Showing posts with label happening. Show all posts
Showing posts with label happening. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Tentang golongan tolak perpaduan


Sulaiman Saloomi


KUALA LUMPUR 14 Sept. - Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi.

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini.

Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu sempena lawatan peribadi beliau selama lapan hari.

Menurut Sheikh Sulaiman, golongan menolak perpaduan akan menerima hukuman berat yang bukan sahaja ditanggung oleh mereka, malah pengikut sehingga hari kiamat kerana menentang arahan Allah.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, setiap umat Islam di Malaysia secara umumnya wajib mempertahankan negara ini daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan keamanan dan keharmoniannya.

Katanya, bagi golongan seperti pemimpin politik, ulama, media, golongan profesional serta mana-mana pihak berpengaruh dalam masyarakat pula, hukumnya adalah fardu ain.

"Secara peribadi, saya gembira melihat suasana Islam di Malaysia. Di negara ini terdapat organisasi berteraskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem kewangan Islam.

"Syariat Islam juga berkembang dengan baik. Universiti-universiti berteraskan Islam juga wujud di negara ini. Selain itu, sistem pembelajaran Islam di Malaysia juga boleh dianggap maju ke hadapan. Di sini juga tidak kurang banyaknya buku-buku yang membicarakan tentang Islam," katanya.

Beliau berkata, perkembangan Islam tidak akan berlaku jika suasana di Malaysia tidak berada dalam keadaan baik serta stabil.

"Nasihat saya pelihara negara ini baik-baik, ia satu amanah yang wajib dilaksanakan. Kekalkan perpaduan dan elakkan perpecahan.

"Musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan umat dan perkara ini perlu diawasi bagi memastikan Islam di Malaysia sentiasa terpelihara," katanya


Oleh SAIFULIZAM MOHAMADpengarang@utusan.com.my

sumber :Utusan online

Sunday, July 3, 2011

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai #Bersih2




Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.


Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.


Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.


Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara- . — BERNAMA


Wednesday, June 1, 2011

Empat anggota Syiah ditahan JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.

Jurucakap majlis itu Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

NONEDua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.

Sebelum itu, Radin berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.

Ketika itu, tambahnya, JAIS cuma mengambil kad pengenalan beberapa tokoh penting penganjur, termasuk Mohd Kamil.

"Lagi pun majlis itu cuma majlis makan-makan sahaja," kata Radin sambil mendakwa mereka mendapat permit polis untuk menganjurkan acara itu.


JAIS: Langgar fatwa

Kira-kira 500 orang hadir dalam program sambutan ulangtahun Fatimah Az-Zahrah yang diadakan di perkarangan hauzah atau markaz mereka di Gombak.

NONEKetua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan empat orang itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana pihaknya merancang mengadakan sidang media khusus tentang perkara itu esok pagi.

"Mereka ditangkap kerana melanggar fatwa (dengan menyebarkan fahaman Syiah)," katanya ringkas.

Pada Disember tahun lalu, JAIS telah menahan seramai 128 pengikut Syiah -- aliran yang diharamkan negeri itu pada tahun 1989.

Bagaimanapun, dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 mengikuti ajarannya di negara ini secara senyap-senyap.


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/164969
Mei 24, 11

Friday, April 22, 2011

Masa Depan Tamadun ISLAM - Sheikh as-Sudais

Satu syarahan umum yang disampaikan oleh Sheikh Dr `Abdur Rahman Ibn`Abdul Aziz as-Sudais telah diadakan pada 20/4/2011. Ia telah dianjurkan oleh International Insititute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia dan diadakan di dewan IAIS.

Syarahan umum tersebut telah bermula pada jam 12.30 tengahari dengan disampaikan oleh Sheikh as-Sudais dalam bahasa Arab, dan diterjemahkan oleh Profesor Ibrahim Zein sebagai moderator majlis tersebut. Tajuk syarahan yang diberi oleh pihak penganjur ialah: “The Future of Islamic Civilisation (al-Hadarah al-Islamiyyah) in the 21st Century”.


Ciri-ciri Tamadun Islami

Dalam menghuraikan tajuk yang diberi, Sheikh as-Sudais telah menyenaraikan dan menghuraikan beberapa ciri yang mesti dipenuhi untuk memastikan masa depan Tamadun Islami berjaya. Berikut adalah beberapa mesej yang sempat saya salin dari ucapan beliau:

