Tuesday, January 22, 2013

Haron Din Gesa Tubuh Undang-Undang Khas Pelihara Kalimah Allah.



alt
 
SHAH ALAM 20 Jan. - Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.

"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.

"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.

"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.

"PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar,” tegasnya.

Dr. Haron menambah, umat Islam mestilah bersatu dalam mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat berhubung isu ini bagi memelihara kekuatan iman dari menegakkan perbuatan menyekutukan Allah.

"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.

"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga,  nama Allah akan terpelihara. "Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.

"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak. Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa,” jelasnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.



Monday, January 21, 2013

Shah Kirit: Mematah Helah Orang Kristian Nak Guna Kalimah Allah

Sedarlah bahawa tuntutan untuk mengguna kalimah Allah dalam terjemahan Bible adalah semata-mata helah jahat mereka. Kenapa mereka tuntut dalam bahasa Melayu sahaja? Kenapa tidak kalimah Allah itu turut digunakan dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris? Kan bahasa Inggeris itu juga adalah Bible terjemahan?

( A Karim Omar)

Kalimah ALLAH: Pendirian sudah dijangka


Hasan Mohamed Ali
 Dr Hasan Mohamed Ali
 
KEPUTUSAN mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini (semalam) memang telah dijangkakan.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa Pas bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan di kalangan ketiga-tiga komponen parti gabunganPakatan Rakyat.

Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah ALLAH itu.

Logiknya masalah ini terbeban kepada Pas disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Akidah. Sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR.


Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana Pas dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadan di Kedah membuktikan pandangan ini.

Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan ExcoKerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa Pas sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Dalam isu kalimah ALLAH yang menyentuh persolan pokok dalamIslam iaitu Akidah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan dirinya. Pas terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan ,Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu.

Jelas kepada kita ulama dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.

Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah hala tuju Pas. Atas pengaruh mereka Pas telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.

Saya berharap sejuta ahli Pas dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.


oleh :  Dr Hasan Mohamed Ali
9 Januari 2013

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati

 http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/kalimah-allah-pendirian-sudah-dijangka-1.119281
--------------------------------------------------------------------

pendirian yg bertaqiyyah mat Sabu...

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mat-sabu-pendirian-saya-macam-pendirian-majlis-syura-1.121559

apa yg penyokong dan pemimpin Pas Nak  dengan melantik Nat sabu jai pimpinan Pas...

Sunday, January 20, 2013

Ribuan Pekerja Asing di Kuwait Masuk Islam...


Ribuan Pekerja Asing di Kuwait Masuk Islam...

KUWAIT CITY -- Sebanyak 4.915 pekerja asing Kuwait memeluk Islam sepanjang 2012.

Pencapaian itu merupakan wujud keberhasilan kampanye Komite Dakwah Islam (IPC) bertajuk 'Dakwah adalah Tanggung Jawab Setiap Muslim'.

Ketua IPC, Abdul Aziz Al-Dajeej mengatakan keberhasilan kampanye ini, merupakan efek dari setiap program yang dijalankan. Program itu menyasar seluruh segmen dari masyarakat yang selanjutnya mendorong mereka untuk berpartisipasi dalam program tersebut.

"Dalam pelaksanaan kampanye itu kami memanfaatkan setiap lini komunikasi," kata dia seperti dikutip arabtimes.com, Sabtu (19/1).

Keberhasilan itu, kata lanjut Abdul, juga didukung dengan kemuliaan hati para donatur yang menyumbangkan bantuan finansial untuk kelancaran kampanye.

Selama kampanye, komite melibatkan lebih dari seratus ulama dari berbagai negara. Kampanye ini juga melibatkan 18 cabang IPC yang tersebar di seluru wilayah Kuwait.
 
-
Ribuan Pekerja Asing di Kuwait Masuk Islam...

KUWAIT CITY -- Sebanyak 4.915 pekerja asing Kuwait memeluk Islam sepanjang 2012.

Pencapaian itu merupakan wujud keberhasilan kampanye Komite Dakwah Islam (IPC) bertajuk 'Dakwah adalah Tanggung Jawab Setiap Muslim'.

Ketua IPC, Abdul Aziz Al-Dajeej mengatakan keberhasilan kampanye ini, merupakan efek dari setiap program yang dijalankan. Program itu menyasar seluruh segmen dari masyarakat yang selanjutnya mendorong mereka untuk berpartisipasi dalam program tersebut.

"Dalam pelaksanaan kampanye itu kami memanfaatkan setiap lini komunikasi," kata dia seperti dikutip arabtimes.com, Sabtu (19/1).

Keberhasilan itu, kata lanjut Abdul, juga didukung dengan kemuliaan hati para donatur yang menyumbangkan bantuan finansial untuk kelancaran kampanye.

Selama kampanye, komite melibatkan lebih dari seratus ulama dari berbagai negara. Kampanye ini juga melibatkan 18 cabang IPC yang tersebar di seluru wilayah Kuwait.

