Showing posts with label Amalan di bulan REJAB. Show all posts
Showing posts with label Amalan di bulan REJAB. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Amalan Di Bulan Rejab: Antara Yang Palsu Dan Tulen

Amalan Di Bulan Rejab: Antara Yang Palsu Dan Tulen

Abd al-Razzaq bin Abd Muthalib

Allah swt telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab-kitabnya serta menyediakan batas-batas arahan dan larangan atau boleh juga disebut sebagai syariat kepada manusia. Ini semua bertujuan tidak lain  dan tidak bukan supaya manusia itu mengabdikan diri serta mentauhidkan Allah swt di dalam semua keadaan dan tingkah lakunya.

 Malah, inilah tujuan utama penciptaan makhluk seperti mana yang ditegaskan oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:
 "Dan tidak Aku ciptakan jin dam manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku". (Surah al-Zaariyat: ayat 56). 

Suatu perkara yang penting dan perlu untuk diberikan perhatian bahawa segala bentuk ibadah ini tidak akan diterima oleh Allah swt melainkan jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt serta menepati dengan cara yang dilakukan dan diperintahkan oleh Rasulullah saw. 

Maka sebarang bentuk ibadah yang tidak memenuhi dua syarat ini, ianya tidak akan diterima oleh Allah swt apatah lagi untuk diberikan ganjaran.

Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya". ( Surah al-Kahfi: ayat 110).
Al-Imam Ibn Kathir (w 774 H) di dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa: ((Barangsiapa yang mengharapkan ganjaran serta balasan yang baik  hendaklah ia melakukan amalan yang bertepatan dengan syariat Allah, dan hanya kerana Allah (ikhlas) serta tidak ada sekutu bagi-Nya, dan inilah dua rukun untuk diterima segala amalan, iaitu mesti dilakukan dengan ikhlas kepada Allah dan menepati dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw)).
(Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim (Dimashq: Maktabah Dar al-Fiha’, cetakan ke-2, 1998), jilid 3, m/s 147).
Hal ini dikuatkan lagi dengan pendapat para ulamak, antaranya al-Fudhail bin ‘Iyadh r.h. dalam kata-katanya: Sesungguhnya amalan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan tetapi tidak betul maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan betul tetapi tidak ikhlas, ianya juga tidak diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan betul. Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla, dan betul itu pula ialah apabila dilakukan menepati sunnah Rasulullah saw.
(Ibn Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, (Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyah, cetakan ke-3, 2000), m/s 15).

Bulan Rejab dan amalan yang dilakukan di dalamnya.

Bulan Rejab adalah antara salah satu bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan yang suci. Dinamakan dengan Rejab bersempena dengan penghormatan terhadapnya di zaman jahiliyyah dengan tidak melakukan sebarang peperangan di dalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Bierut: Muassah al-Risalah, 2001), m/s 215)
Telah menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan ini dengan pelbagai amalan. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan amalan tersebut diterima?

Menyentuh tentang persoalan ikhlas, kemungkinan semua orang memilikinya, tetapi adakah amalan tersebut bertepatan dengan syariat dan sunnah Rasulullah saw. 

 Justeru, menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk menyemak dan memastikan segala amalan yang dilakukannya itu bertepatan dengan syariat dan sama dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
Antara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab ini yang tidak menepati sunnah Rasulullah saw ialah:

1)
Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra’ wa al-Mi’raj.
 
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj merupakan salah satu daripada peristiwa besar dan penting di dalam sejarah Islam.

 Ianya bukti kepada kebesaran Allah swt dan kebenaran Nabi Muhamad saw serta risalah yang dibawa oleh Baginda. Tersebar luas di kalangan umat Islam bahawa peristiwa agung ini berlaku di malam dua puluh tujuh di bulan Rejab. Maka sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus dengan mengharapkan fadhilat-fadhilat tertentu.

Tetapi pendapat ini adalah tidak tepat sepertimana yang disebut oleh Syeikh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: Dan malam ini yang dikatakan berlaku padanya peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak thabit daripada Rasulullah saw di sisi ulamak hadith, dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah disebalik kerahsiaan ini kepada manusia, dan walau sekiranya terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan yang khusus. 

Sekiranya menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi saw akan menunjukan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda saw, semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para sahabat ra kepada kita.
 
(Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni. Islam Madinah, m/s 7).