  1. Tamadun Islami mestilah didasarkan oleh aqidah yang betul sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan golongan terdahulu selepas Baginda, iaitu golongan salaf. Tanpa aqidah yang betul, tamadun Islami yang ingin dibangunkan tidak akan berjaya.
  2. Ia mestilah dibangunkan di atas prinsip-prinsip moral dan etika yang betul berlandaskan apa yang telah ISLAM gariskan.
  3. Cara membangunkan Tamadun Islami mestilah merujuk kepada cara Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membangunkan masyarakat dan negara Islam. Tiada rujukan yang lebih baik, kerana pada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam itu adalah ikutan yang terbaik.
  4. Ia didasarkan kepada menjaga maruah manusia.
  5. Tidak boleh lari dari melindungi 5 kepentingan seperti yang dinyatakan di dalam maqasid syariah yang biasa kita dengar, iaitu:
    1. Melindungi agama
    2. Melindungi nyawa dan diri manusia
    3. Melindungi akal
    4. Melindungi kehormatan dan maruah diri
    5. Melindungi harta
  6. Maqasid Syariah di atas bukan sahaja melindungi kepentingan si Muslim, tetapi juga melindungi si non-Muslim. Ia melindungi kepentingan semua.
  7. Tidak seperti tamadun lain yang biasanya hanya menumpukan salah satu, iaitu samada aspek rohani atau material. Tamadun Islami menumpukan kepada kedua-dua aspek iaitu rohani dan juga material. Adalah anggapan yang salah sekiranya seseorang menganggap ISLAM hanya menumpukan aspek rohani sahaja.
  8. Setiap lelaki dan perempuan diberikan taklif yang sama iaitu menanggung amanah dan bertanggungjawab terhadapnya. Namun, lelaki dan perempuan mempunyai peranan masing-masing dan mesti memainkan peranan itu dengan sedaya mungkin.
  9. Walaupun di dunia ini mempunyai bangsa yang berbeza, namun tumpuan hendaklah ditumpukan kepada nilai kemanusiaan dan tidak boleh dilayan manusia itu berdasarkan kaum dan bangsa yang berbeza. Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, walaupun para sahabah berbeza bangsa dan keturunan, hatta ada yang datang dari negara yang lain pun diberi layanan yang sama rata, malah memegang peranan yang penting mengikut kepakaran masing-masing.
  10. Tamadun Islami yang hendak dibina mestilah berdasarkan kepada ilmu.
  11. Tamadun tersebut mestilah membawa kebaikan kepada seluruh manusia dan penghuni dunia.
  12. Tamadun yang berjaya adalah tamadun yang menghargai nilai keintelektualan.
  13. Semua kebaikan itu bukan sahaja untuk Muslim sahaja, malah juga kepada yang bukan Muslim.
  14. Prinsip keadilan mesti dijadikan asas kepada Tamadun Islami.
  15. Kebebasan juga merupakan unsur yang penting di dalam Tamadun Islami. Kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan yang masih di dalam lingkungan syara`. Kebebasan tidak sama dengan anarki. Sistem Anarki bermaksud sistem kebebasan tanpa peraturan, tanpa undang-undang dan tanpa pemerintahan. Bukan itu maksud kebebasan di dalam ISLAM. Anarkisme tidak diterima di dalam ISLAM.
  16. Sheikh Sudais juga telah menekankan prinsip washatiyyah iaitu kesederhanaan. Sifat melampau samada terlalu ketat atau terlalu longgar dalam mengamalkan ISLAM tidak patut dibiarkan berlaku. Kerana ia boleh membawa kesan yang buruk dan boleh memberikan maksud yang tidak baik kepada agama ISLAM dan keseluruhan manusia.
  17. Hendaklah Tamadun Islami yang dibina itu mempunyai sifat tasamuh iaitu toleransi sesama manusia. Lihat sahaja bagaimana kisah pembukaan Mekkah oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, pembukaan beberapa negara oleh Umar ra, pembukaan Palestin oleh Salahuddin al-Ayubi dan pembukaan Istanbul oleh Muhammad al-Fateh. Mereka tidak berdendam, malah bertoleransi dan memberi maaf kepada musuh-musuh ummat ISLAM.
  18. Tamadun Islami juga mestilah didasarkan dengan nilai-nilai keamanan dan kesejahteraan manusia. ALLAH subhanahu wa Ta`ala tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan!
  19. Semua nilai-nilai di atas hanya boleh dibina dengan mempunyai kekuatan dalaman yang tinggi iaitu Iman. Tanpa Iman, sukar untuk ia dicapai.

Cabaran Ummat ISLAM

Ada 2 cabaran besar yang dihadapi oleh ummat ISLAM dalam usaha untuk merealisasikan Tamadun Islami. Pertama ialah cabaran dalaman, iaitu cabaran yang ditimbulkan oleh ummat ISLAM sendiri. Dan yang kedua ialah cabaran luaran, iaitu cabaran yang ditimbulkan oleh pihak yang bukan dari kalangan ummat ISLAM dan suasana persekitaran. Berikut adalah beberapa senarai cabaran yang disebut beliau:

Cabaran dalaman:

  1. Ummat ISLAM tidak mengambil Islam sebagai sistem hidup.
  2. Ramai ummat ISLAM mempunyai salah faham terhadap ajaran ISLAM itu sendiri.
  3. Ramai salah aplikasi ajaran ISLAM.
  4. Hasil daripada salah faham dan salah aplikasi ini maka wujudlah fitnah terhadap ISLAM. Ummat ISLAM mesti ambil peranan untuk memberikan penjelasan kepada ummat ISLAM sendiri dan juga kepada yang bukan ISLAM.
  5. Tidak bersatu.
  6. Hendak bersatu mestilah masing-masing merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah dan fahami betul-betul ajaran dan maksud ajaran di dalamnya.
  7. Jangan mudah melabel orang lain. Jangan menuduh orang lain kafir, sesat, fasiq dan lain-lain gelaran tanpa haq.
  8. Jika ada perbezaan pendapat dan pegangan, jangan bergaduh. Utamakanlah kesatuan ummah. Kesatuan ummah itu mesti menjadi agenda penting. Perbezaan di antara muslim dengan muslim tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan.
  9. Sikap suka menyalahkan orang lain saja [*]. Jangan mudah menyalahkan unsur luar seperti negara barat atau pihak-pihak tertentu (sahaja kemudian kita tak buat-apa-apa untuk membetulkannya dari dalm ). Ummat ISLAM mestilah melihat kepada kesilapan dan kelemahan diri sendiri (juga ). Dan berusaha ke arah memperbetulkannya ,[ barulah apa yang dikatakan sebagai unsur luar itu tidak mampu merosakkan kita]

