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan ucapan, perbuatan, dan yang tiada larangan darinya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia tidak termasuk golonganku.” Wahai saudaraku, kamu perlu mempelajari kitab Allah dan menekuni dua kitab Sahih (Shahih al-Bukhari dan Muslim), Sunan an-Nasaa’i, Riyadhus Shalihin, dan al-Adzkar karya Imam an-Nawawi, nescaya kamu akan beruntung dan selamat. Jauhilah syubhat pemikiran ahli falsafah, perbuatan ahli sufi, ajaran para pendeta, dan khayalan orang-orang yang suka menyendiri. Seluruh kebaikan itu adalah dengan mengikuti jalan yang lurus. Mintalah pertolongan kepada Allah. Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan-Mu yang lurus.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam an-Nubala’, 19/339-340)

Adapun dalam buku ini, Al-Hafiz Ibnu Rejab menjelaskan tentang betapa pentingnya mendalami ilmu yang benar, iaitu ilmu yang bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak. 

Kemudian beliau menjelaskan pula apa itu ilmu yang bermanfaat, keutamaan ilmu bahasa 'arab, bahaya ilmu-ilmu ahli bid'ah, ilmu berkaitan sifat-sifat Allah dan prinsip dalam memahaminya, bahaya berlebihan dalam mengikuti akal sehingga melampaui dalil, kesan buruk banyak berdebat dan bertengkar dalam urusan agama, adab dalam berbicara, ilmu yang paling utama, timbangan kebenaran, bahaya bid'ah-bid'ah kaum sufi, siapakah yang benar-benar dikatakan berilmu, ilmu demi mencari dunia, dan banyak lagi kupasan lainnya yang begitu menyentuh hati apabila kita menelusurinya secara cermat. 

 [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

~ http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product%2Fproduct&product_id=553

Tuesday, January 1, 2013

Syarhus Sunnah Imam al-Barbahari

Title:Syarhus Sunnah Imam al-Barbahari
Judul Asli ('Arab): Syarhus Sunnah

Author:
Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H)
Tahqiq: 'Abdurrahman B. Ahmad al-Jumaizi

Publisher:
Pustaka Imam adz-Dzahabi

Price:RM22

Weight:300g

Description:

Agak sebak terasa di dada ketika melihat pelbagai fitnah dan syubhat yang mengancam dan merosakkan aqidah masyarakat pada zaman ini, sehingga dalam persoalan mengenal Allah sahaja telah muncul pelbagai pendapat yang tidak ketahuan asalnya. Ada yang mengatakan Allah itu berada di mana-mana sahaja, ada pula berpendapat Allah itu di hati kita, malah lebih pelik - Allah itu menyatu dengan alam semesta ini. Kemudian - semakin ramai pula yang mengingkari kewujudan azab & nikmat kubur, mengingkari/menolak hadis atas sebab ianya hadis ahad dan tidak boleh digunakan dalam hujjah aqidah, mengambil/memahami al-qur'an dengan hati dan akal (tanpa merujuk kepada tafsir ulama terdahulu), hanya berpegang kepada al-Qur'an sahaja dan tidak mahu berpegang kepada hadis (sunnah), serta pelbagai lagi bentuk pemikiran yang merosakkan telah mula lahir dan menyerang.

 Di tengah-tengah kerancuan (kelirunya) kefahaman ummat tentang aqidah -maka, kitab ini wajar kita ambil dan belek kembali untuk dibaca, ditela'ah, difahami, direnungi. 

Kitab ini adalah tulisan hasil peninggalan salah seorang imam (ulama) Ahlus Sunnah di era 300 hijrah, yang pada zamannya tekenal berjuang mempertahankan aqidah ahlus sunnah dari pelbagai bentuk serangan aqidah sesat muktazilah dan al-asya'irah. Ia hidup di zaman anak-anak murid imam Ahmad B. Hanbal, yang juga bersama-sama mereka mempertahankan benteng Ahlus Sunnah.

Berkenaan buku ini dan penyusunnya (Imam al-Barbahari), telah berkata Bisyir bin Harits, "al-Islam adalah as-Sunnah, dan as-Sunnah adalah Islam". Kerana Islam itu ditegakkan dengan as-Sunnah dan kerana al-Qur'an itu diturunkan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bukan kepada kita secra langsung. 

Daripada beliaulah kita mengambil kefahaman dan tafsirannya. Tela'ahlah buku ini yang di dalamnya memuatkan pesanan dan prinsip-prinsip penting aqidah Islam daripada seorang ulama Ahlus Sunnah yang sejahtera aqidahnya. 

Tentang peribadi beliau, beliau bernama al-Hasan B. 'Ali B. Khalaf al-Barbahari. Beliau banyak bergaul dengan sahabat-sahabat dan anak-anak murid Imam Ahmad B. Hanbal.

 al-Hafiz Ibnu Katsir memuji beliau dengan katanya, "Beliau (Imam al-Barbahari) adalah seorang ulama yang zuhud, ulama ahli fiqih dari mazhab Hanbali, sangat ahli dalam memberi nasihat, dan sangat tegas lagi keras terhadap ahli bid'ah dan pelaku maksiat, serta sangat berwibawa dan disegani oleh kalangan 'alim dan awam." 

Imam adz-Dzahabi pula menyatakan, "Beliau adalah seorang syaikh (guru) yang bermazhab Hanbali yang menjadi tokoh ikutan dan imam... yang faqih. Beliau lantang dalam menyerukan kebenaran dan sentiasa menyeru kepada atsar (hujah yang sahih di atas kefahaman ahlus sunnah), tidak menyelisihi Allah Subhanahu wa Ta'ala..."
Total Pages:243 m/s. 

Monday, December 31, 2012

SALAF TIDAK DISANDARKAN KEPADA MASA ATAU TARIKH




Kalau maksud salaf disandarkan kepada masa atau tarikh maka marhalah salaf telah berlalu dengan kematian mereka iaitu mereka yang hidup dikurun generasi pertama (sahabat) dikurun kedua (tabi’in) dan dikurun ketiga (dizaman para tabi’ut at-tabi’in). Namun jika disandarkan kepada manhaj maka salaf, salafi atau salafiyah kekal berterusan sehingga ke Hari Kiamat.

Tetap sah, diterima dan dianggap sebagai salafi setiap individu apabila menasabkan (menyandarkan) susur galur akidah, ibadah, akhlak atau amal mereka kepada para salaf yang telah berlalu setelah memenuhi syarat-syarat, tuntutan dan komited kepada prinsip manhaj salafi. Hakikat ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ اُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ ، لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ ، حَتَّى يَاْتِيَ اَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ.

“Akan sentiasa ada satu golongan (kelompok) dari umat ini, yang terang-terangan di atas kebenaran, tidak akan membahayakan mereka sesiapa yang menentang mereka sehinggalah datang urusan Allah sedangkan mereka masih tetap seperti itu (meniti di atas manhaj salaf yang benar)”.[1]

Hadis di atas ini adalah khabar dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Melalui sabdanya inilah baginda memberi khabar dan keyakinan kepada orang-orang yang beriman bahawa golongan Salaf as-Soleh akan sentiasa ada disetiap generasi dan zaman sehinggalah ke Hari Kiamat.


-----------------------------------------------------------------------------------------

[1] . H/R Muslim 3/1523. Kitab al-Imarah.

~ Oleh : Abu Farouq

Friday, December 28, 2012

Kunci Memahami Hadits Nabi

 






Tajuk: Kunci Memahami Hadits Nabi
Penulis: Abu Yahya Badru Salam
Penerbit: Pustaka Al-Bashirah
Berat: 200g
 Muka Surat: 174m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Hadis Nabi (maksudnya): Semoga Allah memberikan cahaya di wajah kepada orang yang mendengarkan sabdaku lalu ia memahaminya, menghafalnya, dan menyampaikannya. Betapa banyak orang yang membawa fiqh kepada orang yang lebih faqih darinya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2658)
 
Sufyan B. 'Uyainah (rahimahullah) berkata: "Tiada seorang pun dari ahli hadis melainkan di wajahnya terdapat cahaya berdasarkan hadis ini." (Rujuk: Qowa'id Attahdits, Karya al-Qasimi, m/s. 48)
 
Demikianlah memang benar. Orang-orang yang menguasai hadis-hadis Nabi bercaya wajahnya. Iaitu dipenuhi dengan cahaya ilmu dan kefaqihan. Kebijksanaan dalam menangani dan mendepani isu-isu yang datang kepadanya. Setiap amal dan tindakannya dipenuhi dengan hikmah dan kebaikan.
 
Buku ini adalah antara buku yang ditulis bagi menggambarkan asas-asas ilmu hadis, bagaimana memahami hadis, mengambil hadis, dan bagaimana hendak berhukum dengan hadis-hadis Nabi. Di antara yang dibahaskan melalui buku ini adalah:
 
1 - Keutamaan Ilmu Hadis, seperti bagi tujuan memelihara syari'at, sebagai jihad, bagi tujuan memahami agama.
 
2 - Memahami Fiqh Hadis, bagaimana caranya, apa langkah-langkah dan disiplinnya.
 
3 - Meneliti Keabsahan Hadis. Tahukah kita bahawa tidak setiap yang dinamakan dan disebut sebagai hadis itu adalah sahih, bahkan ia terbahagi kepada beberapa bentuk antaranya sahih, hasan, dha'if, maudhu'. Mengapa ini terjadi, dan bagaimana untuk mengenalnya?
 
4 - Dan beberapa lagi yang selainnya tentang selok-belok asas-asas ilmu hadis turut dihuraikan dan dijelaskan...[Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Monday, December 24, 2012

Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah

 



Judul: Ensiklopedi Ijma' Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah


Judul Asal ('Arab): Mausu’atul Ijma’ li Syaikhil islam Ibn Taimiyah

Penulis: Dr. 'Abdullah B. Mubarak al-Bushi
  
Penerbit: Darul Falah  

Berat: 1.3kg

 Muka Surat: 790m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Ijma' secara Istilah didefinisikan sebagai: Kesepakatan semua mujtahid umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam setelah wafat beliau, di suatu masa tertentu atas suatu permasalahan keagamaan. (lihat: Syarh al-Kawakib, 1/211. Bayan al-Mukhtashar, 1/522. Al-Mustashfa, 1/186. Al-Ihkam karya al-Amidi, 1/235. Al-Musawwadah, m/s. 329. Ushul as-Sarkhasi, 1/316. Manahij al-Uquul, 2/425. dan Al-Ahkam karya Ibnu Hazm, 2/552)
 
Ijma' (konsesus) adalah kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama dengan merujuk pada al-Qur'an dan al-Hadis.
 
Kedudukan Ijma' dalam fiqh islam  merupakan salah satu sumber dalil Syar’i yang disepakati oleh para Ulama. 
 
'Umar B. al-Khaththab radhiyallahu 'anhu mengatakan:
 
"Putuskan dengan apa yang ada di dalam Kitab Allah. Jika engkau tidak temukan dalam Kitab Allah, putuskan dengan apa yang ada di dalam Sunnah Rasulullah. Jika tidak juga engkau temukan, putuskan dengan apa-apa yang orang-orang soleh sebelum kalian memutuskan perkara."
 
