Showing posts with label politik Islam. Show all posts
Showing posts with label politik Islam. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Syiah & Iran: Syeikh al-Qaradhawi Akui Tersilap Tafsir Tentang Pendirian Salafi Saudi

Petikan dari FB Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria. Syeikh Yusof Al-Qardawi berkata:
Saya telah tersalah tafsir selama ini tentang saudara salafi dan wahabi di Saudi, mereka terlebih dahulu mengetahui Syiah dan Iran lebih dari saya dan selama ini saya memanggil mereka Iran Kuffar walhal hakikatnya mereka adalah MUSUH kita, MUSUH UMMAT ISLAM keseluruhannya. Mereka sebenarnya telah mengkhianati kita sejak sekian lama dan akhirnya, hari ini, semuanya telah jelas. Mereka di Syria dan sedang membunuh saudara seaqidah kita bersama Hizbullah. Jangan panggil mereka Hizbullah, mereka selayaknya digelar HizbulSyaiton dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

Saya menyeru seluruh ummah melawan Kuffar dan Syiah dalam Hizbullat.  Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi pembersihan etnik di Syria dengan tujuan untuk membina 'Negara Syiah Barat' di barat Syria. Dengan terhasilnya negara baru itu, ummah kita akan dibahagikan dan bertambah kecil.

Saya juga telah menyeru semasa khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam di seluruh Dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif untuk menentang Iran dan Hizbulsyaiton agar pergi sekarang ke Syria dan berjuang mempertahankan tanah Sham dan saya mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan baru yang mereka buat beberapa minit lalu bahawa Hizbullat adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahli hizbullat ditemui di negara-negara teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.

Hari ini, Hizbullat membuat kenyataan kononnya mereka mempertahankan Syria dan menuntut untuk membantu sunni di Syria daripada kuffar. Apa pula seterusnya? Mempertahankan Sunni di Arab dan membawa kebebasan untuk Mekah dengan cara yang sama yang mereka lakukan terhadap Al Qusair? Semoga Allah mengutuk Iran, KETUA segala kejahatan dan Semoga Allah mengutuk hizbulSyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan Semoga Allah memberi kemenangan yang cepat keatas Mujahideen di Syria dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Dan seterusnya, Bilad al sham yang dicintai akan datang kembali kepada kita, InsyaAllah.
(Sedutan dari program TV Syari'ah and Life/الشريعة و الحياة" on AlJazeera. 6-3-2013 Mekah time 22:05 GMT time 19:05)




Berikut ini pula petikan dari website Indonesia arrahmah.com:
DOHA (Arrahmah.com) – Ulama Muslim terkemuka Syaikh Yusuf Qaradhawi menyeru kaum Muslimin untuk bergabung bersama Mujahidin untuk memerangi rezim Nushairiyah.
“Setiap Muslim yang terlatih untuk berperang dan mampu melakukan itu (harus) membuat dirinya siap” untuk mendukung para pejuang Suriah, kata Syaikh Qaradhawi di sebuah pertemuan di Doha pada Jum’at pekan kemarin, sebagaimana dilansir Ma’an News Agency.
“Iran mengirimkan senjata dan para lelaki (untuk mendukung rezim Suriah), jadi mengapa kita diam saja?’ katanya, menyebut kelompok militan Syiah “Hizbullah” dengan sebutan “Hizbusyaithan.”
“Hizbulah,” sekutu dekat Iran dan rezim Nushairiyah, secara terang-terangan memerangi Mujahidin Islam di Suriah. Syaikh Qaradhawi menekankan bahwa aliansi Syiah itu dengan terbuka memerangi Muslim Ahlu Sunnah.
“Tokoh Hizbusyaithan datang untuk memerangi orang-orang Sunni.. Sekarang kita tahu apa yang orang-orang Iran (Syiah) inginkan… Mereka ingin melanjutkan pembantaian untuk membunuh orang-orang Sunni,” katanya.

Syaikh Qaradhawi menyesalkan sebelumnya ia pernah mendukung “Hizbullah” dan pemimpinnya Hassan Nasrallah.

Saya membela yang disebut Nasrallah dan kelompoknya, kelompok tirani…. di depan para ulama di Arab Saudi,” katanya.

“Nampaknya para ulama Arab Saudi lebih dewasa dari pada saya,” lanjtunya.
Tetapi ulama tersebut menekankan bahwa seruannya untuk memerangi “Hizbullah” bukan berarti “memerangi seluruh pemeluk Syiah.”
Saat ini, aliansi Syiah mendominasi jajaran pasukan rezim Bashar Assad dalam memerangi Mujahidin Islam di Suriah.
Menurut sumber Mujahidin yang dijumpai Tim I JITU untuk Suriah di medan jihad Suriah, mengatakan bahwa kini perang di Suriah tidak lagi pertempuran Mujahidin melawan tentara Bashar Assad, melainkan milisi Syiah dari berbagai negara, terutama Lebanon, Irak, Iran, dan Turki.
Tentara Bashar diperkirakan hanya tersisa sedikit, sedangkan yang memperkuat Bashar hari ini adalah para milisi Syiah. Sumber yang sama menyebutkan bahwa pekan lalu,  sekitar 20 ribu milisi Syiah dari luar Suriah dikirim ke kota Tharthus untuk membantu rezim Nushairiyah. 
 http://www.al-ahkam.net/home/syiah-iran-syeikh-al-qaradhawi-akui-tersilap-tafsir-tentang-pendirian-salafi-saudi

