Salah seorang berkata kepada saya:
"Terhadap lafazh-lafazh ayat sifat kita sebaiknya tidak
mengi’tiqodkan berdasarkan maknanya secara dzahir karena akan
terjerumus kepada jurang tasybih (penyerupaan sifat Allah dengan
makhluk), sebab lafazh-lafazh ayat sifat sangat beraroma tajsim dan secara badihi (otomatis) pasti akan menjurus ke sana."
Jawapan:
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa yang mendakwa akan
wajibnya mentakwil nas al-Sifat itulah sebenarnya yang memiliki
keyakinan Allah itu adalah sama dengan makhluk, mempunyai sifat dan
jisim yang sama dengan makhluk. Disebabkan keyakinan dan anggapan inilah
mereka melakukan takwil ke atas nas al-Sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Inilah yang memisahkan antara Ahl al-Sunnah dengan Ahl al-Bid'ah.
Ahl al-Sunnah beriman kepada SEMUA sifat Allah (baca: tidak hanya
kepada 20 sifat sahaja) dengan keimanan yang mantap lagi sempurna.
Ahl
al-Sunnah tetap beriktikad apa jua yang dikhabarkan oleh Allah dan
Rasul-Nya mengenai Asma' dan sifat-Nya, tidak ada satu jua daripada
sifat tersebut yang dapat disama atau disetarakan dengan sifat makhluk
berdasarkan penegasan al-Qur'an dalam asy-Syura ayat 11 dan al-Ikhlas
ayat 4.
Sikap
Ahl al-Bid'ah yang mendakwa wajibnya mentakwil nas al-Sifat
Allah dengan andaian ia adalah sama dengan sifat makhluk
telah pun
disinggung oleh salah seorang tokoh Ahl al-Sunnah yang terkenal,
al--Imam al-Tirmidzi rahimahullah. Beliau menulis di dalam kitabnya,
Sunan at-Tirmidzi, jld. 3, ms., 50-51:
قد قال غير واحد من أهل العلم في هذا الحديث وما يشبه هذا من الروايات
من الصفات ونزول الرب تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا، قالوا: قد
تثبت الروايات في هذا ويؤمن بها ولا يتوهم ولا يقال كيف، هكذا روي عن مالك
وسفيان بن عيينة وعبد الله بن المبارك أنهم قالوا في هذه الأحاديث:
أمِرُّوها بلا كيف وهكذا قول أهل العلم من أهل السنة والجماعة. وأما
الجهمية فأنكرت هذه الروايات فقالوا: هذا تشبيه. وقد ذكر الله عز وجل في
غير موضع من كتابه: اليد والسمع والبصر، فتأولت الجهمية هذه الآيات ففسروها
على غير ما فسرها أهل العلم وقالوا: إن الله لم يخلق آدم بيده، وقالوا إن
معنى اليد ههنا القوة. قال إسحاق بن إبراهيم إنما يكون التشبيه إذا قال:
يد كيد أو مثل يد، أو سمع كسمع أو مثل سمع، فإذا قال: سمع كسمع أو مثل سمع
فهذا التشبيه. وأما إذا قال كما قال الله تعالى: يد وسمع وبصر ولا يقول
كيف ولا يقول مثل سمع أو كسمع فهذا لا يكون تشبيها، وهو كما قال الله
تعالى في كتابه: ليس كمثله شيء وهو السميع البصير.
“Dan sungguh bukan seorang daripada ahli ilmu telah berkata tentang
hadith ini dan yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat berkenaan
sifat-sifat (Allah Subhanahu wa Ta’ala) dan (berkenaan sifat) turun
Tuhan (Allah) Tabaraka Wa Ta’ala pada setiap malam ke Langit Dunia.
Mereka mengatakan (bahawa) riwayat-riwayat dalam (hal) ini adalah
tsabit (sahih) dan diimani dengannya, tetapi tidak harus diwahamkan
(dibayangkan) atau diperkatakan kaifiyyat (bentuk rupa)nya. Demikianlah
(apa) yang diriwayatkan daripada (Imam) Malik, Sufyan Ibn ‘Uyainah dan
‘Abd Allah Ibn al-Mubarak bahawa mereka berkata tentang hadith-hadith
ini: “Perjalankanlah (terimalah) ia tanpa mempersoalkan bagaimana
(kaifiyyatnya). Demikianlah pendapat para ulamak dari kalangan Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah.
