Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

10 Cara Menjadi Orang yang Menyenangkan



Menjadi orang yang menyenangkan sangatlah penting. Itu merupakan salah satu cara agar kita disukai banyak orang. Disukai banyak orang berarti membuka jalan untuk memperbanyak teman dan relasi. Memang tidak mudah untuk menjadi orang yang menyenangkan, tapi bukan berarti tidak mungkin. Semua orang boleh menjadi orang yang menyenangkan.
Nah, berikut ini ada beberapa tips yang patut dicuba kalau anda ingin menjadi orang yang menyenangkan.


1. Percaya diri


kepercayaan diri seseorang sangat berpengaruh terhadap apa yang dia lakukan dan bagaimana orang lain memperlakukan mereka. Kepercayaan diri merupakan sebuah pundak untuk menjadi orang yang menyenangkan. Tapi awas, jangan terlalu berlebihan (over confidents) justru akan membuat kita menjadi orang yang menyebalkan bukan orang yang menyenangkan.

2. Selalu berfikir positif (positive thinking)


Selalu berfikir positif dengan apa yang terjadi di sekitar kita adalah sesuatu yang menyenangkan. Berfikir positif akan memacu kita untuk melakukan hal-hal yang positif pula. Dan itu juga lah yang akan membuat orang-orang memberikan respon yang positif atas keberadaan kita. Menyenangkan bukan kalau kita boleh diterima secara positif dalam pergaulan.


3. Mendengarkan orang lain


Banyak sekali manfaat yang bisa kita ambil dari mendengarkan orang lain.Salah satunya adalah membantu kita memahami cara berfikir orang lain. Dan itu sangat menyenangkan bagi kita pribadi maupun orang yang kita pahami. Tak ada yang lebih menyenangkan dari sebuah interaksi selain saling memahami.


4. Selalu tersenyum


Memperbanyak senyum saat berinteraksi dengan orang lain. Bukankah sangat menyenangkan kalau kita bebicara dengan orang yang selalu memberikan senyum? Daripada orang yang hanya cemberut dan kaku. Nah, begitu juga penilaian orang lain terhadap kita.


5. Mengenali kelebihan diri sendiri


Kenali apa saja bakat dan kelebihanmu. Asah kemampuan tersebut sehingga kamu menjadi orang yang menonjol. Yang special. Jangan terlalu fokus terhadap kekurangan diri. Fokus dalam memperbaiki kekurangan diri, hanya akan membuat kamu menjadi orang yang rata-rata saja. Bangunlah dirimu atas dasar kelebihanmu, bukan kekuranganmu.


6. Jadilah orang yang jujur


Percayalah, seseorang yang memiliki kejujuran dalam dirinya akan diterima dengan baik di komuniti mana pun. Satu hal yang sangat menyenangkan jika kita boleh diterima dimana saja kita berada


7. Pandai menempatkan diri


Kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, terutama lingkungan yang baru, sangat diperlukan untuk menjadi orang yang menyenangkan. Sebab dengan kemampuan menyesuai dan menempatkan diri inilah kita akan dengan mudah diterima oleh orang-orang di mana pun kita ditempatkan -berada.


8. Sederhana dan apa- adanya


Hal yang sangat menyenangkan adalah apabila orang-orang boleh menerima diri kita apa- adanya. Maka kesederhanaan adalah sebuah sikap yang wajib dimiliki
- seadanya dan tidak perlu berlebihan.



9. Membuka diri untuk orang lain


Buka diri kamu untuk orang-orang yang ingin mengenal kamu. Dan jangan sekali-kali memilih-milih dan membeza2kan seseorang berdasarkan statusnya {memuliakan seseorang kerana agamanya-tak mengapakan} Kamu harus menjalin silaturahami dengan semua orang- sesuai dengan keadaannya- seperti yang diperintahkan oleh Islam.. Dengan catatan, kamu harus membentengi diri agar tidak mudah terbawa arus yang negatif.


10. Boleh menerima perubahan


Jadilah orang yang fleksibel, jangan terlalu kaku. Setiap kehidupan pasti mengalami perubahan termasuk lingkungan. Kamu harus mengikuti, tapi harus punya filter/penyaring mana yang baik mana yang kurang baik(Selagi tidak bertentangan dengan Islam). Kalau sudah begini maka perubahan adalah sesuatu yang menyenangkan. Sama seperti dirimu-sentiasa ingin dan berusaha berubah ke arah yg lebih baik.

