TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......
Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam prog
am
keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan
pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para
Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger
popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa
sebagai pengisian di dalam blognya,
http://www.ustazamin.com/.
Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup
mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya
yang berlaku terhadap beliau di sana......
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari
26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk
ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa
untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada
suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada
saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“
Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah,
di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel,
mereka memang mengutuk
Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka
memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu
aku
Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan
saya di satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang
anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan,
memang r
ombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia,
duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada
apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap
malam,
Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati
mereka pada Islam di Malaysia. Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?” Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke
Mount Of Olive
(Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini
terlalu cantik
terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah
timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang
dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya. Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya.
Mata saya tertumpu pada
tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin
seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu. Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a
“Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the
surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to
outside missionaries to preach the gospel here..”