Showing posts with label Sufi. Show all posts
Showing posts with label Sufi. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Perlunya Memboikot Majlis-Majlis Qasidah:




Perlunya Memboikot Majlis-Majlis Qasidah:

Kata Abdul Rahman al-Mutatobbib rahimahullah (daripada Ashab Imam Ahmad rahimahullah):

سَأَلْتُ أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ، قُلْتُ: مَا تَقُولُ فِي أَهْلِ الْقَصَائِدَ
Maksudnya: "Aku bertanya kpd Ahmad bin Hanbal: "Apa yg kamu katakan berkenaan Ahli Qasidah?"

قَالَ: بِدْعَةٌ لَا يُجَالَسُونَ
Maksudnya: "Kata beliau (Imam Ahmad): Ianya Bid'ah, janganlah bermajlis dgn mereka"

[al-Amru bil Makruf wan Nahyu 'anil Mungkar, al-Khallal, m.s 70]


----------------------------------------------
 
Abu Abrisam Al-Mashoory:-" Ada yang kata salafi juga berqasidah...betoi ka?"

Muhammad Asrie Sobri:- " mereka yg membela bid'ah lebih teruk dri ahli bid'ah terutama jika dia men-cop dirinya "salafi".apatah lg jika sudah sampai tahap membela syirik."

Z
aki Labanistan Ismail:- " boikot tanpa izin ulil amri xpe ke ustaz??"

Muhammad Asrie Sobri :-Boikot perkara maksiat yg sudah jelas tidak perlu izin ulil amri. Adapun memboikot perkara yg asalnya harus dan ada kaitan dgn maslahat umum ini perlu kpd siyasah waliyyul amri. insya ALLAH org riyadh selalu pegi kelas Syaikh al-Fauzan, tentu lebih maklum

Zaki Labanistan Ismail :-*jelas... shekh Al 'Usaimiy pun dah dkat riyadh tinggalkan madinah.. بارك الله في عمرهم وعملهم

Muhammad Asrie Sobri :-Syaikh al-'Usoimi memang di riyadh, Khatib Jami' al-Iman. cuma ada waktu2 daurah di Madinah n Makkah

Zinnirah Safiyah :-"antara cara nk timbulkn rasa cinta pd rasulullah s.a.w adalah dgn berqasidah" -sheikh zainul asri-

Muhammad Asrie Sobri :- Cinta kpd Rasul dgn mentaati baginda bukan dgn derhaka dan kurang ajar dan biadab melawan Sunnah baginda.

Zinnirah Safiyah :- alunan qasidah tu selawat, puji2an utk rasulullah saw. salah ke?

Muhammad Asrie Sobri :- Memuji Nabi saw dgn cara yg Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam larang mestilah SALAH.

Zinnirah Safiyah :- umat akhir zaman ni, ade juga yg x kenal langsung rasulullah s.a.w, ade yg kenal tp xde rasa cinta n rindu. bukan sume 'alim byk ilmu mcm enta. alhamdulillah, ade yg dengar qasidah jd rindu kt nabi. mula nk dekati islam. bukan ke tu 1 method dakwah jgak?

Muhammad Asrie Sobri :- dakwah dgn makruf bukan dgn mungkar. kita iktlah Ulama2 yg muktabar, Imam2 Islam yg diiktiraf seperti Imam al-Syafii dan Imam Ahmad, mereka telah mengingkari amalan joget ats dakwaan cinta nabi itu.

Zinnirah Safiyah :- bole sertakn hadith nabi melarang kite berqasidah? (kalau ade)

Muhammad Asrie Sobri :- http://bahaya-sufi.blogspot.com/2010/07/fatwa-ulama-islam-terhadap-hadrah-sufi.html

Muhammad Asrie Sobri  : kalau rajin boleh scroll juga FB ini dan lihat larangan keras Nabi saw terhadap muzik sehingga baginda mengancam mereka yg bermain muzik dan medengarnya ALLAH akan tukar menjadi kera dan babi. [HR al-Bukhari].

