Showing posts with label Tawassul. Show all posts
Showing posts with label Tawassul. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

[Bantahan Ilmiah] Menjawab Syubhat Ust Don Danial Berkenaan Bolehnya Bertawassul Pada Nabi di Kubur Baginda




jawab don 

Saya diminta untuk menjawab beberapa persoalan berkenaan hujjah yang digunakan oleh Ustaz Don yang membenarkan tawassul atau memohon meminta keampunan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam di kubur baginda, saya berasa terpanggil bagi menjawab syubhat yang dilihat sangat merbahaya khususnya apabila ianya berkenaan dengan pegangan akidah umat Islam kerana ianya boleh membawa kepada syirik.

Tawassul dari segi bahasa bermaksud “qurbah” [Surah Al-Ma`idah ayat 35] iaitu perkara yang boleh mendekatkan, dari segi istilahnya: Mengambil sebab yang disyariatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta`ala, dan ibadah yang dimaksudkan pengamalannya untuk mencapai keredhaan Allah berdasarkan apa yang disyariatkan di atas lisan Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Para ulama meletakkan syarat-syarat diterimanya amalan tawassul antaranya:
a) Hendaklah hamba yang bertawassul kepada Allah itu seorang mukmin yang soleh dan amalannya itu bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.
b) Hendaklah amalan yang dilakukan untuk bertawassul itu adalah apa yang disyariatkan oleh Allah.
c) Hendaklah amalan soleh yang disyariatkan itu menepati dalam praktik amalan yang berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasul dan para salafussoleh dan tidak menokok tambah atau mengurangi daripadanya, dan tidak melakukan amalan tersebut bukan pada masanya yang telah ditetapkan oleh syarak, tempatnya yang telah ditetapkan jika tidak maka ianya akan menjadi bid`ah.

Para Ulama Islam telah membahagikan tawassul kepada dua bahagian:
a) Tawassul yang disyariatkan: Ianya terbahagi kepada 3 jenis:
1) Tawassul dengan memohon serta menyebut Asmaul Husna (nama-nama Allah yang indah) juga sifat-sifatNya yang Maha Tinggi [rujuk surah Al-`Aaraf ayat 180] dan ianya ditunjukkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam banyak doa baginda [sila rujuk Kitab Al-Azkar oleh Al-Imam An-Nawawi atau Hisnul Muslim (Perisai Muslim) yang menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir yang shahih daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam]
 
2) Tawassul dengan amal soleh seperti iman, solat, puasa, haji, umrah, sedekah, jihad, membaca Al-Quran, berzikir, istighfar, selawat ke atas Nabi, berbakti kepada ibu bapa, melayan tetamu, meninggalkan kemaksiatan dan berbuat kebaikan dan lain-lain.
 
3) Tawassul kepada Allah dengan doa orang soleh yang masih hidup. Termasuklah bertawassul dengan doa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda masih hidup, ianya ditunjukkan oleh praktik para sahabat Nabi yang meminta agar Nabi mendoakan mereka ketika baginda masih hidup, adapun selepas Nabi sallalallahu ‘alaihi wa sallam wafat, tidak ada satu riwayat yang shahih pun menunjukkan para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan ‘Ali serta sahabat yang lain pergi memohon doa kepada kubur Nabi sallalallahu ‘alaihi wa sallam.
 
b) Tawassul yang terlarang: Ianya juga dinamakan dengan tawassul bid’i iaitu tawassul atau amalan yang tiada asal dari agama, tiada dalil yang membolehkannya baik dari Al-Kitab mahupun As-Sunnah, tidak juga amalan para Salafussoleh, ianya merupakan perbuatan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala dengan apa yang Allah tidak suka, redha, dan tidak Allah izinkan baik berbentuk perkataan, perbuatan ataupun kepercayaan.  

Apa yang disebut oleh Ustaz Don termasuk dalam kategori ini.

Penjelasan Istighfar termasuk dari doa dan doa merupakan ibadah, dan sesiapa yang memesongkan ibadah kepada selain Allah dia telah mensyirikkan Allah.

