Showing posts with label Pembohongan Syi'ah. Show all posts
Showing posts with label Pembohongan Syi'ah. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Imam Ali Ar-Ridha- Golongan Syi’ah Berbohong Mendakwa Cintakan Ali r.a

Imam Ali Ar-Ridha- Golongan Syi’ah Berbohong Mendakwa Cintakan Ali R.A.









Terjemahan


Musa bin Bakr al-Wasithi katanya, Abu al-Hasan (Imam Ali ar-Ridha) a.s. berkata


: “Kalau aku mengklasifikasikan Syi’ahku, pasti aku tidak akan dapati mereka kecuali orang-orang yang mendakwa sahaja (yang mereka cintakan Ahl al-Bait).


Kalau aku hendak menguji mereka pasti aku tidak akan temui kecuali orang-orang yang murtad.


Kalau aku mahu membersihkan mereka (daripada dakwaan mereka) tentu tidak akan tinggal walaupun seorang daripada seribu.


Kalau aku mahu menyelidiki keadaan mereka (yang sebenar) pasti tidak akan tinggal dari kalangan mereka kecuali aku dapati mereka sambil berbaring di atas sofa-sofa (dengan sombong) mengatakan bahawa kami adalah Syi’ah Ali sedangkan Syi’ah Ali yang sebenar ialah orang yang perbuatannya membenarkan kata-katanya”.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 228)

Kesimpulan:

Ø Imam Ali Ar-Ridha (Imam Ahl al-Bait yang ke 8 di sisi Syiah) di dalam kitab utama golongan Syiah (ar-Raudhah min al-Kafi) mengatakan bahawa golongan Syi’ah pada hakikatnya hanya mendakwa sahaja cintakan Ahl al-Bait tetapi sebenarnya mereka membenci Ahl al-Bait

Ø Imam Ahl al-Bait sendiri mengatakan bahawa Syi’ah adalah golongan yang murtad.

Ø Imam Ahl al-Bait sendiri mengatakan bahawa golongan Syi’ah hanya pandai berkata-kata sahaja padahal pada hakikatnya perbuatan mereka bercanggah dengan dakwaan mereka.

Pandangan Ahlul Bait Terhadap Syi’ah 1







Terjemahan

Pandangan Ahlul Bait Terhadap Syi’ah



Daripada Zaid bin Wahb al-Juhani katanya: Apabila al-Hasan bin ‘Ali a.s. ditikam di al-Madain aku datang menemuinya dalam keadaan dia mengadu kesakitannya. Maka aku pun berkata kepadanya:Apa pandanganmu wahai anak Rasulullah kerana sesungguhnya orang ramai dalam keadaan kebingungan (dengan apa yang berlaku)?


Dia pun menjawab: “Demi Allah! Aku fikir Mu’awiyah lebih baik untukku daripada mereka-mereka ini. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah Syi’ahku tetapi mencari peluang untuk membunuhku, merampas barangan berhargaku dan mengambil hartaku. Demi Allah! Jikalau aku mengadakan perjanjian dengan Mu’awiyah, dia akan melindungi darahku dan aku merasa aman dengan (perlindungannya) terhadap keluargaku. Itu adalah lebih baik daripada mereka (Syi’ah) membunuhku lalu akan terabailah kaum keluargaku dan isteriku.


Demi Allah! jikalau aku memerangi Mu’awiyah mereka akan menangkap aku sehingga mereka akan menyerahkanku kepadanya (Mu’awiyah) sebagai tawanan.


Demi Allah! jika aku mengadakan perdamaian dengannya dan aku dalam keadaan mulia adalah lebih baik daripada dia membunuhku sebagai tawanan atau dia akan membantuku lalu ia menjadi ikutan kepada Bani Hasyim di akhir zaman.

(Rujukan: Ahmad bin Ali bin Abi Talib at-Thabarsi al-Ihtijaj jil. 2 hal. 290)


Kesimpulan:

  1. Ahlul Bait iaitu Sayyidina Hasan r.a. yang didakwa oleh Syi’ah sebagai imam kedua mereka tidak percaya terhadap golongan yang mendakwa sebagai pengikutnya iaitu golongan Syi’ah.
  2. Sayyidina Hasan r.a. menyedari bahawa Syi’ah telah cuba untuk membunuhnya dan merampas segala hartanya.
  3. Sayyidina Hasan r.a. juga menyedari bahawa Syi’ah hanyalah golongan pembelot yang hanya mendakwa sebagai pengikut setia sahaja .
  4. ( http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3135 .)