Zinnirah Safiyah maaf. bole tgok jap video ni? ade sheikh nuruddin sekali dlm mjlis tu. yg mcm ni salah jugak ke? xde pun tarian whatsoever..

http://www.youtube.com/watch?v=oO-CYg0gEQ8

Innal Habibal Musthofa

Muhammad Asrie Sobri :-ya salah. sbb berlawanan dgn Sunnah. Imam al-Syafii kata taghbir perbuatan zindiq,taghbir xde tarian dan muzik jugak tap Imam al-Syafii kata: ZINDIQ.

Abu Aisyah Ibnu Hisyam :- Barakallahu fiik ustaz


~ Muhammad Asrie Sobri

Wednesday, June 26, 2013

Fatwa Ulamak Islam Terhadap Hadrah Sufi

 

 

FATWA ULAMA ISLAM TERHADAP HADRAH SUFI



Salah satu bentuk Ibadat orang-orang Sufi adalah Majlis Hadrah di mana mereka akan bermain alat-alat muzik seperti gendang, rebana, kompang dan lainnya kemudian diikuti bacaan-bacaan tertentu yang pada sangkaan mereka ianya zikir kepada Allah Taala yang kemudian majlis ini membawa kepada para hadirinnya melompat-lompat, berpusing-pusing, dan menari-nari.

Bagi mereka yang ingain melihat hadrah sufi ini banyak video-video berkenaan hadrah ini dimuat naik di laman sesawang Youtube. Taip di enjin carian Youtube perkataan: Hadrah atau حضرة maka dengan mudah mereka akan dapat melihat video-video hadrah ini.

Apakah hukum melakukan Hadrah ini? Adakah Hadrah ini daripada Islam dan adakah ianya amalan Salafus Soleh kita daripada para Sahabat Rasulullah s.a.w dan para pengikut mereka?

Dalam menjawab persoalan ini marilah sama-sama kita meneliti dan menelaah fatwa-fatwa para Ulama Islam seperti berikut:

Pertama: al-Imam al-Syafii r.h [w.204 H]:

Beliau berkata:
خَلَّفْتُ بِبَغْدَادَ شَيْئاً أَحْدَثَتْهُ الزَّنَادِقَةُ، يُسَمُّونَهُ التَّغْبِيْرُ، يَشْغَلُوْنَ بِهِ عَنِ القُرْآنِ
Maksudnya: “Aku tinggalkan di Baghdad sesuatu yang direka oleh kaum Zindiq mereka menamakannya al-Taghbir, mereka memalingkan dengannya daripada al-Quran”. [Siyar A’lam al-Nubala’, 10/91].

Imam al-Syafii telah menghukum mereka yang melakukan Taghbir sebagai ‘zindiq’ yakni munafiq kerana mereka menjadikan perkara maksiat sebagai ibadat

Tahukah anda apakah itu Taghbir?
قال الأَزهري وقد سَمَّوْا يُطَرِّبون فيه من الشِّعْر في ذكر الله تَغْبيراً كأَنهم تنَاشَدُوهُ بالأَلحان طَرَّبوا فَرَقَّصوا وأَرْهَجوا فسُمّوا مُغَبِّرة لهذا المعنى
Maksudnya: “Berkata al-Azhari: dan mereka telah menamakan orang-orang yang mendendangkan syair untuk mengingati Allah sebagai Taghbir seumpama mereka itu mendendangkannya dengan nada-nada tertentu lalu mereka mendendangkan pendengarnya dan menari-nari dan menimbulkan gerakan-gerakan maka dinamakan mereka itu mughabbirah berdasarkan makna ini”. [Lisanul ‘Arab,Ibn Manzur, 5/3]

Kemudian Imam al-Azhari membawa perkataan Imam al-Syafii r.h yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa inilah makna taghbir yang dikehendaki oleh Imam al-Syafii r.h.
وقال الزجاج سُمّوا مُغَبِّرين لتزهيدهم الناس في الفانية وهي الدنيا وترغيبهم في الآخرة الباقية
Maksudnya: “Berkata al-Zujaj: Dinamakan mereka ini Mughabbirin (pembuat Taghbir) kerana mereka menzuhudkan manusia daripada dunia dan merangsang mereka untuk mengingat akhirat”. [Ibid].

