Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

Friday, May 23, 2014

HUdud :Calon Melayu Islam DAP tidak bijak berfikir mengelirukan rakyat

 

 

HUDUD:CALON MELAYU ISLAM DAP TIDAK BIJAK BERFIKIR#MENGELIRUKAN RAKYAT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pendirian calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd. Daud menolak hudud adalah lebih mengelirukan masyarakat berbanding pendirian calon Barisan Nasional (BN) yang bukan beragama Islam.

 Ahmad yang juga pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, Dyana Sofea sebagai seorang Islam hendaklah menghormati dan menjaga batasan tuntutan Allah yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran seperti hukum hudud. “Maka atas sensitiviti agama, semua calon sama ada calon daripada Barisan Nasional atau calon DAP mesti menjaga sensitiviti tersebut malahan jika pertikaian kepada hudud ini datang dari seseorang yang beragama Islam seperti calon daripada DAP, maka ia lebih mengelirukan masyarakat,” katanya dipetik melalui posting di laman sosial Facebooknya baru-baru ini.

Dyana Sofea terdahulu secara lantang menentang pelaksanaan hukum hudud dan menolak jika rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentangkan di Parlimen kelak. Justeru itu Ahmad berkata, calon-calon PRK Teluk Intan termasuk daripada BN digesa tidak menggunakan hukum hudud sebagai satu modal politik terdesak sehingga menjadikan ia sebagai satu unsur ejekan dan penolakan.

“Maka jangan ada unsur-unsur penolakan terhadap hukum Allah yang jelas ini walaupun berada dalam parti yang berbeza. Hak seseorang Islam terhadap Allah hendaklah dijaga dengan penuh ketaatan. Masih ramai pengundi melayu dan beragama Islam dalam Parlimen Teluk Intan yang akan menjadi pengundi dalam PRK tersebut,” katanya.

 Dyana Sofea yang juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang ketika diajukan mengenai hukum hudud yang menjadi teras perjuangan PAS memberitahu, gadis itu berkata beliau akan terus mendukung pendirian DAP dan menolak usul berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan yang dicadangkan PAS di Parlimen. Dyana menjadi pilihan DAP untuk meraih undi Melayu dan meredakan kemarahan mereka terhadap parti itu kerana menentang agenda hudud yang dibawa oleh PAS. DAP dituduh lidah bercabang kerana menolak usaha PAS itu walapun pada tahun lalu bersetuju PAS boleh meneruskan perjuangan mendirikan negara Islam secara tersendiri.

Sehubungan itu, Ahmad turut mahu kesemua pihak di negara ini menghormati dasar dan pendirian PAS sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan parti iaitu untuk memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan dalam negara ini yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

 “Maka Ini adalah perjuangan utama PAS yang seluruh ahli-ahli dan pimpinan PAS tahu dan menjadi kewajipan mereka meneruskan matlamat ini walau dimana posisi dan situasi yang mereka tempuh,” ujar beliau.

 DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysia sama sekali. Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat. 

~ http://cengkerit.blogspot.com/2014/05/hududcalon-melayu-islam-dap-tidak-bijak.html

Sunday, May 18, 2014

Kesesuaian hudud dalam Masyarakat Majmuk

 

 

KESESUAIAN HUDUD DALAM MASYARAKAT MAJMUK


Spring-Blooming-Flower-


Saya tidak ingin membahaskan apakah hudud itu wajib dilaksanakan atau tidak. Berkata sebahagian ulama dalam bidang bahasa, “Sangat tidak masuk akal dalam minda seseorang itu sekiranya dia memerlukan dalil bagi membuktikan waktu siang”. Sedangkan sekiranya kita berada di siang hari, itu sudah cukup tanpa kita membuktikan bahawa siang adalah siang.

Begitu juga apabila kita membicarakan tentang kewajipan hukum Allah SWT. Hukum perlaksanaannya telah jelas tanpa perlu dipanjangkan lagi perbahasannya. Apa yang perlu dibincangkan dari semasa ke semasa, dari forum ke forum, wacana ke wacana, seminar ke seminar adalah kesesuaian, suasana yang kondusif ke arah pelaksanaannya, dan kaedah perlaksanaannya.

Perlu dibincangkan

Antara aspek yang perlu dibincangkan; Pertama adalah penggubal dan pelaksana undang-undang. Mana-mana manusia, mana-mana Negara, bila-bila zaman dan sebagainya tidak terkecuali dari pelaksanaan dan tanggungjawab yang berat ini.

