Showing posts with label tazkiyatunnafs. Show all posts
Showing posts with label tazkiyatunnafs. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Keutamaan Sifat suka MEMAAFkan..

 
 
 
"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)

Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

Nabi pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)
~Nawawi Abdul Rahman
 

Friday, August 5, 2011

Tiga Golongan Manusia Yang Akan Mendapat Kebinasaan.


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, kemudian baginda berkata :

"Amin..amin. .amin..".

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda :

"Wahai Rasulullah, semasa tuan naik ke atas mimbar, tuan sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah sebabnya?)"

Kemudian Rasulullah SAW memberikan keterangan: "Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin" kemudian aku mengaminkannya."

"Dan barangsiapa yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :Amin"

"Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan salawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW)

(amin), maka aku katakan "Amin"

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dlm kitab sahihnya 3:118)

Dalam hadis ini Jibril a.s telah memohon tiga doa (kebinasaan) dan Rasulullah SAW pun telah mengaminkan ketiga-tiga doa itu. Jibril adalah malaikat yang begitu hampir dngan Allah SWT dan adalah jelas kepada kita bahawa amin dari Nabi SAW menjadikan doa itu bertambah makbul. Hanya Allah SWT dengan limpahNya sahaja yang boleh memberi taufik kepada kita untuk menjauhi ketiga-tiga perkara tersebut dan supaya kita terpelihara daripada semua kebinasaan itu.

Terdapat tiga golongan manusia yang akan mendapat kebinasaan :

Golongan Pertama : Seseorang yang didatangi Ramadan tetapi dia masih tidak diampunkan.

Golongan Kedua :Seseorang yang kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka telah tua tetapi dia tidak berkhidmat kepada mereka .

Golongan Ketiga : Seseorang yang nama Nabi SAW disebut dihadapannya tetapi dia tidak berselawat keatas baginda .

Huraiannya .....

Golongan Pertama : Seseorang yang didatangi Ramadan tetapi dia masih tidak diampunkan.

Apabila seseorang itu mendatangi bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka .

Seseorang yang amat rugi adalah apabila datangnya bulan Ramadan iaitu bulan yang penuh kebaikan dan keberkatan, tetapi dia tidak mendapat kebaikannya. Dia masih lalai dan bergelumang dengan noda dan dosa. Sedangkan Ramadan adalah bulan rahmat dan keampunan. Di bulan ini rahmat Allah SWT turun bagaikan hujan.

Oleh itu sesiapa yang membiarkan bulan Ramadan berlalu dalam keadaan keburukan dan kecuaian yang begitu teruk sekali sehingga menyebabkan dia terluput daripada keampunan, maka masa mana lagi yang boleh menjamin keampunan untuknya dan apa lagi yang hendak ditunggu untuk kebinasaan?

Sedangkan jalan untuk mendapat keampunan ialah dengan menunaikan amalan-amalan pada bulan Ramadan seperti berpuasa dan berterawih , bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dengan sepenuh-penuh perhatian dan kemudian pada setiap masa memperbanyakkan bertaubat dan beristighfar atas dosa-dosanya.

Golongan Kedua :Seseorang yang kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka telah tua tetapi dia tidak berkhidmat kepada mereka .

Apabila seseorang yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya.

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang[serta mendoakan mereka]. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Anak-anak perlu menghormati [dan berbuat baik terhadap] kedua ibu bapa mereka atau salah seorang daripada mereka, tidak dibenarkan bersikap biadab, jangan bertemu mereka dalam keadaan takabbur, meninggikan suara lebih dari suara mereka, jangan memanggil mereka dengan nama mereka, jangan mendahului mereka dalam apa-apa urusan pun, berlemah lembut dengan mereka dalam amar makruf nahi mungkar, jika mereka tidak menerima, teruskan berlaku baik terhadap mereka dan sentiasa mendoakan hidayat untuk mereka. Pendek kata mesti memberi penghormatan terhadap mereka dalam setiap perkara.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jika kamu suka jagalah dia atau sia-siakanlah dia". Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW : "Apakah hak-hak kedua ibu bapa?" Baginda bersabda maksudnya : "Mereka adalah syurgamu dan nerakamu." Iaitu keredaan mereka adalah syurga dan kemarahan mereka adalah neraka.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Semua dosa selain syirik akan diampunkan sekiranya dikehendaki, tetapi dosa menderhakai ibu bapa akan mendatangkan bala sebelum mati di dalam dunia ini lagi."

Nabi SAW ada bersabda maksudnya :

"Sesiapa kedua-dua orang tuanya telah meninggal dunia dalam keadaan dia menderhakai mereka, hendaklah dia memperbanyakkan doa dan istighfar untuk mereka dan dia akan dikira sebagai seorang anak yang taat."

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sebaik-baik kebaikan yang dapat dibuat selepas kematian seseorang bapa ialah berlaku baik terhadap teman-teman bapanya."

Oleh itu janganlah kita menjadi anak yang derhaka yang tidak akan mencium bau syurga, di dunia lagi akan mendapat balasannya , apatah lagi di akhirat akan mendapat azab yang besar bahawa dia akan dibakar di dalam api neraka Jahanam. Berbaktilah sebaik mugkin kepada kedua ibu bapa kita semoga sentiasa mendapat reda mereka dan mendapat reda Allah SWT.

