Showing posts with label Nasihat iman. Show all posts
Showing posts with label Nasihat iman. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Empat Kebaikan Dunia Dan Akhirat


Empat Kebaikan Dunia Dan Akhirat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada sesaorang sesungguhnya ia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.Iaitu :

1. Hati yang sentiasa bersyukur

2. Lisan yang sentiasa berzikir

3.Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah, dan

4.Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya.”


Huraiannya :

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” (Surah al-Baqarah ayat 201)

Merasai dan menikmati kebaikan yang dimaksudkan bukanlah hanya dengan kenikmatan yang bersifat dunia. Seperti dengan melimpahnya harta , kedudukan yang tinggi, isteri yang cantik, anak-anak yang ternama atau yang seumpamanya. Terdapat kebaikan yang lebih bererti dan bermakna sehingga sesaorang benar-benar menikmati kebaikan dunia dan akhirat. Inilah yang diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. dalam hadisnya di atas. Jelas dari hadis di atas apabila seseorang ingin mencapai kebaikan di dunia dan akhirat maka ada empat perkara yang mesti dimiliki dan dipertahankannya.

Pertama : Bersyukur .

Apabila kita bersyukur dengan apa yang dimiliki, maka segala pemberian Allah pasti terasa nikmat. Dan Allah akan terus menambah rasa nikmat itu. Namun jika kita tidak pandai bersyukur, maka Allah mengingatkan bahawa azab-Nya sangat pedih.

Firman Allah SWT .yang bermaksud :
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim ayat 7).

Kedua : Berzikir

Firman Allah SWT .yang bermaksud :
“Wahai orang-orang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepada Allah pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab ayat 41-42)

Apabila di dunia kita sentiasa membasahi lidah denga zikir kepada Allah, nescaya kebaikan dunia akan kita raih dan secara tidak langsung akan kita raih juga kebaikankan ukhrawi. Amalkanlah zikir al-Mathsurat pada waktu pagi dan petang kerana zikir ini adalah amalan yang di buat oleh Rasulullah SAW, amalkanlah insya Allah ianya merapatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT.

Ketiga : Bersabar

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan sungguh akan Kami berikan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mengucapkan. ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah ayat 155-157)

Orang yang sabar dan istiqamah dalam menghadapi berbagai ujian Allah merupakan orang yang akan mendapat kebahagiaan dalam hidupnya kerana dalam keadaan yang demikian dia tidak tergelincir kejalan yang salah sehingga kebaikan di dunia dan akhirat diraihnya. Dengan sabar, seseorang akan sentiasa sedia menghadapi segala kemungkinan dalam hidupnya sehingga ia tak akan lupa diri dalam kejayaan dan keberhasilan serta tidak putus asa dalam kesengsaraan dan kesulitan.

Keempat : Isteri yang solehah

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash . Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah bersabda yang bermaksud : “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah isteri solehah yang membantu kepentingan akhirat suaminya.” (Hadis Riwayat Ruzain)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."

Wanita solehah sentiasa taat pada perintah suaminya yang tidak bertentangan dengan syarak. Lahir kepatuhan ini kerana mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.


Dari huraian di atas jelas bahawa kehidupan yang hasanah (baik) di dunia tidak hanya di ukur semata-mata dengan melimpahnya kebendaan dan perkara-perkara yang bersifat kesenangan dunia. Namun kehidupan yang hasanah bagi seorang muslim adalah bila dia mampu menjalankan kehidupan sesuai dengan nilai-nilai Islam sehingga amal solehnya lebih banyak berbanding amal-amal yang tidak baik.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah al-Kahfi ayat 110)


~ Pendakwah Khalifah

Friday, July 19, 2013

WAHABI TIDAK PERNAH DIFATWA SESAT!!!


WAHABI TIDAK PERNAH DIFATWA SESAT!!!


Itu kenyataan Timb. Menteri Di JPM...lihat di sini Wahabi tidak pernah difatwa sesat

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. "Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah... tak sah, habislah jemaah haji kita. "Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk 'Pendermaan Organ dari Perspektif Islam' di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yaasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan biasa umat Islam di negara ini. Mashitah yang menyifatkan isu mengenai Wahabi ini sebagai "sensitif", berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara. "Kita juga perlu menjaga (sensitiviti) beberapa negeri, negara dan masyarakat kita. Jadi kalau kita timbulkan banyak isu ini, masyarakat akan jadi keliru.

"Sekarang ini kita tekankan di Malaysia ialah kita berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Perbezaan dalam aliran ini selagi tidak menyentuh mengenai akidah, maka ia adalah fahaman yang boleh diterima tetapi kalau sentuh soal akidah, contohnya Allah itu duduk ke tak duduk ke, maka kita akan ambil satu pendekatan yang lebih serius.  "Tetapi setakat ini fahaman Wahabi itu kita masih dapat bendung," katanya.
Mashitah ketika ditanya pemberita sama ada fahaman tersebut boleh dikategorikan sebagai berbahaya, berkata: "Kerajaan dan Majlis Fatwa sedang melihatnya dengan berhati-hati supaya tidak menimbul ketegangan dalam kalangan orang agama mahu pun masyarakat yang melihat. "Kita di Malaysia ini mengambil pendekatan yang halus dan berdiplomasi. Sensitiviti kebanyakan orang itu, kita kena jagalah. Itu yang kita nak jaga supaya perpaduan sesama kita terpelihara."

Ulasan:

Bagi penulis isu ini telah seringkali diperkatakan. Di sini penulis perturunkan Dasar Kerajaan Pusat Berkenaan Fahaman Wahhabiyyah melalui perbincangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Panel Kajian Aqidah JAKIM :-

"Mengenai kumpulan Wahhabiyyah, pendirian JAKIM dan kerajaan adalah jelas, Wahhabiyyah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu merupakan hasil daripada perbincangan beberapa kali di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003. Kesemua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan tersebut tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat".



Wednesday, July 17, 2013

Membaca ayat Al Quran :Di mana tempat A'uzubillah &dan bismillah dibaca


mushaf

Apabila kita di dalam majlis-majlis ilmu, sudah tentu kita tidak akan lari daripada membawakan dalil-dalil daripada ayat Al-Quran ataupun hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Berkenaan dengan ayat Al-Quran secara khasnya, seperti mana ayat Al-Quran yang saya bacakan tadi, saya tidak membacakan A’uzu billahi min al-syaithaani al-rajim dan saya tidak membacakan Bismillahi Al-Rahmani Al-Rahim. Saya tidak terlupa, sebaliknya saya memang sengaja, kerana itu juga termasuk dalam sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. 

Perlu dibezakan apabila kita membaca ayat Al-Quran sama ada tujuannya untuk tilawah ataupun tujuannya untuk istidlal (sebagai pendalilan) yakni untuk tujuan mengajar dan membawa bukti dan hujjah.

Hanya untuk bacaan tilawah sahaja kita membaca A’uzu billahi min al-syaithaani al-rajim ataupun Bismillahirrahmanirrahim di mana Bismillah dibaca khas ketika di awal surah. Kesemua surah-surah Al-Quran sebanyak 114 dimulakan dengan Bismillah kecuali satu surah iaitu Surah Al-Taubah. Tetapi semua ayat-ayat Al-Quran tidak kira pada mulanya atau pertengahannya termasuk surah Al-Taubah itu mesti dimulakan dengan A’uzubillahi min al-syaitan al-rajim.

Sekiranya ayat itu di awal surah, maka ditambah dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau ayat itu di pertengahan atau di hujung surah, cukup dengan kita membaca A’uzubillahi min al-syaitan al-rajim, jangan dibaca Bismillahirrahmanirrahim.

