Thursday, February 3, 2011

Demonstrasi Mesir Didalangi Oleh Kuasa Luar


Jasmine Revolution yang berlaku di Tunisia selama 28 hari daripada 17 Disember hingga 15 Januari 2011 dikatakan menjadi inspirasi kepada demonstrasi seterusnya di Mesir. Benarkah Jasmine Revolution adalah kepingan puzzle pertama untuk mencetuskan teori domino kebangkitan yang sama di Lubnan, Jordan dan Yemen? Atau Jasmine Revolution adalah sebahagian daripada revolusi yang sudah dirancang untuk memenuhi sebahagian agenda penjajahan regime change barat. Rakyat yang terlibat dalam uprising tersebut tidak tahu dari mana rancangan sebenar itu diadakan. Apa yang mereka tahu setelah emosi bercampur baur adalah untuk menggulingkan pemerintah.

25 Januari 2011, bermula satu protes besar-besaran daripada rakyat di Mesir terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Hosni Mubarak. Perhimpunan yang diseru oleh satu kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "April 6 Youth" ini dimulakan selepas solat Jumaat. Semuanya diadakan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dikatakan sebagai tyranny. Siapakah kumpulan "April 6 Youth" ini?

Logo kumpulan "April 6 Youth" yang dipimpin oleh Ahmed Maher adalah satu kumpulan yang berasaskan cyber networking yang diasaskan pada 6 April 2007. Ahmed Maher menjadikan Orange Revolution yang dilakukan oleh orang Serbia untuk menggulingkan Slobodan Milosevic sebagai inspirasinya. April 6 Youth menggunakan medium media baru (Facebook, Twitter dan Blog) untuk membangkitkan perasaan marah rakyat pada Hosni Mubarak. Kumpulan April 6 Youth yang dipimpin oleh Ahmed Maher terlibat dalam sebahagian rancangan regime change ini sebagaimana yang didedahkan oleh The Telegraph.

The Telegraph, 1 Februari 2011 telah mendedahkan satu dokumen rahsia yang dihantar daripada kedutaan Amerika Syarikat ke Washington berkaitan sokongan Amerika Syarikat untuk mengadakan regime change di Mesir (baca sini). Turut terlibat dalam kerangka besar rancangan color revolution ini adalah George Soros (Pengerusi Open Society Institute) yang dipercayai membiayai Radio Kalima di Tunisia serta menyediakan geran latihan kepada NGO di Mesir iaitu The Egyptian Initiative for Personal Rights (baca sini).


Selain Soros, National Endowment for Democracy (NED) turut memainkan peranan di Mesir dan Tunisia (baca sini). NED telah menyedikan dana sejumlah USD$19,000 untuk youth forum bagi 150 pelajar universiti dari Gharbeya, Suez, Minya dan Assiut. Latihan tentang kesedaran politik dan teknik media baru didedahkan kepada pelajar tersebut. Koordinasi rancangan Soros dan NED ini dilakukan oleh satu kumpulan yang dinamakan sebagai International Crisis Group (ICG). Mengapa El Baradei yang mahu dipilih sebagai pengganti? Apa hubungan hubungan El Baradei dan Soros dalam ICG? El Baradei dan Soros adalah Executive Committe dalam International Crisis Group, ICG. Menggantikan Hosni dengan pemimpin yang sudah ditunjuk oleh barat sendiri.

Ada rakyat Malaysia yang suka melihat kejadian di Mesir berlaku begitu di negara ini. Sedangkan dalam masa yang sama, ibubapa pelajar di Malaysia amat bimbang keselamatan anak mereka akibat kekacauan yang berlaku di Mesir. Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain yang marah dengan Hosni Mubarak hanya menyertai gerakan demonstrasi tersebut selepas ianya telah dicetuskan. Sedangkan apa hakikat sebenarnya, punca dan perancangan tersebut dicetuskan oleh kuasa luar. Memang Hosni dikatakan sebagai punca demonstrasi namun majoriti rakyat lain tidak harus diheret sama dalam kancah kekacauan dan ketidakstabilan yang dicetuskan melalui demonstrasi. Siapa yang perlu dipersalahkan bila 5,000 orang banduan lari dari penjara dan mengganggu orang awam?

2 Feb 2011, pada jam 2.30 petang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menyeru ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di Wisma Putra, Putrajaya. Motifnya adalah untuk berhimpun dan menyerahkan memorandum. Mahasiswa perlu mengkaji dan banyak menganalisa, jangan terus termakan dengan cara revolusi yang sedang berlaku di Mesir. Perlunya rakyat Malaysia memahami bahawa Soros adalah pelindung dan penaja utama color revolution yang berlaku di seluruh dunia.