Golongan Ketiga : Seseorang yang nama Nabi SAW disebut dihadapannya tetapi dia tidak berselawat keatas baginda.

Banyak hadis yang lain yang memberi ancaman terhadap orang yang tidak mahu berselawat keatas Nabi SAW apabila mendengar nama Nabi SAW disebut dihadapannya. Orang yang demikian diangap orang yang celaka dan paling bakhil. Terdapat banyak kelebihan-kelebihan berselawat keatas Nabi SAW, seperti Allah SWT akan menurunkan 10 rahmat, malaikat akan berdoakan untuknya, dosa-dosanya akan diampunkan, darjat-darjatnya akan ditinggikan, mendapat pahala sebesar Gunung Uhud, akan mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat dan mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

Oleh itu kita digalakkan supaya sentiasa berselawat keatas Rasulullah SAW setiap masa terutama janganlah abaikan untuk berselawat keatas Nabi SAW apabila kita mendengan sahaja nama baginda disebutkan supaya tidak termasuk golongan yang akan mendapat kecelakaan.

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita menginsafi diri kita sendiri dengan bermuhasabah adakah ketiga-tiga doa malaikat yang diaminkan oleh Nabi SAW itu berlaku keatas diri kita? Jika berlaku bertaubatlah segera dan minta ampunlah kepada Allah SWT , minta Allah SWT menjauhkan diri kita daripada tiga kecelakaan tersebut. Oleh itu sempena kita melaksanakan ibadah puasa dibulan Ramadan al-Mubarak maka jadikanlah Ramadan tahun ini adalah Ramadan terbaik dan diampunkan segala dosa-dosa kita dan dijauhi daripada api neraka dan dimasukkan kedalam syurga-Nya.Taat dan hormatilah kedua ibu bapa kita yang masih hidup sekiranya mereka sudah meninggal dua banyakkan berdoa dan beristighfar untuk mereka. Kemudian banyakkalah membaca selawat dan sentiasa menjawab selawat apabila nama Nabi SAW dibacakan dihadapan kita .

by Abu Basyer , August 4, 2011

Wednesday, June 15, 2011

Iman Menambah Ketajaman Berfikir


Iman Menambah Ketajaman Berfikir

Sekarang, orang beriman menatap janji-janji Allah itu dengan mata hatinya yang tajam secara haqqul yaqin, karena fikirannya memahami ayat-ayat Allah, dan kelak ia akan melihat janji-janji Allah itu dengan ‘ainul yaqin. Al-Qur’an banyak menjelaskan bahwa tanda-tanda kebesaran Allah itu diperuntukkan bagi orang-orang yang mau berfikir.

lni berarti bahwa membuka lembaran fikiran dan mengisinya dengan prinsip-prinsip keimanan dan kebenaran adalah kaedahyang paling berkesan untuk mempertajam fikiran, malah cara cepat untuk menenangkan fikiran.

Maka satu sifat yang paling menonjol bagi seorang pembawa risalah ilahiyah adalah al-fathonah (kecerdasan dan ketajaman berfikir).


Dalam panduan suci Rasulullah bersabda,

“Orang yang cerdik adalah orang yang mampu melakukan introspeksi ke dalam dirinya dan ia beramal sebagai bekal sesudah matinya. Sedangkan orang yang
lemah fikirannya adalah orang yang nafsunya menuruti kesenangannya( memperturutkan hawanafsu ) dan ia berangan-angan meraih cita-cita di sisi Allah.”

Tanda kedalaman iman seseorang tidaklah cukup dengan banyak amal dan dzikir saja. Akan tetapi iman yang dalam selalu membuahkan sikap hati-hati (taqwa) dan mempersiapkan bekal akhirat dengan beramal shalih. Sikap hati-hatinya tampak dalam upaya melakukan muhasabatun nafs (introspeksi diri) dan persiapan menghadapi akhiratnya tampak dalam amal shalih yang ia lakukan dengan tekun.

Maka muhasabah yang tidak melahirkan amal shalih hanyalah kekeringan rohani, biarpun penuh dengan linangan airmata sesaat. Akan tetapi amal shalih yang banyak dilakukan tanpa muhasabah, tidaklah diketahui kualitasnya dan tidak pula kadar keabsahannya.

Sebuah peristiwa besar dalam sejarah perjalanan hijrah Rasulullah SAW bersama Abu Bakar ra, ketika mereka berdua berada di gua persembunyian (gua Tsur), Abu Bakar melihat langkah kaki orang-orang musyrikin di depan goa itu. Maka ia berfikir akan datangnya bahaya yang mengancam mereka berdua. RasuIullah SAW berkata, “Hai Abu Bakar! Apa yang kau kira terhadap orang yang berdua? Allah yang ketiganya. Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”


Kata-kata mutiara iman semacam itulah yang telah membuat fikiran Abu Bakar menjadi tenang. Memang ketenangan fikiran seorang mukmin hanya tercipta dengan menguatkan hubungan batinnya kepada Allah dan demikianlah iman kepada yang ghaib akan menambah ketenangan dan ketajaman berfikir.


