Showing posts with label Politik Tanahair. Show all posts
Showing posts with label Politik Tanahair. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Guan Eng (DAP) menidakkan Perlembagaan Persekutuan , terus mempertahankan undi popular ...


  • PULAU PINANG 26 Jun - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP membidas tindakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang seolah-olah memperlekehkan
    Presidennya, Rahmad Isahak berkata, kenyataan tersebut amat keterlaluan kerana Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP seperti menidakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terus mempertahankan undi popular yang diperoleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

    Menurutnya, kenyataan Guan Eng yang masih menyifatkan BN sebagai kerajaan minoriti menunjukkannya tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf pembentukan sesebuah kerajaan berdasarkan jumlah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum.

    "Guan Eng sepatutnya cermin diri sendiri dahulu sebelum keluarkan kenyataan sedemikian.

    "Kenyataannya amat keterlaluan. Ini bukan drama atau sandiwara yang perlu dibuat skrip," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Semalam, Guan Eng mendakwa titah Seri Paduka dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 telah disediakan oleh BN.

    Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebelum ini mendakwa PRU-13 adalah 'yang paling kotor' dalam sejarah negara dan pembangkang sepatutnya layak membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular.

    Rahmad memberitahu, Yang di-Pertuan Agong merupakan payung negara yang membela semua kaum dan etnik dan tidak seharusnya titah Seri Paduka dipersenda.

    "Jika demikian sikap Guan Eng, saya tidak hairan sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara, sistem institusi raja-raja Melayu akan terhakis," katanya.
    -------------------------------------------------------

    BARISAN Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 yang lalu sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

    Pada PRU12 di b
    awah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi Parlimen.Pada PRU13, rakyat Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti yang menyaksikan 11,257,147 juta (84 peratus) daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Parlimen.

    Dari segi undi popular, daripada keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).

    Bagaimanapun, DAP yang berada di tempat ketiga dari segi jumlah undi telah memperoleh 38 kerusi Parlimen, iaitu jauh lebih tinggi daripada PKR.

    Berdasarkan analisis Sinar Harian mengenai keputusan pengundian PRU13, BN memperolehi undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.

    Di Kedah, Umno berjaya menguasai negeri itu dengan memperoleh undian sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus.

    Manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus. Perlis juga menjadi kubu kuat Umno kerana memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan memperolehi 64,192 undi bersamaan 55.55 peratus.

    Umno juga mendominasi Perak apabila memperolehi undi sebanyak 277,859 bersamaan 24.64 peratus mengatasi undi parti lain. Calon BN tewas di beberapa kawasan kerana bilangan pengundi kaum Cina yang ramai.

    DAP pula mendapat 261,882 undi, manakala Pas dan PKR masing mendapat 109,913 dan 244,073 undi di Perak.

    Bagaimanapun, di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar dikuasai DAP yang memenangi kesemua enam kerusi Parlimen dan memperoleh undian tertinggi berbanding parti-parti lain.

    Sebanyak 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan Pulau Pinang, hanya enam kerusi sahaja dimenangi DAP tetapi jumlah undiannya iaitu 272,664 bersamaan 37.72 peratus berbanding PKR hanya lima kerusi iaitu 177,896 bersamaan 24.61 peratus.

    Umno yang bertanding di lima kerusi di Pulau Pinang hanya memperoleh 118,613 undian bersamaan 16.41 peratus.

    Agak mengejutkan apabila analisis mendapati Umno mendominasi peratusan undian di kubu kuat Pas di Kelantan iaitu 49.8 peratus berdasarkan jumlah undian sebanyak 402,503 untuk kerusi Parlimen.

    Pas memperoleh 41.1 peratus dengan 332,407 jumlah undi. Bagaimanapun, PKR tewas di ketiga-tiga kerusi yang ditandingi dan hanya mendapat 9 peratus undian dengan 73,071 undian sahaja.

    Rekod kerusi Parlimen di Terengganu pula menunjukkan Umno mendahului dalam kutipan jumlah undian, iaitu 283,455 dengan 51.5 peratus, hasil daripada kemenangan empat daripada lapan kerusi yang ditandingi.

    Pas pula memperoleh 42.5 peratus dengan jumlah undi 233,893, manakala PKR tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di Terengganu.

    Umno turut merekodkan pencapaian tertinggi mendahului parti lain dengan 55.5 peratus atau 337,896 undi, berdasarkan kemenangan 10 kerusi yang ditandingi di Pahang.

    Ini diikuti PKR yang mencatat 17.7 peratus dan memenangi tiga daripada lima kerusi yang ditandingi, sementara Pas merekodkan peratusan 17.2 peratus (104,743 undi).

    DAP di Pahang tidak mendapat sambutan, di mana parti itu hanya memenangi satu daripada tiga kerusi Parlimen yang ditandingi dengan jumlah undi dipungut sebanyak 59,027 undi.

    Di Selangor, PKR mendominasi kerusi Parlimen apabila memenangi sembilan daripada 11 kerusi ditandingi dengan jumlah 550,950 undi. Namun, pengaruh Umno tetap tidak boleh dinafikan kerana parti itu berjaya memporehi 335,406 undi berbanding Pas (270,506) dan DAP (253,302).

    Di Wilayah Persekutuan, DAP memperlihatkan penguasaan apabila memenangi kesemua lima kerusi Parlimen ditandinginya dengan 229,337 undi. Pengaruh PR di Wilayah Persekutuan juga dibuktikan dengan jumlah undi dimenangi PKR iaitu 154,457 undi mengatasi Umno (127,771 undi) walaupun kedua-dua parti menang empat kerusi.

    Di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, pengaruh Umno ternyata masih belum boleh digugat. Jumlah kerusi dan undi yang dimenangi parti ini tetap mendahului PR dengan peratusan melebihi 40 peratus di setiap negeri.