Disebutkan dalam riwayat yang lain, "... maka, dengan kesepakatan semua orang.” (Lihat: I'lam al-Muwaqqi'in, 2/227, 1/62, 1/85, 1/86. Jami' Bayan al-'Ilmi wa fadlih, m/s. 360 oleh Ibn 'Abdil Barr)
 
Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'oud rodhiyallahu 'anhu berkata kepada sebahagian tabi'in, “lihatlah di dalam Kitab Allah. Jika kalian tidak menemukannya di dalam Kitab Allah, lihat di dalam Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Jika kalian tidak menemukannya di dalam Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, maka berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin." (Diriwayatkan oleh ad-Darimi). (lihat:  Tharh at-Tatsrib, 3/79)
 
Masalah-masalah yang menjadi ijma’ sangatlah banyak. Abu Ishaq al-Isfarayini rahimahullah berkata, "Kita mengetahui bahawa masalah-masalah ijma’ itu lebih dari dua puluh ribu masalah.”
 
Kamal B. Hammam rahimahullah memiliki karya tulis berupa kitab yang berkaitan dengan kesepakatan ijma para ulama yang didalamnya lebih dari seratus ribu masalah."
 
Ijma' membantu memberikan gambaran berkenaan masalah-masalah khilafiyah (yang diperselisihkan) ketika dipaparkan apa yang menjadi sumber perbezaan pendapat. 
 
Menyebarluaskan masalah ijma' akan menyatukan hati umat Islam dengan pelbagai mazhab mereka di bidang fiqh. Dengannya menjadi jelas bahawa titik-titik yang diperselisihkan adalah masalah cabang (furu') pelbagai kesepakatan tercapai di antara mereka dalam banyak masalah, sebagaimana kesepakatan juga tercapai di bidang asas-asas (ushul) agama.
 
 
Kedudukan ijma' menjadi jelas dengan hal-hal berikut:
 
1, Secara global, ijma' merupakan dalil paling terpuji di antara dalil-dalil yang disepakati boleh dijadikan hujjah.
 
2, Ijma' diutamakan atas al-Kitab dan as-Sunnah ketika keduanya saling bertentangan. Ini adalah kerana kekuatannya dibentuk dari sandarannya, iaitu dalil-dalil syar'i yang valid (sekalipun terkadang tidak banyak kita ketahui), akan tetapi wajib diyakini dan dipastikan kebakuan dan keabsahannya terlebih dahulu. Hal tersebut mengenangkan betapa banyak ijma' dengan masalah-masalah tertentu yang tidak baku dan tidak benar.
 
3. Ijma' adalah dalil yang menunjukkan adanya dalil syar'i yang menjadi sandarannya sekalipun tidak kita ketahui. Kerana, ijma' menurut jumhur wajib memiliki sandaran. Sandaran itu jika dari Kitab atau as-Sunnah, disepakati boleh (jaiz). Jika sandaran itu dari qiyas atau seumpamanya, juga dibolehkan menurut kebanyakan ulama.
 
4. Ijma' adalah hujjah mutlak yang tidak berlaku nasakh (penghapusan) padanya.
 
5. Ijma' sejalan dengan al-Kitab dan as-Sunnah; orang yang mengingkari ijma' ini adalah kafir secara mutlak.
 
Dengan semua ini, jelaslah kedudukan ijma' di antara dalil-dalil syar'i. Ijma' menduduki posisi yang mulia di antara keduanya dan ia memiliki fungsi dan kekuatan ketika disebutkan sehingga harus diberi perhatian besar bersesuaian dengan posisi serta kedudukannya. (lihat: Syarh al-Luma', 2/683. Hujjiyyat al-Ijma', m/s. 962 karya Dr. Muhammad Farghali. Al-Ihkam karya al-Amidi, 1/126. At-Tahrir wat Tahbir, 3/109. Al-Wushul karya Ibnu Burhan, 2/114. Hasyiyah al-Aththar, 2/229. Hasyiyah al-Bannani, 2/195. Al-Ibhaj karya Ibnu as-Subki, 2/439. Al-Bahrul Muhith, 4/450. dan Kasyf al-Asrar karya al-Bukhari, 3/482.
 
Kita tak perlu takut dengan ijma' yang bathil atau sesat sehingga kita terpaksa bersikap "berjaga-jaga" terhadapnya, kerana hal tersebut insya-Allah tidak ada, kerana Nabi kita Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah memohon kepada Allah agar melindungi umatnya dari kesepakatan-kesepakatan yang menyesatkan.
 
Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Aku meminta kepada Tuhanku agat umatku tidak bersepakat atas kesesatan lalu Allah pun mengabulkannya." (Hadis Riwayat al-Qurthubi dalam Jami' Bayan al'-Ilmi wa Fadhlihi, no: 1390) dan juga:
 
"Umatku selama-lamanya tidak akan pernah sedikitpun bersepakat (ijma’) di atas kesesatan. Oleh itu, berjema'ah-lah (bersatulah) kalian kerana tangan Allah ada dalam al-jamaah." (Hadis Riwayat ath-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir, no: 13623)
 
Lebih-lebih lagi yang bersepakat bukanlah orang-orang awam (bukan orang jahil atau orang awam) sebaliknya adalah para ulama yang dipuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah berfirman:
 

"Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan juga orang-orang yang berilmu." (Surah al-Mujadilah, 58: 11)
 
Sehingga dengan demikian tidak mungkin para ulama ini bersepakat di atas sesuatu yang membahayakan ataupun merugikan umat Islam kerana mereka adalah orang-orang yang sangat takut sekali kepada Allah.
 
Firman Allah: "Yang paling takut kepada Allah di antara para hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (para ulama)." (Surah Fathir, 35: 28) 
 
Sehingga umat Islam dengan tenang mampu menjalankan hukum-hukum agama yang terbentuk dari ijma'-ijma' tersebut.
 
Ensiklopedi Ijma' Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah ini disusun selari mengikuti bab-bab fiqh dengan jumlah permasalahan mencapai 1500. Di dalamnya mengupas hal-hal yang datang dari Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam bentuk kajian ilmiyah, atau syarah atas pelbagai perkataan dan pendapatnya yang disarikan lebih dari 50 jilid buku-buku beliau.
 
Inilah seorang alim yang jika disebutkan saja namanya, ramai orang akan bersemangat dan mata pun terbuka ingin mengetahui fatwa-fatwanya serta mencari pencerahan dari cahaya himpunan hujjah-hujjahnya. Kerana, beliau adalah termasuk orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah 'Azza wa Jalla berupa kedalaman pemahaman fiqh dengan setiap dalil-dalilnya yang diiringi dengan kecemerlangan akal, kecerdasan jiwa, kekuatan dalil, pandangan luas dengan sikap yang pantas, hujah yang lantang, sikap taqwanya yang tinggi dan berjiwa wara', zuhud serta ikhlas dengan jihad dan mujahadah. Beliau terkenal dengan ishlah dan pembaharuan sehingga beliau menjadi seorang yang faqih, dan pandangannga begitu menyerlah dan briliant. Menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Semoga Allah merahmati Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah.
 
 

Friday, December 21, 2012

Cinta dan Benci Karena Allah


Judul : Cinta dan Benci Karena Allah
Kitab Asli : Al-Wala’ Wal Bara Fil Islam
Penulis: Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan, Anggota Majelis Haiah Kibar Al-Ulama KSA
Penerbit : Maktabah Al-Huda (GemaIlmu.Com, Gema-Ilmu.Com)
Saiz : 15.5 x 24 cm, 76 hal, doff, soft
Harga : RM 13.00

Cinta dan benci merupakan dua sifat yang telah difitrahkan pada diri manusia, mengiringinya dalam bersikap. Cinta tak selalu bermuatan positif, demikian pula sebaliknya, benci tidak selali bermuatan negatif, sebagaimana yang mungkin difahami oleh banyak orang.

Dalam Islam, kedua kata yang berlawanan erti ini boleh sama-sama bermakna positif apabila disalurkan sesuai dengan aturan Allah.

Begitu juga kebalikannya, keduanya dapat bermakna negatif jika disalurkan secara bertentangan dengan aturan-Nya. Bahkan cinta dan benci bisa menjadi ladang amal shalih dan penguat iman kalau dikelola dengan baik dan sesuai aturan Islam.

Lalu bagaimanakah bentuk-bentuk mewujudkan cinta karena Allah, apa tanda-tandanya, dan siapa yang berhak untuk kita cintai karena Allah? Begitu pula seputar benci.

Semoga melalui penjelasan ulama ahlussunnah dalam buku ini dapat membantu anda dalam menjawab masalah-masalah di atas sesuai Al-Qur’an dan Al-Hadits. Selamat membaca

~Pustaka At Tawheed

1

Friday, December 7, 2012

Judul: Ensiklopedia Kitab-Kitab Rujukan Hadits



Penulis: Dr. Muhammad Az-Zahrani
($9)

Sekilas buku:
Para sahabat mengambil as-Sunnah langsung dari Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam; sebagaimana yang dilakukan Umar Radhiallahu Anhu misalnya, atau melazimi Rasulullah dengan tinggal di masjid sebagaimana Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, atau bertanya kepada pihak ketiga yang berinteraksi langsung dengan beliau seperti kepada Ummahatul Mukminin. Pada generasi pertama ini, setiap kabilah acap kali mengirim utusan untuk menimba ilmu dari Nabi SAW. Dan mereka menjaga as-Sunnah dengan metode hafalan.
 
 Intinya mereka menerima hadits yang masih genuine lalu disampaikan secara jujur dengan berpegang teguh pada prinsip hadits, Barangsiapa yang menyampaikan satu hadits dariku, yang mana dia sendiri menduga bahwa itu adalah kebohongan, maka dia sendiri adalah salah seorang pembohong. (HR. Ahmad dan at-Tirmidzi).
 
 Pada masa berikutnya, para tabi'in berusaha mengikuti langkah para sahabat, tetapi karena banyaknya kendala; seperti wafatnya para sahabat senior, dan tersebarnya para ulama di berbagai daerah yang jauh, serta fitnah dari musuh-musuh Islam, menjadikan as-Sunnah mulai tercampur dengan bualan dusta, sehingga perlu dipilah mana yang shahih dari yang dhaif. Sebagian tabi'in mulai berpikir untuk membukukan as-Sunnah.
 
 Inilah generasi perintis kodifikasi Sunnah. Yang berperan sentral sebagai pencetus pertama kodifikasi hadits adalah Umar bin Abdul Aziz (W. 101) dan Ibnu Syihab az-Zuhri (W. 124). Keduanya memprakarsai kodifikasi hadits secara luas. 
 
Pada abad kedua semakin maju dari segi metodologi dan tema. Generasi ini memulainya dengan mengkodifikasi ilmu rijal, di mana mereka telah menulis tentang sejarah perawi hadits, seperti al-Laits bin Sa'ad (W. 175 H), Ibnu al-Mubarak (W. 181 H), Dhamrah bin Rabi'ah (W. 202 H), al-Fadhl bin Dukain (W. 218 H) dan lainnya.
 
 Karya-karya ulama pada abad kedua ini memiliki beberapa bentuk; Muwaththa`, Mushannaf, Jami' atau Sunan, dan sebagiannya memiliki tema khusus seperti jihad, zuhud, peperangan Rasulullah SAW, sirah, dan lain-lain. 
 
Tantangan pada abad ketiga semakin berat dengan munculnya kelompok Zindik, Jahmiyah, Mu'tazilah, dan lainnya. Tetapi usaha para ulama dalam menyempurnakan kodifikasi as-Sunnah semakin keras pula, sehingga masa ini disebut masa keemasan perkembangan ilmu Islam dan hadits.
 