Dalam suasana berkabung, fikiran sering kacau dan tumpul dalam mengambil sikap. Kerana pukulan musibah dianggap lebih besar dibanding curahan rahmah, atau ujian kesusahan telah menghapus uiian kenikmatan. lni adalah spontanitas kesalahan berfikir yang tidak boleh dibiarkan berlarut-larut. Maka doa dalam menghadapi musibah kesusahan yang diajarkan Rasulullah adalah,

“Sesungguhnya kita milik Allah, dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya. Ya Allah, berilah aku pahala dalam menghadapi musibah ini dan berikan kepadaku yang lebih baik darinya.”

Doa dalam kesusahan memang sangat dibutuhkan, akan tetapi nilai pelaiaran keimanan Yang kental dalam doa itu jauh lebih Penting. Sebagaimana Rasulullah pernah memimpin penguburan seorang sahabat Anshar. Ketika mereka sampai di kuburan, sedangkan liang lahat belum selesai dipersiapkan, Rasulullah duduk dan para sahabat duduk di sekitarnya dengan tenang, seakan-akan ada burung hinggap di atas kepala mereka. Rasulullah menancapkan tongkatnya ke tanah kemudian beliau menengadah ke atas seraya berkata, "Berlindunglah kalian kepada Allah dari siksa kubur!” sampai tiga kali.


Kemudian beliau bersabda,

“Sesungguhnya hamba mukmin ketika berpisah dengan dunia dan menuju akhirat, para malaikat dari langit turun kepadanya dengan wajah Putih cemerlang bagai matahari. Mereka membawa kafan dari surga dan minyak wangi campuran dari surga sampai mereka duduk seiauh mata memandang. Kemudian datanglah malaikat maut dan duduk di samping kepalanya berkata, “Wahai roh suci! Keluarlah kamu menuju ampunan Allah dan ridha-Nya!” Maka roh itu mengalir keluar seperti air keluar dari mulut kendi. Kemudian malaikat maut mengambilnya, dan para malaikat tidak membiarkannya sekejap matapun, sampai mereka mengambilnya dan meletakkannya di kafan dan minyak wangi itu, sehingga keluarlah aroma yang sangat harum seharum misik terbaik di muka bumi.

Para malaikat mengantarkan roh suci itu ke atas langit. Setiap kali mereka melewati jama’ah malaikat, pasti mereka menyambut dan mengatakan, “Roh suci dan wangi siapakah ini? Mereka menjawab, “Fulan bin fulan.” Disebutkan panggilan nama terbaik-nya di dunia sampai mereka ke ujung langit dunia, mereka minta untuk dibukakan pintu langit itu, dan segera dibukakan untuknya.

Para malaikat muqorrobun di langit itu dengan serentak mengantarkan roh itu ke langit berikutnya sampai ke langit yang tujuh. Allah ‘azza wajalla berfirman, “Catatlah kitab hamba-Ku dalam ‘illiyyin, dan kembalikan ia ke bumi dalam jasadnya.


Begitulah Rasulullah mengajarkan ketajaman berfikir yang disarikan dari keimanan kita kepada yang ghaib. Musibah tidak mampu membuat ketajaman berfikir dan kejernihannya menjadi tumpul dan terkotori, karena fikiran seorang mukmin tumbuh di atas iman yang benar dan kuat kepada yang ghaib.

Ust. Fadhlan Abu Yasir, Lc

Thursday, February 24, 2011

Cukup Sihatkah Jiwa Ini .?!..


Assalamualaikum...

Kita mungkin selalu mendengar ungkapan "jiwa @ hati yang mati " atau "jiwa atau hati yang punah/rosak " , atau buta matahati.. ia merujuk kepada entiti dalaman seorang manusia
yang melaluinya manusia punyai kesedaran . ...

persoalan yang cuba dirungkaikan di sini ialah apakah ciri @ tanda jiwa/hati (qalbun) yang hidup , sihat dan tenteram, serta bagaimana
memperolehnya....

Jiwa Yang Tenteram



Jiwa yang sihat dan tenteram memiliki beberapa tanda, sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab ،§Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨


Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita.


Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya.



Selain itu, jiwa yang sihat memiliki sifat sebagaimana berikut :

1. Matlamatnya Akhirat


Jiwa yang sihat bergerak dari dunia menuju ke akhirat dan seakan-akan telah sampai di sana. Sehingga dia merasa seperti telah menjadi penghuni akhirat dan putera-puteri akhirat. Dia datang dan berada di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing, yang mengambil sekadar keperluannya, untuk segera kembali ke negeri asalnya.


Nabi s.a.w bersabda,

"Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau (musafir) yang melalui suatu jalan." (HR. al-Bukhari)

Bila jiwa seseorang itu sihat, dia akan mengembara menuju akhirat dan menghampirinya, sehingga seakan-akan dia telah menjadi penghuninya.

Sedangkan bila jiwa tersebut sakit, maka dia akan terlena dengan dunia dan menganggapnya sebagai negerinya yang kekal, sehingga jadilah dia hamba kepadanya.



