Perkenalan
Perkenalan dan berkenalan. Nampak mudah, tapi sebenarnya tidak semudah
itu. Ada yang sudah berkenalan bertahun-tahun, tapi cuba tanya
mereka,adakah benar-benar saling kenal?
Kebelakangan ini saya
menyedari sesuatu,kunci ‘perkenalan’ yang sebenar adalah merasa selesa.
Berkenalan itu bukan sekadar tahu latar belakang,tapi termasuk
sebahagian sejarah hidup, tabiat,pemikiran dan (mungkin) ramalan
tindakan.
Sudah hampir 3 tahun
saya mengenali sahabat saya. Tapi mungkin selama ini saya cuma mengenali
luarannya sahaja sebab topik perbualan kami biasanya lebih kepada latar
belakang. Namun kebelakangan ini, saya membuka sedikit fakta tentang
saya (sebenarnya terlepas cakap), tapi respon dia di luar jangkaan.
Saya terlepas 1 fakta, tapi dia dengan rela melepaskan 10 fakta tentang
dirinya. Saya sebenarnya agak terkejut tapi saya tetap mendengar. Saya
dapat rasakan dia perlahan-lahan menunjukkan dirinya yang sebenar.
Hasilnya, saya bertambah selesa dengannya. Setelah itu,kami saling
bertukar cerita, cerita yang bakal menjadi rahsia antara dua orang.
Jika orang lain tahu namanya,saya tahu nama keluarganya. Jika orang
lain tahu makanan kegemarannya,saya tahu makanan yang dibencinya. Jika
orang lain perlu bertanya tentang fikirannya, saya sudah tahu tanpa
bertanya. Apa yang orang kain tidak tahu,saya tahu. Bagi saya,inilah
yang dimaksudkan dengan ‘kenal dengan seseorang’, dan kuncinya adalah
mencari titik keselesaan , sama ada dengan cara membuka diri,mencari
persamaan ataupun berjuta cara yang lainnya.
" Selagi tak ditemukan titik keselesaan, engkau tak akan dapat mengenal seseorang,buat selama-lamanya."
Angin.
~ Aku Islam
No comments:
Post a Comment