2) Solat Raghaib 
Solat ini dilakukan berdasarkan kepada satu hadith maudhu’ (palsu) yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra, katanya: 

Telah bersabda Rasulullah saw: Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku, dan Ramadhan bulan umatku… dan tidak ada seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab kemudian melakukan solat diantara waktu Maghrib dan ‘Atamah (waktu sepertiga awal malam), iaitu dilakukan pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat, dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga kali, dan surah al-Ikhlas sebanyak dua belas kali, dan diselangi setiap dua rakaat dengan salam,

 dan apabila telah selesai, ia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali, kemudian membaca: (Allahumma salli ‘ala Muhammadin Nabiy al-Ummiy wa ‘ala alihi), kemudian sujud dan  membaca: (Subbhuhun Quddusun Rabbu al-Malaikatu wa al-Ruh) sebanyak 70 kali, kemudian ia angkat kepalanya dan kemudian membaca: (Rabbi ighfir warham watajawaj ‘amma ta’lamu innaka anta al-‘azizu al-a’dzam) sebanyak 70 kali, kemudian ia sujud kali kedua dan membaca seperti bacaan di sujud pertama, kemudian ia mohon kepada Allah segala hajatnya, nescaya akan ditunaikan. 

Bersabda Rasulullah saw lagi: Dan demi diriku yang di tangan-Nya, tidak ada seorang hamba pun, lelaki mahupun perempuan yang mengerjakan solat ini melainkan akan diampunkan Allah sekelian dosanya, walau pun seperti buih di lautan dan sebanyak dedaun di pohonan, dan ia akan dapat memberi syafaat pada hari Qiamat untuk 700 orang di kalangan kaum keluarganya…))  
 
(Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi, di dalam kitabnya al-Maudhu ‘at, jilid 2, m/s 124-125). 

Seterusnya Ibn al-Jauzi menyebut: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas Rasulullah saw, di dalam nya terdapat seorang perawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta, dan aku mendengar guruku; Abd al-Wahab berkata: Para rawinya majhul (tidak dikenali) dan telah disemak tentang peribadi mereka ini di dalam semua kitab tetapi tidak ku temui tentang mereka). 

Al-Imam al-Syaukaniy rh juga menyebut di dalam kitabnya: al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para ulamak bahawa ia adalah maudhu’)).
 
Setelah kita mengetahui tentang kedudukan hadith yang menyebut tentang  solat Raghaib ini, marilah kita melihat apakah pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat tersebut. 

Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: Sesungguhnya ia adalah bid ‘ah yang ditegah di antara bid ‘ah-bid ‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan  mereka-reka solat ini, dan para imam telah menulis pelbagai penulisan yang bernilai dan bermutu  yang menyebut tentang keburukannya, kesesatan orang yang mengerjakan sembahyang ini, dan yang melakukan bid ‘ah ini, serta dalil tentang kejelekan, kebatilan serta kesesatan orang yang mengamalkannya  adalah terlalu banyak dan tidak terhitung.
(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262. 

Al-Imam Ibn Taimiyah (w 728 H) juga menyanggah  pendapat tentang kewujudan solat ini dengan berkata: Solat ini (Raghaib) ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan tidak pula oleh seorang pun dikalangan para sahabat Baginda, tabi‘in dan para imam kaum Muslimin, dan Nabi saw tidak menggalakkannya serta tidak terdapat seorang pun dikalangan ulamak salaf dan imam-imam yang menggalakannya dan mereka tidak pernah menyebut akan adanya keutamaan-keutamaan yang khusus bagi malam ini. Hadith-hadith yang menyebut mengenainya adalah dusta dan maudhu’ dengan sepakat ahli ilmu, maka oleh kerana itu ahli-ahli tahqiq mengatakan bahawa solat tersebut adalah makruh, bukan sunat)).
(Ibn Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 1/149) 

Menurut al-Hafiz Ibn Rejab pula

Solat ini adalah bid‘ah di sisi jumhur (kebanyakan) ulamak, dan di antara mereka yang menyebut tentang perkara ini adalah di kalangan ulamak yang terkemudian seperti Abu Ismail al-Haruwi, Abu Bakar ibn al-Sam‘aniy, Abu al-Fadhl ibn Nasir, Abu al-Farj ibn al-Jawzi dan yang lain lagi, dan perkara ini tidak disebut oleh ulamak yang awal disebabkan ianya hanya muncul selepas daripada zaman mereka, dan yang terawal timbulnya perkara ini ialah selepas 400 tahun, maka sebab itulah golongan ulamak yang awal dan terdahulu tidak mengetahuinya dan tidak membincangkannya
(Ibn Rejab, Lataif al-Ma ‘arif, m/s 228) 