2. Keinginan Menuju Allah s.w.t.


Di antara tanda tenteramnya jiwa ialah ia selalu mendorong seseorang untuk kembali kepada Allah s.w.t. dan tunduk kepada-Nya. Dia bergantung hanya kepada Allah, mencintai-Nya sebagaimana seseorang mencintai kekasihnya. Tidak ada kehidupan, kebahagiaan, kenikmatan, kesenangan kecuali hanya dengan ridha Allah, merasa dekat dan rasa jinak terhadap-Nya. Merasa tenang dan tenteram dengan Allah, berlindung kepada-Nya, bahagia bersama-Nya, bertawakkal hanya kepada-Nya, yakin, berharap dan takut hanya kepada Allah .


Maka jiwa tersebut akan selalu mengajak dan mendorong pemiliknya untuk mecari ketenangan dan ketenteraman bersama Ilah sembahannya. Tatkala itulah ruh benar-benar merasa kehidupan dan kenikmatan dan menjadikan hidupnya lain daripada yang lain, bukan kehidupan yang penuh dengan kelalaian dan berpaling dari tujuan penciptaan manusia. Untuk tujuan menghamba kepada Allah s.w.t inilah syurga dan neraka diciptakan, para rasul diutus dan kitab-kitab diturunkan.

Abul Husain al-Warraq berkata, "Hidupnya jiwa adalah dengan mengingat Zat Yang Maha Hidup dan Tidak Pernah Mati, dan kehidupan yang nikmat adalah kehidupan bersama Allah, bukan selain-Nya."

Oleh karena itu terputusnya hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. adalah lebih dahsyat kepada orang-orang arif yang mengenal Allah daripada kematian, karena terputus dari Allah adalah terputus dari al-Haq, sedang kematian adalah terputus dari sesama manusia.


3. Tidak Bosan Berzikir

Di antara tanda sihatnya jiwa adalah tidak pernah bosan untuk berzikir mengingat Allah s.w.t Tidak pernah merasa jemu untuk mengabdi kepada-Nya, tidak terlena dan asyik dengan selain dari Nya, kecuali kepada orang yang menunjukkan jalan kepada Nya, orang yang mengingatkan dia kepada Allah s.w.t. atau saling mengingatkan dalam kerangka berzikir kepada-Nya.


4. Menyesal jika Tertinggal dari Berzikir

Jiwa yang sihat akan rasa menyesal, merasa sedih dan sakit melebihi sedihnya seorang bakhil yang kehilangan hartanya jika tertinggal atau terlupa berzikir.


5. Rindu Untuk Beribadah

Jiwa yang sihat selalu rindu untuk menghamba dan mengabdi kepada Allah s.w.t. , sebagaimana rindunya seorang yang lapar terhadap makanan dan minuman.


6.Khusyu' Dalam Shalat


Jiwa yang sihat akan meninggalkan segala keinginan dan sesuatu yang bersifat keduniaan ketika sedang menunaikan solat. Sangat berhati-hati dalam masalah solat dan bersegera melakukannya, serta memperolehi ketenangan dan kenikmatan di dalam solat tersebut. Baginya solat merupakan kebahagiaan dan penyejuk hati dan jiwa.


7.Keinginannya Hanya kepada Allah

Jiwa yang sihat, keinginannya hanya satu, iaitu kepada segala sesuatu yang diridhai Allah s.w.t.

.

8. Menjaga Waktu


Di antara tanda sihatnya jiwa adalah merasa sayang jika waktunya hilang dengan sia-sia, melebihi sayang seorang yang kikir terhadap hartanya.



9. Muhasabah dan Memperbaiki Diri


Jiwa yang sihat senantiasa memberi perhatian untuk terus memperbaiki amal, melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. Dia terus bersemangat untuk meningkatkan keikhlasan dalam beramal, mengharap nasihat, mutaba'ah dan ihsan (seakan-akan melihat Allah s.w.t. dalam beribadah, atau selalu merasa dilihat Allah). Di samping itu dia selalu memperhatikan pemberian dan nikmat dari Allah s.w.t. [serta mensyukurinya ] , juga sentiasa memperhatikan kekurangan dirinya di dalam memenuhi hak-hak-Nya ( Allah Taala )


Demikian di antara beberapa fenomena dan karakteristik yang menunjukkan sihatnya jiwa seseorang.


Dapat disimpulkan bahwa jiwa yang sihat dan tenteram :


*adalah qalbu yang himmah (keinginannya ) kepada sesuatu yang menuju Allah s.w.t. , mencintai-Nya dengan sepenuhnya, menjadikan-Nya sebagai matlamat.

*Jiwa raganya untuk Allah, amalan, tidur, bangun dan bicaranya hanyalah untuk-Nya.

*Dan ucapan tentang segala yang diridhai Allah lebih dia sukai daripada segala pembicaraan yang lain,

*fikirannya selalu tertuju kepada apa sahaja yang diridhai Allah dan dicintai-Nya.

*Berkhalwah (menyendiri) untuk mengingat Allah s.w.t lebih dia sukai daripada bergaul dengan orang, kecuali dalam pergaulan yang dicintai dan diridhai-Nya.

