| | |
Umat Islam telah bersepakat bahawa al-Qur’an yang Allah turunkan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w terpelihara daripada sebarang perubahan sehinggalah hari akhirat. Al-Qur’an adalah Kalam Allah yakni Perkataan Allah yang Dia tuturkan dengan sendiri-Nya, bukan makhluk ciptaan-Nya, jadi amat mustahil ia akan berubah. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t dalam surah al-Hijr ayat ke-9 : إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ Al-Imam al-Tabari r.h dalam mentafsirkan ayat ini berkata : وإنا للقرآن لحافظون من أن يزاد فيه باطل مَّا ليس منه، أو ينقص منه ما هو منه من أحكامه وحدوده وفرائضه Oleh itu, Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan dalam akidah mereka : وأَهل السُّنَة والجماعة : يُكفِّرون من أَنكر حرفا منه أَو زاد أَو نقص ، وعلى هذا فنحن نؤمن إيمانا جازما بأَنَّ كلَّ آية من آياتِ القرآن مُنزلةٌ من عِنْدِ اللهِ ، وقد نُقِلَتْ إِلينا بطريق التواتر القطعي . Bahkan, terpeliharanya al-Qur’an adalah termasuk dhahruriat (perkara paling asas) dalam akidah Islam sekaliannya. Al-Qur’an diturunkan beransur-ansur dan ditulis semenjak zaman Nabi s.a.w dengan arahan dan kawalan baginda s.a.w kemudian dikumpul pada zaman Abu Bakar al-Siddiq r.a dalam mushaf dengan ijmak Sahabat. Pada Zaman Usman bin Affan Zun Nurain r.a, al-Qur’an dikumpul atas satu huruf. AL-QUR’AN DI SISI SYIAH IMAMIAH Syiah Imamiah mempunyai beberapa akidah yang ganjil lagi kufur berkenaan al-Qur’an : Pertama : Wujudnya Kitab Setanding al-Qur’an Syiah Imamiah percaya adanya Mushaf Fatimah yang merupakan wahyu Allah berupa Ilham diturunkan melalui Malikat kepada Fatimah binti Rasulillah s.a.w radiallahu’anha dan ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Dalilnya : عَنْ حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ( عليه السلام ) يَقُولُ تَظْهَرُ الزَّنَادِقَةُ فِي سَنَةِ ثَمَانٍ وَ عِشْرِينَ وَ مِائَةٍ وَ ذَلِكَ أَنِّي نَظَرْتُ فِي مُصْحَفِ فَاطِمَةَ ( عليها السلام ) قَالَ قُلْتُ وَ مَا مُصْحَفُ فَاطِمَةَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمَّا قَبَضَ نَبِيَّهُ ( صلى الله عليه وآله ) دَخَلَ عَلَى فَاطِمَةَ ( عليها السلام ) مِنْ وَفَاتِهِ مِنَ الْحُزْنِ مَا لَا يَعْلَمُهُ إِلَّا اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ فَأَرْسَلَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكاً يُسَلِّي غَمَّهَا وَ يُحَدِّثُهَا فَشَكَتْ ذَلِكَ إِلَى أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السلام ) فَقَالَ إِذَا أَحْسَسْتِ بِذَلِكِ وَ سَمِعْتِ الصَّوْتَ قُولِي لِي فَأَعْلَمَتْهُ بِذَلِكَ فَجَعَلَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السلام ) يَكْتُبُ كُلَّ مَا سَمِعَ حَتَّى أَثْبَتَ مِنْ ذَلِكَ مُصْحَفاً قَالَ ثُمَّ قَالَ أَمَا إِنَّهُ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ مِنَ الْحَلَالَ وَ الْحَرَامِ وَ لَكِنْ فِيهِ عِلْمُ مَا يَكُونُ .