Terdapat ramai lagi dikalangan ulamak yang membincangkan tentang hukum solat Raghaib ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pendapat-pendapat mereka semuanya menafikan kewujudan solat ini dan menganggap ia sebagai salah satu bid ‘ah (ibadat yang direka-reka) yang amat ditegah dan tidak boleh mengamalkannya kerana ianya tidak thabit daripada Rasulullah saw mahupun para sahabat ra serta al-tabi’in..

3) Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas.
Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagianya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadith-hadith ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan.

 Antara hadith-hadith maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah: 

1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…."
Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’

2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…"
 
Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith. 

3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
 "Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun".
 
Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil. 

Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar di kalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama

Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: 

Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus.
 
(Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23). 

Sayyidina Umar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di bulan Rejab.
(al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63). 

Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: 
Apa  yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber. 

Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)).
(Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah, m/s 440). 

Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi. 

Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab. 

Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw. Persoalan yang mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya?. Atau ianya tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan letih sahaja.

  Semoga Allah swt mengampunkan kesalahan yang dilakukan di atas kejahilan kita. Marilah kita bersama-sama untuk membenteraskan kegiatan penyebaran hadith-hadith palsu di kalangan umat Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunnah Rasulullah saw dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt.

Sumber: www.al-qayyim.net (dengan sedikit pindaan) 

 http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=78

Wednesday, May 23, 2012

Tiada Amalan Khusus di Bulan Rajab

Biografi Ibnu Hajar:
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani atau nama sebenarnya Syihabuddin Abul Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali Al-Kinani Al-‘Asqalani Asy-Syafi’i.

Beliau terkenal dengan kitab Syarahnya kepada Sahih Al-Bukhari yang berjudul Fathul Bari. Beliau berasal dari ‘Asqalan Palestin, lahir dan wafat di Qaherah.

Beliau sangat terkedepan dalam ilmu hadis dan banyak mendengarnya. Beliau menjalankan rehlah dan melazimi Syeikhnya Al-Hafiz Abul Fadhl Al-‘Iraqi.

Beliau melakukan rehlah ke Yaman, Hijaz dan selain keduanya untuk mendengarkan syuyukh sehingga beliau menjadi seorang yang terkenal.

Lahir pada 773 Hijrah bersamaan 1372 Masihi dan wafat pada 852 Hijrah bersamaan 1448 Masihi. (Al-Mausu’ah Al-‘Arabiah Al-‘Aliyah)

Biografi Al-Harawi:
Al-Harawi atau nama sebenarnya Abdullah bin Muhammad bin Ali Al-Anshari Al-Harawi. Kuniah beliau Abu Ismail.

Beliau seorang syeikh di Khurasan pada zamannya. Beliau termasuk dari kalangan Kibar Ulama dalam mazhab Hanbali berketurunan Abu Ayub Al-Anshari.

Beliau seorang yang sangat mahir di dalam ilmu bahasa, seorang hafiz di dalam hadis, dan arif dalam ilmu tarikh dan nasab (keturunan). Beliau menampakkan sunnah dan berdakwah kepadanya.

Lahir pada 396 Hijrah bersamaan 1006 Masihi dan wafat pada 481 Hijrah bersamaan 1089 Masihi. (Al-A’lam Liz-Zarkali)

________________________
p/s: semoga Allah memberi kepada kita kelapangan untuk mempelajari al-Quran dan as-Sunnah.

Semoga kita termsak dalam  golongan "Barangsiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." (HR al-Bukhari)

~Quran-Sunnah.net

----------------------------------------------------------
 Bismillah..

Imam Abu Syamah rahimahullah dalam kitab Al-Ba’its berkata bahawa Abu Bakar As-Siddiq radhiallahu’anhu mengingkari keluarganya yang berpuasa di bulan Rajab. Bahkan Umar bin Khattab radhiallahu’anhu memukul tangan orang-orang yang berpuasa di bulan Rajab seraya berkata: “Ini adalah bulan yang dibesar-besarkan oleh orang-orang jahiliah.”

