السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUKADIMAH
Masjid Camii Tokyo adalah masjid kedua dan tertua di Jepun setelah Masjid Kobe, Masjid Camii Tokyo adalah sebuah Masjid terbesar di Jepun sehingga ke hari ini.
Masjid ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana satu-satunya masjid yang memiliki seni bina Turki Uthmaniyah di Jepun.
Masjid ini terletak berhampiran dengan bandar metropolitan iaitu di Shibuya-ku, Oyama-chi di Tokyo.
Masjid ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana satu-satunya masjid yang memiliki seni bina Turki Uthmaniyah di Jepun.
Masjid ini terletak berhampiran dengan bandar metropolitan iaitu di Shibuya-ku, Oyama-chi di Tokyo.
SEJARAH MASJID CAMII TOKYO
Wajah Masjid Camii yang lama |
Masjid ini mula dibina selepas penghijrahan sebahagian
etnik Turki ke Jepun, Mereka telah membina dan membuka sebuah penepatan komuniti islam tersendiri yang
dipanggil "Mahalle-i Islamiye" (Daerah Islam).
Komuniti ini diketuai oleh Abdulhay Kurban Ali dan
Abdurresid Ibrahim, Masyarakat Jepun pada ketika itu sangat memberi sokongan
besar atas pembinaan masjid ini dari segi ekonomi dan sosial.
Masjid Camii ini pernah musnah dimakan usia pada tahun 1986 dan pembinaan baru Masjid Camii ini dilakukan semula pada tahun 1998 dan mula siap sepenuhnya pada tahun 2000, segala pembiayaan ditanggung oleh Kerajaan Turki.
Masjid ini diletakkan dibawah pengurusan "Turkish Directorate of Religious Affairs" iaitu sebuah badan organisasi muslim Turki.
Manakala urus tadbir pembinaan masjid ini dilakukan oleh
warga Jepun dan Turki iaitu Sumio Ito dan Akira Wakabayasi (Jepun) dengan Sami
Goren (Turki).
SENI BINA MASJID CAMII TOKYO
Senibina Masjid Camii ini hasil lakaran akrkitek dari Turki iaitu Muharrem Hilmi Senalp yang bercirikan senibina Turki Uthmaniyah.
Masjid Camii ini dibina berdasarkan senibina
Turki-Islamik (Seni Turki Uthmaniyah), iaitu satu kubah utama dan dikelilingi enam kubah semi.
Seni gubahan dalaman masjid mirip dengan Aya-Sofia, di ruangan tengah
ruang solat dihiasi dengan chandelier yang dibawakan khas dari Turki.
Setiap pangkal tiang dihiaskan dengan teliti, Seni
Mukarnas atau ukuran stalaktit digunakan bagi membentuk unjuran poligon-poligon hingga ke sisi kubah semi.
Masjid ini terbahagi
kepada dua segmen utama, iaitu dewan solat di atas, manakala ditingkat bawah
terdapat sebuah pusat kebudayaan melingkungi (dewan makan, pejabat, lobi, taman
mini, tandas dan tempat Wudu'), Ruang solat untuk muslimah juga disediakan di
tingkat atas dalam dewan solat, mampu memuatkan 40-50 orang jemaah dalam satu
masa.
AKTIVITI MASJID CAMII TOKYO
Masjid Camii ini menjadi pusat berkumpul pelbagai komuniti islam di Jepun, ianya sering menjadi tumpuan orang-orang Islam dari Malaysia, Indonesia, Pakistan serta Turki. komuniti islam terbesar di Jepun adalah Komuniti islam etnik Turki.
Selain mengadakan solat lima waktu dan solat Jumaat, ianya juga dibuka untuk para pelancong melawati masjid ini, dan pada hari jumaat untuk solat jumaat, masjid ini juga terbuka untuk masyarakat Jepun melihat dari dekat akan perlaksaan solat jumaat berjemaah dan untuk mereka yang ingin mendalami tentang islam.
Masjid ini dijadikan pusat kebudayaan Turki, pusat informasi dan festival islam, juga menjadi pusat ilmu islam kerana ada dibuka kelas-kelas pengajiaan Al-Quran dan pengetahuan Islam.
AKHIR KALAM
Masjid Camii Tokyo adalah masjid yang penuh bersejarah di Jepun, ianya menceritakan perhubungan keakraban antara Kerajaan Kesultanan Turki Uthmaniyah dengan Kerajaan Maharaja Jepun.
Sehingga ke hari ini, selepas kembali dibagunkan semenjak tahun 2000, Masjid ini telah diberi nafas baru dan perkembangannya semakin berkembang maju, Masjid Camii ini juga telah menjadi Produk pelancongan utama kerajaan Jepun kepada seluruh dunia.
Marilah kita menziarahi sebuah Masjid bersejarah peninggalan Turki Uthmaniyah yang tunggal dan kekal sehingga ke hari ini di Tokyo Jepun.
"Inilah Masjid Kembar Turki Uthmaniyah di Jepun"
No comments:
Post a Comment