Cabaran luaran:

  1. Syahwat dan syubuhat.
  2. Manipulasi orang lain, terutama Barat dan lain-lain tamadun.
  3. Globalisasi adalah ancaman yang sangat merisaukan.
  4. Internet dan media

Walaupun Sheikh as-Sudais menyenaraikan beberapa cabaran dan unsur luaran yang boleh menggugat ummat ISLAM, namun beliau tetap menegaskan bahawa kita sebagai ummat ISLAM jangan terlalu tumpukan sangat kepada unsur luaran dan menyalahkannya. Kerana apa yang lebih penting ialah melihat ke dalam diri kita sendiri. Dan cuba untuk memperbaiki kesemua kelemahan itu [bermula dari dalam ke luar..…]

Di akhir syarahan, Sheikh as-Sudais menekankan bahawa masa depan dunia adalah dengan ISLAM. Dan ini pasti berlaku kerana ia telah difirman ALLAH & disabdakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Beliau memetik ayat al-Quran dan hadith yang menjanjikan hal ini, namun atas kedhaifan saya, saya tidak dapat memetik ayat al-Quran dan hadith yang beliau nyatakan.

Itulah antara perkara penting yang disentuh oleh as-Sheikh. Sebenarnya mungkin banyak lagi yang disentuh oleh beliau, tetapi saya tidak mampu menyalinnya dengan sempurna. La haula wa la quwwata illa biLLAH.

Bahasa yang digunakan oleh Sheikh as-Sudais memang sedap didengar. Disebut satu-satu perkataannya dan penuh makna, juga sarat dengan ayat-ayat dari al-Quran dan al-Hadith. Penuh dengan mesej. Profesor Ibrahim Zein yang menterjemahkan syarahan beliau, dengan merendah diri mengakui beliau tidak mampu menterjemahkan semua bahasa Arab yang digunakan oleh Sheikh as-Sudais ke dalam bahasa Inggeris kerana bahasa yang digunakan oleh Sheikh penuh dengan retorik dan makna yang mendalam.

Apa yang saya perhati, yang menariknya tentang Sheikh as-Sudais ini, beliau kadang-kadang bergurau dan berjenaka dengan moderator majlis. Dan selang beberapa sesi, beliau akan berhenti untuk bertanya dengan para hadirin. Beliau mengajukan beberapa soalan untuk dijawab oleh hadirin untuk menguji kefahaman hadirin. Dalam sesi syarahan yang berlangsung 1 jam 30 minit itu, beliau telah berhenti sebanyak 3 kali untuk berinteraksi dengan hadirin. Dan alhamdulillah, hadirin juga dengan sangat teruja menjawab soalan-soalan beliau. Sesi soal-jawab tidak dapat dilakukan dengan sempurna disebabkan oleh kesuntukan masa.

Mudah-mudahan catitan ini ada manfaatnya buat diri saya dan buat kalian yang mungkin terbacanya. Semoga kita semua berupaya untuk mengambil iktibar dan berubah berdasarkan beberapa mesej yang tercatit di atas. La haula wa la quwwata illa biLLAH…

WAllahu Ta`ala A`lam.


SUMBER: http://muzir.wordpress.com/2011/04/21/masa-depan-tamadun-islam-oleh-sheikh-as-sudais/

semoga video ini dapat membantu dalam usaha menjaga diri dari fitnah syahwat..:


Inti Khutbah Sheikh as-Sudais


(Jumaat, 22/4 , Masjid Wilayah Persekutuan)

Sheikh as-Sudais telah menyampaikan khutbah beliau di dalam bahasa Arab dan apabila beliau memulakan khutbahnya, tiba-tiba saya terkenang nostalgia ketika berpeluang mengerjakan umrah dan mendengar khutbah di BaituLLAH al-Haram. Sangat menyentuh perasaan ketika di sana.

Antara mesej utama yang disentuh beliau di dalam khutbah di Masjid Wilayah Persekutuan ialah:

  1. Kepentingan meluruskan aqidah di atas aqidah yang betul

  2. Mengambil ISLAM sebagai cara hidup secara keseluruhannya. ALLAH telah menyempurnakan ajaran ISLAM dan DIA telah redha ISLAM sebagai cara hidup untuk diamalkan.

  3. Sheikh di dalam khutbah beliau sangat menitik beratkan soal ukhuwwah Islamiyyah di antara penganutnya. Berkali-kali Sheikh menekankan bahawa kita adalah ummah yang satu.