 Pada masa ini pula bermunculan banyak penghafal hadits yang hebat dan ulama yang kritikus (naqid), seperti; Ahmad bin Hanbal (W. 241 H), Ishaq bin Rahawaih (W. 238 H), Ali bin al-Madini (W. 234 H), Yahya bin Ma'in (W. 233 H), al-Bukhari (W. 256 H), Muslim bin al-Hajjaj (W. 261 H), Abu Zur'ah ar-Razi (W. 264 H), Abu Hatim ar-Razi (W. 277), Utsman bin Sa'id ad-Darimi (W. 209 H), dan lainnya, yang telah menyusun ilmu hadits secara umum dan ilmu jarh dan ta'dil (kritik hadits) secara khusus. 
 
Buku ini lebih dari sekedar pembukuan Hadits, di dalamnya tergambar napak tilas para ahli hadits dalam mencari hadits, biografi para ulama penulis hadits dan perjalanan kodifikasi hadits, silsilah asal muasal karya tulis; matan, syarh, hamisy, ta'liq, takhrij. 
 
Metodologi dan cara penulisannya pun dijabarkan dengan jelas dan mudah. Sangat bagus sebagai panduan bagi para pencinta ilmu khususnya, dan kaum Muslimin umumnya.

264+ Hal.
~

Wednesday, September 26, 2012

Menyingkap Rahsia Karamah Wali-wali Allah

Mungkin sebahagian dari kita pernah mendengar kisah-kisah manusia ajaib, pelik, punya kuasa sakti, sehingga dikatakan ada manusia boleh terbang melayang di udara, berjalan di atas air, berjalan atas bara api, tidak lut (tembus dan cedera) dek senjata, mampu melihat sebahagian perkara ghaib, dan seumpamanya.
Sejauh mana kebenaran perkara-perkara seperti ini? Adakah ia benar-benar wujud dalam dunia nyata manusia? Atau sekadar kisah-kisah fiksyen mainan wayang dan khabar-khabar dongeng?
Benarkah ia sebahagian dari karamah dan karektor seorang wali Allah? Apa pula yang dimaksudkan sebagai karamah itu? InsyaAllah, sama-sama kita singkap tabir rahsia persoalan ini.

Maksud Wali
Wali maksudnya adalah kekasih, penolong, yang didampingi, pelindung, pemimpin, atau orang-orang yang dicintai lagi dikasihi. Ia adalah lawan kepada kata ‘aduwwu (musuh) dan muhaadah (permusuhan).
Sebagaimana disebutkan oleh Al-Fairuz Abadi rahimahullah dalam kamusnya: “Kata wali secara bahasa bermaksud yang dekat atau yang menyintai. Oleh itu apabila disebutkan “wali bagi sesuatu”, maka maksudnya adalah dekat dengan sesuatu tersebut dan menyintainya.” (Al-Qamus Muhith, 4/40)

Siapa Wali Allah Yang Dimaksudkan Sebenarnya?
Rentetan dari maksud umum kata di atas, apabila dikatakan wali Allah, maka secara umumnya sudah tentu merujuk yang dekat dengan Allah dan mencintai-Nya sehingga Allah pun turut dekat dengannya dan membalas cintanya.
Orang-orang yang beriman itu, semuanya adalah wali-wali Allah. Ini sebagaimana kata Imam ath-Thahawi rahimahullah (Wafat: 321H):
وَالْمُؤْمِنُونَ كُلُّهُمْ أَوْلِيَاءُ الرَّحْمَنِ
“Dan orang-orang yang beriman itu semuanya adalah wali-wali Allah yang maha Pengasih.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 231 – Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)
Demikian juga dengan penegasan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:
من كان مؤمناً تقياً، كان الله ولياً
“Sesiapa dari kalangan mukmin yang bertaqwa, dia adalah wali Allah.” (Ibnu al-‘Utsaimin, Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah, 2/297 – Daar Ibnul Jauzi, Tahqiq Sa’ad B. Fawaz ash-Shamil)
Dan orang-orang beriman yang paling mulia di antara mereka adalah yang paling taat kepada Allah dan paling mengikuti sunnah
.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah dalam kalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa.” (Surah al-Hujuraat, 49: 13)
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan di dalam kitab-Nya yang mulia dan di dalam sunnah Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki penolong (wali) dari kalangan manusia dan Syaitan juga memiliki penolong (wali) dari kalangan manusia.
Kemudian Allah membezakan di antara para wali-Nya dan para wali Syaitan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63) لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kebimbangan atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Surah Yunus, 10: 62-64)
Al-Hafiz Ibnu Katsir Rahimahullah (Wafat: 774H) mengatakan:
أن أولياءه هم الذين آمنوا وكانوا يتقون، كما فسرهم ربهم، فكل من كان تقيا كان لله وليا أنه { لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ } فيما يستقبلون من أهوال القيامة، { وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ } على ما وراءهم في الدنيا
“Wali-wali Allah adalah setiap mereka yang beriman dan bertaqwa sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala tentang mereka, maka setiap orang yang bertaqwa kepada Allah, dia adalah wali-Nya. Sesungguhnya tidak ada kebimbangan atas mereka, iaitu dalam menghadapi hal-ehwal kiamat. Dan tidak pula mereka bersedih hati terhadap apa yang mereka tinggalkan di dunia.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/278)
Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) mengatakan:
وأصلُ الولاية: القربُ، وأصلُ العداوة: البعدُ، فأولياء الله هُمُ الذين يتقرَّبون إليه بما يقرِّبهم منه، وأعداؤه الذين أبعدهم عنه بأعمالهم المقتضية لطردهم وإبعادهم منه
Asal makna al-wilayah (kewalian) adalah dekat. Dan asal makna al-‘Adawah (permusuhan) adalah jauh. Maka para wali Allah Subhanahu wa Ta’ala, mereka adalah orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan amal-amal yang dapat mendekatkan diri kepada-Nya. Dan musuh-musuh Allah ialah orang-orang yang dijauhkan dari-Nya dengan sebab amal-amal perbuatan mereka yang menjadikan mereka terusir dan terasing dari-Nya.” (Ibnu Rejab, Jaami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 335 – Mu’asasah ar-Risalah, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) mengatakan:
المراد بولي الله العالم بالله المواظب على طاعته المخلص في عبادته
Yang dimaksudkan dengan Wali Allah adalah orang-orang yang berilmu tentang Allah dan dia terus-menerus di atas ketaatan kepada-Nya dengan mengikhlaskan hati dalam ibadahnya.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 11/342)
Maka dari ayat ini telah menjelaskan bahawa wali-wali Allah itu adalah setiap orang yang beriman dan bertaqwa. Iaitu orang-orang yang bertauhid yang sentiasa melaksanakan perintah-perintah-Nya, menjauhi segala larangannya, menjauhi kemaksiatan, menjauhi kesyirikan, dan menjauhi kebid’ahan (apa yang diada-adakan terhadap agama).

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
إِنَّ أَوْلِيَائِيَ مِنْكُمُ الْمُتَّقُونَ، مَنْ كَانُوا أَوْ حَيْثُ كَانُوا
“Sesungguhnya para wali-Ku adalah orang-orang yang bertaqwa, siapapun mereka, atau di manapun mereka.” (Dzilal al-Jannah, no. 212, 1011)
Kemudian kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H):
أَوْلِيَاءَ اللَّهِ هُمْ الَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَوَالَوْهُ فَأَحَبُّوا مَا يُحِبُّ وَأَبْغَضُوا مَا يُبْغِضُ، وَرَضُوا بِمَا يَرْضَى وَسَخِطُوا بِمَا يَسْخَطُ ،وَأَمَرُوا بِمَا يَأْمُرُ وَنَهَوْا عَمَّا نَهَى، وَأَعْطَوْا لِمَنْ يُحِبُّ أَنْ يُعْطَى وَمَنَعُوا مَنْ يُحِبُّ أَنْ يُمْنَعَ، كَمَا فِي التِّرْمِذِيِّ وَغَيْرِهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ :{ أَوْثَقُ عُرَى الْإِيمَانِ : الْحُبُّ فِي اللَّهِ وَالْبُغْضُ فِي اللَّهِ
“Para wali Allah, mereka adalah orang-orang yang beriman kepada-Nya, menolong-Nya, mereka mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa-apa yang Allah benci, serta redha terhadap apa-apa yang Allah redha, dan memurkai apa-apa yang Allah murka padanya. Mereka memberi kepada orang yang Allah suka untuk diberi dan mereka tidak memberi kepada orang-orang yang Allah tidak menyukai untuk diberi.” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 8 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
Wali Allah juga adalah mereka yang sentiasa berusaha mendekatkan dirinya kepada Allah dengan amal-amal soleh yang dapat mendekatkannya kepada Allah, iaitu dengan melaksanakan amal-amal yang disunnahkan dengan penuh ketulusan dan ilmu yang benar.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّمَا وَلِيِّىَ اللَّهُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya wali-wali Allah adalah orang-orang yang soleh lagi beriman .” (Shahih al-Bukhari, no. 5990. Muslim, no. 215)
Orang yang soleh di sisi syara’ adalah orang yang melaksanakan kewajiban-kewajibannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan melaksanakan kewajiban-kewajibannya terhadap sesama makhluk.
Manakala musuh-musuh Allah adalah mereka yang menjauhkan diri dari-Nya dengan amal-amal perbuatan yang menjadikannya tercampak jauh dari-Nya iaitu dengan mengerjakan hal-hal yang diharamkan, yang maksiat, yang bid’ah, yang syirik serta seumpamanya.
Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam sebuah hadis qudsi:
مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ: كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ
“Sesiapa yang menyakiti wali-Ku (kekasih-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidak ada sesuatu yang dilakukan oleh hamba-Ku untuk mendekatkan diri kepada-Ku yang lebih Aku sukai dari dari sesuatu yang telah Aku wajibkan atasnya. Dan tidak henti-hentinya seseorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amal-amal sunnah sehinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengaran yang ia mendengar dengannya, penglihatan yang ia melihat dengannya, tangan yang ia memukul dengannya, dan kaki yang ia berjalan dengannya. Jika ia meminta, maka Aku akan memberinya. Dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku, maka Aku akan memberikan perlindungan kepadanya.” (Shahih al-Bukhari, Bab: Tawadhu’, no. 6502)
Apabila hati seseorang telah terpenuhi dengan tauhid yang benar dan sempurna, maka tidak akan tersisa lagi di dalam hatinya kecintaan kepada selain Allah, tiada lagi rasa nikmat melainkan dengan melaksanakan apa-apa yang dicintai oleh Allah, dan kebenciannya adalah terhadap apa-apa yang dibenci oleh Allah.
Apabila ini terealisasi, maka seluruh tubuhnya akan bergerak untuk mentaati Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hatinya tidak akan tersibukkan melainkan untuk mengerjakan sesuatu yang mendatangkan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di dalam hatinya sangat dekat dan selalu mengingat Allah.
Apabila hati terpenuhi dengan rasa cinta terhadap Allah, maka tidak ada lagi ruang untuk selain-Nya. Hawa nafsu pun mampu ditundukkan menuruti apa yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dengan itu, dia pun tidak akan berkata-kata melainkan dengan apa-apa yang baik. Dia tidak akan berjalan melainkan untuk sesuatu yang diredhai Allah. Jika dia mendengar, dia akan mendengar apa-apa yang dapat menambah kecintaan terhadap Allah. Jika dia melihat, maka dia akan melihat sesuatu yang dibenarkan, dan jika dia memukul, maka dia akan memukul di jalan yang benar.

