Showing posts with label Syi'ah. Show all posts
Showing posts with label Syi'ah. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Pemujaan Melampau Syi'ah Terhadap Saidina Hussein RA


PEMUJAAN MELAMPAU SYIAH TERHADAP SAIDINA HUSSEIN RA!

Dalam kitab Wasail asy-Syiah karangan al-Hurr al-'Amily (jilid I, hal 371) dan di dalam kitab al-Mazar karangan al-Mufid (hal 58) disebutkan: Dari Yunus bin Dzobyan, berkata Abu Abdillah
, "Barang siapa yang ziarah ke makam Husain pada malam pertengahan bulan Sya'ban, malam Idul Fitri dan malam hari Arafah dalam satu tahun, nescaya Allah akan tuliskan baginya pahala 1000 ibadah haji yang mabrur, 1000 ibadah umrah yang diterima dan akan dikabulkan baginya 1000 doa yang berkenaan dengan keperluan-keperluan dia di dunia dan di akhirat."

Bahkan menurut orang-orang Rafidhah, para penziarah makam Husain itu lebih utama daripada orang-orang yang berada di padang Arafah. Dalam kitab Wasail asy-Syiah karangan al-Hurr al-'Amily (jilid X,hal 361) dan kitab Tahdzib al-Ahkam karya Abu Ja'far ath-Thusy (jilid VI, hal 42) disebutkan: Dari Ali bin Asbath, dari sebahagian sahabat-sahabat kami, dari Abu Abdillah 'alaihi salam bahwa dia ditanya, "Benarkah Allah mendahulukan ‘melihat’ para penziarah makam Ali bin Husain 'alaihi salam sebelum 'melihat' orang-orang yang berada di padang Arafah?", "Betul" jawabnya. Lantas dia kembali ditanya, "Bagaimana itu boleh terjadi?" Dia menjawab, "Kerana di antara orang-orang yang berada di padang Arafah terdapat anak-anak hasil perzinaan, adapun para penziarah makam Husain seluruhnya suci tidak ada satu pun anak hasil perzinaan." (Bagaimana mungkin mereka menganggap semua orang Syi'ah suci dan bukan hasil perzinaan, padahal zina (baca: nikah mut'ah) sendiri mereka anggap merupakan salah satu ritual ibadah yang paling utama?!! (-pen).

Na'udzubillah!

Dalam kitab Tahdzib al-Ahkam karya Abu Ja'far ath-Thusy (jilid V, hal 372) disebutkan: Dari Zaid asy-Syahham, dari Abu Abdillah 'alaihi salam berkata, "Barang siapa yang ziarah makam Abu Abdillah (Husain) 'alaihis salam pada hari 'Asyura sedang dia mengetahui hak-haknya, seakan-akan dia telah menziarahi Allah di 'Arsy-Nya."

Na'udzubillah dari ghuluw dan kesesatan ini!

Biarkan Syi'ah Berbicara Tentang Agamanya, Abdullah Zain, Lc, hal. 20-21. [syiahindonesia.com].

Sumber: http://www.syiahindonesia.com/index.php/kajian-utama/aqidah-syiah/89-ziarah-makam-husain-lebih-utama-dari-haji-ke-baitullah
Ayuh Sepakat Tolak Syiah


Video di bawah ini diambil terus dari sumber Syiah sebagai bukti kesesatan mereka: http://www.youtube.com/watch?v=KDCcVGvRrpE&feature=youtu.be

Syiah bukan daripada Islam


Syiah bukan daripada Islam


SEMEMANGNYA telah terkenal di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa syiah adalah ajaran sesat dan menyimpang dari Islam.
 Syiah adalah agama yang telah masyhur sikap mereka yang suka berdusta di atas nama Nabi SAW untuk menyebarkan ajaran mereka ini. Bahkan mereka mendakwa bahawa malaikat Jibril tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya diutus kepada Saidina Ali RA.

Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba', seorang Yahudi dari San'a, Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman RA dengan berpura-pura memeluk Islam (munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali RA adalah pengganti Nabi SAW manakala Khalifah sebelumnya merampas kuasa dari Ali dan Ahlul Bait.

Syiah memang terkenal juga di kalangan ulamanya yang suka membuat fahaman akidah yang sesat dan sesuatu amalan yang menyimpang dari agama seperti beriktikad bahawa para sahabat Nabi semuanya telah murtad setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang seperti Ali , Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan beberapa orang sahaja yang tidak murtad. Bahkan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah Islam turut dikafirkan oleh ulama mereka. Mereka juga mengatakan Aisyah, isteri Nabi SAW telah berzina dan seorang pelacur. Hal inilah yang diajarkan Syiah kepada pengikutnya.

Ulama Syiah juga menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Nabi SAW kepada kita dan mereka beriktikad (beriman) bahawa tiada kefarduan solat Jumaat.

Di antara ulama-ulama Syiah yang terkenal kekufuran antaranya ialah al-Kulaini, Saad bin Abdullah al-Qummi, An-Naubakhti, Abdullah an-Nasyi al-Akbar, Abdullah al-Mamaqani, Muhammad Husin al-Zain, dan yang terkini seperti Khomeini, Ali Khamenei, Hasan Nasrullah dan Yasser al-Habib.

Di kalangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, Syeikhul Islam Ibnu taimiyah dan begitu ramai lagi dikalangan ulama salafi mereka mengkafirkan tokoh-tokoh Syiah yang berada di zaman mereka yang mana ia lebih dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Seperti perkataan Imam Syafie, "Aku belum tahu ada yang melebihi Syiah Rafidhah dalam persaksian palsu". (mizanul I'tidal 2/27-28, Karya Imam az-Zahabi)

Mereka dikafirkan bukan kerana berbeza dengan Ahli Sunnah dalam hal fiqh(furu') tetapi mereka berbeza dengan kita dalam hal usul aqidah. Antara lain lain dakwaan mereka bahawa al-Quran yang ada di sisi kita (Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai "mushaf Fatimah" di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita. Perkara ini boleh dilihat di dalam kitab terkenal mereka iaitu Usul al-Kaafi yang ditulis oleh al-Kulaini.

Mereka mendustakan al-Quran yang ada di sisi kita kerana mereka beriman bahawa para periwayat-periwayat hadis di kalangan sahabat Nabi seperti Abu Hurairah dan Amru bin Ash sebagai pembohong dan pendusta lagi kafir, mereka hanya beriman dengan periwayat hadis di kalangan pengikut mereka sahaja dan Kitab Usul al-Kaafi ini adalah antara rujukan terbesar golongan Syiah dalam mengatakan bahawa yang benar wahyu Allah adalah apa yang terkandung dalam 'mushaf Fatimah'.

Di antara dua perkara yang menjadi kelaziman ulama Syiah dan penganutnya ialah Taqiyah (Hipokritikal) dan Mutah. Taqiyah bermaksud satu ucapan atau perbuatan yang anda lakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta untuk menjaga kehormatan anda.

Mesejnya apabila berhadapan dengan ahli Sunnah maka perlu berpura-pura seperti berakidah dengan ahli sunnah supaya dapat berbaik-baik dengan ahli sunnah dan apabila mempunyai peluang mereka akan menyebarkan ajaran syiah mereka ini.

Seperti kata al-Kulaini dalam kitabnya " Jagalah Agama Kalian(Syiah), tutupilah dengan Taqiyah, tidak dianggap beriman seseorang sebelum ia bertaqiyah". Hal ini menunjukkan bahawa Taqiyah atau sifat munafik ini adalah tanda-tanda orang yang beriman(di sisi Syiah). Nauzubillah.

Sementara itu, Mut'ah pula adalah penzinaan yang diberikan nama nikah bagi mengaburi masyarakat awam yang jahil dalam hal ini. Mut'ah adalah pernikahan kontrak tertentu sama ada mengikut hari, bulan, tahun atau beberapa jam sahaja tanpa saksi, wali dan nafkah cuma beberapa bayaran.

Pernikahan ini di sisi Islam adalah haram dan berdosa besar manakala di sisi Syiah ia adalah pernikahan yang mulia dan anak yang lahir daripada mut'ah adalah anak yang paling mulia. Bahkan agama Syiah ini tidak membataskan berapa orang wanita atau lelaki yang nak di Mut'ah kan dihalalkan walaupun dengan 1,000 orang dan walaupun ia isteri seseorang. Penzinaan Mut'ah inilah yang menjadikan kenapa ramai yang terpengaruh dengan agama Syiah ini kerana dalam agama Syiah ini ada kelazatan zina yang telah di'agama'kan dengan diberikan nama nikah Mut'ah .

Syiah juga terkenal dengan amalan perayaan dan ritual mereka yang bid'ah lagi sesat seperti merayakan hari Asyura 10 Muharam dengan mengingati hari terbunuhnya Saidina Husin cucu Rasulullah SAW dengan mencederakan diri dengan menumbuk dada, menampar pipi dan memukul-mukul belakang badan sehingga berdarah sebagai lambang ketaatan mereka pada agama mereka.

Pada hari ini juga mereka memakai pakaian hitam dan berdemonstrasi di jalanan tanda berkabung dengan kesedihan atas terbunuhnya Saidina Husin dengan menyebut ya husin! Ya Husin!. Sedangkan kita mengetahui bahawa mencederakan diri dan meratap ini adalah amalan yang dilarang oleh Allah dan RasulNya.

Seperti kata Nabi SAW yang bermaksud; "Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak pakaian dan berteriak seperti teriakan jahiliyah kerana meratapi". (hadis Riwayat al-Bukhari)

Mereka juga merayakan 9 Rabiul Awwal sebagai mengingati hari kematian saidina Umar RA. pada hari ini mereka bergembira dengan nyanyian dan tarian bagi mengingati hari terbunuhnya Saidina Umar yang ditikam oleh seorang Majusi yang bernama Abu Lu'luah. Ketika merayakan hari ini mereka menyebut laknat si Umar! Dan memuja si kafir Abu lu'luah yang menikam Umar R.A.