*Kebahagiaan dan ketenangannya adalah bersama Allah [solat, zikir dan bacaan Qurannya ], dan ketika dia mendapati dirinya berpaling kepada selain Allah, maka dia segera mengingat firman-Nya,


"Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu apabila engkau lupa.. (ertinya perlu sentiasa ingat Allah -jangan sampai lalai) .." ..(QS al Kahfi , 18 :24 )

Dan juga firmanNya ;

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.،¨

(QS. 89:27-28)


Dia selalu mengulang-ulang ayat tersebut, dengan harapan dia akan mendengarnya nanti pada hari Kiamat dari Rabbnya.. Maka akhirnya jiwa tersebut di hadapan Ilah (sembahannya ) yang Haq akan terwarna dengan sibghah (celupan) sifat kehambaan. Sehingga jadilah dia Hamba Allah yang sejati di segi sifat dan karakternya, ibadah adalah nikmat bukannya beban yang memberatkan. Dia melakukan ibadah [melakukan amalan ketaatan ] dengan rasa gembira, cinta dan rasa dekat kepada Rabbnya

.

Ketika diajukan kepadanya perintah atau larangan dari Rabbnya, maka hatinya berkata , "Aku sambut panggilan-Mu, aku penuhi dengan suka cita, sesungguhnya aku mendengar, taat dan akan melaksanakannya. Engkau berhak dan layak mendapat semua itu, dan segala puji kembali hanya kepada-Mu.،¨[sami'na wa atha'na - kami dengar dan kami taat... ]


Apabila ada takdir [kejadian ]menimpanya maka dia mengatakan;

" Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, miskin dan memerlukan-Mu, aku hamba-Mu yang fakir, lemah tidak berdaya. Engkau adalah Rabbku yang Maha Mulia dan Maha Penyayang. Aku tidak mampu untuk bersabar jika Engkau tidak menolongku untuk bersabar, tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku dan memberiku kekuatan. Tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya kepada-Mu, tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku kecuali hanya Engkau. Tidak ada tempat berpaling bagiku dari pintu-Mu, dan tidak ada tempat untuk lari dari-Mu.،"


Dia mempersembahkan segalanya hanya untuk Allah s.w.t, dan dia hanya bersandar kepada-Nya.



Apabila ditimpa sesuatu yang tidak disukainya [musibah] maka dia berkata [ pada dirinya ], "Rahmat telah dihadiahkan untukku, ubat yang sangat bermanfaat dari Zat Pemberi Kesembuhan yang mengasihiku."


Jika dia kehilangan sesuatu yang dia sukai, maka dia berkata, "Telah disingkirkan keburukan dari sisiku."


Semoga Allah s.w.t memperbaiki jiwa kita semua, dan menjaganya dari penyakit-penyakit yang merosak dan membinasakan, Amin.


Sumber Asal : Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan, penyusun Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi.


Adaptasi dari artikel yang disiarkan oleh www.alsofwah.or.id

credit to : Darul Kauthar.net

Thursday, October 28, 2010

Memahami Arti Zuhud


Segala puji bagi Allah, Rabb pemberi berbagai nikmat. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga akhir zaman.

Sebagian orang salah paham dengan istilah zuhud. Dikira zuhud adalah hidup tanpa harta. Dikira zuhud adalah hidup miskin. Lalu apa yang dimaksud dengan zuhud yang sebenarnya? Semoga tulisan berikut bisa memberikan jawaban berarti.

Mengenai zuhud disebutkan dalam sebuah hadits,

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِىِّ قَالَ أَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِى عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِىَ اللَّهُ وَأَحَبَّنِىَ النَّاسُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « ازْهَدْ فِى الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِى أَيْدِى النَّاسِ يُحِبُّوكَ ».

Dari Sahl bin Sa’ad As Sa’idi, ia berkata ada seseorang yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang apabila aku melakukannya, maka Allah akan mencintaiku dan begitu pula manusia.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Zuhudlah pada dunia, Allah akan mencintaimu. Zuhudlah pada apa yang ada di sisi manusia, manusia pun akan mencintaimu.” (HR. Ibnu Majah dan selainnya. An Nawawi mengatakan bahwa dikeluarkan dengan sanad yang hasan)

Dalam hadits di atas terdapat dua nasehat, yaitu untuk zuhud pada dunia, ini akan membuahkan kecintaan Allah, dan zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, ini akan mendatangkan kecintaan manusia.

[1]

Penyebutan Zuhud Terhadap Dunia dalam Al Qur’an dan Hadits

Masalah zuhud telah disebutkan dalam beberapa ayat dan hadits. Di antara ayat yang menyebutkan masalah zuhud adalah firman Allah Ta’ala tentang orang mukmin di kalangan keluarga Fir’aun yang mengatakan,

وَقَالَ الَّذِي آَمَنَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُونِ أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ (38) يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآَخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ (39)

Orang yang beriman itu berkata: “Hai kaumku, ikutilah aku, aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang benar. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS. Ghafir: 38-39)

Dalam ayat lainnya, Allah Ta’ala berfirman,

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا (16) وَالْآَخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى (17)

Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS. Al A’laa: 16-17)

Mustaurid berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَاللَّهِ مَا الدُّنْيَا فِى الآخِرَةِ إِلاَّ مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هَذِهِ – وَأَشَارَ يَحْيَى بِالسَّبَّابَةِ – فِى الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يَرْجِعُ

Demi Allah, tidaklah dunia dibanding akhirat melainkan seperti jari salah seorang dari kalian yang dicelup -Yahya berisyarat dengan jari telunjuk- di lautan, maka perhatikanlah apa yang dibawa.” (HR. Muslim no. 2858)

Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan,

Dunia seperti air yang tersisa di jari ketika jari tersebut dicelup di lautan sedangkan akhirat adalah air yang masih tersisa di lautan.”[2] Bayangkanlah, perbandingan yang amat jauh antara kenikmatan dunia dan akhirat!