Manakala golongan al-Jahmiyyah pula mereka mengingkari
riwayat-riwayat ini kerana menganggapnya ada tasybih (penyerupaan sifat
Allah dengan sifat makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla telah
menyebut pada lebih dari satu tempat dalam kitab-Nya (sifat) Tangan,
Mendengar dan Melihat, lalu puak al-Jahmiyyah mentakwilkan (maksud)
ayat-ayat ini dan menafsirkannya dengan tafsiran yang berbeza daripada
tafsiran ahli ilmu.
Mereka (al-Jahmiyyah) berkata: “Sesungguhnya Allah tidak
menjadikan Nabi Adam dengan Tangan-Nya, dan mereka juga berkata:
“Sesungguhya makna Tangan itu di sini ialah kudrat (kuasa).” Telah
berkata Ishaq Ibn Ibrahim: “Sesungguhnya tasybih itu akan berlaku bila
dia kata: (Sifat) Tangan (Allah) seperti (sifat) tangan (makhluk) atau
seumpama (sifat) tangan (makhluk), (sifat) Mendengar (Allah) seperti
(sifat) mendengar (makhluk) atau seumpama (sifat) mendengar (makhluk).
Bila dia kata: (sifat) Mendengar (Allah) seperti (sifat) mendengar
(makhluk) atau seumpama (sifat) mendengar (makhluk), maka itulah
tasybih.
Adapun jika dia kata sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala
kata: Tangan, Mendengar dan Melihat, tanpa mempersoalkan kaifiyyat
(rupa bentuk) dan tanpa mengatakan seumpama (sifat) mendengar (makhluk)
atau seperti (sifat) mendengar (makhluk), maka yang demikian tidak
akan menjadi tasybih. Ini kerana ia sebagaimana firman Allah Subhanahu
wa Ta’ala dalam kitab-Nya (bermaksud): Tiada sesuatupun yang sebanding
dengan (dzat, sifat-sifat dan pentadbiran)-Nya, dan Dialah yang Maha
Mendengar lagi Maha Melihat."
Juga perhatikan kenyataan
asy-Syanqiti di dalam kitabnya,
Adhwa’ al-Bayan fii Idah al-Qur’an Bi al-Qur’an, jld, 2, ms. 319-320:
اعلم أولا أنه غلط في هذا خلق لا يحصى كثرة من المتأخرين فزعموا أن
الظاهر المتبادر السابق إلى الفهم من معنى الاستواء واليد مثلا في الآيات
القرآنية هو مشابهة صفات الحوادث، فقالوا: يجب علينا أن نصرفه عن ظاهره
إجماعا لأن اعتقاد ظاهره كفر لأن من شبه الخالق بالمخلوق فهو كافر...ولا
يخفى أن هذا القول من أكبر الضلال ومن أعظم الافتراء على الله جل وعلا
ورسوله صلى الله عليه وسلم، والحق الذي لا يشك فيه أدنى عاقل أن كل وصف
وصف الله به نفسه أو وصفه به رسوله صلى الله عليه وسلم فظاهره المتبادر
منه السابق إلى فهم من في قلبه شيء من الإيمان هو التنـزيه التام عن
مشابهة شيء من صفات الحوادث، فمجرد إضافة الصفة إليه جل وعلا يتبادر إلى
الفهم أنه لا مناسبة بين تلك الصفة الموصوف بها الخالق وبين شيء من صفات
المخلوقين...
والجاهل المفترى الذي يزعم أن ظاهر آيات الصفات لا يليق بالله لأنه كفر
وتشبيه إنما جرّ إليه ذلك تنجس قلبه بقذر التشبيه بين الخالق والمخلوق
فأداه شؤم التشبيه إلى نفي صفات الله جل وعلا وعدم الإيمان بها، مع أن جل
وعلا هو الذي وصف بها نفسه، فكان هذا الجاهل مشبها أولا ومعطلا ثانيا
فارتكب ما لا يليق بالله ابتداء وانتهاء، ولو كان قلبه عارفا بالله كما
ينبغي معظما لله كما ينبغي طاهرا من أقذار التشبيه لكان المتبادر عنده
السابق إلى فهمه أن وصف الله جل وعلا بالغ من الكمال والجلال ما يقطع
أوهام علائق المشابهة بينه وبين صفات المخلوقين، فيكون قلبه مستعدا
للإيمان بصفات الكمال والجلال الثابتة لله في القرآن والسنة الصحيحة مع
التنـزيه التام عن مشابهة صفات الخلق على نحو قوله: ليس كمثله شيء وهو
السميع البصير...
