Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

PRU 13 : IMAM MADINAH PUJI BN

Oleh : Beruang Biru

Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah iaitu Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair dilaporkan menyatakan kekagumannya dengan usaha kerajaan Malaysia dalam mendaulatkan Islam. Syeikh Solah menyatakan sedemikian dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju semalam. 

Menurut Syeikh Solah, BN telah berjaya meningkat dan mengembangkang syiar Islam serta berjaya mengimarahkan masjid dalam usaha mendekatkan umat Islam dengan amalan saleh.  

Kenyataan tersebut sekali gus merupakan satu pengiktirafan ke atas peranan BN dalam memikul tanggungjawab sebagai kerajaan di sebuah Negara Islam. 

Jangan nanti ada pula puak PAS yang menghukum Syeikh Solah sebagai sesat kerana memuji kerajaan Malaysia.  Dan jangan pula puak PAS menuduh beliau tidak faham politik kerana memang patut pun beliau tidak faham politik, sepertimana seorang Ulama yang sebenar.   

Hakikatnya, Syeikh Solah bukan satu-satunya Ulama tersohor yang mengiktiraf kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan negara Islam yang baik, tetapi hampir kesemua ulama-ulama tersohor dunia memandang tinggi terhadap Malaysia.  

Tiada siapa yang mampu menafikan bahawa tidak ada negara Islam yang mampu berdiri teguh, aman dan makmur walaupun bermasyarakat majmuk seperti Malaysia. Islam mementingkan kesederhanaan dan tidak salah jika dikatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang benar-benar menghayati konsep kesederhanaan dalam Islam. Malaysia berpegang kepada asas yang padu namun terbuka tetapi di masa yang sama, tidak mungkin bertoleransi dengan sebarang amalan songsang yang bertentangan dengan Islam.  

Kesederhanaan inilah yang membawa Malaysia ke tahapnya hari ini. Di kala negara Islam lain masih ragu-ragu untuk mengamalkan ajaran Islam yang meletakkan wanita di tempat yang sama dengan lelaki dalam pendidikan dan pekerjaan, Malaysia tidak pernah meraguinya. Di kala negara Islam lain masih bergelut dengan soal keturunan, mazhab, puak dan sebagainya, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu dan ekonomi ummah.  

Walaupun masih tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan dalam usaha melahirkan ummah yang mampu menepati tanggungjawab sebagai Khalifah di bumi, namun sekurang-kurangnya Malaysia telah berada di landasan yang pasti.  

Malaysia tidak keliru antara adat dan agama dan Malaysia tidak terpedaya bahawa yang ekstrem itu adalah lebih baik.  Di bawah Barisan Nasional, InsyaAllah, kedudukan Islam di Malaysia akan terus utuh di bawah naungan Raja-raja Melayu. 