    Sabah terus kekal menjadi negeri simpanan tetap Umno berdasarkan analisis mendapati parti itu mendominasi keseluruhan kerusi Parlimen dengan peratusan 88.2 peratus, manakala PKR hanya menang satu kerusi dengan jumlah 22,598 undi dengan peratusan 7.2 peratus manakala DAP hanya mendapat 14,226 undi atau 4.5 peratus.

    Umno tidak ada di Sarawak tetapi neheri itu kekal sebagai kubu kuat BN.

    Analisis juga mendapati jumlah undian rakyat di Sarawak terhadap DAP ialah 139,480 undi, manakala PKR memperoleh 26,909 undian hasil kemenangan satu kerusi.

    Secara keseluruhan, Umno dan BN masih lagi kekal sebagai popular hampir di kesemua negeri, kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

    Ini diikuti oleh DAP yang masih kekal mendominasi di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, manakala dominasi PKR kekal di Selangor.

    Umno kekal mendominasi di peringkat Parlimen kerana mampu untuk mendapat 3,416,310 undi dari 120 kerusi yang ditandingi dan mereka berjaya menang 88 daripadanya.

    Manakala DAP pula mendapat 1,386,404 dari 51 kerusi Parlimen yang ditandingi, jumlah ini membuktikan bahawa DAP adalah parti yang masih popular dan menjadi pilihan kepada pengundi bukan Melayu khususnya di kawasan bandar.

Tuesday, June 11, 2013

Bahaya ultra kiasu kepada negara


RIDHUAN TEE ABDULLAH
10 Jun 2013 

(K) RIDHUAN TEE ABDULLAH

Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.

Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.

Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoal siasat, mereka mengatakan ia prosedur biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain? Tiada jawapan.

Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia, tidak ketinggalan di Singapura.

Jangkaan saya selama ini benar. Apa yang saya tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura.

Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia, berhati-hatilah. Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah, rumah, air dan sebagainya atas nama persahabatan dan sangka baik. Belum tentu mereka menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.

Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara.

Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.

Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka. Paling penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang. Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.
Menang sorak kampung tergadai. Kaduk naik junjung.

Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.

Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.

Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh adalah; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak boleh disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur sindiran, hasutan dan sebagainya.

Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka. Kita terlalu memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani. Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak.

Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa cuba bertindak, maka dituduh melanggar hak asasi manusia. Kita pun mengalah. Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan. Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah. Mereka begitu berani. Kenapa? Jawapannya, mudah, kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.

Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih bahaya daripada saudara seagama.

Friday, June 7, 2013

Pemimpin dan orang Melayu yang menyokong DAP mesti baca ini!


Pemimpin dan orang Melayu yang menyokong DAP mesti baca ini!

Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia.

Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.

Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina.

Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan isu besar.

"Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia ini.

"Kalau pergi Indonesia, orang Cina kena tukar nama dan sekolah Cina tidak ada, Thailand pun sama. Di Malaysia kita boleh jadi orang Cina, pergi ke sekolah Cina dan merayakan apa-apa sahaja perayaan," katanya.

Beliau berucap dalam Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 bertajuk Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi dan Penulisan Mutakhir di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini hari ini.

Sementara itu, Kok Seong berkata, pelantikan dua anggota Kabinet, Senator Datuk Paul Low dan Datuk Mary Yap Kain Ching hanya kerana tidak fasih bahasa Mandarin tidak wajar dipertikai kerana bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.

"Masyarakat Cina cakap mereka ini tidak layak jadi pemimpin mereka, sampai tahap itu sekali. Malah, masyarakat Cina walaupun setelah 55 tahun merdeka, ada yang tidak boleh memahami bahasa Melayu.

"Apakah ceramah perlu disampaikan dalam bahasa Cina (Mandarin). Kita ada bahasa sendiri (kebangsaan). Sepatutnya perkara ini tidak timbul kerana pemimpin tidak perlu fasih dalam bahasa Cina hanya kerana hendak berkomunikasi dengan mereka," katanya.

Sementara itu, katanya, penyatuan nasional yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bertepatan dengan keadaan masa kini.

Tambah beliau, kaedah terbaik menyelesaikan masalah perpaduan itu ialah dengan mewujudkan Sekolah Wawasan.

"Sistem persekolahan sekarang telah memecah-belahkan anak-anak bangsa pada usia muda. Jadi kita kena fikirkan cara selesaikan masalah ini.


"Saya rasa Sekolah Wawasan adalah jalan terbaik. Kita bina sekolah tiga aliran ini sebelah menyebelah supaya akhirnya akan mempertingkat integrasi antara pelajar," katanya.
~

Wednesday, June 5, 2013

CAP gesa pengguna tamatkan pembaziran makanan




CAP gesa pengguna tamatkan pembaziran makanan

GEORGETOWN 4 Jun - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna agar turut serta dalam usaha menamatkan pembaziran dan pembuangan sisa makanan bagi mengurangkan kehilangan sumber, kata Presidennya S.M. Mohamed Idris.

Beliau berkata, gesaan itu sempena kempen Hari Alam Sekitar Sedunia 2013 bertema Think.Eat.Save yang menentang pembaziran dan pembuangan makanan bagi mengurangkan kehilangan sumber.

Katanya, sudah tiba masa untuk memerangi sikap negatif itu kerana mengikut kajian Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAOUN) sebanyak 1.3 bilion tan sisa makanan terhasil setiap tahun.

"Daripada kajian CAP, kebanyakan restoran di Pulau Pinang membuang antara lima hingga 10 peratus makanan yang tidak dihabiskan setiap hari dan membuang 10 peratus sisa makanan yang dipesan oleh pelanggan yang tidak berjaya dihabiskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

S.M. Mohamed berkata, berdasarkan unjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia dijangka menjana 31,500 tan sisa pepejal setiap hari dan daripada jumlah itu, 45 peratus atau 14,000 tan adalah makanan, menjadikan kira-kira lima juta tan sisa makanan bakal dilupus dalam tahun 2020.

