Showing posts with label Kenali Tokoh ulama. Show all posts
Showing posts with label Kenali Tokoh ulama. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Sejarah Hidup Imam al-Nawawi (631-676H) Oleh : Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali



Kajian riwayat hidup Imam al-Nawawi ini berdasarkan buku karangan Abdul Ghani al-Duqr yang berjudul al-Imam al-Nawawi Shaykh al-Islam wa al-Muslimin wa Umdah al-Fuqaha wa al-Muhadithin.


Al-Ghani al-Duqr memulakan dalam mukadimahnya dengan menyebutkan sifat Imam al-Nawawi yang memiliki ketakwaan yang tinggi.

Dia bukan hanya membataskan diri dengan perkara-perkara haram dan syubhat tetapi juga perkara-perkara mubah kerana dia berasa takut apabila dirinya menghampiri rasa tamak dengan sesuatu perkara mubah yang nantinya akan menjalar kepada yang syubhat dan akhirnya menjalar kepada yang haram.

Dia melindungi dirinya dari semua itu kerana takut kepada Allah. Beliau juga menjelaskan manhaj buku ini dengan mengambil dari sumber-sumber muktabar dari buku al-Tarajim atau al-Tabaqat dan menyusun semula dengan pendekatan semasa.

Nama sebenarya ialah Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri al-Nawawi. Gelarannya ialah Mahyuddin. Ayahnya Syaraf bin Muri merupakan seorang peniaga kedai di Nawa. Beliau meninggal pada 685H iaitu sembilan tahun selepas kewafatan anaknya Imam al-Nawawi pada usia 70 tahun.

Al-Nawawi dilahirkan pada bulan Muharram pada tahun 631H. Beliau telah belajar membaca dan menghafal al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H.(Al-Daqr:2005:22)
Ketika di Damsyiq, beliau telah berjumpa dengan imam Masjid al-Umawi Syeikh Jamaluddin Abdul Kafi (m. 689) yang membawanya berjumpa Mufti Syam Tajuddin Abdul Rahman bin Ibrahim yang dikenali sebagai al-Farkah (m. 690H). Al-Nawawi berguru dengannya. Setelah dua tahun berada di Damsyik, beliau pergi menunaikan haji bersama bapanya pada tahun 651H.(al-Daqr:2005:28)

Beliau begitu gigih menuntut ilmu dan tinggal di madrasah al-Ruwahiyah. Al-Zahabi menceritakan tentang kegigihan al-Nawawi menuntut ilmu dengan menyebutkan : dan dijadikan contoh dalam ketekunannya menuntut ilmu siang dan malam, dia tidak akan tidur kecuali memang sudah tidak dapat ditahan lagi, dia mengatur waktunya untuk belajar, menulis, mengkaji atau mendatangi para guru-gurunya. Al-Badr bin Jama’ah (m.733H) menceritakan apabila dia bertanya mengenai tidur al-Nawawi.

Al-Nawawi mengatakan bahawa apabila dia tidak lagi berkuasa untuk menahan daripada rasa mengantuk maka dia menyandar kepada kitab sebentar dan kemudian akan terbangun. Dia banyak terjaga daripada tidur dan selalu tekun dalam menuntut ilmu dan amal. Setiap hari, beliau akan mempelajari 12 subjek daripada guru-gurunya dalam pelbagai bidang ilmu Islam. (al-Daqr:20005:30&36)

Antara guru-gurunya ialah seperti berikut :

Dalam bidang feqah:

i. Abu Ibrahim Ishaq bin Ahmad bin Uthman al-Maghribi (650H)
ii. Abu Muhammad Adul Rahman bin Nuh al-Muqaddasi (m. 654H
iii. Abu Hafs Umar bin As’ad bin Ali Ghalib al-Rabi‘i al-Irbili.
iv. Abu al-Hasan al-Sallar bin al-Hasan al-Irbili (m. 670H)