Wali Allah VS Wali Syaitan
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Allah adalah wali (pelindung) bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (keimanan). Dan orang-orang yang kafir, para walinya (pelindung-pelindungnya) adalah Syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Baqarah, 2: 257)
Dalam ayat-Nya yang lain, Allah berfirman:
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang kafir berperang di jalan thaghut, oleh itu perangilah wali-wali Syaitan kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.” (Surah an-Nisaa’, 4: 76)
وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا
Sesiapa yang menjadikan Syaitan sebagai wali (pelindung dan penolong) selain Allah, maka ia menderita dengan kerugian yang nyata.” (Surah an-Nisaa’, 4: 119)
إِنَّمَا ذَلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Sesungguhnya mereka itu tidak lain adalah Syaitan yang menakut-nakutkan bersama-sama wali-walinya (para pendukungnya), oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 175)
إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin (wali) bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah al-A’raf, 7: 27)
Kemudian dalam surah Ali ‘Imran Allah berfirman:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku. Nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 31)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
وَقَدْ بَيَّنَ اللَّهُ فِيهَا أَنَّ مَنْ اتَّبَعَ الرَّسُولَ فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ ،وَمَنْ ادَّعَى مَحَبَّةَ اللَّهِ ،وَلَمْ يَتَّبِعْ الرَّسُولَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَيْسَ مِنْ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ وَإِنْ كَانَ كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ يَظُنُّونَ فِي أَنْفُسِهِمْ أَوْ فِي غَيْرِهِمْ أَنَّهُمْ مِنْ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ وَلَا يَكُونُونَ مِنْ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ، فَالْيَهُودُ وَالنَّصَارَى يَدَّعُونَ أَنَّهُمْ أَوْلِيَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ
“Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa orang yang mengikuti Rasul akan dicintai oleh Allah. Sesiapa yang mengaku cinta kepada Allah tetapi dia tidak mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka dia bukanlah wali Allah, sekalipun ramai sekali orang yang menyangka bahawa mereka atau pada diri selain mereka adalah termasuk wali-wali Allah, padahal mereka bukanlah wali-wali Allah. Sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nashara mengaku bahawasanya mereka adalah wali-wali Allah dan kekasih-Nya.

 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقَالُوا لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (111) بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Dan mereka (Yahudi dan Nashara) berkata: “Sekali-kali tidak akan masuk Syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nashara.” Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: “Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.” (Tidak demikian) bahkan sesiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia seorang yang muhsin (berbuat kebaikan), maka baginya pahala di sisi Rabb-nya dan tidak ada kebimbangan ke atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah, 2: 111-112).” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 12-13 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
Kata Syaikh al-Islam lagi:
فَمَنْ اعْتَقَدَ أَنَّ لِأَحَدِ مِنْ الْأَوْلِيَاءِ طَرِيقًا إلَى اللَّهِ مِنْ غَيْرِ مُتَابَعَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهُوَ كَافِرٌ مِنْ أَوْلِيَاءِ الشَّيْطَانِ
“Maka sesiapa yang beri’tiqad bahawa ada seorang wali yang dapat menuju (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tanpa mengikuti syari’at yang dibawa oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka ia adalah kafir dan termasuk wali Syaitan.” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 12-13 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
Dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ (27) وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (28) قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ (29) فَرِيقًا هَدَى وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلَالَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu wali (pemimpin-pemimpin) bagi orang-orang yang tidak beriman. Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka mengatakan: “Kami mendapati nenek-moyang kami mengamalkan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengamalkannya.” 

Katakanlah: “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (melakukan) perbuatan yang keji.” Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?

 Katakanlah: “Tuhanku menyuruh melaksanakan keadilan (tauhid).” Dan (katakanlah): “Luruskanlah (tumpukanlah) wajah kamu di setiap solat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepada-Nya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu di awal permulaan (demikian pulalah kamu akan kembali kepada-Nya).” Sebahagian diberi petunjuk dan sebahagian lagi telah dipastikan kesesatan atas mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan Syaitan-syaitan itu sebagai wali (pelindung) selain Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.”-  (Surah al-A’raaf, 7: 27-30)
Berdasarkan ayat ini, Allah menjelaskan bahawa bagi orang-orang yang tidak beriman, orang yang berdusta atas nama Allah, orang yang mengada-adakan sesuatu atas nama Allah tanpa dalil (iaitu pengamal, pembuat, dan pembela bid’ah), dan orang-orang yang berbuat syirik itu, wali mereka adalah para Syaitan. 

Dalam ayat yang lain Allah Ta’ala mengkhabarkan bahawa:
هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَنْ تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ (221) تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ
Adakah akan Aku beritahu kepada kamu, kepada siapa Syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada setiap pendusta lagi yang banyak dosa.” (Surah asy-Syu’araa’, 26: 221-222)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah juga mengatakan:
وَهَؤُلَاءِ جَمِيعُهُمْ الَّذِينَ يَنْتَسِبُونَ إلَى الْمُكَاشَفَاتِ وَخَوَارِقِ الْعَادَاتِ إذَا لَمْ يَكُونُوا مُتَّبِعِينَ لِلرُّسُلِ فَلَا بُدَّ أَنْ يَكْذِبُوا وَتُكَذِّبَهُمْ شَيَاطِينُهُمْ. وَلَا بُدَّ أَنْ يَكُونَ فِي أَعْمَالِهِمْ مَا هُوَ إثْمٌ وَفُجُورٌ مِثْلُ نَوْعٍ مِنْ الشِّرْكِ أَوْ الظُّلْمِ أَوْ الْفَوَاحِشِ أَوْ الْغُلُوِّ أَوْ الْبِدَعِ فِي الْعِبَادَةِ؛ وَلِهَذَا تَنَزَّلَتْ عَلَيْهِمْ الشَّيَاطِينُ وَاقْتَرَنَتْ بِهِمْ فَصَارُوا مِنْ أَوْلِيَاءِ الشَّيْطَانِ لَا مِنْ أَوْلِيَاءِ الرَّحْمَنِ
“Dan mereka yang menisbatkan diri kepada ilmu kasyaf (mengetahui hal-hal atau rahsia-rahsia ghaib) dan mengakui memiliki kebolehan yang di luar kebiasaan manusia normal, tetapi tidak mengikuti syari’at yang dibawa oleh para Rasul, maka orang-orang yang seperti itu tidak boleh dipercayai dan para Syaitan mereka mendustakan mereka. Ini kerana pada perbuatan-perbuatan mereka itu terpalit dengan amal-amal yang berbau dosa, seperti syirik, kezaliman, hal-hal yang keji, ghuluw (melampaui batas), dan termasuk kebid’ahan dalam ibadah. Oleh sebab itulah Syaitan-syaitan pun turun kepada mereka dan menemani gerak-kerja mereka sehingga mereka pun menjadi wali-wali Syaitan, dan bukannya wali-wali Allah yang Maha Pengasih. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
“Sesiapa yang berpaling dari pelajaran Allah yang Maha Pengasih (al-Qur’an), kami adakan baginya Syaitan (yang menyesatkan), maka Syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu mendampinginya.” (Surah az-Zukhruf, 43: 36).” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 24 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
Kata Syaikh al-Islam lagi:
وَلِهَذَا لَوْ ذَكَرَ الرَّجُلُ اللَّهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى دَائِمًا لَيْلًا وَنَهَارًا مَعَ غَايَةِ الزُّهْدِ وَعَبَدَهُ مُجْتَهِدًا فِي عِبَادَتِهِ وَلَمْ يَكُنْ مُتَّبِعًا لِذِكْرِهِ الَّذِي أَنْزَلَهُ – وَهُوَ الْقُرْآنُ – كَانَ مِنْ أَوْلِيَاءِ الشَّيْطَانِ وَلَوْ طَارَ فِي الْهَوَاءِ أَوْ مَشَى عَلَى الْمَاءِ ؛ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْمِلُهُ فِي الْهَوَاءِ
“Oleh kerana itu, kalau seandainya seorang lelaki selalu menyebut (berdzikir) Allah Subhanahu wa Ta’ala di setiap malam dan siang bersama-sama puncak kezuhudan dan beribadah kepada Allah dengan penuh kesungguhan, tetapi tidak mengikuti dzikir (petunjuk)-Nya yang diturunkan oleh-Nya, iaitu al-Qur’an, maka ia adalah para wali Syaitan. Walaupun ia terbang di udara, atau berjalan di atas air. Kerana Syaitanlah yang membantunya melakukan perkara tersebut.” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 24-25 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
Demikianlah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H):
إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَمْشِي عَلَى الْمَاءِ، وَيَطِيرُ فِي الْهَوَاءِ، فَلَا تَغْترُوا بِهِ حَتَّى تَعْرِضُوا أَمْرَهُ عَلَى الْكِتَاب
“Apabila engkau melihat seseorang berjalan di atas air dan terbang di udara, maka jangan engkau tertipu dengannya sehinggalah engkau memastikan keadaannya di atas al-Kitab.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/233)
Ini samalah juga dengan hal keadaan orang-orang kafir seperti Yahudi dan Nashaara. Mereka juga beribadah kepada Allah, berdzikir kepada Allah, menyembah Allah, bahkan sampai menangis kerana mengingati Allah. Namun mereka bukanlah dari kaum atau di pihak yang benar dan mengikuti petunjuk yang Allah turunkan berupa al-Qur’an, tidak pula Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Demikianlah juga dengan para ahli sihir, para dukun, pawang-pawang, atau dari kalangan tokoh-tokoh ajaran sesat. Sebahagian mereka mampu melakukan hal-hal yang ajaib yang di luar kebiasaan manusia. Juga sebagaimana sebahagian orang yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal dan tidak cedera walau ditetak dengan senjata. Ini juga sebagaimana yang dilakukan oleh ahli sihir di zaman Musa ‘alaihis Salam. Namun adakah mereka termasuk orang-orang yang benar dengan segala bentuk kepelikan yang mereka bawa tersebut? Sekali-kali tidak.

