Saintis dan pencipta terkemuka .. “apakah rahsia kejayaan mereka” ? Rata-rata jawapan sama diberikan, bahawa tiada rahsia... mereka menganggap bahawa kejayaan mereka adalah satu kebetulan yang menggembirakan "happy accident "[ Ilham ] yang ditempa setelah gigih berusaha .......>>>mereka mempunyai sikap kritikal dan kreatif , mereka juga mempunyai tumpuan tinggi (fokus) dan daya tahan berkualiti superhuman (manusia luar biasa).
Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM
Jabatan Kimia, Universiti Malaya [ http://www.kimia.um.edu.my/]SEKIRANYA kejayaan sains sesebuah negara atau bangsa dinilai dengan mengira jumlah Pemenang Hadiah Nobel maka kejayaan sains di Malaysia sekarang boleh dikatakan jauh panggang dari api.Harapan murni kepimpinan negara agar suatu hari ada saintis bangsa Malaysia berjaya memperolehnya adalah tidak mustahil. Pelbagai usaha merancang dan merangka untuk menjana `bakat’ Nobel Laureate, juga perlu dipuji.
Sejak beberapa tahun lalu Akademi Sains Malaysia, MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi mendahului dalam hal ini melalui Program Nobel Laureate, di mana ramai anak muda yang berbakat dikenal pasti dari awal dan diberi bimbingan yang rapi dan istimewa.Mereka yang berjaya dihantar ke universiti terkemuka di luar negara untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan seterusnya. Kementerian Pendidikan juga mempunyai perancangan yang sama tetapi modus operandinya berbeza di mana penekanan tertumpu kepada peningkatan prasana kelengkapan dan teknologi tercanggih dan termoden.
Singapura juga mempunyai perancangan serupa. Namun bukan untuk Pemenang Hadiah Nobel, tetapi untuk menjana Teknokrat Terkemuka bagi membolehkan mereka cipta teknologi baru seperti yang pernah dicapai oleh anak watannya Sim Wong Hoo. Kejayaan beliau mencipta sistem bunyi digital (siri Soundblaster) untuk komputer peribadi (PC) suatu masa dahulu mendahului teknologi lain dan juga pasaran dunia, sangat dibanggakan. Singapura mahukan lebih ramai bakat seperti beliau.Untuk tujuan tersebut kerajaan Singapura memperuntukkan sejumlah geran yang besar supaya tunas bakat dapat dikenal pasti dan juga diberi didikan istimewa.
Kebanyakannya pemenang Hadiah Nobel adalah dari negara maju dan hanya segelintir mereka berbangsa Asia yang bermastautin di Barat (contohnya Abdus Salam dan Ahmed Hassan Zewail). Maka anggapan bahawa kemudahan prasana di Barat menjadi faktor penting adalah wajar. Namun begitu bagi saya sahsiah mereka lebih utama.
Tidak dinafikan pemenang Hadiah Nobel atau teknokrat terkemuka seperti Bill Gates adalah manusia teristimewa. Adakah resipi mencipta mereka ini? Dalam beberapa syarahan perdana Nobel Laureate yang saya sendiri hadiri, banyak pertanyaan “apakah rahsia kejayaan mereka” dikemukakan. Rata-rata jawapan sama diberikan, bahawa tiada rahsia dan mereka tidak pernah terfikirkan menjadi Pemenang Hadiah Nobel. Rata-rata mereka menganggap bahawa kejayaan mereka adalah satu kebetulan yang menggembirakan (happy accident) yang ditempa setelah gigih berusaha. Di samping mempunyai sikap kritikal dan kreatif mereka juga mempunyai tumpuan tinggi (fokus) dan daya tahan berkualiti superhuman (manusia luar biasa).
Seorang saintis dan pencipta terkemuka, Thomas Alva Edison, pernah menyatakan bahawa: “Genius is one per cent inspiration and ninety-nine per cent perspiration. As a result, a genius is often a talented person who has simply done all of his homework”.
“Genius adalah satu peratus ilham dan sembilan puluh sembilan peratus hasil titik peluh. Maka genius adalah mereka yang berbakat yang telah menjalankan semua kerja-rumah mereka (iaitu setelah berusaha berlanjutan)”.
Biografi beberapa pemenang hadiah Nobel atau teknokrat terkemuka mengisahkan hal serupa. Malahan ramai yang mengisahkan bahawa kedaifan prasana menjadi pendorong utama meningkatkan daya kreatif dan daya bertahan.
Wong Woo dalam buku beliau Chaotic Thought of the Old Millenium (Fikiran kacau bagi alaf lama) menceritakan kejayaan beliau banyak diilhamkan dari suasana kampung yang serba kekurangan. Alat muzik budak kampung (kampung boy) yang murah seperti harmonika sebagai pencetus daya kreatifnya.
Keinginan menukar suasana daif menjadi dorongan utama untuk terus bertahan walau dalam apa cabaran sekalipun.James Lovelock, seorang ahli kimia yang banyak menghasilkan pelbagai ciptaan teknologi (dan beliau sering disamakan dengan Edison) dalam bukunya Homage to Gaia (Menghormati Gaia), juga sependapat bahawa daya cipta beliau meningkat bila bekerja dalam keadaan kurang sempurna. Beliau menambah bahawa sikap kritikal dan tak berkompromi membantu membuat penemuan-penemuan baru. Iaitu kebolehan mencabar idea-idea lama dan melihat arah lain.
