Showing posts with label solat tarawikh. Show all posts
Showing posts with label solat tarawikh. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Solat Tarawih Di Akhir Malam



Solat Tarawih Di Akhir Malam

Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke 19 Ramadhan. Dalam entry sebelum ini aku ada sebut mengenai solat tarawih yang dilakukan di akhir malam adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya. Berikut adalah dalilnya :

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Ibnu Khuzaimah, Al-Baihaqi dan lain-lain.

Abdul Rahman Bin Abdul Qari berkata :
“Pada suatu malam dalam bulan Ramadhan saya keluar dengan ‘Umar ke masjid. Di situ sudah banyak orang-orang yang bersolat dengan terpencar-pencar, ada yang bersolat sendirian dan ada pula yang bersolat diikuti oleh orang banyak.

‘Umar lalu berkata : “Saya berpendapat alangkah baiknya kalau mereka itu dikumpulkan dengan mengikuti seorang imam. Saya rasa itu yang lebih utama.”

Lalu besok malamnya, dikumpulkan mereka dan sebagai imamnya ditunjukkan Ubay Bin Ka’ab. Pada suatu malam yang lain, saya keluar pula ke masjid dengan ‘Umar, sedang orang-orang yang banyak sedang bersolat mengikuti seorang imam sahaja. Di saat itu ‘Umar berkata : “Alangkah baiknya bid’ah seperti ini. Tetapi orang-orang yang tidur untuk bersolat akhir malam nanti adalah lebih utama daripada orang-orang yang mengerjakannya sekarang.”

(Kitab Rujukan : Fikih Sunnah Jilid 2, Saiyid Sabiq. Alih Bahasa Oleh Mahyuddin Syaf, Cetakan ketiga 1982)

Aku berpegang dengan perkataan 'Umar di akhir hadis yang tersebut di atas.

Walaubagaimanapun berdasarkan keterangan-keterangan yang lain dari sumber yang lain dari kitab Fikih Sunnah bahawa para salaf dahulu mengerjakan solat tarawih di awal malam secara berjama'ah. Keterangan ini aku baru dapat siang tadi dari Majalah Al-Furqon. Hal ini perlu aku fikirkan. Solat tarawih yang dilakukan orang sekarang walaupun menyamai dari segi dilakukan diawal waktu, berjama'ah dan di masjid, tetapi mereka jauh dari mengikuti amalan para salaf dari segi ketepatan pengamalan sunnah Nabi s.a.w., seperti dari segi ketenangan, saf rapat dan saf lurus. Solat tarawih sekarang dilakukan dengan cepat-cepat tanpa ketenangan. Pergerakan antara rukun oleh imam solat tarawih cepat-cepat tanpa memerhatikan makmum dibelakangnya. Makmum akan tergocoh-gocoh untuk ikut pergerakan imam yang bodoh itu. Imam dan makmum tak pedulikan untuk merapatkan saf dan meluruskan saf. Selepas salam mereka menjerit-jerit dengan entah apa-apa bacaan dan solawat. Lafaz bacaan solawat yang dijerit itu pun tak betul.

Lafaz "bid'ah" pada perkataan 'Umar "Alangkah baiknya bid’ah seperti ini" adalah dengan makna dari segi lughawi bukannya dari segi makna hakiki. Ini telah diterangkan oleh ulama hadis dan bahasa arab. Solat tarawih berjama'ah bukan bid'ah dari segi hakiki kerana ia adalah sunnah yang pernah dikerjakan di zaman Nabi s.a.w. Untuk keterangan yang lebih baik boleh didapati dari kitab hadis dan syarahnya.




(Petikan tulisan aku pada

Thursday, September 18, 2008)


~Ibnu Hasan Al.....

.................................................................................

 
 *Kalau kita pergi mana-mana masjid yang buat solat taraweh nescaya kita akan lihat sof solatnya tidak rapat dan tidak lurus seperti-mana yang sunnah kehendaki. Justeru itu bagaimana hendak mendapat pahala solat tarawehnya melainkan dapat letih berdiri.
  *Kekurangan ajar seperti sof yang tidak rapat seperti yang sunnah kehendaki itu menyakitkan orang yang beriman lagi berilmu. Orang bodoh berlagak pandai tak merasa apa-apa bersalah.