Hadis ini terdapat dalam Kitab Usul al-Kafi iaitu sebuah kitab yang setaraf dengan Sahih al-Bukhari di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Berkata Abdul Husain Syarafuddin (seorang ‘alim Syiah) : وأحسن ما جمع منها الكتب الأربعة التي هي مرجع الإمامية في أصولهم وفروعهم من الصدر الأول إلى هذا الزمان وهي الكافي والتهذيب والاستبصار ومن لا يحضره الفقيه، وهي متواترة ومضامينها مقطوع بصحتها والكافي أقدمها وأعظمها وأحسنها وأتقنها Maksudnya : “dan sebaik-baik kitab yang dihimpun adalah empat buah kitab yang menjadi rujukan Imamiah dalam masalah usul dan furu’ mereka daripada generasi pertama sehingga zaman ini iaitulah : al-Kafi, al-Tahzib, al-Istibsar, dan Man la Yahduruhul Faqih; dan kesemuanya ini adalah mutawatir dan kandungannya diyakini sahih dan al-Kafi adalah yang paling utama dan paling besar dan paling baik dan paling elok”. [al-Murajaat, m.s 335, Murajaah no. (110), cet. Dar al-Sadiq Beirut]. Oleh itu, kewujudan Mushaf Fatimah adalah sesuatu yang pasti dalam ajaran Syiah. Berkata Khomeini Laknatullahi ‘alaih : نحن نفخر أن تكون منّا المناجات الشعبانية للأئمة، ودعاء عرفات. للحسين بن عليّ عليهما السلام والصحيفة السجادية زبور آل محمد، والصحيفة الفاطمية وهي الكتاب الملهم من قبل الله تعالى إلى الزهراء المرضية. Maka, melalui Kitab ini walaupun menurut Syiah Imamiah ianya ghaib bersama al-Qaim al-Mahdi al-Muntazar, mereka menetapkan bagi Imam-imam mereka ilmu Ghaib. Demikian Khomeini menyatakan berkenaan Kitab Nahjul Balaghah : نهج البلاغة : هو مجموعة منتخبة من كلام أمير المؤمنين علي (ع) جمعها محمد بن الحسين الشريف الرضى المتوفى عام 406 هـ وقد اعتبر علماؤ الإسلام الكبار هذا الكتاب أنه أخ للقرآن وأنه ليس من كلام أفضل منه سوى كلام الله وكلام رسوله (ص)… Menurut Syiah al-Qur’an mempunyai tandingan bahkan saudara iaitu Nahjul Balaghah sedangkan Nahjul Balaghah hanyalah kata-kata Saidina Ali r.a yang tidak sahih daripadanya kerana penulis kitab ini tidak meriwayatkan secara bersanad sedangkan dia tidak hidup di zaman Saidina Ali r.a. [Lihat : Taammulat fi Nahjil Balaghah oleh Soleh al-Darwish]. Ini merupakan keganjilan pertama dalam akidah Syiah dan membuktikan mereka menjadikan perkataan Imam mereka sebagai sumber pembentukan ajaran Syiah kerana(bagi mereka ) Imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa). Berkata Khomeini : وأن جميع أوامر الأئمة - عليهم السّلام - وتعاليمهم واجبة الإتباع - بناءاً على مذهب الشِّيعة - سواءٌ في حياة الأئمة - عليهم السّلام - أو بعد مماتهم. Maksudnya : “dan sesungguhnya semua perintah para Imam a.s dan ajaran mereka wajib diikuti berdasarkan mazhab Syiah sama ada sewaktu mereka hidup atau selepas kematian mereka”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 142]. Menurut Ahli Sunnah wal Jamaah, meletakkan apa-apa perkataan manusia setaraf dengan Allah dan Rasul-Nya maka ianya adalah syirik. Bahkan perkataan Sahabat juga jika bertentangan dengan nas sarih al-Qur’an dan al-Hadis tidak menjadi hujah di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Namun, Ahli Sunnah wal Jamaah menerima perkataan Sahabat tanpa memilih bulu kerana perkataan mereka itu ghalib zhan bersumber daripada Nabi s.a.w. Kedua : Berlakunya Tahrif dalam Al-Qur’an Ini adalah satu akidah yang sangat pahit diterima oleh pengikut Syiah sekarang. Akidah bahawa al-Qur’an