Istighfar bermaksud memohon keampunan agar diampunkan dosa-dosa, ianya merupakan salah satu dari jenis dan bentuk doa, sedangkan doa merupakan ibadah, manakala doa merupakan ibadah teragung, sebagaimana hadith daripada Nu’man bin Basyir r.a sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
الدعاء هو العبادة، قال ربكم ادعوني أستجب لكم
“Doa itu ibadah, kata Tuhan kamu: “berdoalah kepadaKu nescaya aku akan perkenankan “ [HR Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad dll dgn sanad yang shahih]

Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang hadith qudsi, kata Allah:
من يدعوني، فأستجيب له من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له
“Sesiapa yang berdoa kepadaKu,nescaya aku akan perkenankan baginya, dan sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya Aku akan berikannya, sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu nescaya Aku akan ampunkan baginya” (HR Al-Bukhari)

Cuba perhatikan Allah tidak membezakan antara doa, permohonan, permintaan dan istighfar dan kesemuanya merupakan ibadah. Maka segala bentuk dan jenis ibadah wajib ditujukan hanya kepada Allah tanpa mensyirikkannya dengan sesuatu apa pun.

Al-Imam As-Sa`di -rahimahullah- menjelaskan satu kaedah tafsir iaitu “المفرد المضاف يفيد العموم” Mufrad (singular) Mudof (possesive phrase) membawa maksud umum “maka kalimah” دون الله “Selain Allah” meliputi kesemua bentuk sesuatu yang diseru, disembah atau diminta selain Allah, termasuk malaikat, para Nabi, orang soleh dan selainnya. Kaedah ini harus dipraktikkan pada kesemua ayat yang menyeru mentauhidkan Allah dalam ibadah dan menjauhi ibadah kepada selainNya.

 Ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan hal tersebut sangat banyak, contohnya:
a) Firman Allah Ta`ala:
ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فإن فعلت فإنك إذا من الظالمين
“Dan janganlah kamu menyeru/memohon/berdoa apa-apa yang tidak boleh memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudarat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu melakuakan perkara itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim”. [ Yunus:106 ]
b) Firman Allah Ta`ala:
ومن أضل ممن يدعو من دون الله من لا يستجيب له إلى يوم القيامة وهم عن دعائهم غافلون وإذا حشر الناس كانوا لهم أعداء وكانوا بعبادتهم كافرين
“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyeru sembahan-sembahan selain Allah yang tidak dapat memperkenankan (doa) nya sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka?”
“Dan apabila manusia dikumpulkan (pada hari kiamat) nescaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari peribadatan mereka.”
[ Al-Ahqaf: 5-6 ]
c) Firman Allah Ta`ala:
ولا يشرك بعبادة ربه أحدا
dan janganlah dia mensyirikkan dengan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya” [Al-Kahfi: 110 ]

Justeru kesemua larangan syirik yang disebut dalam Al-Quran meliputi kesemua jenis ibadah baik zahir dan batin, ‘itiqad (kepercayaan dan keyakinan) serta amalan, tidak syak lagi doa dan istighfar termasuk dalam ibadah.
[Rujuk Al-Qawa`id Al-Hisaan Al-Muta`aliqah bi Tafsir Al-Quran hlm 21]

Bantahan pendalilan ayat 64 surah An-Nisa’ dan Kisah Arab Badwi

Pendalilan mereka yang berdalilkan dengan ayat 64 surah An-Nisa’ adalah salah dari segi bahasa arab juga bercanggah dengan asal syariat iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan kefahaman ulama` salaf, beliau membawakan ayat dari Surah An-Nisa’ berikut:
وما أرسلنا من رسول إلا ليطاع بإذن الله ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما
“Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani” [An-Nisaa' 4:64]