Itu sekiranya ayat itu dibaca untuk tujuan tilawah iaitu untuk tujuan beribadah. Adapun sekiranya kita membacanya bertujuan untuk pendalilan atau untuk membawakan hujjah, jangan dibaca A’uzubillah, jauh sekali dari membaca Bismillah.

Ini adalah sunnahnya, di mana saya melihat ramai yang tidak mengetahui tentang sunnah ini. Bahkan kadang-kadang di atas mimbar Jumaat ada juga yang masih membaca A’uzubillahi min al-syaitan al-rajim ditambah lagi dengan Bismillahirrahmanirrahim walaupun bukan di awal surah.

Dan kadangkala ditambah lagi iaitu dibacanya dengan berlagu seolah-olah dia sedang membacanya untuk tilawah. Sedangkan dia bukan sedang tilawah, dia sedang membawa dalil dari Al-Quran secara khasnya. Jadi tidak perlu kepada semua itu.
-Dipetik dari rakaman forum Bertaubatlah Mengikut Al-Quran dan Sunnah, 26.05.2013-
 Ustaz Idris bin Sulaiman

Saturday, June 29, 2013

Cara menolong Allah ialah...

 
 Soalan:
 (47:7.) Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
 
Jawapan :
  •  Cara menolong Allah ialah:

    1. berjihad fisabilillah
    Apabila seruan jihad dilaungkan yang menuntut kita agar berjihad pada jalan Allah, hendaklah kita bersegera membantu Allah pada jalan ini bagi memartabatkan agama Islam dari diperlekehkan oleh orang
    kafir.
    Bukan bermaksud Islam agama pengganas, tetapi jihad biarlah kerana mempertahankan agama Allah apabila tercabar dan dihina.

    2. menyebarkan ajaran Islam
    Orang-orang yang kafir selalu menghalangi manusia dari jalan Allah, maka inilah yang dituntut agar kita berusaha menolong Allah untuk menyebarkan ajaran Islam, mesej al-Quran dan jalan yang lurus kepada orang yang belum mengenali Islam atau di negara yang masih lagi penduduknya kafir.
    Menyebarkan ajaran Islam boleh jadi dengan seruan dakwah, penulisan, blog dan pengaruh media massa. Mungkin harta dan masa kita dihabiskan begitu sahaja pada pendapat diri kita sendiri, tetapi Allah telah janjikan sesuatu yang baik buat kita.

    3. bersedekah dan infak
    Orang kristian telah sanggup membiayai missionary mereka berbillion dolar setahun bagi tujuan menyebarkan kekufuran aqidah tiga mereka.
    Sedangkan umat Islam kedekut untuk membiayai dakwah para da'i dan ulama. Dengan ini, Allah meminta kita menolong untuk kita membantu mereka yang menguruskan hal dakwah islamiah agar dapat terus ikhtiar hidup (survive) di mana mereka pergi.
    Janganlah anggap kekayaan membawa ke kubur, melihat zakat sebagai satu hukuman zalim dan melihat sedekah sebagai satu yang merugikan harta. Telah Allah jelaskan bahawa darjat kita akan diangkatkan insya Allah.

    4. membantu sekolah agama dan tahfiz
    Orang kafir sanggup menyumbang berbillion setahun untuk sekolah mubaligh, kuil dan tokong mereka tetapi malangnya sikap itu tidak ada di dalam diri umat Islam.
    Malah ramai yang hafiz al-Quran terpaksa keluar bekerja dengan kelulusan akademik yang rendah yang sudah tentu kerjayanya dari pagi ke malam yang akan mengakibatkan para penghafal al-Quran terlupa hafazannya. Seharusnya kita membiayai mereka yang hafal 30 juzuk al-Quran, membiayai sekolah rendah agama, sekolah menengah agama dan sekolah tahfiz.
    Dengan membantu Allah pada jalan ini, nescaya darjat kita diangkat di sisiNya.

    5. membersihkan nama Allah yang telah tercemar dek kerana Yahudi dan Nasrani (kristian). Dan juga tidak berlaku syirik terhadap Allah.
    Sudah beribu tahun nama allah dicemari oleh Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh, Yahudi berkata Uzair anak Allah, Nasrani berkata Isa anak Allah. Mereka juga berkata sesuatu yang bukan milik Allah, tidak meletakkan nama Allah pada tempat yang betul malahan menyebarkan fitnah terhadap Allah.
    Inilah tugas kita untuk membantu Allah.

    link: http://ibnnajib.blogspot.com/2013/06/bagaimana-cara-menolong-allah.html
  -----------------------------------------------------------------------------
 

Bagaimana cara menolong Allah?

Bagaimana cara menolong Allah? Sesetengah dari kita akan mula tertanya, kenapa Allah mahu hambaNya menolongnya? Ini lanjutan dari firman Allah di dalam ayat berikut:
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَ يُثَبِّتْ أَقْدامَكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (surah Muhammad ayat 7)
Di sudut tafsir al-Quran, maksud ayat ini ialah:
يا أيها الذين صدقوا الله ورسوله ، إن تنصروا الله ينصركم بنصركم رسوله محمدا - صلى الله عليه وسلم - على أعدائه من أهل الكفر به وجهادكم إياهم معه لتكون كلمته العليا ينصركم عليهم ، ويظفركم بهم ، فإنه ناصر دينه وأولياءه
1. Ath Thobari mengatakan bahawa maknanya “wahai orang yang membenarkan Allah dan para rasulNya, jika kamu menolong Allah nescaya Allah menolong kalian dengan pertolongan kalian terhada apa yang dibawakan rasulullah shallallahu alaihi wasallam iaitu mengatasi golongan kuffar, berjihad di jalan-Nya agar kalimat-Nya tinggi terhadap musuh-musuh-Nya. Maka makna pertolongan Allah kepada hamba-Nya adalah bantuan-Nya kepadanya sedangkan makna pertolongan hamba-Nya kepada Allah adalah jihad orang itu dijalan-Nya untuk meninggikan kalimat-Nya.” (Tafsir At Thobari juz XVII hal 651)
وقال قطرب : إن تنصروا نبي الله ينصركم الله ، والمعنى واحد
2.  al Qurthubi mengatakan bahawa maknanya adalah orang yang menolong agama dan nabi-Nya. (al Jami’ li Ahkamil Qur’an juz XII hal 386)
 
