Showing posts with label bersih 2. Show all posts
Showing posts with label bersih 2. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Dr Chandra : Rangkaian Soros Biayai Bersih ?


AIDCNews – 05/07/11 – Menurut sumber sahih, seorang pegawai daripada sebuah pertubuhan diasaskan dan dibiayai oleh spekulator kewangan, George Soros berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengadakan pertemuan dengan para pemimpin parti politik dan NGO yang menganggotai BERSIH.

Pegawai tersebut, Maureen Aung-Thwin merupakan Pengarah ‘Projek Burma / Inisiatif Asia Tenggara’ yang dikendalikan Open Society Foundations (OSF) berada di Kuala Lumpur dari 27 Jun hingga 2 Julai, 2011.

Pertubuhan Open Society Foundations digunakan oleh Soros bagi membangunkan program-program membina keupayaan di atas nama demokrasi di beberapa bahagian dunia.

Sebenarnya program-program tersebut merupakan sebahagian daripada agenda lebih besar Amerika Syarikat bagi memperluaskan kuasa global dan pengaruhnya dengan alasan untuk memampatkan demokrasi.

Open Society Foundations beroperasi secara terus atau tidak terus di Eropah Timur, Utara Afrika, Amerika Latin, Asia Tengah, Asia Barat dan Asia Tenggara. Usaha membina keupayaan yang dimaksudkan termasuk pembiayaan organisasi-organisasi tempatan dan mengadakan kursus latihan serta seminar.

Tumpuan penting program OSF ini ketika akan berlangsung pilihan raya di sesebuah negara.

Saya berharap kerajaan akan menjalankan penyiasatan terperinci pembabitan OSF yang didalangi Soros dalam pergerakan BERSIH. Pembabitan OSF perlu dikaji dalam konteks dakwaan pembabitan NGO-NGO Eropah dan Amerika Syarikat dalam aktiviti-aktiviti BERSIH dan kumpulan-kumpulan berkaitan dengannya.

Saya amat memandang berat pembabitan pihak Soros berikutan sesuatu yang berlaku sewaktu saya berada dalam Parti Keadilan Nasional (kini Rakyat) sebagai Timbalan Presiden dari 1999 hingga 2001.

Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999, Maureen Aung-Thwin datang ke pejabat saya di Petaling Jaya berhubung permintaan daripada Anwar Ibrahim bagi membiayai Keadilan pada pilihan raya.

Apa yang nyata, pembantu Anwar yang paling dipercayai, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch bagi pihak Anwar mengenai bantuan kewangan. Permintaan tersebut kemudian disampaikan kepada sahabatnya, George Soros, yang kemudian menghantar Maureen sebagai misi ke Malaysia.

Saya memberitahu Maureen Keadilan tidak akan menerima bantuan kewangan daripada mana-mana sumber luar, dan persoalan penerimaan dana daripada Soros atau sesiapa saja bagi membiayai kempen pilihan raya tidak timbul sama sekali.

Pada sebelah petangnya saya memaklumkan kepada Presiden, Dr. Wan Azizah Ismail mengenai pertemuan saya dengan Maureen dan memohon supaya beliau bertanya kepada Anwar sama ada apa yang disampaikan oleh Maureen kepada saya itu benar.

Menurut Wan Azizah, Anwar menafikan sebarang pengetahuan mengenai permintaan mendapatkan bantuan daripada Murdoch serta pembabitan Soros. Saya percaya kepada Anwar dan membiarkan perkara tersebut berlalu. Bagaimana pun, beberapa perkembangan selanjutnya yang mengaitkan beberapa orang pemimpin Zionis di Amerika Syarikat dan Anwar meyakinkan saya Anwar sebenarnya berbohong.

Kini, 12 tahun kemudian, persekongkolan yang melibatkan Maureen Aung Thwin dan Soros timbul sekali lagi dalam politik Malaysia – kali ini menerusi BERSIH.

Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya daripada Anwar, BERSIH dan Soros.

Dr. Chandra Muzaffar,
Timbalan Presiden, Parti Keadilan Nasional (April 1999-November 2001)
5 Julai 2011

Sumber :http://www.anwaraidc.com/?p=13694

Sunday, July 3, 2011

Jika Titah Khas YDP Agong diENGKARi oleh BERSIH 2.0, maka...



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Istana Negara telah mengeLUARkan Titah Khas YDP Agong khusus mengenai perHIMPUNan haram BERSIH 2.0.. Agensi berita BERNAMA telah menyiarkan TEKS penuh Titah Khas tersebut seperti berikut ->KLIK<-

Sebagai rakyat JELATA, kita wajar mematuhi apa yang diTITAHkan oleh Baginda Tuanku di dalam Titah Khas tersebut.. Kita jugak menuntut pihak yang berKENAan agar mematuhi Titah Baginda sebagai pemerintah berDAULAT dan pemerintah terTINGGI negara ini.. Nyata sekali tindakkan meLAMPAU lagi kurang ajar pihak-pihak tertentu disebalik BERSIH 2.0 telah sampai kepada pengetahuan Baginda Tuanku.. Soalnya, apakah BERSIH 2.0 akan mematuhi Titah Khas DYMM SPM YDP Agong ini?