Thursday, August 18, 2011

SOLAT TARAWIKH BAGI WANITA DIMASJID ATAU DIRUMAH.



Penjelasan Syaikh Musthofa Al ‘Adawiy :

Jika menimbulkan godaan ketika keluar rumah (ketika melaksanakan solat tarawih), maka solat di rumah lebih utama bagi wanita daripada di masjid. Hal ini berdasarkan hadis dari Ummu Humaid, istri Abu Humaid As Saa’idiy. Ummu Humaid pernah berjumpa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata bahwa dia sangat suka
sekali bila dapat solat bersama Baginda. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

قَدْ عَلِمْتُ أَنَّكِ تُحِبِّينَ الصَّلاَةَ … وَصَلاَتُكِ فِى دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِى مَسْجِدِ قَوْمِكِ وَصَلاَتُكِ فِى مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِى مَسْجِدِى

”Aku telah mengetahui bahwa engkau suka sekali jika dapat solat bersamaku. ... Solatmu di rumahmu lebih baik dari solatmu di masjid kaummu. Dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjidku.” [1]

Namun jika wanita tersebut merasa tidak sempurna mengerjakan solat tarawih tersebut di rumah atau malah malas, juga jika dia pergi ke masjid akan mendapat faedah lain bukan hanya solat (seperti dapat mendengarkan nasihat-nasihat agama atau pelajaran dari orang yang berilmu atau dapat pula bertemu dengan wanita-wanita muslimah yang sholihah, atau di masjid para wanita yang saling mengingatkan untuk banyak mendekatkan diri pada Allah, atau dapat menyimak Al Qur’an dari seorang qori’ yang bagus bacaannya), maka dalam keadaan seperti ini, wanita boleh saja keluar rumah menuju masjid.

Hal ini diperbolehkan bagi wanita asalkan dia tetap menutup aurat dengan menggunakan hijab yang sempurna, keluar tanpa memakai harum-haruman (parfum), dan keluarnya pun dengan izin suami. Apabila wanita berkeinginan menunaikan solat jama’ah di masjid (setelah memperhatikan syarat-syarat tadi), hendaklah suami tidak melarangnya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمُ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ

“Janganlah kalian melarang istri-istri kamu untuk ke masjid, namun solat di rumah mereka (para wanita) tentu lebih baik.” [2]
Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

إِذَا اسْتَأْذَنَكُمْ نِسَاؤُكُمْ إِلَى الْمَسَاجِدِ فَأْذَنُوا لَهُنَّ

“Jika istri kamu meminta izin pada kamu untuk ke masjid, maka izinkanlah mereka.” [3]. Inilah penjelasan Syaikh Musthofa Al Adawi hafizhohullah. [4]
------------------------------------
Foot note:
[1] HR. Ahmad no. 27135. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadis ini hasan.
[2] HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sohih
[3] HR. Muslim

Wednesday, August 17, 2011

Hukum Qunut Witir Pada Malam Ramadan


حكم دعاء القنوت في التراويح

س: ما حكم قراءة دعاء القنوت في الوتر في ليالي رمضان، وهل يجوز تركه؟

ج: القنوت سنة في الوتر، وإذا تركه في بعض الأحيان فلا بأس.(مجموع الفتاوى 30/ 32)لفضيلة الشيخ ابن باز رحمه الله تعالى.

Soalan : apa hukum membaca doa qunut dalam witir pada malam-malam Ramadhan, apakah boleh meninggalkannya ?

Syeikh Ibn Baz rahimahullah menjawab : qunut adalah sunnah dalam witir dan jika kadang-kadang dia meninggalkannnya maka hal itu tidak mengapa.

[ Majmu` fatawa 30/32 ]

س: يستمر بعض الأئمة في القنوت في الوتر كل ليلة، فهل أثر هذا عن سلفنا؟

ج: لا حرج في ذلك، بل هو سنة؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم لما علم الحسن بن علي رضي الله عنهما القنوت في الوتر لم يأمر بتركه بعض الأحيان ولا بالمداومة عليه، فدل ذلك على جواز الأمرين، ولهذا ثبت عن أبي بن كعب رضي الله عنه حين كان يصلي بالصحابة رضي الله عنهم في مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه كان يترك القنوت بعض الليالي ولعل ذلك ليعلم الناس أنه ليس بواجب. والله ولي التوفيق. .(مجموع الفتاوى 30/33)لفضيلة الشيخ ابن باز رحمه الله تعالى

Soalan : Sebahagian imam masjid terus membaca doa qunut dalam witir pada setiap malam, maka apakah ini ada atharnya dari salaf ?

