Showing posts with label Isu Mesir. Show all posts
Showing posts with label Isu Mesir. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Erdogan : Kudeta Mesir Adalah Kerjaan Israel, Kami Punya Bukti !




 

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menuduh Israel  berada di belakang penggulingan Presiden Mesir, Mohammad Mursi, oleh militer bulan lalu.

“Apa yang mereka katakan tentang Mesir: demokrasi bukan kotak suara. Siapa di belakang ini? Dialah Israel,” kata Erdogan, pengeritik keras negara Yahudi itu, kepada hadirin dalam pertemuan Partai Pembangunan dan Keadilan (AKP).

“Kami mempunyai bukti,” kata Erdogan, menyebut apa yang dia katakan komentar-komentar oleh seorang menteri kehakiman Israel pada satu forum 2011 di Prancis yang dia katakan Ikhwanul Muslimin, organisasi asal Mursi tak akan tetap berkuasa bahkan jika menang dalam pemilihan sekalipun.

Tetapi tuduhan Erdogan ditolak mentah-mentah oleh Mesir, yang menyatakan “faktanya tak berdasar”. Pernyataan-pernyataan PM Turki itu mengundang kecaman dari Amerika Serikat. Gedung Putih melukiskan komentar-komentar itu “ofensif dan tak substantif dan salah”.

Mursi diambil sumpah sebagai presiden pertama Mesir yang dipilih melalui pemilihan umum secara demokratis pada Juni 2012 tetapi kemudian digulingkan oleh militer bulan lalu dengan dukungan rakyat. AKP pimpinan Erdogan, yang menjalin hubungan persahabatan dengan Mursi dan Ikhwanul Muslimin, telah menyatakan penggulingan presiden Mesir itu kudeta. Sikap Turki telah membuat marah pemerintahan sementara dukungan militer Mesir yang bulan lalu menyuarakan “pernyataan keras” atas komentar-komentar Erdogan yang pro-Mursi. (RoL/KH)




Tuesday, August 20, 2013

Pergolakan Mesir Titik-Tolak Kemusnahan Islam...




Pergolakan Mesir Titik Tolak Kemusnahan Islam...Kejayaan Buat "The Hidden Hands"

Pergolakan di Timur Tengah sudah diterima sebagai berita rutin sejak berkurun lamanya. Saban hari ada saja pertelingkahan antara puak dan mazhab walaupun secara dasarnya masyarakat di sana merupakan penganut agama Islam. Dari apa yang diceritakan oleh rakyat di sana, negara mereka tidak pernah membezakan mazhab atau puak sebelum persengketaan tercetus. Pertelingkahan antara mazhab dan puak hanya berbangkit beberapa tahun kebelakangan seolah-olah ada yang sengaja mencetuskannya.

Malang sekali, sikap orang-orang Arab itu begitu mudah terpengaruh dan terbawa-bawa dengan emosi. Oleh itu, musuh mudah ‘bermain’ dengan minda mereka, memanipulasi dan menghasut dengan agenda-agenda tertentu bagi membangkitkan kemarahan mereka.

Berikutan dengan itu, pemikiran mereka yang tertutup serta capaian maklumat yang terhad, menyebabkan mereka tidak dapat berfikir panjang serta pantas memilih keganasan untuk melepaskan perasaan dan mencapai matlamat. Maka tidak hairanlah jika negara mereka sering bergolak dan sukar untuk berdamai.

Itulah sebahagian kerja-kerja "The Hidden Hands" yang tidak diketahui oleh rakyat Mesir dan negara Islam amnya.

Mesir, suatu ketika dahulu merupakan pusat ilmu bagi dunia Islam. Disitulah terletaknya Universiti Islam tersohor di dunia iaitu Al-Azhar di mana terkumpulnya Ulama-ulama hebat. Namun, entah kenapa setelah sekian lama, Mesir masih belum mampu menyaingi dunia barat dari segi ilmu. Al-Azhar tidak mampu membantu melahirkan pemimpin Islam yang cukup ramai, yang berpandangan jauh dan berkredibiliti, bagi mengubah pemikiran masyarakat Arab.

