Showing posts with label Happening (dunia). Show all posts
Showing posts with label Happening (dunia). Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Saudi Resmikan Pembangunan Kampus Khusus Wanita Terbesar di Dunia



Saudi Resmikan Pembangunan Kampus Khusus Wanita Terbesar di Dunia




Raja Abdullah Bin Abdul-Aziz dari Arab Saudi pada hari Minggu kemarin (15/5) secara resmi membuka kampus universitas terbesar khusus untuk perempuan di dunia dalam sebuah langkah besar untuk meningkatkan pendidikan perempuan yang lebih tinggi di lingkungan kerajaan Saudi.


Dengan biaya sebesar 5.3 miliar dolar, kampus baru yang bernama Prince Nora Binti Abdulrahman University (PNU) yang terletak di pinggiran ibukota, Riyadh, diresmikan di hadapan anggota keluarga kerajaan senior, menteri dan diplomat asing.


Kampus universitas, seluas delapan juta meter persegi akan menjadi tempat berkuliah hingga 50.000 mahasiswa perempuan dengan 15 departemen.

Kampus ini juga direncanakan untuk menjadi lingkungan bebas mobil, sebagai gantinya akan dioperasikan kereta antar-jemput monorel dan kereta eletrik untuk pengangkutan dalaman, sedangkan panel surya terbentang di kampus dilaporkan akan menghasilkan 18 peratus dari tenaga yang diperlukan untuk sarana AC.

Kampus ini juga menawarkan 700 tempat tidur rumah sakit dan kemudahan akomodasi yang dapat memenuhi keperluan 12.000 mahasiswi.

"Kampus baru ini dianggap sebagai universitas wanita terbesar di dunia," kata Huda Al-Ameel, presiden PNU yang baru dilantik mengatakan kepada Arab News.


Al-Ameel mengatakan kampus besar ini akan siap dibina dalam tempoh kurang dari tiga tahun di bawah iarahan Raja Abdullah.

"Kami berterima kasih kepada Raja Abdullah untuk projek vital, yang pasti akan mendorong staf PNU dan mahasiswa untuk mengeksploitasi diri untuk unggul dalam pendidikan," katanya.

Munira Al-Abdan, wakil presiden untuk studi dan pengembangan, mengatakan PNU berusaha untuk menyediakan pendidikan akademis berkualitas tinggi dan keterampilan bagi para mahasiswanya. "Kami telah merancang program-program akademik untuk memenuhi keperluan pasar kerja," katanya.


"Kami menyediakan lulusan kami dengan kursus pelatihan tambahan untuk meningkatkan daya saing mereka di pasar kerja," tambah Abdan.

Dia juga mengatakan universitas akan ramah lingkungan dengan mempromosikan kebijakan kerja paperless dan melaksanakan segala kegiatan internal secara elektronik.


Perpustakaan universitas memiliki sekitar enam juta judul buku termasuk buku referensi.(fq/aby)

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/saudi-resmikan-pembangunan-universitas-khusus-wanita-terbesar-di-dunia.htm



Saturday, March 19, 2011

Kebangkitan Apa Sebenarnya Di Bahrin?


Presiden kesatuan ulama muslimin sedunia, Syeik Prof Dr Yusuf al-Qardhawi menganggap bahawa adalah tidak wujud kebangkitan rakyat di Bahrin, akan tetapi yang berlaku ialah kebangkitan kumpulan tertentu.

Beliau berkata: "Apa yang berlaku adalah tidak sama seperti yang berlaku di Mesir, Tunis dan Libya. Sesunguhnya apa yang berlaku adalah dorongan daripada luar dan bukanlah kehendak rakyat Bahrin keseluruhan, bahkan ianya adalah keluarnya satu puak daripada puak yang lain untuk mencapai matlamat dan kemaslahatan mereka dengan paksa. Dan berterusan sehinggalah menjadi kebangkitan puak dan ini adalah masalahnya.