Di dalam Titah Khas tersebut, Baginda Tuanku antara lain menyatakan:-

"
Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin."

Jadik, apa nak kata lagi? Baginda Tuanku memBERIkan mandat kepada DS Najib selaku Ketua Kerajaan untuk menangani masalah yang diCETUSkan menerusi perHIMPUNan BERSIH 2.0 dengan sebaik mungkin.. SeLAYAKnya DS Najib sebagai Ketua Kerajaan yang SAH dan diPILIH secara demokrasi melalui pilihanraya oleh RAKYAT diberikan mandat sedemikian rupa..

Selanjutnya Baginda Tuanku berTITAH:-

"Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara..
"

Siapakah yang mahu menJATUHkan kerajaan dengan melakukan DEMONSTRASI di jalan-jalan raya menerusi BERSIH 2.0? Memang TEPAT sekali TITAH Baginda Tuanku yang meminta agar pihak yang berPOLITIK di sebalik BERSIH 2.0 supaya sedar bahawa mereka sudah 'Over LIMIT' dan dilihat akan menCETUSkan keKACAUan kepada negara..

Selanjutnya Baginda Tuanku berTITAH:-

"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun."

Jelas sekali Baginda Tuanku menolak SENARIO berMUSUHan seperti yang kita sebagai RAKYAT dok SAKSIkan selama ini.. Baginda Tuanku jugak menolak POLITIK pecah-belah yang diAMALkan oleh banyak PIHAK.. Rasanya hasrat Baginda Tuanku ini sebenarnya telah pun diZAHIRkan apabila Baginda Tuanku menolak pilihanraya MASJID di Pulau Pinang.. Kalau pihak yang dok PERASAN jadik 'Khalifah' di sana tuh tak faham-faham jugak, mungkin RIBUan rakyat berHIMPUN di Komtar boleh kasi dia FAHAM kot?

Selanjutnya Baginda Tuanku berTITAH:-

"Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora."

Inilah yang sePATUTnya ada dalam pemikiran setiap ahli POLITIK di negara kita.. Bukannya berPOLITIK mengejar kepentingan PERIBADI seperti meMINTA bini sendiri menabalkan diri sendiri sebagai 'Manusia ANUGERAH Tuhan'! Hakikatnya, hanya satu PIHAK sahaja yang diLIHAT berUSAHA untuk meMAJUkan negara iaitu pihak Kerajaan Pusat di bawah DS Najib sedangkan Kerajaan Negeri seperti di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang lebih berUSAHA memecah-belahkan RAKYAT agar dapat mengekalkan KUASA..

Kita menunggu RESPON terhadap Titah Khas ini daripada pihak yang beria-ia nak adakan perHIMPUNan haram BERSIH 2.0.. Pada kita, samada mereka mematuhi Titah Khas Baginda Tuanku ini atau TIDAK, yang nyatanya BERSIH 2.0 telah diISHTIHARkan sebagai pertubuhan HARAM setaraf dengan Komunis dan HINDRAF.. Jika pihak BERSIH 2.0 ini RESPON terhadap Titah Khas Baginda Tuanku ini dengan cara yang NEGATIF, mereka kena berSEDIA menerima 'TSUNAMI' amukkan RAKYAT khususnya daripada orang Melayu/ISLAM.. Lebih baik mereka dalam BERSIH 2.0 berSEDIA dari segi FIZIKAL, mental dan peralatan jika berHASRAT ENGGAN mematuhi Titah Khas Baginda Tuanku dan tetap berHIMPUN pada 9 Julai ini..

Institusi KeSULTANan Melayu yang menjadi naungan kepada setiap RAKYAT di negara ini WAJIB diperTAHANkan.. Sultan-Sultan pada hari ini bukanlah Sultan-Sultan di zaman KOLONIALISME yang saling berebut TAKHTA dan bersengketa sesama kerabat.. Sultan-Sultan yang ada pada hari ini semuanya berPENDIDIKan tinggi dan tahu tanggung-jawab sebagai pemerintah terTINGGI..

Apabila BERSIH 2.0 mengundang campur tangan kuasa ASING melalui pengHANTARan wakil-wakil mereka ke negara ini dan jugak sumbangan DANA, ianya WAJAR diLIHAT sebagai usaha untuk mengubah geo-POLITIK negara ini termasuklah mengHAPUSkan jugak Institusi KeSULTANan Melayu dan jugak Perlembagaan Negara.. Kita PERCAYA Institusi KeSULTANan Melayu jugak menyedari keWUJUDan 'Tangan-Tangan GHAIB' yang cuba menimbulkan keROSAKkan terhadap negara menerusi tokoh-tokoh POLITIK tertentu dan jugak pengLIBATan NGO-NGO.. Seharusnya RAKYAT bersama dengan Sultan-Sultan memperTAHANkan keDAULATan negara ini demi kesejahteraannya sampai bila-bila..

Wallahualam..

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai #Bersih2




Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.


Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.


Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.


Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara terkebelakang.

Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.


Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara- . — BERNAMA