Showing posts with label Dr Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Dr Mahathir. Show all posts

Friday, April 25, 2014

KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA.




 Keberanian Dr Mahathir yang tidak dapat disangkal lagi!


KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA.

Kisah ini pernah ditulis oleh Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk : "Surat daripada Dr Mahathir".
Pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata
"Jika Malaysia ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk membina negara sendiri"

Ketika itu Dunia dikejutkan dengan Perang Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991.
Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!
Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam.

Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!

Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.

Malaysia mengambil pendirian tidak menyebelahi ekstrimis Islam dan militan Islam sekalipun menghadapi gelora kemarahan dalam negeri terhadap Amerika dan sekutunya.

Atas permintaan Bush, Malaysia menghantar Menteri Luar Malaysia, Abu Hassan Omar sebagai utusan peribadinya bagi menjelaskan kepada Ketua Setiausaha Amerika Syarikat James Baker berkenaan dengan pendirian Malaysia terhadap penaklukan Iraq. James Baker mencadangkan untuk jumpa di Oman. Tapi Dr Mahathir arahkan Baker berjumpa Abu Hassan di Lapangan Terbang Texas.
 Jumpa wakil Presiden Amerika hanya di lapangan terbang!

Selepas itu Malaysia menyokong beberapa resolusi PBB dengan mengecam pencerobohan Iraq dan meminta Iraq untuk berundur dari Kuwait seberapa segera.

Berikutan itu, PAS mengambil peluang pendirian kerajaan itu dengan mengumumkan untuk menghantar sukarelawan untuk berjuang bersama tentera Iraq menentang tentera kafir.

Sebenarnya Dr Mahathir sendiri berada dalam keadaan serba salah ketika ini malah beliau melihat sentimen Melayu Islam dalam isu Perang Teluk ini tetapi hakikatnya beliau tidak menyokong peperangan. Malah, hakikatnya Iraq menceroboh Kuwait dan Iraq tidak mungkin menang di tangan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Sikap dan perasaan Dr Mahathir itu benar dan Iraq telah kalah dalam peperangan itu. Beliau juga menggunakan point ini untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO 1991 dan berkata "Hari ini kita telahpun melihat peristiwa yang amat memalukan. Sebuah negara Islam yang bebas dan kuat terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing kerana bertindak melulu tanpa perhitungan. Apabila kalah dalam peperangan, askar- askar negara Islam ini melutut dan mencium kaki musuh bukan Islam kerana ketakutan. Di manakah semangat dan maruah orang Islam? Apakah ini hasil ajaran agama Islam yang sebenar atau hasil ajaran yang salah oleh mereka yang kononnya lebih berhak mentafsir agama Islam?"

"Dalam Perang Teluk ini, tidak ada sesiapa yang boleh menganggap diri mereka tidak bersalah. Negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara yang mendapat senjata daripada orang bukan Islam untuk menakluk negara Islam lain bersalah. Negara yang mendapat pertolongan negara bukan Islam untuk melindungi diri dan kemudian menyerang negara Islam lain bersalah. Negara Islam yang tidak kuat dan dengan itu tidak sanggup meleraikan negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara-negara Islam yang tidak mampu mempertahankan negara Islam yang lemah daripada ditakluk oleh jiran gergasi Islam juga bersalah"

" Tetapi yang lebih bersalah ialah mereka yang mentafsir dan membawa ajaran yang dikatakan Islam yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam menjadi semakin lama semakin lemah, mundur, jahil dan mudah diperalat dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan bagi akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat Islam dan agama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini. Dan apabila kita menyoal mereka ini, jawapan mereka ialah "Takdir". Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh- musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina di dunia ini? Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina, atau apakah semua ini berlaku kerana tafsiran yang berkepentingan orang tertentu? "

"Kita patut mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad s.a.w. daripada amanah. Baginda mendapat gelaran "Al-Amin" kerana beramanah. Kerana amanah, Baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda begitu baik sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah- kabilah mereka telah dapat didamaikan, dan dalam jangkamasa dua ratus tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain.
 Mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia. Penduduk Asia Tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad s.a.w. yang beramanah"

~ Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad's

Wednesday, April 16, 2014

Zulkifli Noordin : Kisah Tun Mahathir Di Indonesia

 

 

Zulkifli Noordin : Kisah Tun Mahathir Di Indonesia



Salam 2 all.
Alhamdulillah teman selamat tiba di Kuala Lumpur setelah beberapa hari berada di Jakarta untuk beberapa tugasan termasuk menghadiri pertemuan diantara Tun Mahathir Mohamed dengan Ibu Megawati Sukarnoputri, mantan Presiden Indonesia.