Al-Imam Ibn Kasir r.h mengulas kenyataan Imam al-Syafii ini:
“dan ianya (taghbir) adalah mengetuk dengan dahan atau lainnya di atas kulit yang kering berserta mendendangkan syair-syair ketuhanan yang melembutkan hati dan menggerakkan benda yang diam walaupun begini keadaannya beliau (al-Syafii r.h) telah menamakan pelakunya sebagai zindiq maka bagaimana pula jika beliau melihat apa yang diada-adakan oleh mereka ini di zaman kita dengan mendengar nyanyian dan menari diiringi duff (kompang) dan serunai....” [Kasyful Ghita’ ‘an Hukmi Sima’ al-Ghina’, Maktabah al-Sunnah, cet. 1, 1991 M, m.s 42].

Jelas daripada pernyataan ini bahawa Hadrah Sufi hari ini adalah haram dan ianya amalan Zindik [Munafiq].

Kedua: Imam Abu Bakr al-Tartusyi r.h. [Seorang ‘Alim dan Ulama Besar Mazhab al-Maliki di Andalus, w. 525H].
Al-Absyihi r.h [w.852 H] menyatakan dalam kitab beliau al-Mustatraf:
نقل القرطبي عن سيدي أبو بكر الطرطوشي رحمهما الله أنه سئل عن قوم يجتمعون في مكان فيقرأون من القرآن ثم ينشد لهم الشعر فيرقصون ويطربون، ثم يضرب لهم بعد ذلك بالدف والشبابة هل الحضور معهم حلال أم حرام فقال: مذهب الصوفية أن هذه بطالة وجهالة وضلالة وما الإسلام إلا كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم وأما الرقص والتواجد فأول من أحدثه أصحاب السامري لما اتخذوا العجل، فهذه الحالة هي حالة عباد العجل وإنما كان النبي صلى الله عليه وسلم مع أصحابه في جلوسهم كأنما على رؤوسهم الطير مع الوقار والسكينة، فينبغي لولاة الأمر وفقهاء الإسلام أن يمنعوهم من الحضور في المساجد وغيرها ولا يحل لأحد يؤمن بالله واليوم الآخر أن يحضر معهم ولا يعينهم على باطلهم، هذا مذهب الشافعي وأبي حنيفة ومالك وأحمد بن حنبل رحمهم الله تعالى.
Maksudnya: al-Qurtubi telah menaqalkan daripada Sayyidi Abu Bakar al-Tartushi rahimahumallah bahawa beliau (al-Tartushi) telah ditanya berkenaan kaum yang berkumpul di satu tempat lalu mereka membaca al-Quran kemudian didendangkan syair maka mereka menari-nari kemudian dimainkan kompang dan seruling, adakah menyertai mereka ini halal atau haram?
Jawab beliau: Mazhab al-Sufiah sesungguhnya ini adalah perbuatan yang sia-sia dan kebodohan dan kesesatan dan Islam itu hanyalah apa yang terkandung dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulillah s.a.w adapun menari-nari dan bergerak-gerak badan orang pertama yang melakukannya adalah al-Samiri ketika mana mereka (Bani Israil) menyembah anak lembu, maka ini adalah keadaan yang sama dengan keadaan penyembah anak lembu dan adalah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat baginda ketika duduk mereka itu seperti ada burung di atas kepala mereka yakni duduk dengan penuh ketenangan dan diam, maka hendaklah para pemerintah dan Ulama Islam menghalang mereka ini daripada melakukan perkara ini di masjid dan lainnya dan tidak halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk turut serta dan membantu mereka dalam kebatilan mereka ini.

Inilah dia mazhab al-Syafii, Abu Hanifah, Malik, dan Ahmad bin Hanbal rahimahumullah

Fatwa ini sangat jelas menunjukkan haramnya apa yang dilakukan oleh kaum Sufi ini dan amalan Hadrah ini adalah satu kesesatan dan kebodohan dan ianya haram dengan ijmak antara imam-imam Islam sama ada Mazhab Al-Syafii, Maliki, Hanafi, ataupun Hanbali[1]

Ketiga: al-Imam Ibn Kasir r.h [Penulis Tafsir Ibn Kasir, w. 774 H].