Dalam bidang Hadith:

i. Ibrahim bin Isa al-Muradi al-Andalusi- belajar Shahih Muslim
ii. Zainuddin Abu al-Baqa’Khalid bin Yusuf al-Nablisi (m.663H)
iii. Abdul Aziz bin Muhamad bin Abdul Muhsin al-Humawi (m.662H)
iv. Zainuddin Abu al-Abbas al-Muqaddasi
v. Abu al-Faraj Abdul rahman bin Abi Umar Muhammad al-Muqaddasi
vi. Immaduddin Abdul Karim bin Abdul samad al-Harastani (m.662H)
vii. Taqiuddin Abu Muhammad Ismail bin Abi Ishaq Ibrahim al-Tanukhi
viii. Jamaluddin Abdul Rahman bin Salim bin Yahya al-Anbari(m.661H)

Dalam bidang Usul:

i.Abu al-Fath Umar bin Ibn Umar al-Taflisi.(672H)

i.Ahmad bin Salim al-Masri (664H)
ii.Muhamamd bin Abdullah
ii.al-Fakhr al-Maliki al-Lam‘u li Ibn Jani.(al-Daqr:20005:39)


Al-Nawawi seorang tokoh feqah mazhab al-Syafi’i yang terkemuka. Beliau merupakan pemelihara mazhab, namanya disebut di seluruh pelusuk dunia dan kealimannya mencapai tingkatan yang tinggi.

Dia adalah Syeikh mazhab dan penjaga mazhab al-Syafi’i.

Keistemewaan al-Nawawi ialah kerana dalam dirinya terkumpul keluasan ilmu dalam bidang feqah dan hadith. Beliau telah meriwayatkan kitab-kitab hadith yang muktabar dengan sanad yang tinggi kepada para imam yang menulis kitab-kitab tersebut.

Ibn Attar menyebutkan Imam al-Nawawi adalah seorang yang hafiz dalam hadith Rasulullah s.a.w., mengerti dengan berbagai-bagai kategori daripada yang shahih, cacat, gharib dan istinbat feqahnya.

Al-Dhahabi menyebutkan Imam al-Nawawi dengan mujahadah dirinya yang tinggi, mencorakkan segala perhatian kepada ketakwaan dan keimanan, membersihkan diri dari segala kotoran maka dia menjadi seorang hafiz dalam hadith dengan segala ilmu, rijal dan ilatnya.

Dari segi aliran akidah, beliau adalah beraliran Asyaari.

Imam al-Nawawi juga seorang ahli nahu dan bahasa dan mengarang buku yang berkaitan dalam bidang tersebut. Buku yang dikarang olehnya iaitu Tahrir al-Tanbih dan Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah. Kedua-dua buku tersebut merupakan syarah terhadap lafaz-lafaz dalam kitab-kitab feqah yang besar dalam mazhab Syafi’i.(al-Daqr:2005:47)


Al-Nawawi di Dar Hadith al-Asyrafiah :

Al-Nawawi belajar dan mengajar di Dar Hadith al-Asyrafiah. Di antara syarat bagi orang yang menduduki kedudukan syeikh di situ iaitu apabila ada seseorang yang memiliki kumpulan riwayat dan seseorang yang memiliki kumpulan dirayat, maka akan didahulukan adalah yang didahulukan kumpulan riwayat.

Yang jelas bahawa seseorang yang memiliki kedua-dua kumpulan ilmu iaitu ilmu riwayat dan dirayat adalah lebih layak untuk menduduki kerusi syeikh di Dar al-Hadith.

Syeikh pertama Dar al-Hadith ialah Ibn Salah. Imam al-Nawawi menjadi syeikh pada tahun 665H sehingga dia meninggal pada 676h. Taj al-Subki menyebutkan bahawa al-Nawawi mengajar di Dar al-Hadith al-Asrafiyyah tetapi tidak mengambil satu sen pun daripadanya.(al-Daqr:2005:76)
Al-Nawawi berpendapat bahawa ibadat yang paling utama adalah mempelajari ilmu dengan keikhalasan yang akan memancarkan keberkatan.