Dari segi bahasa arab, cara faham Ust Don dan orang yang berdalilkan dengan ayat yang sama untuk membolehkan tawassul dengan orang yang sudah mati berlawanan dengan bahasa arab, kerana ayat ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم kalimah إذ ianya merupakan zhorof untuk fi`il madhi (past tense) bukan menunjukkan zhorof lil mustaqbal (present & future tense) maka ayat itu sebagaimana yang difahami dengan ayat sebelumnya menceritakan istighfarnya Nabi itu berlaku ketika hayat baginda sedangkan istighfarnya Nabi ketika kewafatannya adalah sesuatu yang bertentangan dengan dalil yang lebih jelas bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat, Allah berfirman:
إنك ميت وإنهم ميتو ن ثم إنكم يوم القيامة عند ربكم تختصمون
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula). Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu” [Az-Zumar 30-31]

Manakala dakwaan Ustaz Don bahawa ayat ini diamalkan oleh seorang arab badwi maka jawapannya ianya merupakan khabar yang palsu lagi mungkar, berikut sanadnya:
روى أبو الحسن علي بن إبراهيم بن عبد الله بن عبد الرحمن الكرخي عن علي بن محمد بن علي، حدثنا أحمد بن محمد بن الهيثم الطائي، قال: حدثني أبي عن أبيه عن سلمة بن كهيل عن أبي صادق عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال قدم علينا
أعرابي بعدما دفنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بثلاثة أيام فرمى بنفسه إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم، وحثى على رأسه من ترابه، وقال: يا رسول الله قلت فسمعنا قولك، وعينا عن الله عز وجل فما وعينا عنك، وكان فيما انزل الله عز وجل عليك: وقد ظلمت نفسي وجئتك تستغفر لي فنودي من القرب أنه قد غفر لك.
Diriwayatkan dari Abul Hasan ‘Ali bin Ibrahim bin ‘Abdillah bin Abd Rahman Al-Karkhi daripada ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali, telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Al-Haytham At-Thoie katanya: Telah menceritakan kepadaku bapaku daripada bapanya daripada Salamah bin Kuhail daripada Abi Sodiq daripada `Ali bin Abi Tholib radiallahu`anhu berkata: “Telah datang kepada kami seorang arab badwi selepas tiga hari kami selesai menanam jasad Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam lalu dia mencampakkan dirinya ke kubur Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu dia melumurkan ke atas kepalanya dengan tanahnya, dan berkata: “Wahai Rasulullah, engkau berkata dan kami telah mendengar perkataanmu, aku telah memahami dari Allah ‘Azza wa Jalla tentang apa yang telah kami fahami darimu, dan ianya merupakan apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla kepadamu: “ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما” Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. [An-Nisa': 64] dan sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dan aku mendatangimu maka engkau pohonlah keampunan buatku maka diseru dari dekat bahawasanya dia telah diampunkan.“

Sebagaiman disebut oleh Al-Imam Ibnu ‘Abdil Hadi rahimahullah (wafat 744H) bahawasanya khabar ini merupakan mungkar lagi maudhu’ (palsu) dan ianya merupakan athar yang direka-reka, tidak boleh berpegang dengannya, sanadnya gelap, kegelapannya berlapis-lapis, dalam sanadnya ada seorang perawi yang bernama Al-Haytham bin ‘Adi At-Thoie Al-Kufi datuk kepada Ahmad bin Muhammad, berikut kritikan para Imam Ahli Hadith berkenaan beliau:
Kata Al-Imam Yahya bin Ma`in: “Al-Haytham bin `Adi Kufi dia tidak tsiqah, dan dia seorang pendusta
Kata Al-Imam Abu Daud: “Kazzab(pendusta besar)!!
Kata Abu Hatim Ar-Razi, An-Nasaie, Ad-Dawlabi dan Al-Azdi: “Matruk Al-Hadith “ditinggalkan hadithnya
Kata Abu Zur`ah: Dia tidak ada sesuatu apa pun
Kata Al-Imam Al-Bukhari: disenyapkan darinya-iaitu tinggalkannya (riwayatnya)
[Rujuk As-Sorim Al-Munkiy fi Radd `Ala As-Subki oleh Abu `Abdillah Muhammad bin `Abdil Hadi, halaman 509,tahqiq Ahmad Sulaiman, Maktabah Ibnu Taymiyyah Kaherah cetakan pertama 1425H/2004M]

