Showing posts with label Sambutan Maulid. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Maulid. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Maulid: Antara Sejarah Dan Amalan


MAULID: ANTARA SEJARAH DAN AMALAN


Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Sementara hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.

Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.

Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Sesetengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.





Pentingnya Maulid


Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.

Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.

Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan.

Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan.

Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?

Gambar: Gambaran kelahiran Jesus dalam kalangan Kristian
Maulid Dan Politik
Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya.

Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukannya reka fikir politik itu yang diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.

Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri.

 Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar dan wajib. Dalam masa yang sama, kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.








Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).
Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).
Sirah Perlu Sahih
Perlu diingat, antara keistimewaan sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. 

 Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka. Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:
“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).

Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang boleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut

. Antaranya, beliau menyebut: “Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”.  

Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:
“Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).
Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?

~ January 24, 2013
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

  http://drmaza.com/home/?p=2289

MAULID NABI : SATU PENCERAHAN DISISI SUNNAH NABI MUHAMMAD SALLALLAHU`ALAIHIWASALLAM


Oleh : Abu Ayyub Muhammad Fashan b. Ahmad Ziadi

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد:

Antara yang menjadi kebiasaan kaum muslimin hari ini, terutamanya di nusantara apabila tiba tanggal 12 Rabiul Awal mereka mengadakan maulidul Rasul sebagai hari memperingati junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu `Alaihi Wa Sallam. Pelbagai aturcara, program, majlis diatur di masjid-masjid, surau, dan tidak terlepas juga badan-badan kerajaan dan sebagainya. Hal ini telah menjadi tradisi dan amalan turun-temurun masyarakat Melayu Islam di Malaysia dan beberapa negara lain.

Pelbagai aturcara seperti majlis sambutan, marhaban dan berzanji, nasyid, upacara perarakan, poster, sepanduk dan sebagainya diadakan. Kalau ditanya kepada mereka yang menganjurkan program seperti itu, “Mengapa menyambut maulid Nabi?” Jelas mereka menjawab kerana hari ini hari lahir Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam  kita kena sambut untuk memperingati Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dan itulah tanda kita menyayangi dan mencintai Nabi Muhammad Sallallahu `Alaihi Wa Sallam.

Tanda Cinta Itu Ikut

Persoalan yang hendak dibangkitkan disini adakah cinta Nabi itu bermusim?,adakah hanya menyambut dan memperingati hari kelahiran Nabi itu dianggap sudah cukup melambangkan kecintaan kita terhadap Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam?. Persoalan ini jika tak dapat dijawab oleh kita bermakna kita selama ini tidak memahami konsep akidah yang dibawa oleh Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam ataupun kita ini buta terhadap perjuangan Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam.

Maksud firman Allah subhanahu wata’ala:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad) “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Ali Imran 3:31)

Berkata Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya:

“Ayat ini menjadi pemutus kepada sesiapa sahaja yang mendakwa mencintai Allah, sedangkan dia tidak berada(mengikuti) syariat Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam maka sesungguhnya dia melakukan pendustaan terhadap dakwaannya sehinggalah dia mengikuti syariat yang dibawa oleh Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam dalam semua aspek sama ada perkataan dan perbuatannya” (Tafsir al-Quran al-`Azhim, Ibn Kathir :2/32)

Cinta Nabi bukanlah perkara yang boleh diangan-angankan tanpa disertai dengan pembuktian. Setiap perkara yang diakui oleh lisan perlu disertai dengan pengakuan hati, amalan perbuatan dan tingkah laku. Allah menyebutkan di dalam firmanNya di atas jika kita mencintai-Nya dan RasulNya maka perlulah mengikut apa yang dibawa oleh RasulNya.

Allah berfirman:

وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka hendaklah kamu ambil akan dia,dan apa yang ditegah kepada kamu daripadanya maka hendaklah kamu tinggalkan. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (Al Hasyr 59:7)

Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan perkara ini. Cukup penulis bawakan dua ayat di atas untuk kita renungi bersama.

Dari Mana Asal Usul Maulid Dan Siapa Yang Mula-mula Mengadakannya?