“Adapun menjadikan nyanyian muzik ini sebagai taqarrub dan jalan untuk mendapatkan pahala maka ianya adalah bidaah yang sangat jelek tidak pernah disebut oleh mana-mana Nabi dan tidak pernah diturunkan dalam mana-mana Kitab daripada langit dan perbuatan ini menyamai dengan orang-orang yang dinyatakan Allah dalam firmanNya:
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا
Maksudnya: “dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan...” [al-An’am: 70].
Dan Allah Taala berfirman juga:
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً
Maksudnya: “dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan... [al-Anfal: 35]....” [Kasyful Ghita’ ‘an Hukmi Sima’ al-Ghina’, m.s 41].

Keempat: al-Qadi Abu Tayyin al-Tabari al-Syafii r.h [Ulama Besar Mazhab al-Syafii w.450 H] dan Ibn Rajab al-Hanbali r.h [Ulama besar Mazhab Hanbali w. 795 H].

اعتقاد هذه الطائفة مخالف لإجماع المسلمين فإنه ليس فيهم من جعل السماع دينا وطاعة ولا رأى إعلانه في المساجد والجوامع وحيث كان من البقاع الشريفة والمشاهد الكريمة وكان مذهب هذه الطائفة مخالفا لما اجتمعت عليه العلماء ونعوذ بالله من سوء التوفيق
Maksudnya: “Iktiqad puak ini adalah menyalahi ijmak kaum muslimin kerana sesungguhnya tiada dalam kalangan mereka itu (kaum muslimin) orang yang menjadikan mendengar nyanyian sebagai agama dan ketaatan dan tidak pernah pula mereka berpendapat menzahirkannya (nyanyian dan muzik) di masjid-masjid yang merupakan tempat yang mulia dan adalah mazhab puak ini menyalahi apa yang disepakti atasnya para Ulama, kita berlindung kepada Allah daripada petunjuk yang jelek”. [Nuzhatul Asma’, Ibn Rajab al-Hanbali].

Imam Ibn Rajab al-Hanbali r.h [795 H] memberi komentar berkenaan perkataan Imam besar Mazhab al-Syafii ini:
ماذكره ولا ريب أن التقرب إلى الله تعالى بسماع الغناء الملحن لا سيما مع آلآت اللهو مما يعلم بالضرورة من دين الإسلام بل ومن سائر شرائع المسلمين أنه ليس مما يتقرب به إلى الله ولا مما تزكى به النفوس وتطهر به
Maksudnya: “Apa yang dinyatakan oleh beliau ini tiada lagi keraguan padanya bahawa mendekatkan diri kepada Allah Taala dengan mendengar nyanyain yang berirama tertutamanya bersama dengan alat muzik adalah perkara yang diketahui secara daruri daripada agama Islam bahkan daripada semua Syariat muslimin bahawa ianya bukanlah termasuk mendekatkan diri kepada Allah (yang sebenarnya) dan tidak pula mensucikan jiwa dan memberishkannya...”


Kelima: Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h [w. 728 H]

Syeikhul Islam adalah antara ulama yang tersohor menentang amalan sufi ini dan mempunyai banyak fatwa berkenaannya dan boleh merujuk fatwa-fatwa beliau di dalam Majmuk Fatawa Jilid ke-11. Antara fatwa beliau adalah:
ولهذا كان المكاء والتصدية يدعو إلى الفواحش والظلم، ويصد عن حقيقة ذكر الله تعالى والصلاة كما يفعل الخمر، والسلف يسمونه تغبيرًا؛ لأن التغبير هو الضرب بالقضيب على جلد من الجلود، وهو ما يغبر صوت الإنسان على التلحين، فقد يضم إلى صوت الإنسان، إما التصفيق بأحد اليدين على الأخرى، وإما الضرب بقضيب على فخذ وجلد، وإما الضرب باليد على أختها، أو غيرها على دف أو طبل، كناقوس النصارى، والنفخ في صفارة؛ كبوق اليهود . فمن فعل هذه الملاهي على وجه الديانة والتقرب فلا ريب في ضلالته وجهالته .
Maksudnya: “Oleh sebab itu tepukan dan siulan menyeru kepada kekejian dan kezaliman dan menghalang daripada mengingati Allah Taala dan daripada mendirikan solat seperti mana yang dilakukan oleh arak dan al-Salaf menamakannya sebagai Taghbir; kerana taghbir itu memukul dahan kayu ke atas kulit dan ianya melunakkan suara dan disertai dengan suara manusia itu sama ada tepukan atau pukulan gendang duff atau tabl seperti loceng Krsitian dan tiupan wisel; seperti nafiri Yahudi.
Maka sesiapa yang menjadikan alat-alat muzik ini sebagai bentuk ibadat dan taqarrub maka tiada keraguan pada kesesatannya dan kebodohannya”. [Majmuk Fatawa, 11/576].