yang wujud sekarang berlakunya perubahan dan boleh berlaku padanya perubahan. Ulama Syiah terikini cuba menyembunyikan hakikat ini dan menulis beberapa risalah menyatakan bahawa al-Qur’an yang ada kini adalah sebenar-benarnya al-Qur’an dan tiada perubahan. Namun, segala-galanya hanyalah Taqiyah yakni bermuka-muka daripada mereka sahaja. Riwayat Tahrif al-Qur’an Mutawatir dan Sahih di Sisi Syiah Imamiah: Menurut Syiah Rafidah, riwayat para Imam mereka menyatakan al-Qur’an telah diubah dan dikurangkan adalah mutawatir dan sahih sehingga seorang ulama mereka bernama al-Nuri al-Tabrasi mengarang sebuah kitab yang sama kufurnya dengan kitab al-Hallaj dan Ibn Arabi bahkan mungkin lebih lagi diberi nama “Faslul Khitab fi Isbat Tahrif Kitab Rabbil Arbab” yang bermaksud “Kata Putus (Muktamad) Dalam Menetapkan Perubahan Kitab Tuhan Sekalian Pemilik”. Berkata Syeikh mereka yang dinamakan al-Mufid : أقول: إن الأخبار قد جاءت مستفيضة عن أئمة الهدى من آل محمد (ص)، باختلاف القرآن وما أحدثه بعض الظالمين فيه من الحذف والنقصان Berkata pula Ali bin Ibrahim al-Qummi dalam mukadimah tafsirnya yang merupakan tafsir muktamad di sisi Syiah Rafidah : فالقرآن منه ناسخ، ومنه منسوخ، ومنه محكم، ومنه متشابه، ومنه عام، ومنه خاص، ومنه تقديم، ومنه تأخير، ومنه منقطع، ومنه معطوف، ومنه حرف مكان حرف، ومنه على خلاف ما انزل الله Berkata pentahkik kitab ini, Tayyib al-Musawi yang mereka gelar Hujjatul Islam : مراده رحمه الله منه الآيات التي حذفت منها الفاظ على الظاهر كالآيات التي نزلت في امير المؤمنين عليه السلام مثل قوله تعالى ياايها الرسول بلغ ما انزل اليك من ربك (في علي عليه السلام) وسيأتى تفصيل القول في ذلك عند محله Lihat bagaimana mereka menambah kalimah “Fi Ali” sedangkan ayat ini (al-Maidah ayat 67) adalah : يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ Maksud ayat ini Allah s.w.t memerintah supaya Rasulullah s.a.w menyampaikan al-Qur’an tetapi Syiah menambah kalimah Ali sehingga bermaksud Nabi s.a.w diutus hanyalah sekadar untuk memberitahu Ali adalah Imam. Demikian juga dalam ayat Ali Imran ayat 110 : كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ Syiah mengubah ayat ini dengan membaca كنتم خير أئمة اخرجت للناس (Kamu adalah sebaik-baik para imam dikeluarkan kepada manusia) dan mereka menyatakan ini adalah riwayat daripada Abu Abdillah Jaafar al-Sadiq r.h. [Tafsir al-Ayashi, 1/195]. Perkara ini juga diriwayatkan terdapat dalam Tafsir al-Burhan [1/309] sebagaimana yang terdapat dalam nota kaki Tafsir Ayashi[1] tersebut. Dalam Tafsir al-Safi yang dikarang oleh al-Faidh al-Kashani wafat tahun 1901 H juga menyatakan berkenaan Tahrif al-Qur’an dalam mukaddimahnya yang keenam : عن أبي عبدالله عليه السلام قال : إن رسول الله صلى الله عليه وآله قال لعلي عليه السلام يا علي إن القرآن خلف فراشي في الصحف والحرير والقراطيس فخذوه واجمعوه ولا تضيعوه كما ضيعت اليهود التوراة فانطلق علي عليه السلام فجمعه في ثوب أصفر ثم ختم عليه في بيته وقال : لا أرتدي حتى أجمعه . قال : كان الرجل ليأتيه فيخرج إليه بغير رداء حتى جمعه . Kemudian dia datangkan pula riwayat yang lain : وفي الكافي عن محمد بن سليمان عن بعض أصحابه عن أبي الحسن عليه السلام قال : قلت له : جعلت فداك إنا نسمع الآيات في القرآن ليس هي عندنا كما نسمعها ولا نحسن أن نقرأها كما بلغنا عنكم فهل نأثم فقال لا اقرأوا كما تعلمتم فسيجيئكم من يعلمكم . Riwayat ini jelas dinyatakan dalam