Allah SWT menyatakan di dalam banyak ayat di dalam Al-Quran bahawa barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan maka kafir, maka dia zalim, maka dia fasiq, sesuai dengan keadaan-keadaan dan rincian perbahasannya.

Kewajipan pelaksanaan hukum Allah bagi pelaksana hukuman, bagi yang menggubal undang-undang, bagi yang memerintah, mereka ini perlu berusaha ke arah itu. Ini adalah tanggungjawab pelaksana.

Kedua adalah......
 teruskan membaca di : 
http://ustazfathulbari.wordpress.com/2014/05/18/kesesuaian-hudud-dalam-masyarakat-majmuk/

~ Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
 Mei 18, 2014

Sunday, April 27, 2014

Sekitar Hudud




SEKITAR HUDUD:

Tahniah kepada Arab Saudi, berjaya menjadi antara top 10 negara paling selamat dan satu-satunya negara Islam dgn indeks jenayah paling kurang di dunia tahun 2014.

Perhatikan komen pasukan analisis yang mengatakan bahawa kejayaan Saudi ini adalah disebabkan undang2 hudud dan juga ekonomi Saudi yang mantap. Sememangnya jika dilihat semua top 10 negara terselamat dalam ranking ini, kesemua mereka adalah negara kaya raya dan maju.

Tetapi apakah faktor sebenar Saudi berjaya berbanding negara pengamal 'hudud' lain seperti Pakistan, Iran, Afghanistan, Sudan dan Libya yang jauh di tangga bawah ranking tersebut?

Saudi berjaya kerana akidah rakyat mereka telah diluruskan. Tidak ada khawarij malah syiah adalah minoriti yang hidup dalam ketakutan di Saudi. Tidak ada bomoh, tidak ada khurafat dan mereka sangat-sangat anti-bidaah dalam urusan agama. Mereka membasmi syirik sehabis-habisnya!
Itulah sebab Saudi berjaya kerana akidah mereka murni dan rakyat mereka bertakwa kepada Allah.

Jika tidak ada rasa takwa (takut) kepada Allah, buatlah hudud mcm mana pun, rakyat tetap lakukan jenayah!

Pemurniaan akidah dan kemantapan ekonomi ini merupakan satu pra-syarat sebelum hudud boleh dilaksanakan secara efektif di mana2.

Kalau presiden parti Isle boleh keluar kenyataan terima syiah dan khawarij dalam parti Isle yang mana ini adalah persoalan akidah yang sangat besar, hudud tidak akan berjaya malah hanya mendatangkan fitnah kepada Islam. Kerana tidak ada takwa lah, Serambi Mekah kita menjadi negeri juara HIV 3 tahun berturut2 di negara kita.

Apapun, kita mendoakan semoga pilot study perlaksanaan hudud berjaya di Kelantan memandangkan mereka mengaku telah bersedia dan semoga ia tidak mendatangkan fitnah pada Islam. Semoga ia berjaya dan hudud tertegak seluruhnya di negara kita, InsyaALlah. 
 
 
 

Friday, October 26, 2012

PAS MUNAFIK ... HUDUD Tidak Pernah DIWARTAKAN Sejak 1993 - Wan Mutalib Embong


Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan pada 5 April 1993 telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan setelah diluluskan.



Ibrahim Ali menunjukkan dokumen-dokumen Lajnah Undang-Undang dan Guaman PAS Pusat yang memutuskan sejak dari 9 Oktober 1994, Hukum Hudud adalah undang-undang yang sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.













Ringkasan kemunafikan PAS ...

5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAs Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.

25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.

9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak bersungguh-sunguh mahu melaksanakan khususnya dalam bidang perundangan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah membuat permintaan kepada PAs Pusat untuk mendapatkan pandangan dalam Hukum Hudud.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tudak pernah mengemukakan rangka atau 'blue print' ke arah perlaksanaan syariat.

18 April 1998 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong persoal mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan Hukum Hudud sedangkan mampu dan berkuasa melaksanakannya.



Mengapa PAS begitu munafik dan berbohong kepada umat Islam di Malaysia malah kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan Pusat yang menghalang perlaksanaan Hukum Hudud ?

Selama 20 tahun PAS berbohong mengenai perlaksanaan Hukum Hudud.

Apa maksud PAS sebenarnya, Parti Islam Semalaysia atau Parti Anutan Syaitan?

Hanya Syaitan sahaja yang sentiasa menghasut untuk berbohong dan mengadu domba sesama umat Islam ...



  , October 26, 2012

Saturday, October 8, 2011

Hudud: Duduk sebelum berlunjur



Perlaksanaan HUDUD perlu bertahap demi keberkesanannya...