Menolong bukan bererti Allah lemah
 
Menolong yang dimaksudkan ialah menolong agamanya, makna pertolongan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya adalah menolong manhaj dan dakwah-Nya. Meneguhkan kedudukanmu ialah meneguhkan iman, taqwa, darjat dan kedudukan di sisi Allah. Allah mampu sahaja meranapkan gereja, berhala dan menghancurkan kezaliman serta maksiat dengan bala bencanaNya sebagaimana yang pernah Allah berikan kepada umat terdahulu. Kaedah meminta tolong ini kerana Allah cuba bersikap berlembut sesuai dengan sifatnya yang Latif itu. Firman Allah:
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (Surah al-Hajj ayat 40)
Untuk huraian lebih jelas lagi, lihat petikan hadis berikut:
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا بَهْزٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَطْعَمْتُكَ فَلَمْ تُطْعِمْنِي قَالَ يَا رَبِّ وَكَيْفَ أُطْعِمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تُطْعِمْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطْعَمْتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ اسْتَسْقَاكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تَسْقِهِ أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي
Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim bin Maimun; Telah menceritakan kepada kami Bahz; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Abu Rafi' dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Hai anak Adam! Aku sakit, mengapa kamu tidak menjenguk-Ku?" Jawab anak Adam; "Wahai Rabbku, bagaimana mengunjungi Engkau, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Allah Ta'ala berfirman: "Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si Fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia kamu akan mendapati-Ku di sisinya?" "Hai, anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?" Jawab anak Adam; "Wahai Rabbku, Bagaimana mungkin aku memberi engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Allah Ta'ala berfirman: "Apakah kamu tidak tahu, bahawa hamba-Ku si Fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?" "Hai, anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?" Jawab anak Adam; "Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum, padahal Engkau Tuhan semesta alam?" Allah Ta'ala menjawab: "Hamba-Ku si Fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah, seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.' (Hadis Riwayat Muslim, turut diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam sahihnya, Imam Bukhari di dalam Kitab Adabul Mufrad, Thabarani dalam Kitab Makarim al-akhlak dan Imam Baihaqi di dalam kitab Al-asma wa-as-sifat)
Maka, di sini dapatlah kita jelaskan dengan pemahaman kita seperti berikut. Cara menolong Allah ialah:
1. berjihad fisabilillah
Apabila seruan jihad dilaungkan yang menuntut kita agar berjihad pada jalan Allah, hendaklah kita bersegera membantu Allah pada jalan ini bagi memartabatkan agama Islam dari diperlekehkan oleh orang kafir.
Bukan bermaksud Islam agama pengganas, tetapi jihad biarlah kerana mempertahankan agama Allah apabila tercabar dan dihina.
2. menyebarkan ajaran Islam
Orang-orang yang kafir selalu menghalangi manusia dari jalan Allah, maka inilah yang dituntut agar kita berusaha menolong Allah untuk menyebarkan ajaran Islam, mesej al-Quran dan jalan yang lurus kepada orang yang belum mengenali Islam atau di negara yang masih lagi penduduknya kafir.
Menyebarkan ajaran Islam boleh jadi dengan seruan dakwah, penulisan, blog dan pengaruh media massa. Mungkin harta dan masa kita dihabiskan begitu sahaja pada pendapat diri kita sendiri, tetapi Allah telah janjikan sesuatu yang baik buat kita.
3. bersedekah dan infak
Orang kristian telah sanggup membiayai missionary mereka berbillion dolar setahun bagi tujuan menyebarkan kekufuran aqidah tiga mereka.
Sedangkan umat Islam kedekut untuk membiayai dakwah para da'i dan ulama. Dengan ini, Allah meminta kita menolong untuk kita membantu mereka yang menguruskan hal dakwah islamiah agar dapat terus ikhtiar hidup (survive) di mana mereka pergi.
Janganlah anggap kekayaan membawa ke kubur, melihat zakat sebagai satu hukuman zalim dan melihat sedekah sebagai satu yang merugikan harta. Telah Allah jelaskan bahawa darjat kita akan diangkatkan insya Allah.
4. membantu sekolah agama dan tahfiz
Orang kafir sanggup menyumbang berbillion setahun untuk sekolah mubaligh, kuil dan tokong mereka tetapi malangnya sikap itu tidak ada di dalam diri umat Islam.
Malah ramai yang hafiz al-Quran terpaksa keluar bekerja dengan kelulusan akademik yang rendah yang sudah tentu kerjayanya dari pagi ke malam yang akan mengakibatkan para penghafal al-Quran terlupa hafazannya. Seharusnya kita membiayai mereka yang hafal 30 juzuk al-Quran, membiayai sekolah rendah agama, sekolah menengah agama dan sekolah tahfiz.
Dengan membantu Allah pada jalan ini, nescaya darjat kita diangkat di sisiNya.
5. membersihkan nama Allah yang telah tercemar dek kerana Yahudi dan Nasrani (kristian). Dan juga tidak berlaku syirik terhadap Allah.
Sudah beribu tahun nama allah dicemari oleh Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh, Yahudi berkata Uzair anak Allah, Nasrani berkata Isa anak Allah. Mereka juga berkata sesuatu yang bukan milik Allah, tidak meletakkan nama Allah pada tempat yang betul malahan menyebarkan fitnah terhadap Allah.
Inilah tugas kita untuk membantu Allah.
dan pada ayat ke-8 surah Muhammad pula, Allah berfirman:
وَ الَّذينَ كَفَرُوا فَتَعْساً لَهُمْ وَ أَضَلَّ أَعْمالَهُمْ
Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah membinasakan amal-amal mereka

wallahu a'lam
 


Sunday, May 26, 2013

Siapa Kata Bid'ah Hasanah ?

 
 
SIAPA KATA TIADA BID'AH HASANAH?

Oleh: Mohd Hairi Nonchi (Cikgu Arie)

Soalan:

Adakah bid'ah al-Qur'an yang disusun sahabat, kaedah-kaedah ilmiah seperti Mustholah al-Hadith, Ushuluddin, penggunaan mikrofon untuk azan, solat di atas kenderaan moden seperti kereta dan seumpama kerana semua ini tidak pernah muncul di zaman Nabi?

Jawapan

Harus dibezakan antara perkara baru (bid’ah) yang muncul di dalam urusan ibadah (pertambahan, pengurangan dan perubahan pada tatacara ibadah yang diajarkan oleh Nabi) dengan perkara baru yang berlaku di luar ibadah (urusan keduniaan) dimana ianya berfungsi sebagai ‘sarana’ yang memberi maslahah kepada ummah dan perjalanan syariat.

Al-Qur’an dalam bentuk kitab yang tersusun (mushaf), kaedah-kaedah ilmiah seperti Mustholah al-hadith, Ushul ad-Din, Tafsir, Tarikh, penggunaan kenderaan moden ke masjid, pengguanaan alat pembesar suara (microfon) bagi tujuan laungan azan dan sebagainya, semua ini adalah adalah perkara baru yang tidak pernah muncul di zaman Nabi (bid’ah). Namun ia tidaklah tercela di sisi ajaran agama kerana apa yang baru di sini hanyalah pada ‘alat’ atau ‘sarana’ tersebut, bukan pada inti ajaran agama dan ibadah yang sedia diajarkan oleh Rasulullah.

Sebagai contoh ialah pembukuan al-Qur’an oleh para Sahabat. Apa yang baru (bid’ah) di sini adalah pembukuan tersebut (alat/sarana),  namun lafaz,  makna dan pengajaran (intipati) yang terkandung di dalamnya tidaklah berubah. Ia masih kekal sebagaimana yang didatangkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Demikian juga bagi orang yang bersolat di atas kenderaan moden, alat kenderaan yang tidak pernah muncul di zaman Nabi. Apa yang baru di sini hanyalah pada ‘sarana’ solat itu dilaksanakan (kenderaan), namun kaifiyyat (tatacara) solat hendaklah sebagaimana yang diajarkan oleh baginda tanpa sebarang tokok tambah atau perubahan padanya.

Mudah kata:

1 - Bid'ah dalam urusan ibadah adalah suatu yang diharamkan. Dalilnya:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat. - Abu Daud, no. 4607, at-Tirmidzi, no. 2676 dan al-Hakim 1/95. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi.

Berkata ‘Abdullah bin ‘Umar:

كلُّ بدعة ضلالة وإن رآها النا س حسنة.

Semua bid’ah adalah sesat walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik). - al-Lalaka’i, 1/104 dan Ibn Battah dalam al-Ibanah 1/339, no. 205.

2 - Bid'ah dalam konteks keduniaan / muamalah yang memberi maslahah kepada umat dan perjalanan syariat adalah suatu yang dibolehkan.

Dalilnya:

أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِدُنْيَاكُمْ

Kamu lebih tahu urusan dunia kamu. - Shahih Muslim, no. 2363.

Sabdanya lagi dalam hadith yang lain:

إِنْ كَانَ شَيْئًامِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَشَأْنُكُمْ بِهِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أُمُوْرِ دِينِكُمْ فَإِلَيَّ.