Menurut Muhammad al-Sayim maulid-maulid ialah perkumpulan yang diadakan untuk memuliakan orang-orang terdahulu dari kalangan nabi-nabi dan wali-wali. Asalnya ialah diperingati masa kelahiran seseorang nabi ataupun wali, sebagaimana diadakan untuk Sayid Ahmad al-Badwi dan dikatakan orang yang mula-mula mengadakannya di Kaherah (Mesir) pada era kerajaan (Syiah) Fatimiyyun dalam kurun ke-4. Para khalifah ketika itu dan para ulamanya mengadakan sambutan maulid seperti maulid Nabi, maulid Ali radiyallahu anhu, maulid Fatimah radiyallahu anha, maulid al-Hasan radiyallahu anhu,dan al Husin radiyallahu anhu serta maulid pemerintah-pemerintah. (Sumber: Muhammad al Sayim, Rumah yang disukai oleh Malaikat. Bab rumah-rumah yang menolak segala bid`ah. Terjemahan Syed Zain b.Husin al-Habsyi. Terbitan pustaka Azhar.hlm 172)

Justeru upacara sambutan maulid yang diadakan di masjid dengan mengadakan upacara zikir-zikir yang tidak warid dari Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam berzanji dan marhaban selain tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan para salaf al soleh sedangkan amalan para sahabat lebih dekat dengan Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam dan mereka diakui oleh Allah dan rasulNya.

Sebahagian kita baik alim ulama dan penuntut ilmu dengan mudah berpendapat dalam masalah agama hanya menggunakan akalnya sedangkan kita dilarang untuk mendahului pendapat kita melebihi Allah dan rasul seperti firmanNya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Hujuraat 49:1)

Islam bukan berdiri di atas pemikiran kita semata-mata, malah Islam adalah agama wahyu. Justeru segala perkara yang hendak disandarkan kepada Islam sama ada baik atau tidak perkara itu ianya tidak boleh dinilai dengan akal dan selera kita semata-mata. Kerana itulah `Ali radiallahu`ahu ketika berkomentar tentang permasalahan menyapu khuf berkata:

لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ

“Kalaulah agama ini berdasarkan akal(pendapat) semata-mata tentulah bahagian bawah khuf(sepatu)lebih patut disapu daripada bahagian atasnya” (HR Abu Daud no:140 ,Shahih)

Walaupun ramai manusia menyatakan amalan tersebut baik dan bermanfaat tetapi cukuplah dengan kenyataan Imam Malik rahimahullah:

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكْمَلْتُ لَكُم دِينَكُمْ) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا.

“Sesiapa yang membuat bid‘ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad Sallallahu `Alaihi Wa Sallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini.” (al-Syatibi, al-I’tishom, m.s. 35.)


Adakah para sahabat tidak cintakan Nabi? Umum mengetahui Abu Bakar, Umar dan para sahabat radiallahua`nhum sanggup berkorban sehingga mereka melebihkan diri Rasulullah ke atas kepentingan mereka. Kalaulah sambutan maulid ini baik dan terpuji tentulah Nabi menyuruh agar para sahabat menyambutnya, dan tentulah para sahabat akan menyambutnya, namun jelas tidak ada langsung di kalangan para sahabat, tabi`in, tabiut tabi`in dan ulama-ulama muktabar yang mengadakan maulid ini kecuali ulama-ulama terkemudian yang meninggalkan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat serta para salaf al soleh.

Pada dasarnya tidak pernah kita menemui dalil-dalil yang sahih menyatakan amalan maulid ini dilakukan oleh para sahabat dan salaf al-Soleh. Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali dan para sahabat lain radiallahu`anhum adalah generasi yang paling mencitai Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam namun tidak ada satu pun riwayat hadith yang menyatakan bahawa mereka golongan sahabat, tabi`in dan tabi` tabi`in yang menyambut Maulid Nabi dengan upacara tertentu sedangkan merekalah yang lebih alim, wara` dan paling benar akidah, amalan dan kefahaman berbanding kita.