Untuk kita menangkis tohmahan dan ajaran Syiah ini daripada tersebar ada beberapa cara seperti bantah mereka dengan menegakkan hujah secara ilmiah dengan membongkar segala pembohongan dan kepalsuan yang ada pada kita-kitab rujukan Syiah disampingkan kita bentangkan pandangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di kalangan Imam empat mazhab yang sepakat mengatakan syiah bukan dari Islam.

Dan tindakan yang kedua adalah menggunakan kuasa undang-undang bagi mengambil tindakan kepada sesiapa yang menyebarkan ajaran Syiah dalam negara ini.

Apa yang menggusarkan kita pada hari ini ialah Syiah kian menular dalam negara kita melalui gerakan parti politik yang berbunyi 'Islam' dan mereka selesa berada dalam parti ini kerana terdapat di kalangan pemimpin parti ini cenderung dan mengamalkan ajaran Syiah tersebut.
AHMAD TAJUDDIN IDRIS AL-MANHAJI ialah Ketua Biro Sekretariat Ilmuwan Malaysia (iLMU).


© Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_06/Syiah-bukan-daripada-Islam#ixzz28fNxxgsy

Tuesday, November 1, 2011

Al-Qur’an Di Sisi Syiah Imamiah








Umat Islam telah bersepakat bahawa al-Qur’an yang Allah turunkan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w terpelihara daripada sebarang perubahan sehinggalah hari akhirat. Al-Qur’an adalah Kalam Allah yakni Perkataan Allah yang Dia tuturkan dengan sendiri-Nya, bukan makhluk ciptaan-Nya, jadi amat mustahil ia akan berubah.

Dalilnya adalah firman Allah s.w.t dalam surah al-Hijr ayat ke-9 :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” .

Al-Imam al-Tabari r.h dalam mentafsirkan ayat ini berkata :

وإنا للقرآن لحافظون من أن يزاد فيه باطل مَّا ليس منه، أو ينقص منه ما هو منه من أحكامه وحدوده وفرائضه
Maknanya : “dan sesungguhnya Kami memelihara al-Qur’an daripada ditambah dalamnya perkara batil yang bukan daripadanya atau dikurangkan apa yang ada dalamnya daripada hukum-hukum, had-had, dan kewajipan-kewajipan”. [Tafsir al-Tabari, 17/68].

Oleh itu, Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan dalam akidah mereka :

وأَهل السُّنَة والجماعة : يُكفِّرون من أَنكر حرفا منه أَو زاد أَو نقص ، وعلى هذا فنحن نؤمن إيمانا جازما بأَنَّ كلَّ آية من آياتِ القرآن مُنزلةٌ من عِنْدِ اللهِ ، وقد نُقِلَتْ إِلينا بطريق التواتر القطعي .
Maksudnya : “dan Ahli Sunnah wal Jamaah mengkafirkan sesiapa yang mengingkari satu huruf daripadanya (yakni al-Qur’an) atau menambah padanya atau mengurang daripadanya kerana kita beriman dengan yakin bahawa setiap ayat daripada ayat-ayat al-Qur’an diturunkan daripada Allah dan diriwayatkan kepada kita dengan jalan mutawatir”. [al-Wajiz fi Aqidatis Salaf al-Soleh, 1/61].

Bahkan, terpeliharanya al-Qur’an adalah termasuk dhahruriat (perkara paling asas) dalam akidah Islam sekaliannya. Al-Qur’an diturunkan beransur-ansur dan ditulis semenjak zaman Nabi s.a.w dengan arahan dan kawalan baginda s.a.w kemudian dikumpul pada zaman Abu Bakar al-Siddiq r.a dalam mushaf dengan ijmak Sahabat. Pada Zaman Usman bin Affan Zun Nurain r.a, al-Qur’an dikumpul atas satu huruf.


AL-QUR’AN DI SISI SYIAH IMAMIAH

Syiah Imamiah mempunyai beberapa akidah yang ganjil lagi kufur berkenaan al-Qur’an :


Pertama : Wujudnya Kitab Setanding al-Qur’an

Syiah Imamiah percaya adanya Mushaf Fatimah yang merupakan wahyu Allah berupa Ilham diturunkan melalui Malikat kepada Fatimah binti Rasulillah s.a.w radiallahu’anha dan ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Dalilnya :

عَنْ حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ( عليه السلام ) يَقُولُ تَظْهَرُ الزَّنَادِقَةُ فِي سَنَةِ ثَمَانٍ وَ عِشْرِينَ وَ مِائَةٍ وَ ذَلِكَ أَنِّي نَظَرْتُ فِي مُصْحَفِ فَاطِمَةَ ( عليها السلام ) قَالَ قُلْتُ وَ مَا مُصْحَفُ فَاطِمَةَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمَّا قَبَضَ نَبِيَّهُ ( صلى الله عليه وآله ) دَخَلَ عَلَى فَاطِمَةَ ( عليها السلام ) مِنْ وَفَاتِهِ مِنَ الْحُزْنِ مَا لَا يَعْلَمُهُ إِلَّا اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ فَأَرْسَلَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكاً يُسَلِّي غَمَّهَا وَ يُحَدِّثُهَا فَشَكَتْ ذَلِكَ إِلَى أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السلام ) فَقَالَ إِذَا أَحْسَسْتِ بِذَلِكِ وَ سَمِعْتِ الصَّوْتَ قُولِي لِي فَأَعْلَمَتْهُ بِذَلِكَ فَجَعَلَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السلام ) يَكْتُبُ كُلَّ مَا سَمِعَ حَتَّى أَثْبَتَ مِنْ ذَلِكَ مُصْحَفاً قَالَ ثُمَّ قَالَ أَمَا إِنَّهُ لَيْسَ فِيهِ شَيْ‏ءٌ مِنَ الْحَلَالَ وَ الْحَرَامِ وَ لَكِنْ فِيهِ عِلْمُ مَا يَكُونُ .

Maksudnya : Daripada Hammad bin Usman katanya : Aku mendengar Abu Abdillah a.s berkata : “Akan muncul golongan Zindiq pada tahun 128 (Hijrah) kerana aku telah melihatnya dalam Mushaf Fatimah a.s”.

Aku (Hammad) berkata : Apakah itu Mushaf Fatimah?

Katanya : Sesungguhnya apabila Allah Taala mencabut nayawa Nabi-Nya s.a.w, maka Fatimah menjadi sedih yang amat sangat yang tidak diketahui kecuali Allah Azza wa Jalla maka Allah menghantar malaikat untuk menenangkan perasaannya dan berbual dengannya lalu dia mengadu kepada Amirul Mukminin a.s (Saidina Ali r.a) maka dia (Saidna Ali r.a) berkata : Jika kamu merasainya (kedatangan Malaikat) dan kamu dengar suaranya maka beritahulah kepadaku.

Maka (apabila datang malaikat) dia memberitahunya lalu Amirul Mukminin a.s menulis semua yang didengarnya sehingga menjadi sebuah mushaf . Kemudian katanya (Abu Abdillah) : “Tiada dalamnya berkenaan hukum halal dan haram tetapi terdapat ilmu berkenaan perkara yang akan terjadi.” [al-Kafi, 1/240].



Hadis ini terdapat dalam Kitab Usul al-Kafi iaitu sebuah kitab yang setaraf dengan Sahih al-Bukhari di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Berkata Abdul Husain Syarafuddin (seorang ‘alim Syiah) :

وأحسن ما جمع منها الكتب الأربعة التي هي مرجع الإمامية في أصولهم وفروعهم من الصدر الأول إلى هذا الزمان وهي الكافي والتهذيب والاستبصار ومن لا يحضره الفقيه، وهي متواترة ومضامينها مقطوع بصحتها والكافي أقدمها وأعظمها وأحسنها وأتقنها

Maksudnya : “dan sebaik-baik kitab yang dihimpun adalah empat buah kitab yang menjadi rujukan Imamiah dalam masalah usul dan furu’ mereka daripada generasi pertama sehingga zaman ini iaitulah : al-Kafi, al-Tahzib, al-Istibsar, dan Man la Yahduruhul Faqih; dan kesemuanya ini adalah mutawatir dan kandungannya diyakini sahih dan al-Kafi adalah yang paling utama dan paling besar dan paling baik dan paling elok”. [al-Murajaat, m.s 335, Murajaah no. (110), cet. Dar al-Sadiq Beirut].

Oleh itu, kewujudan Mushaf Fatimah adalah sesuatu yang pasti dalam ajaran Syiah.

Berkata Khomeini Laknatullahi ‘alaih :

نحن نفخر أن تكون منّا المناجات الشعبانية للأئمة، ودعاء عرفات. للحسين بن عليّ عليهما السلام والصحيفة السجادية زبور آل محمد، والصحيفة الفاطمية وهي الكتاب الملهم من قبل الله تعالى إلى الزهراء المرضية.
Maksudnya : “dan kita berbangga kerana mempunyai Munajat Syaaban bagi Imam-imam dan doa Arafat bagi al-Husain bin Ali a.s dan Sahifah Sajjadiah yang merupakan Zabur keluarga Muhammad dan Sahifah Fatimah iaitulah Kitab yang diilhamkan oleh Allah Taala kepada al-Zahra’ yang diredai”. [Wasiat al-Imam, m.s 11-12].


Maka, melalui Kitab ini walaupun menurut Syiah Imamiah ianya ghaib bersama al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, mereka menetapkan bagi Imam-imam mereka ilmu Ghaib.


Demikian Khomeini menyatakan berkenaan Kitab Nahjul Balaghah :

نهج البلاغة : هو مجموعة منتخبة من كلام أمير المؤمنين علي (ع) جمعها محمد بن الحسين الشريف الرضى المتوفى عام 406 هـ وقد اعتبر علماؤ الإسلام الكبار هذا الكتاب أنه أخ للقرآن وأنه ليس من كلام أفضل منه سوى كلام الله وكلام رسوله (ص)…
Maksudnya : “Nahjul Balaghah : Iaitulah himpunan terpilih daripada perkataan Amirul Mukminin Ali a.s yang dihimpun oleh Muhammad bin al-Husain al-Syarif al-Reda wafat pada tahun 406 H dan Ulama-ulama besar Islam (yakni Syiah) telah menanggap ianya sebagai Saudara al-Qur’an dan tiada perkataan yang lebih afdal daripadanya selain Kalam Allah dan Rasul-Nya s.a.w.” [al-Nidaa al-Akhir , Muassasah Imam al-Khomeini, Tehran-Iran].