Monday, June 3, 2013

Bashar Yang Kejam, Tipu Daya Zionis & Versi Demokrasi

Oleh: AZMAN HUSSIN
 
KONFLIK di Syria adalah antara fitnah akhir zaman yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Syam suatu masa dahulu adalah sebuah negara atau jajahan yang luas dan makmur. Dalam sirah, Nabi Muhammad SAW ketika baginda berusia 12 tahun pernah berdagang ke Syam mengikut bapa saudaranya, Abu Thalib, sehingga menemukan baginda dengan pendeta Nasrani bernama Bahira. 

Sekarang Syam telah terpecah kepada empat buah negara moden, iaitu Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria. Syria moden kini diperintah oleh regim diktator Bashar al-Assad. Negara itu kini sedang menghadapi pergolakan. Presidennya, Bashar al-Assad sedang mendepani pemberontakan rakyatnya sendiri. 

Sebenarnya Syria adalah termasuk di dalam pelan asal negara Israel Raya yang dijanjikan tuhan Yahweh dalam kitab Taurat versi Yahudi yang diyakini Zionis. 

Melalui media antarabangsa, dunia telah diperlihatkan dengan berita-berita kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya sendiri. Adakah kita harus menerimanya tanpa menyelidik berita-berita dari media kuffar ini? Malah dikatakan Bashar al-Assad telah meminta disembah sebagai tuhan oleh pengikutnya, dan tidak mahukah kita berfikir seketika, bertanya sejenak, apakah maksud semua kebaikan-kebaikan media kuffar dalam melaporkan hal ini kepada dunia? Adakah semua ini hanya untuk menaikkan kemarahan umat Islam sedunia dan menghalalkan operasi ketenteraan ke atas Syria? Kita tidak boleh berhenti menyelidik setakat kepada kesimpulan sama ada ia benar atau tidak. Tetapi, ia haruslah diselelidik sehingga kepada motif ia disebarkan. 

Ya, adakah media-media kuffar telah memaparkan kebenaran dengan tujuan yang bathil?

Umat Islam sedunia telah diperlihatkan berita-berita dan gambar kekejaman regim Bashar al-Assad. Dengan liputan internet, melalui rangkaian-rangkaian sosial misalnya, sebaran dan propaganda tersembunyi mereka lebih luas dan lebih cepat bergerak ke seluruh dunia. Bashar al-Assad telah dikutuk melebihi kita mengutuk kekejaman perdana menteri negara haram Israel yang membunuh ratusan ribu rakyat Palestin sejak bertahun-tahun dahulu.
 
Apakah ini rasional? Tidakkah ini pelik?
 

Kita diperingatkan agar menyiasat sesuatu berita itu sesuai dengan maksud ayat ini, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah Hujarat ayat 6).
 

Maka, tidakkah kita mahu berfikir, daripada sumber manakah kita mendapat berita-berita tentang Syria? Jika gambar-gambar yang menimbulkan emosi marah itu boleh direka dan dilakonkan, tidakkah kita tertanya-tanya, adakah ia benar? Jika benar, tidakkah timbul kecurigaan bahawa ia juga boleh dilakukan oleh pihak ketiga untuk menimbulkan huru-hara agar persepsi buruk dan buruk pemerintah Syria terus dipercayai?

Sebenarnya wujud tangan-tangan ghaib yang sedang memainkan percaturan semua ini. Tangan-tangan ghaib yang mahu meruntuhkan semua pemerintahan orde lama untuk digantikan dengan pemerintahan orde baru yang boleh dikawal dari Bukit Zion, Jerusalem. Ini semua sebenarnya sudah lama dirancang oleh seorang pemikir Zionis bernama Theodor Hertzl.

Selepas pemerintah Iraq ditumbangkan melalui operasi ketenteraan atas dakwaan menyimpan senjata pemusnah besar-besaran (WMD), Afghanistan dibom bertubi-tubi atas alasan melindungi Osama Ben Laden yang dipercayai terlibat dalam pengeboman WTC, kemudian kepada siri revolusi rakyat di Mesir, Tunisia, Yaman dan Libya atas hujah menentang pemerintah zalim, maka kini misi mereka seterusnya adalah menuju Syria, sebuah negara yang diketuai diktator berfahaman Syiah, yang memang mempunyai sentimen permusuhan dengan negara-negara Sunni. 

Ingatlah, janganlah kebencian kita kepada sesuatu kaum itu menjadikan kita buta dan tidak berlaku adil. Ulama dan pemimpin-pemimpin negara Islam dunia tanpa sedar telah ditipu dan tertipu dalam konflik Syria ini.
 
Mereka telah diperalatkan untuk menghalalkan tindakan yang bakal diambil ke atas Syria seperti mengebom Syria, atas dasar jihad agama di mata awam, walaupun tujuan sebenar perang yang mungkin akan dilancarkan itu adalah untuk matlamat penguasaan kuasa asing ke atas Syria, seterusnya ke atas dunia ini, melengkapi cita-cita New World Order (Novus Ordo Seclorum).