Riwayat dari Abu Bakar As-Siddiq disebutkan secara lengkap oleh At-Thurthusi rahimahullah dalam kitabnya sebagai berikut:

Diriwayatkan dari Abu Bakar As-Siddiq, bahawa dia pernah masuk menemui isterinya dalam keadaan melakukan persiapan menyambut bulan Rajab. Maka beliau radhiallahu ’anhu berkata: “Apa ini?” Dia menjawab: “Bulan Rajab, kita akan berpuasa padanya.” Abu Bakar radhiallahu’anhu berkata: “Adakah engkau akan menjadikan bulan Rajab sebagai bulan Ramadhan?!”

Adapun tentang Umar bin Khattab, diriwayatkan pula oleh Al-Faqihi dalam kitab Makkah dengan sanadnya sampai kepada Harasyah Ibnu Hurr, dia berkata: “Aku melihat Umar bin Khattab radhiallahu’anhu memukul tangan-tangan manusia pada bulan Rajab, hingga mereka hendak mengambil makanan lalu berkata: “Makanlah! Sesungguhnya bulan
Rajab diagungkan oleh orang-orang Jahiliah.”

Imam Nawawi rahimahullah berkata: “Tidak sabit riwayat tentang puasa pada bulan Rajab. Tidak ada perintah dan tidak pula ada larangan….”

Diriwayatkan oleh Abu Muhammad Ibnu Abi Yazid berkata: “Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anhuma tidak suka puasa pada bulan Rajab secara keseluruhan kerana beliau bimbang orang-orang jahil akan mengganggap ianya suatu perintah yang disyariatkan.” (Tabyin Al-‘Ujab, Karya Ibnu Hajar Al-'Asqalani, ms. 65-66)

http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5671%3Atidak-ada-satupun-hadis-yang-sahih-tentang-kelebihan-rejab&catid=58%3Amaulana-mohd-asri-yusoff

Tuesday, May 22, 2012

Bid`ah-bid`ah Dalam Bulan Rejab.

Bulan Rejab ialah salah satu bulan daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah Ta`ala dalam firmanNya:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan yang empat itu

[ At-Taubah:36 ]

Bulan-bulan haram adalah: Muharam,Rejab,Zulkaedah,Zulhijjah.

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا , مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ , ثَلاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ : ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ , وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Daripada Abi Bakrah radiallahu`anhu daripada Nabi Sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Satu tahun terdiri dua belas bulan,daripadanya ada empat bulan haram,tiga bulan berturut-turut, Zukaedah,Zulhijjah dan Muharam,sedangkan Rejab Mudhar pula terletak antara Jumada akhir dan Sya`aban.

[ HR Bukhari no:4662, Muslim no:1679 ]

Kenapa Dinamakan Bulan-bulan ini sebagai bulan haram?

1) Diharamkan peperangan pada bulan ini kecuali jika jelas diserang musuh atau berlanjutnya peperangan dari bulan sebelumnya.

2) Pengharaman melakukan maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan syariat lebih dahsyat berbanding bulan-bulan lain, sebab itulah Allah melarang melakukan maksiat pada bulan-bulan ini sebagaimana FirmanNya:

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan yang empat itu

[ At-Taubah:36 ]

Melakukan maksiat dan dosa adalah terlarang pada bila-bila masa namun melakukannya pada keempat-empat bulan haram ini lebih dahsyat dan kuat pengharamannya dan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan haram adalah lebih berbanding pada bulan-bulan yang lain.

Kata Ibnu Rejab Al-Hanbali rahimahullah:

سمّي رجبٌ رجباً؛ لأنه كان يرجب، أي يُعظَّم، يُقال: رَجَبَ فلانٌ مولاه، أي عظَّمه

Dinamakan Rejab sebagai Rejab kerana ianya dihormati,iaitulah diagungkan, dikatakan; Fulan menghormari tuannya,iaitulah mengagungkannya.

[ Al-Lathoif Al-Ma`arif 1/117 ]

Orang-orang Arab Jahiliyyah sangat mengagungkan bulan Rejab,khususnya kabilah Mudhar sebab itulah disebutkan dalam Hadith " Rejab Mudhar" .

