SUNNAH-SUNNAH DI BULAN RAMADAN
Dalam risalah terdahulu (lihat: https://www.facebook.com/notes/mohd-hairi-nonchi/selamat-datang-wahai-ramadan-/939845989374992)
telah dijelaskan beberapa keutamaan tentang bulan Ramadan dan ganjaran
pahala bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa pada bulan tersebut.
Menerusi risalah ini pula, penulis akan membawa para pembaca sekalian
untuk meneliti beberapa amalan-amalan dari sunnah Rasulullah yang sahih
untuk kita umat baginda melaksanakannya.
Sebelum itu, mari kita semak terlebih dahulu apakah kelebihan yang disediakan oleh Allah kepada mereka yang mengikuti serta menghidupkan sunnah-sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengisihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” [Surah Ali Imran, ayat 31]
Berikut disenaraikan beberapa amalan sunnah yang dimaksudkan, di antaranya:
Pertama: Bersahur.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkatan.” [Shahih Al-Bukhari, no: 1923 dan Shahih Muslim, no: 1095]
Hadis ini menjelaskan tentang keberkatan yang diberikan kepada mereka yang makan sahur. Justeru, bagi mendapatkan keberkatan ini hendaklah kita sedaya upaya untuk bangun bersahur, sekalipun dengan hanya meneguk air yang kosong.
Sabda Nabi s.a.w: “Makan sahur itu penuh berkah. Maka janganlah kamu tinggalkan walaupun hanya dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur.” [Shahih Al-Jami’, no: 2945]
Kedua: Menyegerakan berbuka puasa.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa.” [Shahih Al-Bukhari, no: 1957 dan Shahih Muslim, no: 1098]
Maksud ‘menyegerakan berbuka puasa’ dalam hadis ini ialah berbuka sebaik sahaja masuknya waktu berbuka, yakni apabila mendengar azan maghrib dilaungkan.
Ketiga: Berbuka dengan ruthab, tamar atau air.
Dari Anas bin Malik r.a beliau berkata: “Adalah Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan ruthab sebelum solat. Apabila tidak ada ruthab, maka baginda berbuka dengan tamar. Apabila tidak ada tamar maka baginda berbuka dengan air.” [Sunan Abu Daud 2/306. Lihat Al-Irwa’, no: 922]
Ruthab ialah kurma yang masih segar (basah) dan belum dikeringkan. Manakala tamar pula ialah kurma yang sudah lama dipetik dan telah dikeringkan.
Keempat: Memperbanyakkan sedekah.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperolehi orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.” [Sunan At-Tirmidzi, no: 804]
Kelima: Mengerjakan solat sunat Tarawih.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang mengerjakan solat malam di bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu.” [Shahih Muslim, no: 759]
Sabdanya lagi: “Sesiapa yang solat bersama imam sehingga selesai, dicatat baginya (ganjaran pahala seumpama) solat sepanjang malam.” [Shahih Sunan An-Nasa’i, no: 1604]
Keenam: Membaca al-Qur’an.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa membaca satu huruf al-Qur’an, maka baginya satu kebaikan. Setiap satu kebaikan dilipatgandakan hingga sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim’ satu huruf, akan tetapi ‘Alif’ satu huruf, ‘Lam’ satu huruf dan ‘Mim’ satu huruf.” [Sunan At-Tirmidzi, no: 2910]
Ketujuh: Memperbanyakkan doa.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga doa yang tidak tertolak (iaitu) doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan orang yang bermusafir.” [Silsilah Al-Ahadith Ash-Shahihah, no: 1797]
Sabdanya lagi: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu (terdapat) doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” [Sunan Ibnu Majah, no: 1753]
Demikian antara sunnah-sunnah yang lazim diamalkan oleh Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan. Mudah-mudahan dengan mengamalkan sunnah-sunnah baginda ini, kita termasuk dalam kalangan hamba yang diredhai oleh Allah s.w.t. Amin ya Rabb!
~ June 30, 2014 at 10:34pm
Oleh: Mohd Hairi @ Cikgu Arie

No comments:
Post a Comment