Maka athar ini sedikitpun tidak boleh dijadikan hujjah untuk membenarkan tawassul dengan orang yang sudah mati atau di kubur Nabi kerana sudah jelas akan kepalsuannya, apatah lagi mimpi-mimpi ianya langsung tidak boleh dijadikan dalil dan sandaran dalam syariat Islam yang mulia ini. 

Saya juga menyeru agar masyarakat sentiasa berwaspada dengan hadith-hadith yang palsu yang sering disebar luaskan kerana ianya sangat merbahaya khususnya apabila melibatkan urusan akidah umat Islam. 

 Apa yang kurang boleh dirujuk kepada bantahan daripada ustaz-ustaz sunnah lain yang ada juga membantah dalam masalah ini. Wallahu`alam.

Bantahan Ilmiah ini adalah respon kepada video ini: Klik sini

Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
Al-Madinah An-Nabawiyyah4/4/1434H


Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
http://ibnabiashim89.blogspot.co

---------------------------------------------------------------------------
Tajuk: Menjawab Syubhat Ust Don Danial Berkenaan Bolehnya Bertawassul Pada Nabi di Kubur Baginda

p/s: Isu ini mungkin telah berlalu, namun hujah-hujah didalam artikel ini semoga akan terus menjadi rujukan apabila berhadapan dengan ahli bida'ah yang terus berdalil dengan hujah Ust Don. Semoga bermanfaat.

Monday, December 31, 2012

Tawassul yang Dilarang






Tawassul yang Dilarang

Tawassul yang terlarang adalah menggunakan sarana untuk mendekat-kan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sesuatu yang tidak dijelaskan oleh syari’at. Di antaranya tawassul dengan berdoa kepada orang-orang mati atau orang-orang yang tidak hadir, memohon keselamatan dengan perantaraan mereka, dan sejenisnya. Semua perbuatan itu adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari Islam dan bertentangan dengan tauhid.

Berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, baik dalam bentuk doa permohonan seperti meminta sesuatu dan meminta diselamatkan dari bahaya: atau doa ibadah seperti rasa tunduk dan pasrah di hadapan Allah, kesemuanya itu tidak boleh dialamatkan kepada selain Allah. Memalingkannya dari Allah adalah syirik dalam berdoa.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan Rabbmu berfirman:”Berdo’alah kepada-Ku,niscaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina…
(QS. Al-Mukmin : 60)

Tawassul yang terlarang dapat dikelompokkan menjadi:

1. Tawassul kepada orang-orang yang sudah mati, meminta berbagai hajat dari mereka, dan meminta pertolongan kepada mereka sebagaimana realitas hari ini. Mereka menyebutnya sebagai tawassul, padahal bukan demikian. Karena tawassul ialah meminta kepada Allah dengan perantara yang disyariatkan, seperti iman, amal shalih dan Asma’ullah al-Husna.

Sementara berdoa kepada orang-orang yang sudah mati adalah berpaling dari Allah, dan itu termasuk syirik besar; berdasarkan firmanNya:

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa’at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian itu) maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zhalim.” (QS. Yunus: 106).

2. Adapun tawassul dengan jaah (kedudukan) Rasul, seperti ucapan Anda: Wahai Rabb, dengan jaah Muhammad berilah pertolongan kepadaku.” Ini adalah bid’ah, karena para sahabat tidak pernah melakukannya, dan karena Khalifah Umar bertawassul dengan al-Abbas semasa hidupnya dengan doanya.