Kata Ibnul Athir :

أضاف رجباً إلى مضر؛ لأنهم كانوا يُعظِّمونه خلاف غيرهم، فكأنهم اختصُّوا به

Disandarkan Rejab kepada Mudhar,kerana dahulu mereka sangat mengagungkannya tidak seperti kabilah yang lain,maka seakan-akan mereka mengkhususkan bulan ini pada mereka.

[ An-Nihayah fi Gharibil Hadith Wal Athar 2/197 ]

Bid`ah-Bid`ah pada bulan Rejab:

Tidak syak lagi bulan Rejab termasuk antara bulan-bulan yang dimuliakan oleh Allah Ta`ala sebagaimana disebut dalam kitabNya dan melarang manusia daripada melakukan kezaliman di dalam bulan ini,namun bukanlah bermaksud untuk melakukan atau mereka cipta ibadah-ibadah tertentu dan mengkhusukan pada bulan ini dengan ibadah tertentu yang tidak ada pada bulan lain,kerana ianya tidak tsabit daripada Nabi sallallahu`alaihiwasallam tentang melakukan ibadah khusus dalam bulan ini.Para Ulama` telah menetapkan bahawa mengkhususkan ibadah pada waktu-waktu tertentu yang tidak dikhususkan oleh Syari`at maka ianya tidak boleh dilakukan kerana tidak ada kelebihan pada ibadah atau waktu tertentu melainkan apa yang telah ditunjukkan oleh Syari`at.

Sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam:

من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Sesiapa yang mereka cipta sesuatu dalam urusan kami( syariat Islam) ini apa yang tiada dasarnya maka ianya tertolak.

[ HR Bukhari ]

Antara bid`ah-bid`ah yang sering dilakukan pada bulan Rejab:

1) Menyembelih haiwan sembelihan atau dinamakan ( Al-`Atirah ).

Dahulunya kaum Jahiliyyah menyembelih sembelihan yang dinamakan "Al-`Atirah" apabila datang Islam,Islam membatalkan dan menghapuskan amalan tersebut.

Sabda Nabi sallallahu`alaihiwasallam:

لَا عَتِيرَةَ فِي الْإِسْلَامِ

Tidak ada `Atirah dalam Islam.

[ HR Ahmad no:7135, isnadnya shahih juga asalnya seperti didalam As-Shahihain ]

Berkata Abu `Ubaidah:

العتيرة هي الرجبية ذبيحة كانوا يذبحونها في الجاهلية في رجب يتقربون بها لأصنامهم

Al-`Atirah adalah sembelihan yang dilakukan untuk mengagungkan atau memuliakan bulan Rejab,dahulu mereka menyembelihnya pada zaman Jahiliyyah pada bulan Rejab bertujuan untuk mendekatkan diri mereka dengannya terhadap berhala-berhala mereka.

[ Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari,Ibn Hajar Al-`Asqalani 9/598 ]

Berkata Ibnu Rejab Al-Hanbali:

ويشبه الذبح في رجب اتخاذه موسمًا وعيدًا كأكل الحلوى ونحوها

Menyerupai penyembelihan pada bulan Rejab adalah menjadikan ianya sebagai musim dan perayaan tertentu seperti memakan halwa(manisan) dan yang sepertinya.

[ Lathoif Al-Ma`arif 1/118 ]

2) Meyakini dan beritiqad bahawasanya malam dua puluh tujuh Rejab adalah malam berlakunya Israk dan Mikraj,atau menyambutnya sebagai perayaan.

Tidak ada nas serta dalil yang khusus menjelaskan tarikh berlakunya Israk dan Mikraj,bahkan telah berlaku perselisihan yang besar di kalangan para Ulama` Islam dan ahli sejarah dalam menentukan tarikh berlakunya Israk Mikraj.Maka adalah mustahil jika ditetapkan malam tertentu berlakunya Israk Mikraj tanpa ianya mempunyai dalil yang jelas daripada nas.

Jika benar ada ibadah khusus dan perayaan tertentu yang digalakkan oleh Syariat untuk melakukannya tentulah Nabi sallallahu`alaihiwasallam sudah menjelaskannya,juga tentulah para sahabat serta Salafussoleh sudah menyambutnya,namun tidak ada satu riwayat pun yang menyebutkan hal tersebut, bahkan Nabi sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

لا تَتَّخِذُوا شَهْرًا عِيدًا ، وَلا تَتَّخِذُوا يَوْمًا عِيدًا

Janganlah kamu menjadikan bulan tertentu sebagai perayaan,dan janganlah kamu jadikan hari tertentu sebagai perayaan.