  4. Ummat ISLAM mesti mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan menjadikan ia sebagai contoh tauladan yang mesti dijadikan rujukan. Tidak ada cara lain lagi hendak berjaya, melainkan ikut (ittiba’) sunnah. Sheikh menekankan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda bahawa semua muslim akan masuk syurga, kecuali yang enggan. Yang dimaksudkan enggan ialah mereka yang derhaka kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dengan tidak mengikuti semua suruhan dan tidak menghiraukan larangannya.

  5. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang berilmu. Betapa ISLAM sangat menitik beratkan ilmu. Justeru, tuntutlah ilmu dan fahamilah ilmu.

  6. Bukan setakat menuntut ilmu dan faham, tapi mesti amal. Menjadi tuntutan buat kita yang sudah menuntut ilmu, yang ada ilmu untuk mengamalkan ilmu tersebut.

  7. Sheikh as-Sudais mengingatkan tentang kesederhanaan di dalam ISLAM dan betapa pentingnya sifat ini diambil dalam membawa agama ISLAM ke dalam kehidupan.

  8. Sheikh juga menyentuh perihal akhlaq muslimin. Amat menyedihkan sekiranya akhlaq tidak dijadikan tumpuan ummat ISLAM. Kerana antara tujuan penting diutuskan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ialah untuk menyempurnakan akhlaq.

  9. Sayang-menyayangi sesama muslim juga disentuh oleh Sheikh as-Sudais di dalam khutbahnya.

  10. Setiap muslim mestilah mempunyai adab dalam perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ummat ISLAM mestilah ditangani dengan ilmu dan diserahkan kepada ahli ilmu. Janganlah disebabkan oleh perkara-perkara furu`, feqah, ijtihadiah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan ummat ISLAM berpecah.

  11. Sheikh mengingatkan juga akan ancaman kepada ummat ISLAM tentang syahwat (perkara-perkara maksiat dan berkaitan runtunan-yang diingini nafsu - agar jangan diperturutkan) dan syubuhat (perkara-perkara yang samar-samar dalam kehidupan moden)..perlunya membenteng diri dari perkara seperti ini dari merosakkan diri dan umat(serangan budaya dan pemikiran )

  12. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang memberikan kebaikan memberi manafaat pada orang lain (bukan dipergunakan -keduanya berbeza )

Itulah antara beberapa perkara penting yang disentuh oleh beliau di dalam khutbah Jumaat. SubhanALLAH, memang bertenaga penyampaian beliau dan sangat bernilai.

Selepas habis khutbah, beliau mengimamkan solat fardhu Jumaat. MasyaALLAH, sedap sungguh bacaan beliau sebagaimana yang biasa didengari melalui perkakas media yang ada. Tapi, sudah tentulah tidak boleh menandingi apabila beliau membacanya saat bersolat di Masjidil-Haram. Suasananya lain, suasananya istimewa, suasananya syahdu terasa.

Yang menarik hati saya juga ialah walaupun as-Sheikh memegang pendapat bahawa membaca basmalah adalah secara sirr (perlahan), bukannya jahar (kuat) seperti pendapat kebanyakan orang Malaysia, namun beliau dengan sifat keilmuannya meraikan ahli jemaah yang berada di belakang beliau dengan sengaja menperjelaskan bacaan basmalah. Beliau tetap membacanya secara sirr, tetapi bacaan basmalah beliau dengan jelas didengari oleh ahli jemaah melalui mikrofon. Beliau juga berwirid sebentar sehingga boleh didengari suaranya melalui mikrofon, tetapi dengan suara yang sangat perlahan bunyinya. Inilah sifat yang kebanyakannya tidak ada pada sebahagian muslim yang berkeras dengan pendapat dan pandangan masing-masing tanpa meraikan sedikit pun orang sekeliling. Moga-moga ada pengajaran buat kita semua dari sifat keilmuan Sheikh ini, insyaALLAH.

http://muzir.wordpress.com/2011/04/22/khutbah-sheikh-as-sudais-fenomena-menyedihkan/

Tuesday, December 21, 2010

Perihal Faisal Tehrani....


Bismillahir Rahmanir Rahim...

Nampaknya penangkapan Syiah di Gombak baru-baru ini menyebabkan saudara Faisal Tehrani (FT) benar-benar kepanasan. Tulisan-tulisan beliau dalam blognya semakin merapu-rapu sehingga entri terbaru meminta supaya ASWJ mengkafirkan sahaja penganut Syiah di Malaysia.

Kalau begitu bermakna, FT sendiri yang kafirkan Syiah. Tiada ulama ASWJ yang kafirkan Syiah secara mutlaq begitu. Hatta kerajaan Arab Saudi yang terkenal dengan fahaman keras mereka terhadap Syiah masih membenarkan penganut Syiah mengunjungi Kota Makkah dan Madinah untuk tujuan haji dan ziarah. Bermakna mereka masih menganggap Syiah itu muslim bukan KAFIR SEPERTI FATWA FAISAL TEHRANI.

Sebenarnya, penulis mendapat banyak pertanyaan berkenaan FT. Adakah FT seorang Syiah atau bagaimana? Untuk makluman para blogger dan seluruh penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) di Malaysia, mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur-unsur Syiah di dalam tulisan-tulisan FT.




Oleh itu, penulis ingin menegaskan supaya para blogger hendaklah berhati-hati jika membaca tulisan-tulisan karangan FT termasuk blognya.