Al-Nawawi terkenal sebagai seorang yang banyak beribadat. Seorang muridnya Ibn Attar menyebutkan bahawa al-Nawawi seorang yang banyak membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah. Beliau juga banyak bangun pada waktu malam untuk beribadat dan menulis.


Daripada kesolehannya bahawa dia tidak makan harta atau makanan daripada mana-mana datangnya dan tidak menerima sesuatu daripada seorang pun meskipun daripada hak-haknya sendiri.

Dia meninggalkan dari semua bidang duniawi, maka dia tidak mengambil dirham daripada seorang pun, dia tidak mengambil untuk kesenangan tetapi hanya digunakan untuk membeli kitab kemudian diwakafkan. Semasa beliau menjadi syeikh di Dar al-Hadith, beliau tidak mengambil sedikit pun daripada hasil ilmu, dia hanya cukup dengan kiriman daripada ayahnya yang cuma sedikit itu.(al-Daqr:2005:86)

Ramai ulama yang memberi sanjungan atas akhlak, karya-karya serta ilmunya. Al-Dhahabi menyebutkan al-Nawawi sebagai seorang yang mempunyai keluasan ilmu dalam bidang hadith, feqah, bahasa dan lain-lain.

Beliau juga terkenal dengan kezuhudan dan kesolehannya dalam mencari keredaan Allah dan amat bersederhana dalam berpakaian, makanan dan berbelanja, makanan dan berbelanja.

Penampilannya juga sederhana dan sesiapa yang tidak pernah berjumpa dan melihat tentu akan menyangka bahawa dia seorang seorang petani Nawa yang datang ke Damsyiq untuk berziarah kerana tidak ada tanda-tanda yang terlihat padanya sebagai seorang ulama zamannya yang menampilkan keagungan pada bentuk fizikal dan pakaian.(al-Daqr:2005:148)


Al-Nawawi tinggal di Damsyiq selama 28 tahun menurut muridnya Ibn Attar. Ini bermakna ketika dia datang ke Damsyik umurnya berusia 18 tahun. Beliau tidak pernah meninggal Damsyiq kecuali menunaikan haji, menziarahi imam al-Syafi’i dan pulang ke kampung di Nawa untuk menziarahi keluaraga. Selebihnya waktu itu dihabiskan di rumah kecil di Madrasah al-Rawahiyah untuk belajar dan mengajar serta menulis kitab-kitab sampai meninggal dunia.(al-Daqr:2005:156)

Nilai seorang ulamak adalah peninggalan karya-karyanya. Perkara yang luar biasa dan menghairankan adalah bahawa al-Nawawi hidup selama 46 tahun sedangkan beliau meninggalkan khazanah dan karya-karya yang banyak.

Menurut pengkaji, dia mula mengarang pada tahun 660H iaitu ketika berusia 29 tahun. Menurut al-Yafi’i bahawa tidak diragui lagi bahawa imam al-Nawawi telah mendapat keberkatan dalam hidupnya. Beliau memiliki pandangan yang indah daripada pandangan-pandangan kebenaran Tuhan. Keberkatan itu semakin terserlah setelah kematian dengan kitab-kitabnya yang diterima dan dimanfaat oleh umat Islam.

Al-Nawawi telah menulis buku-buku dalam pelbagai bidang ilmu seperti feqah, hadith, Syarah hadis, mustalah al-Hadith, bahasa dan tauhid. Keistimewaan buku-buku ialah penerangan yang jelas dan mudah difahami.

