Showing posts with label sanad hadis. Show all posts
Showing posts with label sanad hadis. Show all posts

Monday, May 16, 2011

HUKUM MENGAJI (HADIS ) TANPA SANAD SENDIRI?



SOALAN: Dr MAZA, saya sering didatang oleh pihak tertentu yang menyatakan jika kita belajar hadis atau baca hadis sedang kita tiada sanad sendiri yang bersambung adalah salah. Mereka mengajak saya berguru ustaz dari Indonesia yang katanya banyak sanad. Kata mereka kita hanya boleh mengaji hadis dengan ustaz-ustaz tertentu sahaja ini yang ada sanad. Saya tidak faham masalah ini, habis macam mana hendak ikut Nabi s.a.w kalau kena tunggu sanad?

Muzairi, Seremban.

Jawapan Dr MAZA: Saudara, ramai orang terikut-ikut dengan sesuatu dakwaan tanpa mereka cuba memahami sendiri perkara tersebut.. Demikianlah dalam isu sanad ini. Perbahasan ini terlalu luas, saya ringkaskan kepada beberapa perkara berikut;


1. Apakah itu sanad? Sanad ialah rangkaian periwayatan dari seorang perawi kepada perawi yang lain sehingga sampai kepada matan (teks) yang diriwayat. Matan tersebut boleh jadi hadis, atau perkataan sahabat, atau tabi’in atau selainnya. Tujuan sanad adalah untuk menyelidiki sejauh manakah kesabitan sesuatu riwayat. Adakah perawi yang dusta, atau dipertikaikan atau lemah dari segi hafalan, atau rangkaian riwayat itu terputus yang menandakan para perawi tidak bertemu antara satu sama lain yang kesemuanya itu akan menjejaskan nilai sesuatu riwayat. Ini yang disebut oleh tokoh agung tabi’in, Muhammad ibn Sirin (meninggal 110H):


“Dahulu ahli hadis tidak bertanya tentang sanad, namun apabila berlaku fitnah (perbalahan dalam kalangan umat Islam) maka ahli hadis pun bertanya: “Sebutkan untuk kami para perawi kamu”. Maka dilihat ahli Sunnah (yang berpegang dengan sunnah) lalu diambil hadis mereka, dilihat pula ahli bid’ah lalu tidak diambil hadis mereka” (Riwayat Muslim).


2. Sebenarnya, tujuan sanad sudah tertunai dengan terkumpulnya hadis dalam kitab-kitab hadis seperti yang dilakukan al-Bukhari (meninggal 256H), Ahmad bin Hanbal (meninggal 241H), Muslim (meninggal 261H), al-Nasai (meninggal 303H), al-Tirmizi (meninggal 279H), Abu Daud (meninggal 275), Ibn Majah (meninggal 273H), Ibn Hibban (meninggal 354H), Ibn Abi ‘Asim (meninggal 287H) dan lain-lain. Mereka telah memberitahu sanad bagi setiap hadis yang mereka riwayatkan. Maka yang perlu dikaji ialah sanad antara mereka kepada Nabi s.a.w. Adapun antara kita kepada mereka, tidak diperlukan kerana kitab-kitab itu telah pasti yakin dari mereka disebabkan tersebar dengan begitu luas diakui milik mereka secara sepakat.


Jika ada pihak yang inginkan sanad sekarang ini, mungkin sekadar satu tradisi yang tidak lagi mempunyai tujuan asal sanad iaitu memastikan kesahihan riwayat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn al-Solah (meninggal 643H):

“Sesungguhnya riwayat dengan sanad yang bersambung pada zaman kita ini dan beberapa zaman sebelum ini bukanlah bertujuan untuk membuktikan kesabitan apa yang diriwayatkan. Ini kerana tidak terlepas sanad-sanad tersebut (zaman beliau dan beberapa zaman sebelum itu) dari perawi yang tidak tahu apa dia diriwayatkan, atau tidak dabit (memelihara tulisan dan ingatan) apa yang dia catatkan dengan satu dabit yang layak untuk dipegang kesabitannya…” (Ibn al-Salah, Siyanah Sahih Muslim, 115, Beirut: Dar al-Gharb al-Islami).


