Wednesday, December 10, 2014

Jangan salahkan orang bukan Islam jika mereka menolak Islam ..!!!





Jangan salahkan orang bukan Islam jika mereka menolak Islam kerana:

 1) Umat Islam sendiri tidak mahu menjelaskan apa itu Islam kepada mereka yang tidak beragama Islam.

2) Orang Islam sendiri gagal menunjukkan cara hidup Islam yang menekankan kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan. Bahkan cara hidup dan fikir sebahagian orang Islam lebih teruk berbanding orang bukan Islam. Kecintaan kepada dunia yang melampau seperti harta (materialistik) dan hiburan (hedonisme) mewarnai hidup mereka. Semua ini belum termasuk sikap mereka yang sering culas pada amanah, rasuah, suka bermain judi dan lain-lain dari akhlak dan perbuatan yang tercela.

3) Orang Islam sendiri gemar melakukan pelbagai inovasi dan tokok tambah dalam urusan agama mereka sehingga Islam dilihat sebagai satu agama yang menyusahkan lagi membebankan penganutnya.

Tiga faktor di atas benar-benar telah mencairkan ciri-ciri keunggulan, keindahan dan kemudahan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulllah. Justeru salah siapa sebenarnya?

~ Mohd Hairi Nonchi

No comments:

Post a Comment