"Oleh itu, berdasarkan statistik yang diberi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita melancarkan 'perang' terhadap pembaziran makanan kerana ia adalah salah satu cara paling mudah untuk mengelakkan sumber asli kita daripada habis untuk pengeluaran makanan," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130605/dn_15/CAP-gesa-pengguna-tamatkan-pembaziran-makanan#ixzz2VIMYRiLJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
 

Monday, June 3, 2013

Demi kelangsungan politik DAP


Mohd. Roslan 
KUALA LUMPUR 13 Mei - Tindakan provokasi DAP sehingga membangkitkan kemarahan rakyat khususnya orang Cina terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan menjamin kelangsungan politik parti itu.

Bekas Felo Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, DAP menyedari suara mereka tidak relevan dalam keadaan negara yang stabil serta perpaduan kaum terjalin kukuh.

Sehubungan itu, katanya, DAP perlu memperguna elemen huru-hara dan membangkitkan isu berkaitan perkauman sebagai senjata untuk terus kekal dalam kancah politik negara.

"Jadi, tidak hairanlah jika DAP bersungguh-sungguh mengheret rakyat terutamanya kaum Cina berdemonstrasi meskipun tindakan itu tidak bertanggungjawab dan antinasionalis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan DAP yang secara berterusan menimbulkan provokasi baik di dalam dan luar negara bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) seolah-olah sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Cina terhadap kerajaan dan SPR.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Zaki Hassan mendesak DAP berhenti menghasut rakyat menentang kerajaan menerusi demonstrasi.

Pembangkang Perlu Betulkan Persepsi Negatif Yang Mereka Cipta








KUALA LUMPUR - Parti pembangkang perlu membetulkan
persepsi negatif yang telah disebarkan mereka di kalangan rakyat bagi
mengelakkan polarisasi antara kaum di negara ini bertambah buruk.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar
berkata cabaran besar dihadapi gabungan parti pembangkang adalah "keikhlasan
mereka dalam membendung sentimen-sentimen politik tertentu yang akan
memudaratkan negara sekiranya tindakan tidak diambil dari sekarang."
"Polarisasi kaum yang diiringi oleh ketegangan kaum mengundang pada
ketidakstabilan politik yang akan menjejaskan persekitaran ekonomi," katanya
dalam satu kenyataan Bertajuk "mengambil ikhtibar daripada Pilihan Raya
Umum ke 13 (PRU13)" di sini pada Isnin.
Chandra mendakwa DAP, sejak ditubuhkan pada 1966, "mengeksploitasi sentimen
marah dan kecewa di kalangan sebahagian besar daripada kaum Cina dan sebahagian
daripada kaum India yang berhubungkait dengan kedudukan istimewa bangsa Melayu
dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia dan Dasar
Ekonomi Baru (DEB)." 
Gambaran yang diberikan oleh DAP kepada bukan Melayu dan bukan Bumiputera
adalah bahawa kerajaan menganugerahkan segala-galanya kepada Melayu dan
Bumiputera, manakala bukan Melayu dan bukan Bumiputera dianaktirikan dan
dilayani sebagai 'warga kelas dua', katanya.
Chandra berkata keadaan sebenar ekonomi, budaya dan politik masyarakat
negara ini jauh berbeza daripada persepsi yang dibentuk oleh DAP, iaitu kaum
Cina yang paling kukuh kedudukannya di peringkat atasan dan pertengahan hierarki
ekonomi negara.
Selain itu pengalaman budaya dan bahasa Cina yang disokong oleh sistem
pendidikan Cina amat berleluasa di negara ini, dan ini merupakan satu fenomena
yang tidak wujud di mana-mana negara di luar China dan Taiwan, katanya.
"Begitu juga dengan penglibatan kaum Cina dalam politik negara," katanya dan
menambah, walaupun dalam pelaksanaan kedudukan istimewa dan DEB, adakala bukan
Melayu dan bukan Bumiputera yang layak gagal mendapat tempat di universiti atau
biasiswa ataupun kontrak dan lesen perniagaan, tetapi kes-kes khusus ini tidak
boleh dijadikan asas untuk membuat kesimpulan palsu bahawa kaum Cina pada
keseluruhannya dianaiya.
Beliau berkata kesimpulan palsu inilah yang mengghairahkan hampir
keseluruhan kaum Cina untuk mengakhiri apa yang disifatkan mereka sebagai
dominasi Melayu atau Umno dan mencapai kesamaan dalam PRU13.
Chandra berkata berikutan kegagalan pembangkang mengubah kerajaan pada
PRU13, DAP dan kaum Cina harus merenungkan secara mendalam tentang kedudukan
mereka, sejarah dan konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini, serta masa
depan hubungan kaum di negara ini.
"Secara ikhlas, cuba memahami realiti ekonomi, budaya dan politik masyarakat
kita dan bertindak dengan seimbang berdasarkan realiti ini. Ini adalah
tanggungjawab besar pemimpin-pemimpin besar DAP, malah cendekiawan Cina amnya,"
katanya.
Chandra berkata bagi PAS pula, parti itu harus membetulkan persepsi yang
disebar oleh parti itu di kalangan golongan muda Islam bahawa pendekatan kepada
Islam adalah Islam yang tulen yang merupakan mujarab kepada segala cabaran yang
hadapi di negara ini.
"Pendekatan PAS yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan beberapa
negara-negara yang mengisytiharkan diri sebagai "negara Islam" serta
pergerakan-pergerakan Islam di tempat-tempat lain, dipersoalkan oleh
pemikir-pemikir Islam kerana lebih mementingkan kulit daripada isi agama,"
katanya.
Beliau berkata itulah sebabnya negara-negara tersebut gagal memberi makna
yang konkrit kepada keadilan sosial dan kemuliaan insan, termasuk kemuliaan
kepada kaum wanita.
PAS perlu menyelami persoalan yang masih mencetuskan perbahasan tentang
peranan sebuah parti Islam dalam masyarkat berbilang kaum yang berfungsi dalam
persekitaran politik abad ke-21.
Menyentuh mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau mendakwa parti itu
"dibawa arus sentimen yang dangkal yang berkisar pada ketaksuban terhadap
seorang individu.
"Sudah tentu ketaksuban sedemikian rupa bertentangan sama sekali dengan
suasana abad ke-21. Ahli-ahli PKR harus membebaskan diri mereka dengan belenggu
jumud ini, "katanya
Chandra turut mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang sehingga kini masih gagal mengemukakan bukti dakwaan penipuan yang
dilakukan kerajaan ketika PRU13 baru-baru ini.
Setiap tuduhan liar pembangkang seperti 40,000 rakyat Bangladesh yang
diterbangkan sebagai pengundi hantu dan peristiwa 'black out' (gangguan bekalan
elektrik) di Bentong hingga kini gagal dibuktikan, sebaliknya terus mengadakan
siri perhimpunan sebagai tanda menolak keputusan PRU13, katanya.
Katanya tuduhan dan dakwaan Anwar ternyata tiada asas kerana keputusan PRU13
ternyata adil, apabila pembangkang berjaya menambah bilangan kerusi sehingga 89
kerusi Parlimen, yang terbanyak dalam sejarah politik negara serta mengekalkan
kuasa di tiga negeri dengan majoriti yang besar.
"Jika ada bukti penipuan telah berlaku di mana-mana kawasan pilihan raya,
SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan pakar undang-undang telah berulang kali
menekankan bahawa pembangkang boleh mengemukakan petisyen di mahkamah".
Beliau mendakwa protes yang diadakan merupakan agenda Anwar untuk mencapai
cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri dan akan menjejas kredibiliti
kerajaan Barisan Nasional (BN), tidak akan mencapai matlamatnya kerana majoriti
rakyat negara ini tahu keputusan PRU13 adalah adil dan mencerminkan realiti
sentimen dan kecenderungan politik kini.
Beliau turut memuji pendekatan kerajaan BN dalam mengawal siri perhimpunan
oleh pembangkang dengan mengelak kekerasan, sebaliknya hanya mendakwa beberapa
aktivis kerana melanggar undang-undang tertentu.
Chandra juga menasihatkan BN supaya perlu memberi fokus kepada
cabaran-cabaran yang masih belum diatasi seperti peningkatan kos hidup yang
memberi
impak kepada golongan kurang berada terutamanya di kawasan bandar, pengawalan
terhadap harga barangan, perumahan mampu milik serta penyediaan pengangkutan
awam yang cekap dan menyeluruh dan struktur gaji yang adil.
Katanya selain itu kerajaan juga perlu mengadakan larangan terhadap
sanak-saudara anggota Kabinet dan Exco negeri atau pegawai tinggi perkhidmatan
awam daripada membida kontrak atau projek kerajaan semasa mereka memegang