Menurut Syiah al-Qur’an mempunyai tandingan bahkan saudara iaitu Nahjul Balaghah sedangkan Nahjul Balaghah hanyalah kata-kata Saidina Ali r.a yang tidak sahih daripadanya kerana penulis kitab ini tidak meriwayatkan secara bersanad sedangkan dia tidak hidup di zaman Saidina Ali r.a. [Lihat : Taammulat fi Nahjil Balaghah oleh Soleh al-Darwish].


Ini merupakan keganjilan pertama dalam akidah Syiah dan membuktikan mereka menjadikan perkataan Imam mereka sebagai sumber pembentukan ajaran Syiah kerana(bagi mereka ) Imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa).


Berkata Khomeini :

وأن جميع أوامر الأئمة - عليهم السّلام - وتعاليمهم واجبة الإتباع - بناءاً على مذهب الشِّيعة - سواءٌ في حياة الأئمة - عليهم السّلام - أو بعد مماتهم.

Maksudnya : “dan sesungguhnya semua perintah para Imam a.s dan ajaran mereka wajib diikuti berdasarkan mazhab Syiah sama ada sewaktu mereka hidup atau selepas kematian mereka”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 142].

Menurut Ahli Sunnah wal Jamaah, meletakkan apa-apa perkataan manusia setaraf dengan Allah dan Rasul-Nya maka ianya adalah syirik. Bahkan perkataan Sahabat juga jika bertentangan dengan nas sarih al-Qur’an dan al-Hadis tidak menjadi hujah di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun, Ahli Sunnah wal Jamaah menerima perkataan Sahabat tanpa memilih bulu kerana perkataan mereka itu ghalib zhan bersumber daripada Nabi s.a.w.


Kedua : Berlakunya Tahrif dalam Al-Qur’an

Ini adalah satu akidah yang sangat pahit diterima oleh pengikut Syiah sekarang. Akidah bahawa al-Qur’an yang wujud sekarang berlakunya perubahan dan boleh berlaku padanya perubahan. Ulama Syiah terikini cuba menyembunyikan hakikat ini dan menulis beberapa risalah menyatakan bahawa al-Qur’an yang ada kini adalah sebenar-benarnya al-Qur’an dan tiada perubahan. Namun, segala-galanya hanyalah Taqiyah yakni bermuka-muka daripada mereka sahaja.


Riwayat Tahrif al-Qur’an Mutawatir dan Sahih di Sisi Syiah Imamiah:

Menurut Syiah Rafidah, riwayat para Imam mereka menyatakan al-Qur’an telah diubah dan dikurangkan adalah mutawatir dan sahih sehingga seorang ulama mereka bernama al-Nuri al-Tabrasi mengarang sebuah kitab yang sama kufurnya dengan kitab al-Hallaj dan Ibn Arabi bahkan mungkin lebih lagi diberi nama “Faslul Khitab fi Isbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab” yang bermaksud “Kata Putus (Muktamad) Dalam Menetapkan Perubahan Kitab Tuhan Sekalian Pemilik”.


Berkata Syeikh mereka yang dinamakan al-Mufid :

أقول: إن الأخبار قد جاءت مستفيضة عن أئمة الهدى من آل محمد (ص)، باختلاف القرآن وما أحدثه بعض الظالمين فيه من الحذف والنقصان
Maksudnya : “Aku berkata : Sesungguhnya khabar-khabar telah datang secara mustafid daripada imam-imam huda daripada keluarga Muhammad s.a.w akan berbezanya al-Qur’an dan perkara-perkara baharu yang dilakukan golongan zalim padanya (al-Qur’an) daripada membuang dan mengurang..” [Awail al-Maqalat, 81]


Berkata pula Ali bin Ibrahim al-Qummi dalam mukadimah tafsirnya yang merupakan tafsir muktamad di sisi Syiah Rafidah :

فالقرآن منه ناسخ، ومنه منسوخ، ومنه محكم، ومنه متشابه، ومنه عام، ومنه خاص، ومنه تقديم، ومنه تأخير، ومنه منقطع، ومنه معطوف، ومنه حرف مكان حرف، ومنه على خلاف ما انزل الله
Maksudnya : “Maka al-Qur’an ada antaranya nasikh dan ada mansukh, ada yang muhkam dan ada mutasyabih, ada yang ‘am dan ada yang khas, ada yang didahulukan dan ada yang dikemudiankan, ada yang terputus dan ada yang ma’tuf, ada yang hurufnya tertukar dan ada yang tidak sama dengan yang Allah turunkan”. [Tafsir al-Qummi, juz 1, Muassasah Imam al-Kazim, m/s 5].


Berkata pentahkik kitab ini, Tayyib al-Musawi yang mereka gelar Hujjatul Islam :

مراده رحمه الله منه الآيات التي حذفت منها الفاظ على الظاهر كالآيات التي نزلت في امير المؤمنين عليه السلام مثل قوله تعالى ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام) وسيأتى تفصيل القول في ذلك عند محله
Maksudnya : “Kehendaknya (yakni al-Qummi) rahimahullah terdapat daripada al-Qur’an ayat-ayat yang dibuang lafaznya secara zahir seperti ayat-ayat yang diturunkan berkenaan Amirul Mukminin a.s (yakni Saidina Ali r.a) seperti firman Allah Taala : ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام) dan akan datang perinciannya pada tempatnya”. [Ibid, 5].


Lihat bagaimana mereka menambah kalimah “Fi Ali” sedangkan ayat ini (al-Maidah ayat 67) adalah :

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya : “Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir”.


Maksud ayat ini Allah s.w.t memerintah supaya Rasulullah s.a.w menyampaikan al-Qur’an tetapi Syiah menambah kalimah Ali sehingga bermaksud Nabi s.a.w diutus hanyalah sekadar untuk memberitahu Ali adalah Imam.

Demikian juga dalam ayat Ali Imran ayat 110 :

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Maksudnya : “kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..


Syiah mengubah ayat ini dengan membaca كنتم خير أئمة اخرجت للناس (Kamu adalah sebaik-baik para imam dikeluarkan kepada manusia) dan mereka menyatakan ini adalah riwayat daripada Abu Abdillah Jaafar al-Sadiq r.h. [Tafsir al-Ayashi, 1/195].


Perkara ini juga diriwayatkan terdapat dalam Tafsir al-Burhan [1/309] sebagaimana yang terdapat dalam nota kaki Tafsir Ayashi[1] tersebut.


Dalam Tafsir al-Safi yang dikarang oleh al-Faidh al-Kashani wafat tahun 1901 H juga menyatakan berkenaan Tahrif al-Qur’an dalam mukaddimahnya yang keenam :

عن أبي عبدالله عليه السلام قال : إن رسول الله صلى الله عليه وآله قال لعلي عليه السلام يا علي إن القرآن خلف فراشي في الصحف والحرير والقراطيس فخذوه واجمعوه ولا تضيعوه كما ضيعت اليهود التوراة فانطلق علي عليه السلام فجمعه في ثوب أصفر ثم ختم عليه في بيته وقال : لا أرتدي حتى أجمعه . قال : كان الرجل ليأتيه فيخرج إليه بغير رداء حتى جمعه .
Maksudnya : “Daripada Abu Abdillah a.s katanya : Sesungguhnya Rasulullah sallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam berkata kepada Ali a.s : Wahai Ali, sesungguhnya al-Qur’an terdapat di belakang hamparanku dalam suhuf, sutera, dan kertas, ambillah dan himpunkan dan jangan hilangkan seperti Yahudi menghilangkan Taurat. Maka Ali a.s menghimpunkannya dalam kain kuning dan disimpan dalam rumahnya lalu berkata : Aku tidak akan memakai baju sehingga aku menghimpunnya. Kata Abu Abdillah : Adalah orang datang menziarahinya lalu dia (Ali r.a) keluar kepadanya tanpa berbaju”. [al-Safi, 1/40].


Kemudian dia datangkan pula riwayat yang lain :

وفي الكافي عن محمد بن سليمان عن بعض أصحابه عن أبي الحسن عليه السلام قال : قلت له : جعلت فداك إنا نسمع الآيات في القرآن ليس هي عندنا كما نسمعها ولا نحسن أن نقرأها كما بلغنا عنكم فهل نأثم فقال لا اقرأوا كما تعلمتم فسيجيئكم من يعلمكم .
Maksudnya : “dan dalam al-Kafi daripada Muhammad bin Sulaiman daripada sebahagian ashabnya daripada Abul Hasan a.s katanya : Aku berkata kepadanya : Aku jadikan diriku penebus dirimu, sesungguhnya kami mendengar ayat-ayat dalam al-Qur’an yang tidak sama ada dengan kami dan kami tidak mendengar atau membacanya seperti yang kami dapati daripada kamu, adakah kami berdosa? Lau berkata Abul Hasan : Tidak, bacalah seperti yang kamu belajar maka akan datang nanti orang yang akan mengajar kamu”. [Ibid].


Riwayat ini jelas dinyatakan dalam al-Kafi iaitu kitab hadis Syiah yang paling muktabar. Kemudian dia mendatangkan riwayat-riwayat yang banyak daripada kitab-kitab muktabar Syiah seperti al-Ihtijaj, Tafsir al-Ayashi, dan lainnya menunjukkan terdapat perubahan dalam al-Qur’an.