AsSunnah

Monday, August 22, 2011



Friday, April 29, 2011

Berfikiran Positif Dan Optimis Resepi Kejayaan



Berfikiran positif Dan optimis (tidak berputus asa ) Resepi kejayaan hidup...

Friday, October 22, 2010

Aku hanya insan biasa ....
























"Hidup ini suatu perjalanan ..mendaki, mendatar atau menurun....apa yang kita harapkan ialah ia secara keseluruhannnya menghasilkan suatu pendakian, walaupun sekejap kita di puncak ,..adakalanya kita di lurah,..dalam menuju kepuncak tertinggi.."

Sahabat,

Suatu masa dulu aku menjumpai satu cliché dari sebuah buku yang berbunyi “Ordinary efforts produce ordinary results”. Benar, kata hatiku. Kemudian aku menjadikannya sebagai poster yang berbunyi, “Ordinary efforts produce ordinary results for ordinary people. I am an ordinary person”. Ianya sering kulihat sehingga aku mengambilnya sebagai panduan dalam hidup.

Dalam sesuatu usaha, apabila hasil yang kudapati tidak sebaik yang diharapkan, aku lihat kembali kepada usaha yang telah kulakukan. Seringkali aku dapati ianya bertepatan dengan apa yang tersirat dalam maksud tulisan di dinding itu.

Pengalaman hidup telah mengajarku bahawa untuk menjana kejayaan, manusia perlu membuat dua usaha

Pertamanya, dia mesti bersungguh-sungguh dalam merancang dan melaksana gerak kerja ,

dan keduanya, dia juga perlu meningkatkan hubungan dengan Allah agar Tuhan yang Maha Pengasihani itu mendatangkan pertolonganNya.


Sahabat,

Aku hanya manusia biasa yang terpaksa berusaha lebih bagi mendapatkan keputusan yang baik. Kemampuanku pula sentiasa terbatas. Semasa muda dan bertenaga, aku kekurangan ilmu. Bila umur telah meningkat, walaupun kebolehan bertambah, tenaga pula semakin berkurang.

Mungkin engkau juga seperti aku – manusia biasa – yang bercita-cita untuk menghasilkan kejayaan yang besar dan luar biasa.

Jika benar, aku ingin mengajakmu berhenti seketika memikirkan langkah-langkah ke hadapan agar kita sama-sama mendapat kejayaan di dunia yang fana ini dan di akhirat yang kekal abadi.

Marilah kita bersama-sama membina hubungan erat dengan Tuhan yang Maha Penyayang supaya kita disayangi dan menjadi manusia “ luar biasa” yang sentiasa diiringai bantuan Yang Maha Esa.

Ingatlah sahabatku, sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada siapa yang boleh menyesatkan dia. Ingatlah kepada peristiwa Badar, dan banyak lagi perkara ajaib yang telah berlaku dalam sejarah. Ayat 249 dari surah al-baqarah yang melakarkan kisah Talut dan pengikutnya, mengingatkan kita,

“… Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar”. (al-Baqarah:249)

Ya, kita perlu yakin kerana kita ada kabel yang besar. Sahabatku, kabel besar itu nun di atas sana…

[Perindu Qasih Berminat dengan ayat yang akhir ‘kabel besar nun di atas sana..’. Sungguh lah jauh kabel besar itu. Bukan kah lebih baik jika kita yakin bahawa yang mampu beri pertolongan itu adalah yang tersangat hampir? ]
http://arshadahmad.wordpress.com/2010/10/06/buatmu-sahabat-24-%E2%80%93-aku-hanya-insan-biasa/

Saturday, October 16, 2010

There is no Couple Before Married


DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT


Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

-Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci

-Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


(Luangkan Sedikit Masa Anda Untuk MembacaNya..Semoga Hidayah Allah Ada Wat Kita Semuanya terutamaNya yg Sedang Dilamun Ngan Cinta)

Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.


Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.:


“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani).

Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,

ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.


Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan.Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.



Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.



Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibni Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.



Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!



Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi.

Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.



Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.



Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?



Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menungg masa untuk dikorbankan.



Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.



Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3).

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.



Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.



Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).



Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.



Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.

Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.


Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

Dipetik daripada Kalam Ukhwah,Syukbah Penerbitan dan Risalah Surau Perdana,Kolej Matrikulasi Melaka

by Ukhti Azie Mawar Berduri


Monday, August 9, 2010

Diam..... Dengan Nama Allah


“Imam, saya mahu dapatkan penjelasan awak” kata Ali.

“Silakan” saya mengajak beliau duduk di kerusi.