Karamah Para Wali
Kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah dalam ‘Aqidah al-Wasithiyah:
وَمِنْ أُصُولِ أَهْلِ السُّنَّةِ: التَّصْدِيقُ بِكَرَامَاتِ الْأَوْلِيَاءِ وَمَا يُجْرِي اللَّهُ عَلَى أَيْدِيهِمْ مِنْ خَوَارِقِ الْعَادَاتِ فِي أَنْوَاعِ الْعُلُومِ وَالْمُكَاشَفَاتِ وَأَنْوَاعِ الْقُدْرَةِ وَالتَّأْثِيرَاتِ، كَالْمَأْثُورِ عَنْ سَالِفِ الْأُمَمِ فِي سُورَةِ الْكَهْفِ وَغَيْرِهَا، وَعَنْ صَدْرِ هَذِهِ الْأُمَّةِ مِنَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَسَائِرِ قُرُونِ الْأُمَّةِ، وَهِيَ مَوْجُودَةٌ فِيهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Termasuk prinsip ahli sunnah wal-jama’ah adalah membenarkan adanya karamah para wali dan kejadian-kejadian luar biasa yang Allah tunjukkan melalui mereka dalam pelbagai skop ilmu dan mukasyafah, dalam pelbagai jenis kudrat dan pengaruh, seperti yang diriwayatkan dari umat-umat terdahulu dalam Surah al-Kahfi dan selainnya, dan dari generasi awal umat ini, iaitu para sahabat, tabi’in, serta generasi-generasi umat yang lain. Karamah tetap akan ada di setiap umat sehinggalah ke hari Kiamat.”
Kata Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:
“Darjat kewalian tidak diperolehi dengan dakwaan-dakwaan dan angan-angan kosong, sebaliknya ia diraih dengan keimanan dan ketaqwaan. Seandainya ada yang mengatakan bahawa ia seorang wali tetapi ia tidak bertaqwa kepada Allah, maka perkataannya tersebut tertolak.”
Kemudian beliau menyambung:
“Karamah adalah perkara di luar kebiasaan yang Allah jadikan melalui seorang wali sebagai bantuan, dukungan, dan sokongan baginya atau sebagai pertolongan ke atas agama.”
Kata beliau lagi:
“Karamah ini diberikan oleh Allah hanya kepada wali-Nya. Ia bukan perkara sihir dan perdukunan yang aneh-aneh, yang tidak berlaku ke atas seseorang wali. Sebaliknya hal seperti sihir dan perdukunan ini terjadi melalui musuh Allah. Maka ia bukanlah wali.
Perkara-perkara luar biasa yang didakwa sebagai karamah banyak berlaku ke atas tukang sihir yang menghalang manusia dari jalan Allah. Maka kita wajib berhati-hati dari mereka dan permainan mereka terhadap akal serta fikiran manusia.
Karamah yang benar telah ditetapkan kewujudannya oleh al-Qur’an dan as-Sunnah. Ia telah terbukti sejak zaman dahulu sehingga akan datang.” (Ibnu al-‘Utsaimin, Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah, 2/297-299 – Daar Ibnul Jauzi, Tahqiq Sa’ad B. Fawaz ash-Shamil)
Di antara contoh-contoh karamah adalah seperti kisah Ashhabul Kahfi yang dikhabarkan oleh al-Qur’an, yang mana mereka ditidurkan selama 309 tahun tanpa makan dan minum dalam sebuah gua kerana mempertahankan keimanan mereka dari ancaman orang-orang jahat. Sehinggalah kemudian Allah membangkitkan mereka setelah itu dalam keadaan negara mereka telah kembali aman.
Kemudian, kisah Maryam yang juga dikhabarkan dalam al-Qur’an. Allah memberikan kepadanya karamah yang mampu mengugurkan buah-buah kurma yang masak ranum dengan hanya menggoyangkan pohonnya dari bawah.

Manfaat dan faedah karamah
Karamah memiliki empat manfaat, (iaitu):
1, Menjelaskan kesempurnaan kudrat Allah ‘Azza wa Jalla di mana ia terjadi dengan kehendak Allah.
2, Membuktikan tertolaknya pendapat yang menyatakan alam ini terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang mengatur dan mengawal-selia. Kerana jika fenomena dan hukum alam yang sedia berlangsung secara tabi’i dan rapi, tiba-tiba berubah dari tabi’at yang seharusnya (keluar dari medan pengaruh logik dan sainstifik), maka ia menjadi bukti bahawa alam ini memiliki Rabb yang megawal-aturkannya.
3, Ia menjadi salah satu tanda kebenaran Nabi yang diikuti. (Iaitu agama yang dibawa oleh Nabi).
4, Ia meneguhkan, menguatkan, dan memuliakan wali yang berkaitan. (Ibnu al-‘Utsaimin, Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah, 2/303 – Daar Ibnul Jauzi, Tahqiq Sa’ad B. Fawaz ash-Shamil)

Adakah setiap wali harus memiliki karamah?
Tidak setiap wali itu memiliki karamah. Malah boleh jadi wali Allah yang tidak memiliki karamah itu lebih utama berbanding yang memilikinya. Sebagaimana difahami bahawa karamah yang berlaku dalam kalangan tokoh-tokoh Tabi’in itu lebih banyak berbanding dalam kalangan para Sahabat, sedangkan para Sahabat lebih tinggi darjat kedudukannya daripada para Tabi’in. (Lihat: Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa 11/283)
Kata Imam Ibn Abi al’Izz al-Hanafi ad-Dimasyqi rahimahullah (Wafat: 792H):
“Seseorang Muslim yang tidak memiliki ilmu atau keupayaan luar biasa, tidaklah memberi apa-apa kesan ke atas agamanya. Orang yang tidak tersingkap baginya keghaiban, atau ditundukkan kepadanya sebahagian makhluk, maka itu semua tidaklah merendahkan kedudukannya di sisi Allah. Bahkan adakalanya tanpa adanya itu semua lebih bermanfaat lagi bagi dirinya. Kerana kemampuan tersebut hanyalah bermanfaat jika disertakan dengan kesolehan, sekiranya tidak, maka itu hanya akan merosakkan dirinya di dunia dan akhirat.
Keupayaan luar biasa adakalanya dimiliki bersama-sama dengan kesolehan, dan adakalanya tidak. Ada yang merosakkan diri, serta ada pula yang memberi kesan tidak baik ke atas kesolehan diri.
Keupayaan luar biasa itu bermanfaat apabila diiringi dengan kesolehan, serta yang membantu membentuk kesolehan. Sebagaimana halnya kekuasaan, ia bermanfaat apabila diiringi dengan kesolehan. Demikian juga dengan harta, ia bermanfaat sekiranya diiringi dengan kesolehan. Sama seperti kekuasaan dan harta yang ada di tangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Abu Bakar, dan ‘Umar.
Sesiapa yang menjadikan keupayaan (atau kemampuan) sebagai tujuan, di mana agama seseorang mengikut bersamanya dan menjadi wasilahnya (batu loncatan), bukan agama itu sendiri yang menjadi tujuannya, maka itu tidak ubah seperti orang yang memakan dunia dengan agama.
Tidak sama dengan orang yang melaksanakan agama kerana merasa takut dengan azab Allah, atau kerana mengharapkan Syurga Allah.” - (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 207 – Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)

Karamah Juga Berlaku Kepada Selain Orang Soleh
Kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H):
“Dan di antara yang perlu diketahui adalah karamah adakalanya bersesuaian dengan keperluan seseorang. Apabila seseorang yang lemah imannya, atau orang yang sedang dalam keadaan memerlukan (terdesak), maka karamah pun ditampakkan di hadapannya dalam rangka agar keimanannya (terhadap kebenaran) bertambah kuat, dan keperluannya terpenuhi.
Manakala orang yang kewaliannya (ketawaannya) terhadap Allah lebih sempurna, maka ia tidak diperlukan asbab ketinggian darjat (keimanan atau keyakinannya).
Oleh sebab itu, perkara-perkara ini berlaku ke atas para tabi’in lebih banyak berbanding di masa generasi sahabat. Berbeza dengan orang-orang yang diberi di hadapannya beberapa kejadian luar biasa, dengan tujuan sarana menuju hidayah kepada manusia dan untuk memenuhi keperluan mereka.
Dan hal ini berbeza dengan apa yang dibuat-buat oleh syaitan (untuk menipu manusia).” - (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 166 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)

Mukjizat, Karamah, dan Ahwal Syaithaniyah
Mukjizat adalah merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas para Nabi-Nya ‘Alaihis Salam yang berupa keluar-biasaaan dari hal-hal yang lazim. Mukjizat menjadi bukti dan dukungan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam berhadapan dengan orang-orang yang menentang para Nabi-Nya. Mukjizat juga menjadi medan ujian dan sebagai perkhabaran yang membenarkan kenabian seseorang Nabi yang diutuskan selain bertujuan menguatkan dakwah para Nabi dan Rasul yang diutus.
Dan syarat dikurniakan karamah adalah hendaklah orang yang diberi karamah itu termasuk orang yang istiqamah dalam iman dan mengikuti syari’at. Jika tidak demikian, maka yang berlaku terhadapnya dari hal-hal yang luar biasa, itu menunjukkan ahwal Syaithaniyah, iaitu perbuatan (atau permainan) Syaitan.
Dalam Syarah ath-Thahawiyah oleh Imam Ibn Abi al’Izz al-Hanafi ad-Dimasyqi rahimahullah (Wafat: 792H) dijelaskan bahawa:
فالْمُعْجِزَةُ فِي اللُّغَةِ تَعُمُّ كُلَّ خَارِقٍ لِلْعَادَةِ، وَ كذلك الكرامة فِي عُرْفِ أَئِمَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ الْمُتَقَدِّمِينَ. وَلَكِنْ كَثِيرٌ مِنَ الْمُتَأَخِّرِينَ يُفَرِّقُونَ فِي اللَّفْظِ بَيْنَهُمَا، فَيَجْعَلُونَ الْمُعْجِزَةَ لِلنَّبِيِّ، وَالْكَرَامَةَ لِلْوَلِيِّ. وَجِمَاعُهُمَا: الْأَمْرُ الْخَارِقُ لِلْعَادَةِ
“Mukjizat menurut bahasa meliputi segala kemampuan atau keupayaan luar biasa. Demikian juga halnya dengan karamah menurut bahasa yang lazim di kalangan para imam ahli ilmu terdahulu. Seperti Imam Ahmad B. Hanbal dan yang lainnya.
Mereka menamakannya sebagai tanda kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Cuma kemudian banyak di kalangan muta’akhirin (ulama terkemudian) yang membezakan di antara keduanya. Mereka menjadikan kata “mukjizat” itu khusus untuk para Nabi dan Rasul, manakala kata “karamah” itu untuk para wali. Sedangkan kedua-duanya adalah sama-sama merujuk kepada kemampuan atau keupayaan luar biasa (yang dikurniakan oleh Allah).” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 207 – Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)

Beza Karamah dengan al-Ahwal asy-Syaithaniyah (Permainan Syaitan)
1, Karamah merupakan kurniaan Allah untuk para walinya atas sebab keimanan dan ketaqwaannya. Manakala ahwal Syaithaniyah (atau khawariq syaithaniyah) adalah permainan dan perbuatan syaitan, sudah tentu ia datangnya dari Syaitan untuk orang-orang yang kufur kepada Allah. Ini pernah berlaku ke atas para pendusta sang pengaku Nabi yang palsu di zaman Nabi seperti Musailamah al-Kadzdzab dan al-Aswad al-‘Ansi, yang mampu menyampaikan khabar-khabar ghaib.
2, Pertolongan Syaitan terjadi dengan susah-payah setelah sebelumnya dia berbuat syirik dan kekufuran kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini seperti mengamalkan ritual-ritual bid’ah dan syirik tertentu, pertapaan, amalan mandi minyak dan asap sebagaimana dalam sebahagian dunia ilmu persilatan. Sebaliknya karamah bukan untuk dicari dan asbab datangnya adalah atas kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari kalangan hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.
3, Karamah para wali tidak boleh dilawan, ditangkis, atau dibatalkan dengan sesuatu apapun. Berbeza dengan perbuatan Syaitan yang dapat ditundukkan atau dibatalkan dengan menyebut nama-nama Allah Ta’ala, ayat-ayat-Nya seperti ayat al-Kursi, atau dengan memohon perlindungan kepada Allah.
4, Karamah menjadikan orang yang menerimanya semakin tunduk, taat, dan bersyukur kepada Allah, bukan semakin sombong, bangga, dan angkuh. Adapun perbuatan syaitan menjadikan seseorang keluar dari batas-batas agama, bangga diri, dan sombong dengan kemampuan yang dia miliki serta angkuh terhadap Allah Ta’ala.
Walaupun begitu perlu difahami bahawa terjadinya al-Ahwal asy-Syaithaniyah ini juga adalah dengan izin dari Allah Subhanahu wa Ta’ala atas sebab-sebab tertentu di sisi-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ
“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak akan mampu memberi mudharat dengan sihirnya kepada sesiapa pun melainkan dengan izin Allah.” (Surah al-Baqarah, 2: 102)
Dalam ayat yang lain:
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Taghabun, 64: 11)