Jika sekiranya sesuatu itu (berkaitan dengan) urusan dunia kamu, maka uruskanlah dengannya dan kalau sekiranya (ia berkaitan dengan) urusan agama kamu maka kembalikanlah kepada aku. - Sunan Ibn Majah, no. 2462.

MENJAWAB SYUBHAT

Soalan:

Bukankah ada ulamak yang membahagikan bid'ah kepada dua, dholalah (sesat) dan hasanah (baik)? 

Jawapan:

Benar. Namun jika dilihat kepada maksud dan contoh bid'ah yang mereka kemukakan, tiada satu jua padanya berkaitan dengan ibadah dalam pengertian mewujudkan ibadah yang baru dengan kaifiyyat (tatacara) yang tidak diajar dan dicontohkan oleh Nabi. Salah seorang ahli hadith bermazhab Syafie, Imam as-Sayuti ketika menerangkan contoh-contoh bid'ah hasanah, beliau menulis di dalam kitabnya al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’, ms. 25:

Bid‘ah hasanah disepakati keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuatan bid‘ah yang bertepatan dengan kaedah-kaedah syarak tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah (singgahan) musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang makruf, tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa.

Perhatikan tiada satu jua contoh-contoh bid’ah hasanah yang dikemukakan oleh salah seorang ulama bermazhab Syafie ini yang berkaitan dengan ibadah.

Wallahua'lam.

by Mohd Hairi Nonchi (Notes) , March 12, 2012


-------------------


Abu Aisyah Haidir Hamzah  Imam asy-Syafi’e berkata:

من استحسن فقد شرع.

“Barangsiapa yang menganggap baik (bid’ah hasanah), maka dia telah menetapkan syariat.”(Al-Umm, Kitabul Ibtholul Istihsan jil. 7 ms. 313-320)


Telah diriwayatkan dari Imam asy-Syafi’e perkataan yang menjelaskan lagi maksud beliau perkataan bid’ah mahmudah dan mazhmumah, dia berkata.

المحدثات ضربان ما أحدث مما يخالف كتابا أو سنة أو أثرا أو إجماعا فهذه البدعة الضلالة وما أحدث فيه من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا وهذه محدثة غير مذمومة.

“Hal-hal yang baru yang diada-adakan terbahagi kepada dua. Perkara baru yang menyelisihi Kitab atau sunnah, atau atsar (perkataan para sahabat) atau ijma’, maka inilah bid’ah dholalah (sesat). Dan perkara-perkara kebaikan yang tidak menyelisihi satu pun dari apa yang telah disebutkan, maka inilah bid’ah yang tidak tercela.” (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam 1/267).

Perkataan Imam Syafi’e ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Manaqibu asy-Syafi’e 1/468-469 dan beliau mensahihkannya. Perkataan yang sama dinukilkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani di dalam kitab nya Fathul Bari ketika mensyarahkan hadits Imam Bukhari di Kitab al-I’tishom bil kitabi was sunnah dalam bab ‘Qauluhu babun al-Iqtidaa`u bisunani rasulillahi shallallahu ‘alaihi wa sallam’ 13/253.

*bid'ah yang tidak tercela = melibatkan pembahruan hal-hal dunia

*bid'ah dholalah = melibatkan pembahruan hal-hal agama Islam


Wan Ahmadi Jalil Sesungguhnya para pemuka yang menduduki jawatan-jawatan penting dalam hal ehwal agamalah yang menentukan kelangsungan 'cepat atau lambat' orang awam menerima dengan mudah atau menolak dengan penuh dakyah berbaur fitnah dengan berbagai alasan menafikan kebenaran.Samada ada tafsiran,takwilan dan kaedah diguna-pakai bagi menegakan hujjah pihak masing-masing,hanya berikan pandangan sahaja.W'lam.

Wednesday, May 22, 2013

Bertaubat Sebelum Tidur



BERTAUBAT SEBELUM TIDUR

Oleh Ustadz Muhammad Wasitho Abu Fawwaz, Lc



Hidup di dunia ini hanya sementara. Saat kematian menjemput seseorang, berarti harus berpisah dengan dunia dan segala isinya. Dan itu pasti terjadi. Allâh Azza wa Jalla berfirman :

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. [al-Anbiyâ’/21:35]

Dalam ayat lain Allâh berfirman :

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu (berada) dalam benteng yang tinggi lagi kokoh. [an-Nisâ`/4: 78]

Kematian akan menimpa semua orang, baik yang shalih atau yang durhaka, yang kaya raya ataupun yang miskin papa, yang terpandang ataupun tidak, yang ikut berjihad ataupun duduk santai di rumahnya, dan lain sebagainya. Semuanya pasti akan mati bila ajalnya telah tiba ajalnya dan semuanya akan binasa, karena Allâh Azza wa Jalla berfirman :

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

Semua yang ada di bumi itu fana (tidak kekal) [ar-Rahmân/55:26]

Kemudian sesudah mati, kita semua akan dihidupkan kembali untuk mempertanggung jawabkan semua amal perbuatan kita. Allâh Azza wa Jalla berfirman, yang artinya, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati.” [Hûd/11:7]

MARI SEGERA BERTAUBAT KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA
 
Jika memang demikian, sementara sudah dapat dipastikan bahwa setiap manusia tidak akan luput dari kelalaian, kesalahan dan dosa kecuali yang dirahmati Allâh dan diberi al-‘ishmah (terpelihara dari salah dan dosa) seperti para nabi dan rasul, maka sudah seharusnya kita semua untuk segera bertaubat kepada Allâh Azza wa Jalla dan tidak menunda-nundanya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Setiap anak adam (manusia) pernah berbuat kesalahan, namun sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan ialah orang yang segera bertaubat (kepada Allâh).” [HR. Ibnu Mâjah 2/1420, no.4251][1]) .

Allâh memerintahkan kita agar segera bertaubat, sebagaimana firman-Nya :

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allâh, hai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.” [an-Nûr/24:31].

Dan firman-Nya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allâh dengan taubat yang benar (ikhlas). [at-Tahrîm/66:8]

Dan hendaknya kita sering beristighfâr (mohon ampun kepada-Nya) atas dosa-dosa yang telah kita perbuat selama ini. Karena Allâh Dzat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang akan senantiasa menerima taubat dari para hamba-Nya dan mengampuni dosa-dosa sebesar dan sebanyak apapun. Allâh Azza wa Jalla berfirman, yang artinya, "Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat Allâh. Sesungguhnya Allâh mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [az-Zumar/39: 53]

Di dalam hadits Qudsi yang diriwayatkan dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Allâh berfirman: Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan. [HR. Tirmidzi IV/548,no.3540][2]

Hendaknya kita mempersiapkan diri dengan bekal taqwa untuk menempuh perjalanan menuju ke negeri akhirat yang merupakan tempat tinggal abadi.

BEBERAPA HAL YANG DAPAT MENDORONG SEORANG HAMBA AGAR SEGERA BERATUBAT KEPADA ALLAH SEBELUM TIDUR
 
Kenapa sebelum tidur ? Terdapat banyak hal yang dapat membantu seorang hamba untuk segera bertaubat kepada Allâh kapan pun dan dimanapun. Namun dalam pembahasan kali ini kami akan menyebutkan sebagian amalan yang diharapkan dapat mendorong seorang hamba bertaubat kepada Allâh sebelum tidurnya. Di antaranya:

1. Melakukan Muhâsabah (Introspeksi Diri).
Muhâsabah ialah usaha seseorang untuk mengevaluasi segala perbuatannya, baik sebelum maupun sesudah melakukannya. Sebelum tidur hendaklah seorang hamba mengintrospeksi diri atas segala perkataan maupun perbuatannya sepanjang hari, baik yang berkaitan dengan hak-hak Allâh maupun hak-hak sesama manusia.  Jika dia telah melakukan amal shalih, maka hendaknya dia bersyukur dengan memuji Allâh dan memohon kepada-Nya tambahan nikmat. Dan memohon kepada-Nya pula agar senantiasa diberi taufiq dan kesanggupan untuk dapat melaksanakan amal ketaatan. Namun jika sebaliknya, maka hendaknya dia segera bertaubat dan memohon ampunan kepada-Nya serta bertekad untuk segera melakukan kebaikan.