Beliau menjawab : tidak mengapa demikian bahkan itu sunnah kerana Nabi sallallahualaihiwassallam ketika mengajar Hasan bin Ali radiallahuanhuma qunut dalam witir beliau tidak memerintahkan untuk meninggalkannya diwaktu tertentu dan tidak pula untuk terus membacanya, maka ini menunjukkan tentang bolehnya kedua-dua perkara tersebut, dan sebab ini telah thabit dari Ubay bin Ka’ab radiallahuanhu ketika dia mengimami para sahabat radiallahu anhum di masjid Rasul sallallahualaihiwassallam bahawasanya dia kadang-kadang pada suatu malam tidak membacanya dan boleh jadi hal ini dia melakukannya untuk mengajarkan pada manusia bahawa itu bukan perkara wajib. Wallahu waliyyut taufiq.

[ Majmu` Fatawa 30/33 ]

Terjemahan Abul Hussein

credit to: Muhammad Fashan Ahmad Ziadi , August 16, 2011


Sunday, August 14, 2011

Solat Tarawikh -Waktu solat

Soalan :
Bilakah waktu bermula dan berakhir solat tarawikh...adakah bermulanya selepas Isyak dan berakhir sebelum subuh seperti solat witir? Dan bilakah waktu yang afdal dilakukan? Ada yang menyatakan lebih afdal dilakukan di tengah malam. Minta penjelasan...


Jawapan :

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.Menurut Imam al-Nawawi rh bahawa solat tarawih bermula selepas solat Isya’ and berakhir apabila terbit fajar.

Waktu afdal solat malam adalah 1/3 malam. Akan tetapi waktu afdal solat tarawih adalah selepas isya’ bersama-sama dengan Imam di masjid. Sabda Nabi :saw :

مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
“Barangsiapa yang bersolat bersama Imam sehingga Imam beredar, ditulis akannya seolah-olah bersolat sepenuh malam” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi].


Ibn Qudamah rh memetik soalan yang pernah ditanya kepada Imam Ahmad :

تُؤَخِّرُ الْقِيَامَ يَعْنِي فِي التَّرَاوِيحِ إلَى آخِرِ اللَّيْلِ ؟ قَالَ : لا , سُنَّةُ الْمُسْلِمِينَ أَحَبُّ إلَيَّ
“Apakah anda akan melambatkan tarawih sehingga keakhir malam? Jawab beliau : TIDAK, sunnah (kebiasaan) orang Islam lebih aku sukai”


Hadith solat tarawih juga menyebut bahawa para sahabat telah mengikuti Nabi :saw bersolat di masjid selama 3 hari berturut-turut.

Solat tarawih berjemaah juga merupakan amalan shahabat, tabien,dsb. Menurut Imam al-Shaukani :” Imam al-Syafie dan beberapa sahabatnya, Abu Hanifah, Ahmad dan beberapa yang lain mengatakan bahawa adalah lebih baik bersolat terawih secara berjemaah sebagaimana yang dilakukan oleh Umar Ibn Khattab ra. dan sahabat-sahabat dan diteruskan oleh umat Islam selepasnya….” [Nail al-Authaar 3/62].


Jelas menunjukkan bahawa waktu afdal solat tarawih adalah selepas Isya’, dilakukan secara berjemaah bersama Imam.

Penerangan ini sekali gus menunjukkan bahawa bilangan rakaat tarawih juga adalah mengikut Imam yang mengimami solat tarawih tersebut. Jika Imam buat 8 rakaat, kita buat 8 rakaat. Jika Imam buat 20 rakaat, kita buat 20 rakaat juga kalau kita mampu. Kalau kita buat 8 rakaat, jangan mempertikaikan mereka yang buat 20 rakaat, dan begitulah sebaliknya.


Akan tetapi, kepada mereka yang tidak dapat ke masjid, mereka mempunyai peluang untuk melakukan solat tarawih pada penghujung malam. WA.

Sekian, wassalam

by :kamin ; al Ahkam.net