 Kata ulama salaf:


لو كان خيرا لسبقونه

“Kalaulah perkara itu merupakan kebaikan tentulah mereka(para sahabat) yang akan mendahului(dalam mempraktikkannya)”

Mereka para Salaf as-Soleh adalah generasi yang diakui dan dijamin oleh Allah dan Rasul sepertimana sabda Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

“Sebaik-baik manusia ialah yang berada di kurunku (sahabat), kemudian yang mengikuti mereka (Tabi`in) kemudian yang mengikuti mereka (tabi` tabi`in)” (HR Bukhari no:2458, Muslim no:4601)

Mereka para salaf adalah golongan yang lebih selamat pendapat dan pegangan mereka daripada sesiapa sahaja ulama yang menyelisihi atau menyalahi pendapat dan kefahaman mereka, Firman Allah ta`ala:

وَيَرَى الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ الَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ هُوَ الْحَقَّ وَيَهْدِي إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

“Dan orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahwa wahyu yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itulah yang benar dan menunjuki (manusia) kepada jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”. (Saba` 34:6)

Berkata al-Imam Qatadah b. Da`aamah rahimahullah (w.177): Mereka adalah sahabat Nabi sallallahu`alaihiwasallam (Lihat : Al-Thobari, Abu Ja`afar Muhammad b.Jarir (w.310H),al-Jaami` al-Bayaan fi takwiil al-Quran.Jilid 20: ms :352)

Malah jika kita teliti susur galur mereka yang mengadakan maulid ialah orang-orang nasrani (kristian) mereka merayakan hari natal atau krismas yang [mereka pilih sebagai] bertepatan dengan hari kelahiran Nabi Isa `alaihisalam yang mereka anggap sebagai anak tuhan[asalmya hari itu adalah sebenarnya son-god].

 Bagi kita umat Muhammad Sallallahu `Alaihi Wa Sallam jelas sekali amarannya terhadap umatnya di dalam hadith yang bermaksud:


لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا لَا تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى

“Tidak termasuk golongan kami orang yang meniru selain kami, janganlah kamu meniru orang Yahudi dan orang Nasrani” (H.R Tirmidzi 2619,dihasankan oleh al-Albani Silsilah al-Shohihah)

Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wa Sallam juga bersabda:

لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

“Jangan kamu melampau-lampau memuji terhadap ku sepertimana melampaunya Nasrani terhadap ibn Maryam (Isa a.s) tetapi katakanlah: Muhammad adalah hamba Allah dan rasulNya” (HR Bukhari no:3189)

Malah perbuatan menyambut hari kelahiran atau birthday juga tidak ada asal usulnya dari Islam. Ia hanyalah kebiasaan orang barat yang hari ini kita juga mengikuti jalan mereka. 

Malah perbuatan ini menyalahi petunjuk nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah bercanggah dengan firman Allah subhanahu wata’ala.

“Dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka hendaklah kamu ambil akan dia, dan apa yang ditegah kepada kamu daripadanya maka hendaklah kamu tinggalkan” (Al Hasyr 59:7)

Kita disuruh oleh Allah agar mengikuti apa yang dibawa dan ditunjuk oleh Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam dalam seluruh kehidupan kita bukan hanya mengingati Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam pada waktu-waktu tertentu dan di majlis-majlis tertentu.  

Penulis bukan berniat untuk mengkritik semua majlis sambutan maulid yang diadakan. Ada juga sesetengah pihak yang mengadakan majlis maulid dengan mengadakan ceramah berkaitan peribadi Nabi dan perjuangan baginda Sallallahu `Alaihi Wa Sallam  bagi penulis itu adalah termasuk dalam majlis ilmu ataupun tazkirah yang memang dituntut oleh Allah dan rasul agar memperingatkan mereka yang lupa. 

 Namun jika majlis yang hanya diadakan dengan berkumpul dan membacakan marhaban, selawat, zikir-zikir dan perarakan itu adalah bertentangan dengan petunjuk al-Quran dan sunnah Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam  Dan berbalik kepada petunjuk NabiSallallahu `Alaihi Wa Sallam dan para sahabat dan para salaf al-Soleh maka lebih baik kita tidak mengkhususkan hari-hari tertentu untuk memperingati nabi bahkan Allah dan rasul perlu diingati dan dilaksankan perintah dan larangan mereka pada setiap waktu dan setiap masa.



Kita perlu mengetahui setiap perkara yang hendak disandarkan pada agama perlu mempunyai dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat radiallahu`anhum. Setiap perkara yang di adakan tanpa ada penetapan di dalam nas al-Quran dan sunnah Rasulullah maka ia ditolak oleh Allah.

Sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wa Sallam:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa membuat perkara baru dalam urusan agama kami ini (Allah dan Rasul) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak” (HR Bukhari no:2499, Muslim:3242)

Maka dijelaskan di sini amalan Maulid adalah perkara baru yang diada-adakan. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai pencinta Allah dan rasulNya untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh kedua-duanya. Dan janganlah kita mengkhususkan hanya hari-hari tertentu untuk memperingati Nabi bahkan perlu kita mencintainya dengan mencintai dan berusaha mempelajari, memahami, mempraktikkan dan menghidupkan sunnah-sunnahnya yang ditinggalkan daripada perkara-perkara kecil hinggalah kepada sebesar-besarnya.

Justeru, marilah kita kembali kepada memahami Islam sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wa Sallam kepada para sahabatnya dan para salaf al-Soleh dan para ulama yang mengikuti manhaj dan kefahaman mereka janganlah kita mengikut kefahaman kita semata-mata yang tidak dijamin oleh Allah akan keselamatannya.

Sepatutnya kita menyerahkan urusan ini kepada Allah dan rasulNya dengan penuh penyerahan seperti firman Allah jalla wa`ala:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.(Al-Nisa` 4:65)

Berkata al-Imam Ibn Syihab al-Zuhri rahimahullah (w 124H):

مِنْ اللَّهِ الرِّسَالَةُ وَعَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَلَاغُ وَعَلَيْنَا التَّسْلِيمُ

“Dari Allah adalah perutusan, dan tanggungjawab Rasul Sallallahu `Alaihi Wa Sallam sallam menyampaikan, dan tanggungjawab kita adalah penerimaan.” (Athar ini diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu`allaq dengan lafaz yang jazam. Shahih al-Bukhari 23/59)

Sekali lagi walaupun majoriti manusia melakukan amalan tersebut, penulis menjawab agama bukan berdasarkan majoriti manusia, banyak atau tidak orang melakukannya bukan menjadi kayu ukuran, agama adalah berdasarkan nas dan dalil. Walaupun ramai dikalangan cerdik pandai, alim ulama`, golongan ustaz yang menyatakan amalan menyambut maulid adalah baik dan bermanfaat penulis tetap bertegas menyatakan perarakan, acara berzanji, marhaban adalah perkara bid`ah yang dilarang oleh agama berdasarkan nas-nas di atas.

Berkata al-Imam al-`Auza`i rahimahullah (w.157H):

عليك بآثار من سلف، وإن رفضك الناس، وإياك وآراء الرجال، وإن زخرفوه لك بالقول

“Hendaklah engkau berpegang dengan athar Salaf as-Soleh (para sahabat dan pengikut mereka) meskipun orang-orang menolaknya dan jauhkanlah dirimu dari pendapat orang walaupun ia hiasi pendapatnya dengan perkataan yang indah” (Al-Zahabi, Siyar al-`Alam an-Nubala` jilid 7:120)

Segala kelemahan adalah kekurangan diri,

Yang Mengharap keredhaan Allah
Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi
11 Mac 2009/14 Rabi`ul Awwal 1430H
11:38 a.m
APIUM Nilam Puri
(Penulis artikel ini merupakan Mahasiswa Universiti ISLAM Madinah)

Artikel dipetik dari laman : http://www.1aqidah.net
Blog penulis : http://ibnabiashim89.blogspot.com/

Komen Pena Minang : Agama ni dah sempurna. Buat apa kita nak tambah-tambah? Apa kita lebih faham kaedah beragama dari Nabi Muhammad Sallallahu `Alaihi Wa Sallam? Tinggalkan amalan yang tak pernah dibuat oleh Nabi. Amalkan sunnah yang berlambak-lambak kita tak buat tu.
credeit to : Tuesday, 8 January 2013

Sunday, February 19, 2012

Ternyata Maulid Nabi Berasal Dari Syiah Fatimiyah

Berasal Dari Syiah Fatimiyah


Jika kita menelusuri dalam kitab tarikh (sejarah), perayaan Maulid Nabi tidak kita temukan pada masa sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in dan empat Imam Madzhab (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad), padahal mereka adalah orang-orang yang sangat cinta dan mengagungkan Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka adalah orang-orang yang paling paham mengenai sunnah Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam dan paling semangat dalam mengikuti setiap ajaran beliau.