Konflik di Syria bukanlah isu agama sebenarnya, walaupun yang diperlihatkan media-media kuffar adalah kekejaman Syiah kepada Sunni, pembunuhan Syiah ke atas Sunni, kekejaman Bashar al-Assad terhadap rakyatnya. Tangan-tangan ghaib itu bijak mengatur konflik ini supaya tangan mereka bersih dan tujuan sebenar mereka tidak diketahui.
 
Benar, katakanlah Bashar al-Assad itu memang zalim dan membunuh para ulama sunni, kanak-kanak, pemberontak, musuh politik dan sebagainya. Tetapi, ia bukanlah isu agama. Ia tidak sama seperti situasi di Palestin. Ia adalah kisah dalaman negara, iaitu tentang kaedah pemerintah menghadapi penentangan rakyatnya yang berasa diri dianiayai dan dizalimi.
 

Jika sentimen di Syria adalah berkenaan kebangkitan perjuangan agama, adalah tidak logik jika pihak berkuasa Israel berdiam diri. Bukankah kebangkitan Islam itu berbahaya kepada negara haram Israel yang terkepung di tengah-tengah kepulauan Arab? Logiknya pemerintah negara haram Israellah yang mahu Syria dijatuhkan kerana Syria sebenarnya termasuk dalam pelan Israel Raya.

Mengakui Bashar al-Assad zalim dan kuffar, tidaklah boleh dijadikan hujah menghalalkan tindakan negara-negara Islam lain menyerang dan menjatuhkannya secara ketenteraan, kerana mudarat yang lebih besar pasti akan berlaku. Ia akan menyalakan api yang tidak akan padam sebegitu mudah. Konflik Syria sebenarnya adalah salah satu fitnah akhir zaman. 
 

Ramai yang akan tertipu dalam konflik ini, termasuk ulama-ulama dunia yang menyokong serangan dilakukan ke atas Syria. Kecuali ulama Said Ramadhan al-Buti yang menimbulkan kontroversi dengan mempertahankan regim Bashar, yang akhirnya terbunuh dalam serangan bom pada 21 Mac 2013 lalu.

Tidakkah kita terfikir, mengapakah Israel yang lebih kejam dan telah lama mengganas di Palestine tidak diambil tindakan apa-apa?
 

Kuasa-kuasa asing yang tersembunyi dan rahsia ini menggunakan konsep berperang dengan menggunakan askar-askar musuh sendiri. 
 

Dari manakah pemberontak-pemberontak tersebut mendapatkan bekalan senjata api dan bom yang banyak?
 

Ke manakah menujunya konflik ini? Tidak mustahil selepas ini kuasa-kuasa besar yang tersembunyi tadi akan menggunakan pengaruh mereka untuk mendesak NATO menyerang Syria tanpa menimbulkan kemarahan dan tentangan dunia umumnya, dan umat Islam khasnya. Kemudian mereka akan meletakkan pemerintah boneka mereka seperti di Afghanistan, Iraq, Libya, Mesir dan sebagainya. Malah negara-negara Islam lain juga, misalnya Arab Saudi yang sedang bersiap-siaga, turut akan menyertai NATO, menyerang Syria sehingga dunia akan terjerumus ke dalam malapetaka fitnah yang besar, seperti tertipu menjadi bala tentera agen-agen sistem Dajjal.
 

Konflik ini mungkin akan melebar dan membesar menjadi seperti plot khayalan perang Armageddon yang direncanakan dalam Taurat. China, Russia dan Iran mungkin akan menyebelahi Syria. Dan umat Islam belahan Sunni mungkin akan menyertai Amerika dan pakatannya, yang sebenarnya di bawah telunjuk Yahudi Zionis. Ini mungkin perang Armageddon yang akan dimenangi tentera Romawi yang disertai tentera negara-negara Islam-Sunni yang tidak berjanggut.
 

Umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dunia akan tertipu dengan fitnah ini. Media-media kuffar telah menyebarkan cerita Bashar al-Assad itu zalim dan kuffar yang telah membunuh rakyatnya, dengan maksud agar umat Islam sedunia berasa marah dan menyetujui tindakan ketenteraan ke atas regim Bashar al-Assad. Kepada negara-negara Islam Sunni, mereka telah mengeksploitasi sentimen anti-Syiah yang menjadi anutan Bashar al-Assad. untuk merasionalkan serangan ke atas Syria. 

Hakikatnya, seperti di dalam sejarah, dan di mana-mana, mengikuti kesesuaian sesebuah negara itu, kuasa-kuasa asing ini telah mengeksploitasi kezaliman penguasa sesebuah negara itu untuk mencapai maksud sebenar mereka, iaitu menguasai negara tersebut. Orang awam akan mudah terpedaya apabila melihat kezaliman pemerintah ini, dan akan segera menyokong jika pemerintah itu mahu dijatuhkan.
 
Walhal semua ini adalah jalan-jalan menuju kepada New World Order. Kuasa-kuasa asing ini sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak diperlukan dan menghalang mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan dunia yang baru di dunia ini.
 

