Wednesday, July 2, 2014

Masa Khotam Al Quran




Aku buat sikit hisab mengenai khobar bahawa ada ulamak salaf yang mengkhotamkan Al-Quran dalam satu roka'at. Mulanya aku rasa macam tak lojik.

Sebabnya ikut pengalaman aku yang khotamkan seluruh Al-Quran maka masanya dalam sekitar 11.7 hingga 12 jam.

Hisabnya begini. Purata masa 1.5 juz sehari aku khotamkannya ialah 35-36 minit. Oleh itu untuk 30 juz Al-Quran aku kena baca selama 20 hari. Oleh itu 35-36 minit X 20 hari = 700-720 minit. 700-720 minit bersamaan dengan 11.7-12 jam.

11.7-12 jam masa khotam aku itu dengan tempo bacaan cepat.

Katakanlah ulamak yang dikhobarkan baca seluruh Al-Quran dalam satu roka'at itu bacaan pantasnya lebih pantas dari aku kerana mereka itu sudah tentu lebih fasih akan bahasa 'Arobnya dari aku dan lebih baik tajwidnya, oleh itu masa yang aku cuba congakkan mereka khotam keseluruhan Al-Quran itu ialah 570 hinga 600 minit yang bersamaan dengan 9.5 hingga 10 jam.

9.5 hingga 10 jam????? Lojik ke ulamak itu bersolat satu roka'at sepanjang 9.5 hingga 10 jam????? Pada aku tak lojik.

OKlah kita potong lagi masa khotam ulamak itu kepada 8 jam. Itu pun tak lojik.

Bacaan pantas keseluruhan Al-Quran secara terus menerus tanpa henti selama 8 jam atau kurang maka bacaannya adalah bacaan meracau.

Janganlah ada yang akan kata bahawa kemampuan mengkhotam keseluruhan Al-Quran dalam satu roka'at itu sebagai karomah! Itu bukan karomah kerana menyalahi panduan mengkhotam Al-Quran yang Nabi sollollohu 'alaihi wa aalihi wa sallam ajarkan yaitu minima pengkhotaman Al-Quran selama tiga hari.

Wallohu a'lam. Kepada Alloh lah aku memohon petunjuk.


~ Ibnu Hasan Al-Amin

No comments:

Post a Comment