Perlu diketahui pula bahwa -menurut pakar sejarah yang terpercaya-, yang pertama kali mempelopori acara Maulid Nabi adalah Dinasti ‘Ubaidiyyun atau disebut juga Fatimiyyun (silsilah keturunannya disandarkan pada Fatimah). Sebagai buktinya adalah penjelasan berikut ini.

Al Maqriziy, seorang pakar sejarah mengatakan, “Para khalifah Fatimiyyun memiliki banyak perayaan sepanjang tahun. Ada perayaan tahun baru, hari ‘Asyura, maulid (hari kelahiran) Nabi, maulid Ali bin Abi Thalib, maulid Hasan dan Husain, maulid Fatimah al Zahra, maulid khalifah yang sedang berkuasa, perayaan malam pertama bulan Rajab, perayaan malam pertengahan bulan Rajab, perayaan malam pertama bulan Sya’ban, perayaan malam pertengahan bulan Rajab, perayaan malam pertama bulan Ramadhan, perayaan malam penutup Ramadhan, perayaan ‘Idul Fithri, perayaan ‘Idul Adha, perayaan ‘Idul Ghadir, perayaan musim dingin dan musim panas, perayaan malam Al Kholij, hari Nauruz (Tahun Baru Persia), hari Al Ghottos, hari Milad (Natal), hari Al Khomisul ‘Adas (3 hari sebelum paskah), dan hari Rukubaat.” (Al Mawa’izh wal I’tibar bi Dzikril Khutoti wal Atsar, 1/490. Dinukil dari Al Maulid, hal. 20 dan Al Bida’ Al Hawliyah, hal. 145-146)

Asy Syaikh Bakhit Al Muti’iy, mufti negeri Mesir dalam kitabnya Ahsanul Kalam (hal. 44) mengatakan bahwa yang pertama kali mengadakan enam perayaan maulid yaitu: perayaan Maulid (hari kelahiran) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maulid ‘Ali, maulid Fatimah, maulid Al Hasan, maulid Al Husain –radhiyallahu ‘anhum- dan maulid khalifah yang berkuasa saat itu yaitu Al Mu’izh Lidinillah (keturunan ‘Ubaidillah dari dinasti Fatimiyyun) pada tahun 362 H.
Begitu pula Asy Syaikh ‘Ali Mahfuzh dalam kitabnya Al Ibda’ fi Madhoril Ibtida’ (hal. 251) dan Al Ustadz ‘Ali Fikriy dalam Al Muhadhorot Al Fikriyah (hal. 84) juga mengatakan bahwa yang mengadakan perayaan Maulid pertama kali adalah ‘Ubaidiyyun (Fatimiyyun). (Dinukil dari Al Maulid, hal. 20)

Fatimiyyun yang Sebenarnya

Kebanyakan orang belum mengetahui siapakah Fatimiyyun atau ‘Ubaidiyyun. Seolah-olah Fatimiyyun ini adalah orang-orang sholeh dan punya i’tiqod baik untuk mengagungkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tetapi senyatanya tidak demikian. Banyak ulama menyatakan sesatnya mereka dan berusaha membongkar kesesatan mereka.

Al Qodhi Al Baqillaniy menulis kitab khusus untuk membantah Fatimiyyun yang beliau namakan “Kasyful Asror wa Hatkul Astar (Menyingkap rahasia dan mengoyak tirai)”. Dalam kitab tersebut, beliau membuka kedok Fatimiyyun dengan mengatakan, “Mereka adalah suatu kaum yang menampakkan pemahaman Rafidhah (Syi’ah) dan menyembunyikan kekufuran semata.”