“Tak apa. Tak payah duduk. Saya minta Imam buka Quran terjemahan itu!” tegas Ali.

Saya kaget.

Mengapa begitu tegang intonasi Ali?

Saya mencapai naskhah terjemahan al-Quran di dalam Bahasa Inggeris yang berada di pejabat. Terjemahan versi Dr. Muhammad Taqiuddin Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan.

“Buka surah al-Ikhlas” Ali memberikan ‘arahan’.

Saya patuh.

“Cuba baca terjemahannya” Ali terus mendesak saya.

“Say (O Muhammad): “He is Allah, (the) One” saya menukilkan apa yang tercatat.

“Nampak tak di mana masalahnya?” soal Ali.

“Tidak” saya menjawab lurus.

“Astaghfirullah. Allah menghijab kamu!” tegas Ali.

“Astaghfirullah. Allah menghijab sesiapa yang dikehendaki-Nya. Apa maksud kamu?” saya kepanasan namun masih cuba bertahan.

“Lihat di dalam kurungan itu. ‘O Muhammad’. Itu masalahnya!” Ali semakin meninggikan suara.

“Kenapa pula?” saya masih tidak dapat menangkap maksud Ali.

“Muhammad sana, Muhammad sini. Penuh dalam Quran terjemahan ini perkataan Muhammad. Saya sudah kira, dah jumlahnya pula hampir sama banyak dengan lafaz Allah. Adakah kita menyembah Muhammad?” soal anak muda itu.

Aduh. Apa pula isu yang dibawa oleh Ali ini. Saya khuatir dengan keadaan dirinya. Baru sahaja tempoh hari dia bermati-matian mempertahankan pendapatnya bahawa cara Qiyam yang betul di dalam Solat ialah dengan meluruskan tangan ke bawah, dan bukannya ditekup tangan kanan di atas tangan kiri di kawasan dada. Alasannya, posisi tangan lurus ke bawah adalah paling tenang. Sebab itu mayat apabila menghembuskan nafas terakhir, tangannya jatuh ke sisi!

Saya letih melayan perbahasan seperti ini.

Entah di mana hujung pangkalnya.

Paling saya bimbangkan, Ali memiliki Laura.

Gadis yang memeluk Islam beberapa bulan yang lalu, dan saya nikahnya beliau dengan Ali agar dapat membimbing Laura.

Makin lama Ali menjadi semakin agresif.

Dan petang ini, beliau mendesak saya menarik balik semua Quran terjemahan Bahasa Inggeris yang ada banyak kalimah Muhammad.

“Ali, bukankah Muhammad itu ditulis di dalam kurungan!” saya cuba menjelaskan keadaan.

“Apa bezanya?” Ali tidak berpuas hati.

“Setiap yang ditulis di dalam kurungan, maksudnya ia bukan terjemahan langsung nas al-Quran, sebaliknya tafsir atau penjelasan yang cuba diberikan oleh para ahli Tafsir untuk kemudahan kita memahami ayat-ayat al-Quran” saya masih mencuba.

“Mana boleh. Ini kitab suci. Mana boleh masuk-masukkan sesuka hati!” Ali semakin keras.

“Ini terjemahan kitab Suci. Al-Quran kita ialah yang hijau di almari itu. Ini terjemahannya” saya menolak bantahan Ali.

“Saya tidak setuju. Al-Quran di dalam Bahasa Arab itu kitab suci untuk kita yang faham Bahasa Arab. Bagi orang yang tidak berbahasa Arab, maka terjemahan inilah kitab sucinya” bentak Ali lagi.

“Tidak. Terjemahan itu panduan. Setiap Muslim mesti belajar sehingga boleh membaca al-Quran di dalam bahasa Arab ini” saya cuba membawa Ali kembali kepada prinsip.

“Saya tetap tidak setuju perkataan Muhammad banyak dimasukkan ke dalam terjemahan. Ia menyesatkan. Sama seperti Bible yang penuh nama Jesus!” Ali mempertahankan pendapatnya.

Ya Allah, penatnya saya.

Mujurlah pengalaman bertahun-tahun tinggal di negara Arab, memberikan banyak latihan kemahiran bergaduh dan berbalah. Mahu membeli bawang di kedai pun ada kalanya perlu dicapai melalui perbalahan!

“Habis kamu mahu saya katakan apa?” saya mengalah.

“Saya mahu Imam tulis surat kepada Islamic Cultural Centre of Ireland di Clonskeagh, arahkan semua masjid menarik balik semua terjemahan al-Quran yang ada banyak perkataan Muhammad seperti ini” Ali menjawab.