Umar tidak bertawassul dengan Rasul setelah kematiannya, ketika meminta turun hujan. Sedangkan hadits: “Bertawassullah dengan jaah (kedudukan)ku” adalah hadits yang tidak punya asal (la ashla lahu), sebagaimana dinyatakan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Tawassul bid’ah bisa membawa kepada syirik. Yaitu jika ia meyakini bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala membutuhkan perantara, seperti halnya seorang amir dan hakim. Karena ini sama halnya menye­rupakan Khaliq dengan makhlukNya.

Abu Hanifah berkata, “Aku tidak suka memohon kepada Allah dengan (perantara) selain Allah.”

3. Adapun meminta doa kepada Rasul setelah kematiannya, seperti ucapan Anda: “Wahai Rasulullah, berdoalah untukku!” maka ini tidak boleh. Karena para sahabat tidak pernah melakukannya. Dan juga berdasarkan sabda beliau:

“Jika manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang senantiasa mendoakannya.” (HR. Muslim).

Namun bila bertawassul dengan orang shalih yang masih hidup, dengan doa mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara meminta agar dia mendoakan dirimu kepadaNya, maka hal ini diperbolehkan di dalam syariat dan telah dilakukan oleh para shahabat Rasulullah kepada beliau dan telah dilakukan pula oleh Umar bin Khaththab kepada paman Rasulullah, Abbas bin Abdul Muththalib radhiyallahu ‘anhu.

Tapi alangkah lebih bagus lagi kalau anda berdoa sendiri disetiap waktu dan sholat anda, walaupun sejahat apapun anda siapa tahu Allah memperkenankan doa anda.

Kemusyrikan sebagian orang pada masa sekarang ini bahkan sudah melampaui kemusyrikan orang-orang terdahulu di jaman jahiliyyah. Karena mereka memalingkan berbagai bentuk ibadah kepada selain Allah seperti doa, meminta keselamatan dan sejenisnya hingga pada saat terjepit sekalipun.

Kita memohon keselamatan dan keberuntungan kepada Allah. Dengan demikian hendaklah orang yang berdo’a mengambil perantara agar dikabulkan do’anya dengan perkara-perkara yang dicintai dan disukai oleh Allah, yaitu yang diajarkan oleh Rasulullah.

Bukan dengan kebid’ahan yang membuat Allah benci, bukan pula dengan kesyirikan yang membuat Allah murka.
Wallahu A’lam.
 


Sunday, November 25, 2012

Tawassul - Antara yang Sahih dan yang Batil


Muhammad Asrie bin Sobri 
 

Tawassul adalah antara isu yang menjadi perbincangan hangat dalam kalangan Umat Islam dan sering pula menjadi kekeliruan dalam kalangan umat dan salah faham antara tawassul yang sahih dan tawassul yang batil. Dalam artikel singkat ini, penulis akan membentangkan secara ringkas permasalahan ini supaya menjadi panduan mudah untuk masyarakat awam dalam membezakan antara tawassul yang sahih dan tawassul yang batil.

Perkataan Tawassul adalah masdar daripada kata kerja dalam bahasa Arab: Tawassala-Yatawassalu dan dimaksudkan dengannya adalah: “Mendekatkan diri kepada perkara yang dikehendaki dan berusaha untuk sampai kepadanya dengan penuh pengharapan”. Seseorang yang melakukan amal ketaatan kepada ALLAH s.w.t dalam rangka mendekatkan dirinya kepada ALLAH maka dia dikatakan telah bertawassul kepada ALLAH yakni: “berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan amalan taat dan soleh”.

ALLAH s.w.t berfirman dalam surah al-Maidah ayat ke-35 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah al-Wasilah (yang boleh menyampaikan kepadaNya) (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. 

Kata Imam Abu Ja’far al-Tabari, maksudnya: “dan carilah kepadaNya al-Wasilah” dalam ayat ini adalah: “dan carilah kedudukan yang dekat kepadaNya dengan kamu beramal dengan amalan yang mendatangkan redhaNya” [Tafsir al-Tabari, 10/290].