Jika sebelum ini rakyat Mesir berbangga dengan kuasa rakyat menukar kerajaan, maka hari ini terbukti sudah bahawa tindakan anarki tidak pernah menghasilkan sesuatu yang baik. AlQuran telah menyatakannya secara jelas, tetapi rakyat Mesir, termasuk Ulama Al-Azharnya telah gagal memahami dan mempraktikkan ajaran AlQuran itu. Akibatnya, Mesir hari ini sekali lagi tenggelam dalam lautan darah yang jauh lebih dalam dari pemberontakan Dataran Tahrir di permulaan Arab Spring.

Lautan darah di Mesir mungkin tidak seluas dan sedalam Syria dan Palestin namun, ia seharusnya mengejutkan umat Islam dari tidur. Sudah sampai masanya kita semua berhenti sejenak dan berfikir bagi mencari di manakah salah kita sebagai satu ummah?

Bukankah umat Islam hari ini ‘jauh lebih Islam’ dari umat Islam terdahulu? Bukankah umat Islam hari ini lebih ‘terserlah keIslamannya’ berbanding dahulu? Bukankah terdapat beratus kali ganda jumlah tahfiz, ustaz dan ulama pada hari ini berbanding dahulu? Jika dahulu, imam hanya membaca surah-surah lazim dalam solat tetapi kini, surah-surahnya cukup panjang. Itu belum lagi dikira dengan tazkirah, ceramah dan kuliah agama yang giat dijalankan di mana-mana saja. Jika dahulu kita hanya menghafal doa-doa asas, tetapi kini kita melakukan semuanya dengan doa dari masuk tidur hinggalah ke masuk ke bilik air.

Tetapi, kenapakah ketika pemerintahan Shah Iran yang isterinya tidak bertudung, Iran lebih aman maju dan makmur berbanding selepas itu? Kenapakah umat Islam di Malaysia lebih jujur, ikhlas, sopan dan beradab di zaman dahulu berbanding hari ini? Sedangkan dahulu, wanita Islam di Malaysia tidak bertudung tetapi hari ini bertudung, berpurdah siap berstokin dan bersarung tangan?

Justeru, kenapakah Dunia Islam semakin tenat jika benar kita semua ‘semakin Islam’?

Apakah ia salah orang Kristian? Atau salah orang Yahudi? Atau salah wanita Islam yang tidak bertudung? Atau salah lelaki Islam yang gemar berjudi dan minum arak? Atau salah pemimpin yang rasuah atau pembangkang yang khianat?

Apakah benar Acheh dilanda tsunami kerana ‘tidak cukup Islam’? Apakah benar umat Islam Bosnia disembelih sebagai balasan kerana ‘tidak mengamalkan cara hidup Islam’?

Jika ditanya para Ulama, jawapannya pastilah berbunyi, ‘kita harus kembali kepada AlQuran’. Namun, seperti apa yang berlaku di Mesir, para Ulama sendiri telah membelakangkan AlQuran kerana ingin menjatuhkan kerajaan.

Malaysia pernah dijulang sebagai satu-satunya negara Islam tulen di zaman Rasulullah SAW di mana semua golongan termasuk bukan Islam mendapat keadilan dan kebebasan secukupnya. Malaysia tidak ekstrem dan tidak juga liberal, sebaliknya menepati ajaran Islam sebenar iaitu ‘bersederhana’. Tiada paksaan dalam Islam di Malaysia sama ada ke atas bukan Islam atau ke atas umat Islam sendiri. Wanita Islam di Malaysia tidak dikongkong atau dilayan seperti kelas dua atau hamba, yang mana membolehkan negara ini maju dan makmur tidak seperti negara-negara Islam lain yang konservatif.

Malaysia pernah menjadi satu-satunya harapan dunia Islam bagi membela nasib mereka. Hari ini, harapan dunia Islam kepada Malaysia masih lagi tinggi.