“Maksud kamu SEMUA?” saya menyoal.

“Ya, semua. Jika Imam tidak lakukan ia, saya akan menulis sendiri surat ke ICCI agar tindakan diambil. Harap jangan sampai saya bertindak sendiri!” Ali seakan-akan mengugut saya.

Demi Allah, saya kebingungan petang itu.

“Hentam sahajalah, Labu!” saya mengeluh di dalam Bahasa Malaysia.

“Apa Imam cakap?” Ali tidak faham kenyataan saya di dalam Bahasa Malaysia tadi.

“Smash the Pumpkin as you wish, O Ali!” saya memberikan terjemahan bebas untuk kefahaman beliau.

“Saya tidak faham maksud Imam” Ali marah dengan kenyataan saya.

“Tak apa. Pulanglah. Saya akan usahakan sedaya mungkin, Insya Allah” saya memujuk Ali.

“Saya mahukan janji. Awak Imam” Ali terus mendesak.

Saya mendiamkan diri.

“Kenapa diam?” Ali mendesak lagi.

Saya memilih untuk mengunci mulut.

Beliau akhirnya pulang meninggalkan masjid. Saya masih kebingungan di dalam pejabat. Mengurut dada dan beristighfar.

Kejadian ini mengheret ingatan saya kepada sebuah buku klasik bertajuk Arguing With Idiots oleh Glenn Beck. Ia memberikan pelbagai sketsa yang memeningkan tentang betapa rumitnya untuk kita keluar daripada belenggu perdebatan yang sudah hilang hujung pangkalnya.

Lalu, diam itu jugalah penyelesaian paling sejahtera untuk menjernihkan keadaan.

Teringat saya kepada sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Doa Yang Menolak Zina

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.

“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.

Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.

Solat.

Doa.

Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:

“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]

Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.

Ya, sejauh mana kita memaksudkan apa yang kita minta?

Sampaikah kepada permintaan seorang anak muda bernama Yusuf?

TELADAN MUJAHADAH YUSUF

Imra’ah al’Aziz yang dikenali sebagai ‘Zulaikha’ itu, tidak pernah berputus asa. Di satu ketika dia menafikan dirinya sebagai orang yang memaksa zina ke atas Yusuf. Tetapi setelah kejadian baju Yusuf terkoyak akibat kejadian sebelumnya (Yusuf 12: 25) tersebar ke seluruh kota (Yusuf 12:30), Zulaikha menjadi liar. Malunya hilang, malah semakin mengganas pada tindakannya untuk mendapatkan Yusuf. Wanita-wanita bangsawan temannya dihimpunkan. Mereka dijamu makan. Setiap tangan diberikan pisau untuk memotong dan Zulakhai memaksa Yusuf tampil ke khalayak menampakkan diri.

Daripada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Yusuf telah diberikan separuh daripada kecantikan diri” [Al-Bukhari no. 7517 dan Muslim no. 162]

Separuh kecantikan diberikan kepada Yusuf.

Separuh lagi diagihkan kepada seluruh manusia lain!

Giliran mereka pula dibius cinta. Tangan tidak terasa bahawa pisau tidak lagi memotong makanan. Jari-jari mereka luka dipotong pisau kerana panahan rupa paras Yusuf. Zulaikha mengeluarkan ‘buah’ manusia yang mabuk cinta. Mereka belum kena lagi. Sekarang tahukah mereka apa yang dihadapinya saban hari selama ini?

“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan dipenjarakan, dan (Yusuf) akan menjadi daripada orang-orang yang hina.“ [Yusuf 12: 32]

Kini Zulaikha tidak lagi sendirian. Kemahuannya diakui oleh seluruh wanita yang melihat susuk wajah Yusuf. Zulaikha berjaya menjustifikasikan kehendak nafsunya. Maksiat bukan lagi maksiat. Kini maksiat adalah suatu mangsa keadaan!

Malah dayusnya al-’Aziz dan betapa berkuasanya Zulaikha sebagai First Lady, dia bebas menentukan siapakah yang patut dihumban ke penjara dan siapa yang tidak. Andai Yusuf enggan menerima ajakan Zulaikha, harga yang perlu dibayar adalah PENJARA.

Apakah tekanan yang Yusuf hadapi?

Anak muda, peluang ada, kecenderungan bisa terjadi, menolaknya pula bererti merengkuk di penjara. Sepadankah tekanan itu dengan apa yang kalian sebagai anak muda, hadapi berkaitan zina?

