Saturday, May 4, 2013

Q&A – HUKUM TIDAK MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA








HUKUM MENGUNDI 

Soalan: Bolehkah jika tidak mahu mengundi kerana demokrasi dan pilihanraya bukan dari Islam dan tidak ada calon yang baik untuk dipilih?
Jawapan:
Saya melihat bahawa demokrasi di negara kita sudah sampai ke kemuncak. Dengan erti kata kita perlu sedar bahawa negara kita pada hari ini menjadi fokus musuh-musuh besar Barat di mana mereka merasa sangat tidak senang dan merasa iri hati dengan kemajuan dan kemakmuran yang telah kita kecapi di negara kita.
Jangan kita nafikan nikmat yang sedang kita kecapi ini. Jangan kita nafikan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Itu bukan sifat seorang Islam.
Buktinya adalah kita melihat bahawa ramainya orang-orang luar datang ke negara kita untuk mencari rezki, ramai pelajar-pelajar dari negara luar bahkan pelajar-pelajar dari negara Arab pun datang belajar di negara ini.
Bagi sesiapa yang tidak faham, orang Arab ini mereka tidak akan mudah mempercayai sesama orang Islam, lebih-lebih lagi orang dari negara-negara Arab yang kaya.
Orang Arab secara prinsipnya mereka ada satu perasaan bangga dan cemburu. Ini adalah satu masalah, iaitu mereka lebih memandang tinggi orang Barat berbanding orang Islam. Itu masalah mereka.
Tetapi apabila mereka datang ke negara kita untuk belajar, mencari rezki dan sebagainya maka ini adalah satu pengiktirafan.
Maka kita perlu faham dan sedar, bangun daripada lamunan. Kita perlu sedar bahawa usaha kerajaan-kerajaan orang kafir sekarang adalah tertumpu ke negara kita.
Tidak ada bukti yang lebih jelas daripada penyaluran dana-dana daripada NGO-NGO yang di belakangnya adalah orang-orang kafir Yahudi yang kononnya mahukan “Regime Change”, kononnya mereka mahu menukar kerajaan rejim. Ini semua merupakan satu propaganda bagi memburuk-burukkan kerajaan Islam.
Kita perlu sedar tentang muslihat musuh-musuh Islam ini. Kita sama sekali tidak mahu negara kita menjadi huru-hara seperti mana yang berlaku di negara-negara Arab yang lain.
Bahkan kita tidak perlu memandang jauh. Kita pandang sahaja negara-negara Islam serantau. Bagaimana kedudukan negara kita berbanding negara-negara Islam di serantau.
Bagi mereka yang ikhlas dan jujur, mereka akan mengakui bahawa negara kita lebih jauh di hadapan. Maka kemakmuran dan keamanan di negara kita perlu dijaga, dengan cara jangan ditukar pemerintah yang ada.
Bolehkah mengambil pendekatan tidak mahu mengundi? Saya melihat bahawa ianya adalah tidak wajar. Apabila kita sudah sedar bahawa kerajaan yang ada sedang digugat, dan sememangnya menjadi perintah Syarak supaya kita mempertahankan pemerintah,
إِذَا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الْآخَرَ مِنْهُمَا
“Jika diangkat dua orang pemerintah, maka bunuhlah yang kedua.” (Riwayat Muslim, Abu ‘Awaanah, Al-Baihaqi dan yang lain)
Kerana apa, kerana pemerintah yang kedua itu akan mengucar-kacirkan dan memecah-belahkan masyarakat.
Kita dapati bahawa ada pula calon daripada pembangkang yang beriya-iya hendak menjadi Perdana Menteri. Hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ini memang tepat kena pada batang hidungnya. Cuma kita janganlah sampai berlaku pertumpahan darah. Cukup sahaja kita menolaknya dengan cara kita jangan memilih mereka dan kekalkan kerajaan yang sedia ada.
Memang asalnya demokrasi adalah batil. Pilihan raya adalah batil. Tetapi kaedah Syarak menetapkan,
الضرورة تبيح المحظورات
“Darurat membolehkan sesuatu yang dilarang.”
Jangan kita lupa kaedah itu. Maka kalau kita melihat keadaan sudah menjadi genting, keadaan sudah menjadi cemas di mana kerajaan sudah diganggu gugat, ada kebarangkalian bahawa ia akan dijatuhkan, maka menjadi kewajipan ke atas kita untuk mempertahankan.
Jangan kita biarkan ianya berlaku. Kalau kita duduk diam sahaja kita akan menjadi syaitan yang bisu. Maka perlu ada usaha untuk kita kekalkan pemerintah yang ada, tidak semestinya kerana kita suka.
Maka kalau kita lihat ianya sudah jadi darurat iaitu ada keperluan, maka hukumnya menjadi wajib untuk kita mengundi dan mengekalkan pemerintah yang ada.
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab kuliah umum Demokrasi & Pilihanraya, 30/04/2013)

~
Dijawab oleh: Ustaz Idris Sulaiman
(Disalin dari rakaman sesi soal jawab kuliah umum Demokrasi & Pilihanraya, 30/04/2013)

No comments:

Post a Comment