Beliau menyatakan ini ketika berkhutbah jumaat di masjid Qatar: "Sesungguhnya kebangkitan di Bahrin bukanlah kebangkitan seperti yang berlaku di tempat- yang lain. Sesungguhnya ia adalah kebangkitan perpuakan. Kebangkitan di 4 tempat yang kita lihat sebelum ini di Tunis, Mesir, Yaman dan Libya semuanya adalah kebangkitan rakyat menentang pemerintah mereka yang zalim. Rakyat mesir keseluruhannya keluar daripada pelbagai lapisan bahkan pelbagai golongan islam dan kristian, pemuda dan veteran, lelaki dan wanita, golongan professional mahupun yang mundur, juga ahli agama mahupun ahli dunia.


Beliau menambah: Syiah keseluruhannya adalah memusuhi sunnah secara keseluruhan. Kebangkitan ini adalah kebangkitan puak syiah…golongan sunnah apabila melihat hal ini, maka mereka bangun. Mereka (sunni) bergerak seramai 450 ribu berhimpun di masjid al-Fatih dan berkata: "Dan kami juga mempunyai permintaan-permintaan juga seperti kalian wahai syiah, kamu semua mempunyai kehendak dan kami juga mempunyai kehendak dan tuntutan".


"Saudara-saudara kita di sana telah menyatakan bahawa golongan syiah di sana ketika berada di bulatan lukluah mereka itu bukanlah berdemo secara aman seperti yang aku sangka pada permulaannya. Bahkan mereka memusuhi dan mengancam kebanyakan ahli sunnah, merampas masjid-masjid yang tidak dimiliki mereka, menggunakan senjata seperti yang dilakukan oleh golongan Baltojiyyah di yaman dan mesir dan serta tempat-tempat lain terhadap kebanyakan golongan ahli sunnah yang tiada kekuatan".


"Aku berharap akan berhimpun golongan berakal dikalangan syiah dan ahli sunnah dan berbincang. Sesungguhnya pemimpin Bahrin telah menyeru kepada perbincangan. Aku juga melihat bahawa kes seumpama ini memerlukan perbincangan berbanding perpecahan rakyat.

Lebih parah dan berbahaya apabila golongan syiah menisbahkan diri mereka di bahrin kepada Negara luar (Iran) dan membawa gambar Khomeni dan gambar Hasan Nasrallah dan gambar-gambar tertentu. Seolah-olah mereka ini adalah rakyat Iran dan bukan Bahrin. Mereka adalah daripada Negara teluk mengapakah mahu keluar daripada teluk sedangkan kami mahu supaya mereka menjadi bangsa mereka sendiri secara realistic.


http://almoslim.net/node/143260
credit to : http://yeopmadiny.blogspot.com/2011/03/kebangkitan-apa-sebenarnya-di-bahrin.html

Thursday, February 3, 2011

Demonstrasi Mesir Didalangi Oleh Kuasa Luar


Jasmine Revolution yang berlaku di Tunisia selama 28 hari daripada 17 Disember hingga 15 Januari 2011 dikatakan menjadi inspirasi kepada demonstrasi seterusnya di Mesir. Benarkah Jasmine Revolution adalah kepingan puzzle pertama untuk mencetuskan teori domino kebangkitan yang sama di Lubnan, Jordan dan Yemen? Atau Jasmine Revolution adalah sebahagian daripada revolusi yang sudah dirancang untuk memenuhi sebahagian agenda penjajahan regime change barat. Rakyat yang terlibat dalam uprising tersebut tidak tahu dari mana rancangan sebenar itu diadakan. Apa yang mereka tahu setelah emosi bercampur baur adalah untuk menggulingkan pemerintah.

25 Januari 2011, bermula satu protes besar-besaran daripada rakyat di Mesir terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Hosni Mubarak. Perhimpunan yang diseru oleh satu kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "April 6 Youth" ini dimulakan selepas solat Jumaat. Semuanya diadakan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dikatakan sebagai tyranny. Siapakah kumpulan "April 6 Youth" ini?