Belum Sampai Masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk Menjadi Sebuah Parti terbuka


 







YOGYAKARTA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas perdana menteri itu berkata pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.

Beliau berada di sini kerana memberi syarahan umum mengenai "Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik" sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).

Dr Mahathir berkata BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.

Beliau ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Dr Mahathir berkata BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Mengenai prestasi UMNO pada PRU13, Dr Mahathir berkata walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr Mahathir.

 http://mysuara.net/index.php/suara-variasi/warisan/1178-belum-sampai-masa-bn-jadi-parti-tunggal-tun-m

Saturday, June 1, 2013

Dongeng Demokrasi , Pembangkang dan Candu-candunya

 
 
 
DONGENG DEMOKRASI, PEMBANGKANG DAN CANDU-CANDUNYA.
Oleh: AZMAN HUSSIN

POLITIK demokrasi adalah berkenaan perebutan kekuasaan untuk memerintah negara.
Apa yang masyarakat awam nampak hanyalah perkara-perkara luaran seperti ketidakadilan pemerintah, kenaikan harga-harga barangan keperluan, tol, rasuah pemerintah, kekayaan melampau pemerintah dan suku-sakat mereka, yang telah menjadi modal politik yang disebar dan diulang-ulang oleh pihak parti pembangkang.

Tamadun manusia sebenarnya digerakkan motif ekonomi, perebutan hasil kekayaan, dan semua itu hanya boleh dicapai dengan memegang kekuasaan negara, dan dengan menjadikan isu-isu kepentingan rakyat sebagai modal terbesar, agar rakyat menyokong dan mengangkat mereka ke puncak kekuasaan.

Hakikatnya isu-isu agama, sosial, keadilan, dan sebagainya hanyalah alat penarik sokongan daripada rakyat. Isu-isu ini hanya menjadi candu mengkhayalkan dan bahan hiburan kepada rakyat kebanyakan yang tertekan dalam dunia moden yang kompleks, yang tidak memahami isu dan keadaan sebenar yang mereka hadapi. Mereka hanya dieksploitasi untuk memuaskan nafsu besar sekelompok manusia.

Negara yang maju seperti Amerika Syarikat, yang menjadi pusat pemerintahan dan kiblat dunia moden, juga dikuasai secara belakang tabir oleh sekumpulan manusia yang sangat kaya-raya. Merekalah yang memainkan peranan penting menggerakkan jentera kempen politik, memberikan dana kewangan, publisiti media, dan pelbagai sokongan lain lagi. Mereka adalah pelabur dan kapitalis besar yang akan segera meraih keuntungan jika pihak yang bersekongkol menerima bantuan mereka menguasai pentadbiran sesebuah kerajaan.