Kemudian berkata al-Kashani :

أقول : المستفاد من جميع هذه الأخبار وغيرها من الروايات من طريق أهل البيت عليهم السلام إن القرآن الذي بين أظهرنا ليس بتمامه كما انزل على محمد صلى الله عليه وآله وسلم بل منه ما هو خلاف ما أنز الله ومنه ما هو مغير ومحرف وإنه قد حذف عنه أشياء كثيرة منها اسم علي عليه السلام في كثير من المواضع ومنها غير ذلك وأنه ليس أيضا على الترتيب المرضي عند الله وعند رسوله صلى الله عليه وآله وسلم .
Maksudnya : “Aku berkata : Faedah yang didapati daripada khabar-khabar ini dan selainnya daripada riwayat-riwayat Ahli Bait alaihimus salam bahawa al-Qur’an yang berada dengan kita hari ini bukanlah keseluruhannya seperti yang diturun kepada Muhammad s.a.w bahkan terdapat daripadanya menyalahi apa yang diturunkan dan ada yang diubah dan telah dibuang banyak daripadanya antaranya nama Ali a.s dalam banyak tempat dan selainnya. Demikian juga ia tidak mengikut susunan yang diredai Allah dan Rasulullah s.a.w”. [al-Safi, juz 1/49]


Tafsir ini dicetak di Iran dan diberi mukaddimah oleh Abbas al-Tarjuman[2] di Tehran bertarikh 22 Jamadil Akhir 1415 H. Ditahkik dan ditashih al-A’lami yang bertaraf al-Allamah di sisi mereka dan dia langsung tidak membantah riwayat-riwayat ini. Dalam mukadimahnya, Abbas Tarjuman menyatakan bahawa Tafsir al-Safi adalah kitab penting dan menjadi rujukan semua Syiah selepas al-Kashani dan diakui juga al-Tabtabai yang terkenal dengan tafsir al-Mizan selaku tafsir Syiah yang paling terkini menjadikan Tafsir al-Safi rujukan utamanya.

Seorang lagi Alim Syiah bernama Nikmatullah al-Jazairi[3] menyatakan :

إن تسليم تواترها { القراءات السبع } عن الوحي الآلهي وكون الكل قد نزل به الروح الأمين يفضي إلى طرح الأخبار المستفيضة بل المتواترة الدالة بصريحها على وقوع التحريف في القرآن كلاما ومادة وإعرابا ، مع أن أصحابنا رضوان الله عليهم قد أطبقوا على صحتها والتصديق بها.
Maksudnya : “Sesungguhnya menerima bahawa Qiraat yang tujuh merupakan wahyu Ilahi dan dibawa turun oleh Jibril membawa kepada penolakan kahabar-khabar yang mustafid bahkan mutawatir yang menunjukkan dengan jelas berlakunya tahrif dalam al-Qur’an secara kalam, madda, dan i’rab, bersamaan juga para ashab kita (ulama Syiah) ridwanullah ‘alaihim telah menerima kesahihannya (yakni riwayat tahrif al-Qur’an) dan membenarkannya”. [al-Anwar al-Nukmaniah, 2/357, cet. Muassasah al-A'lami, Beirut].

Kmeudian Nikmatullah al-Jazairi menyatakan pula :

نعم قد خالف فيها المرتضى والصدوق والشيخ الطبرسي وحكموا بأن ما بين دفتي المصحف هو القرآن المنزل لا غير ولم يقع فيه تحريف ولا تبديل…
Maksudnya : “Ya, memang telah menyalahi pendapat ini al-Murtada, al-Saduq, dan Syeikh al-Tabrasi serta menghukum bahawa apa yang terdapat dalam mushaf (hari ini) adalah al-Qur’an yang diturunkan tidak lainnya dan tidak berlaku padanya tahrif atau tabdil..” [Ibid, 2/ 357-358]

Lima baris setelah itu dia menyatakan :

والظاهر أن هذا القول إنما صدر منهم لأجل مصالح كثيرة منها سد باب الطعن عليها
Maksudnya : “dan yang zahir bahawa pendapat ini (menafikan tahrif) lahir kerana terdapat kepentingan yang banyak antaranya menutup ruang daripada dicela..” [Ibid, 2/358]


Dengan jelas lagi terang bahawa pendapat sebahagian mutaakhirin Syiah mengatakan al-Qur’an tidak diubah hanyalah Taqiyah sahaja yakni bermuka-muka. Nikmatullah al-Jazairi membuktikan bahawa mereka ini hanya bertaqiyah dengan mendatangkan riwayat-riwayat dalam kitab-kitab mereka ini yang jelas menyatakan adanya tahrif. [Ibid, 2/358].


Berkata al-Baqir al-Majlisi :

موثق ، وفي بعض النسخ عن هشام بن سالم موضع هارون بن سالم، فالخبر صحيح. ولا يخفي أن هذا الخبر وكثير من الأخبار الصحيحة صريحة في نقص القرآن وتغييره وعندي أن الأخبار في هذا الباب متواترة معنى ، وطرح جميعها يوجب رفع الاعتماد عن الأخبار رأسا ، بل ظني أن الأخبار في هذا الباب لايقصر عن أخبار الامامة فكيف يثبتونها بالخبر ؟
Maksudnya : “(hadis ini) disiqahkan, dalam sebahagian naskhah daripada Hisyam bin Salim pada tempat Harun bin Salim, maka khabar ini sahih. Dan tidak tersembunyi bahawa khabar ini dan banyak khabar-khabar yang sahih lagi jelas menyatakan terdapat kekurangan dalam al-Qur’an dan perubahan dan pada saya bahawa khabar-khabar dalam bab ini (Tahrif) mutawatir maknawi dan menolaknya kesemua khabar ini menyebabkan kita tidak boleh lagi berpegang dengan khabar-khabar (Syiah) sama sekali bahkan pada sangkaanku khabar-khabar dalam bab ini tidak kurang banyaknya dengan khabar berkenaan imamah maka bagaimana mereka boleh menerapkannya dengan khabar? (yakni jika menolak khabar Tahrif ini wajib juga membatalkan akidah berkenaan imam maksum yang 12)”. [Miratul Uqul, 12/525]


Berkata Adnan al-Bahrani yang berstatus al-Allamah al-Hujjah di sisi Syiah :

الأخبار التي لا تحصى كثيره وقد تجاوزت حد التواتر ولا في نقلها كثير فائده بعد شيوع القول بالتحريف والتغيير بين الفريقين وكونه من المسلمات عند الصحابة والتابعين بل واجماع الفرقة المحقة وكونه من ضروريات مذهبهم وبه تضافرت أخبارهم
Maksudnya : “Khabar-khabar yang tidak terhitung banyaknya telah melepasi had mutawatir sehingga meriwayatkannya tidak lagi memberi faedah selepas meluasnya pendapat Tahrif al-Qur’an dan perubahan padanya di sisi kedua-dud pihak dan keadaannya diterima di sisi sahabat dan tabiin bahkan ijmak pihak yang benar (Syiah) dan perkara ini termasuk perkara asas mazhab mereka dan dengan itu banyaknya riwayat”. [Masyariq al-Syumus al-Durriah, 126, Maktabah al-Adnaniah, Bahrain].


Daripada dua kenyataan tokoh Syiah ini, kita dapati bahawa walaupun hadis-hadis berkenaan tahrif di sisi Syiah ada yang daif tetapi khabar berkenaan perkara ini adalah banyak mencapai tahap mutawatir dan kepercayaan bahawa al-Qur’an telah diubah menjadi perkara asasi mazhab Rafidah. Kenyataan ini membatalkan semua dakwaan Risalah Salamah al-Qur’an min al-Tahrif yang cuba menafikan akidah Syiah berkenaan Tahrif beralasan hadis-hadis berkenaan ini adalah Ahad dan daif serta tidak terdapat dalam kitab muktabar. Jika kita lihat di atas, semua sumber yang kami nukilkan adalah riwayat muktabar dan kitab rujukan utama Syiah dalam semua akidah mereka.


Adanan al-Bahrani dalam kenyataannya di atas bergerak lebih jauh lagi apabila mendakwa Ahli Sunnah wal Jamaah juga percaya dengan akidah Tahrif bahkan menisbahkannya kepada Sahabat dan Tabiin.

Antara Imam besar Syiah yang percaya akidah ini juga adalah al-Kulaini sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kashani :

واما اعتقاد مشايخنا « ره » في ذلك فالظاهر من ثقة الاسلام محمد بن يعقوب الكليني طاب ثراه أنه كان يعتقد التحريف والنقصان في القرآن لأنه كان روى روايات في هذا المعنى في كتابه الكافي ولم يتعرض لقدح فيها مع أنه ذكر في أول الكتاب أنه كان يثق بما رواه فيه وكذلك استاذه علي بن إبراهيم القمي ( ره ) فان تفسيره مملوّ منه وله غلو فيه ، وكذلك الشيخ أحمد بن أبي طالب الطبرسي رضي الله عنه فانه أيضا نسج على منوالهما في كتاب الاحتجاج .

Maksudnya : “Adapun Iktikad para Masyaeikh kita dalam masalah ini (Tahrif al-Qur’an) adalah jelas sekali. Daripada Kepercayaan Islam Muhammad bin Yaakub al-Kulaini bahawa dia berkeyakinan dengan tahrif dan kekurangan al-Qur’an kerana dia meriwayatkan riwayat yang banyak berkenaan perkara ini dalam kitabnya al-Kafi dan tidak pula dia mengkritiknya sedangkan dia juga menyatakan di awal kitabnya bahawa dia percaya dengan apa yang dia riwayatkan dalamnya. Demikian juga gurunya Ali bin Ibrahim al-Qummi, tafsirnya banyak memuatkan hal ini dan dia sangat melampau dalam mempercayainya, demikian juga Syeikh Ahmad bin Abu Talib al-Tabrasi dia turut menulis perkara yang sama dalam kitab al-Ihtijaj”. [al-Safi. 1/52].