Inilah antara beberapa fatwa para Ulama Islam berkenaan menjadikan muzik dan nyanyian sebagai bentuk ibadat. Jelas daripada fatwa-fatwa mereka ini bahawa seluruh ulama salaf rahimahumullah tidak meredai perbuatan kaum sufi ini dan memasukkan perbuatan ini ke dalam jenis amalan zandaqah (munafiq)

Bagi mereka yang ingin mengetahui penjelasan panjang lebar berkenaan amalan Sufi ini boleh juga merujuk kepada kitab-kitab Imam Ibn al-Qayyim r.h [w.751 H] Madarijus Salikin dan Ighasatul Lahfan ‘an Makaid al-Syaitan. Wallahu waliyyut taufiq.


[1] Alangkah samanya keadaan ini dengan keadaan majlis Tilawah al-Quran di negara kita, setelah mendengar al-Quran ia akan dituruti pula oleh nasyid-nasyid dan nyanyian muzik daripada lelaki dan wanita yang menari-nari di atas pentas. Allahul Musta’an.

~ OLEH: MUHAMMAD ASRIE AL-MADANI

Rujukan : https://www.facebook.com/notes/muhammad-asrie-sobri/memahami-hadis-tarian-habsyah/10151546913821745

Wednesday, June 27, 2012

Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf (1/5)



Kesesatan ideologi sufi/tasawuf perlu dikaji, didedahkan dan diketahui oleh setiap individu muslim yang mahu menjaga kemurnian akidahnya. Penulis merasa bertanggungjawab untuk memaparkan penyelewengan akidah, ibadah atau amalan yang dibawa oleh golongan tarikat sufi/tasawuf ini walaupun terpaksa menghadapi beberapa tentangan, fitnah dan kesulitan dalam meneliti, mengkaji asal-usul dan selok-belok amalan tarikat sufi/tasawuf serta teori falsafahnya yang bercelaru, simpang-siur, dipenuhi khurafat, tahayul dan kebatilan.

Menurut kajian Dr Qassim Ganny, dalam "Tarikh at Tasawuf fil Islam",
faktor ideologi tarikat sufi/tasawuf meresap dalam masyarakat Islam adalah seperiti berikut:

1. Ia telah diresapkan ke dalam ajaran Islam oleh musuh-musuh Islam pada zaman perluasan Islam ke Rom dan Iran (Parsi).

2. Wujud persamaan doktrin dalam ideologi tarikat sufi/tasawuf dengan kepercayaan mistik agama Hindu-Buddha. Sufi/tasawuf berasal dari Agama Majusi yang meresap masuk apabila ramai penganut dan para pendita Agama Hindu dan Buddha memeluk agama Islam.

3. Sufi (tarikat tasawuf) tumbuh dari kesan pemikiran (fikrah) falsafah, tidak terkecuali falsafah Neoplatonisme. Adanya persamaan antara teori falsafah tarikat falsafah Greek (Yunani).

4. Sufi (tasawuf) terpengaruh dari ajaran Masihi, Yahudi dan pendita-penditanya. Menghidupkan ideologi tersebut setelah mereka memeluk agama Islam, sama ada dengan kesedaran (keikhlasan) atau secara nifak yang bertujuan jahat.

5. Sufi (tasawuf) pada kenyataannya, diambil dan terpengaruh dari teori falsafah orang-orang kafir, terutama dari Agama Hindu-Buddha yang tujuan asalnya menggunakan falsafah tersebut untuk menentang kaum filosof yang menyerang Islam melalui falsafah.