Dari Sahl bin Sa’ad, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

Seandainya harga dunia itu di sisi Allah sebanding dengan sayap nyamuk tentu Allah tidak mau memberi orang orang kafir walaupun hanya seteguk air. (HR. Tirmidzi no. 2320. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Tiga Makna Zuhud Terhadap Dunia

Yang dimaksud dengan zuhud pada sesuatu –sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Rajab Al Hambali- adalah berpaling darinya dengan sedikit dalam memilikinya, menghinakan diri darinya serta membebaskan diri darinya.[3]

Adapun mengenai zuhud terhadap dunia para ulama menyampaikan beberapa pengertian, di antaranya disampaikan oleh sahabat Abu Dzar.

Abu Dzar mengatakan,

الزَّهَادَةُ فِى الدُّنْيَا لَيْسَتْ بِتَحْرِيمِ الْحَلاَلِ وَلاَ إِضَاعَةِ الْمَالِ وَلَكِنَّ الزَّهَادَةَ فِى الدُّنْيَا أَنْ لاَ تَكُونَ بِمَا فِى يَدَيْكَ أَوْثَقَ مِمَّا فِى يَدَىِ اللَّهِ وَأَنْ تَكُونَ فِى ثَوَابِ الْمُصِيبَةِ إِذَا أَنْتَ أُصِبْتَ بِهَا أَرْغَبَ فِيهَا لَوْ أَنَّهَا أُبْقِيَتْ لَكَ

Zuhud terhadap dunia bukan berarti mengharamkan yang halal dan bukan juga menyia-nyiakan harta. Akan tetapi zuhud terhadap dunia adalah engkau begitu yakin terhadapp apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Zuhud juga berarti ketika engkau tertimpa musibah, engkau lebih mengharap pahala dari musibah tersebut daripada kembalinya dunia itu lagi padamu.”[4]

Yunus bin Maysaroh menambahkan pengertian zuhud yang disampaikan oleh Abu Dzar.

Beliau menambahkan bahwa yang termasuk zuhud adalah,Samanya pujian dan celaan ketika berada di atas kebenaran.”[5]

Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah mengatakan,

Zuhud terhadap dunia dalam riwayat di atas ditafsirkan dengan tiga hal, yang kesemuanya adalah amalan batin (amalan hati), bukan amalan lahiriyah (jawarih/anggota badan).

Abu Sulaiman menyatakan, “Janganlah engkau mempersaksikan seorang pun dengan zuhud, karena zuhud sebenarnya adalah amalan hati.“[6]

Cobalah kita perhatikan penjelasan dari Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah terhadap tiga unsur dari pengertian zuhud yang telah disebutkan di atas.

Pertama: Zuhud adalah yakin bahwa apa yang ada di sisi Allah itu lebih diharap-harap dari apa yang ada di sisinya. Ini tentu saja dibangun di atas rasa yakin yang kokoh pada Allah.

Oleh karena itu, Al Hasan Al Bashri menyatakan, “Yang menunjukkan lemahnya keyakinanmu, apa yang ada di sisimu (berupa harta dan lainnya –pen) lebih engkau harap dari apa yang ada di sisi Allah.”

Abu Hazim –seorang yang dikenal begitu zuhud- ditanya,

“Apa saja hartamu?” Ia pun berkata, “Aku memiliki dua harta berharga yang membuatku tidak khawatir miskin: [1] rasa yakin pada Allah dan [2] tidak mengharap-harap apa yang ada di sisi manusia.”

Lanjut lagi, ada yang bertanya pada Abu Hazim,

“Tidakkah engkau takut miskin?” Ia memberikan jawaban yang begitu mempesona, “Bagaimana aku takut miskin sedangkan Allah sebagai penolongku adalah pemilik segala apa yang ada di langit dan di bumi, bahkan apa yang ada di bawah gundukan tanah?!”

Al Fudhail bin ‘Iyadh mengatakan, “Hakikat zuhud adalah ridho pada Allah ‘azza wa jalla.

Ia pun berkata, “Sifat qona’ah, itulah zuhud. Itulah jiwa yang “ghoni”, yaitu selalu merasa cukup.”

Intinya, pengertian zuhud yang pertama adalah begitu yakin kepada Allah.

Kedua: Di antara bentuk zuhud adalah jika seorang hamba ditimpa musibah dalam hal dunia berupa hilangnya harta, anak atau selainnya, maka ia lebih mengharap pahala dari musibah tersebut daripada dunia tadi tetap ada. Ini tentu saja dibangun di atas rasa yakin yang sempurna.

Siapakah yang rela hartanya hilang, lalu ia lebih harap pahala?! Yang diharap ketika harta itu hilang adalah bagaimana bisa harta tersebut itu kembali, itulah yang dialami sebagian manusia. Namun Abu Dzar mengistilahkan zuhud dengan rasa yakin yang kokoh.