Sekiranya apa yang berlaku di Syria itu adalah versi revolusi, apa yang terjadi di Malaysia pula ia adalah versi demokrasi, iaitu tentang bagaimana kuasa-kuasa asing yang tersembunyi ini cuba mengambil alih kuasa dengan menggunakan tangan-tangan orang lain.

 http://mysuara.net/index.php/suara-variasi/warisan/1175-bashar-yang-kejam-tipu-daya-zionis-versi-demokrasi

Monday, April 29, 2013

Jelmaan Attarturk Hanya Milik Anwar!!!


Untuk mengenali siapakah Mustafa Kamal Attarturk. klik [SINI

88 tahun setelah kejatuhan Khalifah Uthmaniyah 
Tanggal 3 Mac 1924 adalah tarikh malang buat umat Islam seluruh dunia. Tarikh di mana berakhirnya sistem kekhalifahan umat Islam yang berdiri selama 1292 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Kini setelah 88 tahun kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki, ramai pejuang Islam terus merintih dan marah perbuatan keji dan jahat Mustafa Kamal Antartuk bersengkongkol dengan puak-puak kafir harbi menjatuhkan khalifah semata-mata ingin menjadi seorang Presiden sebuah Republik !
Pasha Mustafa Kamal Antartuk berasal dari keturunan Yahudi Daunamah yang berhijrah dari Sepanyol ke Greece. Keturunan-keturunan Yahudi Daunamah ini mengaku telah memeluk Islam namun masih kental mengamalkan ritual dan amalan agama Yahudi.

Sejak belajar di kolej tentera, Kamal aktif mengerakkan anasir membenci pemerintahan Islam Turki. Peluang untuk disanjung oleh rakyatnya menjadi kenyataan apabila beliau secara sengaja diberikan kemenangan teknikal oleh British dalam peperangan di Semenanjung Balkan sebanyak dua kali. Kemenangan ini membolehkan Kamal dilantik sebagai panglima tertinggi angkatan tentera Turki oleh Sultan.
Hari-hari terakhir Khalifah Uthmaniah.

Namun dalam masa yang lain, Kamal melakukan pengkhianatan apabila secara sengaja membiarkan tentera Inggeris mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyah tanpa tentangan hebat sehingga memudahkan British menawan wilayah-wilayah jajahan Turki. Kekalahan Turki dalam Perang Balkan (1912-1913) dan Perang Dunia Pertama (1914-1918) menyebabkan imej Uthmaniyah terus tercalar.

Kekalahan ini juga menyebabkan Turki dipaksa oleh British menerima genjatan senjata dan terpaksa membubarkan Dewan Rakyat yang menentukan kekuasaan khalifah. Keengganan khalifah menyebabkan British mencetuskan huru-hara dan menyalahkan pula khalifah di atas keadaan tersebut. Tentera Bersekutu turut membiayai sepenuhnya gerakan reformasi oleh Gerakan Kaum Muda Turki pimpinan Mustafa Kamal demi menghancurkan kepimpinan khalifah Uthmaniyah dan menggantikannya dengan sistem politik baru yang lebih bebas dan liberal serta menolak Islam.

Perlantikan Mustafa Kamal sebagai pemimpin harapan British telah digunakan oleh pengikut-pengikutnya untuk menjalankan dakyah memburukkan kesultanan Uthmaniyah. Sementara Tentera Bersekutu seperti British, Perancis dan Soviet Union mula sibuk membahagi-bahagikan kekuasaan empayar Uthmaniyah, tentera-tentera Greece pula giat membunuh dan mengusir beramai-ramai umat Islam di Greece, Balkan dan Cyprus. Barat turut berjaya memainkan propaganda melekakan umat Islam kononnya tentera Turki berjaya mengalahkan tentera Greece dan Islam berjaya tertegak kembali di Balkan sehinggakan ada penyair dan ulama diupah supaya melabelkan Kamal Antartuk sebagai ‘Khalid Al Walid’ dan ‘Imam Mahdi’. Hakikatnya, tentera Greece tidak memberikan sebarang tentangan dan membiarkan tentera Turki masuk ke Greece secara aman!

Umat Islam leka dan teruja dengan ‘kemenangan’ tersebut, akhirnya tersentak apabila pada tanggal 3 Mac 1924, Mustafa dan British memaksa pembubaran kerajaan khalifah dengan menghalau khalifah dan kerabat diraja keluar dari istana dan negara. Kamal diberi gelar ‘Antartuk’ dan dilantik sebagai seorang Presiden di sebuah Republik yang baru!. Melalui perintah Antartuk, Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-Undang Syariah dimansuhkan. Manakala sekolah-sekolah agama ditukar menjadi sekolah awam dan azan ditukar ke bahasa Turki. Serban, purdah, janggut diharamkan, manakala hiburan dan budaya sekular digalakkan.

Ingatlah kaum muslimin! Usaha menghapuskan khalifah Uthmaniyah dilakukan dengan begitu rapi. Seorang yang bercita-cita tinggi tetapi lemah pegangan iman dan kesedaran terhadap syariat Allah ternyata mudah dipergunakan oleh kafir harbi untuk menghancurkan Islam secara sistematik. Pengkhianat sebegini sentiasa akan dianggap oleh kafir Barat sebagai pejuang kebebasan. Manakala di kalangan pengikut taksub mereka, dia mudah ditabal sebagai manusia ‘anugerah tuhan’ atau ‘Imam Mahdi’ yang kononnya akan membawa pembaharuan. Wahai umat Islam, lihatlah apa yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Islam di negara kita kini begitu banyak persamaannya dengan apa yang pernah dilakukan oleh perosak Islam - Kamal Antartuk;.
 