Politikus-politikus yang berkuasa ini hanya akan lebih menjaga dan memenangkan para pelabur mereka ini, bukannya rakyat terbanyak jika mereka memerintah. Mereka akan menegakkan dasar-dasar yang memberi keuntungan lebih kepada pelabur-pelabur politik ini. Kepentingan-kepentingan rakyat hanya dilakukan untuk mengaburi mata rakyat dan untuk terus mengekalkan kekuasaan mereka.

Adakah keadaan yang sama juga sedang terjadi di Malaysia?

Politik adalah perniagaan yang besar. Politikuslah yang menentukan dasar-dasar ekonomi negara, sama ada ia akan merugikan ahli perniagaan tertentu atau sebaliknya. Politikus boleh bila-bila masa meranapkan atau membesarkan empayar perniagaan seseorang dengan menukar dasar-dasar tertentu berkaitan perniagaan.

Perlu difahami, jika anda memiliki wang yang bertrilion sekalipun, anda tidak dapat membeli sesebuah bank atau entiti perniagaan tertentu misalnya, kerana ia tertakluk di bawah undang-undang atau akta sesebuah negara itu. Itulah yang perlu dirombak. Dan untuk mengubah perkara ini, gergasi-gergasi kapitalis ini akan berusaha membeli politikus-politikus penggubal dasar negara.

Dan dalam dunia hari ini, tiada politikus yang akan berjaya ke takhta kekuasaan tanpa sokongan dan dana kewangan. Di situlah bermulanya urusniaga mereka.

Dunia ini telah disempitkan dengan idea globalisasi yang dibawa oleh pihak Barat sebagai peneraju (sebenarnya sekelompok manusia yang menguasai tamadun Barat) untuk memudahkan usaha-usaha mereka mengawal dan mengatur sistem dunia ini. Kerana itulah pemikir-pemikir mereka seperti Thomas L. Friedman menulis buku-buku berkenaan globalisasi, konsep dunia sama rata, idea-idea liberal, demokrasi, pluralisme, dan sebagainya untuk membesarkan empayar perniagaan sekelompok manusia tadi. Banyak buku beliau seperti The Lexus and the Olive Tree, The World is Flat atau Hot, Flat and Crowded membawakan idea-idea ini. Hal ini sangat kompleks untuk dijelaskan secara terperinci.

Barangkali perkara ini boleh difahami melalui analogi seperti di bawah:
Katakanlah sekumpulan gergasi korporat telah menguasai pentadbiran Amerika yang mengetuai negara-negara kuasa besar dunia.

Dengan pengaruh kewangan, ketenteraan, media dan sebagainya, mereka mahu meluaskan kekuasaan ekonomi mereka ke seluruh dunia. Di negara-negara yang ditadbir diktator, yang menutup pintu dan tidak mesra perniagaan dengan mereka, mereka menggalakkan revolusi dengan membekalkan senjata api dan bom kepada para pemberontak untuk menumbangkan kerajaan sedia ada seperti Libya, Mesir atau Tunisia.

Ini dilakukan untuk meletakkan boneka mereka sebagai pemerintah. Negara-negara yang menutup pintu seperti Afghanistan akan dibom, dan mereka mencipta pelbagai alasan melalui media mereka untuk menutup kekejaman mereka itu di mata masyarakat dunia.

Lihatlah apa yang telah terjadi kepada negara tersebut sesudah dijatuhkan. Gergasi-gergasi korporat telah berlumba-lumba memasuki negara tersebut. Pawagam, rumah pelacuran, butik pakaian moden, dan syarikat gergasi seperti Coca-cola misalnya, mulai tumbuh.

Sementara itu di negara-negara lain, yang menjalin hubungan perniagaan dengan mereka, mereka menyuburkan amalan demokrasi. Demokrasi menjadikan rakyat berpecah-belah dan kerajaan akan sentiasa berada di dalam keadaan tidak stabil. Jika dilihat kepada yayasan dan pertubuhan-pertubuhan yang kononnya bebas, yang memperjuang dan mempromosikan masyarakat terbuka, demokrasi, kebebasan media, sekelompok orang inilah yang menyalurkan dana kewangan yang sangat banyak. Mengapakah mereka begitu bermurah hati dalam hal ini?

Di negara-negara yang mengamalkan demokrasi ini, mereka menaja tokoh-tokoh parti pembangkang secara tidak langsung untuk menggugat dan melemahkan kerajaan. Mereka menganjurkan kebebasan media untuk menghuru-harakan masyarakat. Rakyat akan bebas bersuara dan mengkritik kerajaan. Apabila sesebuah kerajaan itu lemah, sibuk menghadapi penentangan dalaman setiap masa, hampir kehabisan dana untuk kegiatan politik, mereka akan datang mengambil peluang dengan menawarkan pinjaman wang misalnya.

Sekalipun kerajaan tidak meminjam pada masa itu, lambat-laun kerajaan tersebut akan kehabisan wang untuk menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat dalam manifesto PRU mereka. Jika tidak ditunaikan janji-janji yang terpaksa dibuat untuk menyaingi janji-janji parti pembangkang, kerajaan tersebut mungkin akan tumbang pada PRU ke seterusnya ataupun lebih cepat melalui revolusi berdarah.

Pembangkang akan diberikan sokongan wang dan sebagainya. Dengan tuduhan-tuduhan oleh pembangkang yang kebanyakannya benar seperti korupsi, penyalahgunaan kuasa, kekayaan dan kemewahan melampau pemerintah, rakyat akan terhasut untuk bangun melawan, apatah lagi jika hal ini diulang-ulang. Rakyat akan buta hati melihat penyelewengan kerajaan yang dibesar-besarkan ini sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka berjuang untuk sekelompok orang tadi.