Berkata pula Imam Qatadah rahimahullah, maksudnya adalah: “hendaklah kamu mendekatkan diri kepadaNya dengan mentaatiNya dan beramal dengan apa yang mendatangkan redhaNya”

 dan Imam Ibn Katsir rahimahullah menyatakan ia adalah tafsiran yang disepakati atas maknanya seluruh Ulama’ Tafsir. [Tafsir Ibn Katsir, 3/103].

Difahami daripada penjelasan ini maksud Tawassul pada Syarak adalah melakukan amalan-amalan ketaatan yang disyariatkan oleh ALLAH s.w.t dalam rangka mengharap redha ALLAH dan mencapai kedudukan yang dekat di sisiNya.

Diketahui juga bahawa Tawassul adalah Ibadah kepada ALLAH s.w.t maka hendaklah dilakukan dengan Ikhlas yakni ditujukan semata-mata kepada ALLAH jika ditujukan kepada selainNya maka ia adalah Syirik dan hendaklah sesuai dengan Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan kefahaman para Sahabat baginda r.a. jika tidak ia akan menjadi bid’ah yang menyesatkan.

Fokus perbahasan Tawassul dalam kalangan Ahli Ilmu menjurus kepada Tawassul dalam berdoa yakni perkara-perkara yang dijadikan sebagai sebab dan pendekat antara kita dengan ALLAH s.w.t dalam doa kita sehingga doa itu menjadi mustajab dan diqabul (diterima) ALLAH s.w.t.


Tawassul yang sahih

Dalam al-Quran dan as-Sunnah terdapat tiga jenis Tawassul dalam doa yang digalakkan dan dibenarkan bahkan diseru supaya kita beramal dengannya iaitu:

Pertama: Bertawassul kepada ALLAH s.w.t dengan nama-nama ALLAH yang Maha Indah dan sifat-sifat ALLAH yang maha tinggi seperti firman ALLAH s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 180 yang bermaksud: “dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama-nama itu…”. Maka kita digalakkan untuk menyeru ALLAH s.w.t dengan nama yang sesuai dan munasabah dengan permohonan kita seperti jika hendak memohon rezeki maka diseru: Ya RAZZAQ, berilah aku rezeki dan seumpamanya.

Kedua: Bertawassul kepada ALLAH s.w.t dengan menyatakan dalam doa kita amal-amal soleh yang kita lakukan dan ini tsabit dalam doa-doa al-Quran antaranya firman ALLAH s.w.t dalam surah Ali Imran ayat ke-53 berkenaan doa kaum Hawariyyin: “Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)”. Pada doa ini terdapat tawassul kepada ALLAH dengan menyatakan keimanan kepada ALLAH dan mutaba’ah (mengikut) Sunnah Rasul.

Ketiga: Bertawassul dengan memohon kepada orang-orang soleh yang masih hidup untuk mendoakan kita dan juga dengan doa saudara se-Islam antara mereka. Tawassul jenis ini adalah apa yang para Sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam r.hum lakukan dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam di mana mereka memohon supaya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan untuk mereka seperti dalam hadis daripada Anas bin Malik r.a bahawa ketika mana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sedang berkhutbah maka datang seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, telah musnah kuda-kuda dan kambing-kambing (disebabkan tiada hujan) maka berdoalah kamu kepada ALLAH supaya Dia menurunkan hujan. Maka baginda mengangkat tangan lalu berdoa. [HR al-Bukhari & Muslim].

Demikian juga semasa berlaku musim kemarau di zaman Umar bin al-Khattab r.a beliau telah bertawassul dengan doa al-’Abbas bin Abdul Muttalib r.a untuk memohon hujan kepada ALLAH: Kata Anas bin Malik r.a bahawa Umar bin al-Khattab r.a jika tidak turun hujan maka beliau akan berdoa memohon hujan dengan perantara al-’Abbas bin Abdul Muttalib r.a, beliau berdoa: Ya ALLAH, adalah kami dahulu bertawassul kepadaMu dengan Nabi kamu lalu kamu menurunkan hujan kepda kami, maka sekarang ini kami bertawassul pula kepada kamu dengan bapa saudara Nabi kami maka turunkan kepada kami hujan. Maka mereka pun diturunkan hujan. [HR al-Bukhari].