Orang yang zuhud lebih berharap pahala dari musibah dunianya daripada mengharap dunia tadi tetap ada. Sungguh ini tentu saja dibangun atas dasar iman yang mantap.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hal ini telah mengajarkan do’a yang sangat bagus kandungannya, yaitu berisi permintaan rasa yakin agar begitu ringan menghadapi musibah. Do’a tersebut adalah,

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ الدُّنْيَا

Allaahummaqsim lanaa min khosy-yatika maa yahuulu bihii bainanaa wa baina ma’aashiika, wa min thoo’atika maa tuballighunaa bihi jannatak, wa minal yaqiini maa tuhawwinu bihi ‘alainaa mushiibaatid dunyaa” (Ya Allah, curahkanlah kepada kepada kami rasa takut kepadaMu yang menghalangi kami dari bermaksiat kepadaMu, dan ketaatan kepadaMu yang mengantarkan kami kepada SurgaMu, dan curahkanlah rasa yakin yang dapat meringankan berbagai musibah di dunia) (HR. Tirmidzi no. 3502. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Inilah di antara tanda zuhud, ia tidak begitu berharap dunia tetap ada ketika ia tertimpa musibah. Namun yang ia harap adalah pahala di sisi Allah.

Ali bin Abi Tholib pernah mengatakan,

“Siapa yang zuhud terhadap dunia, maka ia akan semakin ringan menghadapi musibah.” Tentu saja yang dimaksud zuhud di sini adalah tidak mengharap dunia itu tetap ada ketika musibah dunia itu datang. Sekali lagi, sikap semacam ini tentu saja dimiliki oleh orang yang begitu yakin akan janji Allah di balik musibah.

Ketiga: Zuhud adalah keadaan seseorang ketika dipuji atau pun dicela dalam kebenaran itu sama saja.

Inilah tanda seseorang begitu zuhud pada dunia, menganggap dunia hanya suatu yang rendahan saja, ia pun sedikit berharap dengan keistimewaan dunia.

Sedangkan seseorang yang menganggap dunia begitu luar biasa, ia begitu mencari pujian dan benci pada celaan. Orang yang kondisinya sama ketika dipuji dan dicela dalam kebenaran, ini menunjukkan bahwa hatinya tidak mengistimewakan satu pun makhluk. Yang ia cinta adalah kebenaran dan yang ia cari adalah ridho Ar Rahman.

Orang yang zuhud selalu mengharap ridho Ar Rahman bukan mengharap-harap pujian manusia


Sebagaimana kata Ibnu Mas’ud,Rasa yakin adalah seseorang tidak mencari ridho manusia, lalu mendatangkan murka Allah. Allah sungguh memuji orang yang berjuang di jalan Allah. Mereka sama sekali tidaklah takut pada celaan manusia.

Al Hasan Al Bashri mengatakan, “Orang yang zuhud adalah yang melihat orang lain, lantas ia katakan, “Orang tersebut lebih baik dariku”. Ini menunjukkan bahwa hakekat zuhud adalah ia tidak menganggap dirinya lebih dari yang lain. Hal ini termasuk dalam pengertian zuhud yang ketiga.

Pengertian zuhud yang biasa dipaparkan oleh ulama salaf kembali kepada tiga pengertian di atas. Di antaranya, Wahib bin Al Warod mengatakan, Zuhud terhadap dunia adalah seseorang tidak berputus asa terhadap sesuatu yang luput darinya dan tidak begitu berbangga dengan nikmat yang ia peroleh.” Pengertian ini kembali pada pengertian zuhud yang kedua. [7]

Pengertian Zuhud yang Amat Baik :

Jika kita lihat pengertian zuhud yang lebih bagus dan mencakup setiap pengertian zuhud yang disampaikan oleh para ulama, maka pengertian yang sangat bagus adalah yang disampaikan oleh Abu Sulaiman Ad Daroni. Beliau mengatakan, “Para ulama berselisih paham tentang makna zuhud di Irak. Di antara mereka ada yang mengatakan bahwa zuhud adalah enggan bergaul dengan manusia.

Ada pula yang mengatakan, “Zuhud adalah meninggalkan berbagai macam syahwat.” Ada pula yang memberikan pengertian, “Zuhud adalah meninggalkan rasa kenyang” Namun definisi-definisi ini saling mendekati.

Aku sendiri berpendapat,

أَنَّ الزُهْدَ فِي تَرْكِ مَا يُشْغِلُكَ عَنِ اللهِ

Zuhud adalah meninggalkan berbagai hal yang dapat melalaikan dari mengingat Allah.[8]

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Definisi zuhud dari Abu Sulaiman ini amatlah bagus. Definisi telah mencakup seluruh definisi, pembagian dan macam-macam zuhud.”[9]

Jika bisnis yang dijalani malah lebih menyibukkan pada dunia sehingga lalai dari kewajiban shalat, maka sikap zuhud adalah meninggalkannya.

Begitu pula jika permainan yang menghibur diri begitu berlebihan dan malah melalaikan dari Allah, maka sikap zuhud adalah meninggalkannya. Demikian pengertian zuhud yang amat luas cakupan maknanya.