Kalau kita kumpulkan semua butiran sikap (sahsiah) seorang Pemenang Hadiah Nobel atau Teknokrat Terkemuka, bolehkah kita mereka cipta watak ini dalam satu formulasi khusus dan tertentu? Atau mungkinkah kita lebih berjaya dengan menggunakan kaedah rawak dan tidak terencana?
Yang penting adalah usaha dan tumpuan diberikan untuk meningkatkan prasarana dan sistem pembelanjaan kita (di kampung dan juga bandar) “tahap bertamadun tinggi” iaitu sebuah masyarakat yang mencapai taraf mencintai ilmu yang mendalam. Cintakan ilmu kerana ilmu.
Sekiranya hal ini terlaksana, dengan satu happy accident, watak istimewa muncul tiba-tiba mungkin dari sebuah kampung Felda tersorok. Budak kampung yang menjadi Pemenang Hadiah Novel pertama untuk Malaysia. Ini bukan angan-angan, tetapi satu harapan.
Walaupun kandungan sistem pembelajaran kita digubal rapi dan dikatakan yang terbaik di rantau ini, namun penghayatan dan pengamalannya tidak menjurus kepada pembetukan sahsiah mencintai ilmu pengetahuan.
Sistem pembelajaran kita terlalu pentingkan hasil kerana dorongan material atau ganjaran yang dikaitkan kepada berapa `A’ dan berapa tebal sijil yang diperoleh. Dari peringkat sekolah rendah lagi anak-anak kita sibuk mengumpul siji penganugerahan bagi setiap aktiviti walaupun kebanyakannya terlalu remeh, semata-mata kerana ia menjamin mereka ke sekolah yang baik untuk mendapat biasiswa. Di peringkat menegah, ramai guru menasihati para pelajar supaya tidak membaca buku teks tetapi menumpukan perhatian kepada buku latihan, nota ringkas dan contoh jawapan.
Para pelajar diberi latihan latih tubi lebih daripada 20 kali sebelum peperiksaan. Iaitu menjalani lebih dari 20 set kertas contoh peperiksaan. Program motivasi mengajar teknik menjawab soalan. Trend terbaru memastikan kejayaan cemerlang adalah program bacaan Yasin dan sembahyang hajat beramai-ramai sebelum peperiksaan untuk pelajar beragama Islam.
Membaca dan sembahyang hajat adalah wajar tetapi bila dilaksanakan secara massa dan sebegitu rupa timbul pertanyaan adakah amalan tersebut ikhlas? Adakah ia berkesan? Adakah ia satu harapan palsu?
Contoh-contoh di atas hanya sebahagian dari amalan yang menggambarkan penekanan melampau terhadap peperiksaan dan hasilnya. Hasilnya memang jelas, ramai pelajar yang mendapat A. Jadi apa salahnya?
Ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengalami fenomena overload (lambakan maklumat). Selesai peperiksaan mereka mencampakkan semua buku dan nota secara fizikal dan mental. Mereka penat.
Di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) mereka mengalami culture shock. Pengajian di IPT memerlukan mereka menimba ilmu pengetahuan yang terkini dan di sempadan terhadapan, tiada lagi nota ringkas, tiada latih tubi, tiada contoh jawapan. Mereka mesti mencari sumber pelajaran sendiri dari menelaah buku-buku dan jurnal dan mencatatkan penemuan terbaru.
Kaedah suap yang menjadi amalan selama hampir 12 tahun di bangku sekolah tidak melengkapkan mereka menjadi ilmuwan yang mempunyai daya inisiatif tinggi, cekal, tegar dan mencabar. Kebanyakan mereka hanyalah robot yang diprogram untuk berjaya memperoleh A.
Tidak kurang juga mereka bosan dengan peperiksaan, mereka mengalami sindrom penafian minda. Kebanyakan mereka tercicir dan kebanyakan mereka adalah pelajar lelaki Melayu.
Di peringkat tinggi, terdapat ramai pelajar yang tidak berminat untuk membaca buku. Bila tugasan diberi, ramai yang membuat rujukan menggunakan ensiklopedia kanak-kanak. Daya pemahaman mereka lemah dan tidak dapat membaca ayat panjang. akibatnya mereka tidak berkeupayaan berhujah semula.
Terperangkap dalam arus mementingkan kecemerlangan hasil, di IPT para pelajar juga mendesak pensyarah memberikan mereka nota ringkas, format soalan dan contoh jawapan. Ilmu yang mutlak tidak lagi penting.
Kini IPT, menara gading bertradisi mendokong ilmu yang tertinggi, juga lebur sedikit demi sedikit untuk menjadi kilang mencetak sijil. Masalah inilah yang harus kita fikirkan bersama. Apa yang lebih penting, ilmu atau sijil?
Catatan:// Tulisan ini pernah muncul di Utusan Malaysia. MajalahSains.Com mengambil inisiatif untuk memuatkan semula rencana ini dengan persetujuan penulis.
IMAN adalah kedua-dua : cahaya dan kekuatan ; dengannya manusia meningkat setinggi-tingginya sehingga mencapai nilai yang melayakkannya ke Syurga. Dengan kegelapan KUFUR, ia jatuh serendah-rendah darjat yang membawanya ke Neraka..
Friday, July 30, 2010
Melahirkan Saintis : Sahsiah vs Prasarana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tentunya ada jalan keluar bagi fenomena ini , samaada diperingkat individu/keluarga , masyarakat ataupun negara...biiznillah..
ReplyDelete