Buku-Buku karangan imam al-Nawawi :

i. Syarah Muslim. Buku ini ditulis pada tahun 674H iaitu dua tahun sebelum kematian. Buku merupakan buku yang terakhir ditulisnya dan mempunyai 11 jilid.

ii. Al-Rawdah al-Talilibin- Antara buku feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafi’i. Kitab ini merupakan ringkasan daripada buku syarah al-Kabir oleh al-Rafi‘i. Menurut Ibn Attar buku ini ditulis pada 25 Ramadan tahun 666H dan siap pada 669H. Buku ini mempunyai 8 jilid.
iii. Al-Minhaj- Buku ini merupakan buku feqah yang banyak digunakan oleh para ulamak dan penuntut ilmu. Kitab ini selesai ditulis pada 19 Ramadan tahun 669H.
iv. Riyadh al-Salihin - Buku ini merupakan himpunan hadith-hadith nabi yang berkaitan dengan adab, akhlak, pembersihan jiwa. Al-Nawawi hanya menyebutkan hadith-hadith yang sahih sahaja.
v. Al-Azkar- Buku ini merupakan himpunan zikir, doa-doa dan amalan bagi setiap orang muslim siang dan malam. Buku ini diselesaikan penulisannya pada 667H,
vi. Al-Tibyan fi adab Hamlah al-Quran- Buku ini berkaitan dengan adab-adab ketika berinteraksi denagan al-Quran.
vii. Al-Tahrir fi alfaz al-Tanbih- Buku merupakan karangan al-Nawawi dalam bidang bahasa yang merangkumi penerangan kepada lafaz-lafaz dan istilah feqah.
viii. Al-Idhah fi Manasik- Buku ini berkaitan dengan cara mengerjakan haji dan umrah- Buku ini telah disyarahkan oleh Ali bin Abdullah bin Ahmad (m. 911H) dan diberi komentar oleh Ibn Hajar al-Haitami (m.974H)
ix. Al-Irsyhad wa al-Taqrib- Buku ini dalam bidang mustalah hadith dan ringkasan dari buku Kitab al-Irsyhad Ibn salah. Buku ini disyarahkan pula oleh Imam al-sayuti dalam kitabnya Tadrib al-Rawi.(al-Daqr-160-176)
x. Al-Arba‘in al-Nawawiyah- sebuah buku kecil yang menghimpunkan 40 hadith yang diperlukan oleh setiap muslim. Buku ini merupakan yang paling banyak digunakan oleh umat Islam dalam memahami hadith-hadith nabi.
xi. Bustan al-‘Arifin-Karya yang mempunyai banyak manfaat kerana di dalamnya menghuraikan mengenai kezuhudan, keikhlasan dan sifat menghindar daripada perkara dunia.
xii. Manaqib al-Syafi’i- merupakan ringkasan daripada kitab al-Baihaqi yang mempunyai dua jilid dan al-Nawawi meringkaskannya menjadi satu jilid.
xiii. Al-Fatawa-dinamakan dengan al-Masa’il al-Manthurah. Himpunan fatwa yang dihimpunkan oleh muridnya Alauddin ibn al-Attar. Ia merupakan karya yang banyak manfaat.
xiv. Al-Adab al-Mufti wa al-Mustafta-Karya mengenai etika mufti dan syarat-syarat fatwa.
xv. Al-Majmu’ Syarah al-Muhadhab-Kitab ini merupakan kitab feqah yang terkemuka dalam mazhab al-Syafi’i dan ia merupakan syarah kitab al-Muhadhab karangan Imam Abi Ishaq al-Syairazi. Imam al-Nawawi menyiapkannnya sehingga bab riba yang mengandungi sembilan jilid kemudian disambung oleh Taqi al-Subki dalam tiga jilid. Kitab ini disiapkan syarahnya oleh Syeikh al-Muti’i, Mufti Mesir.
xvi. Tadhib al-Asma’ wa al-Lughah-Karya mengenai bahasa dan pengunaan istilah yang tepat. Buku ini tidak sempat disiapkan kerana dia telah meninggal dunia tetapi meninggalkannya sebahagian besar daripada penulisannya.

Ini merupakan sebahagian daripada penulisan Imam al-Nawawi. Beliau meninggal dunia pada 24 Rejab pada 676H di Nawa dan dikuburkan di sana.

