15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
-----------------------
[1]dan termasuk juga Internet, di mana kadang-kadang anak lebih mahir dari ibubapa...
Sumber: diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa.
http://penjagakubur96.blogspot.com/2012/02/15-kesilapan-ibubapa-dalam-mendidik.html
------------------------------------
Artiekelberkaitan :
-http://darulharis.blogspot.com/2012/09/antara-kesilapan-ibu-bapa-dalam.html
(artikelyg hampir sama)
-http://darulharis.blogspot.com/2010/11/didik-anak-dengan-ilmu-bukan-ancaman.html
- http://darulharis.blogspot.com/2012/04/beberapa-panduan-mendidik-anak-soleh.html
- http://darulharis.blogspot.com/2012/05/kisah-ibu-dari-10-anak-penghafal-al.html
------------------------------------
Artiekelberkaitan :
-http://darulharis.blogspot.com/2012/09/antara-kesilapan-ibu-bapa-dalam.html
(artikelyg hampir sama)
-http://darulharis.blogspot.com/2010/11/didik-anak-dengan-ilmu-bukan-ancaman.html
- http://darulharis.blogspot.com/2012/04/beberapa-panduan-mendidik-anak-soleh.html
- http://darulharis.blogspot.com/2012/05/kisah-ibu-dari-10-anak-penghafal-al.html

![Nikmat Allah, Dikongsikan!
Apa suasana yang lebih membahagiak hati ibu-bapa ketika mendapati begitu cepat merespon apa yang didengar dari luar dan ternyata ia sudah dibekalkan di dalam. Ketika anak-anak sudah dibiasakan dengan hafazan [walau belum selesai membaca iqra'] dan mendengarkan kisah-kisah dalam al-Quran, hadis dan pengalaman spiritual ulama yang solih, maka ia akan mudah merespond dan menghubungkaitkan dengan apa yang sudah diperolehinya.
Contoh, ketika ananda sudah hafal beberapa surah pendek dalam juzuk Amma, maka ketika dalam perjalanan ia mendengar ada suara mengaji membacakan ayat yang sudah dihafaznya, maka ananda akan terus mengikuti dan menyambung bacaan tersebut. Misalnya di kereta, dipasang radio IKIM dan tengah membaca ayat "Idhhab Ila Fira'aun ....!" Maka ananda akan meneruskan bacaan, "Innahu Thagha, Faqul Hal Laka Ila An-Tazakka, Waahdiyaka Ila Rabbika Fatakhsha ... dan seterusnya hingga akhir ayat!"
Bagitu juga ketika tengah mengaji, bila dalam satu muka surat yang dibaca terdapat beberapa kata yang kata itu ada dalam memori hafazannya, maka ananda akan membacakannya sambungan kata tersebut. Wajar, bacaan iqranya sentiasa lama untuk satu muka surat disebabkan kebiasaan membacakan sambungan kata dalam bentuk ayat yang sudah dihafaznya. Contoh, ketika ada terjumpa kata Ghashiyah [Iqra' 3], maka ananda akan memperpanjang 'keadaan' dengan terus berkata, "Sama dengan ayat Hal Ata Hadithsu al-Ghashiyah, Wujuhu Yaumaidhin Khashi'ah, 'Amilatun Nasibah ... diteruskan hingga kahir ayat."
Masih banyak pengalaman lain yang boleh dikongsikan. Namun penekanan dari perkongsian ini adalah mari kita berusaha menjadi ibu-bapa yang berperanan sebagai pelukis terbaik untuk kanvas-kanvas putih yang sentiasa memerlukan sentuhan kepiawian dan polesan warna-warni yang bernilai, dunia dan akhirat.
Perjalanan masih panjang, tentu ini bukan akhir daripada tanggungjawab yang mesti diteruskan. Semoga Allah mudahkan kita membekalkan pengetahuan sebagai ibu-bapa dan memberikan penyelesaian terbajik dan terbijak terhadap setiap tahapan persoalan yang akan sentiasa hadir di setiap anjakan usia anak-anak!
Wallahu A'lam!](http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/183986_3886982576132_293797670_n.jpg)