Justeru, jika kita masih tertanya-tanya di manakah silap kita sebagai ummah, maka tanyalah juga apa yang Malaysia lakukan yang tidak silap, sehingga mampu menjadikan kita sebagai negara Islam contoh. Jawapannya ada di sekeliling kita.

Kemakmuran, kemajuan, keamanan dan kestabilan yang kita nikmati hari ini adalah bukti bahawa kita tidak silap seperti negara-negara Arab, tetapi telah melakukan sesuatu yang tepat.

Sejak kita Merdeka, kerajaan telah meletakkan ilmu sebagai matlamat utama sejajar dengan ajaran AlQuran. Ilmu boleh diperolehi secara percuma. Kerajaan tidak pernah meminggirkan atau mendiskriminasikan wanita atau mana-mana kaum dalam soal ilmu – sejajar dengan ajaran AlQuran juga. Prinsip Malaysia ialah menolak sebarang bentuk ektremisme termasuk dalam amalan agama Islam. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan lemah lembut dan adab sopan sekali gus menentang sebarang bentuk keganasan – sejajar dengan ajaran AlQuran juga.

Oleh itu, jika kita mengambil sedikit masa untuk berfikir maka kita akan dapati bahawa empat perkara ini iaitu ‘ilmu’, ‘kedudukan wanita’ ‘kesederhanaan’ dan ‘adab’ merupakan asas kejayaan Malaysia.

Dan jika kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji, maka kita akan dapati bahawa empat perkara ini, tidak pernah dipegang oleh negara-negara Arab yang sentiasa bergolak itu.

Malang sekali, terdapat usaha dari beberapa pihak di Malaysia untuk menjadikan negara-negara Arab yang sentiasa bergolak itu sebagai model pula. Kesilapan orang-orang Arab dianggap benar oleh segelintir orang-orang kita. Sedangkan jika kita mengikut jejak langkah mereka, sudah tentu kita juga akan terhumban dalam nasib yang sama.

Hari ini, kita wajar bersyukur kerana Malaysia adalah satu-satunya Negara Islam yang ‘masih waras’ walaupun diasak dari berbagai sudut oleh oleh golongan ekstremis, liberal dan sesat (Syiah).

Malangnya, walaupun Malaysia cukup kukuh sebagai sebuah Negara Islam, namun Malaysia masih belum mampu menghulurkan bantuan yang signifikan bagi memulihkan keadaan di Timur Tengah. Ini bermakna, Malaysia juga masih terlalu jauh dalam mencapai matlamat menjadi ‘Khalifah’ di dunia kerana kita tidak berdaya menyaingi musuh Islam dari segi ketinggian ilmu.

Justeru, Malaysia hanya mampu berdoa kepada rakyat Palestin, Syria dan Mesir tanpa mampu berbuat apa-apa.

Kita hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, agar umat Islam tidak lagi beretorik mengenai kembali kepada AlQuran, tetapi benar-benar mengotakannya. Kita berdoa agar umat Islam mampu meletakkan ilmu dari langit, bumi dan lautan di tempat tertinggi sepertimana ajaran AlQuran. Kita berdoa agar suatu hari nanti Universiti AlAzhar atau mana-mana Universiti di Malaysia akan berjaya melahirkan para pencipta, pemikir dan saintis yang mampu menyaingi dunia barat dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Kita berdoa agar ada saintis Islam yang membuktikan bahawa bulan itu pernah terbelah dua dan bukan hanya merujuk kepada kajian saintis bukan Islam.

Kita tidak tahu sampai bila Malaysia mampu bertahan sebagai Negara Islam sebenar, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa sekiranya Malaysia turut jatuh, maka hancurlah dunia Islam sepenuhnya.

Percayalah "The Hidden Hands" sudah lama mengatur perancangannya untuk bumi bertuah ini, Tapi mereka hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah terlebih baik. Allah masih lagi menyayangi dan melindungi Tanah Bertuah ini...oleh itu BERSYUKURLAH!
 