Sebaliknya pula, parti pembangkang akan menjanjikan apa sahaja yang kelihatan lebih baik untuk rakyat dalam manifesto mereka. Misalnya menghapuskan tol, penurunan harga petrol, harga kereta, pendidikan percuma dan sebagainya. Mereka menggunakan pelbagai hujah yang mudah dan kelihatan logik untuk diterima rakyat kebanyakan. Rakyat yang tidak memahami bagaimana situasi yang berlaku di dalam negara, misalnya kenaikan harga petrol, berkait rapat dengan dunia luar, akan terpedaya. Rakyat kebanyakan akan mudah terkesan dan emosional.

Hal-hal ini mudah menawan minda rakyat kebanyakan yang tidak faham dan hanya memikirkan periuk nasi mereka. Untuk meredakan kebangkitan rakyat tersebut, pemerintah akan terpaksa menghabiskan banyak wang, misalnya membahagikan wang segera kepada rakyat. Kerajaan tidak lagi berfikir untuk kebaikan dan masa depan rakyat, tetapi terpaksa menuruti kehendak rakyat yang telah dihasut pembangkang. Negara akan terletak dalam keadaan tidak berduit dan mahu tidak mahu mereka terpaksa meminjam wang suatu masa nanti dengan kadar faedah yang tidak mungkin kerajaan tersebut berjaya melunaskan semua hutang tersebut sehingga negara tersebut akan tergadai.

Dalam keadaan ini, kerajaan akan terdesak dan diperas ugut untuk menandatangani perjanjian-perjanjian perdagangan bebas dan sebagainya, yang akan menyebabkan sekelompok gergasi korporat tadi dapat berleluasa memasuki negara tersebut untuk meluaskan empayar perniagaan mereka setelah tembok-tembok penghalang runtuh. Padang permainan telah menjadi rata.

Sama ada kerajaan bertukar atau tidak, kedua-dua keadaan ini hanya menguntungkan mereka.

Kerana sekelompok manusia ini memilik wang yang sangat banyak, seolah-olah mereka adalah mesin pencetak wang, mereka dapat membeli apa sahaja entiti perniagaan, melabur di mana saja jika perdagangan telah bebas sepenuhnya, maka rakyat sesebuah negara itu akan beralih tuan daripada kerajaan sedia ada kepada bertuankan sekelompok gergasi korporat tersebut tadi. Politikus-politikus hanya akan menjadi pentadbir dan penjaga amanah kepada sekelompok manusia tadi. Hal ini seperti pepatah Melayu, keluar dari mulut harimau akan masuk ke mulut buaya.

Seperti simbol mata satu Dajjal, semua perusahaan, bank, dan sebagainya di seluruh dunia, akan bergerak ke arah pergabungan menjadi satu, iaitu di bawah penguasaan oleh sekelompok manusia yang sangat kaya dan berpengaruh tadi. Mereka akan menguasai dunia ini dan menggubal undang-undang dunia untuk menjaga kepentingan mereka, dan memperhamba seluruh manusia.

Saturday, May 11, 2013

Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno


JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.


kredit to : http://celahgelegar.blogspot.com/2012/08/hudud-boleh-dilaksana-jika-pas-sertai.html

DAP Di Persalahkan Oleh Akhbar Cina

 

 

DAP Di Persalahkan Oleh Akhbar Cina


PRU-13 memperlihatkan kesumat kaum Cina yang tidak pernah padam kerana terpaksa menerima pemerintahan kerajaan Melayu.   Jelas, mereka berada di sini bukan atas kehendak mereka tetapi ‘terpaksa’ kerana nenek moyang mereka telah mengambil keputusan untuk terus tinggal di negara bertuah ini.   Semua orang sedia maklum bahawa kaum Cina secara azalinya adalah kaum yang mempunyai sifat perkauman tegar selain kiasu atau chauvinis iaitu tidak mungkin mengaku salah, atau mengaku kalah.
Di sinilah letaknya perbezaan antara sifat nasionalis dengan sifat assobiyah iaitu dalam mengakui kesalahan yang dilakukan oleh pihaknya.  
Seorang nasionalis akan mempertahan dan membela kaumnya tetapi tetap bersikap adil dan tidak menindas atau membenci kaum lain.  Tetapi, seorang yang mepunyai sifat assobiyah atau perkauman akan mendiamkan kesalahan rakan-rakan sendiri serta membenci sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan mereka.
Secara dasarnya, tiada siapa dapat menafikan yang kaum Cina merupakan kaum yang paling berjaya di Malaysia.  Oleh itu, laungan bahawa mereka tertindas dan kerajaan Melayu rasis, dengan sendirinya tidak masuk akal.  Bagaimana mereka boleh menyatakan diri mereka tertindas jika di masa yang sama mendabik dada bongkak sebagai kaum yang paling kaya?  Adakah orang kaya, mewah malah mampu mengugut dan menekan orang lain, dikatakan sebagai golongan yang tertindas?
Justeru, perjuangan kaum Cina untuk ‘keluar dari penindasan’ melalui PR merupakan satu penipuan terhadap semua termasuk diri sendiri.  
Idea’ bahawa mereka ditindas dicetuskan oleh puak-puak ekstremis Cina seperti Dong Zong dan juga DAP.  Kedua-dua pihak ini tidak boleh menafikannya kerana ia sudah jelas terbukti dari ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan mereka di mana-mana yang sering menuduh ‘kaum Cina dianaktirikan’ kerajaan. 
Idea ini kemudian disebar dan disemarakkan oleh akhbar-akhbar Cina. Melalui sekolah-sekolah vernakular, kaum ini kini berjaya membentuk generasi yang berpegang kuat kepada ‘idea’ ini.   Oleh itu, generasi inilah yang kita lihat memegang bendera Malaysia secara terbalik dan yang berhimpun di Stadium Kelana Jaya malam semalam.  
Nampaknya, apa yang kaum Cina inginkan iaitu menunjuk kekuatan dan memberi tekanan kepada kerajaan melalui PRU-13 telah pun berjaya.  Harapan mereka, ia akan menakutkan kerajaan dan orang Melayu serta semua pihak akan semakin menghormati mereka.  Harapan mereka juga agar kerajaan akan semakin tunduk kepada mereka.
  
