Saturday, February 14, 2015

Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah, benar-benar melestarikan sunnah Nabi dan ajaran Imam asy-Syafi'e rahimahullah


Inilah kubur di sekelilingnya.
Tiada binaan marmar, batu-batuan yang cantik dan sempurna.
Kubur Allahyarham Tok Guru juga dilihat tiada taburan bunga atau simbahan air mawar.
ان العلماء ورثة الأنبياء ورثوا علم

"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris kepada para anbia dan mereka itu mewarisi keilmuan.…”
 Nur Atiqah Othman

Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah, benar-benar melestarikan sunnah Nabi dan ajaran Imam asy-Syafi'e rahimahullah. Baik ketika hayat, mahupun wafatnya...

.
Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah dalam kitabnya al-Umm 1/277:
وأحب أن لا يبنى ولا يجصص، فإن ذلك يشبه الزينة والخيلاء، و ليس الموت موضع واحد منهما ولم أر قبور المهاجرين والأنصار مجصصه... وقد رأيت من الولاة من يهدم بمكة ما يبقى فيها فلم أر الفقهاء يعيبون ذلك.
"Saya suka kuburan itu tidak dibangun dan dikapur kerana hal itu termasuk perhiasan dan kesombongan, sedangkan kematian bukanlah tempat untuk salah satu di antara keduanya. Dan saya tidak mendapati kuburan orang-orang Muhajirin dan Ansar dibangun... Aku mendapati para imam di Makkah memerintahkan dihancurkannya bangunan-bangunan (di atas kuburan) dan saya tidak mendapati para ulamak mencela hal itu."

 
Jabir bin ‘Abdillah radlhiallahu‘anhu berkata :
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ، وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ، وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang kubur untuk dikapur (simen), diduduki dan dibangun sesuatu di atasnya. [Hadis riwayat Muslim, no. 970, Abu Daud, no. 3225 dan at-Tirmidzi, no. 1052]

 
Dalam riwayat yang lain disebutkan:
عَنْ أَبِي الْهَيَّاجِ الْأَسَدِيِّ، قَالَ: قَالَ لِي عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ: أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ، وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ
"Dari Abu al-Hayyaj al-Asadi, dia berkata: ‘Ali bin Abi Thalib pernah berkata kepadaku: “Mahukah engkau aku utus sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutusku? Hendaklah engkau tidak meninggalkan gambar-gambar kecuali engkau hapus dan jangan pula kamu meninggalkan kuburan yang ditinggikan kecuali kamu ratakan.” [Hadis riwayat Muslim, no. 969, Abu Daud, no. 3218, at-Tirmidzi no. 1049, an-Nasa’i, no. 2031]

 
Imam al-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah berkata ketika mengulaskan hadis di atas:
فيه أن السنة أن القبر لا يرفع على الأرض رفعاً كثيراً ولا يسنم بل يرفع نحو شبر ويسطح وهذا مذهب الشافعي ومن وافقه،
"Pada hadis tersebut terdapat keterangan bahawa yang disunnahkan kubur tidak terlalu ditinggikan di atas permukaan tanah dan tidak dibentuk seperti punuk unta. Akan tetapi hanya ditinggikan sejengkal dan meratakannya. Ini adalah mazhab asy-Syafi’i dan orang-orang yang bersepakat dengannya." [Syarh an-Nawawi ‘ala Shahih Muslim, 3/36]

 
Dia juga berkata pada kesempatan yang lain:
وَاتَّفَقَتْ نُصُوصُ الشَّافِعِيِّ وَالْأَصْحَابِ عَلَى كَرَاهَةِ بِنَاءِ مَسْجِدٍ عَلَى الْقَبْرِ سَوَاءٌ كَانَ الْمَيِّتُ مَشْهُورًا بِالصَّلَاحِ أَوْ غَيْرِهِ لِعُمُومِ الْأَحَادِيثِ
"Nas-nas dari (Imam) asy-Syafi’e dan para sahabatnya telah bersepakat tentang dibencinya membangun masjid di atas kubur. Sama sahaja, apakah si mayat itu masyhur dengan kesolehannya ataupun tidak berdasarkan keumuman hadis-hadisnya." [al-Majmu’ 5/316]


  Mohd Hairi Nonchi 


TIADA TAHLIL UNTUK TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
[admin] Tiada sebarang majlis tahlil untuk Al-Marhum Ayahanda Tuan Guru.
Mohon tidak sebarkan jemputan majlis tahlil yang menjadi viral di whatsapp.
Pesanan daripada Keluarga Al-Marhum Tuan Guru.
SUMBER:
Laman Facebook Rasmi Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

3 comments:

  1. Cuba kita lihat kuburan dan makam di raja?

    ReplyDelete
  2. Join the Illuminati to become rich and famous are you business,Man or woman, politician,you need a promotion in office.are you,musician,pastor,lawyer,actor,actress,banker army and you want to be on top and become rich and famous here is the solution grand to get higher in life and position of your job here is your chance now.You can achieve your dreams by being a member of the Great organisation so that all your dreams and heart desire can be fully in life.if you really want to be a member of the great organisation, contact us every new members are entitled with  sum of 10 millions and a brand new car of your choice and Golden talisman Ring and membership card and a free visa to travel to any country of your choice. in this organisation will help each other and protect each other too.if have any problem regarding anything someone fight what blog to you will are going to fight the person together.if you are interested contact us now whatsapp +2347051758952 or morganilluminatirich@gmail.com do not be afraid no human sacrifice if you also want to be brilliant person
    pls publish my comment

    ReplyDelete
  3. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde baru dunia, Illuminati selepas saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati untuk sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dalam talian dan saya menerima sejumlah $1,000,000 dolar AS serta-merta selepas akaun bank saya dimasukkan ke dalam akaun bank saya. $33,000 dolar AS setiap bulan, saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Tuan Felix. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baru hari ini, hubungi Lord Felix hari ini dan bukannya menerima penipu untuk mengambil wang anda semua atas nama membantu anda menyertai, Hubungi Lord Felix Melalui e-mel illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +234805 5459757🔺

    ReplyDelete