Jelas dalam kenyataan al-Kashani ini menolak dakwaan penulis Salamah al-Qur’an bahawa tidak semestinya al-Kulaini meriwayatkan sesuatu perkara dia mempercayainya. Mereka cuba bertaqiah dengan menyembunyikan kenyataan al-Kulaini dalam Mukadimah kitabnya bahawa setiap riwayat yang dia nyatakan dalam kitabnya al-Kafi, dia beriman dengannya. Demikian juga dakwaan bahawa akidah Tahrif ini adalah pendapat syaz dalam mazhab Rafidi, ini kerana ianya terdapat dalam al-Kafi dan al-Ihtijaj dan kedua-dua kitab ini merupakan antara sumber utama Syiah selain Man la Yahduruhu al-Faqih dan Bihar al-Anwar bukan syaz.



Penolakan Akidah Tahrif daripada Syiah adalah Taqiyah Sahaja:

Sebahagian ulama terkemudian Syiah menolak dakwaan tahrif ini tetapi mereka menolaknya sebagai taqiyah sahaja. Buktinya perkataan Nikmatullah al-Jazairi :

نعم قد خالف فيها المرتضى والصدوق والشيخ الطبرسي وحكموا بأن ما بين دفتي المصحف هو القرآن المنزل لا غير ولم يقع فيه تحريف ولا تبديل…
Maksudnya : “Ya, memang telah menyalahi pendapat ini al-Murtada, al-Saduq, dan Syeikh al-Tabrasi serta menghukum bahawa apa yang terdapat dalam mushaf (hari ini) adalah al-Qur’an yang diturunkan tidak lainnya dan tidak berlaku padanya tahrif atau tabdil..” [al-Anwar al-Nukmaniah, 2/ 357-358]

Kemudian Nikmatullah berkata :

والظاهر أن هذا القول إنما صدر منهم لأجل مصالح كثيرة منها سد باب الطعن عليها
Maksudnya : “dan yang zahir bahawa pendapat ini (menafikan tahrif) lahir kerana terdapat kepentingan yang banyak antaranya menutup ruang daripada dicela..” [Ibid, 2/358]


Syiah Rafidah adalah al-Batiniah

Walaupun mereka menetapkan tiada Tahrif pada lafaz, tetapi mereka ini masih juga percaya bahawa Sahabat telah mengubah al-Qur’an melalui tafsirannya. Menurut Syiah tafsiran ini bukanlah tafsiran biasa tetapi yang dibawa Jibril a.s dan dinamakan al-Qur’an juga. Lihat perkataan al-Khuie :

أن وجود مصحف لامير المؤمنين - عليه السلام - يغاير القرآن الموجود في ترتيب السور مما لا ينبغي الشك فيه ، وتسالم العلماء الاعلام على وجوده أغنانا عن التكلف لاثباته ، كما أن اشتمال قرآنه - عليه السلام - على زيادات ليست في القرآن الموجود ، وإن كان صحيحا إلا أنه لا دلالة في ذلك على أن هذه الزيادات كانت من القرآن ، وقد أسقطت منه بالتحريف ، بل الصحيح أن تلك الزيادات كانت تفسيرا بعنوان التأويل ، وما يؤول إليه الكلام ، أو بعنوان التنزيل من الله شرحا للمراد .
Maksudnya : “Sesungguhnya kewujudan Mushaf Amirul Mukminin (Saidina Ali r.a) yang berbeza dengan al-Qur’an yang ada sekarang dari segi susunan surah sesuatu yang tidak sepatutnya diragui dan penerimaan Ulama (Syiah) yang besar akan kewujudannya mencukupkan kita daripada bersusuah payah mengisbatkannya. Demikian juga al-Qur’an beliau (Ali r.a) mengandungi tambahan-tambahan yang tiada dalam al-Qur’an yang ada sekarang, tetapi ini tidak menunjukkan bahawa tambahan ini daripada al-Qur’an dan telah dibuang secara tahrif tetapi yang sahihnya tambahan-tambahan ini adalah tafsir dengan makna takwil yang dirujuk makan kalam padanya atau suatu penurunan daripada Allah sebagai penerang kepada maksud”. [al-Bayan, 223].


Malang sungguh nasib al-Khuie, dia cuba menafikan Syiah mengatakan bahawa al-Qur’an yang wujud hari ini diubah tetapi membawa kepada pendedahan rahsia yang lebih besar iaitu menurut al-Khuie wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w itu ada dua jenis, pertama dinamakan al-Qur’an yang diperintah untuk disampaikan kedua adalah wahyu yang berupa tafsiran kepada al-Qur’an tadi. Perkataan al-Khuie ini adalah jelas perkataan al-Batiniah al-Ismailiah dan pengaruh Sufi Wihdatul Wujud. Lihat perkataan Khuie berikut :

وحاصل ما تقدم : أن وجود الزيادات في مصحف علي عليه السلام وإن كان صحيحا ، إلا أن هذه الزيادات ليست من القرآن ، ومما أمر رسول الله صلى الله عليه واله وسلم بتبليغه إلى الامة
Maksudnya : “Hasil penjelasan terdahulu bahawa kewujudan tambahan-tambahan dalam Mushaf Ali a.s jika sahih sekalipun tetapi tambahan ini bukanlah daripada al-Qur’an itu sendiri dan bukan daripada wahyu yang diperintah kepada Rasulullah s.a.w untuk menyampaikannya kepada umat”. [al-Bayan, 225].


Jelas daripada kalam al-Khuie ini dia mempercayai al-Qur’an ada makna batin yang telah disembunyikan oleh sahabat secara khianat.


Hakikat yang Terakhir dan Terpahit :

Walaupun ulama Syiah mutaakhirin berusaha bersungguh-sungguh menafikan berlakunya tahrif al-Qur’an namun hakikatnya mereka beriman secara diam kewujudan tahrif. Buktinya adalah segala ulama Syiah yang mengakui wujudnya tahrif seperti al-Qummi, al-Majlisi, al-Kulaini, al-Tabrasi, al-Nuri al-Tabrasi, al-Bahrani dan lain-lainnya masih diiktiraf sebagai Imam dan Marji’ yang menjadi rujukan Syiah dan mereka juga yang meriwayatkan akidah-akidah kufur Syiah yang lain sedangkan sebagai seorang muslim, mereka ini hendaklah dikafirkan dan dikeluarkan daripada Islam kerana melakukan kufur akbar. Kitab-kita mereka perlu dibakar dan dibuang bukan terus disebarkan secara percuma di internet dan boleh dimuat turun secara percuma.


Namun, jika kita-kitab ini dibakar, di manakah lagi Syiah akan mendapat rujukan mereka? Semua akidah mereka akan hangus bersama kitab tersebut menunjukkan bahawa sumber-sumber akidah Tahrif di sisi Syiah adalah muktamad. Demikian juga jika para maraji’ Syiah ini mereka kafirkan, terpaksalah mereka mengaku bahawa mazhab mereka tidak lain tidak bukan daripada kaum kafir kerana semua mereka yang mengisbatkan Tahrif ini orang yang sama meriwayatkan akidah-akidah Rafidah yang lain. Wallahua’lam.


KESIMPULAN :

Syiah Rafidah yang wujud dengan nama Imamiah di Iran hari ini adalah sebenarnya Syiah Ghulah dan mereka mengingkari perkara daruriat Syariah Islamiah iaitu al-Qur’an. Oleh itu, mereka adalah kafir asli yang sama sekali tidak termasuk dalam kaum muslimin”.

[1] Al-Ayashi ini kedudukannya di sisi Syiah adalah al-Muhaddis al-Jalil (Ahli Hadis yang Mulia) ditahkik oleh Hashim al-Rasuli al-Mahallati seorang muhaqqiq Syiah Iran. Dia langsung tidak mengkritik riwayat yang jelas kufur ini.

[2] Abbas Tarjuman daripada keluarga Tarjuman, seorang alim Syiah berasal daripada Iraq lalu berhijrah ke Iran dan menetap di Tehran sehingga kewafatannya pada 10 Januari 2008 lihat : http://www.iraker.dk/index.php?option=com_content&task=view&id=5935&Itemid=1

[3]Martabatnya di sisi Syiah adalah Raisul Ulama (Ketua Para Ulama) wafat 1112 H.

Oleh :Muhammad Asrie Bin Sobrie

Monday, 20 April 2009
Sumber:Institut Al Qayyim

Monday, October 31, 2011






Peristiwa Tahkim: Versi Syiah Vs Versi Sunni


Telah tersebar luas peristiwa yang berlaku antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Muawiyah bin Abi Sufian radiallahuanhuma selepas selesai perang Siffin, pihak Saidina Muawiyah r.a menuntut perdamaian dengan tentera Syam (pihak Saidina Muawiyah r.a) mengangkat Mushaf al-Quran di hujung tombak tanda memohon perdamaian.


Peperangan Siffin adalah peperangan kedua yang berlaku antara para Sahabat Nabi s.a.w ridwanullahi alaihim ajmain selepas peperangan Jamal di antara Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Saidina Talhah r.a, al-Zubair r, dan Ummul Mukminin Aisyah r.a. Semuanya hasil tipu muslihat kaum kafir Yahudi melalui Abdullah bin Saba’.

Abdullah bin Saba’, pengasas ajaran Syiah telah menyebar fitnah dan mempergunakan kaum muslimin yang masih baharu memeluk Islam daripada Mesir, Iraq, dan Farsi (Iran) untuk bangkit menentang Khalifah Usman bin Affan r.a sehingga terbunuhnya Khalifah Usman r.a secara zalim dan teraniaya.


Kematian Usman r.a yang tragis ini menimbulkan kemarahan Sahabat r.a dan bangkit untuk menuntut bela terhadap Usman r.a, namun keadaan yang rumit berlaku kerana[ pembunuh-pembunh Usman r.a telah melantik diri mereka sebagai pendokong (cepat-cepat menggabungkan diri dengan pemerintah baru-iaitu Saidina Ali )malah menjadi sebahagian dari pemerinth seperti al-Asytar] yang telah dijadikan oleh para pemberontak sebagai panglima perang Khalifah yang baharu, Saidina Ali bin Abu Talib r.a.


