SIAPA KATA TIADA BID'AH HASANAH?
Oleh: Mohd Hairi Nonchi (Cikgu Arie)
Soalan:
Adakah bid'ah al-Qur'an yang disusun sahabat, kaedah-kaedah ilmiah seperti Mustholah al-Hadith, Ushuluddin, penggunaan mikrofon untuk azan, solat di atas kenderaan moden seperti kereta dan seumpama kerana semua ini tidak pernah muncul di zaman Nabi?
Jawapan
Harus dibezakan antara perkara baru (bid’ah) yang muncul di dalam urusan ibadah (pertambahan, pengurangan dan perubahan pada tatacara ibadah yang diajarkan oleh Nabi) dengan perkara baru yang berlaku di luar ibadah (urusan keduniaan) dimana ianya berfungsi sebagai ‘sarana’ yang memberi maslahah kepada ummah dan perjalanan syariat.
Al-Qur’an dalam bentuk kitab yang tersusun (mushaf), kaedah-kaedah ilmiah seperti Mustholah al-hadith, Ushul ad-Din, Tafsir, Tarikh, penggunaan kenderaan moden ke masjid, pengguanaan alat pembesar suara (microfon) bagi tujuan laungan azan dan sebagainya, semua ini adalah adalah perkara baru yang tidak pernah muncul di zaman Nabi (bid’ah). Namun ia tidaklah tercela di sisi ajaran agama kerana apa yang baru di sini hanyalah pada ‘alat’ atau ‘sarana’ tersebut, bukan pada inti ajaran agama dan ibadah yang sedia diajarkan oleh Rasulullah.
Sebagai contoh ialah pembukuan al-Qur’an oleh para Sahabat. Apa yang baru (bid’ah) di sini adalah pembukuan tersebut (alat/sarana), namun lafaz, makna dan pengajaran (intipati) yang terkandung di dalamnya tidaklah berubah. Ia masih kekal sebagaimana yang didatangkan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Demikian juga bagi orang yang bersolat di atas kenderaan moden, alat kenderaan yang tidak pernah muncul di zaman Nabi. Apa yang baru di sini hanyalah pada ‘sarana’ solat itu dilaksanakan (kenderaan), namun kaifiyyat (tatacara) solat hendaklah sebagaimana yang diajarkan oleh baginda tanpa sebarang tokok tambah atau perubahan padanya.
Mudah kata:
1 - Bid'ah dalam urusan ibadah adalah suatu yang diharamkan. Dalilnya:
Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.
Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat. - Abu Daud, no. 4607, at-Tirmidzi, no. 2676 dan al-Hakim 1/95. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi.
Berkata ‘Abdullah bin ‘Umar:
كلُّ بدعة ضلالة وإن رآها النا س حسنة.
Semua bid’ah adalah sesat walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik). - al-Lalaka’i, 1/104 dan Ibn Battah dalam al-Ibanah 1/339, no. 205.
2 - Bid'ah dalam konteks keduniaan / muamalah yang memberi maslahah kepada umat dan perjalanan syariat adalah suatu yang dibolehkan.
Dalilnya:
أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِدُنْيَاكُمْ
Kamu lebih tahu urusan dunia kamu. - Shahih Muslim, no. 2363.
Sabdanya lagi dalam hadith yang lain:
إِنْ كَانَ شَيْئًامِنْ أَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَشَأْنُكُمْ بِهِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أُمُوْرِ دِينِكُمْ فَإِلَيَّ.
Jika sekiranya sesuatu itu (berkaitan dengan) urusan dunia kamu, maka uruskanlah dengannya dan kalau sekiranya (ia berkaitan dengan) urusan agama kamu maka kembalikanlah kepada aku. - Sunan Ibn Majah, no. 2462.
MENJAWAB SYUBHAT
Soalan:
Bukankah ada ulamak yang membahagikan bid'ah kepada dua, dholalah (sesat) dan hasanah (baik)?
Jawapan:
Benar. Namun jika dilihat kepada maksud dan contoh bid'ah yang mereka kemukakan, tiada satu jua padanya berkaitan dengan ibadah dalam pengertian mewujudkan ibadah yang baru dengan kaifiyyat (tatacara) yang tidak diajar dan dicontohkan oleh Nabi. Salah seorang ahli hadith bermazhab Syafie, Imam as-Sayuti ketika menerangkan contoh-contoh bid'ah hasanah, beliau menulis di dalam kitabnya al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’, ms. 25:
Bid‘ah hasanah disepakati keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuatan bid‘ah yang bertepatan dengan kaedah-kaedah syarak tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah (singgahan) musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang makruf, tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa.
Perhatikan tiada satu jua contoh-contoh bid’ah hasanah yang dikemukakan oleh salah seorang ulama bermazhab Syafie ini yang berkaitan dengan ibadah.
Wallahua'lam.
-------------------
Abu Aisyah Haidir Hamzah Imam asy-Syafi’e berkata:
من استحسن فقد شرع.
“Barangsiapa yang menganggap baik (bid’ah hasanah), maka dia telah menetapkan syariat.”(Al-Umm, Kitabul Ibtholul Istihsan jil. 7 ms. 313-320)
Telah diriwayatkan dari Imam asy-Syafi’e perkataan yang menjelaskan lagi maksud beliau perkataan bid’ah mahmudah dan mazhmumah, dia berkata.
المحدثات ضربان ما أحدث مما يخالف كتابا أو سنة أو أثرا أو إجماعا فهذه البدعة الضلالة وما أحدث فيه من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا وهذه محدثة غير مذمومة.
“Hal-hal yang baru yang diada-adakan terbahagi kepada dua. Perkara baru yang menyelisihi Kitab atau sunnah, atau atsar (perkataan para sahabat) atau ijma’, maka inilah bid’ah dholalah (sesat). Dan perkara-perkara kebaikan yang tidak menyelisihi satu pun dari apa yang telah disebutkan, maka inilah bid’ah yang tidak tercela.” (Jami’ul ‘Ulum wal Hikam 1/267).
Perkataan Imam Syafi’e ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Manaqibu asy-Syafi’e 1/468-469 dan beliau mensahihkannya. Perkataan yang sama dinukilkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani di dalam kitab nya Fathul Bari ketika mensyarahkan hadits Imam Bukhari di Kitab al-I’tishom bil kitabi was sunnah dalam bab ‘Qauluhu babun al-Iqtidaa`u bisunani rasulillahi shallallahu ‘alaihi wa sallam’ 13/253.
*bid'ah yang tidak tercela = melibatkan pembahruan hal-hal dunia
*bid'ah dholalah = melibatkan pembahruan hal-hal agama Islam

by Mohd Hairi Nonchi (Notes) , March 12, 2012

Wan Ahmadi Jalil Sesungguhnya
para pemuka yang menduduki jawatan-jawatan penting dalam hal ehwal
agamalah yang menentukan kelangsungan 'cepat atau lambat' orang awam
menerima dengan mudah atau menolak dengan penuh dakyah berbaur fitnah
dengan berbagai alasan menafikan kebenaran.Samada ada tafsiran,takwilan
dan kaedah diguna-pakai bagi menegakan hujjah pihak masing-masing,hanya
berikan pandangan sahaja.W'lam.
No comments:
Post a Comment