[ADMIN]
Tuan Guru DrZMAB ada menyatakan kehairanan kerana ada masjid yang mengadakan solat hajat bagi memohon hujan. Sedangkan Rasulullah SAW telah menunjukkan kaedah yang terbaik iaitu solat Istisqa'. Berikut ialah tatacara solat Istisqa' sebagaimana yang diterjemahkan oleh guru kita, Tuan Guru
Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri daripada kitab Fiqh al-Manhaji.
SOLAT ISTISQA’ (SOLAT MEMOHON HUJAN)
Pengertiannya
Solat Istisqa’ ialah solat yang disyariatkan apabila berlaku kemarau. Ia sunat dilakukan apabila ada sebab tersebut, dan tidak sunat lagi apabila hujan turun atau mata air mengalir kerana sebab-sebabnya telah luput.
Cara Solat Istisqa’
Istisqa’ dilakukan dengan dengan tiga cara, iaitu:
Pertama: Sekurang-kurangnya dengan berdoa pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Kedua: Cara yang sederhana ialah berdoa selepas ruku’ pada rakaat yang akhir solat fardhu dan selepas bersolat.
Ketiga: Cara yang paling sempurna ialah melakukannya seperti berikut:
i. Imam atau penolongnya hendaklah meminta orang ramai bersama-sama melakukan perkara-perkara berikut:
• Bertaubat dengan sebenar-benarnya.
• Bersedekah kepada fakir miskin, meninggalkan kezaliman dan mendamaikan persengketaan.
• Berpuasa selama empat hari berturut-turut.
Perkara tersebut sunat dilakukan kerana ia memberi kesan kepada termakbulnya doa sebagaimana yang thabit dalam beberapa hadith yang sahih.
ii. Pada puasa hari keempat, imam bersama-sama orang ramai keluar ke kawasan lapang, berpakaian biasa, merendah diri dan bersopan santun. Kemudian mereka melakukan solat sebanyak dua rakaat sama seperti solat sunat hari raya.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَرَسِّلاً خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَوَاضِعًا مُتَبَذِّلاً مُتَخَشِّعًا مُتَرَسِّلاً مُتَضَرِّعًا فصلى رَكعَتَينِ في العَيدِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW keluar dengan tawadhu’, berpakaian biasa, khusyu’, berlemah-lembut dan merendah diri. Kemudian Baginda bersolat dua rakaat sebagaimana Baginda bersolat pada hari raya.”
Riwayat Ibn Majah (1266)
iii. Apabila selesai bersolat, imam berkhutbah sebagaimana khutbah hari raya. Akan tetapi, apabila dia memulakannya dengan beristighfar sebanyak sembilan kali pada khutbah yang pertama dan sebanyak tujuh kali pada khutbah yang kedua sebagai ganti pada solat hari raya.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Sehingga Aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu.
(Surah Nuh: 10-11)
Setelah berlalu sepertiga khutbah yang kedua, khatib hendaklah berpaling menghadap kiblat dan membelakangi para jemaah.
Seterusnya, dia mengubah kedudukan selendangnya yang bahagian atas ke bawah dan yang bahagian bawah ke atas, diikuti bahagian kanan diubah ke kiri dan bahagian kiri diubah ke kanan. Semua ini dilakukan untuk menzahirkan rasa rendah diri yang teramat sangat kepada Allah SWT. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِى فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ
Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar untuk melakukan solat Istisqa’. Kemudian Baginda bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamah. Seterusnya Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah sambil memalingkan mukanya ke kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan tangannya. Kemudian Baginda membalikkan selendangnya yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan.”
Riwayat Ibn Majah (1268)
Orang ramai juga sunat membalikkan selendang mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW.
Dalam hal ini sunat bagi khatib membanyakkan istighfar, berdoa, bertaubat, merendah diri dan bertawassul dengan orang yang soleh dan yang bertakwa.
Hal ini berdasarkan hadith, daripada Anas RA apabila berlaku kemarau, Umar bin al-Khattab RA memohon hujan dengan perantaraan Abbas bin Abdul Muttalib dengan berkata:
اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِينَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا. قَالَ فَيُسْقَوْنَ
Maksudnya: “Ya Allah! Dahulu kami bertawassul kepada-Mu dengan Nabi kami maka Engkau menurunkan hujan ke atas kami. Dan sekarang kami bertawassul pula kepada-Mu dengan bapa saudara kami, maka turunkanlah hujan ke atas kami. Anas berkata: Mereka pun diturunkan hujan.”
Riwayat al-Bukhari (964)
iv. Sunat dibawa bersama-sama ke kawasan bersolat kanak-kanak, orang tua dan binatang ternakan. Ini adalah kerana bencana yang menimpa turut mengenai mereka semua. Begitu juga ahli zimmah tidak wajar dihalang untuk turut hadir bersama.
Doa untuk Memohon Hujan
Doa yang dianjurkan untuk memohon hujan, antaranya:
اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سُقِيَا رَحْمَةٍ وَلاَ تَجْعَلهَا سُقْيَا عَذَابٍ وَلاَ مَحْقٍ وَلاَ بَلاَءٍ وَلاَ هَدَمٍ وَلاَ غَرْقٍ اللَّهُمَّ عَلَى الظِّرَابِ والآكَامِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ وبُطُونِ الأودية، اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثاً مُغِيْثا،ً هَنِيْئاً مَرِيْئاً مَرِيْعاً، سحًّا عامًا غَدَقاً طَبَقًا مُجَلَّلاً، دَائِماً إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ اللَّهُمَّ اسْقِنَا الغَيْثَ وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ القَانِطِيْنَ اللَّهُمَّ إِنَّ بِالعِبَادِ وَالبِلاَدِ مِنَ الجُهْدِ وَالجُوْعِ وَالضَّنْكِ مَا لاَ نَشْكُوْ إِلاَّ إِلَيْكَ اللَّهُمَّ أَنْبِتْ لِنَا الزَّرْعَ وَأَدِرَّ لَنَا الضَّرْعَ وأَنْزِل علينا مِنْ بَرْكَاتِ السَّمَاءِ وَأَنْبِتْ لَنَا مِنْ بَرْكَاتِ الأَرْضِ وَاكْشِفْ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَكْشِفُهُ غَيْرُكَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ كُنْتَ غَفَّاراً فَأَرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْنَا مِدْرَاراً
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah hujan itu rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan, bukan bala, bukan kehancuran dan bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami bukan di atas kami. Ya Allah! Turunkanlah hujan yang menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, hujan yang turun lebat di merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari kiamat. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berputus asa. Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi kesukaran, kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah kepada kami keberkatan daripada langit, dan tumbuhkanlah bagi kami dari bumi tanaman yang berkat. Hindarkanlah bala bencana daripada kami yang tiada sesiapa yang boleh menghindarkannya selain-Mu. Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat ke atas kami.”
Riwayat al-Bukhari (967), Muslim (897), Abu Daud (1169), al-Syafie (al-Umm 1/222) dan yang la
Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:
Post a Comment