Jika ini yang diucapkan oleh al-Hafizd Ibn al-Salah 800 tahun lepas, bagaimana mungkin ada puak yang menyatakan sesiapa tiada sanad di zaman ini tidak boleh dipegang pengajian hadisnya? Ibn al-Salah pada zaman itu telah memaklum bahawa sanad sudah hilang fungsi asalnya disebabkan perawi yang tidak lagi boleh dipegang. Maka memadailah dengan sanad yang ada dalam kitab-kitab hadis.

3. Maka hendaklah kita fahami, tujuan sanad bukan untuk bermegah-megah tetapi untuk mengkaji latar belakang perawi yang terbabit. Ini kerana para pengumpul tidak hidup pada zaman Nabi s.a.w, sebaliknya hanya bergantung kepada perantara iaitu para rawi. Bukan semestinya yang menjadi rawi mendapat pengiktirafan, sebaliknya ramai perawi yang wujud nama mereka dalam sanad dipertikai dan tohmah disebabkan tidak berkelayakan dalam periwayatan lalu hadis mereka dianggap daif atau mungkin juga palsu. Nabi s.a.w bersabda:

“Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar)”. (Riwayat Muslim).

Maka, sanad menjadi benteng dari pembohongan atas nama Nabi s.a.w.


4. Maka dengan itu asas kepada pengkajian sanad itu seperti yang disebut oleh al-Syeikh Mahmud al-Tahhan:

“Sesungguhnya dalam pengkajian sanad, pada asas ianya berpegang kepada ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil dan sejarah para perawi”.( Mahmud al-Tahhan, Usul al-Takhrij wa Dirasah al-Asanid, m/s 140).


Inilah dua asas penting dalam mengkaji kepada sanad. Sesiapa yang ingin memperkatakan tentang sanad, dia hendaklah memahami dua aspek ini dengan baik.


5. Al-Jarh wa al-Ta’dil terdiri daripada dua perkataan Al-Jarh dan al-Ta’dil.

Al-Jarh ialah sifat-sifat rawi yang menyebabkan ditolak hadisnya dan tidak diterima riwayatnya.

Sementara al-Ta’dil bermaksud, sifat-sifat rawi yang menyebabkan diterima riwayatnya dan dijadikan hujah hadisnya.

Dalam ilmu hadis, ada kitab-kitab khas mengenai latar belakang para perawi atau dikenali dengan Kutub al-Rijal seperti Mizan al-‘Itidal, Taqrib al-Tahzib dan banyak lagi. Termuat dalam kitab-kitab tersebut latar sejarah perawi dan juga komentar para penganalisa hadis mengenai diri mereka. Setiap rawi akan dinilai apakah dia kuat atau lemah dalam riwayat, atau mungkin juga seorang pendusta.

Dalam kitab-kitab ini juga akan dibongkar kejahatan para pendusta yang memasuk dan mencipta hadis-hadis palsu. Para ulama hadis telah mengembelingkan usaha yang begitu hebat dalam meneliti dan menilai peribadi-peribadi para periwayat. Sanad adalah pengesan utama dalam mengenali hadis-hadis yang datang daripada para pendusta. Apakah nama guru-guru melayu atau Indonesia atau tarekat itu ada dalam senarai tersebut sehingga boleh dibuat kajian mengenai mereka?


6. Aspek kedua yang dikaji dalam sanad ialah sejarah para periwayat atau dikenali dengan Tarikh al-Ruwah iaitu ilmu mengenai sejarah para rawi. Dalam ilmu ini akan dibahaskan mengenai latarbelakang setiap perawi; tarikh lahir, tarikh kematiannya, guru-guru yang dia ambil hadis mereka, tarikh pengambilan hadis daripada guru-guru berkenaan, pelajar yang mengambil hadis daripadanya, negeri dia tinggal, pengembaraannya dalam mengambil hadis, tarikh dia sampai ke negeri-negeri yang diambil hadis daripada tokoh-tokohnya, tarikh pengambilan hadis daripada sesetengah tokoh sebelum tokoh-tokoh tersebut ikhtilat (berlaku kekeliruan) dalam periwayatan dan berbagai lagi.