Tentang muhâsabah, Allâh Azza wa Jalla berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allâh dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allâh [al-Hasyr/59:18]

Umar bin Khattab Radhiyallahu anhu berkata, “Hisablah diri kalian sebelum dihisab, dan timbanglah amal kalian sebelum ditimbang (oleh Allâh) ….”.

2. Mengingat Alam Kubur Yang Sangat Gelap Dan Dia Akan Menyendiri di sana
Ketika akan tidur, hendaknya seseorang mengingat suasana alam kubur yang sangat gelap, dia akan berada di sana seorang diri tanpa teman, hanya amalannya selama di dunia yang mendampinginya. Dengan mengingat kondisi ini, hati akan merasa takut kepada Allâh dan siksa-Nya yang sangat pedih, sehingga dia terdorong untuk segera bertaubat kepada Allâh dan banyak mohon ampun kepada-Nya.

3. Banyak Mengingat Kematian
Setiap muslim dan muslimah, yang sehat ataupun yang sedang sakit, tua maupun muda, hendaknya selalu mengingat kematian yang datang secara tiba-tiba. Ingatan ini bisa menghalangi dan menghentikan seseorang dari perbuatan maksiat serta memotivasinya untuk beramal shalih.

Mengingat kematian ketika dalam kesempitan akan bisa melapangkan hati seorang hamba. Kalau dia ingat kematian ketika hatinya sedang senang, maka dia itu menyebabkan dia tidak lupa diri. Dengan begitu ia selalu dalam keadaan siap untuk pergi meninggalkan dunia dan menghadap Allâh Azza wa Jalla .

Mengingat mati bisa melembutkan hati dan menghancurkan sikap tamak terhadap dunia. 
 Karenanya, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan anjuran untuk banyak mengingatnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahwa Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ

Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelezatan (yakni kematian) [HR. At-Tirmidzi no. 2307, An-Nasa`i no. 1824, Ibnu Majah no. 4258][3]

Orang cerdas yang sesungguhnya ialah orang yang banyka mengingat mengingat mati dan mempersiapkan bekal untuk mati. Hal ini sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu anhuma, ia menuturkan, “Aku sedang duduk bersama Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala datang seorang lelaki dari kalangan Anshar. Ia mengucapkan salam kepada Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu berkata, ‘Wahai Rasûlullâh, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’ ‘Mukmin manakah yang paling cerdas?’, tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:

أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ أَكْيَاسٌ


“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.” [HR. Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384]

Imam al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Ad-Daqqaq berkata, ‘Siapa yang banyak mengingat mati, ia akan dimuliakan dengan tiga perkara : bersegera untuk bertaubat, hati merasa cukup, dan antusias dalam beribadah. Sebaliknya, siapa yang melupakan mati, ia akan dihukum dengan tiga perkara : menunda taubat, tidak ridha dan malas dalam beribadah. Maka berpikirlah, wahai orang yang tertipu; Yang merasa tidak akan dijemput kematian, tidak merasakan sekaratnya, kepayahan, dan kepahitannya ! Cukuplah kematian sebagai pengetuk hati, membuat mata menangis, memupus kelezatan dan memupus angan-angan. Apakah engkau, wahai anak Adam, mau memikirkan dan membayangkan tibanya hari kematianmu dan perpindahan hidupmu dari tempatmu yang sekarang?” [Lihat at-Tadzkîrah, hlm. 9].

4. Menyadari Hakikat Kehidupan Dunia Yang Fana Dan Akhirat Yang Kekal
Keberadaan makhluk di dunia ini hanyalah sementara, dan semua yang ada di alam semesta ini akan hancur kecuali Allâh semata yang kekal dan abadi. Allâh berfirman :

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” [Ar-Rahman/55: 26]

Sedangkan kehidupan akhirat merupakan kehidupan yang hakiki, kekal dan abadi, sebagaimana firman-Nya:

وَالآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

“Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal”. [Al’A’la/87: 17].

Dan dia mengetahui pula bahwa Allâh Subhanahu wa Ta’ala telah menciptakannya di dalam kehidupan ini tiada lain hanya untuk mengujinya, siapa di antara para hamba-Nya yang paling baik amal perbuatannya, sebagaimana firman-Nya di dalam surat Al-Mulk, ayat 2.

Dengan demikian, maka diapun segera terdorong untuk bertaubat kepada Allâh, memohon ampunan kepada-Nya, dan mempersiapkan bekal untuk kehidupan akhirat yang hakiki nan abadi.

Demikian tulisan singkat tentang bertaubat sebelum tidur. Mudah-mudahan bermanfaat bagi siapa saja yang membacanya, dan menjadi amal shalih bagi penulisnya. Amin.

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 09/Tahun XIV/1431H/2010. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo – Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 0271-858197 Fax 0271-858196]
_______
Footnote
[1]. Syaikh al-Albâni rahimahullah meng-hasan-kannya dalam Takhrîj Misykâtul Mashâbîh, no.2341
[2]. Syaikh al-Albâni menilai hadits ini hasan dalam Silsilatul Ahâdîts Ash-Shahîhah 1/249, no.127.
[3]. Syaikh al-Albâni menilai hadits ini, “Hasan shahih.” (Takhrîj Misykâtul Mashâbih, no.1607)

http://almanhaj.or.id/content/3618/slash/0/bertaubat-sebelum-tidur/

Thursday, May 16, 2013

Ringan di Lisan Berat di Timbangan



Ringan di Lisan Berat di Timbangan
Kategori: Doa dan Wirid
 9 Februari 2009

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada dua buah kalimat yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan, dan keduanya dicintai oleh ar-Rahman, yaitu ‘Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil ‘azhim’.” (HR. Bukhari [7573] dan Muslim [2694])

Syaikh al-Utsaimin rahimahullah menerangkan, “Kedua kalimat ini merupakan penyebab kecintaan Allah kepada seorang hamba.”

Beliau juga berpesan, “Wahai hamba Allah, sering-seringlah mengucapkan dua kalimat ini. Ucapkanlah keduanya secara kontinyu, karena kedua kalimat ini berat di dalam timbangan (amal) dan dicintai oleh ar-Rahman, sedangkan keduanya sama sekali tidak merugikanmu sedikitpun sementara keduanya sangat ringan diucapkan oleh lisan, ‘Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil ‘azhim’. Maka sudah semestinya setiap insan mengucapkan dzikir itu dan memperbanyaknya.” (Syarh Riyadh as-Shalihin, 3/446).