Q&A – HUKUM TIDAK MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA








HUKUM MENGUNDI 

Soalan: Bolehkah jika tidak mahu mengundi kerana demokrasi dan pilihanraya bukan dari Islam dan tidak ada calon yang baik untuk dipilih?
Jawapan:
Saya melihat bahawa demokrasi di negara kita sudah sampai ke kemuncak. Dengan erti kata kita perlu sedar bahawa negara kita pada hari ini menjadi fokus musuh-musuh besar Barat di mana mereka merasa sangat tidak senang dan merasa iri hati dengan kemajuan dan kemakmuran yang telah kita kecapi di negara kita.
Jangan kita nafikan nikmat yang sedang kita kecapi ini. Jangan kita nafikan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Itu bukan sifat seorang Islam.
Buktinya adalah kita melihat bahawa ramainya orang-orang luar datang ke negara kita untuk mencari rezki, ramai pelajar-pelajar dari negara luar bahkan pelajar-pelajar dari negara Arab pun datang belajar di negara ini.
Bagi sesiapa yang tidak faham, orang Arab ini mereka tidak akan mudah mempercayai sesama orang Islam, lebih-lebih lagi orang dari negara-negara Arab yang kaya.
Orang Arab secara prinsipnya mereka ada satu perasaan bangga dan cemburu. Ini adalah satu masalah, iaitu mereka lebih memandang tinggi orang Barat berbanding orang Islam. Itu masalah mereka.
Tetapi apabila mereka datang ke negara kita untuk belajar, mencari rezki dan sebagainya maka ini adalah satu pengiktirafan.
Maka kita perlu faham dan sedar, bangun daripada lamunan. Kita perlu sedar bahawa usaha kerajaan-kerajaan orang kafir sekarang adalah tertumpu ke negara kita.
Tidak ada bukti yang lebih jelas daripada penyaluran dana-dana daripada NGO-NGO yang di belakangnya adalah orang-orang kafir Yahudi yang kononnya mahukan “Regime Change”, kononnya mereka mahu menukar kerajaan rejim. Ini semua merupakan satu propaganda bagi memburuk-burukkan kerajaan Islam.
Kita perlu sedar tentang muslihat musuh-musuh Islam ini. Kita sama sekali tidak mahu negara kita menjadi huru-hara seperti mana yang berlaku di negara-negara Arab yang lain.
Bahkan kita tidak perlu memandang jauh. Kita pandang sahaja negara-negara Islam serantau. Bagaimana kedudukan negara kita berbanding negara-negara Islam di serantau.
Bagi mereka yang ikhlas dan jujur, mereka akan mengakui bahawa negara kita lebih jauh di hadapan. Maka kemakmuran dan keamanan di negara kita perlu dijaga, dengan cara jangan ditukar pemerintah yang ada.
Bolehkah mengambil pendekatan tidak mahu mengundi? Saya melihat bahawa ianya adalah tidak wajar. Apabila kita sudah sedar bahawa kerajaan yang ada sedang digugat, dan sememangnya menjadi perintah Syarak supaya kita mempertahankan pemerintah,
إِذَا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الْآخَرَ مِنْهُمَا
“Jika diangkat dua orang pemerintah, maka bunuhlah yang kedua.” (Riwayat Muslim, Abu ‘Awaanah, Al-Baihaqi dan yang lain)
Kerana apa, kerana pemerintah yang kedua itu akan mengucar-kacirkan dan memecah-belahkan masyarakat.
Kita dapati bahawa ada pula calon daripada pembangkang yang beriya-iya hendak menjadi Perdana Menteri. Hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ini memang tepat kena pada batang hidungnya. Cuma kita janganlah sampai berlaku pertumpahan darah. Cukup sahaja kita menolaknya dengan cara kita jangan memilih mereka dan kekalkan kerajaan yang sedia ada.
Memang asalnya demokrasi adalah batil. Pilihan raya adalah batil. Tetapi kaedah Syarak menetapkan,
الضرورة تبيح المحظورات
“Darurat membolehkan sesuatu yang dilarang.”
Jangan kita lupa kaedah itu. Maka kalau kita melihat keadaan sudah menjadi genting, keadaan sudah menjadi cemas di mana kerajaan sudah diganggu gugat, ada kebarangkalian bahawa ia akan dijatuhkan, maka menjadi kewajipan ke atas kita untuk mempertahankan.
Jangan kita biarkan ianya berlaku. Kalau kita duduk diam sahaja kita akan menjadi syaitan yang bisu. Maka perlu ada usaha untuk kita kekalkan pemerintah yang ada, tidak semestinya kerana kita suka.
Maka kalau kita lihat ianya sudah jadi darurat iaitu ada keperluan, maka hukumnya menjadi wajib untuk kita mengundi dan mengekalkan pemerintah yang ada.
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab kuliah umum Demokrasi & Pilihanraya, 30/04/2013)

~
Dijawab oleh: Ustaz Idris Sulaiman
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab kuliah umum Demokrasi & Pilihanraya, 30/04/2013)

Thursday, May 2, 2013

Slogan ‘ubah’ jahanamkan banyak negara Islam

 

KETIKA berlaku kebangkitan rakyat di bumi Arab, ramai yang begitu teruja dan dunia mengikutinya dengan penuh minat, ingin mengetahui apakah kesudahannya.

Mereka ingin mengetahui apakah perubahan pucuk pimpinan di beberapa negara Arab terbabit akan turut membawa perubahan nasib dan kehidupan penduduk Arab di negara-negara berkenaan.

Namun, ramai yang kemudiannya kecewa melihat kebangkitan rakyat di bumi Arab yang bermula di Tunisia itu dan merebak menjadi satu fenomena di seluruh dunia Arab, dikenali sebagai Arab Spring akhirnya bertukar menjadi malapetaka.

Kita mendoakan semoga Arab Spring yang bermula di Tunisia pada Januari 2011 yang menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Zine El Abidine Ben Ali itu tidak melarat menjadi teori domino yang merebak ke negara-negara Islam lain.

Di bumi Syria, kebangkitan rakyat yang mahu mengubah kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, kini menjadi mimpi ngeri apabila ia meletus menjadi perang saudara, yang kini sudah berlarutan lebih dua tahun dan mengorbankan lebih 70,000 nyawa dan memaksa lebih 1.4 juta penduduk Syria menjadi pelarian.