Ahmad bin ‘Abdul Halim Al Haroni Ad Dimasqiy mengatakan, “Tidak disangsikan lagi, jika kita melihat pada sejarah kerajaan Fatimiyyun, kebanyakan dari raja (penguasa) mereka adalah orang-orang yang zholim, sering menerjang perkara yang haram, jauh dari melakukan perkara yang wajib, paling semangat dalam menampakkan bid’ah yang menyelisihi Al Kitab dan As Sunnah, dan menjadi pendukung orang munafik dan ahli bid’ah. Perlu diketahui, para ulama telah sepakat bahwa Daulah Bani Umayyah, Bani Al ‘Abbas (‘Abbasiyah) lebih dekat pada ajaran Allah dan Rasul-Nya, lebih berilmu, lebih unggul dalam keimanan daripada Daulah Fatimiyyun. Dua daulah tadi lebih sedikit berbuat bid’ah dan maksiat daripada Daulah Fatimiyyun. Begitu pula khalifah kedua daulah tadi lebih utama daripada Daulah Fatimiyyun.”

Beliau rahimahullah juga mengatakan, “Bani Fatimiyyun adalah di antara manusia yang paling fasik (banyak bermaksiat) dan paling kufur.” (Majmu’ Fatawa, 35/127)


Apakah Fathimiyyun Memiliki Nasab sampai Fatimah?

Bani Fatimiyyun atau ‘Ubaidiyyun juga menyatakan bahwa mereka memiliki nasab (silsilah keturunan) sampai Fatimah. Ini hanyalah suatu kedustaan. Tidak ada satu pun ulama yang menyatakan demikian.

Ahmad bin ‘Abdul Halim juga mengatakan dalam halaman yang sama, “Sudah diketahui bersama dan tidak bisa disangsikan lagi bahwa siapa yang menganggap mereka di atas keimanan dan ketakwaan atau menganggap mereka memiliki silsilah keturunan sampai Fatimah, sungguh ini adalah suatu anggapan tanpa dasar ilmu sama sekali.

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya),
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.” (QS. Al Israa’: 36).

Begitu juga Allah Ta’ala berfirman (yang artinya),
Kecuali orang yang bersaksi pada kebenaran sedangkan mereka mengetahuinya.” (QS. Az Zukhruf: 86)
. Allah Ta’ala juga mengatakan saudara Yusuf (yang artinya), “Dan kami hanya menyaksikan apa yang kami ketahui.” (QS. Yusuf: 81). Perlu diketahui bahwa tidak ada satu pun ulama yang menyatakan benarnya silsilah keturunan mereka sampai pada Fatimah.”

Begitu pula Ibnu Khallikan mengatakan, “Para ulama peneliti nasab mengingkari klaim mereka dalam nasab [yang katanya sampai pada Fatimah].” (Wafayatul A’yan, 3/117-118)


Perhatikanlah pula perkataan Al Maqrizy di atas, begitu banyak perayaan yang dilakukan oleh Fatimiyyun dalam setahun, kurang lebih ada 25 perayaan. Bahkan lebih parah lagi mereka juga mengadakan perayaan hari raya orang Majusi dan Nashrani yaitu hari Nauruz (Tahun Baru Persia), hari Al Ghottos, hari Milad (Natal), dan hari Al Khomisul ‘Adas (perayaan tiga hari selelum Paskah).

Ini pertanda bahwa mereka jauh dari Islam. Bahkan perayaan-perayaan maulid yang diadakan oleh Fatimiyyun tadi hanyalah untuk menarik banyak masa supaya mengikuti madzhab mereka. Jika kita menilik aqidah mereka, maka akan nampak bahwa mereka memiliki aqidah yang rusak dan mereka adalah pelopor dakwah Batiniyyah yang sesat. (Lihat Al Bida’ Al Hawliyah, 146, 158)


Abdullah At Tuwaijiriy mengatakan, “Al Qodhi Abu Bakr Al Baqillaniy dalam kitabnya ‘yang menyingkap rahasia dan mengoyak tirai Bani ‘Ubaidiyyun’, beliau menyebutkan bahwa Bani Fatimiyyun adalah keturunan Majusi. Cara beragama mereka lebih parah dari Yahudi dan Nashrani. Bahkan yang paling ekstrim di antara mereka mengklaim ‘Ali sebagai ilah (Tuhan yang disembah) atau ada sebagian mereka yang mengklaim ‘Ali memiliki kenabian. Sungguh Bani Fatimiyyun ini lebih kufur dari Yahudi dan Nashrani.