Di dalam hadits ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut Allah dengan nama-Nya ar-Rahman –Yang Maha pemurah-. Hikmahnya adalah –wallahu a’lam- karena untuk menunjukkan keluasan kasih sayang Allah ta’ala. Sebagai contohnya, di dalam hadits ini diberitakan bahwa Allah berkenan memberikan balasan pahala yang banyak walaupun amal yang dilakukan hanya sedikit (lihat Taudhih al-Ahkam, 4/883)

Subhanallahi Wabihamdih
Makna ucapan subhanallah –Maha suci Allah- adalah; anda menyucikan Allah ta’ala dari segala aib dan kekurangan dan anda menyatakan bahwa Allah Maha sempurna dari segala sisi. Hal itu diiringi dengan pujian kepada Allah –wabihamdih- yang menunjukkan kesempurnaan karunia dan kebaikan yang dilimpahkan-Nya kepada makhluk serta kesempurnaan hikmah dan ilmu-Nya (lihat Syarh Riyadh as-Shalihin li Ibni Utsaimin, 3/446)

Apabila telah terpatri dalam diri seorang hamba mengenai pengakuan dan keyakinan terhadap kesucian pada diri Allah dari segala kekurangan dan aib, maka secara otomatis akan terpatri pula di dalam jiwanya bahwa Allah adalah Sang pemilik berbagai kesempurnaan sehingga yakinlah dirinya bahwa Allah adalah Rabb bagi seluruh makhluk-Nya. Sedangkan keesaan Allah dalam hal rububiyah tersebut merupakan hujjah/argumen yang mewajibkan manusia untuk mentauhidkan Allah dalam hal ibadah –tauhid uluhiyah-. Dengan demikian maka kalimat ini mengandung penetapan kedua macam tauhid tersebut –rububiyah dan uluhiyah- (lihat Taudhih al-Ahkam, 4/885)

Makna pujian kepada Allah
Al-Hamdu atau pujian adalah sanjungan kepada Allah dikarenakan sifat-sifat-Nya yang sempurna, nikmat-nikmat-Nya yang melimpah ruah, kedermawanan-Nya kepada hamba-Nya, dan keelokan hikmah-Nya. Allah ta’ala memiliki nama, sifat dan perbuatan yang sempurna. Semua nama Allah adalah nama yang terindah dan mulia, tidak ada nama Allah yang tercela. Demikian pula dalam hal sifat-sifat-Nya tidak ada sifat yang tercela, bahkan sifat-sifat-Nya adalah sifat yang sempurna dari segala sisi. Perbuatan Allah juga senantiasa terpuji, karena perbuatan-Nya berkisar antara menegakkan keadilan dan memberikan keutamaan. Maka bagaimana pun keadaannya Allah senantiasa terpuji (lihat al-Qawa’id al-Fiqhiyah karya Syaikh as-Sa’di, hal. 7)

Syaikh al-Utsaimin rahimahullah berkata, “al-hamdu adalah mensifati sesuatu yang dipuji dengan sifat-sifat sempurna yang diiringi oleh kecintaan dan pengagungan -dari yang memuji-, kesempurnaan dalam hal dzat, sifat, dan perbuatan. Maka Allah itu Maha sempurna dalam hal dzat, sifat, maupun perbuatan-perbuatan-Nya.” (Tafsir Juz ‘Amma, hal. 10)

Subhanallahil ‘Azhim
Makna ucapan ini adalah tidak ada sesuatu yang lebih agung dan berkuasa melebihi kekuasaan Allah ta’ala dan tidak ada yang lebih tinggi kedudukannya daripada-Nya, tidak ada yang lebih dalam ilmunya daripada-Nya. Maka Allah ta’ala itu Maha agung dengan dzat dan sifat-sifat-Nya (lihat Syarh Riyadh as-Shalihin li Ibni Utsaimin, 3/446).

Hal itu menunjukkan keagungan, kemuliaan, dan kekuasaan Allah ta’ala, inilah sifat-sifat yang dimiliki oleh-Nya. Di dalam bacaan dzikir ini tergabung antara pujian dan pengagungan yang mengandung perasaan harap dan takut kepada Allah ta’ala (lihat Taudhih al-Ahkam, 4/884-885).


Dari artikel 'Ringan di Lisan Berat di Timbangan — Muslim.Or.Id

Ringan di Lisan Berat di Timbangan

Kategori: Doa dan Wirid
40 Komentar // 9 Februari 2009
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada dua buah kalimat yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan, dan keduanya dicintai oleh ar-Rahman, yaitu ‘Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil ‘azhim’.” (HR. Bukhari [7573] dan Muslim [2694])
Syaikh al-Utsaimin rahimahullah menerangkan, “Kedua kalimat ini merupakan penyebab kecintaan Allah kepada seorang hamba.” Beliau juga berpesan, “Wahai hamba Allah, sering-seringlah mengucapkan dua kalimat ini. Ucapkanlah keduanya secara kontinyu, karena kedua kalimat ini berat di dalam timbangan (amal) dan dicintai oleh ar-Rahman, sedangkan keduanya sama sekali tidak merugikanmu sedikitpun sementara keduanya sangat ringan diucapkan oleh lisan, ‘Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil ‘azhim’. Maka sudah semestinya setiap insan mengucapkan dzikir itu dan memperbanyaknya.” (Syarh Riyadh as-Shalihin, 3/446).

Di dalam hadits ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut Allah dengan nama-Nya ar-Rahman –Yang Maha pemurah-. Hikmahnya adalah –wallahu a’lam- karena untuk menunjukkan keluasan kasih sayang Allah ta’ala. Sebagai contohnya, di dalam hadits ini diberitakan bahwa Allah berkenan memberikan balasan pahala yang banyak walaupun amal yang dilakukan hanya sedikit (lihat Taudhih al-Ahkam, 4/883)
Subhanallahi Wabihamdih
Makna ucapan subhanallah –Maha suci Allah- adalah; anda menyucikan Allah ta’ala dari segala aib dan kekurangan dan anda menyatakan bahwa Allah Maha sempurna dari segala sisi. Hal itu diiringi dengan pujian kepada Allah –wabihamdih- yang menunjukkan kesempurnaan karunia dan kebaikan yang dilimpahkan-Nya kepada makhluk serta kesempurnaan hikmah dan ilmu-Nya (lihat Syarh Riyadh as-Shalihin li Ibni Utsaimin, 3/446)
Apabila telah terpatri dalam diri seorang hamba mengenai pengakuan dan keyakinan terhadap kesucian pada diri Allah dari segala kekurangan dan aib, maka secara otomatis akan terpatri pula di dalam jiwanya bahwa Allah adalah Sang pemilik berbagai kesempurnaan sehingga yakinlah dirinya bahwa Allah adalah Rabb bagi seluruh makhluk-Nya. Sedangkan keesaan Allah dalam hal rububiyah tersebut merupakan hujjah/argumen yang mewajibkan manusia untuk mentauhidkan Allah dalam hal ibadah –tauhid uluhiyah-. Dengan demikian maka kalimat ini mengandung penetapan kedua macam tauhid tersebut –rububiyah dan uluhiyah- (lihat Taudhih al-Ahkam, 4/885)
Makna pujian kepada Allah
Al-Hamdu atau pujian adalah sanjungan kepada Allah dikarenakan sifat-sifat-Nya yang sempurna, nikmat-nikmat-Nya yang melimpah ruah, kedermawanan-Nya kepada hamba-Nya, dan keelokan hikmah-Nya. Allah ta’ala memiliki nama, sifat dan perbuatan yang sempurna. Semua nama Allah adalah nama yang terindah dan mulia, tidak ada nama Allah yang tercela. Demikian pula dalam hal sifat-sifat-Nya tidak ada sifat yang tercela, bahkan sifat-sifat-Nya adalah sifat yang sempurna dari segala sisi. Perbuatan Allah juga senantiasa terpuji, karena perbuatan-Nya berkisar antara menegakkan keadilan dan memberikan keutamaan. Maka bagaimana pun keadaannya Allah senantiasa terpuji (lihat al-Qawa’id al-Fiqhiyah karya Syaikh as-Sa’di, hal. 7)
Syaikh al-Utsaimin rahimahullah berkata, “al-hamdu adalah mensifati sesuatu yang dipuji dengan sifat-sifat sempurna yang diiringi oleh kecintaan dan pengagungan -dari yang memuji-, kesempurnaan dalam hal dzat, sifat, dan perbuatan. Maka Allah itu Maha sempurna dalam hal dzat, sifat, maupun perbuatan-perbuatan-Nya.” (Tafsir Juz ‘Amma, hal. 10)
Subhanallahil ‘Azhim
Makna ucapan ini adalah tidak ada sesuatu yang lebih agung dan berkuasa melebihi kekuasaan Allah ta’ala dan tidak ada yang lebih tinggi kedudukannya daripada-Nya, tidak ada yang lebih dalam ilmunya daripada-Nya. Maka Allah ta’ala itu Maha agung dengan dzat dan sifat-sifat-Nya (lihat Syarh Riyadh as-Shalihin li Ibni Utsaimin, 3/446).
Hal itu menunjukkan keagungan, kemuliaan, dan kekuasaan Allah ta’ala, inilah sifat-sifat yang dimiliki oleh-Nya. Di dalam bacaan dzikir ini tergabung antara pujian dan pengagungan yang mengandung perasaan harap dan takut kepada Allah ta’ala (lihat Taudhih al-Ahkam, 4/884-885).