Atau kalian dengan sengaja gemar berkelakuan lemah diri? Justeru mudah memberi alasan, bahawa keadaan adalah ‘pihak’ yang patut dipersalahkan?

Sesungguhnya Yusuf mendengar ugutan itu. Beliau tahu di hadapannya hanya dua. Zina atau penjara.

MENCARI KEKUATAN DENGAN SOLAT DAN DOA

Yusuf tinggal sendiri.

Al-’Aziz sebagai bapa angkatnya, suami kepada Zulaikha dan Menteri Utama negara Mesir, tidak berperanan untuk mencegah hal ini. Beliau berada di kemuncak dayus.

Tiada tempat lain untuk Yusuf mencari kekuatan melainkan dengan Solat dan Doa.

Yusuf (merayu kepada Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan jadilah aku daripada golongan orang jahil yang tidak mengamalkan ilmunya” [Yusuf 12: 33]

Doa Yusuf itu sarat dengan makna. Yusuf benar-benar menyatakan kebergantungannya kepada Allah. Sesungguhnya tanpa bantuan Dia, Yusuf lemah untuk mendepani tipu daya wanita-wanita jahat itu. Sesungguhnya doa tidak boleh datang daripada hati yang sombong. Meminta sesuatu daripada Allah yang dirinya tidak berasa kepada keperluannya. Jika Allah beri, dia terima. Jika Allah tidak beri, dia akan buat sendiri. Sombongnya hati manusia yang meminta dan berdoa tidak dengan bahasa seorang hamba.

Yusuf juga menunjukkan kepada kita kuasa sebuah doa. Doa menguji sama ada kita benar-benar mahu kepada apa yang diminta, atau kita memintanya tanpa kesungguhan dan makna. Doa akan membunuh sifat hipokrit bahawa mulut meminta sesuatu, namun hati tidak bersungguh memaksudkannya.

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”. (Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani)

ENGKAU DAN DOAMU


Dirimu minta daripada Allah agar dihindarkan daripada zina. Namun sejauh mana hatimu membenci zina? Sejauh mana engkau mahu menjauhkan diri daripadanya? Adakah mulut meminta perlindungan, ketika hati dibiarkan melayan kecenderungan?

Doa mengajar kita memaksudkan apa yang kita minta. Supaya dengan doa itu, akhirnya hanya dirinya dan Allah yang benar-benar tahu, sejauh mana permintaan itu disungguhkan.

“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan janganlah sekali-kali beliau berkata: Ya Allah jika Engkau mahu, berikanlah kepadaku apa yang kuminta. Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Doa menyaring hasrat hati.

Hanya hati yang berjaya membulatkan permintaan, bersih daripada rasa berbelah bagi antara mahu meninggalkan maksiat dengan adanya rasa sayang untuk apa yang berlaku itu tamat.

Yusuf benar-benar memaksudkannya. Dirinya semakin lemah dengan tekanan yang memuncak. Justeru jika satu-satunya cara untuk selamat adalah dengan merealisasikan ugutan Zulaikha, sesungguhnya penjara itu lebih disukainya berbanding zina yang membinasakan.

HATI YANG IKHLAS

Di sinilah titik IKHLAS pada hati yang meminta. Hati yang bersih daripada semua pihak selain daripada Allah.

“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [Yusuf 12: 34]

Allah Maha Mendengar permintaanmu.

Allah Maha Mendengar suara halus di dalam hati yang meminta itu dan sejauh mana permintaan itu dimaksudkan.

Allah juga Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.

Zulaikha mahukan engkau terpenjara untuk membalas dendam.

Allah memberikan engkau penjara seperti yang diminta, bahawa penjara itu memiliki hikmah besar yang menanti, seperti yang berada di dalam Ilmu-Nya.

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina” [Ghafir 40: 60]

Justeru anak muda, saat engkau mendepani kehidupan yang sangat mengajak kepada zina ini, perkukuhkanlah Solat dan Doamu untuk mencari ketulusan hati.

Hati yang benar-benar membenci zina dan kejahatan. Hati yang benar-benar menolaknya.

Seperti yang terungkap di dalam sebuah DOA!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Saturday, July 17, 2010

Sifat-sifat yang menggembirakan hati orang.....


Menemui sahabat dengan wajah berisi senyuman adalah yang termudah.....selain itu ada banyak lagi...yang sudah tentunya jadi ibadah jika dilakukan dengan niat yang ikhlas mencari keberuntungan di sisi Allah....