[ Diriwayatkan secara mursal dalam Musannaf Abdul Razak no:7639, perawinya kesemuanya tsiqah,hadith ini boleh berhujjah dengannya-insyaAllah- ]

3) Solat Raghaib

Mereka-cipta solat yang dilakukan pada malam jumaat awal bulan Rejab yang dinamakan dengan solat Raghaib,kemudian mereka membuat hadith-hadith palsu menjelaskan tentang kelebihannya.

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

Begitulah juga hadith-hadith berkenaan solat Raghaib yang dilakukan pada malam jumaat pertama pada bulan Rejab,kesemuanya adalah dusta yang direka cipta atas nama Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam......

Misalnya hadith:

لا تغفلوا عن أول جمعة من رجب ,فإنها ليلة تسميها الملائكة الرغائب....

Janganlah kamu lalai daripada awal jumaat daripada bulan Rejab,kerana padanya terdapat satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai Raghaib.

Hadith ini adalah palsu,madar( sebabnya) dalam perawinya ada pendusta dan pemalsu hadith iaitulah Ibnu Jahdham beliau ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdham,seorang syeikh Sufi di Mekah.Hal ini sebagaimana diulas oleh Ibnul Jauzi yang menyebut bahawasnya di dalamnya terdapat perawi-perawi yang majhul.

[ Al-Manarul Munif m/s:76 , rujuk juga Al-Laali Al-Masnu`ah 2/30 ]

4) Mengkhususkan puasa pada bulan Rejab.

Telah tsabit bahawasanya `Umar bin Al-Khattab radiallahu`anhu pernah memukul tangan seorang lelaki yang berpuasa (disebabkan memuliakan) bulan Rejab sehinggakan beliau `Umar menarik tangannya menuju kepada makanan (agar dia berbuka),kemudian `Umar berkata: " Apa Rejab?, sesungguhnya bulan Rejab ini hanya diagungkan oleh kaum jahiliyyah,apabila Islam datang maka ianya ditinggalkan

[ Musannaf Ibnu Abi Syaibah 2/345, Ibnu Wadhaah dalam Kitab Al-Bida` ]

Begitu jugalah mengkhususkan amalan-amalan lain seperti sedekah,Umrah dan selainnya dengan keyakinan bahawa ada ganjaran khusus disebabkan bulan Rejab maka kesemuanya adalah terbina di atas bid`ah dan sangka-sangkaan dalam agama.Sebagaimana yang kita ketahui menyintai Nabi sallallahu`alaihiwasallam adalah dengan mengikuti sunnahnya bukan dengan mereka-reka amalan atau perayaan tertentu yang tidak ada dalil dan hujjahnya,maka seharusnya umat Islam berwaspada dengan setiap bid`ah dalam agama dan mencukupkan diri hanya dengan Sunnah-sunnah Nabi sallahu`aihiwasallam berdasarkan dalil-dalil yang shahih.

Wallahu`alam,

ditulis oleh:

Abul Hussein

Universiti Islam Madinah An-Nabawiyyah

29 Jumadil Akhir 1432 H/1 Jun 2011M

Monday, May 21, 2012

Amalan Di Bulan Rejab - Antara Yang Palsu Dan Tulen

Amalan Di Bulan Rejab: Antara Yang Palsu Dan Tulen
Abd al-Razzaq bin Abd Muthalib

Allah swt telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab-kitabnya serta menyediakan batas-batas arahan dan larangan atau boleh juga disebut sebagai syariat kepada manusia. Ini semua bertujuan tidak lain  dan tidak bukan supaya manusia itu mengabdikan diri serta mentauhidkan Allah swt di dalam semua keadaan dan tingkah lakunya. Malah, inilah tujuan utama penciptaan makhluk seperti mana yang ditegaskan oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:
 "Dan tidak Aku ciptakan jin dam manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku". (Surah al-Zaariyat: ayat 56).

Suatu perkara yang penting dan perlu untuk diberikan perhatian bahawa segala bentuk ibadah ini tidak akan diterima oleh Allah swt melainkan jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt serta menepati dengan cara yang dilakukan dan diperintahkan oleh Rasulullah saw. Maka sebarang bentuk ibadah yang tidak memenuhi dua syarat ini, ianya tidak akan diterima oleh Allah swt apatah lagi untuk diberikan ganjaran. Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya". ( Surah al-Kahfi: ayat 110). 

