SUNDAY, JULY 12, 2009
Kebebasan dan demokrasi senjata utama lumpuhkan negara Islam
Kebebasan dan demokrasi adalah kunci persefahaman hubungan antara Islam dan Barat, begitulah kesimpulan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, semasa berucap di Persidangan Antara Agama, Perth, Australia (Perth Interfaith Conference), 11 Julai.
Menurut Anwar, intipati ajaran Islam menganggap 'kebebasan' adalah satu daripada objektif tertinggi dalam hukum Tuhan yang menyerupai ciri-ciri perlembagaan demokrasi iaitu kebebasan hak asasi, kebebasan bersuara menentang kezaliman, seruan untuk pembaharuan terhadap hak milik harta.[?]
Menurut Anwar, hanya kebebasan dan demokrasi sahaja dapat melumpuhkan agenda sesetengah pihak di negara Islam yang mahu menubuhkan sebuah 'negara Islam' berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Keghairahan pihak tertentu melaungkan slogan 'negara Islam' itu akan mewujudkan semangat jihad dan lebih cenderung dengan aktiviti teroris.
Anwar berharap, Presiden Obama tidak melakukan kesilapan sama yang pernah dilakukan oleh Presiden-presiden Amerika sebelum ini dalam menjayakan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam.
Semasa Presiden Bush, beliau telah menumpukan usaha melawan teroris di dunia Islam itu dengan memberi bantuan kewangan kepada program 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam. Namun usaha Presiden Bush menemui jalan buntu kerana Presdien Bush menjalan dasar terpilih, iaitu sesetengah negara Islam, Bush menyokong program 'kebebasan' dan 'demokrasi', tetapi di sesetengah negara Islam lain Bush menyokong golongan autokrasi (kuku besi).
Walaupun, di sesetengah negara muslim yang diperintah oleh autokrasi itu terdapat golongan moderat dan pembaharuan (yang sama aspirasi dengan Amerika Syarikat), tetapi Presiden Bush memilih pendekatan untuk menyokong autokrasi. Menurut Anwar, inilah faktor utama agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' gagal dilaksanakan sepenuhnya di negara-negara muslim itu.
Menurutnya lagi, hanya Turki sahaja berjaya menjadi model 'kebebasan' dan 'demokrasi' serta kegiatan teroris dapat dibendung sepenuhnya di negara itu.
Dasar tidak bijaksana pentadbiran washington merupakan penyumbang kegagalan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi', misalnya operasi CIA menumbangkan Perdana Menteri Iran, Mossadegh, semasa pemerintahan Shah Iran Pahlavi, kerana selepas itu Iran jatuh ke tangan Republik Islam, Ayatollah Khomeini.
Anwar berharap, Presiden Obama tidak mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan oleh presiden-presiden Amerika Syarikat sebelum ini, dalam menjayakan agenda 'kebebasan' dan 'demokrasi' di dunia Islam.
Selain Anwar, perceramah lain yang turut berceramah dalam program itu adalah Reverend Professor James Haire, former President of the Uniting Church in Australia and the current Executive Director of the Australian Centre for Christianity and Culture, Imam Afroz Ali, Founder and President of Al-Ghazzali Centre, Dr. Wan Azizah, president of the People’s Justice Party of Malaysia and Father Charles Waddell, Interfaith Delegate of the Catholic Church.
sumber :
Dari sini dapat derenung dan difikir-fikirkan..siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya...adakah Dia pembela Islam atau peruntuh.(!?)...
ReplyDelete