Karamah bukan tujuan dan bukan untuk diusahakan
Kata Imam Ibn Abi al-’Izz al-Hanafi ad-Dimasyqi rahimahullah (Wafat: 792H):
فَالْخَارِقُ ثَلَاثَةُ أَنْوَاعٍ: مَحْمُودٌ فِي الدِّينِ، وَمَذْمُومٌ، وَمُبَاحٌ. فَإِنْ كَانَ الْمُبَاحُ فِيهِ مَنْفَعَةٌ كَانَ نِعْمَةً، وَإِلَّا فَهُوَ كَسَائِرِ الْمُبَاحَاتِ الَّتِي لَا مَنْفَعَةَ فِيهَا قَالَ أَبُو عَلِيٍّ الْجَوْزَجَانِيُّ: كُنْ طَالِبًا لِلِاسْتِقَامَةِ، لَا طَالِبًا لِلْكَرَامَةِ، فَإِنَّ نَفْسَكَ مُتَحَرِّكَةٌ فِي طَلَبِ الْكَرَامَةِ، وَرَبُّكَ يَطْلُبُ مِنْكَ الِاسْتِقَامَةَ
“Keupayaan atau kemampuan luar biasa itu ada tiga: Iaitu yang terpuji (mahmud) di dalam agama, yang tercela (madzmum), dan yang mubah. Apabila sesuatu yang mubah itu memiliki manfaat (dalam agama), bermakna ia termasuk kurniaan Allah di dunia yang berupa nikmat yang wajib disyukuri. Tetapi sekiranya tidak, bermakna ia tidak ubah sebagaimana hal-hal  lainnya yang tidak bermanfaat.
Kata Abu ‘Ali al-Jauzajani:
كُنْ طَالِبًا لِلِاسْتِقَامَةِ، لَا طَالِبًا لِلْكَرَامَةِ، فَإِنَّ نَفْسَكَ مُتَحَرِّكَةٌ فِي طَلَبِ الْكَرَامَةِ، وَرَبُّكَ يَطْلُبُ مِنْكَ الِاسْتِقَامَةَ
Jadilah orang yang sentiasa istiqomah (di atas jalan yang benar), bukan orang yang mencari-cari karamah. Sesungguhnya jiwa kamu tergerak mencari-cari karamah, sedangkan yang menjadi tuntutan di sisi Rabb-mu adalah istiqomah (bukannya tercapai karamah).”.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 211-212 – Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)

Akibat Buruk Apabila Karamah Yang Dicari
“Sebenarnya banyak dari kalangan orang yang ahli ibadah apabila mendengar orang-orang salaf soleh (generasi soleh terdahulu) dengan pelbagai bentuk kurniaan karamah dan keupayaan luar biasa yang dimiliki oleh mereka, jiwa mereka ini pun terus terkenang-kenang (lagi mencari-cari) hal-hal seperti itu.
Apabila ia tidak mendapatkannya (dari bentuk-bentuk kurniaan berupa karamah), maka ada di antara mereka pun mula putus-asa bahkan menuduh-nuduh (menyalahkan) dirinya sebagai orang yang telah tersalah dalam beramal.
Kalaulah sekiranya mereka memahami rahsia semua itu, tentu hal ini menjadi mudah bagi mereka. Mereka akan tahu bahawa Allah membuka pintu untuk itu bagi sebahagian ahli ibadah yang jujur. Hikmahnya adalah supaya mereka bertambah keimanan dengan melihat kemampuan-kemampuan luar biasa dan tanda-tanda kekuasaan Ilahi. Keazamannya terhadap kebenaran pun semakin kukuh untuk melaksanakan kezuhudan di dunia dan memisahkan diri dari pelbagai godaan nafsu yang mempersona.
Jalan yang benar adalah dengan menuntut diri agar terus istiqamah, dan itulah yang dinamakan sebagai sebenar-benarnya karamah (walaupun tiada hal luar biasa yang berlaku).” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 213 – Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)

Karamah adalah ujian Allah
Imam Ibn Abi al’Izz al-Hanafi ad-Dimasyqi rahimahullah (Wafat: 792H) mengatakan:
وَأَمَّا مَا يَبْتَلِي اللَّهُ بِهِ عَبْدَهُ، مِنَ السِّرِّ بِخَرْقِ الْعَادَةِ أَوْ بِغَيْرِهَا أَوْ بِالضَّرَّاءِ – فَلَيْسَ ذَلِكَ لِأَجْلِ كَرَامَةِ الْعَبْدِ عَلَى رَبِّهِ وَلَا هَوَانِهِ عَلَيْهِ، بَلْ قَدْ سَعِدَ بِهَا قَوْمٌ إِذَا أَطَاعُوهُ، وَشِقِيَ بِهَا قَوْمٌ إِذَا عَصَوْهُ، كَمَا قَالَ تَعَالَى:
فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ (15) وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ (16) كَلَّا
وَلِهَذَا كَانَ النَّاسُ فِي هَذِهِ الْأُمُورِ ثَلَاثَةُ أَقْسَامٍ : قِسْمٌ تَرْتَفِعُ دَرَجَتُهُمْ بِخَرْقِ الْعَادَةِ ، وَقِسْمٌ يَتَعَرَّضُونَ بِهَا لِعَذَابِ اللَّهِ ، وَقِسْمٌ يَكُونُ فِي حَقِّهِمْ بِمَنْزِلَةِ الْمُبَاحَاتِ
“Adapun ujian yang Allah berikan untuk para hamba-Nya berupa kegembiraan menerima keupayaan yang luar biasa, dan yang lainnya, atau berupa kesusahan  atas dirinya, itu semua bukanlah disebabkan kemuliaan atau kehinaan seseorang hamba di hadapan Allah. Tetapi sebahagian orang ada yang akhirnya berbahagia dengan sebab perkara-perkara tersebut, bahkan sebaliknya ada juga yang celaka. Ini adalah sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Adapun manusia, apabila Rabb-nya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi kesenangan oleh Allah, maka dia pun berkata: “Tuhanku telah memuliakanku.” Adapun bila Rabb-nya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata: “Tuhanku telah menghinakanku.” Sekali-kali tidak (demikian)…” (Surah al-Fajr, 89: 15-17)
Maka dari sini, manusia itu terbahagi menjadi tiga golongan:
1, Golongan yang bertambah darjat kedudukannya dengan kurniaan luar biasa tersebut (iaitu dengan cara terus istiqamah di atas agama yang benar).
2, Golongan yang dengan sebab perkara tersebut melencong ke arah ancaman mendapat azab Allah.
3, Dan satu golongan lagi yang dengan keupayaan luar biasa tersebut tidak mengubah apa-apa pun dan ianya dianggap tidak ubah seperti perkara-perkara biasa lainnya saja.” (Ibnu Abil ‘Izz, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 215 – Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)

Para Wali Tidak Ma’shum
Kema’shuman itu bukanlah syarat untuk para wali. Sebaliknya kema’shuman adalah kekhususan untuk para Nabi.
Kata Ibnu Taimiyah rahimahullah:
“Bukanlah syarat bagi wali Allah untuk tidak melakukan kesalahan atau kesilapan. Sebaliknya seorang wali mungkin saja tidak mengetahui sebahagian dari ilmu-ilmu syari’at. Dan mungkin juga terjadi kesamaran sebahagian perkara agama ke atasnya sehingga ia melaksanakan apa yang diketahuinya dan meninggalkan apa yang tidak diketahuinya.
Dan boleh jadi juga ia menganggap pada sebahagian perkara luar biasa yang berlaku (ke atasnya) sebagai karamah para wali Allah Ta’ala, tetapi hakikatnya itu adalah dari permainan Syaitan yang menipunya agar darjatnya di sisi Allah turun. Dan ia tidak tahu itu adalah dari permainan Syaitan (sedang ia menganggapnya itu adalah dari Allah). Sekaipun keadaan tersebut tidak mengeluarkannya dari lingkungan sifat-sifat kewalian.
Kerana Allah Ta’ala itu memaafkan sebahagian dari kesalahan dan kealpaan serta keterpaksaan yang berlaku atas umat-Nya selaku insan.” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 62-63 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)