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah akan mengutus kepada umat ini seorang mujaddid terhadap agamanya setiap 100 tahun”. Adakah kita hanya menunggu pimpinan mujaddid tersebut tanpa berbuat apa-apa bagi melindungi Islam. Sebaliknya terus leka bercakaran merebut kekuasaan. Mungkinkah tarikh 3 Mac 2024 akan lahir mujaddid itu? Lambat lagi wahai umat…lihatlah satu persatu hak kita dicabuli, kita diam sajakah?

SUMBER : MY MASSA

Nasib Mustafa Kamal Attarturk


Mustafa Kemal Ataturk adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman atau Uthmaniyah sedang diceroboh oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipanggil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kemal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Antara kehendak atau dasar yang digunakan oleh Mustafa Kemal sepanjang pemerintahannya:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Di saat kematiannya, Allah S.W.T telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi dan panas sepanjang masa.
Mustafa Kemal tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah S.W.T itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah S.W.T tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Wallahualam.
Sumber: nuraiman.wordpress.com

Monday, January 21, 2013

Kalimah ALLAH: Pendirian sudah dijangka


Hasan Mohamed Ali
 Dr Hasan Mohamed Ali
 
KEPUTUSAN mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini (semalam) memang telah dijangkakan.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa Pas bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan di kalangan ketiga-tiga komponen parti gabunganPakatan Rakyat.

Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah ALLAH itu.

Logiknya masalah ini terbeban kepada Pas disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Akidah. Sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR.


Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana Pas dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadan di Kedah membuktikan pandangan ini.

Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan ExcoKerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa Pas sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Dalam isu kalimah ALLAH yang menyentuh persolan pokok dalamIslam iaitu Akidah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan dirinya. Pas terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan ,Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu.

Jelas kepada kita ulama dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.

Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah hala tuju Pas. Atas pengaruh mereka Pas telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.

Saya berharap sejuta ahli Pas dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.


oleh :  Dr Hasan Mohamed Ali
9 Januari 2013

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati

 http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/kalimah-allah-pendirian-sudah-dijangka-1.119281
--------------------------------------------------------------------

pendirian yg bertaqiyyah mat Sabu...

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mat-sabu-pendirian-saya-macam-pendirian-majlis-syura-1.121559

apa yg penyokong dan pemimpin Pas Nak  dengan melantik Nat sabu jai pimpinan Pas...

Saturday, January 19, 2013

Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor


































KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.
“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.
“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.
Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.
Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

April 07, 2011
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/alkitab-putrajaya-sendiri-nodai-undang-undang-islam-kata-mufti-selangor/

 --------------------------------------


 Syeikh Soleh Al-Fauzan-hafizahullah-Anggota Kibar Ulama Arab Saudi menyatakan :: "Kerajaan tidak boleh sama sekali benarkan orang kristian menterjemahkan kitab mereka kerana ianya sudah mansukh,wajib berpegang dengan Al-Quran"

Monday, December 31, 2012

Mujahidin mahu perintah Syria



BEIRUT: Kumpulan jihad, Barisan Al-Nusra berkata semalam, pemerintahan Islam mesti dilaksanakan di seluruh Syria selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan itu yang dilabel oleh Amerika Syarikat sebagai pengganas, turut menuduh Washington berusaha mengekalkan kerajaan Bashar.

Al-Nusra yang mendakwa bertanggung jawab terhadap kebanyakan serangan berani mati sepanjang konflik di Syria sejak 21 bulan lalu, dianggotai oleh pejuang yang sebahagian besarnya warga asing.

Dalam rakaman audio yang dimuatnaikkan di Internet semalam, Ketua Al-Nusra, Abu Mohammed Al-Jawlani berulang kali menegaskan, kumpulan jihad mesti memerintah Syria selepas kejatuhan Bashar.

“Kejatuhan rejim itu akan meninggalkan kekosongan dan kumpulan Islam adalah yang terbaik untuk mengisi kekosongan itu,” kata Abu Mohammed.

Dalam mesejnya bertajuk: ‘Rakyat Syria, kami korbankan jiwa kami untuk anda,’ beliau berkata: “Kami menawarkan kepada anda darah kami untuk mempertahankan agama dan tanah anda. Kami akan terus melakukan pengorbanan selepas ini.

“Kami akan terus berkorban untuk membolehkan rakyat Syria menjalani kehidupan dengan bermaruah dan memiliki semula apa yang diambil daripada mereka, sehingga mereka boleh hidup di bawah pemerintahan panji Islam,” katanya.

Beliau turut menyelar masyarakat antarabangsa, khususnya Amerika Syarikat.

