Solat Tarawih Di Akhir Malam
Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke 19 Ramadhan. Dalam entry sebelum ini aku ada sebut mengenai solat tarawih yang dilakukan di akhir malam adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya. Berikut adalah dalilnya :
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Ibnu Khuzaimah, Al-Baihaqi dan lain-lain.
Abdul Rahman Bin Abdul Qari berkata :
“Pada suatu malam dalam bulan Ramadhan saya keluar dengan ‘Umar ke masjid. Di situ sudah banyak orang-orang yang bersolat dengan terpencar-pencar, ada yang bersolat sendirian dan ada pula yang bersolat diikuti oleh orang banyak.
‘Umar lalu berkata : “Saya berpendapat alangkah baiknya kalau mereka itu dikumpulkan dengan mengikuti seorang imam. Saya rasa itu yang lebih utama.”
Lalu besok malamnya, dikumpulkan mereka dan sebagai imamnya ditunjukkan Ubay Bin Ka’ab. Pada suatu malam yang lain, saya keluar pula ke masjid dengan ‘Umar, sedang orang-orang yang banyak sedang bersolat mengikuti seorang imam sahaja. Di saat itu ‘Umar berkata : “Alangkah baiknya bid’ah seperti ini. Tetapi orang-orang yang tidur untuk bersolat akhir malam nanti adalah lebih utama daripada orang-orang yang mengerjakannya sekarang.”
(Kitab Rujukan : Fikih Sunnah Jilid 2, Saiyid Sabiq. Alih Bahasa Oleh Mahyuddin Syaf, Cetakan ketiga 1982)
Aku berpegang dengan perkataan 'Umar di akhir hadis yang tersebut di atas.
Walaubagaimanapun berdasarkan keterangan-keterangan yang lain dari sumber yang lain dari kitab Fikih Sunnah bahawa para salaf dahulu mengerjakan solat tarawih di awal malam secara berjama'ah. Keterangan ini aku baru dapat siang tadi dari Majalah Al-Furqon. Hal ini perlu aku fikirkan. Solat tarawih yang dilakukan orang sekarang walaupun menyamai dari segi dilakukan diawal waktu, berjama'ah dan di masjid, tetapi mereka jauh dari mengikuti amalan para salaf dari segi ketepatan pengamalan sunnah Nabi s.a.w., seperti dari segi ketenangan, saf rapat dan saf lurus. Solat tarawih sekarang dilakukan dengan cepat-cepat tanpa ketenangan. Pergerakan antara rukun oleh imam solat tarawih cepat-cepat tanpa memerhatikan makmum dibelakangnya. Makmum akan tergocoh-gocoh untuk ikut pergerakan imam yang bodoh itu. Imam dan makmum tak pedulikan untuk merapatkan saf dan meluruskan saf. Selepas salam mereka menjerit-jerit dengan entah apa-apa bacaan dan solawat. Lafaz bacaan solawat yang dijerit itu pun tak betul.
Lafaz "bid'ah" pada perkataan 'Umar "Alangkah baiknya bid’ah seperti ini" adalah dengan makna dari segi lughawi bukannya dari segi makna hakiki. Ini telah diterangkan oleh ulama hadis dan bahasa arab. Solat tarawih berjama'ah bukan bid'ah dari segi hakiki kerana ia adalah sunnah yang pernah dikerjakan di zaman Nabi s.a.w. Untuk keterangan yang lebih baik boleh didapati dari kitab hadis dan syarahnya.
(Petikan tulisan aku pada
Thursday, September 18, 2008)
~Ibnu Hasan Al.....
.................................................................................
No comments:
Post a Comment