Sebagai contoh, dalam entri bersempena dengan sambutan Asyura dan Karbala, FT telah menulis di dalam blognya dengan menggunakan dalil-dalil dari kitab ASWJ kononnya amalan meratap sambil memukul muka dan dada terhadap kesyahidan Sayyidina Husain seperti yang dilakukan oleh puak Syiah adalah termasuk dalam ‘tradisi ASWJ.

Entri 3 bahagian yang bertajuk ‘Menangislah Ia Sunnah Nabi’, mengumpulkan hujjah-hujjah kononnya perbuatan ‘menangis’ seperti yang dilakukan oleh Syiah juga telah lama menjadi tradisi ASWJ.

Nampaknya FT memang bijak memutarbelitkan dalil-dalil sunni dengan berhujjah di luar konteks serta menyalahtafsirkan maksud ‘menangis’.


Apa yang menjadi masalah, FT tidak tahu membezakan antara maksud ‘menangis’ dan ‘meratap’ sedangkan kedua-duanya adalah istilah yang berbeza dalam sunnah Nabi.


Sememangnya sunnah tidak melarang kita menangis atas kematian yang berlaku kerana itu fitrah, lebih-lebih lagi ketika menghadapi saat pertama menerima berita kematian seperti disebut oleh Baginda SAW ketika melihat seorang wanita menangisi kematian bayinya.

Rasulullah SAW bersabda kepada wanita tersebut, “Bertaqwalah dan bersabarlah…sesungguhnya kesabaran itu pada awal kemalangan”. (Sahih Bukhari)


Hadith ini menunjukkan bahawa, walau sesedih mana sekalipun menerima berita kematian, umat Islam dianjurkan supaya bertaqwa dan bersabar bagi mengelakkan mereka melampau-lampau dalam menangis ketika di awal berlaku kematian kaum keluarga dan sebagainya.


Malah Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh teladan apabila menangisi kematian anaknya Ibrahim dalam keadaan penuh kesabaran. Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya mata itu mencucurkan air mata, dan hati bersedih, dan kita tidak mengatakan (memerintahkan/meyakini) kecuali apa-apa yang menjadi keredhaan Allah, dan sesungguhnya aku adalah orang yang bersedih dikeranakan perpisahanku dengan Ibrahim (puteraku).”


Inilah kaedah menangis yang dibenarkan di dalam Islam, bukan meratap yang dilarang secara tegas oleh Baginda SAW malah ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kaum keluarga Nabi SAW.

FT juga jangan jadi jahil (sedangkan anda adalah seorang sasterawan) beza antara ‘menangis’ dengan ‘meratap’ dalam bahasa Melayu.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ‘menangis @ tangis; bererti ‘pelahiran perasaan sedih (kecewa, menyesal dll) dgn mencucurkan air mata dan suara yg tersedu-sedu’ manakala ‘meratap @ ratap’ bererti ‘tangisan atau jeritan yg disertai kata-kata kerana terlalu sedih’ dan ‘meratap’ ialah ‘menangis sambil mengeluarkan kata-kata; mengeluh dgn menjerit dll’ (Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP di laman http://prpm.dbp.gov.my/)

Meratap inilah yang dilarang di dalam Islam dan disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW sebagai ‘niyahah’. Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi si mati sehingga menampar-nampar muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”. (Sahih Bukhari).

Diriwayatkan daripada Ummu Atiyyah r.a katanya: “Rasulullah SAW menerima janji dari kami pada waktu bai'ah iaitu ikrar setia, agar kami tidak meratapi mayat. Tidak ada wanita yang turut berbai'ah kecuali hanyalah lima orang iaitu Ummu Sulaim, Ummul Ala', anak perempuan Abu Sabrah iaitu isteri Mu'az atau puteri Abu Sabrah isteri kepada Mu'az". (Sahih Muslim)


Daripada Abu Malik al-Asy’ari bahawa Nabi SAW bersabda: “Ada empat perkara pada umatku yang termasuk perkara jahiliyah yang tidak mereka tinggalkan: Membanggakan kemuliaan orang tua nenek moyang, mencela nasab, istisqa (meminta hujan) dengan bintang, dan meratap.’ Dan Baginda SAW bersabda, ‘Wanita yang meratap, jika tidak bertaubat sebelum matinya, maka dia akan dibangkitkan pada hari Qiamat dengan memakai pakaian dari cairan tembaga dan gaun kudis


Manakala riwayat daripada Sayyidah Aisyah r.a. yang menyebut bahawa beliau menampar wajahnya selepas kewafatan Rasulullah SAW tidak boleh sama sekali dijadikan hujjah kerana ia bukan hadith tetapi hanya athar sahabi. Apatah lagi apabila ia bertentangan dengan riwayat hadith sahih.


Tambahan lagi dalam riwayat tersebut Sayyidah Aisyah menyebut di permulaannya: فَمِنْ سفهي وَحَدَاثَةِ سني bermaksud “dan kerana kejahilanku dan keremajaan umurku”. Ia menunjukkan bahawa Sayyidah Aisyah mengakui ia adalah satu kesilapan dan para ulama ASWJ berpendapat Sayyidah Aisyah telah bertaubat daripada kesilapan tersebut.[?]