Tawassul Umar bin al-Khattab r.a dengan al-’Abbas r.a di sini bermaksud Tawassul dengan doa beliau kerana beliau menyatakan dalam doanya bahawa mereka dahulu bertawassul dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan sekarang mereka bertawassul setelah kewafatan Nabi dengan al-Abbas r.a dan dimaklumi dalam hadis yang pertama tawassul mereka kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah dengan memohon baginda berdoa bagi pihak mereka.

Demikian juga dalam riwayat Zubair bin Bakkar bahawa setelah itu al-’Abbas r.a berdoa: “Ya ALLAH, sesungguhnya tidak turun bala’ melainkan disebabkan dosa dan tidak diangkat melainkan dengan Taubat, dan mereka ini telah bermohon kepadaMu melalui aku kerana kedudukanku di sisi Nabi Mu dan inilah tangan-tangan kami menadah kepadaMu dengan penuh dosa dan ubun-ubun kami terserah kepadaMu dengan penuh taubat maka turunkanlah kepada kami hujan”, seraya dengan itu juga hujan diturunkan. [Fathul Bari, 2/497].

Difahami juga daripada Hadis Umar bin al-Khattab ini bahawa Tawassul dengan doa orang soleh itu hanya dengan doa mereka semasa mereka masih hidup, disebabkan itu setelah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam wafat mereka beralih daripada bertawassul dengan doa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada bertawassul dengan doa al-’Abbas r.a.  

Adapun tawassul dengan bermohon kepada ALLAH melalui kedudukan (jah) dan berkat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam atau orang soleh seperti dikatakan: Ya ALLAH, dengan berkat kemuliaan kedudukan Nabi-Mu di sisiMu…. dan seumpamanya maka ianya tidak tsabit dalam nas-nas hadis yang sahih sama sekali. 

Demikian juga bermohon doa kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam atau orang soleh atau sesiapa sahaja yang telah mati seperti dikatakan di sisi kubur orang mati: “Wahai wali fulan, doakan untuk kami..” dan seumpamanya maka ini adalah Syirik Akbar (besar) yang menjadikan pelakunya murtad daripada Islam, nauzubillah min zalik.

Penulis adalah Ahli Majlis Syura, Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU)
Siaran akhbar Sabtu 24 November 2012 

Tuesday, November 6, 2012

[Q&A] Tawassul Yang Dibenarkan

Name: Abu Aisyah 

Soalan:Assalammualaikum ustaz. saya disini ingin bertanya mengenai hukum bertawassul dengan ulul amri iaitu nabi sebelum rasulullah s.a.w. saya pernah mendapat doa ini dimana kandungannya mengandungi nama seperi nabi isa, nabi musa, nabi adam nabi nuh dan rasulullah sendiri yang mana jika bertawassul dengan ulul amri ini akan memperolehi perlindungan dari allah s.w.t seperti mana Dia melindungi ulul amri tersebut. Mohon penjelasan dari pihak ustaz. Terima kasih

Jawapan: 

Ustaz Muhammad Asrie Sobri menjawab:

Waalaikumussalam.

Tawassul yang ada padanya dalil yang sahih adalah:

1- Tawassul dgn nama-nama dan sifat2 ALLAH
 
2- Tawassul dgn Amalan Soleh seperti kita berdoa: Ya ALLAH aku beriman kepadaMu maka ampunkan dosa2ku.

 
3- Tawassul dengan doa orang yg soleh yang masih hidup iaitu kita meminta beliau tolong mendoakan bagi pihak kita seperti mana para Sahabat meminta Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam doakan utk mereka supaya diturunkan hujan semasa baginda masih hidup.


Adapun selain daripada ini tidak ada dalilnya dan termasuk amalan bid’ah termasuk tawassul dgn Ulil Amri yang disebutkan.  

Wallahul muwaffiq.

 July 2, 2012 by admin in Persoalan Aqidah