Al-Imam Ibn Kathir (w 774 H) di dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa: ((Barangsiapa yang mengharapkan ganjaran serta balasan yang baik  hendaklah ia melakukan amalan yang bertepatan dengan syariat Allah, dan hanya kerana Allah (ikhlas) serta tidak ada sekutu bagi-Nya, dan inilah dua rukun untuk diterima segala amalan, iaitu mesti dilakukan dengan ikhlas kepada Allah dan menepati dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw)).
(Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim (Dimashq: Maktabah Dar al-Fiha’, cetakan ke-2, 1998), jilid 3, m/s 147). 

Hal ini dikuatkan lagi dengan pendapat para ulamak, antaranya al-Fudhail bin ‘Iyadh r.h. dalam kata-katanya: Sesungguhnya amalan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan tetapi tidak betul maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan betul tetapi tidak ikhlas, ianya juga tidak diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan betul. Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla, dan betul itu pula ialah apabila dilakukan menepati sunnah Rasulullah saw.
(Ibn Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, (Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyah, cetakan ke-3, 2000), m/s 15). 

Bulan Rejab dan amalan yang dilakukan di dalamnya.
 
Bulan Rejab adalah antara salah satu bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan yang suci. Dinamakan dengan Rejab bersempena dengan penghormatan terhadapnya di zaman jahiliyyah dengan tidak melakukan sebarang peperangan di dalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Bierut: Muassah al-Risalah, 2001), m/s 215)
Telah menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan ini dengan pelbagai amalan. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan amalan tersebut diterima? Menyentuh tentang persoalan ikhlas, kemungkinan semua orang memilikinya, tetapi adakah amalan tersebut bertepatan dengan syariat dan sunnah Rasulullah saw. Justeru, menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk menyemak dan memastikan segala amalan yang dilakukannya itu bertepatan dengan syariat dan sama dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah saw. 

Antara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab ini yang tidak menepati sunnah Rasulullah saw ialah: 

1)
Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra’ wa al-Mi’raj.
 
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj merupakan salah satu daripada peristiwa besar dan penting di dalam sejarah Islam. Ianya bukti kepada kebesaran Allah swt dan kebenaran Nabi Muhamad saw serta risalah yang dibawa oleh Baginda. Tersebar luas di kalangan umat Islam bahawa peristiwa agung ini berlaku di malam dua puluh tujuh di bulan Rejab. Maka sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus dengan mengharapkan fadhilat-fadhilat tertentu. Tetapi pendapat ini adalah tidak tepat sepertimana yang disebut oleh Syeikh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: Dan malam ini yang dikatakan berlaku padanya peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak thabit daripada Rasulullah saw di sisi ulamak hadith, dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah disebalik kerahsiaan ini kepada manusia, dan walau sekiranya terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan yang khusus. Sekiranya menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi saw akan menunjukan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda saw, semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para sahabat ra kepada kita.
(Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni. Islam Madinah, m/s 7). 

2) Solat Raghaib

Solat ini dilakukan berdasarkan kepada satu hadith maudhu’ (palsu) yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku, dan Ramadhan bulan umatku… dan tidak ada seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab kemudian melakukan solat diantara waktu Maghrib dan ‘Atamah (waktu sepertiga awal malam), iaitu dilakukan pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat, dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga kali, dan surah al-Ikhlas sebanyak dua belas kali, dan diselangi setiap dua rakaat dengan salam, dan apabila telah selesai, ia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali, kemudian membaca: (Allahumma salli ‘ala Muhammadin Nabiy al-Ummiy wa ‘ala alihi), kemudian sujud dan  membaca: (Subbhuhun Quddusun Rabbu al-Malaikatu wa al-Ruh) sebanyak 70 kali, kemudian ia angkat kepalanya dan kemudian membaca: (Rabbi ighfir warham watajawaj ‘amma ta’lamu innaka anta al-‘azizu al-a’dzam) sebanyak 70 kali, kemudian ia sujud kali kedua dan membaca seperti bacaan di sujud pertama, kemudian ia mohon kepada Allah segala hajatnya, nescaya akan ditunaikan. Bersabda Rasulullah saw lagi: Dan demi diriku yang di tangan-Nya, tidak ada seorang hamba pun, lelaki mahupun perempuan yang mengerjakan solat ini melainkan akan diampunkan Allah sekelian dosanya, walau pun seperti buih di lautan dan sebanyak dedaun di pohonan, dan ia akan dapat memberi syafaat pada hari Qiamat untuk 700 orang di kalangan kaum keluarganya…)) 
(Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi, di dalam kitabnya al-Maudhu ‘at, jilid 2, m/s 124-125). 