Al Qodhi Abu Ya’la dalam kitabnya Al Mu’tamad menjelaskan panjang lebar mengenai kemunafikan dan kekufuran Bani Fatimiyyun. Begitu pula Abu Hamid Al Ghozali membantah aqidah mereka dalam kitabnya Fadho-ihul Bathiniyyah (Mengungkap kesalahan aliran Batiniyyah).” (Al Bida’ Al Hawliyah, 142-143)


Inilah sejarah yang kelam dari Maulid Nabi. Namun, kebanyakan orang tidak mengetahui sejarah ini atau mungkin sengaja menyembunyikannya. Dari penjelasan di atas dapat kita tarik kesimpulan:

Pertama: Maulid Nabi tidak ada asal usulnya sama sekali dari salafush sholeh. Tidak kita temukan pada sahabat atau para tabi’in yang merayakannya, bahkan dari imam madzhab.

Kedua: Munculnya Maulid Nabi adalah pada masa Daulah Fatimiyyun sekitar abad tiga Hijriyah. Daulah Fatimiyyun sendiri dibinasakan oleh Shalahuddin Al Ayubi pada tahun 546 H.

Ketiga: Fatimiyyun memiliki banyak penyimpangan dalam masalah aqidah sampai aliran ekstrim di antara mereka mengaku Ali sebagai Tuhan. Fatimiyyun adalah orang-orang yang gemar berbuat bid’ah, maksiat dan jauh dari ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya.

Keempat: Merayakan Maulid Nabi berarti telah mengikuti Daulah Fatimiyyun yang pertama kali memunculkan perayaan maulid. Dan ini berarti telah ikut-ikutan dalam tradisi orang yang jauh dari Islam, senang berbuat sesuatu yang tidak ada tuntunannya, telah menyerupai di antara orang yang paling fasiq dan paling kufur. Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bagian dari mereka” (HR. Ahmad dan Abu Dawud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ [1/269] mengatakan bahwa sanad hadits ini jayid/bagus)

Semoga bermanfaat. Hanya Allah yang memberi taufik.

Sumber: rumaysho.com

Publikasi: artikelassunnah.blogspot.com

Wednesday, February 8, 2012

Hakikat Dan Ma’na Cinta Kepada Rasulullah S.A.W.: Tercapaikah Dengan Sambutan Maulidur Rasul?







Setiap orang yang beriman dituntut untuk menyintai Rasulullah s.a.w., sunnahnya, ajarannya dan perjuangannya. Keimanan kepada Allah s.w.t. tidak akan sempurna melainkan dengan menyintai Rasulullah s.a.w.

Keimanan kepada Rasulullah s.a.w. disebut secara beriringan dengan keimanan kepada Allah s.w.t. dalam banyak ayat al-Qur`an dan sunnah baginda.


Persoalannya apakah cinta Rasul itu, bagaimanakah jalan untuk menyintai dan cinta yang mana diakui sebagai benar.


Hakikat menyintai Rasulullah s.a.w. ialah mengikuti dengan patuh Sunnah baginda, mempertahankannya, mengutamakannya dalam setiap keadaan dan gerun untuk menyalahi sunnahnya. Kesemua di atas akan tercapai apabila seseorang itu mempelajari sunnah Rasulullah s.a.w. dan mempraktikkannya dalam kehidupan.



Seseorang yang mengakui cinta kepada Rasulullah s.a.w. akan zahir padanya beberapa tanda dan alamat kecintaannya kepada baginda.


Pertama, mengikuti sunnah, beramal dengannya, menuruti ucapan dan perbuatannya, menjunjung perintahnya, menjauhi larangannya dalam keadaan senang atau susah, berat atau ringan, cergas atau malas.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali ‘Imran: 31)


Kedua, mengutamakan sunnah Rasulullah s.a.w. daripada menuruti akal fikiran dan hawa nafsu. Tidak ada kebaikan dalam menyalahi Rasulullah s.a.w. walaupun akal mengatakan baik.


Ketiga, menyebarkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam masyarakat, sama ada melalui pengajaran, pendidikan, penerbitan serta membersihkan sunnah baginda daripada hadis-hadis palsu.


Keempat, selalu menyebut Rasulullah s.a.w. dengan berselawat kerana cinta kepada seseorang akan membuat pencinta itu sering menyebut-nyebut namanya. Begitu juga sentiasa berdoa selepas azan supaya baginda dikurniakan maqam yang tertinggi di akhirat.