al-Kafi iaitu kitab hadis Syiah yang paling muktabar. Kemudian dia mendatangkan riwayat-riwayat yang banyak daripada kitab-kitab muktabar Syiah seperti al-Ihtijaj, Tafsir al-Ayashi, dan lainnya menunjukkan terdapat perubahan dalam al-Qur’an. Kemudian berkata al-Kashani : أقول : المستفاد من جميع هذه الأخبار وغيرها من الروايات من طريق أهل البيت عليهم السلام إن القرآن الذي بين أظهرنا ليس بتمامه كما انزل على محمد صلى الله عليه وآله وسلم بل منه ما هو خلاف ما أنز الله ومنه ما هو مغير ومحرف وإنه قد حذف عنه أشياء كثيرة منها اسم علي عليه السلام في كثير من المواضع ومنها غير ذلك وأنه ليس أيضا على الترتيب المرضي عند الله وعند رسوله صلى الله عليه وآله وسلم . Tafsir ini dicetak di Iran dan diberi mukaddimah oleh Abbas al-Tarjuman[2] di Tehran bertarikh 22 Jamadil Akhir 1415 H. Ditahkik dan ditashih al-A’lami yang bertaraf al-Allamah di sisi mereka dan dia langsung tidak membantah riwayat-riwayat ini. Dalam mukadimahnya, Abbas Tarjuman menyatakan bahawa Tafsir al-Safi adalah kitab penting dan menjadi rujukan semua Syiah selepas al-Kashani dan diakui juga al-Tabtabai yang terkenal dengan tafsir al-Mizan selaku tafsir Syiah yang paling terkini menjadikan Tafsir al-Safi rujukan utamanya. Seorang lagi Alim Syiah bernama Nikmatullah al-Jazairi[3] menyatakan : إن تسليم تواترها { القراءات السبع } عن الوحي الآلهي وكون الكل قد نزل به الروح الأمين يفضي إلى طرح الأخبار المستفيضة بل المتواترة الدالة بصريحها على وقوع التحريف في القرآن كلاما ومادة وإعرابا ، مع أن أصحابنا رضوان الله عليهم قد أطبقوا على صحتها والتصديق بها. Kmeudian Nikmatullah al-Jazairi menyatakan pula : نعم قد خالف فيها المرتضى والصدوق والشيخ الطبرسي وحكموا بأن ما بين دفتي المصحف هو القرآن المنزل لا غير ولم يقع فيه تحريف ولا تبديل… Lima baris setelah itu dia menyatakan : والظاهر أن هذا القول إنما صدر منهم لأجل مصالح كثيرة منها سد باب الطعن عليها Dengan jelas lagi terang bahawa pendapat sebahagian mutaakhirin Syiah mengatakan al-Qur’an tidak diubah hanyalah Taqiyah sahaja yakni bermuka-muka. Nikmatullah al-Jazairi membuktikan bahawa mereka ini hanya bertaqiyah dengan mendatangkan riwayat-riwayat dalam kitab-kitab mereka ini yang jelas menyatakan adanya tahrif. [Ibid, 2/358]. Berkata al-Baqir al-Majlisi : موثق ، وفي بعض النسخ عن هشام بن سالم موضع هارون بن سالم، فالخبر صحيح. ولا يخفي أن هذا الخبر وكثير من الأخبار الصحيحة صريحة في نقص القرآن وتغييره وعندي أن الأخبار في هذا الباب متواترة معنى ، وطرح جميعها يوجب رفع الاعتماد عن الأخبار رأسا ، بل ظني أن الأخبار في هذا الباب لايقصر عن أخبار الامامة فكيف يثبتونها بالخبر ؟ Berkata Adnan al-Bahrani yang berstatus al-Allamah al-Hujjah di sisi Syiah : الأخبار التي لا تحصى كثيره وقد تجاوزت حد التواتر ولا في نقلها كثير فائده بعد شيوع القول بالتحريف والتغيير بين الفريقين وكونه من المسلمات عند الصحابة والتابعين بل واجماع الفرقة المحقة وكونه من ضروريات مذهبهم وبه تضافرت أخبارهم Daripada dua kenyataan tokoh Syiah ini, kita dapati bahawa walaupun hadis-hadis berkenaan tahrif di sisi Syiah ada yang daif tetapi khabar berkenaan perkara ini adalah banyak mencapai tahap mutawatir dan kepercayaan bahawa al-Qur’an telah diubah menjadi perkara asasi mazhab Rafidah. Kenyataan ini membatalkan semua dakwaan Risalah Salamah al-Qur’an min al-Tahrif yang cuba menafikan akidah Syiah berkenaan Tahrif beralasan hadis-hadis berkenaan