Namun, sepertimana Lim Kit Siang tersilap hitung akan tindak-balas kaum Melayu dalam Tragedi 13 Mei, begitu jugalah dalam PRU-13 ini.  Kaum Melayu tidak tunduk, tetapi kembali bangkit mencabar mereka.  Kit Siang gagal mengingatkan kaumnya bahawa sabar Melayu ada hadnya, baik Melayu juga ada hadnya walaupun secara luaran, ia kelihatan seperti tidak terhad.
Kaum Cina adalah minoriti, itu hakikat yang tidak boleh dinafi.  
Sebagai pendokong demokrasi, seperti yang dilaungkan, maka kaum Cina wajib menerima hakikat bahawa suara majoriti adalah lebih utama dari suara mereka.

 Oleh itu, mereka seharusnya bersyukur kerana walaupun hanya minoriti, suara kaum mereka cukup luas, malah terlalu luas sehingga tidak terkawal.
Bagaimanapun, dengan penolakan padu dari kaum mereka terhadap kerajaan dalam PRU ini, iaitu sehingga 97%, ia sebenarnya hanya melemahkan lagi kaum Cina, dan bukannya menguatkan lagi suara mereka.
Namun, mereka bernasib baik kerana sifat Melayu itu bukanlah kejam dan bukanlah bodoh seperti kaum Cina yang berpegang kepada sifat perkauman membuta tuli.  Menafikan terus suara kaum Cina hanya mengundang bencana, tetapi dalam pada itu, kita tidak boleh menafikan bahawa suara mereka kini hanya tinggal 3% sahaja.
   
Apa yang kerajaan amat terkilan dengan keputusan PRU kali ialah hakikat bahawa kaum Cina tidak pernah setia kepada negara ini.  Mereka juga tidak pernah ikhlas kepada Barisan Nasional.  Semua yang mereka lakukan, kebaikan yang  mereka tunjukkan hanyalah untuk kepentingan diri.  Mereka menipu, memanipulasi serta menikam belakang kerajaan yang begitu banyak bertolak ansur dan mengalah dengan mereka selama ini.  Mereka tidak langsung berkongsi aspirasi muhibbah, 1Malaysia, dengan sebenar-benarnya walaupun sering memaksa orang lain berbuat demikian.  
Malangnya, sehingga ke hari ini juga, kaum Cina masih lagi tidak melihat masalah ini sebagai masalah ‘keikhlasan’ dan ‘pengkhianatan’ mereka kepada BN, kerajaan atau negara.  Oleh itu, masih ada suara-suara Cina yang menyuruh kerajaan terus mengalah dan mendengar kata mereka konon untuk mendapatkan kembali sokongan mereka.
Masalahnya, mereka sudah menerima lebih dari sepatutnya yang diterima oleh minoriti negara lain.  Dan kerajaan tidak boleh terus menerus tunduk semata-mata untuk menjaga sensitiviti mereka.  

Selama ini, akhbar Utusan Melayu sering diserang sebagai rasis.  UMNO dituduh rasis.  Perkasa dicop sebagai rasis.  Semuanya hanya kerana sering mengingatkan mereka bahawa mereka sudah cukup segala-galanya.  
Yang rasis adalah mereka yang berdegil ingin memisahkan dan melebarkan jurang antara kaum melalui sekolah vernakular, UEC dan macam-macam lagi.  Dan mereka itu tidak lain tidak bukan adalah akhbar-akhbar Cina, Dong Zong dan juga DAP.  
Kini, setelah menyedari bahawa ‘tsunami’ PRU-13 mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan Melayu, malah melemahkan lagi suara kaum Cina, maka mereka mula berpandang-pandang sesama sendiri dan tertanya-tanya,  “apa seterusnya?”
Maka, semalam, akhbar-akhbar Cina pun menyalahkan DAP atas apa yang berlaku.  Mereka menyindir bahawa roket kini terhempas kerana DAP terlalu bermain dengan emosi.  Akhbar-akhbar Cina seolah-olah ingin menepis kemarahan Dato’ Seri Najib atas tindakan mereka yang sering mengapi-apikan perkauman tetapi di masa yang sama menyalahkan Utusan.  
Pesan kita, tidak perlulah akhbar Cina menyalahkan DAP atau sesiapa kerana kita cukup tahu bahawa akhbar Cina, DAP mahupun Dong Zong dan juga sebahagian besar MCA dan Gerakan bergerak sebagai satu entiti iaitu; ‘Cina’.
  
Kaum ini tidak mungkin menjadi nasionalis dan tidak mungkin dapat mengubah pemikiran mereka selagi mereka dididik dan dipupuk di rumah dan di sekolah-sekolah vernakular serta disogok pula oleh media-media mereka dengan sentimen dan aspirasi keCinaan.  Justeru, apa jua yang mereka lakukan dan fikirkan adalah atas dasar kepentingan kaum mereka semata-mata, bukan negara dan tentu sekali tidak melibatkan masyarakat dari kaum lain.  
Dan inilah hakikat yang kerajaan perlu pegang kuat-kuat sebelum menggariskan hala tuju pemerintahan negara pasca PRU-13. 
~http://malaydelima.blogspot.com/2013/05/hala-tuju-kaum-cina-pasca-pru-13-akhbar.html

Friday, May 10, 2013

Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar

 

 

Dr Sidek Baba : Tiga Sebab Tinggalkan Anwar




20130403-060814.jpg


KUALA LUMPUR 27 Mac – Tiga tahun lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengejutkan banyak pihak selepas bertindak meninggalkan Ketua Pembangkang itu meskipun lebih 30 tahun bersahabat.