Atas pertimbangan ini, Saidina Ali r.a berpandangan perkara yang pertama perlu dilakukan adalah mengukuhkan pemerintahan beliau dan para Sahabat hendaklah membaiat beliau terlebih dahulu untuk memperkukuh kedudukan kaum muslimin dan melemahkan kedudukan para pemberontak Usman r.a.


Namun, terdapat sahabat yang berpandangan sebaliknya, iaitu hendaklah dilaksanakan Qisas dahulu terhadap pembunuh Usman r.a baharulah mereka akan membaiat Saidina Ali r.a.

Antara mereka yang berkeras dengan pedirian ini adalah Saidina Muawiyah r.a berpegang dengan firman Allah Taala:

وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا
Maksudnya: “dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).” [al-Israa: 33].


Saidina Muawiyah r.a berpandangan, menurut hukum Syarak beliau mempunyai kekuasaan penuh untuk menuntut qisas terhadap pembunuh Usman r.a kerana beliau adalah wali (waris) Usman r.a yang paling utama. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 8/23].


Saidina Muawiyah r.a bukanlah memerangi Saidina Ali r.a kerana ingin merebut jawatan Khalifah daripada Saidina Ali r.a sebagaimana kata beliau:

مَا قَاتَلْت عَلِيًّا إلاَّ فِي أَمْرِ عُثْمَانَ.
Maksudnya: “Aku tidak memerangi Ali kecuali kerana urusan Usman” [Musannaf Ibn Abi Syaibah, hadis no. 31193, cet Darul Qiblah].


Abu Muslim al-Khaulani r.h datang kepada Saidina Muawiyah r.a bersama dengan beberapa orang lagi bertanya kepada beliau: “Adakah tuan mencabar Ali atau tuan ini setaraf dengannya?” Jawab Saidina Muawiyah r.a:

“Tidak, demi Allah sesungguhnya aku mengetahui bahawa Ali itu lebih utama daripada aku dan dia lebih berhak menjadi Khalifah berbanding aku, tetapi bukankah kamu mengetahui bahawa Usman dibunuh secara zalim, sedang aku adalah sepupu beliau, maka aku menunutut darah Usman (pelaksanaan Qisas), maka pergilah kamu kepada beliau (Ali r.a) dan beritahu kepadanya: beri kepadaku pembunuh-pembunuh Usman maka aku akan menyerah kepadanya (berbaiat)”. [Siyar A’lam al-Nubala’, 3/140]

Maka jelas sekali bahawa Saidina Muawiyah r.a bukanlah berperang atas dasar hawa nafsu bahkan beliau tersalah dalam ijtihad beliau, maka baginya satu pahala, adapun Saidina Ali r.a beliau melakukan yang terbaik dan beliau lebih benar dalam ijtihad beliau, maka bagi beliau dua pahala-insya-Allah-. [al-Hiqbah min al-Tarikh, Usman al-Khumayyis, 187].


Riwayat Peristiwa Tahkim:

Telah masyhur dalam kitab-kitab sejarah riwayat peristiwa Tahkim iaitu perdamaian antara Saidian Ali r.a dan Saidina Muawiyah r.a. Semua riwayat ini kembali kepada Kitab Tarikh al-Tabari r.h sebagai berikut:

“Ali r.a telah mengutuskan 400 orang lelaki diketuai oleh Syuraih bin Hani al-Harisi, bersama mereka juga Ibn Abbas r.a selaku Imam solat dan pemutus kata urusan mereka, termasuk juga bersama mereka Abu Musa al-Asy’ari.

Muawiyah juga mengutus 400 orang daripada penduduk Syam sehingga mereka bertemu di Daumatul Jandal, Azrah. Muawiyah apabila dia mengutuskan utusan kepada Amru bin al-As r.a maka utusannya adalah rahsia antara Abdullah bin al-As, adapun Saidina Ali apabila mengutus apa-apa pesanan kepada Ibn Abbas r.a terpaksa didedahkan kepada pengikutnya kerana mereka suka berwasangka. Hal ini menimbulkan ketidak selesaan kepada Ibn Abbas kerana menunjukkan pasukan Ali r.a kurang setia sedangkan pasukan Muawiyah sangat patuh kepada ketua mereka.

Turut menyaksikan perhimpunan mereka itu (selaku pemerhati) adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin al-Zubair, Abdul Rahman bin al-Haris al-Makhzumi, Abdul Rahman bin Abdu Yaghus al-Zuhri, Abu Jahm bin Huzaifah al-Adwi, dan al-Mughirah bin Syu’bah al-Saqafi. Umar bin Saad bin al-Waqqas telah berjumpa dengan bapanya Saad bin al-Waqqas r.a yang menjauhkan diri daripada fitnah dan memujuk ayahnya supaya menyertai perhimpunan tersebut dengan harapan mereka akan melantik beliau sebagai Khalifah kerana Saad bin al-Waqqas adalah salah seorang Ahli Syura yang dilantik Saidina Umar r.a. Namun, Saad tetap bertegas untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut atas dasar menjauhi fitnah.

Kemudian dua orang hakam itu (Amru bin al-As dan Abu Musa al-Asy’ari) bertemu dan Amru cuba memujuk Abu Musa untuk menyokong Muawiyah r.a dengan memberikan tawaran jawatan namun Abu Musa al-Asy’ari menolak tawaran tersebut dan memarahi Amru bin al-As.

Abu Musa al-Asyari pula mencadangkan untuk melantik Abdullah bin Umar r.a namun Amru mencadangkan nama anaknya sendiri Abdullah bin Amru r.a tetapi ditolak juga oleh Abu Musa al-Asyari.

Ali r.a juga memberi pesanan kepada Amru bin al-As r.a melalui Syuraih bin Hani, memujuk Amru bin al-As supaya memihak kepada beliau dan meninggalkan Muawiyah r.a namun Amru bin al-As enggan mendengar dan menolak.

Kemudian setelah Amru enggan menurut cadangan Abu Musa al-Asy’ari melantik Ibn Umar sebagai Khalifah dan Abu Musa enggan menerima cadangan Amru melantuk Abdullah Ibn Amru sebagai Khalifah, mereka bersetuju untuk memecat kedua-dua Khalifah Ali r.a dan Muawiyah r.a serta menyerahkan perlantikan Khalifah yang baharu kepada Syura kaum muslimin.

Namun, ketika pengumuman persetujuan dibuat, Amru bin al-As r.a menyuruh Abu Musa berucap dahulu dan Abu Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan Muawiyah dan mengembalikan hak perlantikan Khalifah kepada kaum muslimin. Ibn Abbas r.a pada mulanya melarang Abu Musa bercakap dahulu kerana bimbang akan berlaku tipu helah daripada Amru namun Abu Musa tetap percaya kepada Amru.

Kemudian Amru bangun berucap dan mengisytiharkan pemecatan Saidina Ali r.a dan dia membaiat Saidina Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan Abu Musa al-Asy’ari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil beliau sebagai pengkhianat dan anjing. Syuraih kemudiannya telah memukul Amru dengan cemeti dan dia menyatakan bahawa alangkah baiknya jika dia membunuh sahaja Amru bin al-As r.a.

Kemudian kedua-dua pihak kembali kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.a kecuali Abu Musa yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyah dan membaiat beliau sebagai Khalifah. Hasil peristiwa ini, Ahli Syam berqunut dalam solat mereka dan melaknat Saidina Ali r.a dan Ahli Kufah manakala Ahli Kufah pula berqunut melaknat Muawiyah r.a dan Ahli Syam.” [Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita Perhimpunan Keduanya (Ali dan Muawiyah)]."

Demikianlah ringkasan riwayat-riwayat yang disebut dalam Tarikh Tabari dan dinaqal para sejarawan selepas beliau. Namun, Imam al-Tabari r.h selaku seorang Ahli Tafsir bahkan Imam al-Mufassirin dan seorang Ahli Hadis tidaklah meriwayatkan kisah ini begitu sahaja, bahkan beliau telah mendatangkan sanadnya sekali.

Kesemua kisah ini bersumber daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Kufi, seorang yang banyak meriwayatkan kisah-kisah dan riwayat-riwayat sejarah.

Maka dengan mudah kita dapat menilai kisah yang menjadi sandaran kaum Syiah mencela dan melaknat Saidina Amru bin al-As r.a bahkan Abu Musa al-Asy’ari r.a ini. Abu Mikhnaf adalah seorang yang tidak dipercayai pada riwayatnya.

Imam Yahya bin Main r.h berkata: “Tidak Siqah”, Abu Hatim r.h berkata berkenaan Abu Mikhnaf ini: “Matrukul Hadis (ditinggalkan riwayatnya)”, dan Imam al-Daruqatni r.h berkata: “Seorang pembawa berita yang daif (lemah)”. [Siyar A’lam al-Nubalaa, 7/302].


Al-Zarkali r.h dalam kitabnya, al-A’lam menyatakan bahawa Abu Mukhnif ini adalah seorang Syiah Imamiah. Hal ini dashihkan oleh Aqabazrak al-Tehrani dalam kitabya, al-Zariah fi Wasail al-Syiah yang merupakan Mukjam kepada senarai kitab-kitab Syiah. [al-A’lam, 5/245, al-Zariah, 1/333-337].


Telah sabit dalam kaedah Ilmu Hadis, tidak diterima riwayat Ahli Bidaah yang menyeru kepada bidaahnya, dan dalam riwayat ini jelas sekali menyeru kepada pencelaan terhadap Sahabat bahkan menyeru kepada melaknat Muawiyah r.a, Amru bin al-As r.a dan ramainya Sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang mulia. [Qawaid al-Tahdis, 191-192].


Syeikh Yahya bin Ibrahim al-Yahya hafizahullah telah menghimpunkan semua riwayat berkenaan peristiwa Tahkim daripada Abu Mikhnaf dan riwayat lain yang seumpama dengan cerita Abu Mikhnaf ini namun kesemua riwayat yang seumpama ini adalah daif yang tidak dapat dijadikan hujah sama sekali. [Marwiyyat Abi Mikhnaf, Fasal Keempat: al-Tahkim dan Keluarnya Khawarij, 377 dan selepasnya, Darul Riyad].