Tuesday, May 14, 2013

Tuntutan al-Sunnah dalam Bulan Rejab

 

 

 Tuntutan al-Sunnah dalam Bulan Reja



rejab2 


Segala puji bagi Allah Ta ‘ala yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita sebagai hamba-hambaNya. Di antara nikmat-nikmat tersebut ialah musim-musim ibadah yang diselang-selikan untuk hamba-hambaNya mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala dari semasa ke semasa. Sebagai manusia, pastinya mempunyai macam-macam kelemahan. Akan tetapi pada masa yang sama, manusia juga mempunyai kecergasan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Kita telah diarahkan supaya menjaga masa dan menjaga hak-hak khaliq dan makhluk. Hadith Salman wajarlah menjadi pedoman kita dalam perkara ini.

Kisah Salman dengan Abu Al-Darda’ adalah seperti berikut:
Maksudnya: Terdapat riwayat daripada Abu Juhfah katanya:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mempersaudarakan antara Salman dan Abu al-Darda’. Pada suatu hari Salman menziarahi Abu al-Darda’ dan dia melihat isteri Abu al-Darda’ tidak terurus. Salman bertanya kepadanya, “Kenapa kamu begini?” Isteri Abu al-Darda’ menjawab, “Saudaramu, Abu al-Darda’ tidak berhajat kepada dunia.” Apabila Abu al-Darda’ datang dan membuat hidangan untuk Salman, Salman mengajak beliau makan sekali. Abu al-Darda’ menjawab, “Saya Puasa.” Salman berkata, “Saya tidak akan makan jika kamu tidak makan.” Abu al-Darda’ pun makan bersama. Apabila tiba waktu tidur di permulaan malam, Abu al-Darda’ bangun untuk solat malam. Salman menyuruhnya tidur, lalu beliau pun tidur. Tidak lama kemudian Abu al-Darda’ bangun untuk solat malam. Sekali lagi Salman menyuruhnya tidur. Apabila sampai penghujung malam, Salman berkata, “Sekarang bangun.” Mereka pun bangun dan solat malam. Kemudian Salman berkata kepada Abu al-Darda’ “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhanmu, tanggungjawab terhadap badanmu, tanggungjawab terhadap keluargamu; jadi hendaklah kamu melaksanakan tanggungjawab kamu kepada mereka semua.” Abu al-Darda’ kemudiannya pergi bertanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang perkara ini lalu Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Benar kata Salman.”
(HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Man Aqsama ‘ala Akhihi Liyuftir, No. 1832)

Di samping itu kita juga mestilah mengetahui bahawa amalan yang terbaik di sisi Allah Ta‘ala ialah yang berterusan walaupun sedikit.
وَإِنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ
Maksudnya: “Sebaik-baik amalan di sisi Allah Ta’ala ialah yang berterusan walaupun sedikit
(HR al-Bukhari, No. 5523. Juga Muslim, No. 782)

Semua ini mestilah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan menepati garis panduan yang telah diletakkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sebagaimana yang kita semua maklum, al-Ikhlas dan menepati al-Sunnah adalah dua syarat penerimaan amalan kita di sisi Allah Ta‘ala selepas wujud keimanan. Perkara pertama adalah amat penting. Sesuatu amalan yang tidak disulami al-Ikhlas akan tinggal amalan yang kering dan tidak bermaya. Penelitian terhadap sirah dan sejarah para ulamak akan banyak membantu individu muslim untuk menerapkan sifat mulia ini di dalam kehidupan hariannya.

Selepas memastikan kewujudan al-Ikhlas, datanglah giliran al-Sunnah untuk diterapkan dalam kehidupan kita. Apabila melihat kepada al-Sunnah pastilah perbincangan di sini menjurus kepada dua perkara iaitu kesahihan hadith dan ikutan terhadapnya. Orang yang mahir dalam disiplin hadith akan digelar ‘Sahibu hadith’ manakala orang yang menitik-beratkan ikutan terhadap hadith akan digelar ‘Sahibu sunnah.’ Apapun gelarannya, kedua-duanya amat diperlukan oleh kita di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya.

Tuntutan al-Sunnah: Rejab.

Berkenaan dengan bulan Rejab, sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan bahawa bulan ini samalah dengan bulan-bulan lain. Untuk mendapat gambaran ringkas tentang tuntutan al-Sunnah di dalam bulan ini perhatikanlah kenyataan-kenyataan berikut:

1. Al-Quran menjelaskan bahawa bulan Rejab adalah salah satu daripada al-Ashhur al-Hurum (bulan-bulan haram).

 Firman Allah Ta‘ala:
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (Surah at-Taubah, ayat 36)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَةِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Maksudnya: “Sesungguhnya waktu telah kembali seperti keadaannya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Satu tahun mempunyai 12 bulan. Di kalangannya 4 bulan haram, 3 berterusan; Zul Qi‘dah, Zul Hijjah dan al-Muharram serta Rejab kabilah Mudar di antara Jumada dan Sya‘ban.
(HR al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Hajjah al-Wida’, No. 4054. Juga Muslim, Kitab al-Qasamah Wa al-Muharibin Wa al-Qisas Wa al-Diyat, BabTaghliz Tahrim al-Dima’ Wa al-A‘rad Wa al-Amwal, No. 3179.)

2. Tiada solat khas dalam bulan Rejab:

Imam al-Nawawi telah berkata ‘Para ulamak telah berhujjah dengannya ke atas kebencian solat yang yang bid‘ah ini yang dinamakan al-Raghaib. Semoga Allah memerangi pemalsunya dan penciptanya. Sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang munkar yang terdiri daripada bid‘ah-bid‘ah yang sesat dan kejahilan.
Di dalamnnya terdapat kemungkaran yang jelas. Sekumpulan para ulamak telah menulis tulisan-tulisan yang bermutu dalam memburukkannya dan menyesatkan orang yang bersolat dengannya dan menciptanya. Dalil-dalil berkenaan kekejiannya, kebatilannya dan kesesatan pembuatnya amat banyak sehingga tidak terbilang.

Berkenaan dengan solat, di dalam bulan Rejab tidak terdapat solat yang khas untuk bulan ini. Hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan kelebihan solat al-Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah penipuan dan batil serta tidak sah. Solat ini adalah bid‘ah di sisi kebanyakan ulamak. Kali pertama solat ini muncul ialah selepas tahun 400. Oleh sebab itulah ianya tidak diketahui oleh ulamak terdahulu dan mereka tidak membincangkannya.
(Sila lihat al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Jil. 8 Hlm. 20.)