Kelima, menyintai mereka yang dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. iaitu isteri-isteri baginda, anak cucu baginda dan para sahabat, memusuhi mereka yang dimusuhi baginda, membenci mereka yag dibenci oleh baginda kerana cinta kepada seseorang merangkumi apa yang dicintai olehnya.


Keenam, cinta kepada Rasulullah s.a.w. yang paling utama ialah menyintai al-Qur`an yang diturunkan kepada Rasulullah dan pada diri bagindalah al-Qur`an terzahir dalam bentuk praktikal.



Hal inilah yang telah diriwayatkan daripada ‘Aishah bahawa akhlak baginda itu ialah al-Qur`an.

Kata Sahl bin Abdullah:

“Alamat cinta kepada Allah ialah cintakan al-Qur`an, alamat cinta kepada al-Qur`an ialah cinta kepada Rasulullah s.a.w., alamat cinta kepada Rasulullah s.a.w. ialah cinta kepada sunnah dan alamat cinta kepada sunnah ialah cinta kepada akhirat, alamat cinta kepada akhirat ialah bencikan dunia dan alamat benci dunia ialah tidak menyimpan harta dunia melainkan sebagai bekalan dan alat penyampai kepada akhirat.” (Qadhi ‘Iyadh, al-Syifa`, hal. 571)

Ketujuh, cinta kepada Rasulullah dapat dilihat dengan kasihnya seseorang kepada sunnah dan bencinya kepada bid’ah. Dia tidak akan senang diri apabila berhadapan dengan bid’ah dan berusaha untuk memeranginya.


Bid’ah merupakan ancaman yang terbesar kepada sunnah kerana ia akan menghilang wajah asal sunnah dan mengubah keaslian agama kerana agama itu hanya diketahui melalui sunnah. Apabila berleluasa bid`ah dalam masyarakat maka sunnah akan lenyap dan natijahnya agama tidak akan dikenali dalam bentuknya yang asal sebagai yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.


Melihat kepada konteks masyarakat Malaysia hari ini khususnya, perayaan Maulidur Rasul setiap kali bulan Rabi’u Awwal dianggap sebagai manifestasi kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Acara dan aktiviti utama yang diadakan ialah membaca selawat dengan cara berarak di sepanjang jalan dan dengan berdiri dalam masjid dan rumah, mengadakan jamuan kesyukuran sempena keputraan baginda, berselawat dengan suara yang kuat setiap lepas Juma’at sepanjang bulan Rabi’u Awwal, membaca zanji burdah serta sirah Rasul yang bercampuk aduk sahih dan mawdu’ serta pelbagai acara lagi yang sentiasa ada yang baru saban tahun.


Sekiranya cara ini diredai oleh Rasulullah s.a.w. pasti baginda akan mengajarkan umat.


Di dalam al-Mustadrak, Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis:


عن بن مسعود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ليس من عمل يقرب إلى الجنة إلا قد أمرتكم به ولا عمل يقرب إلى النار إلا قد نهيتكم عنه

Daripada Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda tidak satu amalan yang mendekatkan kepada syurga melainkan aku telah menyuruh kamu melakukannya dan tidak ada amalan yang mendekatkan kepada neraka melainkan aku telah melarang kamu dari melakukannya. (Al-Mustadrak, no: 2136)


Walaupun para sahabat dan para tabi’in serta para ulama soleh yang mengikuti mereka mempunyai kecintaan yang tinggi dan kasih kepada baginda, namun mereka tidak pernah menganggap sebagai elok mengadakan pelbagai acara untuk menyambut kelahiran baginda termasuklah jamuan kesyukuran ataupun berpuasa secara khusus pada hari tersebut.


Ini kerana sambutan sebegini merupakan sesuatu yang tidak dituntut oleh sunnah Rasulullah s.a.w. Masyarakat yang keliru akan menurut sahaja apa yang telah diputuskan oleh pihak yang mereka percayai. Sepatutnya dalam perkara seperti ini mereka perlu merujuk kepada al-Qur`an dan al-Sunnah serta apakah yang telah dipraktikkan oleh para sahabat.


Wallahu'alam.



Muhammad Hanief Awang Yahaya

www.darulkautsar.net


84