Di Syria slogan ‘ubah’ kerajaan bukan sahaja meragut banyak nyawa, tetapi menyaksikan kemusnahan negara itu di depan mata rakyatnya sendiri.

Di Libya pula, keamanan sukar dipulihkan semula selepas kepimpinan baru mengambil alih teraju Libya daripada Muammar Gaddafi.

Slogan ‘ubah’ juga membuatkan penduduk Libya menjadi biadab dan ganas, bukan sahaja pemimpin mereka digulingkan tetapi mereka turut dibunuh dengan kejam tanpa ada perasaan belas kasihan, jauh sekali berterima kasih atas jasa dan bakti mereka.

Apakah Gaddafi tidak ada jasa langsung semasa memerintah Libya sehingga beliau dibunuh dengan begitu kejam dan hina sekali. Begitulah slogan ‘ubah’ menterjemah perjuangan mereka, kononnya untuk membawa perubahan.

Malahan pada masa ini tiada jaminan keselamatan di bumi Libya, termasuk diplomat asing turut menjadi sasaran serangan.

Pada September lalu, bangunan konsulat Amerika Syarikat (AS) di Benghazi dibom mengakibatkan Duta AS ke negara itu, Christopher Stevens dan tiga rakyat AS terbunuh.

Kemudian Kedutaan Perancis di Libya pula menjadi sasaran, apabila satu letupan bom berlaku di kedutaan itu di Tripoli pada 23 April lalu menyebabkan dua pengawal keselamatan cedera dalam serangan pertama di ibu negara itu sejak Gaddafi disingkirkan pada 2011.

Di Mesir, kejatuhan bekas Presiden Hosni Mubarak tidak membawa sebarang perubahan pun kepada Bumi Anbia itu, sebaliknya kehidupan rakyatnya semakin menderita dengan saban hari berlaku demonstrasi ganas yang mengorbankan banyak nyawa.

Nyawa manusia tidak lagi dihargai dan keamanan kini sudah tidak wujud lagi.
Nikmat keamanan dan keselamatan semasa pemerintahan Mubarak kini hanya tinggal kenangan dan sejarah.

Kini penduduk Mesir bertempur sesama sendiri.
Pertempuran berlaku sesama penyokong yang mendokong perjuangan ‘ubah’ sebelum ini, di bandar-bandar besar dengan sasaran mereka kerajaan Presiden Mohamed Mursi yang mereka pilih sendiri.
Slogan ‘ubah’ di negara-negara Arab terbabit telah menjadi ‘sumpahan’ yang bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa tetapi juga menjahanamkan negara.

‘Ubah’ membayar harga yang mahal di bumi Arab dan musuh Islam melihat kejatuhan negara-negara besar Arab satu persatu di tangan rakyatnya sendiri bermula dengan kejatuhan Tunisia, Libya, kemudian Mesir dan kini Syria.

Apakah ‘ubah’ merupakan satu perjuangan atau satu bencana.
Namun ‘ubah’ kini seolah-olah menjadi satu trend di dunia Islam kerana penduduknya ingin melihat berlaku perubahan tetapi sebaliknya musibah yang menimpa dan yang mereka saksikan hanyalah perubahan yang merosakkan.

Apakah mungkin musuh Islam sengaja menyebarkan slogan ‘ubah’ dan menerapkannya dalam ideologi politik di negara-negara Islam sebagai senjata halus mereka untuk memusnahkan negara-negara Islam tanpa disedari.

Kini kita menyaksikan hampir kebanyakan konflik dan krisis di dunia, melanda negara-negara Islam.
Konflik bukan sahaja berlaku di bumi Palestin, tetapi juga di Iraq, Afghanistan, Pakistan, Kashmir, Xinjiang, Mali, Somalia dan banyak tempat lain.

Musuh-musuh Islam menerapkan slogan ‘ubah’ dalam sistem ekonomi, kewangan, politik, sosial dan agama di negara-negara Islam untuk menghancurkan negara-negara Islam dari dalam.

Apabila penduduk Islam tersedar semuanya sudah terlambat, semuanya sudah jahanam. Apakah situasi itu satu kebetulan atau ia dirancang.

Jika diteliti secara halus, perang saudara, konflik dan krisis yang berlaku di negara-negara Islam itu berpunca daripada perbezaan ideologi, fahaman politik dan pandangan hingga mewujudkan ketidakstabilan politik dan semua itu bermula dengan slogan ‘ubah’.

Selain itu, negara-negara yang terjebak dengan konflik dan krisis itu merupakan negara-negara miskin dan tidak mempunyai ekonomi yang kuat, menyebabkan kerajaan Islam menjadi tidak kuat dan tidak mampu melaksanakan pembangunan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang baik untuk rakyat.