Contoh-contoh Karamah
1, Kisah Ashhabul Kahfi.
Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan tentang mereka (maksudnya):
“Kami kisahkan kepada engkau (Muhammad) perkara ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.
Dan Kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata (berdoa), “Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika kami berbuat demikian maka kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.
Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk disembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang jelas (tentang kepercayaan mereka)? Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan atas Allah?
Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.
Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Dan kamu mengira mereka itu dalam keadaan jaga, padahal mereka tidur; Dan kami bolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, manakala anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.
Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?).” Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari.” Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.
Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.”
Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahawa janji Allah itu benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya.” (Surah al-Kahfi, 18: 13-21)
Kemudian Allah jelaskan lagi (maksudnya):
وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا
“Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).” (Surah al-Kahfi, 18: 25)
Kata Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:
“Di antara karamah yang ditetapkan oleh al-Qur’an yang terjadi dalam kalangan umat terdahulu adalah kisah Ashhabul kahfi yang hidup di tengah-tengah kaum musyrikin sementara mereka beriman kepada Allah. Mereka bimbang tidak mampu mempertahankan keimanannya, maka mereka pun berhijrah meninggalkan kota mereka kerana Allah ‘Azza wa Jalla. Allah menyediakan sebuah gua di sebuah gunung yang mana pintu gua ini di arah utara, maka matahari tidak masuk kepada mereka sehingga tidak merosakkan tubuh badan mereka dan mereka tetap mendapatkannya.
Apabila matahari terbit, maka ia condong dari gua mereka sebelah kanan, dan apabila ia terbenam, maka ia menjauhi mereka ke sebelah kiri sementara mereka di tempat yang luas dalam gua tersebut.
Mereka tinggal di gua tersebut dalam keadaan tidur selama tiga ratus sembilan tahun. Allah membolak-balikkan tubuh mereka ke kanan dan kiri di musim panas dan sejuk. Panas tidak mengganggu mereka, dan kesejukan juga tidak menyakiti mereka. Mereka tidak lapar dan haus.
Maka ini jelas adalah karamah, mereka dalam keadaan demikian sehingga Allah membangkitkan mereka sementara kesyirikan telah lenyap dari dari kota mereka, maka mereka pun selamat.” (Ibnu al-‘Utsaimin, Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah, 2/299 – Daar Ibnul Jauzi, Tahqiq Sa’ad B. Fawaz ash-Shamil)
2, Kisah Maryam.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia mendapati ada makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Wahai Maryam, dari mana kamu memperolehi (makanan) ini?” Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 37)
Syaikh ‘Abdurrahman B. Nashir as-Sa’di rahimahullah berkata:
ثم إن الله تعالى أكرم مريم وزكريا، حيث يسر لمريم من الرزق الحاصل بلا كد ولا تعب، وإنما هو كرامة أكرمها الله به
“Kemudian Allah Ta’ala memuliakan Maryam dan Zakariya, di mana Allah telah memudahkan untuk Maryam dari hasil rezeki dengan tanpa bersusah-payah, dan itu adalah termasuk karamah sebagai kemuliaan dari Allah untuknya.” (Taisir al-Karim ar-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan, m/s. 966)
Kata Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:
“Di antara karamah yang disebutkan di dalam al-Qur’an adalah kisah Maryam radhiyallahu ‘anha. Allah mengurniakan untuknya karamah di mana Dia membawanya ke pohon kurma ketika saat-saat melahirkan. Allah memerintahkannya agar menggoyang batang pohon kurma tersebut, maka kurma-kurma yang sedang masak ranum pun berguguran.” (Ibnu al-‘Utsaimin, Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah, 2/299 – Daar Ibnul Jauzi, Tahqiq Sa’ad B. Fawaz ash-Shamil)
Demikian juga dengan kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah:
م أخبر تعالى عن سيادتها وجلالتها في محل عبادتها، فقال: { كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا } قال مجاهد، وعكرمة، وسعيد بن جبير، وأبو الشعثاء، وإبراهيم النخَعيّ، والضحاك، وقتادة، والربيع بن أنس، وعطية العَوْفي، والسُّدِّي يعني وجد عندها فاكهة الصيف في الشتاء وفاكهة الشتاء في الصيف. وفيه دلالة على كرامات الأولياء
“Kemudian Allah mengkhabarkan akan keutamaan dan kelebihan Maryam di tempat dia beribadah: “Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia mendapati ada makanan di sisinya.” Berkata Mujahid, ‘Ikrimah, Sa’id B. Jubair, Abu asy-Sya’tsa’, Ibrahim an-Nakha’i, adh-Dhohhak, Qotadah, ar-Rabi’ B. Anas, ‘Athiyah al-‘Aufi, dan as-Suddi: Iaitu (maksudnya) ia mendapati adanya makanan di sisi Maryam berupa buah-buahan musim panas di ketika musim sejuk dan buah-buahan musim sejuk di waktu musim panas. Dan pada kisah ini terdapat dalil-dalil menunjukkan adanya karamah atas wali-wali.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/36)
Selain dari dua kisah karamah yang disebutkan ini, terdapat juga kisah-kisah lainnya yang boleh diambil dari al-Qur’an. Ini seperti kisah Dzulqarnain yang disebutkan dalam Surah al-Kahfi dari ayat 83 hingga 101, di mana beliau dianugerahi dengan kekuasaan di muka bumi dan memiliki keupayaan membina tembok yang kukuh dengan teknologi besi dan tembaga. Antara kata Allah Ta’ala dalam firman-Nya tentang Dzulqarnain:
إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا
“Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu…” (Surah al-Kahfi, 18: 84)
Kemudian kisah seorang dari sisi Nabi Sulaiman ‘alaihis Salam yang mampu menghadirkan (atau membawa) Istana Balqis dalam masa sekelip mata ke hadapan Nabi Sulaiman.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfiman:
قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
“Berkatalah seorang yang memiliki ilmu dari aI-Kitab: “Aku akan membawa singgasana (istana) itu kepada engkau sebelum matamu berkerdip.” Maka ketika Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, beliau pun berkata: “Ini termasuk kurniaan Rabb-ku untuk menguji aku sama ada aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan sesiapa  yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rabb-ku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (Surah an-Naml, 27: 40)
3, Usaid B. Hudhair Dipayungi Kepulan Awan.
Kata Syaik al-IslamI bnu Taimiyah rahimahullah:
كَرَامَاتُ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ بَعْدَهُمْ وَسَائِرِ الصَّالِحِينَ كَثِيرَةٌ جِدًّا : مِثْلُ مَا كَانَ “أسيد بْنُ حضير” يَقْرَأُ سُورَةَ الْكَهْفِ فَنَزَلَ مِنْ السَّمَاءِ مِثْلُ الظُّلَّةِ فِيهَا أَمْثَالُ السُّرُجِ وَهِيَ الْمَلَائِكَةُ نَزَلَتْ لِقِرَاءَتِهِ
“Selain dari itu, karamah yang berlaku dalam kalangan para sahabat, tabi’in, dan selain mereka dari kalangan orang-orang soleh banyak sekali. Sebagai contohnya, seperti apa yang berlaku kepada Usaid B. Hudhair yang membaca surah al-Kahfi, lalu dari langit turun seperti payung-payung besar dan padanya ada lentera-lentera (cahaya). Mereka adalah para malaikat yang turun kerana mendengar bacaan al-Qur’an beliau.” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 158 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan) – Lihat dalam Shahih al-Bukhari, no. 3614, 4839, dan 5011. Dan Shahih Muslim, no. 795, dan 796.
Al-Bara’ radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Ada seseorang yang membaca surah al-Kahfi, sementara di sisinya ada seekor kuda yang diikat dengan dua tali. Tiba-tiba awan menyelimutinya, ia mendekat, dan terus mendekat sehingga kudanya lari ketakutan. Keesokan harinya beliau pun pergi menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan menceritakan perkara tersebut. Nabi pun bersabda: “Itu adalah sakinah (ketenangan) yang turun kerana bacaan al-Qur’an.” (Shahih al-Bukhari, no. 5011. Shahih Muslim, no. 795)
Dalam Shahih Muslim, Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu menceritakan kepada ‘Abdullah B. Khabbab:
“Pada suatu malam, Usaid B. Hudhair membaca al-Qur’an di tempat pemprosesan (penyalaian/pengeringan) kurma miliknya. Tiba-tiba, kuda milik beliau melompat-melompat. Lalu beliau terus membacanya lagi, dan kudanya terus melompat-lompat lagi. Usaid membaca lagi, dan kudanya pun melompat-lompat lagi.”
Usaid berkata: “Kerana aku bimbang kuda tersebut akan menginjak anakku si Yahya, maka aku pun mendekatinya. Tiba-tiba aku nampak seperti ada naungan awan di atas kepalaku. Di dalamnya ada semacam lampu, lalu ia naik ke angkasa sehingga tidak terlihat lagi olehku.”
Usaid berkata lagi: “Keesokan pagi harinya aku pun menemui Rasulullah dan aku berkata: “Wahai Rasulullah, tengah malam tadi ketika aku sedang membaca al-Qur’an di tempat pemprosesan kurma milikku tiba-tiba kudaku melompat-lompat.” Rasulullah pun berkata:
“Teruskan wahai Ibnu Hudhair!” Usaid berkata: “Aku pun terus membacanya lagi (pada waktu malam). Tiba-tiba kudaku melompat-lompat lagi.” Rasulullah pun berkata lagi:
“Teruskan wahai Ibnu Hudhair!” Usaid berkata: “Aku pun terus membacanya lagi (pada waktu malam). Tiba-tiba kudaku melompat-lompat lagi.” Rasulullah pun berkata lagi:
“Teruskan wahai Ibnu Hudhair!” Usaid menjawab: “Lalu aku pun menoleh, kerana anakku berada berhampiran dengan kuda tersebut dan aku bimbang jika kuda tersebut menginjaknya. Tiba-tiba aku melihat sesuatu seperti awan (naungan), di dalamnya ada seperti lampu. Lalu ia naik ke angkasa sehingga aku tidak melihatnya lagi.” Kemudian Rasulullah berkata:
“Itu adalah para malaikat yang turun kerana mendengar engkau membaca al-Qur’an.” Seandainya engkau terus membacanya, tentu ia akan terlihat oleh manusia. Ia tidak akan bersembunyi dari mereka.” (Shahih Muslim, no. 796)
4, Kisah Usaid B. Hudhair dan Abbad B. Bisyr Diterangi Cahaya.
Ada dua sahabat Nabi (Usaid B. Hudhair dan Abbad B. Bisyr)  keluar dari tempat beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di waktu malam yang gelap. Keduanya diterangi oleh sesuatu seperti dua cahaya lampu di hadapan mereka. Ketika mereka berpisah, masing-masing cahaya tersebut terus menerangi mereka sehingga sampai ke rumah. (Shahih al-Bukhari, no. 465, 3639)
Anas radhiyallahu ‘anhu mengkhabarkan:
“Dua orang lelaki keluar dari rumah Nabi pada tengah malam yang gelap gelita. (Ajaibnya), di kedua tangan mereka terpancar cahaya yang menerangi mereka. Ketika mereka berpisah, cahaya tersebut menjadi dua mengikuti masing-masing mereka.”
Kata Imam al-Bukhari: “Ma’mar juga meriwayatkan daripada Tsabit, daripada Anas bahawa Usaid B. Hudhair bersama dua orang Anshar. Hammad berkata, Tsabit menyampaikan kepada kami daripada Anas bahawa Usaid B. Hudhair dan Abbad B. Bisyr bersama Nabi. (Shahih al-Bukhari, no. 3805)
5, Kisah al-‘Ala’ B. Al-Hadhrami Berjalan Di Atas Air.
Kata Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H):
وَالْعَلَاءُ بْنُ الْحَضْرَمِيِّ كَانَ عَامِلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْبَحْرَيْنِ وَكَانَ يَقُولُ فِي دُعَائِهِ : يَا عَلِيمُ يَا حَلِيمُ يَا عَلِيُّ يَا عَظِيمُ فَيُسْتَجَابُ لَهُ وَدَعَا اللَّهَ بِأَنْ يُسْقُوا وَيَتَوَضَّئُوا لَمَّا عَدِمُوا الْمَاءَ وَالْإِسْقَاءَ لِمَا بَعْدَهُمْ فَأُجِيبَ وَدَعَا اللَّهَ لَمَّا اعْتَرَضَهُمْ الْبَحْرُ وَلَمْ يَقْدِرُوا عَلَى الْمُرُورِ بِخُيُولِهِمْ فَمَرُّوا كُلُّهُمْ عَلَى الْمَاءِ مَا ابْتَلَّتْ سُرُوجُ خُيُولِهِمْ ؛ وَدَعَا اللَّهَ أَنْ لَا يَرَوْا جَسَدَهُ إذَا مَاتَ فَلَمْ يَجِدُوهُ فِي اللَّحْدِ
“Al-‘Ala’ B. Al-Hadhrami radhiyallahu ‘anhu adalah seorang sahabat yang dilantik sebagai ‘aamil (pegawai) oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di Bahrain. Beliau pernah meminta dalam doanya (dengan lafaz):
“Wahai yang Maha Mengetahui, yang Maha Lembut. Wahai yang Maha Tinggi, yang Maha Agung.” Lalu doanya dimakbulkan.
Beliau berdoa agar Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan hujan supaya mereka dapat minum dan berwudhu’ ketika ketiadaan air, maka doanya dimakbulkan.
Beliau juga pernah berdoa kepada Allah ketika berada di hadapan sebuah laut yang terbentang, dan mereka ketika itu tidak mampu menyeberangi lautan tersebut. Pada ketika itu mereka hadir bersama-sama kuda-kuda mereka. (Setelah berdoa) mereka pun dapat berjalan melintasi lautan tersebut bersama dengan kuda-kuda mereka sekaligus tanpa ada seorang yang basah sedikit pun.
Dan beliau pernah berdoa agar orang ramai tidak melihat jasadnya apabila dia mati syahid. Maka setelah beliau dikebumikan, maka orang ramai pun tidak melihatnya (tidak menemuinya) lagi (berserta kuburnya sekaligus).” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 158 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:
وكان أبو هريرة يقول: رأيت من العلاء ثلاثة أشياء لا أزال أحبه أبدا: قطع البحر على فرسه يوم دارين. وقدم يريد البحرين، فدعا الله بالدهناء، فنبع لهم ماء فارتووا. ونسي رجل منهم بعض متاعه، فرد، فلقيه، ولم يجد الماء. ومات ونحن على غير ماء، فأبدى الله لنا سحابة، فمطرنا، فغسلناه، وحفر ناله بسيوفنا، ودفناه، ولم نلحد له.
“Aku telah melihat tiga perkara daripada al-‘Ala’ yang aku cintai selamanya. 