Barat tidak sepatutnya dibiar meraih keuntungan hasil daripada pengorbanan yang telah kita lakukan,” katanya. - AFP
 
Ktedit to:Faridah Daud

Friday, September 28, 2012

Arak, bikini, hudud, Feqh Awlawiyyat & Parti Islam Tunisia


Sikap dan pendirian politik parti Harakah An-Nahdhah (Pergerakan Kebangkitan) Tunisia, sangat menarik dan penting untuk diteliti, memandangkan kedudukannya sebagai sebuah parti politik beraliran Islam, yang berpeluang mempraktikkan hak berpolitik dalam sebuah negara demokrasi.
Dengan ‘penerjunan’ Nahdhah ke arena politik Tunisia dan seterusnya menjadi ‘pemain’ dalam arena itu, ‘perpustakaan’ politik Islam akan dibekalkan dengan satu lagi model baru ‘perjuangan politik’ berteraskan Islam, yang boleh dijadikan rujukan dan teladan dalam mengemudi politik Islam, khususnya bagi umat Islam di negara ini.
Di sinilah letaknya kepentingan analisis dan pemerhatian terhadap ‘sepak terajang politik’ parti Nahdhah itu.
Parti Nahdhah menjadi perhatian disebabkan statusnya sebagai sebuah parti beraliran Islam yang dikemudi dan dianggotai bangsa Arab, yang begitu dekat dengan sumber ilmu-ilmu dan pemikiran Islam, yang secara asasnya ditulis dalam bahasa itu.
Status ini menjadikan tindak tanduk dan aksi politik parti itu, boleh dinilai sebagai ‘terjemahan berstandard tinggi’ kepada ajaran atau pemikiran Islam berkenaan politik, yang boleh dijadikan rujukan dan panduan oleh pergerakan-pergerakan Islam lain.
Sebelum memenangi pilihanraya Tunisia secara rasmi, parti Nahdhah telah memberikan bayangan kasar kepada bentuk kerajaan yang bakal diterajuinya. Bayangan ini dilakarkan oleh pemimpin parti itu, Syaikh Rashid al-Ghannoushi, 70 dan juga Setiausaha Agungnya, Hammadi al-Jibali, 62.
Lakaran bentuk negara Tunisia baru itu tertumpu kepada tiga perkara, iaitu dasar negara Tunisia pimpinan parti Nahdhah terhadap sektor pelancongan, dasar berhubung wanita dan sifat negara Tunisia baru yang bakal dibentuk.
Nahdhah dan Pelancongan
Dalam melakar negara Tunisia baru, parti Nahdhah memberikan perhatian utama kepada sektor pelancongan negara itu disebabkan ia merupakan sebuah negara destinasi pelancongan, yang menerima kunjungan seramai 7 juta pelancong setiap tahun.
Mengambil kira realiti ini, Ghannoushi awal-awal lagi menyatakan dengan jelas, kerajaan Islam pada masa depan pimpinan parti beliau, akan mengekalkan kedudukan Tunisia sebagai sebuah negara destinasi pelancongan. (Rujukan : aljazeera.net)
Ghanoushi menyedari, ikrar ini menuntut parti pimpinan beliau yang bakal memerintah Tunisia, mengekalkan sektor pelancongan negara itu dalam keadaannya yang sedia ada, seperti di zaman pemerintahan sekular Ben Ali.
Justeru, tanpa teragak-agak, pemimpin utama parti Islam Tunisia itu menyatakan, parti pimpinan beliau tidak akan meletakkan sebarang syarat ke atas sektor pelancongan di Tunisia.
Beliau memberi jaminan, bila berkuasa nanti, partinya tidak akan mewajibkan masyarakat Tunisia atau jutaan pelancong dari Barat, yang menghabiskan cuti mereka di pantai-pantai negara itu, dengan etika dan akhlak tertentu. (Rujukan : aljazeera.net)
Sehubungan itu, Ghannoushi menyatakan, parti pimpinannya itu tidak akan menghalang penjualan arak dan pemakaian bikini, yang begitu sinonim dengan sektor pelancongan di kebanyakan negara, termasuk Tunisia. (Rujukan : aljazeera.net)
Senada dengan pendirian beliau ialah Setiausaha Agung parti Nahdhah, Hammadi al-Jibali, yang dilaporkan berkata, sektor pelancongan di Tunisia  dianggap sebagai “hasil pendapatan yang tiada ruang untuk diganggu”.
Beliau mempersoalkan, “adakah logik kita menimpakan ‘kelumpuhan’ ke atas sektor asasi seperti pelancongan, dengan mengharamkan arak dan pemakaian pakaian mandi dan perlakuan-perlakuan seumpamanya?”. (Rujukan : aljazeera.net)
Bimbang pendirian partinya yang liberal terhadap aktiviti berkaitan arak dan pemakaian bikini disalah tafsir, Ghannoushi menjelaskan, “ini tidak bermakna kami menggalakkan arak. Ini adalah haram dan kami tidak mengingininya.
Tetapi, tidak  mungkin untuk kita bersepakat dengan orang ramai (dalam sesuatu isu seperti arak) dengan kekuasaan, tetapi dengan kerelaan mereka. Maka, objektif kami bukan menghentikan arak, tetapi mengurangkan permintaan terhadap arak”. (Rujukan : aljazeera.net)
Kenyataan beliau ini merupakan pernyataan jelas tentang pendekatan yang bakal diambil oleh parti Nahdhah berhubung aktiviti membabitkan arak, iaitu pendekatan yang tidak berteraskan kuasa dan undang-undang, tetapi berteraskan pendidikan dan pemujukan, yang akan mencetus kerelaan meninggalkan sebarang kegiatan melibatkan minuman yang memabukkan itu.