Keadaan itu menyebabkan berlaku pengangguran, kemiskinan dan rasuah dalam negara, sekali gus mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat untuk bangkit memberontak menyebabkan negara menjadi huru-hara dan akhirnya kerajaan yang ada tidak dapat melaksanakan pentadbiran untuk membawa pembangunan.

Musuh Islam memahami benar situasi itu dan mula merancang bagaimana untuk memusnahkan negara-negara Islam dengan menerapkan slogan ‘ubah’, kononnya bagi memperbaiki sistem yang rosak, korup dan jahat.

Ini menyebabkan slogan ‘ubah’ mudah meresap dan mempengaruhi rakyat di negara-negara terbabit dan pihak-pihak berkepentingan pula menggunakan kesempatan itu untuk ‘merampas kuasa’ kononnya atas dasar bagi membawa perubahan.

Musuh-musuh Islam mempunyai agenda tersembunyi dan halus menggunakan pemimpin-pemimpin politik yang rakus atau pemimpin-pemimpin itu tidak sedar mereka dipergunakan.

Apabila negara-negara Islam itu telah terjebak dengan krisis dan konflik, maka senanglah mereka menggunakan jarum halus untuk campur tangan dalam negara Islam, kononnya atas dasar untuk melindungi nyawa penduduk awam.

Saturday, April 20, 2013

Melayu Singapura dalam Dilema


MARI BACA DAN FAHAM SEJARAH: Melayu Singapura dalam Dilema.

Allahyarham Pak Zubir Said, pencipta lagu rasmi 'Majulah Singapura'. Pada tahun 90-an, terdapat desakan agar lirik lagu ini diubah daripada Bahasa Melayu ke bahasa rasmi yang lain

Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun. Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.

Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis. Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.

Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain. Di dalam buku Tunku berjudul ‘Looking Back’, Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas anti-Melayu. Antaranya ialah ‘tiada satu pun antara tiga kaum utama –Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun’. Ikrar dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan oleh almarhum Tunku sebagai “orang yang tidak boleh dipercayai” dan kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke dalam konflik perkauman.

Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan mengimplementasikan dasar ‘Singaporean Singapore’ kepada rakyat mereka berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar berlaku? Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura. 

Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :

1) Ketenteraan : Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara tersebut. Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka dinafikan hak daripada menyertai ‘Unit Sensitif’ di dalam SAF walaupun mereka memiliki kelayakan tinggi. Malahan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan ‘keselamatan negara’ kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh Pemerintah Singapura.

2) Kerjaya : Golongan berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat. Kajian yang dibuat oleh Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemerintah Singapura.

3) Pendidikan : Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi 25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar kuota tersebut.

4) Politik : Walaupun hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja pada tahun 1991. Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr. Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri. Menjelang tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).

Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara, kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Singapura. Hasil kajiannya di dalam “Ethnicity and Nationality in Singapore” terbitan Centre for International Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina (69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi masyarakat Cina.

Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti ‘Malaysian First, Malay Second’, ‘Middle Malaysia’, ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ dan sebagainya yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada tangga kedua. 
Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan, mereka bermatian-matian pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia. 
Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu.

Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’, mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini. Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek Rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita.
_Faridah Daud

Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang Dan Memanah?


Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang Dan Memanah?

Kenapa kita digalakkan belajar menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya bukan? Sama ada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan? benarkah?

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

BERKUDA

Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

BERENANG

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

MEMANAH

Memanah melatih emosi untuk meletakkan ‘target’ pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.

Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.

Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.

“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten

Betapa banyak orang yang menginginkan kebaikan tetapi tidak pernah mendapatkannya.

KAEDAH: Betapa banyak orang yang menginginkan kebaikan tetapi tidak pernah mendapatkannya.