Akhirnya, memadailah dengan tiga hadith di atas sebagai dalil golongan ASWJ bahawa amalan meratap @ niyahah adalah dilarang oleh Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari Qiamat kelak bagi orang yang melakukannya.


Kerana itu tiada ulama ASWJ yang mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu syiar seperti Syiah.

Tidak mungkin FT tidak tahu bagaimana Syiah mengadakan upacara ma’tam bagi mengenang peristiwa Karbala. Ia dipenuhi dengan jerit tangis yang meratap-ratapi kesyahidan Sayyidina Husain. Malah ia dilagukan sambil memukul-mukul dada dan sebahagiannya menampar pipi, malah ada yang lebih dahsyat sehingga melukakan tubuh badan sendiri. Adakah seorang sasterawan seperti FT tidak tahu membezakan menangis biasa (buka’) dengan meratap (niyahah)? Adakah FT mahu mengatakan ini tradisi sunni? Maaf anda telah berbohong dengan pembohongan yang besar!!!

Rasulullah SAW bersabda:

Daripada al-Mughirah r.a., beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya pembohongan ke atasku tidak seperti pembohongan ke atas orang lain, sesiapa yang berbohong atas namaku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka. Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang diratapi atas kematiannya, dia diazab dengan apa yang diratapi atasnya”. (Sahih Bukhari).


Di kesempatan ini juga, penulis ingin menyeru semua pihak terutamanya ilmuan dan intelektual ASWJ termasuk Dr MAZA (yang baru-baru ini mengatakan keperluan berhujjah dgn ajaran menyeleweng bukan guna kuasa-walaupun bagi penulis penggunaan kuasa dan hujjah perlu berjalan sekaligus mengikut bidangkuasa masing2 berdasarkan hadith 'man ra'a minkum munkaran') supaya menjawab keraguan dan syubuhat-syubuhat yang dicetuskan oleh Syiah dari masa ke semasa.

Semoga masyarakat Islam-ASWJ di Malaysia dipelihara Allah daripada segala bentuk bid'ah yang merosakkan kesucian aqidah dan syariah Islam.
Wallahu a'lam

Oleh Ustaz Mohd Aizam Masod( Penyelidik JAKIM)

PEMBOHONGAN APCO!

http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/pembohongan-apco.html


Salam 2 all.

Hari ini Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.


Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan.


Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO ini. Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!


Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO (gambar atas adalah logo badan tersebut). Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie.


Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital (gambar sebelah adalah contoh walkie-talkie keluaran APCO). Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden tak silap teman) menggunakan sistem monolog.


Maknanya perkataan APCO yang muncul didalam Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia ialah nama APCO membabitkan satu sistem komunikasi. Ianya langsung tiada kena mengena dengan nama APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel. Walaupun singkatannya sama, tetapi ianya dua entiti APCO yang berbeza dan tiada kena antara satu sama lain, hanya kebetulan singkatannya sama - APCO!!


Dan berkaitan syarikat APCO Worlwide yang diputarbelitkan sebagai firma penasihat Kerajaan Malaysia, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington. Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.


Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut, Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO.


Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.


Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!


Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi?


Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"?

Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan.

Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi hanya kerana persamaan logo? Walaupun sekarang sudah terdedah satu dunia bagaimana pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan terpaksa berlutut memohon maaf kepada Yahudi di Amerika kerana menyinggung perasaan yahudi apabila pemimpin anugerah tuhan ini mempolitikkan dan memutarbelitkan isu APCO!


Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!! Pendekkata, janganlah berbohong dan kelentong! Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!


Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6,

"sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".


Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept,

tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita.

Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya.

Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya!


Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam yang sebenar untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.


Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Friday, December 17, 2010

200 Pengikut Syiah Ditahan

Hauzah Ar Ridha diserbu, 200 orang ditahan ...




KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.


Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.


Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.


Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab *lain sebagai kafir dan halal dibunuh.


Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.


Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.


Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.


Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.


Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.


Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.


Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.


"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.


"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.


"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.


Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.


Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawatir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah [kecuali tiga orang]


"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.


"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.


Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.


Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.


Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.


Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


* =aliran lain ( Firqah )bukan lagi Mazhab, kerana Mazhab bebeza(khilaf ) dari segi ranting (furu' )sahaja; Firqah..perbezaan dari segi aqidah(Perkara pokok )..

Tuesday, December 14, 2010

Tragedi Kiyai Liberal, ...


Tragedi Kiyai Liberal, Akhir Hayatnya Memilukan

“Apa!? kamu hamil?!” Pak tua itu terbelalak mendengar pengakuan putri bungsu yang dicintainya. Dia langsung berdiri dan memburu ke arah sang putri, mengangkat tangannya tinggi-tinggi, siap mendaratkan tamparannya, tapi...

“Jangan Paa... sabaar..!” istrinya menjerit sambil berusaha menghalangi dengan memeluk erat tubuh gadis kesayangannya. Sang bapak pun mengurungkan niatnya, tapi nampak jelas kemarahan dan kekecewaan luar biasa menguasai dirinya. Tubuhnya bergetar, matanya merah melotot, menatap tajam ke arah putrinya.

“Siapa!? Siapa yang berbuat kurang ajar begini, hah??” bentaknya tiba-tiba.

Sang putri hanya terdiam, terisak dan menyembunyikan wajahnya dalam pelukan sang ibu.