 
 
 

Apa yang tersirat dalam isu Mesir?





Apa yang tersirat dalam isu Mesir?

Iktibar buat Melayu Islam...

Statistik terbaru menunjukkan lebih 3,000 orang awam dibunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera kerajaan yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS) kerana menuntut demokrasi ditegakkan.

Pertumpahan darah ini wajar dijadikan renungan supaya rakyat jangan mudah terpedaya dengan demokrasi yang dijaja oleh pihak berkepentingan. Renunglah yang tersirat daripada yang tersurat.

Mohammed Mursi dari Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya pada Jun tahun lalu bukanlah pilihan AS. Maka kemenangan itu tidak akan bertahan lama dan Mursi dijatuhkan kononnya atas kehendak rakyat. Inilah akibatnya apabila membiarkan kuasa asing seperti AS menentukan hala tuju politik sesebuah negara. Malah agensi media Barat seperti sepakat menyiarkan angka korban yang jauh kecil daripada sebenarnya. Ini bertujuan menutup tindakan melampau tentera Mesir kerana AS ada penglibatannya. Tetapi statistik oleh Ikhwanul Muslimin menunjukkan lebih 3,000 orang berbanding agensi berita Barat tidak sampai 1,000 orang.

Mursi dipenjara dan hingga kini belum dibebaskan. Tentera mengambil tindakan drastik menggempur penyokong Mursi dengan peluru hidup. Di negara kita, polis hanya menggunakan meriam air. Tetapi digambarkan oleh puak tertentu sebagai tindakan “paling tidak berperikemanusiaan."

Dalam pilihan raya Jun tahun lalu, Mursi memenangi 52 peratus undi. Tetapi sebenarnya hanya mendapat sokongan satu perempat daripada 50 juta rakyat Mesir yang layak mengundi.

Bagi Mesir, jatuhnya diktator Hosni Mubarak bukanlah berakhir konflik politik yang membelenggu negara itu. Mubarak diibaratkan tayar lama yang sudah tidak diperlukan lagi. Tetapi tayar baharu mesti dari jenama yang sama.

Banyak pihak melihat kejatuhan Mubarak sebagai hasil kebangkitan rakyat. Secara tersurat rakyatlah yang menukar rejim Mubarak kepada pemimpin yang dipilih menerusi sistem yang demokratik. Tetapi yang tersiratnya, gerakan menjatuhkan Mubarak dipersiapkan oleh AS sejak 2008 lagi.

Kejatuhan Mubarak tidak ada kena mengena dengan kebangkitan rakyat yang dicanang-canangkan itu. Malah istilah Arab Spring itu sengaja dicipta supaya kelihatan keterlibatan rakyat di negara-negara Asia Barat menentukan masa depan mereka sendiri. Buktinya pada 2008 aktivis gerakan massa dari Mesir berhimpun di New York pada pelancaran Alliance of Youth Movement (AYM).

Sebenarnya banyak yang tidak tahu kewujudan AYM dan peranannya dalam menentukan agenda AS di Mesir. Ini adalah perkakas AS untuk menggerakkan rakyat untuk menjatuhkan Mubarak, sekutu AS yang sudah tidak diperlukan lagi. Tugas AYM bukan sahaja menjatuhkan Mubarak tetapi mana-mana pemimpin yang bertentangan dengan dasar AS.

Jaringan

Apa itu AYM? Ini sebuah organisasi yang melibatkan aktivis massa bergerak secara terancang dalam talian dan mencatatkan sejarah sebagai yang pertama pada abad ke-21. Jabatan Negara AS berganding dengan gergasi dalam media sosial seperti Facebook, Howcast, MTV, Google dan Youtube menggerakkan AYM dengan menggunakan generasi muda untuk mencetuskan gerakan massa.

