Saturday, June 27, 2009

UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA

KENAPA AKU DIUJI ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah:216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah:286)

RASA 'FRUST' ?

"Janganlah kamu bersikap lemah, & janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(Al-Imran:139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu & kuatkanlah kesabaranmu & tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) & bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."
(Al-Imran:200)

"Jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
(At-Taubah:111)

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP ?

"Cukuplah Allah bagiku; tiada Ilah selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(At-Taubah:129)

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !

"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf:87)

Wednesday, June 24, 2009

FATWA YOGA

Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah berkenaan senaman Yoga.

Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis. InsyAllah

Happy Holiday!

Dapatkan TestiHoliday Di sini

Selamat bercuti buat lil kat umah. Jangan lupe tolong kemas umah ye he5.