Syeikh Usman al-Khumayyis hafizahullah berkata:

“Kisah ini adalah palsu dan dusta, jaguh periwayatnya adalah Abu Mikhnaf yang telah kami sebutkan berkali-kali (kedaifan dan keplasuan riwayatnya)..” [al-Hiqbah min al-Tarikh, 191].

Kisah Tahkim yang Sahih:

Kisah yang sahih berkenaan peristiwa Tahkim ini adalah sebagaimana yang dikeluarkan Imam al-Bukhari secaa ringkas dalam Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq [46/175], al-Daruqatni sebagimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn al-Arabi r.h dalam al-Awasim [m.s 143-144] sebagai berikut:

“Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata: ‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy’ari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’.

Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’.

Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini?

Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat.

Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah?

Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”.

Demikianlah yang berlaku sebenarnya, iaitu peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad kecuali Sadina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.

Telah kita nyatakan sebelum ini bahawa pertelingkahan antara Ali dan Muawiyah radiallahuanhuma adalah berkenaan pelaksanaan Qisas terhadap pembunuh-pembunuh Usman r.a bukan masalah jawatan Khalifah, maka adalah amat pelik jika Tahkim ini berlangsung di luar tajuk, maka riwayat Abu Mikhnaf yang lalu telah maklum kebatilannya walaupun tidak meneliti kepada sanadnya sekalipun.


Demikian juga kisah yang sahih bahawa Muawiyah r.a memujuk Abu Musa al-Asy’ari r.a berbaiat kepada beliau seperti mana Amru bin al-As r.a berbaiat bukanlah bermakna baiat sebagai Khalifah tetapi usaha Muawiyah r.a memujuk Abu Musa untuk menyokong usaha beliau menuntut darah Usman r.a kerana ini lah baiat Ahli Syam kepada Muawiyah r.a iaitu tidak akan membaiat Ali r.a sehingga Ali r.a melaksanakan Qisas terhadap para pembunuh Usman r.a bukan melantik Muawiyah r.a sebagai Khalifah. [Asrul Khilafah al-Rasyidah, Dr. Akram Diya’ al-Umari, 474-475]

.

Hasil:

Hasil daripada penjelasan berkenaan peritiwa ini, menunjukkan bahawa:

•Amru bin al-As r.a adalah Sahabat yang mulia dan beliau bukanlah seorang penipu atau pengkhianat.

•Peperangan Siffin berlaku atas ijtihad para Sahabat dan janganlah kita mencemarkan lidah dengan darah yang Allah Taala telah biarkan ianya mengalir.

•Abu Musa al-Asy’ari bukanlah seorang bodoh atau kurang cerdik seperti tuduhan kaum Syiah bahkan beliau seorang faqih dan sangat bijak dalam menjaga perpaduan kaum muslimin,

•Peristiwa Tahkim menunjukkan keikhlasan pihak Ali r.a yang diwakili oleh Abu Musa r.a dan pihak Muawiyah r.a yang diwakili Amru r.a untuk mencari perdamaian walaupun tidak membawa hasil yang diharapkan

.•Amru bin al-As r.a bukanlah seorang yang memecah belahkan umat bahkan beliau berusaha mencari perdamaian dengan Ali r.a yang terserlah melalui perbincangan beliau dengan Abu Musa r.a seperti dalam riwayat tahkim yang sahih.

Kaum Syiah adalah Dajjal dan perosak sebenar sejarah Islam, merekalah yang berhak dilaknat -Laknat Allah atas Syiah terutama al-Rafidah-.

Oleh: Muhammad Asrie Bin Sobri


Sumber : Institut al Qayyim

Saturday, 16 May 2009

Wednesday, June 1, 2011

Empat anggota Syiah ditahan JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.

Jurucakap majlis itu Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

NONEDua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.

Sebelum itu, Radin berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.

Ketika itu, tambahnya, JAIS cuma mengambil kad pengenalan beberapa tokoh penting penganjur, termasuk Mohd Kamil.

"Lagi pun majlis itu cuma majlis makan-makan sahaja," kata Radin sambil mendakwa mereka mendapat permit polis untuk menganjurkan acara itu.


JAIS: Langgar fatwa

Kira-kira 500 orang hadir dalam program sambutan ulangtahun Fatimah Az-Zahrah yang diadakan di perkarangan hauzah atau markaz mereka di Gombak.

NONEKetua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan empat orang itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana pihaknya merancang mengadakan sidang media khusus tentang perkara itu esok pagi.

"Mereka ditangkap kerana melanggar fatwa (dengan menyebarkan fahaman Syiah)," katanya ringkas.

Pada Disember tahun lalu, JAIS telah menahan seramai 128 pengikut Syiah -- aliran yang diharamkan negeri itu pada tahun 1989.

Bagaimanapun, dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 mengikuti ajarannya di negara ini secara senyap-senyap.


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/164969
Mei 24, 11

Tuesday, December 28, 2010

Pengkhianatan Syi'ah- usaha untuk membunuh Salahuddin Al Ayubi


Pengkhianatan Syiah dan Usaha Mereka untuk Membunuh Shalahuddin Al-Ayyubi




Orang-orang Syiah belum lupa bahwa Shalahuddin Al-Ayyubi adalah orang yang telah melenyapkan Daulah Fathimiyah di Mesir, dan kembali memberikan tempat bagi Ahlu sunnah wal jamaah. Karena itulah, mereka berusaha berulang kali untuk membunuhnya, untuk mendirikan Daulah Fathimiyah yang baru. Dan dalam semua konspirasi ini mereka meminta bantuan kepada orang-orang asing serta berkirim surat kepada mereka.

Al-Maqrizi berkata dalam As-Suluk, "Pada tahun 569 H sekelompok penduduk Mesir berkumpul untuk mengangkat salah seorang anak Al-Adhid —Khalifah Fathimiyah terakhir di Mesir- dan membunuh Shalahuddin Al-Ayyubi, serta mengirimkan surat kepada orang-orang asing guna meminta bantuan dari mereka.

Di antara mereka adalah; Al-Qadhi al-Mufaddhal Dhiya'uddin Nasrullah bin Abdullah bin Kamil AlQadhi, Syarif Al-Julais, Najah Al-Hamami, Al-Faqih Imarah bin Ali Al-Yamani, Abdusshamad Al-Katib, Al-Qadhi Al-A'az Salamah Al-Uwairis seorang ketua pelaksana Dewan Konsiderasi dan Kehakiman, dai para dai Abdul Jabir bin Ismail bin Abdul Qowi, dan Wa'iz Zainuddin bin Naja.

Ibnu Naja melaporkan mereka kepada sultan dan meminta padanya untuk memberikan kepadanya semua yang ada pada Ibnu Kamil Ad-Da'i berupa jabatan dan semua fasilitas. Permintaannya itu dikabulkan, kemudian orang-orang tersebut dikepung dan dihukum gantung. Shalahuddin mulai mengawasi setiap orang yang mempunyai ambisi terhadap Daulah Fathimiyah.


Beliau membunuh dan menahan banyak orang. Kepadanya disarankan untuk memberangkatkan seluruh pasukan dan pegawai istana serta panglima tentara Sudan ke wilayah dataran paling tinggi. Beliau menangkap seorang laki-laki bernama Qadid, salah seorang propagandis Daulah Fathimiyah di Alexandria pada hari Ahad, hari kelima belas di bulan Ramadhan.


Meskipun para pengkhianat yang telah mengadakan konspirasi telah dibunuh, tetapi orang-orang asing tetap datang sesuai dengan hasil korespondensi yang telah dilakukan di antara mereka sebelumnya.


Al-Maqrizi berkata, "Pada tahun itu, armada tentara asing mendarat secara tiba-tiba di Shaqaliah melalui pintu Alexandria pada akhir bulan Dzulhijah. Orang yang telah mempersiapkan armada ini adalah Ghalyalam bin Rajar, penguasa Shaqaliyah yang berkuasa pada tahun 560 H sesudah ayahnya. Ketika armada pasukan ini berlabuh di dermaga, mereka menurunkan seribu lima ratus kavaleri dari kapal-kapal perang mereka. Jumlah mereka adalah tiga puluh ribu prajurit, antara penunggang kuda dan pejalan kaki. Jumlah kapal yang mengangkut peralatan perang dan blockade adalah enam kapal, dan yang mengangkut perbekalan dan para personil adalah empat puluh kapal perang, mereka kira-kira berjumlah lima puluh ribu pejalan kaki.


Mereka berlabuh dekat mercusuar dan mereka menyerang kaum muslimin sampai mendesak mereka ke As-Sur. Jumlah kaum muslimin yang terbunuh sangat banyak. Kapal-kapal perang asing bergerak secara perlahan-lahan ke pelabuhan, sementara di sana terdapat kapal-kapal kaum muslimin, kemudian mereka menenggelamkannya. Mereka dapat menguasai darat dan membuat perkemahan di sana. Jumlah perkemahan mereka di darat mencapai tiga ratus kemah, mereka terus bergerak untuk mengepung seluruh negeri, dan mereka memasang tiga buah peralatan perang untuk menghancurkan benteng dan tiga buah katapel besar yang melontarkan batu hitam besar.

Sultan Shalahuddin sedang berada di Faqus dan mendapat berita pada hari ketiga setelah orang-orang asing berlabuh. Dia mulai menyiapkan pasukan dan membuka pintu gerbang. Kaum muslimin menyerang orang-orang asing dan membakar peralatan perang mereka. Allah mendukung mereka dengan pertolongannya.


Orang-orang asing banyak terbunuh dan kaum muslimin merampas peralatan perang, barang-barang, dan persenjataan yang tidak mungkin dapat diperoleh kecuali dengan kerja keras melawan mereka. Sisa-sisa tentara asing kembali berangkat berlayar pada awal tahun tujuh puluh.