Menerusi AYM strategis AS memberikan latihan kepada aktivis massa untuk menggunakan media sosial bagi meluaskan jaringan di peringkat antarabangsa. Malah AYM dan para aktivis diberi akses langsung dengan Jabatan Luar Negara AS.

Sebenarnya pada pasca Mubarak, nama Mursi berada jauh di belakang. Malah tidak ada dalam senarai pengganti Mubarak kerana ada beberapa nama lain yang mempunyai hubungan dengan AS lebih ditonjolkan. Antaranya Mohamed El Baradei yang mempunyai jaringan antarabangsa yang kuat malah sekutu rapat AS. Tetapi siapakah El Baradei?

El Baradei adalah salah seorang ahli pemegang amanah International Crisis Group (ICG), sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh AS dan dibiayai oleh George Soros menerusi National Endowment for Democracy (NED). Tetapi dalam pilihan raya, El Baradei tidak mendapat sokongan dan terpaksa mengalah kepada Mursi. Orang begini dipergunakan oleh AS untuk menguasai Mesir dari jauh.

Kerana itu faktor AS memang tidak dapat dipinggirkan apabila berhujah tentang kemelut politik Mesir yang semakin tenat. Sebenarnya penglibatan rakyat untuk menjatuhkan Mubarak hanya kerja sia-sia kerana AS mempunyai perancangan siapa yang akan menggantikan Mubarak, bukannya ditentukan oleh rakyat Mesir.

Kerana itu pergolakan yang berlaku di Mesir malah beberapa negara Asia Barat bukan kebangkitan rakyat. Tetapi rakyat hanya digerakkan supaya bangkit oleh aktivis massa yang dipimpin oleh AS tetapi berselindung di sebalik kebangkitan rakyat menuntut demokrasi.

Lihat apakah tindakan luar biasa AS untuk membendung pembunuhan beramai-ramai di Mesir? Walaupun Presiden Barack Obama membayangkan akan menangguhkan latihan ketenteraan bersama Mesir tetapi AS terus menyalurkan dana kepada tentera. Dana ini yang digunakan untuk membunuh penyokong Mursi baru-baru ini.

Tentera mempunyai banyak pendekatan lain untuk menyuraikan demonstrasi penyokong-penyokong Mursi. Melancarkan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata adalah sama dengan serangan AS terhadap beberapa negara yang dianggap sarang pengganas.

Barangkali ada yang tertanya-tanya, apakah pentingnya Mesir kepada AS berbanding negara lain yang lebih kaya hasil buminya. Jawapannya Mesir memang sangat strategik baik dari segi geoekonomi maupun geopolitik. Selain mempunyai kedudukan yang strategik untuk memainkan peranan penting di dunia Arab, Mesir juga strategik bagi negara-negara di Afrika. Mesir merupakan jambatan yang baik dari sudut geografi, sosial, ekonomi, dan etnik.

Kerana itu Mesir sangat penting sebagai negara transit untuk menguasai Asia Barat dan Afrika. Cara AS menguasai Mesir adalah menguasai tenteranya dan memastikan Presiden Mesir dalam kalangan pemimpin tentera. Malangnya Mursi kerana beliau bukan pemimpin tentera tetapi teraju pergerakan Islam yang memberi ancaman kepada Barat.

Sumber.

P/S
-Begitu juga apa pentingnya Malaysia kepada AS dan Barat dirantau sebelah sini?.

-Kenapakah begitu banyak dana asing disalurkan kepada pihak tertentu melalui BERSiH yang bertujuan mencetuskan 'Arab Spring' bagi menjatuhkan kerajaan yang ada yang dipilih secara demokrasi?

-Kenapa begitu banyak dana asing masuk untuk membantu pembangkang dalam kempen pilihanraya pada PRU13 lepas?

-Kenapa suatu masa dulu AS menyambut kedatangan orang tertentu dengan 'Red Carpet' bila mengunjungi negara tersebut dan tidak kepada PM kita?

Jawapannya
Surah Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka.Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’.Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Bersyukurlah...Kerana Allah masih menyayangi kita!