Diriwayatkan oleh Ad Darimi (1/79), Al Bazzar (Tarikh Wasith 1/198) dari ‘Amru bin Salamah Al Hamdani, katanya:
”Kami pernah duduk di pintu ‘Abdullah bin Mas’ud radliyallahu ‘anhu sebelum shalat zhuhur. Kalau dia keluar, kami berangkat bersamanya menuju Masjid. 
Tiba-tiba datanglah Abu Musa Al Asy’ari radliyallahu ‘anhu sambil berkata:
”Apakah sudah keluar bersama kalian Abu ‘Abdirrahman? Kami katakan:”Belum. ” 
Tatkala beliau keluar, kami berdiri, dan Abu Musa berkata
:”Ya Abu ‘Abdirrahman, sungguh aku baru saja melihat sesuatu yang pasti kau ingkari di Masjid itu. Dan saya tidak melihat –alhamdulillah- kecuali kebaikan. “
Ibnu Mas’ud berkata:”Apa itu?” Katanya pula:”Kalau kau panjang umur akan kau lihat pula sendiri.
 Saya lihat di masjid itu sekelompok orang dalam beberapa halaqah sedang menunggu shalat, dan masing-masing halaqah dipimpin satu orang, di tangan mereka tergenggam kerikil, dia berkata:
”Bertakbirlah seratus kali!” Maka yang lainpun bertakbir seratus kali. Pemimpinnya mengatakan:”Bertahlil seratus kali!” Merekapun bertahlil (mengucapkan laa ilaaha illallaahu). 
 Pemimpinnya mengatakan:”Bertasbihlah seratus kali!” Merekapun bertasbih seratus kali. 
Ibnu Mas’ud bertanya:”Lalu apa yang kau katakan kepada mereka?”
Abu Musa berkata:”Saya tidak mengatakan sesuatu karena menunggu pendapatmu. ”
Ibnu Mas’ud berucap:”Mengapa tidak kau perintahkan mereka menghitung dosa-dosa mereka, dan kau jamin tidak akan hilang sia-sia kebaikan mereka sedikitpun?

Kemudian dia berjalan, dan kamipun mengikutinya sampai tiba di tempat halaqah-halaqah itu. Beliau berhenti dan berkata:”Apa yang sedang kalian kerjakan ini?”
Mereka berkata:”Ya Abu ‘Abdirrahman, kerikil yang kami gunakan untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih. ”
Beliau berkata:
تَخَافُوْنَ أَلاَّ يَضِيْعَ مِنْ حَسَنَاتِكُمْ شَيْءٌ فَعْدُّوا سَيِّئَتِكُمْ فَأَنَا ضَامِنٌ لِحَسَنَاتِكُمْ أَلاَ يَضِيعَ مِنْهَا شَيْءٌ وَيْحَكُمْ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ مَا أَسْرَعَ هَلَكَتَكُمْ هَؤُلاَءِ صَحَابَةُ نَبِيِّكُمْ صلّى الله عليه وعلى آله وسلم مُتَوَافِرُوْنَ وَهَذِهِ آنِيَتُهُ لَمْ تُكْسَرْ وَثِيَابُهُ لَمْ تَبْلَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّكُمْ لَعَلَى مِلَّةٍ هِىَ أَهْدَى مِنْ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ أَوْ مُفْتَتِحُونَ بَابِ ضَلاَلَةٍ

“Coba kalian hitung dosa-dosa kalian, saya jamin tidak akan hilang sia-sia kebaikan kalian sedikitpun. Celaka kalian, wahai ummat Muhamamd! Alangkah cepatnya kalian binasa. Ini, mereka para sahabat Nabi kalian shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam, masih banyak di sekitar kalian. Pakaian beliau belum lagi rusak, mangkok-mangkok beliau beliau lagi pecah. Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya. Sesungguhnya kalian ini berada di atas millah (ajaran) yang lebih lurus daripada ajaran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam, ataukah sedang membuka pintu kesesatan?”
 
Mereka berkata:”Demi Allah, wahai Abu ‘Abdirrahman, kami tidak menginginkan apa-apa kecuali kebaikan. ”

Beliau berkata:”Betapa banyak orang yang menginginkan kebaikan tetapi tidak pernah mendapatkannya
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam telah menyampaikan kepada kami satu hadits, kata beliau:

أَنَّ قَوْمًا يَقْرَأُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تََرَاقِيَهُمْ يَمْرُقُوْنَ مِنْ الدِّيْنِ كَمَا يَمْرُقُوْنَ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ
“Sesungguhnya ada satu kaum mereka membaca Al Quran tapi tidak melewati tenggorokan mereka. Mereka lepas dari Islam seperti lepasnya anak panah dari sasarannya. ”
 
Demi Allah, saya tidak tahu, barangkali sebagian besarnya adalah dari kalian. ” Kemudian beliau berpaling meninggalkan mereka.
‘Amru bin Salamah mengatakan:
”Sesudah itu kami lihat sebagian besar mereka ikut memerangi kami di Nahrawand bersama Khawarij. “(Ash Shahihah no 2005).

Dipetik dari http://www.salaf.web.id/

  • Abdrahman Mohamad Ali Disamping kaedah itu, juga adalah, setiap bidaah yang kecil akan menjadi besar akhirnya. Bidaah seputar berzikir sebagai permulaannya, akhirnya menjadi KHAWARIJ yang membunuh kaum muslimin.