Turut hadir dalam ziarah Tun M ke rumah Ibu Mega ialah Capres Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang kini memegang jawatan Gabenor Jakarta. Jokowi adalah pendahulu dalam pertandingan merebut jawatan Presiden bagi mengganti Bapak Susilo Bambang Yudhoyono @ SBY yang akan tamat tempoh pemerintahannya tidak lama lagi.

Saya sangat teruja melihat sambutan luar biasa yang diberikan oleh Kerajaan dan rakyat Indonesia termasuk komuniti korporat mereka terhadap Tun. Ternyata jasa dan kehebatan Tun sangat mereka hargai. Malah ada yang membuat kenyataan mungkin bagus kalau Tun menjadi Presiden Indonesia! Sampai begitu gurauan mereka.

Tun juga mengadakan pertemuan dengan Komite Ekonomi Negara Indonesia yang dipengerusikan oleh tokoh korporat paling berjaya di Indonesia Bapak Chairul Tanjung. Beliau menghoskan makan tengahari untuk Tun dan delegasi dengan makanan istimewa tempatan dikenali sebagai Soto Ayam Lamongan dan Nasi Tumpeng.

Kehadiran wartawan yang begitu ramai dalam tiap program yang dihadiri Tun termasuk pidato awam bertajuk ‘Malaysia Indonesia: Dulu, Kini & Selamanya’ di Auditorium Menara Bank Mega, Jl. Kapt. P. Tendean, Kav 12, Jakarta Selatan yang turut dihadiri ramai para Menteri dan kepimpinan masyarakat Indonesia.

Kupasan Tun mengenai hubungan Malaysia-Indonesia dan saranan Tun agar Malaysia-Indonesia-Brunei menubuhkan satu Gagasan Ekonomi Melayu Serantau (GEMS) sangat diterima baik.

Disebelah malam pula, satu acara makan malam An Evening with Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah yang gemilang dianjurkan tokoh korporat Malaysia yang sangat berjaya di Indonesia, Dato’ Dr. Md. Radzi Saleh, Presiden-Direktur K-Link Indonesia di K-Link Tower, Jl. Gatot Subroto, No. 59A, Jakarta Selatan. Majlis diserikan dengan kehadiran Datuk Yusni Hamid dan Dato’ Rossa.

Kelihatan Tun M sangat berbangga dengan kejayaan anak watan Malaysia di bumi Indonesia yang bukan sahaja berjaya melahirkan lebih 2 juta usahawan berjaya di kalangan rakyat Indonesia, malah berjaya membina sebuah menara setinggi 28 tingkat ditengah Bandaraya Jakarta.

Dan yang paling membanggakan, seorang tokoh producer filem yang terkenal di Indonesia, yang telah menghasilkan filem hebat Sukarno telah bersetuju untuk menghasilkan filem mengenai Tun Mahathir. Kata produser filem ini, dunia akan beruntung untuk merakam sejarah seorang negarawan sehebat Tun M.

Agak malang kita di Malaysia kurang memenafa’atkan legasi Tun Mahathir. Saya yang dahulunya sangat anti Tun M akibat ketaksuban politik kebencian yang melampau ditanam oleh Anwar Ibrahim, hari ini memang sangat bangga dan bertuah memikirkan kita punya pemimpin dan negarawan berwawasan dan berwibawa seperti Tun M.

Pernah dahulu kami yang taksub dengan Anwar mendoakan Tun Mahathir panjang umur untuk melihat kehancuran legasinya, tetapi hari ini saya berdoa kepada ALLAH semoga memanjangkan umur Tun Mahathir dan Tun Siti dan memberi mereka kesihatan yang baik kerana dunia, termasuk negara kita dan umat Islam serta bangsa Melayu masih memerlukan Tun Mahathir.

Mungkin tidak keterlaluan untuk saya cadangkan kita menamakan Menara Berkembar Petronas di KLCC dengan nama Menara Tun Mahathir sebagai menghormati dan menghargai jasa Tun yang tidak mungkin dapat kita bayar dengan segala kekayaan negara yang kita ada.
Wallahua’lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Jamadil Akhir 1435
15 April 2014
zul4kulim.blogspot.com/

Monday, August 19, 2013

Surat Tun Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman


Monday, 12 August 2013
Surat Tun Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman Tentang CINABENG MESTI BACA !

Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku.

Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul.

Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

sumber

Komen MMI sebagai orang muda kita harus baca dan tahu apa yang pernah berlaku satu ketika dulu supaya kelak kita tidak jadi bangsa yang lupa asal usul.Percayalah sudah ada dikalangan kita yang sudah pun terlupa mereka MELAYU.