Antara wasiatnya ialah beliau tidak membenarkan di bina atas kuburnya binaan dan kubah.

Apabila penduduk kampung ingin membina binaan atas kubur, beliau telah datang melalui mimpi kepada seorang wanita ahli keluarganya mealarang pembinaan atas kuburnya. (al-Daqr,2005:197)Penulis pernah menziarahi makam beliau di Nawa, Syria pada 22 November 2007.
Penjaga kuburnya telah menceritakan mengenai perkara tersebut dan setelah itu tumbuh pokok besar atas kuburnya. Menurutnya, semasa pokok itu subur terdapat pada helaian daun yang keluar itu ada kalimah Allah dan pada dahan-dahannya. Semasa penulis menziarahi, pokok itu tidak lagi mengeluarkan daun tetapi dahan pokok masih ada yang tertulis nama Allah.Subnallah itulah tanda karamah dan kemuliaan kepada orang yang menyebarkan ilmu dengan penuh ikhlas dan zuhud.

Sumber :mindamadani.my

Thursday, May 19, 2011

Kenali Syeikh Muhammad Shalih Ibn 'Utsaimin

Surat khabar 1

Surat khabar 2

Dihari Pemakaman Beliau:









Nasabnya: Beliau adalah Abu Abdillah Muhammad bin Shalih bin Muhammad bin Utsaimin Al Wuhaibi At Tamimy.

Kelahirannya: Beliau dilahirkan di kota 'Unaizah pada tanggal 27 Ramadhan tahun 1347 H.

Pendidikannya: Beliau belajar Al Qur'anul Karim kepada kakek dari pihak ibunya, yaitu Abdurahman bin Sulaiman Ali Damigh Rahimahullah sampai hafal, selanjutnya beliau belajar Khath, berhitung dan sastra.

Seorang ulama besar, Syaikh Abdurahman As Sa'dy Rahimahullah telah menunjuk dua orang muridnya agar mengajar anak-anak kecil, masing-masing adalah Syaikh Ali Ash Shalihy dan Syaikh Muhammad bin Abdul Aziz al Muthawwa'. Kepada Syaikh Muhammad bin Abdul Aziz inilah beliau belajar kitab Mukhtasharul Aqidah Al Wasithiyah dan Minhaajus Saalikin Fil Fiqhi, keduanya karya Syaikh Abdurahman As Sa'dy dan Al Ajrumiyah serta Al Alfiyah.

Lalu kepada Syaikh Abdurrahman bin Ali 'Audan beliau belajar Fara'idh dan Fiqih. Kepada Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa'dy yang dikategorikan sebagai Syaikhnya yang utama beliau belajar kitab Tauhid, Tafsir, Hadits, Fiqih, Ushul Fiqih, Fara'idh, Musthalahul Hadits, Nahwu dan Sharaf.

Syaikh Utsaimin memiliki tempat terhormat dalam pandangan Syaikhnya, hal ini terbukti di antaranya ketika ayahanda beliau pindah ke Riyadh pada masa awal perkembanganya dan ingin agar anaknya, Muhammad Al Utsaimin pindah bersamanya. Maka Syaikh Abdurrahman As Sa'dy (sang guru) menulis surat kepada ayahanda beliau: "Ini tidak boleh terjadi, kami ingin agar Muhammad tetap tinggal di sini sehingga dia bisa banyak mengambil manfaat."

Berkomentar tentang Syaikh tersebut, Syaikh Utsaimin mengatakan: "Syaikh As Sa'dy sungguh banyak memberi pengaruh kepada saya dalam hal methode mengajar, memaparkan ilmu serta pendekatannya kepada para siswa melalui contoh-contoh dan substansi-substansi makna. Beliau juga banyak memberi pengaruh kepada saya dalam hal akhlak. Syaikh As Sa'dy Rahimahullah adalah seorang yang memiliki akhlak agung dan mulia, sangat mendalam ilmunya serta kuat dan tekun ibadahnya. Beliau suka mencandai anak-anak kecil, pandaimembuat senang dan tertawa orang-orang dewasa. Syaikh As Sa'dy adalah orang yang paling baik akhlaknya dari orang-orang yang pernah saya lihat."