Ilmu ini sangat penting untuk mengetahui sejauh manakah benar dakwaan seseorang rawi bahawa dia benar-benar mengambil hadis daripada rawi sebelumnya. Dengan ilmu ini dapat dilihat sejauh manakah berlakunya kesinambungan sanad, atau ittisal al-Sanad. Setelah sejauh mana pula ia kukuh. Sanad yang tidak bersambung menafikan kesabitan sesebuah hadis, maka hadis dianggap tidak sabit untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ini kerana syarat bagi hadis yang thabit (authentic) ialah bersambung sanad. Apakah hal ini boleh dilaksanakan ke atas yang ingin bermegah-megah dengan sanad di zaman ini.


7. Kesimpulannya, sanad di zaman ini sudah tiada nilai asal sanad iaitu mengkaji ketulenan riwayat .

Ini kerana, para ulama yang mengumpul hadis seperti Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain telah pun menyatakan sanad antara Nabi s.a.w dan mereka. Kitab-kitab mereka telah tersebar dan tiada pertikaian yang menafikan kitab-kitab tersebut daripada mereka. Maka, sanad antara mereka dan kita sudah tidak diperlukan lagi .[*]

Jika ada yang memiliki sanad pun selepas zaman mereka sekadar suatu kenangan tentang tradisi pengajian hadis pada zaman dahulu. Saya sendiri memiliki banyak sanad yang bersambungan antara saya sehingga kepada para pengumpul hadis seperti al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain. Namun, apalah erti semua itu, kerana jika ditimbang para perawi selepas itu termasuklah saya, tentulah tidak mencapai tuntutan yang sepatutnya. Jika mencapai pun, tiada faedahnya kerana kitab-kitab tersebut memang telah diyakini penulis. Cumanya yang mesti dikaji adalah sanad-sanad antara mereka dan Nabi s.a.w, atau rawi terakhir terutama para sahabat dan tabi’in.

oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
http://drmaza.com/home/?p=1411

--------------------------------------------------------

[*] [melainkan darisegi makna dan kaedah memahami hadis-hadis yang dikumpulkan itu agar tidak lari dari maksud asalnya(kerana belajar itu mestilah dengan makna; jadi lebih bagus dan berhikmah pengajarannya ) dan kerana masing-masing ulama pengumpul itu juga punya kaedah dan pendekatan yang tersendiri; (mendapatkan guru yang punya sanad diharapkan sebagai penunjuk , dalam mendapatkan guru yang mantap ilmunya dibidang hadis ini )...(!? ) ] ..


-------------------------------------------------------


Gambar sanad Sunan yang enam (Sunan Sittah), al-Muwatta dan al-Tahawi yang diperoleh oleh Dr MAZA daripada ulama hadis India.


Wednesday, October 6, 2010

SABAR dan SYUKUR


Kisah Menakjubkan Tentang Sabar dan Syukur Kepada Allah

Bagi orang yang sering mengamati isnad hadits maka nama Abu Qilabah bukanlah satu nama yang asing karena sering sekali ia disebutkan dalam isnad-isnad hadits, terutama karena ia adalah seorang perawi yang meriwayatkan hadits dari sahabat Anas bin Malik yang merupakan salah seorang dari tujuh sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh karena itu nama Abu Qilabah sering berulang-ulang seiring dengan sering diulangnya nama Anas bin Malik. Ibnu Hibban dalam kitabnya Ats-Tsiqoot menyebutkan kisah yang ajaib dan menakjubkan tentangnya yang menunjukan akan kuatnya keimanannya kepada Allah.

Nama beliau adalah Abdullah bin Zaid Al-Jarmi salah seorang dari para ahli ibadah dan ahli zuhud yang berasal dari Al-Bashroh. Beliau meriwayatkan hadits dari sahabat Anas bin Malik dan sahabat Malik bin Al-Huwairits –radhiallahu ‘anhuma- . Beliau wafat di negeri Syam pada tahun 104 Hijriah pada masa kekuasaan Yazid bin Abdilmalik.

Abdullah bin Muhammad berkata, “Aku keluar menuju tepi pantai dalam rangka untuk mengawasi (menjaga) kawasan pantai (dari kedatangan musuh)…tatkala aku tiba di tepi pantai tiba-tiba aku telah berada di sebuah dataran lapang di suatu tempat (di tepi pantai) dan di dataran tersebut terdapat sebuah kemah yang di dalamnya terdapat seseorang yang telah buntung kedua tangan dan kedua kakinya, dan pendengarannya telah lemah serta matanya telah rabun. Tidak satu anggota tubuhnyapun yang bermanfaat baginya kecuali lisannya, orang itu berkata, “Ya Allah, tunjukilah aku agar aku bisa memujiMu sehingga aku bisa menunaikan rasa syukurku atas kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau anugrahkan kepadaku dan Engkau sungguh telah melebihkan aku diatas kebanyakan makhluk yang telah Engkau ciptakan”

Abdullah bin Muhammad berkata, “Demi Allah aku akan mendatangi orang ini, dan aku akan bertanya kepadanya bagaimana ia bisa mengucapkan perkataan ini, apakah ia faham dan tahu dengan apa yang diucapkannya itu?, ataukah ucapannya itu merupakan ilham yang diberikan kepadanya??.

Maka akupun mendatanginya lalu aku mengucapkan salam kepadanya, lalu kukatakan kepadanya, “Aku mendengar engkau berkata “Ya Allah, tunjukilah aku agar aku bisa memujiMu sehingga aku bisa menunaikan rasa syukurku atas kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau anugrahkan kepadaku dan Engkau sungguh telah melebihkan aku diatas kebanyakan makhluk yang telah Engkau ciptakan”, maka nikmat manakah yang telah Allah anugrahkan kepadamu sehingga engkau memuji Allah atas nikmat tersebut??, dan kelebihan apakah yang telah Allah anugrahkan kepadamu hingga engkau mensyukurinya??”

Orang itu berkata, “Tidakkah engkau melihat apa yang telah dilakukan oleh Robku kepadaku?, demi Allah, seandainya Ia mengirim halilintar kepadaku hingga membakar tubuhku atau memerintahkan gunung-gunung untuk menindihku hingga menghancurkan tubuhku, atau memerintahkan laut untuk menenggelamkan aku, atau memerintahkan bumi untuk menelan tubuhku, maka tidaklah hal itu kecuali semakin membuat aku bersyukur kepadaNya karena Ia telah memberikan kenikmatan kepadaku berupa lidah (lisan)ku ini. Namun, wahai hamba Allah, engkau telah mendatangiku maka aku perlu bantuanmu, engkau telah melihat kondisiku. Aku tidak mampu untuk membantu diriku sendiri atau mencegah diriku dari gangguan, aku tidak bisa berbuat apa-apa. Aku memiliki seorang putra yang selalu melayaniku, di saat tiba waktu sholat ia mewudhukan aku, jika aku lapar maka ia menyuapiku, jika aku haus maka ia memberikan aku minum, namun sudah tiga hari ini aku kehilangan dirinya maka tolonglah engkau mencari kabar tentangnya –semoga Allah merahmati engkau-”.

Aku berkata, “Demi Allah tidaklah seseorang berjalan menunaikan keperluan seorang saudaranya yang ia memperoleh pahala yang sangat besar di sisi Allah, lantas pahalanya lebih besar dari seseorang yang berjalan untuk menunaikan keperluan dan kebutuhan orang yang seperti engkau”. Maka akupun berjalan mencari putra orang tersebut hingga tidak jauh dari situ aku sampai di suatu gudukan pasir, tiba-tiba aku mendapati putra orang tersebut telah diterkam dan di makan oleh binatang buas, akupun mengucapkan inna lillah wa inna ilaihi roji’uun. Aku berkata, “Bagaimana aku mengabarkan hal ini kepada orang tersebut??”. Dan tatkala aku tengah kembali menuju orang tersebut, maka terlintas di benakku kisah Nabi Ayyub ‘alaihissalam.