Dunia Tidak Tercela Secara Mutlak

Ada sebuah perkataan dari ‘Ali bin Abi Tholib namun dengan sanad yang dikritisi. ‘Ali pernah mendengar seseorang mencela-cela dunia, lantas beliau mengatakan, “Dunia adalah negeri yang baik bagi orang-orang yang memanfaatkannya dengan baik. Dunia pun negeri keselamatan bagi orang yang memahaminya. Dunia juga adalah negerighoni (yang berkecukupan) bagi orang yang menjadikan dunia sebagai bekal akhirat. …”[10]

Oleh karena itu, Ibnu Rajab mengatakan, “Dunia itu tidak tercela secara mutlak, inilah yang dimaksudkan oleh Amirul Mukminin –‘Ali bin Abi Tholib-. Dunia bisa jadi terpuji bagi siapa saja yang menjadikan dunia sebagai bekal untuk beramal sholih.”

Ingatlah baik-baik maksud dunia itu tercela agar kita tidak salah memahami! Dunia itu jadi tercela jika dunia tersebut tidak ditujukan untuk mencari ridho Allah dan beramal sholih.

Zuhud Bukan Berarti Hidup Tanpa Harta

Sebagaimana sudah ditegaskan bahwa dunia itu tidak tercela secara mutlak.

Namun sebagian orang masih salah paham dengan pengertian zuhud. Jika kita perhatikan pengertian zuhud yang disampaikan di atas, tidaklah kita temukan bahwa zuhud dimaksudkan dengan hidup miskin, enggan mencari nafkah dan hidup penuh menderita.

Zuhud adalah amalan hati. Oleh karenanya, tidak hanya sekedar memperhatikan keadaan lahiriyah, lalu seseorang bisa dinilai sebagai orang yang zuhud. Jika ada ciri-ciri zuhud sebagaimana yang telah diutarakan di atas, itulah zuhud yang sebenarnya.

Berikut satu kisah yang bisa jadi pelajaran bagi kita dalam memahami arti zuhud :

Abul ‘Abbas As Siroj, ia berkata bahwa ia mendengar Ibrahim bin Basyar, ia berkata bahwa ‘Ali bin Fudhail berkata, ia berkata bahwa ayahnya (Fudhail bin ‘Iyadh) berkata pada Ibnul Mubarok,

أنت تأمرنا بالزهد والتقلل، والبلغة، ونراك تأتي بالبضائع، كيف ذا ؟

Engkau memerintahkan kami untuk zuhud, sederhana dalam harta, hidup yang sepadan (tidak kurang tidak lebih). Namun kami melihat engkau memiliki banyak harta. Mengapa bisa begitu?”

Ibnul Mubarok mengatakan,

يا أبا علي، إنما أفعل ذا لاصون وجهي، وأكرم عرضي، وأستعين به على طاعة ربي.

“Wahai Abu ‘Ali (yaitu Fudhail bin ‘Iyadh), Sesungguhnya hidupku seperti ini hanya untuk menjaga wajahku dari ‘aib (meminta-minta). Juga aku bekerja untuk memuliakan kehormatanku. Aku pun bekerja agar bisa membantuku untuk taat pada Rabbku”.[11]

Semoga pembahasan kami kali ini dapat memahamkan arti zuhud yang sebenarnya. Raihlah kecintaan Allah lewat sifat zuhud. Semoga Allah menganugerahkan pada kita sekalian sifat yang mulia ini. ...[ 'Zuhudlah akan Dunia, Allah akan mengasihimu; zuhudlah terhadap apa yg di tangan manusia, manusia akan mengasihimu''...pengertian Hadis ]..

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat.

Diselesaikan di sore hari, 17 Jumadits Tsani 1431 H (30/05/2010), di Panggang-GK

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Artikel www.muslim.or.id


[1] Lihat Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hambali, hal. 346, Darul Muayyid, cetakan pertama, tahun 1424 H.

[2] Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 11/232, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379.

[3] Idem.

[4] HR. Tirmidzi no. 2340 dan Ibnu Majah no. 4100. Abu Isa berkata: Hadits ini gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur sanad ini, adapun Abu Idris Al Khaulani namanya adalah A’idzullah bin ‘Abdullah, sedangkan ‘Amru bin Waqid dia adalah seorang yang munkar haditsnya. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Yang tepat riwayat ini mauquf (hanya perkataan Abu Dzar) sebagaimana dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Az Zuhd.” (Lihat Jaami’ul Ulum wal Hikam, hal. 346)

[5] Dikeluarkan oleh Ibnu Abid Dunya dari riwayat Muhammad bin Muhajir, dari Yunus bin Maysaroh. (Lihat Jaami’ul Ulum wal Hikam, hal. 347)

[6] Jaami’ul Ulum, hal. 347.

[7] Kami sarikan point ini dengan sedikit perubahan redaksi dari Jaami’ul Ulum, hal. 347-348.

[8] Disebutkan oleh Abu Nu’aim Al Ashbahani dalam Hilyatul Awliya’, 9/258, Darul Kutub Al ‘Arobi, Beirut, cetakan keempat, 1405 H.

[9] Jaami’ul Ulum, hal. 350.

[10] Jaami’ul Ulum, hal. 350

[11] Siyar A’lam An Nubala, Adz Dzahabi, 8/387, Mawqi’ Ya’sub (penomoran halaman sesuai cetakan).