Awal tahun lalu seorang Ahli Parlimen pembangkang pernah mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor memulakan proses untuk pelaksanaan syariah di negeri ini dengan pendekatan dakwah dari bawah bukannya terus melaksanakannya tanpa penerangan yang jelas (Harakahdaily, 17 Januari). Ini rentetan kemelut rampasan beberapa stok minuman beralkohol dari kedai serbaneka.

Ibarat berlunjur sebelum duduk, tindakan yang diniatkan baik akhirnya memberi kesan buruk kepada imej Islam apabila tidak dilaksanakan dengan cara betul.

Orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul meyakini semua perintah kitab suci al-Quran wajib dilaksanakan. Tatkala gawat dengan gejala buang bayi, sumbang mahram, penagihan dadah dan bermacam-macam kerosakan yang lain, ada cadangan drastik supaya hukum Islam yang salah satu daripadanya ialah hudud, dilaksanakan. Terlebih lagi ketika gawat politik.

Orang Islam meyakini wajibnya melaksanakan perintah ALLAH dan Rasul sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Bukan sahaja hudud,malah termasuk juga hukum-hukum lain seperti yang utama mentauhidkan ALLAH, menjauhi syirik, mentaati pemimpin dalam urusan yang makruf, solat, puasa, zakat, dan hukum-hakam lain yang tertulis.


Lama masa diambil untuk memahamkan sebilangan ahli politik dan sebahagian pejuang yang menyandarkan diri kepada Islam bahawa menegakkan hukum Islam perlu dilakukan secara teratur dan bertahap. Menegakkan perundangan Islam perlu bermula dengan dakwah{trmasuklah dakwah bil hal}. Ini yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad, bahkan semua Nabi-Nabi sebelum baginda.


Para intelektual dan sarjana Islam dari zaman awal Islam (salafussoleh) sehingga hari ini telah menyusun sekian banyak makalah dan kitab membincangkan tahapan dan teknik dalam berdakwah. Antaranya termasuk Manhajul Anbiya di Da’wahi Ilallah fihil Hikmah wal ‘Aql (Cara Para Nabi Berdakwah) oleh Syaikh Prof Dr Rabi bin Hadi al-Madkhali dan Al Lin wa Ar Rifq (Lemah Lembut dalam Berdakwah) karya Prof Dr Fadhal Ilahi.


Metod bertahap ini disahkan oleh isteri kesayangan beliau yang juga ibu bagi orang-orang beriman (ummul mukminin) Aisyah binti Abu Bakar (semoga ALLAH reda kepada mereka berdua). Kata Aisyah seperti yang dilaporkan secara sahih,


“Sesungguhnya surah yang mula-mula diturunkan adalah surah pendek yang di dalamnya disebutkan adanya syurga dan neraka, sehingga manusia telah memeluk Islam, maka diturunkan ayat tentang halal dan haram. Seandainya ayat yang pertama kali turun adalah “janganlah kalian meneguk arak” pastilah mereka berkata “kami tidak akan meninggalkan arak selamanya”. Kalau ayat yang pertama kali diturunkan ; “janganlah kamu berzina”, pasti mereka akan menjawab; “Kami tidak akan meninggalkan zina selamanya”. (Hadis Bukhari)



Ilmu sebelum beriman, beramal dan berdakwah

Hadis yang dilaporkan oleh ibunda Aisyah di atas menunjukkan secara jelas perjalanan atau fasa dakwah Nabi Muhammad. Begitu dengan proses penurunan al-Quran. Ayat-ayat al-Quran fasa Mekah membawa tema dan pendekatan berbeza berbanding ayat-ayat al-Quran di Madinah.


Nabi Muhammad bahkan semua Rasul sebelum baginda diutus membawa risalah paling utama iaitu untuk mengajak manusia mentauhidkan ALLAH dan memurnikan akidah @ keyakinan umat manusia dari perbuatan syirik.


Ketika Jazirah Arab dilanda kerosakan umat, Nabi tidak datang terus membawa undang-undang dan hukuman. Namun Nabi Muhammad yang disifatkan ALLAH sebagai rahmat kepada seluruh alam itu nmembawa petunjuk dan pendidikan. Ayat-ayat al-Quran yang turun di Mekah sebelum hijrah penuh dengan agenda memurnikan keyakinan dan kepercayaan (akidah) umat manusia yang bergelumang dengan syirik.


Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz menulis satu makalah berkaitan metod dakwah seperti ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Beliau menjelaskan selepas Nabi Adam diturunkan ke muka bumi, anak keturunannya pernah melakukan bermacam-macam kesalahan dan kemungkaran. Namun begitu apabila perbuatan syirik mula muncul barulah ALLAH mengutus rasulnya Nuh Alaihissalam.


Sebilangan pendakwah melihat isu ilmu dan akidah sebagai hal yang kecil dan remeh-temeh. Walhal masih banyak lagi umat Islam yang zahir dan amalannya Islam, namun terlibat dalam perbuatan yang mendatangkan dosa paling besar di sisi ALLAH. Antaranya perbuatan bomoh, sihir, memakai tangkal/ azimat, pelaris perniagaan, pendinding, menganggap keramat tempat-tempat tertentu, menyeru selain kepada ALLAH ketika berdoa dan bermacam-macam lagi.


Apabila diperhalusi ternyata masih ramai lagi umat Islam yang terlibat dengan amalan-amalan syirik. Sebagaimana yang diingatkan oleh baginda Nabi :
“Tidak akan terjadi hari kiamat sampai beberapa qabilah (suku/kelompok) dari umatku bergabung dengan orang-orang musyrik dan sampai mereka menyembah berhala (segala sesuatu yang disembah selain ALLAH)”. (Hadis sahih Abu Dwud, at-Tirmidzi dan Ibnu Mjah)


Mesej perpaduan

Selepas agenda ilmu akidah dan membasmi syirik Nabi Muhammad berdasarkan hadis-hadis yang dilaporkan memberi fokus dan penekanan kepada isu perpaduan.


Tindakan Nabi yang bijak lagi berhikmah dalam dakwah dapat dilihat dalam satu hadis seperti dilaporkan oleh seorang sahabat berbangsa Yahudi Abdullah bin salam (semoga ALLAH redha kepada beliau),
“Wahai seluruh manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, sambunglah tali persaudaraan, solatlah pada malam hari ketika semua orang sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan damai.” (Hadis Tirmidzi, Ibnu Majah, ad Darimi)

Kembali kepada realiti semasa apa yang diberi penekanan oleh sebilangan orang agama dan pendakwah amat berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan generasi awal Islam.

Masyarakat dimomokkan dengan hukum-hukum agama seolah-olah Islam itu datang untuk menghukum semua orang yang berbuat salah tanpa belas dan ihsan. Sepertinya di dalam ‘kamus’ Islam tiada apa yang diistilahkan sebagai ‘ampun’ dan ‘taubat’.


Pengajian akidah yang membuahkan rasa cinta dan takut kepada ALLAH ditinggalkan. Umat lebih disogokkan dengan soal hukum, politik dan undang-undang semata-mata.


Jika hal ini berterusan kita meyakini apa yang disebutkan oleh ibunda Aisyah, umat selamanya tidak akan meninggalkan arak dan zina. Justeru tidak hairan mengapa sekian banyak kempen dan usaha dijalankan oleh pendakwah dan pemerintah tidak membuahkan hasil yang optimum. Kerana kita menyanggahi apa yang telah disunnah oleh Nabi Muhammad dan generasi awal Islam.

Syaikh Husain bin Audah al-Awaiyisyah menulis beberapa hal yang perlu diberikan perhatian dalam menerapkan syariat Islam. Antanya termasuk:

(1) Kepentingan membuat penelitian, pemilihan dan pembahasan ilmiah,

(2) Barang siapa yang mengenal Tauhid Asma’ Wa Sifat dengan sebenar-benarnya maka dia adalah orang yang paling mengetahui masalah berhukum dengan apa yang diturunkan ALLAH, dan

(3) Bagaimana menegakkan hukum ALLAH dan berkonfrontasi dengan aliran-aliran pemikiran yang rosak. (Kaifa Tahkumu Nafsaka wa Akhlaka wa man Talii Umuurahum bi Hukmillah, Menerapkan syarikat Islam dalam diri, keluarga dan orang-orang yang ada di bawah tanggungjawab anda menurut al-Quran dan As-Sunnah)


Memaksakan hukum ke atas masyarakat sebelum pendidikan yang benar diberikan adalah ibarat kata pepatah Melayu, “berlunjur sebelum duduk”.

Jangan lagi kita sibuk menghukum si anu kafir atau si anu murtad, sebaliknya lebih baik sibuk dengan majlis ilmu. Berbahagialah mereka yang terpilih oleh ALLAH untuk duduk-duduk dalam majlis ilmu yang menjabarkan isi kitab dan Sunnah berdasarkan pemahaman generasi salaf.


Mohd Riduan Khairi



Sumber :sinarharian.com.my/