Logo kumpulan "April 6 Youth" yang dipimpin oleh Ahmed Maher adalah satu kumpulan yang berasaskan cyber networking yang diasaskan pada 6 April 2007. Ahmed Maher menjadikan Orange Revolution yang dilakukan oleh orang Serbia untuk menggulingkan Slobodan Milosevic sebagai inspirasinya. April 6 Youth menggunakan medium media baru (Facebook, Twitter dan Blog) untuk membangkitkan perasaan marah rakyat pada Hosni Mubarak. Kumpulan April 6 Youth yang dipimpin oleh Ahmed Maher terlibat dalam sebahagian rancangan regime change ini sebagaimana yang didedahkan oleh The Telegraph.

The Telegraph, 1 Februari 2011 telah mendedahkan satu dokumen rahsia yang dihantar daripada kedutaan Amerika Syarikat ke Washington berkaitan sokongan Amerika Syarikat untuk mengadakan regime change di Mesir (baca sini). Turut terlibat dalam kerangka besar rancangan color revolution ini adalah George Soros (Pengerusi Open Society Institute) yang dipercayai membiayai Radio Kalima di Tunisia serta menyediakan geran latihan kepada NGO di Mesir iaitu The Egyptian Initiative for Personal Rights (baca sini).


Selain Soros, National Endowment for Democracy (NED) turut memainkan peranan di Mesir dan Tunisia (baca sini). NED telah menyedikan dana sejumlah USD$19,000 untuk youth forum bagi 150 pelajar universiti dari Gharbeya, Suez, Minya dan Assiut. Latihan tentang kesedaran politik dan teknik media baru didedahkan kepada pelajar tersebut. Koordinasi rancangan Soros dan NED ini dilakukan oleh satu kumpulan yang dinamakan sebagai International Crisis Group (ICG). Mengapa El Baradei yang mahu dipilih sebagai pengganti? Apa hubungan hubungan El Baradei dan Soros dalam ICG? El Baradei dan Soros adalah Executive Committe dalam International Crisis Group, ICG. Menggantikan Hosni dengan pemimpin yang sudah ditunjuk oleh barat sendiri.

Ada rakyat Malaysia yang suka melihat kejadian di Mesir berlaku begitu di negara ini. Sedangkan dalam masa yang sama, ibubapa pelajar di Malaysia amat bimbang keselamatan anak mereka akibat kekacauan yang berlaku di Mesir. Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain yang marah dengan Hosni Mubarak hanya menyertai gerakan demonstrasi tersebut selepas ianya telah dicetuskan. Sedangkan apa hakikat sebenarnya, punca dan perancangan tersebut dicetuskan oleh kuasa luar. Memang Hosni dikatakan sebagai punca demonstrasi namun majoriti rakyat lain tidak harus diheret sama dalam kancah kekacauan dan ketidakstabilan yang dicetuskan melalui demonstrasi. Siapa yang perlu dipersalahkan bila 5,000 orang banduan lari dari penjara dan mengganggu orang awam?

2 Feb 2011, pada jam 2.30 petang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menyeru ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di Wisma Putra, Putrajaya. Motifnya adalah untuk berhimpun dan menyerahkan memorandum. Mahasiswa perlu mengkaji dan banyak menganalisa, jangan terus termakan dengan cara revolusi yang sedang berlaku di Mesir. Perlunya rakyat Malaysia memahami bahawa Soros adalah pelindung dan penaja utama color revolution yang berlaku di seluruh dunia.

Rose Revolution di Georgia pada 2003

Rose Revolution di Georgia, Orange Revolution di Ukraine,Tulip Revolution di Kyrgyzstan, Green Revolution di Iran, Jasmine Revolution di Tunisia dan yang terbaru adalah di Mesir. Kejadian yang berlaku di Tunisia bukanlah puzzle permulaan, ianya adalah sebahagian rancangan regime change oleh pihak luar. Sewajarnya umat Islam bertindak secara berhikmah bagi mengelak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jangan terperangkap dalam jerat yang sudah dipasang oleh barat. Sesama Islam bergasak, barat ketawa melihat mangsa mereka memakan umpan yang sudah lama dipasang.

Sumber : http://anginperubahan.blogspot.com/2011/02/demonstrasi-mesir-didalangi-oleh-kuasa.html

-http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/8289698/Egypt-protests-secret-US-document-discloses-support-for-protesters.html

- http://www.eipr.org/en