3. Berpuasa di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

“Semua hadith yang menyatakan puasa bulan Rejab dan solat sebahagian malam-malamnya adalah penipuan yang direka.”
“Tidak terdapat hadith sahih yang boleh dijadikan hujah berkenaan kelebihan bulan Rejab, puasa bulan ini, puasa hari-hari tertentu bulan ini mahupun bangun malam tertentu pada bulan ini.”
(lihat: Ibnu al-Qayyim, al-Manar al-Munif, Hlm. 96)

4. Membuat umrah di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

Setakat ini, penulis masih belum berjumpa dengan hadith sahih yang menerangkan kelebihan umrah di bulan Rejab. Ya, terdapat beberapa riwayat golongan Syi‘ah yang mengatakan umrah bulan Rejab adalah umrah yang terbaik. Akan tetapi Ahl al-Sunnah tidak menerima periwayatan mereka di samping riwayat tersebut tidak bersambung kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

5. Malam al-Isra’ wal-Mi‘raj tidak sah pada malam ke 27 bulan Rejab:

Imam Ibnu Kathir telah berkata ; Abdul Ghani al-Maqdisi telah meriwayatkan sebuah hadith yang tidak sah sanadnya dan kami telah jelaskan dalam ‘Fadail Shahr Rajab’ bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada malan ke-27 bulan Rejab, Allah jua yang lebih mengetahui. Ada juga di antara manusia yang menyangka bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada Jumaat pertama dalam bulan Rejab, iaitulah malam al-Raghaib yang dicipta padanya solat yang masyhur, sedangkan tiada asal bagi perkara ini, Allah jua yang lebih mengetahui.
(Sila lihat Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 3 Hlm. 136-137)

Kesimpulannya, amalan-amalan di bulan Rejab adalah sama seperti amalan-amalan di bulan-bulan lain. Perkara yang membezakannya ialah bulan ini tergolong dalam bulan-bulan haram yang mana kezaliman dan peperangan tanpa sebab amat dimurkai oleh Allah Ta’ala berbanding dengan bulan-bulan lain.


Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman
http://drfadlanothman.wordpress.com
May 14, 2013



Beginilah Ahli Sunnah wal-Jama’ah Mentaati Pemerintah



Beginilah Ahli Sunnah wal-Jama’ah Mentaati Pemerintah
Abu Numair Nawawi B. Subandi
www.ilmusunnah.com



Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.
Syaikh ‘Abdullah B. ‘Abdul Hamid hafizahullah menegaskan:
فَأهل السُّنَة والجماعة: يقولون إِن طاعة أُولي الأَمر في المعروف أَصل عظيم من أُصولِ العقيدة، ومن هنا أَدرجها أَئمَة السلف في جملة العقائد، وقل أَن يخلو كتاب من كتب العقائد إِلا تضمن تقريرها وشرحها وبيانها، وهي فريضة شرعية لكلِّ مسلم؛ لأنها أَمر أَساسي لوجود الانضباط في دولة الإسلام
“Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berpandangan bahawa ta’at kepada Ulil Amri (pemerintah) dalam hal-hal yang ma’ruf merupakan salah satu prinsip (ushul) penting dalam prinsip-prinsip beraqidah. Dari sinilah para Imam salaf memasukkannya dalam kategori masalah ‘aqidah. Hampir tidak ada kitab-kitab tentang ‘aqidah yang tidak menyebutkan perkara ini, menerangkan, dan menjelaskannya. Dan ianya merupakan kewajipan bagi setiap muslim secara syar’i. Kerana hal tersebut adalah perkara yang asas dalam mewujudkan ketertiban dalam Negara Islam.” (‘Abdullah B. ‘Abdul Hamid al-Atsari, al-Wajiiz fii ‘Aqidah as-Salaf ash-Sholeh, m/s. 130)
Adapun ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:
1 – Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,
2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka..

Teruskan bacaan...

Monday, May 13, 2013

Adakah PAS menggadaikan agama?


Soalan: Adakah PAS menggadaikan agama?

 

Jawapan:
Bismillah.
Saya lebih suka untuk perhalusi kenyataan tersebut agar lebih selamat dalam mengungkapkan sesuatu perkataan. Untuk mengatakan secara mutlak PAS menggadaikan agama mungkin tidak adil. Dalam hal-hal tertentu UMNO juga menggadaikan agama contohnya dalam isu-isu gejala sosial, itu juga dikategorikan sebagai menggadaikan agama. Perkara ini perlu dilihat dalam isu apa ia dikatakan sedemikian.

Dalam hal bekerjasama dengan DAP, mengikut telunjuk DAP, berdiam diri dalam isu-isu prinsip seperti murtad, plural, liberal, LGBT, dan seumpamanya ia memang boleh dikategorikan sebagai menggadaikan agama.

Sebab itu apabila Menteri Besar Terengganu berani buat tajuk forum ‘PAS: Parti Ajaran Sesat’ mereka tidak berani saman kerana kerajaan Negeri Terengganu mengatakan jika PAS saman, mereka akan buktikan satu persatu untuk membuktikan PAS parti ajaran sesat.

Tawaran pahala kepada orang yang pangkah PAS

Ada orang PAS menghubungi saya dan cuba berdiskusi dengan saya di dalam telefon meminta bukti dari mana kita mendengar PAS mengatakan undi PAS dapat pahala. Banner-banner yang dipasang dalam pilihan raya di tempat tertentu ada padanya rajah yang menunjukkan bahawa pangkah PAS masuk syurga. Dan saya pasti TG Nik Aziz ada menyebut pangkah PAS dapat pahala. Dapat pahala untuk apa jika bukan untuk masuk syurga?

Apabila kita mengatakan pangkah PAS dapat pahala, ini yang dikatakan sebagai menjual agama. Mengapa dikatakan menjual agama adalah kerana pahala dan dosa bukan milik manusia tetapi adalah hak Allah SWT.

Bagaimana dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa Allah SWT berhak untuk menggandakan pahala hamba-Nya sehingga disebut dalam satu riwayat Allah berhak menggandakan pahala sehingga 700 kali ganda daripada amalan yang kecil. Maknanya pemberi pahala adalah Allah SWT.

Nabi sendiri tidak pernah menjanjikan pahala untuk amalan-amalan tertentu kepada sesiapa, apa yang Nabi SAW sampaikan semuanya adalah wahyu daripada Allah SWT. Kalau kita mengatakan melakukan apa yang Nabi lakukan akan mendapat pahala itu tidak ada masalah.

Kalau kita katakan menyokong Islam dapat pahala tidak ada masalah. Tetapi jika kita mengatakan sokong parti dapat pahala, ini masalah besar.

Saya bertanya kembali kepadanya, bolehkah UMNO membuat banner sokong UMNO dapat pahala? Katanya tidak boleh kerana UMNO tidak menyeru kepada Islam yang kaaffah. Saya bertanya kembali, apakah seruan PAS kepada Islam yang menyeluruh? Saya melihat PAS selama puluhan tahun hanya bercakap bab hudud sahaja, adakah PAS bercakap tentang menegakkan akidah, syariah, ibadah?

PAS tidak menyeru kepada Islam yang kaaffah. UMNO juga tidak menyeru kepada Islam yang kaaffah. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

Nabi menceritakan kelebihan orang yang membuat masjid di dalam hadis, UMNO membuat masjid, program-program Islami, program mempertahankan akidah, pemurniah akidah, kewujudan majlis fatwa, institusi agama dalam negara, bukankah itu usaha-usaha Islami yang UMNO buat?

 Bolehkah menolak semua itu, tidak dapat pahalakah semua itu? Adakah boleh selepas ini UMNO berkempen undi UMNO dapat pahala, dan kesan dapat pahala masuk syurga?

Jadi kita tidak mahu kenyataan-kenyataan umum seperti itu disebar luaskan agar kita lebih adil dalam mengeluarkan hukum.
Wallahua’lam.
Teks disalin berdasarkan rakaman berikut:
UFB – PAS Menggadaikan Agama..??

September 1, 2012
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

http://www.youtube.com/watch?v=DN1OqxUk2Hw