Monday, December 19, 2011

Hukum Membaca Zikir dan al-Qur'an Sehingga Mengganggu Orang Lain.




Soalan:

Apakah hukum melakukan zikir atau membaca al-Qur'an dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain yang masih beribadah, tidur, sakit dan sebagainya?

Jawapan:

Melakukan zikir kepada Allah atau membaca al-Qur'an, kedua-duanya adalah amalan yang dianjurkan (sunat). Namun jika amalan ini dilakukan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain; seperti orang yang sedang beribadah, sedang tidur dan sebagainya maka ia menjadi haram.

Imam Malik r.h telah meriwayatkan bahawa al-Bayadhiyyi r.a telah berkata:

أَنَّ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّو نَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَا تُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ: أَنَّ الْمُصَلِّي يُنَا جِيْ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يُنَاجِِيْهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ بِالْقِرْ آنِ.

"Bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya ramai orang bersolat dan ramai pula yang mengeraskan (meninggikan) suara mereka dalam membaca al-Qur’an. (Melihat yang demikian) Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya orang yang sedang bersolat itu sedang munajat atau berkomunikasi dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang diperkatakannya itu! Dan janganlah pula sebahagian kamu mengeraskan suara melebihi yang lainnya dalam membaca al-Qur'an." -
H/R Ahmad dalam Musnad Ahmad (no. 19022).

Dalam riwayat Abu Daud (no. 1332) ada disebutkan:

أعْتَكَفَ رَسُوْلَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهِ عَلَيْهِْ وَسَلَّمْ فِيْ الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُوْنَ بِا الْْقِرَاءِة فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلاَّ اِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلاَ يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلاَ يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَىَ بَعْضٍ فِيْ الْْقِرَاءِةِ أَوْ قَالَ فِيْ الصًّلاَةِ.

Rasulullah s.a.w memerhatikan orang-orang yang beriktikaf di masjid dan baginda mendengar mereka menguatkan suara mereka sewaktu membaca al-Qur'an. Baginda menyelak kain langsir dan berkata:

"Setiap daripada kamu sedang berkomunikasi dengan Tuhannya. Janganlah sebahagian daripada kamu mengganggu yang lainnya. Janganlah kamu menguatkan suara kamu melebihi yang lainnya sewaktu membaca al-Qur'an atau ketika kamu sedang solat."


Ibnu 'Abd al-Bar r.h berpendapat bahawa kedua-dua hadis di atas ini adalah hadis yang sahih.

"Ini membuktikan bahawa meninggikan suara membaca al-Qur'an sehingga mengganggu orang lain adalah suatu yang ditegah oleh agama.
Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah r.h (728H):

"Tidak seseorang pun mengganggu orang dalam masjid atau orang (yang sedang mengerjakan) solat, membaca al-Qur’an, zikir, doa dan semisalnya. Sebab, masjid dibangun untuk mendirikan amal-amal tersebut. Tidak boleh seseorang pun mengerjakan sesuatu yang boleh dapat mengganggu mereka, baik dalam masjid, di pintu masjid atau tempat yang dekat dengan masjid.

Nabi pernah keluar menemui para sahabat yang sedang solat dan membaca dengan suara yang jahr (keras), baginda bersabda (yang bermaksud): Wahai manusia, masing-masing dari kamu sedang bermunajat pada Rabbnya. Hendaknya kamu tidak saling mengeraskan bacaan.

Apabila Nabi telah melarang orang solat mengeraskan bacaan (mengganggu) orang lain yang sedang solat juga, bagaimana dengan lainnya?
Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu yang mengganggu orang dalam masjid atau mengerjakan sesuatu yang mengarah pada hal itu maka hendaklah ia dilarang.
Wallahu ‘alam."

Lihat: Irysadat an Ba’dhil Mukhalafat fi ath-Thaharah, as-Shalah, al-Masajid karya Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad as-Sadlan, m/s. 268.
~Cikgu Arie~

6 comments:

  1. Apakah hukumnya bila sesaorang suka memasang kaset Al Quran sepanjang malam sewaktu tidur sedangkan dia sendiri tidur nyenyak tanpa menghayati atau pun mendengar bacaan dari kaset itu? Dan apakah hukumnya sekiranya dengan berbuat demikian ianya menggangu tidur orang lain?

    ReplyDelete
  2. Apakah hukumnya bila sesaorang suka memasang kaset Al Quran sepanjang malam sewaktu tidur sedangkan dia sendiri tidur nyenyak tanpa menghayati atau pun mendengar bacaan dari kaset itu? Dan apakah hukumnya sekiranya dengan berbuat demikian ianya menggangu tidur orang lain?

    iya nih mengganggu banget.. layaknya orang goblok yyang dosanya melebihi ppara pembunuh,, krena mengganggu HAK ketenangan roang lain.tolong dong d jawab

    ReplyDelete
  3. Jadikan ibadah kita ikhlas dan tidak menganggu orang lain.
    Termasuk membaca quran di mesjid menggunakan speaker, bisa menjadi menganggu orang yang sedang shalat wajib/ sunnah di rumah.
    Khususnya wanita yg lebih utamanshaoat di rumah.

    ReplyDelete
  4. Apa hukumnya bagi orang yg suka rame pas ada org yg lagi istirahat atau tidur?minta keterangannya

    ReplyDelete
  5. Kadang keganggu juga sih kalau terlalu sering, kenceng, terus gapake nada yg bagus. Mending kalau dilagam dan bagus. Ini mah udah keras, ganggu orang LG aktivitas yg lain (solat, belajar), kan ada org yg belajar gabisa berisik keadaannya. Terus resenya lagi sambil berdahak2 GT tiap jeda beberapa menit. Kan bikin kesel "KHOEEEKKK". Udah sih berhenti dulu kalau keselek mah. Minum dulu kek, apa dl kek. LG makan jg JD enek kan "KHOEEEKKK"

    ReplyDelete
  6. Apa hukumnya baca almulk secara ramai guna microphone selepas solat isyak sedang kan Masih ada org musafir sedang solat kerana singgah bersama- sama ahli keluarga yg lain?

    ReplyDelete