ini adalah Ahad dan daif serta tidak terdapat dalam kitab muktabar. Jika kita lihat di atas, semua sumber yang kami nukilkan adalah riwayat muktabar dan kitab rujukan utama Syiah dalam semua akidah mereka. Adanan al-Bahrani dalam kenyataannya di atas bergerak lebih jauh lagi apabila mendakwa Ahli Sunnah wal Jamaah juga percaya dengan akidah Tahrif bahkan menisbahkannya kepada Sahabat dan Tabiin. Antara Imam besar Syiah yang percaya akidah ini juga adalah al-Kulaini sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kashani : واما اعتقاد مشايخنا « ره » في ذلك فالظاهر من ثقة الاسلام محمد بن يعقوب الكليني طاب ثراه أنه كان يعتقد التحريف والنقصان في القرآن لأنه كان روى روايات في هذا المعنى في كتابه الكافي ولم يتعرض لقدح فيها مع أنه ذكر في أول الكتاب أنه كان يثق بما رواه فيه وكذلك استاذه علي بن إبراهيم القمي ( ره ) فان تفسيره مملوّ منه وله غلو فيه ، وكذلك الشيخ أحمد بن أبي طالب الطبرسي رضي الله عنه فانه أيضا نسج على منوالهما في كتاب الاحتجاج . Maksudnya : “Adapun Iktikad para Masyaeikh kita dalam masalah ini (Tahrif al-Qur’an) adalah jelas sekali. Daripada Kepercayaan Islam Muhammad bin Yaakub al-Kulaini bahawa dia berkeyakinan dengan tahrif dan kekurangan al-Qur’an kerana dia meriwayatkan riwayat yang banyak berkenaan perkara ini dalam kitabnya al-Kafi dan tidak pula dia mengkritiknya sedangkan dia juga menyatakan di awal kitabnya bahawa dia percaya dengan apa yang dia riwayatkan dalamnya. Demikian juga gurunya Ali bin Ibrahim al-Qummi, tafsirnya banyak memuatkan hal ini dan dia sangat melampau dalam mempercayainya, demikian juga Syeikh Ahmad bin Abu Talib al-Tabrasi dia turut menulis perkara yang sama dalam kitab al-Ihtijaj”. [al-Safi. 1/52]. Jelas dalam kenyataan al-Kashani ini menolak dakwaan penulis Salamah al-Qur’an bahawa tidak semestinya al-Kulaini meriwayatkan sesuatu perkara dia mempercayainya. Mereka cuba bertaqiah dengan menyembunyikan kenyataan al-Kulaini dalam Mukadimah kitabnya bahawa setiap riwayat yang dia nyatakan dalam kitabnya al-Kafi, dia beriman dengannya. Demikian juga dakwaan bahawa akidah Tahrif ini adalah pendapat syaz dalam mazhab Rafidi, ini kerana ianya terdapat dalam al-Kafi dan al-Ihtijaj dan kedua-dua kitab ini merupakan antara sumber utama Syiah selain Man la Yahduruhu al-Faqih dan Bihar al-Anwar bukan syaz. Penolakan Akidah Tahrif daripada Syiah adalah Taqiyah Sahaja: Sebahagian ulama terkemudian Syiah menolak dakwaan tahrif ini tetapi mereka menolaknya sebagai taqiyah sahaja. Buktinya perkataan Nikmatullah al-Jazairi : نعم قد خالف فيها المرتضى والصدوق والشيخ الطبرسي وحكموا بأن ما بين دفتي المصحف هو القرآن المنزل لا غير ولم يقع فيه تحريف ولا تبديل… Kemudian Nikmatullah berkata : والظاهر أن هذا القول إنما صدر منهم لأجل مصالح كثيرة منها سد باب الطعن عليها Syiah Rafidah adalah al-Batiniah Walaupun mereka menetapkan tiada Tahrif pada lafaz, tetapi mereka ini masih juga percaya bahawa Sahabat telah mengubah al-Qur’an melalui tafsirannya. Menurut Syiah tafsiran ini bukanlah tafsiran biasa tetapi yang dibawa Jibril a.s dan dinamakan al-Qur’an juga. Lihat perkataan al-Khuie : أن وجود مصحف لامير المؤمنين - عليه السلام - يغاير القرآن الموجود في ترتيب السور مما لا ينبغي الشك فيه ، وتسالم العلماء الاعلام على وجوده أغنانا عن التكلف لاثباته ، كما أن اشتمال قرآنه - عليه السلام - على زيادات ليست في القرآن الموجود ، وإن كان صحيحا إلا أنه لا دلالة في ذلك على أن هذه الزيادات كانت من القرآن ، وقد أسقطت منه بالتحريف ، بل الصحيح أن تلك الزيادات كانت تفسيرا بعنوان التأويل ، وما يؤول إليه الكلام ، أو بعنوان التنزيل من الله شرحا للمراد . Malang sungguh nasib al-Khuie, dia cuba menafikan Syiah mengatakan bahawa al-Qur’an yang wujud hari ini diubah tetapi membawa kepada pendedahan rahsia yang lebih besar iaitu menurut al-Khuie wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w itu ada dua jenis, pertama dinamakan al-Qur’an yang diperintah untuk disampaikan kedua adalah wahyu yang berupa tafsiran kepada al-Qur’an tadi. Perkataan al-Khuie ini adalah jelas perkataan al-Batiniah al-Ismailiah dan pengaruh Sufi Wihdatul Wujud. Lihat perkataan Khuie berikut : وحاصل ما تقدم : أن وجود الزيادات في مصحف علي عليه السلام وإن كان صحيحا ، إلا أن هذه الزيادات ليست من القرآن ، ومما أمر رسول الله صلى الله عليه واله وسلم بتبليغه إلى الامة Jelas daripada kalam al-Khuie ini dia mempercayai al-Qur’an ada makna batin yang telah disembunyikan oleh sahabat secara khianat. Hakikat yang Terakhir dan Terpahit : Walaupun ulama Syiah mutaakhirin berusaha bersungguh-sungguh menafikan berlakunya tahrif al-Qur’an namun hakikatnya mereka beriman secara diam kewujudan tahrif. Buktinya adalah segala ulama Syiah yang mengakui wujudnya tahrif seperti al-Qummi, al-Majlisi, al-Kulaini, al-Tabrasi, al-Nuri al-Tabrasi, al-Bahrani dan lain-lainnya masih diiktiraf sebagai Imam dan Marji’ yang menjadi rujukan Syiah dan mereka juga yang meriwayatkan akidah-akidah kufur Syiah yang lain sedangkan sebagai seorang muslim, mereka ini hendaklah dikafirkan dan dikeluarkan daripada Islam kerana melakukan kufur akbar. Kitab-kita mereka perlu dibakar dan dibuang bukan terus disebarkan secara percuma di internet dan boleh dimuat turun secara percuma. Namun, jika kita-kitab ini dibakar, di manakah lagi Syiah akan mendapat rujukan mereka? Semua akidah mereka akan hangus bersama kitab tersebut menunjukkan bahawa sumber-sumber akidah Tahrif di sisi Syiah adalah muktamad. Demikian juga jika para maraji’ Syiah ini mereka kafirkan, terpaksalah mereka mengaku bahawa mazhab mereka tidak lain tidak bukan daripada kaum kafir kerana semua mereka yang mengisbatkan Tahrif ini orang yang sama meriwayatkan akidah-akidah Rafidah yang lain. Wallahua’lam. KESIMPULAN : “Syiah Rafidah yang wujud dengan nama Imamiah di Iran hari ini adalah sebenarnya Syiah Ghulah dan mereka mengingkari perkara daruriat Syariah Islamiah iaitu al-Qur’an. Oleh itu, mereka adalah kafir asli yang sama sekali tidak termasuk dalam kaum muslimin”. [1] Al-Ayashi ini kedudukannya di sisi Syiah adalah al-Muhaddis al-Jalil (Ahli Hadis yang Mulia) ditahkik oleh Hashim al-Rasuli al-Mahallati seorang muhaqqiq Syiah Iran. Dia langsung tidak mengkritik riwayat yang jelas kufur ini. [2] Abbas Tarjuman daripada keluarga Tarjuman, seorang alim Syiah berasal daripada Iraq lalu berhijrah ke Iran dan menetap di Tehran sehingga kewafatannya pada 10 Januari 2008 lihat : http://www.iraker.dk/index.php?option=com_content&task=view&id=5935&Itemid=1 [3]Martabatnya di sisi Syiah adalah Raisul Ulama (Ketua Para Ulama) wafat 1112 H. Oleh :Muhammad Asrie Bin Sobrie
|
No comments:
Post a Comment