Iaitu:
1, Menyeberangi lautan dengan menunggang kudanya pada hari peperangan Darain (sebuah wilayah di Bahrain).
2, Beliau bergerak menuju Bahrain, lalu berdoa kepada Allah di tanah lapang (gersang) sehingga mereka pun diberi air dari sumber yang boleh diminum, lalu orang ramai pun meminumnya sehingga puas. Ketika ada sebahagian dari mereka yang terlupa mengambil air tersebut untuk bekal perjalanan, maka mereka pun kembali ke tempat tersebut, tetapi sebaik sampai sahaja di tempat sumber air tadi, ternyata ia telah pun tiada.
3, Beliau wafat ketika kami tidak memiliki air. Maka dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala, tiba-tiba awan mendung pun muncul, lalu hujan pun turun. Kemudian kami pun memandikan beliau dan membuatkan lahad untuk beliau dengan pedang kami lalu mengebumikannya. Setelah itu, kami tidak tahu lagi di manakah lokasi kuburnya.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 1/266 – Tahqiq Syu’aib al-Arnauth, Mu’asasah ar-Risalah)
Lihat juga dalam Mukaddimah kitab Hilyatul Awliya’ oleh Abu Nuaim al-Asbahani, no. 12 dan 13.

6, Karamah ‘Umar Diperlihatkan Suasana di Medan Perang Ketika Sedang Berkhutbah.
Amirul Mukminin ‘Umar B. Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu pernah berkhutbah di atas mimbar pada hari Juma’at. Mereka yang hadir mendengar ‘Umar berkata:
“Wahai pasukan perang, gunung!”
Mereka terkejut, kemudian mereka pun bertanya tentang perkara tersebut kepadanya. Maka ‘Umar menjelaskan bahawa telah dibukakan (diperlihatkan) untuknya pasukan yang dipimpin oleh Sariyah B. Zunaim (salah seorang panglima di ‘Iraq) sedang dikepung musuh, maka ‘Umar pun mengisyaratkan agar mereka pergi ke gunung. Beliau berkata:
“Wahai Sariyah, gunung!”
Sariyah mendengar suara ‘Umar tersebut lalu beliau pun mundur menuju ke gunung dan bertahan dengannya. (Ibnu al-‘Utsaimin, Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah, 2/304 – Daar Ibnul Jauzi, Tahqiq Sa’ad B. Fawaz ash-Shamil)
Kisah ini turut disebutkan oleh Ibnu Taimiyah dalam Al-Furqan:
وَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ لَمَّا أَرْسَلَ جَيْشًا أَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلًا يُسَمَّى سَارِيَةَ فَبَيْنَمَا عُمَرُ يَخْطُبُ فَجَعَلَ يَصِيحُ عَلَى الْمِنْبَرِ يَا سَارِيَةُ الْجَبَلَ يَا سَارِيَةَ الْجَبَلَ فَقَدِمَ رَسُولُ الْجَيْشِ فَسَأَلَ فَقَالَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ لَقِينَا عَدُوًّا فَهَزَمُونَا فَإِذَا بِصَائِحِ: يَا سَارِيَةَ الْجَبَلَ يَا سَارِيَةَ الْجَبَلَ فَأَسْنَدْنَا ظُهُورَنَا بِالْجَبَلِ فَهَزَمَهُمْ اللَّهُ
“‘Umar al-Khaththab ketika beliau mengutus tentera kaum muslimin (untuk berperang), beliau melantik seorang lelaki sebagai pemimpin mereka bernama Sariyah. Ketika ‘Umar berkhutbah, beliau (tiba-tiba) berteriak di atas mimbar (dari suatu tempat yang berbeza):
“Wahai Sariyah, gunung! Wahai Sariyah, gunung!”
Ketika utusan tentera pulang, mereka pun bertanya kepada ‘Umar, “Wahai Amirul Mukminin, kami bertembung dengan musuh, mereka mengalahkan kami.” Tetapi tiba-tiba ada sebuah teriakan yang memerintahkan Sariyah untuk bertahan di gunung:
“Wahai Sariyah, gunung! Wahai Sariyah, gunung!”
Maka kami pun bertahan di belakang gunung, maka Allah pun mengalahkan mereka (para musuh).” (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 161 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
Kisah ini disebutkan antaranya dalam Tarikh Dimasyq karya Ibnu ‘Asakir, Dalaa’il an-Nubuwwah oleh al-Baihaqi, Al-Bidayah wan-Nihayah oleh Ibnu Katsir, Tarikh al-Islam oleh adz-Dzahabi, dan al-Ishabah oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Dinilai sahih antaranya oleh al-Hafiz Ibnu Katsir, Ibnu Hajar, al-Albani, dan ‘Abdul Qadir al-Arnauth.
7, Sebenarnya kisah-kisah karamah yang sahih dari kalangan para sahabat, tabi’in, serta selainnya dari kalangan orang-orang yang soleh ini memang amat banyak. Antara lain seperti apa yang pernah terjadi ke atas Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu di mana makanan yang dimakan bersama-sama para tamu tidak habis-habis, sebaliknya bertambah-tambah banyak pula. (Lihat: Shahih al-Bukhari, no. 602, 3581. Muslim, no. 2057)
Situasi hampir sama yang dialami Abu Bakar ini turut berlaku dalam Perang Khandaq di mana para tentera semuanya mencukupi dengan memakan makanan dari sebuah bekas (kuali) dan makanan tersebut tidak berkurang sedikitpun.
Demikian juga ketika Perang Khaibar, para tentera merasa kenyang dengan meminum air dari sebuah bekas dan air tersebut tidak berkurang sedikit pun. (Lihat: Shahih al-Bukhari, no. 344. Muslim, no. 682)
Demikian juga ketika Perang Tabuk yang mana jumlah para tentera sekitar 3000 orang, mereka makan dari jumlah makanan yang sedikit, tetapi makanan tersebut sedikit pun tidak berkurang sehingga mampu menampung keseluruhan tentera yang hadir. (Lihat: Shahih Muslim, no. 27)
Kemudian karamah sahabat Nabi ‘Amir B. ‘Abd Qais yang mengeluarkan wang 2000 dirham lalu disedekahkan kepada para peminta sedekah yang beliau temui sepanjang perjalanan, tetapi sebaik beliau selesai dan sampai di rumah, didapati wangnya sedikit pun tidak berkurang.
Lainnya lagi seperti kisah sahabat Nabi, Abu Muslim al-Khaulani radhiyallahu ‘anhu yang dicampakkan ke dalam api oleh pengaku Nabi namun dia tidak disentuh oleh api sedikit pun sebagaimana Nabi Ibrahim pernah dicampakkan ke dalam api. Malah beliau boleh berdiri solat di dalamnya.
Kisah tokoh tabi’in terkemuka, Al-Hasan al-Bashri rahimahullah yang pernah hilang dari pandangan para jama’ah haji. Kisah Washlah B. Usyaim yang kudanya mati dalam medan perang kemudian beliau berdoa kepada Allah, lalu Allah pun menghidupkan kembali kudanya tersebut sehingga beliau mampu pulang ke rumah, lalu kuda tersebut pun mati kembali.
Bahkan banyak lagi kisah-kisah sahih lainnya selain dari apa yang dinukilkan di sini. Sila semak terus antaranya dalam karya Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berjudul Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Awliya’ asy-Syaithan.

Contoh-contoh al-Ahwal asy-Syaithaniyah

1, Kisah al-Aswad al-‘Ansi.
Beliau mengaku-ngaku sebagai Nabi dan memiliki syaitan-syaitan pendamping yang mengkhabarkan kepadanya sebahagian dari perkara-perkara ghaib. (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 168 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
2, Musailamah al-Kadzdzab.
Demikian juga dengan Musailamah al-Kadzdzab, bersama-sama beliau adalah para syaitan yang mengkhabarkan perkara-perkara ghaib dan membantunya untuk melakukan perkara-perkara tertentu. (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 168 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
3, Al-Harits ad-Dimasyqi.
Beliau muncul di Syam ketika era pemerintahan ‘Abdul Malik B. Marwan. Beliau mengaku-ngaku sebagai Nabi. Syaitan-syaitan membantu melepaskan beliau dari belenggu, beliau menjadi kebal, serta tidak lut ditusuk dengan pedang. Bahkan batu marmar bertasbih apabila disentuh oleh tangan beliau.
Sebahagian orang ada yang melihat beliau mampu terbang, berjalan, mahupun berkenderaan.
Ketika kaum muslimin menangkap beliau untuk membunuhnya, seorang dari mereka menusuknya dengan tombak tetapi tidak lut (tidak tembus).
Maka khalifah ‘Abdul Malik B. Marwan pun berkata kepada orang yang hendak menikam tersebut:
“Sesungguhnya engkau tidak menyebut nama Allah.”
Maka orang itu pun menyebutnya dan menusuknya, seraya berjaya membunuhnya. (Ibnu Taimiyah, Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Auliya’ asy-Syaithan, m/s. 169 – Tahqiq ‘Abdul Qadir al-Arnauth, Maktabah Daar al-Bayaan)
Demikianlah sebahagian dari contoh-contoh karamah para wali Allah dan sebahagian contoh dari ahwal asy-Syaithaniyah (permainan syaitan). Sila lihat contoh-contoh lainnya yang banyak antaranya dalam karya Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berjudul Al-Furqan baina Awliya’ ar-Rahman wa Awliya’ asy-Syaithan.

Tanggapan Terhadap Karamah
Secara umumnya ia terbahagi kepada tiga golongan (atau tiga kelompok pendapat):
1, Yang menolak karamah kerana bertentangan dengan akal, logik, dan sainstifik. Ini adalah pendapat para kelompok sesat seperti yang diimani oleh golongan mu’tazilah, ahli falsafah, sebahagian firqah al-asya’irah, atheis, aqlaniyun (pemuja akal), dan kaum liberal.
2, Yang ghuluw (melampaui batas) dalam menerima karamah sehingga setiap hal ajaib yang berlaku atas diri seseorang dinisbatkan sebagai karamah tanpa sikap hati-hati dan penelitian yang terperinci (di atas neraca kebenaran). I’tiqad seperti ini banyak diimani oleh para pengamal tarekat, ajaran tasawuf, dan sebahagian dari pengikut jama’ah tabligh.
3, Golongan atau pendapat kelompok ketiga adalah mereka yang mengimani wujudnya karamah sebagaimana yang ditetapkan dari dalil-dalil (atau bukti-bukti) yang sahih dan menelitinya berdasarkan prinsip-prinsip yang benar (sebagaimana telah dijelaskan). Dan inilah golongan ahli sunnah wal-jama’ah.
Wallahu a’lam..