SIFAT-SIFAT YANG MENGGEMBIRAKAN HATI ORANG..

Assalamualaikum w.w.

Dalam meneliti realiti kehidupan hari ini, terlintas dibenakku kenapa agaknya kadang2 seorang insan itu tidak digemari dan ada pula yang digemari. Bukanlah mereka yang digemari itu perfect... ada juga kekurangannya...dan tidak kurang juga yang tidak digemari itu mempunyai sifat2 yang baik dan ikhlas...Apa-apa pun bagiku yang lebih aula ialah berusaha menjadi insan yang ALlah redha dan suka walaupun jutaan manusia tidak menyukai. Tetapi...bagaimana dakwah harus dijalankan bila semua orang memandang sinis dengan kita?... Rasanya perlu juga aku meneliti beberapa ciri insan yang disukai sebelum dapat bergerak ditengah2 masyarakat yang mempunyai bermacam-macam ragam ini. Sememangnya kadang2 sifat itu sudah menjadi malakkah dalam diri sesaorang...tetapi dengan adanya kerendahan hati, ianya boleh diproses agar sifat itu tadi bertukar kpd. apa yang Allah kehendaki.
Di bawah ini terdapat 10 sifat yang mungkin boleh menggembirakan semua orang dan yang penting ianya menjadi sifat diri kita sendiri yang bukan hipokrit.....tetapi lahir dari pendidikan dalam diri;-

1. Ketulusan
Ketulusan menempati peringkat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang . Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai karena yakin tidak akan diperbodohkan atau dibohongi . Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran , tidak suka mengada-ada , berpura - pura , mencari - cari alasan atau memutarbalikkan fakta. Prinsipnya " Ya di atas Ya dan Tidak di atas Tidak " . Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular . Dengan begitu , ketulusan tidak menjadi SESUATU yang bisa merugikan diri sendiri .

2 . Kerendahan Hati
Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan , kerendah hatian justru mengungkapkan kekuatan . Hanya orang yang kuat jiwanya yang bisa bersikap rendah hati . Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk . Orang yang rendah hati bisa mengakui dan menghargai keunggulan orang lain . Ia bisa membuat orang yang di atasnya merasa ok dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa tidak dihargai (menyepi diri) .
3 . Kesetiaan
Kesetiaan sudah menjadi sifat yang sangat tinggi harganya . Orang yang setia selalu boleh dipercayai dan diyakini . Dia selalu menepati janji , punya komitmen yang kuat , rela berkorban dan tidak suka berkhianat .
4 . Positive Thinking
Orang yang bersikap positif ( positive thinking ) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif , bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun . Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain , lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputusasan , lebih suka mencari penyelesaian daripada kekecewaan , lebih suka memuji daripada mengecam , dan sebagainya .
5 . Keceriaan
Kerana tidak semua orang dikurniakan aura ceria , maka keceriaan tidak harus diertikan ekspresi wajah dan tubuh , tapi sikap hati . Orang yang ceria adalah orang yang bisa menikmati hidup , tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan . Dia bisa mentertawakan situasi , orang lain , juga dirinya sendiri . Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain .
6 . Bertanggung jawab
Orang yang bertanggung jawab akan melaksanakan kewajibannya dengan sungguh - sungguh. Kalau melakukan kesalahan , dia berani mengakuinya . Ketika mengalami kegagalan , dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan . Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati , dia tidak akan menyalahkan siapapun . Dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggung jawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya .
7 . Percaya DiriRasa
Percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya , menghargai dirinya dan menghargai orang lain . Orang yang percaya diri dengan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan situasi yang baru . Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik .
8 . Kebesaran Jiwa
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain . Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan . Ketika menghadapi masa - masa sukar dia tetap teguh , tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan .
9 . Easy Going
Orang yang easy going menganggap hidup ini ringan . Dia tidak suka membesar - besarkan masalah kecil . Bahkan berusaha mengecilkan masalah - masalah besar . Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan . Dia tidak mahu pening dan stress dengan masalah - masalah yang berada di luar kawalannyanya .
10 . Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan . Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik , tapi juga boleh menempatkan diri pada kedudukan orang lain . Ketika terjadi konflik , dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak , tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri . Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain .

Nampak mudahkan?...Insya ALlah kita boleh perbuat asalkan hati kita mempunyai persediaan untuk berubah.
=====================
Berubah untuk menjadi insan yang lebih baik....berbaloi hidup ku di sehari terbit matahari ini....