Dalam rangka menangani secara berhikmah aktiviti membabitkan arak, Ghannoushi juga menjelaskan, partinya tidak akan menutup tempat-tempat penjualan arak, sebaliknya akan berusaha mewujudkan kawasan-kawasan perkelahan yang sesuai bagi golongan beragama yang menghormati nilai-nilai Islam. (Rujukan : aljazeera.net)
Pendekatan yang harmoni dan pertengahan juga akan digunakan oleh parti Nahdhah bagi mendepani budaya pemakaian bikini di kawasan perkelahan di negara itu, seperti yang dapat disaring daripada kenyataan Ghannoushi, “kita akan melakukan apa yang mampu untuk menjayakan  musim pelancongan, dan kita mahu menarik pelancong mengikut kadar termampu.
Tetapi, dalam masa yang sama, kita perihatin terhadap budaya setempat dan kita akan berusaha mencari kedudukan (sikap) yang pertengahan”. (Rujukan : aljazeera.net)
Nahdhah dan wanita
Perkara kedua yang menjadi tumpuan parti Nahdhah dalam melakar negara Tunisia di masa depan, ialah dasar parti Islam itu terhadap kaum wanita.
Lakaran awal dasar parti Nahdhah terhadap wanita yang digariskan oleh kepimpinan parti itu, sesungguhnya menggamit satu perasaan untuk memerhati lebih dekat pergerakan parti yang  ditubuhkan pada 1981 itu.
Sebaik sahaja keputusan tidak rasmi pilihanraya Tunisia menunjukkan parti Nahdhah memenangi lebih daripada 40% kerusi, Setiausaha Agung parti itu, Hammadi al-Jibali mengumumkan, parti itu telah memutuskan untuk memberi separuh daripada kerusi yang dimenanginya kepada aktivis-aktivis wanita parti itu.
Yang menarik dalam pengumuman itu ialah kenyataan beliau yang menyebut, kerusi-kerusi tersebut akan diberikan kepada aktivis-aktivis wanita yang bertudung dan yang tidak bertudung, tanpa diskriminasi. (Rujukan : onislam.net)
Sebenarnya, parti Nahdhah memang bersungguh-sungguh menampilkan dirinya sebagai sebuah parti yang tidak membezakan antara wanita yang bertudung dengan yang tidak bertudung, seperti yang dinyatakan oleh akhbar Washington Post dalam satu analisisnya.
Parti Nahdhah pergi lebih jauh dalam soal dasarnya terhadap wanita, apabila memberi jaminan akan mempertahankan hak wanita untuk memakai apa sahaja pakaian yang mereka kehendaki. Jaminan ini dicatatkan dalam flayers yang disebarkan parti itu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar sama, Washington Post.
Pendekatan ini, mengikut akhbar itu lagi, telah berjaya menarik sokongan wanita yang bertudung dan tidak bertudung kerana dengan jaminan ini, wanita bertudung merasakan mereka dapat menikmati kebebasan memakai tudung, yang sebelum ini diharamkan oleh regim Ben Ali. (Rujukan : aljazeera.net)
Parti Nahdhah tidak menunggu sehingga memerintah untuk menunaikan jaminan yang diberikannya kepada kaum wanita Tunisia, apabila membenarkan seorang wanita yang tidak bertudung mengetuai salah satu senarai calon parti itu.
Lebih daripada itu, dalam satu majlis di pejabat parti Nahdhah bagi meraikan kemenangan tidak rasmi parti itu dalam pilihanraya, sebelum Pengarah Kempen Pilihanraya parti itu berucap, seorang calon wanita parti itu yang tidak bertudung, telah menyanyikan lagu-lagu Lubnan dan Tunisia di pentas, sambil menyatakan parti itu telah membuktikan kesederhanaannya apabila membenarkan wanita tidak bertudung menjadi calonnya. (Rujukan : aljazeera.net)
Perkara ketiga yang disentuh kepimpinan parti Nahdhah ketika mengemukakan lakaran bayangan bagi negara Tunisia baru, ialah sifat negara Tunisia yang bakal diasaskan.
Negara sekular
Berhubung soal ini, parti Nahdhah-selaku sebuah parti Islam-dilihat mengambil sikap yang ‘mengejutkan’, apabila berjanji akan “berusaha mewujudkan sebuah masyarakat sekular pelbagai parti dan aliran yang menghormati hak-hak manusia”. (Rujukan : onislam.net)
Pendirian ini diambil di saat keputusan tidak rasmi pilihanraya negara itu, menunjukkan parti Nahdhah mendahului parti-parti lain dengan perbezaan kerusi yang besar, dan dijangka banyak pihak sebagai parti yang bakal mengetuai kerajaan baru Tunisia.
Bicara tentang sebuah parti Islam yang sedang berada di ambang pemerintahan negara seperti Nahdhah, seakan tidak lengkap jika tidak disentuh persoalan perlaksanaan Syariat Islam, termasuk hudud, dalam agenda parti Islam itu.
Walau bagaimana pun, persoalan ini mudah dijawab tanpa memerlukan kajian dan penelitian terhadap manifesto atau tawaran parti itu kepada rakyat Tunisia.
