Wednesday, January 7, 2015

BINGKISAN BUAT MEREKA YANG MASIH PUNYA HATI NURANI DALAM MENCARI ISLAM SEBENAR



Fikirkan hubungan ini:
JAKIM <--- Nizam Qubrusi ---> Habib Syech ---> Malam Cinta Rasul
Penjelasan:
Golongan Ustaz Selendang Hijau seperti Habib Syech dan teman-temannya yang banyak mengisi slot agama dalam TV, adalah orang yang mengambil ilmu dari urid utama Hisyam Kabbani, mkepada Nizam Qubrusi.
Para Habaib ini menganggap Hisyam Kabbani sebagai ulama Rabbani, guru mursyid, alim terulung, pemegang aqidah shahihah.
Maka mereka bersama-sama duduk dalam majlis Ilmu dan mendengar syarahan Hisyam dan mengambil setiap butir ajarannya.
Lihat pada program Malam Mega Maulid 2013 Dambaan Cinta Rasul anjuran di Stadium Shah Alam Selangor pada Sabtu 1 Jun 2013, bagaimana para ustaz Selendang Hijau menyanjung tinggi Hisyam Kabbani.
Namun peliknya adalah JAKIM telah memfatwakan bahawa Aliran Naqshabandiyah Haqqani ini SESAT dan Terkeluar Dari AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH.
Lihat fatwa JAKIM:
KEPUTUSAN FATWA MUZAKARAH JAW. MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM 3 APRIL 2000
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani
a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000.
Semua ini buat kita berfikir:
(1) Jika Nizam Qubrusi dan Hisyam Kabbani sesat, lalu mereka yang sesat ini dipuja dan dijadikan ulama serta diambil ajarannya oleh para ustaz selendang Hijau, maka bukankah bermakna para ustaz selendang Hijau itu pun memiliki pemikiran sesat?
(2) Bagaimana mungkin Hisyam Kabbani yang sesat tetapi para muridnya dari ustaz Selendang Hijau tidak sesat malah dianggap sebagai pejuang Ahlul Sunnah dan pencinta Nabi?
(3) Atau mungkin lah JAKIM yang "sesat" sebab memfatwakan "kesesatan Nizam Qubrusi" padahal Nizam adalah ulama Asyaariyah yang ulung?
Jadi segala "kesesatan" Nizam adalah kebenaran pada pandangan Ustaz Selendang Hijau?

Kesimpulan:
Inilah gambaran ajaran Islam pada zaman ini dimana agama Islam dikuasai oleh mazhab Asyaariyah yang hanya dicipta sekitar kurun ke 4, yang dipiawaikan oleh Al Baqillani.
Islam di bawah penguasaan mereka menjadikan ia sebagai "bahan lawak jenaka", dan caca-merba.
Islam telah terkontaminasi (tercemar) dengan pelbagai ajaran "tokok-tambah" dari para ustaz dan ustazah Asyaariyah.
Lalu kita sebagai orang awam pun menganggap Islam yang tercemar ini sebagai Islam yang tulen. Bertambah kita yakin apabila kesemua ustaz dan ustazah yang kita jumpa dan belajar, turut mendokong dan memperjuangkan "Islam yang tulen" tersebut.
Padahal kita tidak sedar bahawa kesemua ustaz dan ustazah itu adalah satu golongan yang serupa, iaitu penganut Mazhab Asyaariyah.

Mazhab Asyaariyah dapat dikenal dengan beberapa ciri:
- menggunakan ilmu kalam dalam disiplin Tauhid. Maknanya mereka menjadikan rasio dan penalaran logik dalam membahas tentang Alam Ghaib dan Sifat Tuhan.
- mengajarkan sifat 20. Sifat 20 ini adalah sebuah ajaran yang membingungkan umat Islam. Tanyakan kepada masyarakat Islam di Malaysia, apakah mereka faham tentang perbahasan sifat 20?
- sering menganggap sesuatu hal baharu sebagai Bid'ah Hasanah. Sehingga dengan demikian, mustahil akan wujud Bid'ah Dhalalah (bid'ah yang sesat) sebab semuanya sudah dianggap Hasanah (baik).
Tandaan:
Hampir 90% para ustaz dan ustazah di Malaysia adalah penganut Mazhab Asyaariyah.
Maknanya yang mengajar di pusat pendidikan, yang menjadi imam di masjid dan surau, yang keluar TV dan Radio dalam memberi ceramah; hampir semuanya adalah Asyaariyah.

Like · ·

No comments:

Post a Comment