“Ya Allahhh… kenapa ini terjadi pada keluargakuu..?? Aku yang ditokohkan orang sebagai cendekiawan muslim terkemuka di negeri ini, hanya membesarkan seorang pelacur!!!” Orang tua itu mengeluh dan mengomel seolah ingin memuntahkan seluruh kekesalan dan kekecewaan dari ubun-ubunnya. Sementara, sambil terus memeluk anaknya, sang istri berusaha menenangkan suasana.

“Istigfar Paa, siapa sih yang pelacur? Anak kita kan hanya korban…” belum selesai si istri berbicara, “Korban apa? Wong dia sengaja melakukannya!!!” Pak tua yang masih kesal itu kini bertambah marah mendengar istrinya berusaha membela sang anak.

Suasana langsung hening, sang istri hanya menunduk, tidak mampu berkata apa-apa. Sejenak kemudian lelaki tua itu menarik kursi ke arah istri dan anaknya yang masih saling berpelukan, dan menghempaskan tubuhnya yang mulai renta itu.

“Ufhhh…, kenapa kau lakukan ini, Nak?” nada bicaranya nampak mulai menurun. Lalu dia menunduk sambil menutupi mukanya dengan kedua tangan keriputnya, seakan tindakan itu bisa menutupi rasa malu yang akan dipikulnya ketika tersiar kabar di media massa infotaintment, “Putri Cendikiawan Muslim Terkemuka, Hamil di Luar Nikah dengan Pemuda Kristen.”

“Pokoknya, kamu harus dicambuk seratus kali!” tiba-tiba dia berucap tegas. Istrinya yang sedari tadi diam, serta-merta menoleh ke arahnya sambil mengernyitkan dahi.

“Apa, Pa? Dicambuk? Bukannya papa pernah bilang cambuk itu hukuman primitif yang tidak pantas untuk diberlakukan lagi? Papa juga sering menulis di buku dan berbagai media bahwa hudud itu sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman?!” sang istri memberanikan diri untuk angkat bicara.

Mendengar itu, sang cendekiawan pun semakin terhenyak ke kursinya, dia pun terdiam tak tahu harus bagaimana.

*****

Semenjak kejadian itu, kini lelaki tua tujuh puluh tahunan itu terkulai lemah di atas pembaringan sebuah ruangan gawat darurat sebuah rumah sakit ibu kota. Dia mengalami depresi yang cukup berat. Dalam dirinya terjadi pertentangan batin yang hebat. Dia sadar bahwa selama ini dia terdepan meneriakkan keabsahan nikah beda agama, meneriakkan slogan anti penerapan syariat Islam, menentang jilbab dan menyatakan jilbab bukan ajaran Islam tapi tradisi Arab. “Itu budaya orang Arab, bukan budaya Islam!” tegasnya setiap saat ketika memberikan mata kuliah di depan mahasiswanya.

Tapi, kini nuraninya berontak ketika menyaksikan kedua putri-putrinya menyingkap aurat, berpakaian minim dan sudah tidak seakidah lagi dengannya. Dia ingin menyuruh mereka istiqamah dalam syariat Islam, hidup dalam rumah tangga islami, dan menutup aurat seperti yang diperintahkan Al Quran, tapi apa daya nasi sudah menjadi bubur. Kedua putrinya justru jadi orang yang gigih mengamalkan ideologi sekuler liberalnya.

Dengan busana gaul ala artis MTV, kini putrinya terjerumus kepada perbuatan zina dengan pemuda non muslim. Nuraninya menuntut untuk menjatuhkan hukuman sesuai dengan syariat Islam. Karena dia sangat mengerti bahwa hukuman di dunia akan membebaskan sang putri dari hukuman yang lebih dahsyat di akhirat nanti.

“Nak, walau bagaimana, kamu adalah seorang muslimah, jika terlanjur melakukan zina, kamu harus bertobat dan dihukum dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam.” Entah untuk ke berapa kalinya dia mengatakan itu pada sang putri. Karena tuntutan nuraninya, dia selalu mencoba meyakinkan putrinya agar mau menjalani hukuman cambuk dan pengasingan.

Hingga suatu ketika, saat saat sang putri membesuknya, dia mencoba membujuk putrinya. Tak disangka-sangka sang putri langsung berkata, “Ya sudah, kalau memang dalam Islam seperti itu, aku mau masuk Kristen aja!”

“Apaaa?!” bak disambar petir, pak tua itu langsung terlonjak berdiri. Matanya melotot seolah mau copot. “Kamu sudah gila, ya? Kalo kamu masuk Kristen, kamu berarti Murtad!! Kamu kafir dan...” Ia tak sanggup lagi meneruskan kata-katanya, karena amarahnya sudah membumbung tinggi. Dengan suara menggelegar dia hardik sang putri yang langsung terdiam, menggigil ketakutan.

“Apa nggak salah denger nih, Pa?” tiba-tiba putri sulungnya yang kebetulan sedang berkunjung, angkat bicara membela adiknya. “Papa ngomong apa sih, murtad.. kafir… Hak Diana dong Pa, untuk masuk Kristen, karena dia sudah merasa tidak cocok dengan Islam. Agama kan, wilayah privat yang tidak bisa dicampuri orang lain. Pindah agama ke Kristen adalah wilayah privat Diana. Papa tidak bisa, dong... ikut campur!”