Ketahuilah dahulu, bahawa sesungguhnya
generasi terkemudian
(al-Khalaf) yang tersalah dalam perkara ini tidak terhitung ramainya
kerana mereka menyangka makna zahir yang terlintas dan yang terlebih
dahulu sampai kepada kefahaman terhadap perkataan seperti (sifat)
al-Istiwa’ (meninggi) dan al-Yad (tangan) yang ada dalam ayat-ayat
al-Qur’an itu ialah
musyabbihah (penyerupaan) dengan sifat
hawadith
(makhluk).
Mereka (
Ahl al-Takwil) berkata: “Wajib bagi kita menukar
(makna)nya dari zahirnya secara ijmak (sepakat) kerana berpegang dengan
zahirnya adalah suatu kekufuran dan sesiapa yang menyerupakan
al-Khaliq (Allah) dengan makhluk, maka dia seorang kafir....”
Ternyata bahawa kata-kata ini dari (jenis) kesesatan dan pembohongan
yang paling besar ke atas Allah Jalla Wa ‘Ala dan juga ke atas
Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam.
Orang yang ada sedikit akal
tidak akan meragui kebenarannya bahawa setiap sifat yang Allah sifatkan
(pada) diri-Nya atau yang disifatkan oleh Rasul-Nya shallallahu
‘alaihi wasallam dengannya, maka (makna) zahir yang terlintas dan yang
terlebih dahulu sampai kepada kefahaman orang yang ada sedikit iman di
dalam hatinya ialah at-Tanzih at-Tam (penyucian yang sempurna) dari
sebarang penyerupaan sifat hawadith (makhluk). Ini kerana
dengan semata-mata penisbatan sifat itu kepada-Nya Jalla Wa ‘Ala, akan
terlintas kepada kefahaman bahawa tidak ada kesesuaian antara sifat
yang disifatkan pada al-Khaliq (Allah) itu dengan sebarang sifat
makhluk.
Si jahil pembohong yang menganggap zahir ayat-ayat sifat itu
tidak layak dengan (kebesaran) Allah kerana (kononnya) ia adalah suatu
kekufuran dan tasybih, sebenarnya dia telah didorong kepada demikian
itu oleh kenajisan hatinya dengan kotoran tasybih (menyerupakan) antara
al-Khaliq dan makhluk, maka kesialan tasybih itulah yang mendorongnya
untuk menafikan sifat-sifat Allah Jalla Wa ‘Ala dan juga untuk tidak
beriman dengannya. Sedangkan Dialah Jalla Wa ‘Ala yang menyifatkan
diri-Nya dengannya (iaitu keterangan mengenai sifat-sifat-Nya yang
termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Hadis). Maka si jahil itu pada
mulanya dia seorang musyabbih (penyerupa sifat Allah dengan makhluk)
dan kemudian dia menjadi seorang mu’aththil (penafi sifat Allah).
Justeru, dia telah melakukan perkara yang tidak layak bagi Allah di
awal dan di akhir.
Sedangkan jika hatinya mengenal Allah dan mengagungkan-Nya
sebagaimana yang sepatutnya, (dan jika hatinya) bersih daripada kotoran
tasybih, nescaya yang terlintas dan terlebih dahulu sampai kepada
kefahamannya ialah bahawa kesempurnaan dan keagungan penyifatan Allah
Jalla Wa ‘Ala telah sampai ke tahap memutuskan segala imaginasi
penyerupaan antara sifat-Nya dan sifat makhluk.
Maka jadilah hatinya bersedia untuk beriman dengan sifat-sifat
kesempurnaan dan keagungan yang tetap bagi Allah dalam al-Qur’an dan
al-Sunnah yang sahih berserta at-Tanzih at-Tam (penyucian yang
sempurna) dari sebarang penyerupaan sifat makhluk, sebagaimana
firman-Nya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan-Nya, dan Dialah yang
Maha mendengar lagi Maha Melihat."
Adapun dakwaan mereka bahawa para salaf melakukan takwil ke atas nas
al-Sifat ia jelas satu fitnah kepada para Salaf. Lihat di sini:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SWSP/B.htm
Oleh: Mohd Hairi Nonchi @ Cikgu Arie