Saturday, January 19, 2013

Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor


































KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.
“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.
“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.
Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.
Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

April 07, 2011
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/alkitab-putrajaya-sendiri-nodai-undang-undang-islam-kata-mufti-selangor/

 --------------------------------------


 Syeikh Soleh Al-Fauzan-hafizahullah-Anggota Kibar Ulama Arab Saudi menyatakan :: "Kerajaan tidak boleh sama sekali benarkan orang kristian menterjemahkan kitab mereka kerana ianya sudah mansukh,wajib berpegang dengan Al-Quran"

Tidak Masuk Syurga Pengadu Domba




[Tidak Masuk Syurga Pengadu Domba dan Mereka Akan diseksa Didalam Kubur Kerananya, Pengadu Domba Adalah Yang Menyebarkan Cerita/Berita Untuk Melaga-lagakan Manusia]

Dari Hudzaifah, mendengar Rasulullah bersabda:

« لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ».


“Tidak masuk syurga, Pengadu Domba” (HR Muslim no 303).

Ibnu Abbas meriwayatkan:

مَرَّ النَّبِيُّ بِحَائِطٍ مِنْ حِيْطَانِ الْمَدِيْنَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِيْ قُبُوْرِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ : يُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِيْ كَبِيْرٍ -ثُمَّ قَالَ- بَلَى [وَفِيْ رِوَايَةٍ: وَإِنَّهُ لَكَبِيْرٌ] كَانَ أَحَدُهُمَا لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ، وَكَانَ اْلآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيْمَةِ.

“(Suatu hari) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melewati sebuah kebun di antara kebun-kebun di Madinah. Tiba-tiba beliau mendengar dua orang sedang diseksa di dalam kuburnya, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda, “Keduanya diseksa, padahal tidak kerana masalah yang besar (dalam anggapan keduanya) -lalu bersabda- benar (dalam sebuah riwayat disebutkan, “Padahal sesungguhnya ia adalah persoalan besar.”). Salah seorang di antaranya tidak meletakkan sesuatu untuk melindungi diri dari percikan kencingnya dan seorang lagi (kerana) suka mengadu domba.” (Hadits riwayat Al-Bukhari, lihat Fathul Bari, 1/317)

Apakah itu Namimah? Baginda telah menjawabnya..

Dari Abdullah bin Mas’ud,:

إِنَّ مُحَمَّدًا -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ مَا الْعَضْهُ هِىَ النَّمِيمَةُ الْقَالَةُ بَيْنَ النَّاسِ ».

"Sesungguhnya Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Mahukah aku beritahukan kepada kalian apa itu al’adhhu? Itulah namimah, perbuatan menyebarkan berita untuk merosak hubungan di antara sesama manusia” (HR Muslim noز 6802)

Allahua'lam.



Wednesday, January 16, 2013

Antara hubungan yang paling ajaib


 
Antara hubungan yang paling ajaib dan patut dikagumi ciptaannya adalah hubungan antara ibu ayah dan anak-anak.

Masih segar dalam ingatan saya, jika solat berimamkan mak, selepas solat mak akan membaca doa yang sangat simple, yang hanya dalam bahasa melayu.

Tetapi aneh, doa itulah yang terpahat kuat dan terkesan dalam hati saya berbanding doa-doa 'canggih' lain. Doa itulah yang membuatkan mata saya berair setiap kali mendengarnya, dan doa itu jugalah yang saya sangat terasa ketulusannya. Doa itulah yang saya masih terngiang-ngiang hingga saat ini, dan doa itulah yang pasti akan sentiasa saya rindui untuk didengari dan diaminkan dengan sepenuh keinginan.

Kerana hampir kesemua isi doa yang mak pohonkan hanyalah kebaikan dunia akhirat khusus untuk kami anak-anaknya. Mahukan kami dapat yang terbaik, menjadi yang terbaik.

Ia sungguh ajaib, apabila manusia lebih banyak meminta perkara-perkara kebaikan untuk orang lain berbanding dirinya, dan keajaiban itu ada pada ibu dan ayah kita semua.

Marilah menjadi anak-anak yang tidak kedekut berdoa sungguh-sungguh untuk kedua ibu ayah. Jika terlintas hendak membuat dosa, ingatlah bahawa kedua ibu bapa kita sangat mengharapkan agar kita dapat menjadi harta berguna buat mereka di akhirat kelak.

*Cubalah sekali minta ibu dan ayah berdoa untuk kita, sambil kita mendengarnya. Pasti terasa keikhlasan dalam doa mereka, dan mudah-mudahan Allah mengkabulkan segala permintaan ibu dan ayah kita di saat itu.*

*Dan keajaiban ini juga ada pada Nabi kita tercinta yang tidak pernah putus mendoakan umatnya, malah keajaiban itu lebih-lebih lagi*

اللهم اغفرلنا ولوالدينا وارحمهم كما ربونا صغارا