Tatkala aku menemui orang tersbut maka akupun mengucapkan salam kepadanya lalu ia menjawab salamku dan berkata, “Bukankah engkau adalah orang yang tadi menemuiku?”, aku berkata, “Benar”. Ia berkata, “Bagaimana dengan permintaanku kepadamu untuk membantuku?”. Akupun berkata kepadanya, “Engkau lebih mulia di sisi Allah ataukah Nabi Ayyub ‘alaihissalam?”, ia berkata, “Tentu Nabi Ayyub ‘alaihissalam “, aku berkata, “Tahukah engkau cobaan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Ayyub?, bukankah Allah telah mengujinya dengan hartanya, keluarganya, serta anaknya?”, orang itu berkata, “Tentu aku tahu”. Aku berkata, “Bagaimanakah sikap Nabi Ayyub dengan cobaan tersebut?”, ia berkata, “Nabi Ayyub bersabar, bersyukur, dan memuji Allah”. Aku berkata, “Tidak hanya itu, bahkan ia dijauhi oleh karib kerabatnya dan sahabat-sahabatnya”, ia berkata, “Benar”. Aku berkata, “Bagaimanakah sikapnya?”, ia berkata, “Ia bersabar, bersyukur dan memuji Allah”. Aku berkata, “Tidak hanya itu, Allah menjadikan ia menjadi bahan ejekan dan gunjingan orang-orang yang lewat di jalan, tahukah engkau akan hal itu?”, ia berkata, “Iya”, aku berkata, “Bagaimanakah sikap nabi Ayyub?”, ia berkata, “Ia bersabar, bersyukur, dan memuji Allah, lagsung saja jelaskan maksudmu –semoga Allah merahmatimu-!!”. Aku berkata, “Sesungguhnya putramu telah aku temukan di antara gundukan pasir dalam keadaan telah diterkam dan dimakan oleh binatang buas, semoga Allah melipatgandakan pahala bagimu dan menyabarkan engkau”. Orang itu berkata, “Segala puji bagi Allah yang tidak menciptakan bagiku keturunan yang bermaksiat kepadaNya lalu Ia menyiksanya dengan api neraka”, kemudian ia berkata, “Inna lillah wa inna ilaihi roji’uun”, lalu ia menarik nafas yang panjang lalu meninggal dunia. Aku berkata, “Inna lillah wa inna ilaihi roji’uun”, besar musibahku, orang seperti ini jika aku biarkan begitu saja maka akan dimakan oleh binatang buas, dan jika aku hanya duduk maka aku tidak bisa melakukan apa-apa[1].

Lalu akupun menyelimutinya dengan kain yang ada di tubuhnya dan aku duduk di dekat kepalanya sambil menangis. Tiba-tiba datang kepadaku empat orang dan berkata kepadaku “Wahai Abdullah, ada apa denganmu?, apa yang telah terjadi?”. Maka akupun menceritakan kepada mereka apa yang telah aku alami. Lalu mereka berkata, “Bukalah wajah orang itu, siapa tahu kami mengenalnya!”, maka akupun membuka wajahnya, lalu merekapun bersungkur mencium keningnya, mencium kedua tangannya, lalu mereka berkata, “Demi Allah, matanya selalu tunduk dari melihat hal-hal yang diharamkan oleh Allah, demi Allah tubuhnya selalu sujud tatkala orang-orang dalam keadaan tidur!!”. Aku bertanya kepada mereka, “Siapakah orang ini –semoga Allah merahmati kalian-?”, mereka berkata, Abu Qilabah Al-Jarmi sahabat Ibnu ‘Abbas, ia sangat cinta kepada Allah dan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu kamipun memandikannya dan mengafaninya dengan pakaian yang kami pakai, lalu kami menyolatinya dan menguburkannya, lalu merekapun berpaling dan akupun pergi menuju pos penjagaanku di kawasan perbatasan.

Tatkala tiba malam hari akupun tidur dan aku melihat di dalam mimpi ia berada di taman surga dalam keadaan memakai dua lembar kain dari kain surga sambil membaca firman Allah

}سَلامٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ{ (الرعد:24)

“Keselamatan bagi kalian (dengan masuk ke dalam surga) karena kesabaran kalian, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. 13:24)

Lalu aku berkata kepadanya, “Bukankah engkau adalah orang yang aku temui?”, ia berkata, “Benar”, aku berkata, “Bagaimana engkau bisa memperoleh ini semua”, ia berkata, “Sesungguhnya Allah menyediakan derajat-derajat kemuliaan yang tinggi yang tidak bisa diperoleh kecuali dengan sikap sabar tatkala ditimpa dengan bencana, dan rasa syukur tatkala dalam keadaan lapang dan tentram bersama dengan rasa takut kepada Allah baik dalam keadaan bersendirian maupun dalam kaeadaan di depan khalayak ramai”

Ust. Firanda Andirja
www.firanda.com


———————

Footnotes

[1] Hal ini karena biasanya daerah perbatasan jauh dari keramaian manusia, dan kemungkinan Abdullah tidak membawa peralatan untuk menguburkan orang tersebut, sehingga jika ia hendak pergi mencari alat untuk menguburkan orang tersebut maka bisa saja datang binatang buas memakannya, Wallahu a’lam