Seterusnya Ibn al-Jauzi menyebut: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas Rasulullah saw, di dalam nya terdapat seorang perawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta, dan aku mendengar guruku; Abd al-Wahab berkata: Para rawinya majhul (tidak dikenali) dan telah disemak tentang peribadi mereka ini di dalam semua kitab tetapi tidak ku temui tentang mereka).
Al-Imam al-Syaukaniy rh juga menyebut di dalam kitabnya: al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para ulamak bahawa ia adalah maudhu’)).

Setelah kita mengetahui tentang kedudukan hadith yang menyebut tentang  solat Raghaib ini, marilah kita melihat apakah pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat tersebut.
 
Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: Sesungguhnya ia adalah bid ‘ah yang ditegah di antara bid ‘ah-bid ‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan  mereka-reka solat ini, dan para imam telah menulis pelbagai penulisan yang bernilai dan bermutu  yang menyebut tentang keburukannya, kesesatan orang yang mengerjakan sembahyang ini, dan yang melakukan bid ‘ah ini, serta dalil tentang kejelekan, kebatilan serta kesesatan orang yang mengamalkannya  adalah terlalu banyak dan tidak terhitung.
(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262
.
Al-Imam Ibn Taimiyah (w 728 H) juga menyanggah  pendapat tentang kewujudan solat ini dengan berkata: Solat ini (Raghaib) ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan tidak pula oleh seorang pun dikalangan para sahabat Baginda, tabi‘in dan para imam kaum Muslimin, dan Nabi saw tidak menggalakkannya serta tidak terdapat seorang pun dikalangan ulamak salaf dan imam-imam yang menggalakannya dan mereka tidak pernah menyebut akan adanya keutamaan-keutamaan yang khusus bagi malam ini. Hadith-hadith yang menyebut mengenainya adalah dusta dan maudhu’ dengan sepakat ahli ilmu, maka oleh kerana itu ahli-ahli tahqiq mengatakan bahawa solat tersebut adalah makruh, bukan sunat)).
(Ibn Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 1/149) 

Menurut al-Hafiz Ibn Rejab pula: Solat ini adalah bid‘ah di sisi jumhur (kebanyakan) ulamak, dan di antara mereka yang menyebut tentang perkara ini adalah di kalangan ulamak yang terkemudian seperti Abu Ismail al-Haruwi, Abu Bakar ibn al-Sam‘aniy, Abu al-Fadhl ibn Nasir, Abu al-Farj ibn al-Jawzi dan yang lain lagi, dan perkara ini tidak disebut oleh ulamak yang awal disebabkan ianya hanya muncul selepas daripada zaman mereka, dan yang terawal timbulnya perkara ini ialah selepas 400 tahun, maka sebab itulah golongan ulamak yang awal dan terdahulu tidak mengetahuinya dan tidak membincangkannya
(Ibn Rejab, Lataif al-Ma ‘arif, m/s 228) 

Terdapat ramai lagi dikalangan ulamak yang membincangkan tentang hukum solat Raghaib ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pendapat-pendapat mereka semuanya menafikan kewujudan solat ini dan menganggap ia sebagai salah satu bid ‘ah (ibadat yang direka-reka) yang amat ditegah dan tidak boleh mengamalkannya kerana ianya tidak thabit daripada Rasulullah saw mahupun para sahabat ra serta al-tabi’in..

3) Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas.
Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagianya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadith-hadith ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan.

 Antara hadith-hadith maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah: 

1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…."
Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’.
 
2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…"
Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith. 

3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
 "Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun".
 
Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil.
Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar di kalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama.
Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus.
(Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23). 

Sayyidina Umar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di bulan Rejab.
(al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63).
Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: Apa  yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber. Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)).
(Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah, m/s 440). 

Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi.
Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab. 

Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw. Persoalan yang mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya?. Atau ianya tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan letih sahaja