Namun, punca sebenar mengapa beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak banyak didedah kepada pihak luar.

Malah, media sendiri jarang berpeluang menemu bual Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu yang bertanggungjawab membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Anwar.

Walau bagaimanapun, hari ini, Sidek akhirnya mendedahkan, masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti antara tiga punca utama beliau bertindak meninggalkan Anwar.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup,” katanya.

Sidek berkata demikian ketika ditanya punca sebenar beliau meninggalkan Anwar dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Selain Sidek, wacana itu turut menampilkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dan penganalisis politik, Yahya Ismail sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Rahmat Ghazali selaku moderator.

Yang turut hadir, Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri Datuk FD Mansor serta Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan selaku penulis buku Cuit: Dilema Melayu Moden.
Kira-kira 1,000 kakitangan Mara hadir di majlis itu.
Dalam pada itu, Sidek menjelaskan, beliau juga kecewa selepas Anwar yang sebelum ini disanjung sebagai pejuang Islam ketika bersama ABIM kini berubah menjadi pendokong pemikiran liberal serta pluralisme agama.

“Anwar tidak boleh menafikan perkara ini kerana beliau sendiri menuturkan mengenai pluralisme agama ketika berucap di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010. Ini bukti nyata yang tidak boleh disangkal,” katanya.

Menurut Sidek, beliau juga meninggalkan Anwar disebabkan hubungan terlalu rapat Ketua Pembangkang itu dengan para pelobi Yahudi yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara – Utusan

Kredit To : http://www.pisau.net/dr-sidek-baba-tiga-sebab-tinggalkan-anwar/

Thursday, May 9, 2013

Anwar yang mulakan api perkauman - Ezam

 

 

Anwar yang mulakan api perkauman - Ezam

KUALA LUMPUR 9 Mei - Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor menyifatkan api perkauman yang melanda negara hari ini berpunca daripada permainan politik terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda PKR dahulu, Anwar pernah mengarahkannya supaya menarik undi masyarakat Cina semaksimum mungkin kerana menyedari tidak mampu mendapatkan sokongan penuh orang Melayu.

Tambah Ezam, beliau diminta memberi harapan palsu kepada pengundi Cina serta menyelar dasar-dasar yang pro-Melayu.

Berikut kenyataan penuh Ezam:

1. Api perkauman yang melanda negara hari ini bermula daripada permainan politik terdesak Anwar yang bermain politik melampaui batas.

2. Saya pernah ingatkan rakyat tentang hal ini semasa menyatakan sebab-sebab utama saya tinggalkan Anwar hampir 10 tahun lalu.

3. Saya telah nyatakan bagaimana Anwar meminta saya sebagai Ketua Pemuda PKR pada masa itu untuk tumpu tarik undi Cina secara maksimum kerana sedar beliau tidak akan mampu mendapat sokongan maksimum orang Melayu kerana masalah moral yang melandanya.

4. Untuk mendapat undi maksimum Cina, saya diminta memberi harapan palsu kepada mereka dan menyelar dasar-dasar pro-Melayu.

5. Saya tidak sanggup melakukan perbuatan yang jelas hanya satu taktik politik kotor untuk menarik undi maksimum satu kaum dengan menghina bangsa saya sendiri.

6. Anwar meneruskan taktik politik jahat ini dan selepas hampir 10 tahun, hari ini kita saksikan sikap perkauman negatif yang melanda negara hasil taktik jahat dan adu domba Anwar.

7. Saya ingin sekali lagi mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya sedar bahaya ini timbul kerana ada pemimpin seperti Anwar yang rakus dan kemaruk untuk menjadi perdana menteri dengan apa cara sekalipun termasuk menghina dasar bangsa sendiri untuk mendapatkan undi maksimum bangsa lain.

8. Kerana nafsu serakah inilah negara hari ini menanggung bahana api perkauman yang sengaja dirancang untuk hanya mencapai kegilaan menjadi perdana menteri.

9. Manusia ini jugalah yang menjual akidah dengan fahaman pluralisme dan liberalisme beliau serta sikap pro-murtad bersama anaknya, malah dia juga dalang menggadai kalimah Allah.

10. Sekiranya kita memahami permainan kotornya ini, wajib kita memeranginya atas nama agama, bangsa dan negara. Anwar adalah punca keruntuhan tamadun negara ini dengan politik melampaui batas yang diamalkan.

11. Bagi orang Cina saya menasihatkan bahawa Anwar tidak jujur dalam memperjuangkan hak mereka. Ia hanya untuk mendapatkan undi maksimum Cina bagi mengimbangi Melayu yang tidak boleh menerima seorang Perdana Menteri yang berkelakuan songsang.

12. Lihatlah rekod Anwar semasa berkuasa dahulu. Apakah dia membela hak-hak Cina? Jangan jadi mangsa manusia pembohong dan rakus kuasa ini.
- UTUSAN ONLINE

Wednesday, May 8, 2013

Nasihat Harussani

.
Ulasan Mufti Perak - Menjadi pengajaran kepada kita semua...

Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.
“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.

“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “
“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam
”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.
“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt.. Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .”

“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.

“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”
“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.
“Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.
“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.
“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:
“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?
“Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.

Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah. “

Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.
Ulasan Mufti Perak - Menjadi pengajaran kepada kita semua...

Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.

Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.

Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”

Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.

“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.


“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.

“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “
“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.

Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”

“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam
”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.

“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.
“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt.. Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .”

“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.

“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.

“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”
“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.


“Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.

“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.
“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .”

Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”

“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .

Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.

“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.
“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .

“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:
“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?


“Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.

Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah. “

Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.



~Azhar Apendi Muhamad's