Rose Revolution di Georgia pada 2003

Rose Revolution di Georgia, Orange Revolution di Ukraine,Tulip Revolution di Kyrgyzstan, Green Revolution di Iran, Jasmine Revolution di Tunisia dan yang terbaru adalah di Mesir. Kejadian yang berlaku di Tunisia bukanlah puzzle permulaan, ianya adalah sebahagian rancangan regime change oleh pihak luar. Sewajarnya umat Islam bertindak secara berhikmah bagi mengelak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jangan terperangkap dalam jerat yang sudah dipasang oleh barat. Sesama Islam bergasak, barat ketawa melihat mangsa mereka memakan umpan yang sudah lama dipasang.

Sumber : http://anginperubahan.blogspot.com/2011/02/demonstrasi-mesir-didalangi-oleh-kuasa.html

-http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/8289698/Egypt-protests-secret-US-document-discloses-support-for-protesters.html

- http://www.eipr.org/en

5 comments:

  1. seperti yang dikatakan oleh seorang sahabat..

    1)"penglibatan tangan2 tersembunyi dan kotor amerika dan yahudi semakin kelihatan dgn terbukanya wajah elbaradei di celah2 pemberontakan. anak belaan Amerika ini, apa kah yg Islam harapkan daripadanya? ..."

    2)Tak ada Maslahat yang sifatnya tetap (dawam) yang di hasilkan oleh sebuah tsaurah (pemberontakan), oleh karena itu ulama tidak memandang Revolusi yang terjadi di Iran sebagai Revolusi yang Islami karena hakekatnya cuma mengganti rezim dikta...tor SYAH PAHLEVI dengan Budaya Kesyirikan SYI'AH yang harus mengorbankan darah kaum muslimin Iran dan ini mudharatnya lebih beeeeeesar sangat, di mesir juga demikian banyak kepentingan yang bermain SYI'AH dengan lembaga taqribnya di MESIR memainkan peran besar bersama ikhwan di MESIR ini juga yang terjadi antara PAS da

    ReplyDelete
  2. (samb. )
    3)bagaimana mungkin berevolusi dgn agama sedangkan agama dan revolusi itu dua benda asing yg tidak akan bersatu.
    mesir telah menyaksikan daripada satu revolusi kpd satu revolusi dari Malik Faruq kpd al-Fasiq Gamal Abd al-Naser, kemudian kpd r...egim ganas Mubarak, namun mereka masih tidak mahu mengambil iktibar dan sekarang berevolusi utk meletakkan mesir di mulut seekor harimau lagi, elbaradei.
    Kejahilan dan kebodohan terlampau sedang menguasai dan merasuk minda umat Islam sehingga pada mereka cadangan dan jejak langkah kafir adalah jalan utama utk menegakkan Islam bukan dgn jalan yg diajar Allah dan RasulNya....

    ReplyDelete
  3. (samb.)
    4)adi memang antara revolusi (demonstrasi) tak ada jalan. Karena Revolusi (Demonstrasi) adalah langkah khawarij yang ingin khuruj dari pemerintahan yang sah. Tapi heran juga lihat budak2 paham dalil tapi masih semangat bela ajaran khawarij yang satu ini. Apalagi sampai mengambil syi'ah masuk di kubu xxx untuk menggulingkan xxxx.....

    ReplyDelete
  4. (samb.)
    5)Ibn Taimiyyah berkata:

    "Aku dan beberapa sahabatku (di zaman Tartar menyerang Islam) meleweti sekelompok orang dari kalangan mereka yang sedang minum arak. Beberapa orang sahabatku mencegah mereka, maka akupun mencegak sahabatku itu. Aku kat...akan kepadanya: bahawa Allah mengharamkan arak kerana ia menghalangi manusia dari zikir kepada Allah dan dari solat, sedang pada mereka, arak itu akan menghalangi mereka dari membunuh dan menawan wanita dan anak-anak serta merampas harta, maka biarkanlah mereka!" (I'lamul Muwaqqi'in)

    ReplyDelete
  5. (samb.)
    #
    Ibn Taimiyyah hidup dizaman Tartar menyerang dunia Islam. Malah beliau berperang dalam jihad. Manusia yang tidak membaca sejarah, dan mentafsir agama dengan rasio, tidak akan dapat memahami Islam secara benar. Mereka meletakkan nafsu diatas neraca kebenaran.


    Ibn Taimiyyah berkata:

    Paling tinggi hasil yang mereka perolehi ada dua kemungkinan - kalah atau menang, kemudian hilang pula kekuasaannya setelah itu dan tidak mendapat apa-apa. Seperti Abdullah Bin Ali dan Abu Muslim yang telah banyak memb...unuh manusia, apa yang terjadi kepada mereka? Keduanya berakhir dengan dibunuh oleh Abu Ja'afar Al Mansur.

    Adapun Ahlul Hurrah, Ibnul Asy'ats, Ibnul Muhallab dan lain-lain, semuanya kalah ndan dikalahkan pula semua pengikut mereka.

    Tidaklah mereka menegakkan agama, tidak pula menyisakan dunia. Allah Ta'ala tidak pernah menyuruh sesuatu yang tidak memberikan kebaikan kepada agama, tidak pula kepada dunia...

    ReplyDelete