6. Tarikat sufi (tasawuf) dan segala tarikat kebatinan yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat Islam yang telah menjadi amalan dan pegangan mereka, pada asalnya adalah ciptaan yang dipelopori oleh Yahudi dan diresapkan ke dalam akidah Islamiyah. Gerakan ini diketuai oleh seorang pendita Yahudi, iaitu Abdullah bin Saba (berasal dari Yaman). Gerakan konspirasi jahat ini diprogramkan semata-mata untuk merosakkan akidah, ibadah, memecah-belah perpaduan Islam, mengkucar-kacirkan barisan ummah serta untuk melemahkan kekuatan dan keutuhan Daulah Islamiyah.




Monday, May 16, 2011

DAKWAAN GURU TAREKAT ADA PELBAGAI KEAJAIBAN?

DAKWAAN GURU TAREKAT ADA PELBAGAI KEAJAIBAN?

Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, keluarga saya ada terpengaruh dengan ajaran tarekat tertentu. Saya makin risau. Mereka asyik memuja tuan guru mereka. Mereka kata dia keturunan nabi jangan dipertikaikan, dia ada keramat, dia boleh tahu apa yang ada dalam hati kita dan macam-macam lagi. Saya nampak mereka bukan asyik menceritakan kehebatan Islam, tetapi kehebatan tok guru mereka. Harap Dr MAZA dapat berikan pendapat tentang hal ini.

Aishah, Seremban, NS.

Jawapan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Dari soalan saudari tampak saudari menghayati hakikat sebenar ajaran Islam. Islam berteraskan tauhid dan anti syirik. Asas ajaran Islam ialah membesarkan Allah dan menghayati ajaran Allah berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Jika mana-mana guru menumpukan ajarannya kepada membesar Allah dan mengikuti ajaranNya seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w, maka itulah ajaran yang benar. Jika tumpuan kepada membesarkan guru, sibuk menceritakan kehebatan guru, maka itu telah terbabas dari ajaran Allah dan rasulNya.

Di sini beberapa perkara patut diberikan perhatian;

1. Kesalahan sesetengah ajaran guru tarekat mereka cuma menjadikan diri mereka pusat kekaguman pengikut dengan mengada-adakan cerita kehebatan diri. Mengambil kesempatan dari fanatik pengikut menyebabkan kita lihat walaupun tarekat kononnya mengajar penganutnya agar meninggalkan cinta dunia, tetapi guru-guru tarekat yang hidup dengan kemewahan. Bahkan, menjadi trend sesetengah guru ini untuk mendampingi orang kaya dan berkuasa.

Hal ini sangat berbeza dengan mereka yang zuhud pada zaman salafussoleh. Pada zaman dahulu, walaupun ramai penguasa yang soleh, namun golongan zuhhad (ahli zuhud) yang ikhlas ini enggan mendampingi mereka bimbangkan percikan dunia.

Hari ini banyak penguasa yang tidak soleh, tetapi kita lihat golongan yang menyandar diri kepada terekat ini ramai suka memakmurkan majlis-majlis kemeriahan penguasa, memuji mereka dan mendapat habuan dari mereka. Maka, sesetengah guru menjadikan ‘bicara rohani’ atau bicara keajaiban diri untuk membina empayar harta dan pengaruh.


2. Bagaimanakah seorang guru boleh mendakwa bahawa dia mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada muridnya, sedangkan Rasulullah s.a.w pun tidak mendakwa demikian?

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, baginda pun menilai berdasarkan apa yang zahir dan tidak mengetahui yang batin, sedangkan baginda seorang nabi. Baginda tahu hanya apabila (dalam kes apabila ) baginda mendapat wahyu daripada Allah.


3. Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:

“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim).

pokok-tamar.jpg

Gambar Hiasan - Pokok Tamar

Apakah guru tarekat lebih daripada Nabi s.a.w sehingga mengetahui segala perkara yang zahir dan yang tersembunyi?

4. Keturunan Nabi s.a.w memanglah satu kelebihan. Namun, itu bukan pengukur utama kemuliaan seseorang. Tiada sistem kasta dalam Islam. Berlebihan dalam memuliakan keturunan tertentu itu menyerupai ajaran hindu, atau dalam umat ini seperti ajaran Syiah.