Tahukah Anda, berapa jumlah banyaknya pengkhianatan dari mereka? Seandainya Allah tidak memberikan nikmatnya kepada Shalahuddin dan orang-orangnya dan menolong mereka, tentu saja sebagaimana yang dikatakan oleh AlMaqrizi; akan semakin banyak susah payah, pengorbanan jiwa, dan darah yang mengalir. Semua ini, tidak lain adalah perbuatan dari orang-orang Syiah.


Belum lagi tahun 569 H berlalu dan datang tahun 570 H, orang-orang Syiah sudah merencanakan pengkhianatan lain, yaitu untuk mendirikan Daulah Fathimiyah dan membunuh Shalahuddin.


Al-Maqrizi berkata, "Pada tahun itu, Kanzuddaulah pemimpin Uswan mengumpulkan orang-orang Arab dan Sudan, menuju Kairo ingin mengembalikan Daulah Fathimiyah. Untuk mengumpulkannya mereka dia mengeluarkan uang yang sangat banyak. Ikut bergabung bersamanya orang-orang yang mempunyai ambisi yang sama, kemudian dia membunuh beberapa orang pejabat Shalahuddin.


Di desa Thud, muncul seorang laki-laki yang dikenal dengan nama Abbas bin Syadi, dia merebut negeri Qush dan merampas harta kekayaannya. Kemudian sultan Shalahuddin menyiapkan saudaranya raja Adil dengan pasukan yang besar, bersamanya pula Al-Khathir Muhadzdzib bin Mamati, kemudian dia berangkat dan memerangi Ibnu Syadi dan menghancurkan pasukannya serta membunuhnya. Setelah itu dia berangkat kembali dan bertemu dengan Kanzuddaulah di pinggiran kota Thud. Terjadilah peperangan di antara mereka berdua. Dalam peperangan tersebut, Kanzuddaulah melarikan diri setelah mengetahui banyak prajuritnya yang terbunuh. Akhirnya Kanzuddaulah terbunuh juga pada tanggal tujuh Shafar, dan raja Adil pun pergi ke Kairo.


Pengkhianatan ini bukan hanya sekadar berusaha membunuh Shalahuddin As-Sunni saja, yang telah melenyapkan Daulah Syiah di Mesir, tetapi juga akan membawa akibat yang timbul dari hal tersebut, yaitu semakin berbahayanya orang-orang asing di negara Syam. Ketika sultan Shalahuddin hendak mendatangi mereka, salah satu penghalang utamanya adalah pengkhianatan orang-orang Syi'ah kepadanya dalam kekuasaannya di Mesir.


Ibnu Katsir Rahimahullah berkata, "Tahun 570 H telah tiba dan sultan raja An-Nashir Shalahuddin bin Ayyub berkeinginan untuk masuk ke negara Syam guna melindunginya dari orang-orang asing, tetapi beliau ditimpa suatu permasalahan yang membuatnya mengenyampingkan keinginannya itu, yaitu bahwa orang-orang asing telah datang ke pesisir Mesir dengan armada perang yang belum pernah ada yang menandinginya dalam jumlah kapal perang, peralatan perang, dan blokade serta pasukan.


Salah satu yang juga menghalangi keberangkatan AnNashir ke Syam adalah seorang laki-laki yang dikenal dengan Al-Kanz. Sebagian orang-orang memanggilnya dengan Abbas bin Syadi, dia adalah salah seorang Mayor di wilayah-wilayah Mesir dan Daulah Fathimiyah. Dia dihubungkan dengan suatu negeri yang bernama Aswan, dia membuat orang-orang bergabung bersamanya. Maka bergabung bersamanya para rakyat jelata dari kota maupun dari desa. Dia menganggap bahwa dirinya dapat mengembalikan Daulah Fathimiyah dan melawan AI-Atabikah Turki....


Ketika negara telah kembali tenang dan tidak ada pemimpin dari Daulah Abidiyah (Fathimiyah) di sana, Shalahuddin muncul bersama pasukan Turki menuju negara Syam, yaitu ketika sultannya Nuruddin Mahmud bin Zanki wafat dan para penduduknya ditakut-takuti, dasar-dasarnya melemah dan para pemimpinnya berselisih. Tujuannya adalah menguatkan persatuan, berbuat baik kepada penduduknya, menolong Islam, melawan orang-orang zhalim, mengembalikan keagungan Al-Qur'an, melenyapkan semua agama "sesat" dan menghancurkan salib dalam keridhaan Allah yang Rahman serta memerangi setan.


Ketika memasuki Damaskus, beliau didatangi oleh para pejabat negara untuk berdamai dengannya, mereka melihatnya sangat baik, kemudian beliau segera berangkat ke Halab, karena telah terjadi kekacauan dan kerusuhan di sana.

Beliau meminta saudaranya Thaghtakin bin Ayyub yang dijuluki dengan Saiful Islam untuk menjadi wakilnya di Damaskus. Ketika melewati Himash, beliau tinggal di sana dan tidak berusaha merebutnya. Kemudian beliau berangkat ke Hamat dan mengambilnya dari pemimpinnya Izzuddin bin Jibril lalu memintanya menjadi duta besarnya di antara dia dengan orang-orang Halab, dan dia memenuhi permintaannya.


Dia mendatangi mereka dan memperingatkan mereka atas nama Shalahuddin, tetapi mereka tidak memperdulikannya, bahkan memerintahkan untuk menahannya dan menangkapnya. Maka informasi kepada sultan menjadi terhambat, kemudian beliau mengirim surat kepada mereka, menyalahkan mereka atas terjadinya pertikaian dan tidak adanya persatuan, serta mengingatkan mereka dengan apa yang terjadi pada masanya, ayahnya, serta pamannya, ketika membantu Nuruddin dalam pengambilan beberapa keputusan yang baik yang disaksikan oleh para ahli agama. Kemudian beliau berangkat ke Halab dan berhenti di gunung Jausyan.


Di sinilah setan manusia merusak hati anak raja Nuruddin Mahmud dengan memprovokasi penduduk Halab untuk memerangi Shalahuddin. Itu dilakukannya dengan cara menunjuk para pemimpin senior.Para penduduk pun memenuhinya, karena keharusan bagi setiap orang untuk mematuhinya.

Orang-orang Syiah memberi syarat kepadanya, yaitu;

dengan :

*mengembalikan kalimat "Hayya ala khairil amal" dalam adzan dan diumumkan di pasar-pasar,

*kemudian bagian sebelah timur masjid untuk mereka,

*nama-nama para imam dua belas harus disebutkan di sisi jenazah

*dan mereka bertakbir dalam shalat jenazah sebanyak lima kali,

*dan akad nikah mereka diserahkan kepada Syarif bin Abil Makarim Hamzah Al-Husaini.


Semua persyaratan mereka dipenuhi; semua masjid di seluruh negeri mengumandangkan adzan dangan "Hayya ala khairil amal." Para penduduk tidak mampu melawan AnNashir, dan mereka mengerahkan semua cara untuk menyerangnya. Pertama-tama mereka mengirimkan surat kepada Syaiban pemimpin Al-Hisbah, kemudian dikirimlah beberapa orang sahabatnya untuk membunuh An-Nashir, tetapi tidak berhasil sama sekali, akan tetapi mereka berhasil membunuh sebagian pejabat yang ada, kemudian muncul kembali yang lainnya dan mereka membunuh semuanya.


Pada saat itu, mereka mengirim surat kepada AlQaumash pemimpin Tharablus Al-Faranji dan menjanjikan padanya harta yang banyak apabila dia dapat membuat AnNashir pergi dari mereka. Al-Qaumash pernah ditahan oleh Nuruddin selama sepuluh tahun, kemudian dia menebus dirinya. Dia tidak akan melupakannya untuk Nuruddin...


"Pada tanggal empat belas Dzulhij ah tahun 571 H, beberapa orang Ismailiyah berusaha melawan sultan Shalahuddin, beliau dapat mengalahkan mereka setelah mereka melukai beberapa orang pemimpin dan pejabat.


Pada tahun 573 H, ketika sultan Shalahuddin keluar dari Kairo untuk memerangi orang-orang asing, beliau menuju Asqalan, kemudian menawan, merampas, dan membunuh. Kemudian pergi ke Ramallah dan orang-orang asing mengawasi mereka. Barnest Arnat penguasa Kurk datang pada mereka dengan pasukan yang besar. Kaum muslimin kalah dan sultan tetap bersama pasukan, kemudian beliau berperang dalam peperangan yang hebat. Beberapa orang mati terbunuh dan orang-orang asing mengambil barang bawaan kaum muslimin.


Dalam perjalanan mereka menuju Kairo, mereka merasa sangat kelelahan, bahkan beberapa orang dari mereka mati, begitu juga dengan hewan-hewan mereka. Orang-orang asing menahan beberapa orang, di antaranya adalah; Al-Faqih Dhiya`uddin Isa Al-Hakari. Sultan datang ke Kairo dan dia bersumpah bahwa dia tidak akan diserang penyakit sampai dia menghancurkan orang-orang asing, karena merekalah penyebab dari kekalahan ini.


Pada tahun 584 H, dua belas orang Syiah memberontak pada malam hari, mereka berteriak-teriak dengan mengatakan, "Wahai keturunan Ali! Wahai keturunan Ali." Mereka melewati jalan-jalan sambil berteriak seperti itu, karena mereka mengira para pejabat negara akan memenuhi ajakan mereka. Mereka melakukan itu untuk mengembalikan Daulah Fathimiyah, maka mereka mengeluarkan orang-orang yang ada di penjara dan menguasai negeri. Ketika tidak ada seorang pun yang mengikuti ajakan mereka, mereka bercerai-berai.


Inilah sebagian contoh-contoh pengkhianatan Syiah dan usaha mereka dalam usaha pembunuhan raja penolong Ahlu sunnah, Shalahuddin Rahimahullah. Mereka merencanakan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.


Nota: Petikan Buku Pengkhianatan-pengkhianatan Syiah dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam (terjemahan), oleh Dr Imad Abdus Sami’ Husain, terbitan al-Kautsar