Hal ini demikian kerana sejak awal-awal lagi, iaitu pada 22 Januari 2011, pemimpin utama parti Nahdhah, Ghannoushi mengatakan, “partinya tidak berusaha untuk melaksanakan Syariat Islam di Tunisia, sebaliknya berusaha untuk membebaskan Tunisia daripada sistem satu parti dalam apa jua bentuk sekalipun, sambil menegaskan bahawa apa yang diperlukan Tunisia hari ini, ialah kebebasan”. (Rujukan : onislam.net)
Tinjauan sepintas lalu ke atas sikap dan pendirian politik parti Nahdhah seperti yang dipaparkan, sudah memadai untuk dirumuskan satu kesimpulan penting, iaitu sikap atau dasar parti itu berhubung sektor pelancongan (yang berkait rapat dengan arak dan bikini), wanita dan  sifat negara Tunisia di masa depan, secara umumnya tidak menepati kehendak dan tuntutan Islam.
Demikian juga kenyataan pemimpin parti itu, Ghannoushi yang terang-terang menyatakan, partinya itu tidak berusaha untuk melaksanakan Syariat Islam di Tunisia. Secara tersuratnya, ia jelas tidak menepati kehendak Islam yang diperjuangkan sendiri oleh parti pimpinannya itu.
Walau bagaimana pun, menariknya, tidak kedengaran suara-suara yang berkredibiliti samada dari dalam parti Islam itu atau dari luar, khususnya dari para ulama haraki, yang mengkritik pendirian politik parti Nahdhah itu.
Suara-suara yang melebelkan parti Nahdhah sebagai sebuah parti yang menang pilihan raya, tetapi kalah dalam menegakkan hukum Allah, atau keluhan ‘apalah maknanya kemenangan andai ketetapan Allah diketepikan’, juga tidak kedengaran.
Dakwaan bahawa parti itu-dengan mengambil pendirian politik yang liberal itu-lebih mementingkan kuasa berbanding melaksanakan hukum hakam Islam, juga tidak disuarakan oleh mana-mana pihak yang berwibawa setakat ini. 
Tafsiran ulama
Tafsiran kepada keadaan ini, ialah kefahaman pemimpin-pemimpin pergerakan Islam dan para ulama haraki di Timur Tengah, terhadap tuntutan Islam yang menghendaki penganutnya ‘mengutamakan perkara yang utama, dan menangguhkan perkara kurang utama’, atau yang diistilahkan sebagai Feqh Awlawiyyat.
Tuntutan ini telah dipenuhi dengan jayanya oleh Nabi Muhammad SAW, apabila Baginda hanya memfokuskan kepada aspek dakwah dan tarbiyah semasa berada di Mekah, yang hanya berlegar sekitar dasar-dasar akidah, pengukuhan tauhid, mengkhususkan ibadat hanya kepada Allah, membuang kesyirikan, menjauhi taghut dan menghiasi diri dengan akhlak-akhlak terpuji.
Pengutamaan ke atas persoalan-persoalan teras dan utama ini, telah mendorong Baginda menangguhkan buat sementara pengajaran tentang hukum hakam Islam (seperti hudud, kekeluargaan, perkahwinan, jual beli dsb) dan melarang umat Islam mengangkat senjata bagi mempertahankan diri daripada kezaliman Musyrikin Mekah.
Adalah diyakini, kerana mendahulukan perkara-perkara yang lebih utama, iaitu pembentukan negara yang berteraskan kebebasan, kemuliaan rakyat dan keadilan, telah mendorong parti Nahdhah mengetepikan buat sementara soal pemakaian bikini, sifat sekular negara Tunisia dan penjualan arak di negara itu.
Soal pemakaian bikini dan penggunaan arak, biar pun ia ditegah oleh Islam, namun kesan dan akibatnya hanya terbatas kepada kelompok kecil manusia, yang menyebabkan soal menangani kemungkaran itu boleh dikemudiankan.
Berbeza dengan soal kewujudan sebuah negara yang bertunjangkan kebebasan, kemuliaan rakyat dan keadilan, ketiadaannya akan memberi kesan langsung ke atas seluruh rakyat, yang menuntut supaya soal ini didahulu dan diutamakan.
Demikian juga pemasyhuran Tunisia sebagai sebuah negara Islam, ia boleh dikemudiankan memandangkan keperluan dan keutamaan membentuk  negara Tunisia yang bebas, adil dan ‘dikemudi’ rakyat jelata, boleh juga dilakukan dalam sebuah negara sekular yang menghormati hak-hak manusia.
Dengan pendirian politik yang terpancar dari ‘mata air’ Feqh Awlawiyyat ini, parti Nahdhah telah berjaya meletakkan dirinya pada kedudukan sebuah parti Islam yang dinamik, realistik dan sederhana.
Tulisan ini tidak bermaksud mengajak mana-mana pihak meniru dan mencedok satu persatu pendirian parti Nahdhah ini. Semua itu tidak perlu kerana sesuatu tindakan yang sesuai di Tunisia, tidak semestinya secocok dengan negara-negara lain, disebabkan faktor perbezaan suasana dan realiti setempat.
Apa yang mustahak ialah parti-parti beraliran Islam walau di mana ia berada, mengambil semangat dan ruh yang mendasari sikap dan pendirian politik parti Nahdhah ini.
Feqh Awlawiyyat!