Sedangkan al-Quran menyebut:

“Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa” (Surah al-Hujurat: 13 ).

Nabi sendiri pernah menyebut:

“Wahai Fatimah binti Muhammad! Wahai Sofiyyah binti ‘Abd al-Muttalib! Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dari (hukuman) Allah” (Riwayat Muslim).

Ertinya, yang menyelamatkan seseorang itu ialah iman dan takwa sendiri, bukanlah keturunannya.


5. Kaum keluarga Nabi s.a.w dihormati, namun ada batasan. Prof Hamka mengkritik keras dakwaan Ibn ‘Arabi iaitu tokoh rujukan sebahagian besar golongan tarekat yang menyatakan "kita hendaklah menerima apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berketurunan Nabi s.a.w. atau kaum sayyid kepada kita".

Kata Prof Hamka:

“Tegasnya menurut fatwa Ibn Arabi ini kalau bangsa sayyid atau habib mengambil harta-benda kita hendaklah redha, hendaklah serahkan, hendaklah sabar, kalau diganggunya diri kita ditamparnya, dipukulnya hendak redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar. Sebab beliau cucu nabi kita dan kalau diganggunya kehormatan kita sehingga kita jadi malu, hendaklah redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar, kalau diganggu anak isteri kita dan kaum keluarga kita, hendaklah terima dan redha dengan menyerah dan sabar…maka perkataan Ibn Arabi ini ditanamkanlah kepada orang awam.

Padahal sangat membawa hinanya sesetengah manusia di hadapan yang setengahnya, sehingga lebih hina mereka daripada budak yang telah sepuluh kali dijual dan sepuluh kali berganti tuan. Walaupun hartanya atau dirinya bahkan walaupun anak gadisnya diganggu oleh ahli bait, zuriat Rasul, dia menyerah saja dan wajib memandang itu sebagai nikmat sesudah iktisadnya dann hidupnya dijajah oleh British dan Belanda dan Cina, maka jiwanya pula wajib dijadikannya sebagai budak dan jajahan kepada kaum sayyid” (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 72, Selangor: Pustaka Dini).

buku-hamka.jpg

6. Para sahabah yang mulia seperti Abu Bakr, Umar dan lain-lain pun tidak pernah berkempen tentang kehebatan diri mereka. Sebaliknya, mereka sentiasa mengajak umat Islam mendahulukan Allah dan rasulNya.

Ketika Abu Bakr r.a dilantik menjadi khalifah, beliau berucap:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku… Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Padahal, orang seperti Abu Bakr al-Siddiq telah dimuliakan oleh al-Quran dan al-Sunnah, namun masih lagi mengingatkan bahawa asas Islam kembali kepada membesarkan Allah dan RasulNya. Apakah sesetengah guru tarekat ini lebih hebat daripada Abu Bakr?


7. Sesiapa sahaja hendaklah patuh kepada al-Quran dan sunnah. Ukuran kita apa yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, bukannya tokoh.

Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H):

Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada kesilapan (maksudnya RasululuLah S.A.W) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan (rujukkan) apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima, kita tinggalkannya.”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 165, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi).


8. Islam mengeluarkan kita dari kebodohan kepada kebijaksanaan. Dari mengikut sesuatu secara membabi buta kepada menilai dan memahami sebelum mengikut.

Firman Allah:

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya”. (Surah al-Isra’: ayat 36).


Wajib setiap perkataan guru dibandingkan dengan al-Quran dan al-Sunnah dan haram mengikut mengikut sesuatu yang jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.


9. Mempelajari agama dari mana-mana tokoh bukanlah masalah utama, tetapi sikap bertaklid tanpa menilai dan berfikir itulah yang membawa kepada kesesatan.

Jika ada tarekat yang bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih, maka tiada salah mengikutnya. Kesufian dan tasawwuf juga tidak menjadi masalah jika berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Namun pastikan bukan seperti yang diingatkan oleh Syeikh Manna’ al-Qattan:

Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan akidahnya”( Mabahith Fi `Ulum al-Quran, m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).


Oleh :Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)