Showing posts with label santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label santapan Rohani. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

GANJARAN PAHALA MENDENGAR BACAAN AL QURAN...


BISMILLAHIR ROHMA NIR ROHIM

Di dalam Islam, bukan membaca Al-Quran saja menjadi ibadah dan amal yag mendapat pahala dan RAHMAT ALLAH, tetapi mendengarkan bacaan Al-Quran pun begitu juga... Tentang pahala orang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan jelas dalam Surah Al-A'raaf ayat 204 disebut sebagai berikut: Artinya: "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat"...

MENDENGAR BACAAN AL QURAN dengan baik dan tenang, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk ALLAH... Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan baik... Demikian besar MUKJIZAT AL QURAN sebagai wahyu Ilahi, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya.. Malahan semakin sering orang membaca dan mendengarkannya, semakin terpikat hatinya kepada Al-Quran; dan bila Al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu akan lebih memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarkannya dan bertambah imannya... Bagaimana keadaan orang Mukmin tatkala mendengarkan bacaan Al-Quran itu digambarkan oleh firman Allah sebagai berikut:

Artinya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal."..Surah An-Anfaal (ayat 2)...

Diriwayatkan bahawa pada suatu malam, Rasulullah S.A.W. mendengarkan Abu Musa Al-Asy'ari r.a. membaca Al-Quran sampai jauh malam... Sepulang baginda di rumah, baginda ditanya oleh Aisyah r.anha., apa sebabnya pulang sampai jauh malam... Rasulullah s.a.w. menjawab, bahawa beliau terpikat oleh kemerduan suara Abu Musa Al-Asy'ari membaca Al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud a.s...

Di dalam riwayat, banyak sekali dikisahkan, betapa pengaruh bacaan Al-Quran pada masa Rasulullah S.A.W. terhadap hati orang-orang kafir yang setelah mendengarkan bacaan Al-Quran itu... Tidak sedikit hati yang pada mulanya keras dan marah kepada Nabi Muhammad S.A.W serta pengikut-pengikutnya, berbalik menjadi lunak dan mahu mengikuti ajaran Islam...

Rasulullah S.A.W. sendiri sangat gemar mendengarkan bacaan Al-Quran dari orang lain... Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, bahawa Abdullah Ibnu Mas'ud menceritakan sebagai berikut: " Rasulullah berkata kepadaku: "Hai Ibnu Mas'ud, bacakanlah Al-Quran untukku!". Lalu aku menjawab: "Apakah aku pula yang membacakan Al-Quran untukmu, ya Rasulullah, padahal Al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?". Rasulullah menjawab: "Aku senang mendengarkan bacaan Al-Quran itu dari orang lain."... Kemudian Ibnu Mas'ud membacakan beberapa ayat dari surat An-Nisaa'... Maka tatkala bacaan Ibnu Mas'ud itu sampai kepada ayat 41 yang berbunyi:

Artinya: "Maka bagaimanakah (hal orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (umatmu)." sedang ayat itu sangat mengharukan hati Rasulullah S.A.W., lalu beliau berkata: "Cukuplah sekian saja, ya Ibnu Mas'ud!"... Ibnu Mas'ud melihat Rasulullah menitiskan air matanya serta menundukkan kepalanya...
by Ramli Joned

MARILAH SAMA-SAMA KITA BANYAK MENDENGAR AL QURAN, SERTA MEMAHAMI ISI KANDUNGANNYA....

MUKMIN YANG KUAT LEBIH DIKASIHI ALLAH



Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “SEORANG MUKMIN YANG KUAT itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah, daripada seorang mukmin yang lemah, dan dalam segala sesuatu itu baik adanya. Jagalah apa yang bermanfaat bagimu, mintalah tolong kepada Allah dan jangan merasa tidak mampu..” (Hadis Riwayat Muslim)..

Mukmin yang kuat adalah mukmin yang lebih cintanya dan taqarrubnya kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan pada pemahaman Kitab-Nya... Kerana ia kuat dalam memahami dan meneliti, kuat dalam berfikir dan menganalisa kebenaran dan kebatilan.... Mukmin yang kuat disini bukan bermakna kuat fizikal semata-mata, tetapi kuat yang dimaksudkan adalah kuat dari segi KEROHANIAN, JIWA, DAN DAYA PEMIKIRAN.... Ia mampu untuk melihat sesuatu perkara yang bermanfaat dan berbahaya... Contohnya apabila ia lihat temannya dalam keadaan lemah, ia berusaha untuk memperkuatkannya dan mengatasi kelemahannya.... Apabila ia lihat umatnya dalam keadaan kritikal berpenyakit, ia akan mencari ubatnya....

Apabila kita ingin menjadi mukmin yang kuat, kita perlu melihat AL QURAN, dengan kekuatan analisa, pemahaman, pemikiran dan makrifat untuk mengetahui maksud yang dibaca... Kita perlu menguasai jiwa, perasaan, nurani dan hati... Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Orang yang kuat itu bukanlah orang yang kuat dalam berkelahi, akan tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah...” (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)...

KITA PERLU SETIAP HARI mempersiapkan diri kITA dengan kekuatan IMAN dan hidupkan hati dengan ZIKRULLAH, memahami masaalah umat Islam dan berusaha untuk mengatasinya..... Membaiki peribadi dan akhlak Islam, memperkukuhkan kekuatan akidah dan mempertingkatkan hubungan hati dengan Allah SWT.....

Seorang mukmin adalah orang yang tidak pernah merasa bahawa dirinya tidak mampu.... Dibuangkan jauh-jauh segala kelemahan dirinya dengan sebuah keyakinan, bahawa Allah Yang Maha Berkuasa telah membangkitkan dalam dirinya kebaikan, kemampuan dan kekuatan.... Yakin dengan janji-janji Allah dan terus berjihad, berjuang dan berkorban apa sahaja demi mencari keredaan Allah SWT.. Yang penting laksanakan dahulu tugas dan tanggungjawab, dan segala masaalah serahkan kepada Allah SWT... Insya Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah SWT......
By Ramli Joned
  

SYAITAN TEWAS KEPADA HAMBA ALLAH YANG IKHLAS...

BISMILLAHIR ROHMA NIR ROHIM.....



Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada sebatang pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung... Maka ada seorang lelaki mengatakan, ”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”... Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya…

Syaitan yang menyerupai manusia, menunggu di pokok itu dan berkata, ”Apa yang kau ingin lakukan ?"   Lelaki itu menjawab, "Aku ingin tebang pokok ini... Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini"... Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu... Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini"... Lalu terjadilah pergelutan, dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu... Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini… Tetapi dengar dulu cadangan aku... Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini... Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah... Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar, di bawah bantal tidurmu, pada setiap pagi." ...Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut...

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya... Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan... Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu... Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab, "Aku nak tebang pokok ini.. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan.. Kau telah tipu aku"... Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu... Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini"....

Lalu terjadilah pergelutan, dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu.. Syaitan berkata, ”Tahukah kamu siapa aku?"... Syaitan memberitahu, dia sebenarnya adalah syaitan... Lelaki itu bertanya, " Mengapa hari itu, aku dapat kalahkan kau, tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?".. Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau IKHLAS semata-mata kerana Allah, sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau... Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah, tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah, maka aku berjaya mengalahkan kau"....

by Ramli Joned