“Jangan asal ngomong kamu, Len!!” pak tua itu langsung membentaknya.

“Dengar Lena, sebenarnya papa tidak pernah merestui kamu menikah dengan orang Kafir itu. Haram hukumnya muslimah menikah dengan orang kafir!!”

“Sekarang papa berani bilang begitu, lalu kenapa papa selama ini sibuk menulis di buku dan berbagai media bahwa semua agama itu sama kebenarannya? Untuk apa papa berkoar-koar semua pemeluk agama akan masuk surga? Itu semua bohong? Iya, Pa? Papa selama ini hanya menipu orang banyak dengan semua tulisan dan ucapan Papa itu?” Lena memberondong sang ayah yang sudah tua dan sedang sakit itu dengan berbagai pertanyaan yang sangat menyudutkan.

“Diaamm..!!!” dia semakin kalap mendengar ocehan sang putri sulung.

“Kenapa Lena harus diam? Lena kan hanya mengulang ucapan-ucapan yang Papa ajarkan!” Si sulung tidak mau kalah, balas membentak. “Asal Papa tahu, sekarang aku sudah ikut agama Mas Yudha, aku sudah masuk agama Budha!”

“Apaa?! ... beraninya kamu murtad Lena.. kamu sudah kafir, akan masuk neraka… darahmu sekarang halal ditumpahkan… akan aku bun... aaaakhhh!”

“Pa..pa..istigfar pa…, istigfaaar!!!” Sang istri berusaha menenangkan suaminya yang berteriak-teriak mengigau. Lelaki itu terus meronta-ronta sambil berteriak tak karuan. “Susteer… tolong susteer..” Sang istri pun menjerit histeris. Tak lama kemudian berdatanganlah beberapa perawat laki-laki, memegangi tangan dan kakinya sampai dia tenang kembali.

“Ahh.. hhh..hhh” lelaki itu nampak terengah, nafasnya memburu..

“Tenang Pak, istigfar..” salah seorang perawat terus berusaha menenangkannya.

Lelaki tua itu pun berangsur tenang, perlahan dia membuka kedua bola matanya, memandang sekelilingnya. Nampak olehnya sang istri yang masih menyisakan cemas di wajahnya. Kedua biji matanya menyapu sekeliling ruangan itu, namun tak didapatinya kedua orang putrinya.

“Ma.. apa.. d..Di..ana jj..jadi masuk kk..Kristen?” mulutnya bergetar, dengan suara yang amat lemah dia berusaha bertanya ke istrinya. Setelah terdiam beberapa saat, bingung harus menjawab apa, sang istri pun memberanikan diri untuk mengangguk tanpa mengucapkan sepatah kata pun.

..Kepalanya terkulai lemas, tatapannya kosong, perlahan dia pun kembali memejamkan mata… tiba-tiba.. dia teringat sebuah hadits Nabi yang dulu sangat dihafalnya sejak kecil...

“Fhhhhh…” lelaki itu menghembuskan nafas kuat-kuat, seolah ingin melepaskan semua beban di dadanya. Kepalanya terkulai lemas, tatapannya kosong, perlahan dia pun kembali memejamkan mata… tiba-tiba.. dia teringat sebuah hadits Nabi yang dulu sangat dihafalnya sejak kecil... “Apabila anak Adam meninggal dunia, terputus seluruh amalannya kecuali tiga perkara… Ilmu yang bermanfaat, shadaqah jariah, dan anak shaleh yang akan mendoakan..” Dia langsung membelalakkan matanya, “Anak yang shalehhh…” mulutnya berdesis. “Aku tidak punya anak yang shaleeeh… kedua putri ku telah murtaaad!!.. aahhh, siapa nanti yang akan mendoakanku?? Hik..hik..hik..” dia pun terisak, tubuhnya berguncang hebat menahan isakan tangis penyesalannya.

***

Sang cendekiawan tertunduk menatap tajam ke arah gundukan tanah yang masih merah tempat istrinya dibaringkan untuk selama-lamanya. Tanpa disangka, istrinya yang segar-bugar, mendahuluinya menemui sang Khaliq. Sementara sang cendekiawan tua yang belum bisa mengatasi depresi berat itu masih bertahan hidup, meski sakit-sakitan. Kini, tinggallah Kyai Liberal ini dengan dua orang putrinya.

Tiba-tiba dia tersentak, teringat kedua putrinya kini beda agama dengannya, berarti hanya dia sendiri yang muslimliberal

Ketika hendak beranjak berdiri. Tanpa sengaja bola matanya terpaku pada sebuah nisan berlambang salib, tak jauh dari makam istrinya. “Ya Allah, bila aku mati nanti, akankah namaku terpampang di batu nisan seperti di makam salib itu?” [azz@hra/voa-islam.com/cerpen semi-fiksi]

Baca artikel terkait: Merenungi Kisah Tragedi Kiyai Liberal Matinya Memilukan

Baca artikel edisi Inggris: The Tragic Story of a Liberal Muslim Scholar: A Heartbreaking End

http://darulharis.blogspot.com/2010/12/merenungi-kisah-tragedi-kiyai-liberal.html