Syaikh Utsaimin juga belajar kepada Syaikh Abdul Aziz bin Baz Hafizhahullah, Syaikh Abdul Aziz bin Baz adalah guru kedua beliau, setelah Syaikh As Sa'dy. Kepada Syaikh Bin Baz beliau belajar kitab Shahihul Bukhari dan beberapa kitab karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan kitab-kitab Fiqih.

Mengomentari Syaikh Bin Baz, Syaikh Utsamin mengatakan: "Syaikh Bin Baz banyak menpengaruhi saya dalam hal perhatian beliau yang sangat intens terhadap hadits. Saya juga banyak terpengaruh dengan akhlak beliau dan kelapangannya terhadap sesama manusia."

Pada tahun 1371 H, beliau mulai mengajar di masjid. Ketika dibuka Ma'had Ilmi, beliau masuk tahun 1372 H, Syaikh Utsaimin mengisahkan: "Saya masuk Ma'had Ilmi pada tahun kedua (dari berdirinya Ma'had) atas saran Syaikh Ali Ash Shalihy, setelah sebelumnyamendapat izin dari Syaikh Sa'dy. Ketika itu Ma'had Ilmi dibagi menjadi dua bagian: Umum dan Khusus, saya masuk ke bagian Khusus, saat itu dikenal pula dengan sistem loncat kelas. Yakni seorang siswa boleh belajar ketika liburan panjang dan mengikuti tes kenaikan di awal tahun. Jika lulus dia boleh di kelas yang lebih tinggi. Dengan sistem itu saya bisa menghemat waktu."

Setelah dua tahun menamatkan belajar di Ma'had Ilmi, beliau lalu ditunjuk sebagai guru di Ma'had ilmi 'Unaizah sambil melanjutkan kuliah di Fakultas Syari'ah dan tetap juga belajar di bawah bimbingan Abdurahman As Sa'dy Rahimahullah.

Ketika As Sa'dy wafat beliau ditetapkan sebagai Imam Masjid Jami' di 'Unaizah, mengajar di Maktabah 'Unaizah Al Wathaniyah dan masih tetap pula mengajar di Ma'had Ilmi. Setelah itu beliau pindah mengajar di Cabang Universitas Imam Muhammad Ibnu Saud Qashim pada fakultas Syari'ah dan Ushuluddin hingga sekarang. Kini beliau menjadi anggota Hai'atu Kibaril Ulama (di Indonesia semacam MUI, pent.) Kerajaan Saudi Arabia. Syaikh Utsaimin memiliki andil besar di medan dakwah kepada Allah Azza wa Jalla, beliau selalu mengikuti berbagai perkembangan dan situasi dakwah di berbagai tempat.

Perlu dicatat, bahwa Yang Mulia Syaikh Muhammad bin Ibrahim Rahimahullah telah berkali-kali menawarkan kepada Syaikh Utsaimin untuk menjadi qadhi (hakim), bahkan telah mengeluarkan Surat Keputusan yang menetapkan beliau sebagai Ketua Mahkamah Syari'ah dikota Ihsa' , tetapi setelah melalui berbagai pendekatan pribadi, akhirnya Mahkamah memahami ketidaksediaan Syaikh Utsaimin memangku jabatan ketua Mahkamah .

Karya-karya beliau:Syaikh Utsaimin Hafizhahullah memiliki karangan lebih dari 40 buah. Di antaranya berupa kitab dan risalah. Insya Allah semua karya beliau akan dikodifikasikan menjadi satu kitab dalam Majmu'ul Fatawa war Rasa'il.

Sumber: www.alsofwah.or.id