(Abu Hana Muhammad Hazmin)
Rufaiqul Islam
a. Imam Hanafi – Perempuan yang hendak menunaikan haji disyaratkan bersama suami atau mahramnya. Jika tiada suami atau mahram tidak wajib perempuan tersebut menunaikan haji
.
b.ImamMalik– Tidak disyaratkan perempuan tersebut bersama suami atau mahram yang dipercayai bahkan disyaratkan aman baginya. Adalah makruh bagi bagi seorang wanita bermusafir sehari semalam tanpa mahramnya tetapi dibolehkan menunaikan haji bersama sekumpulan wanita dan orang-orang yang dipercayai sekalipun mereka bukan mahram bagi wanita tersebut.
c. Imam As-Syafie - Tidak wajib haji ke atas perempuan melainkan ada bersamanya suami, mahram atau perempuan yang dipercayai kerana membawa keamanan dalam permusafirannya.
d. Imam Ahmad - Wajib bersama Mahram dan alasan untuk tidak bersama Mahram bahkan haram mereka bermusafir dalam apa jua keadaan.
Rufaiqul Islam Ada satu hadith riwayat bukhari dari 'Adiy bin Hatim :
Jika kamu panjang umur kamu akan melihat wanita berjalan bersendirian dari hirah (Kawasan Iraq) sehingga melakukan tawaf di Mekah.Dia tidak takut melainkan Allah (dalam perjalanan).
Hadith ini menjadi dalil untuk wanita bermusafir tanpa mahram dengan syarat:
Keperluan nya sama seperti haji dan keperluan nya mendesak untuk berjalan tanpa mahram dan terjamin keselamatan nya semasa perjalanan dan sampai ke destinasi.Ini adalah di putuskan oleh sebahagian ashab Malik dan Syafi'e untuk keperluan wanita bermusafir tanpa mahram.
Ana rasa hadith yang ana berikan itu dah boleh jadi penyelesaian pada wanita tersebut...tetapi Arab Saudi dah buat syarat wajib bersama mahram...
Ana rasa elok enta bincang dengan syarikat perlancongan/Travel agent utk dapatkan penyelesaian.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment