Tuesday, May 14, 2013

Beginilah Ahli Sunnah wal-Jama’ah Mentaati Pemerintah



Beginilah Ahli Sunnah wal-Jama’ah Mentaati Pemerintah
Abu Numair Nawawi B. Subandi
www.ilmusunnah.com



Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.
Syaikh ‘Abdullah B. ‘Abdul Hamid hafizahullah menegaskan:
فَأهل السُّنَة والجماعة: يقولون إِن طاعة أُولي الأَمر في المعروف أَصل عظيم من أُصولِ العقيدة، ومن هنا أَدرجها أَئمَة السلف في جملة العقائد، وقل أَن يخلو كتاب من كتب العقائد إِلا تضمن تقريرها وشرحها وبيانها، وهي فريضة شرعية لكلِّ مسلم؛ لأنها أَمر أَساسي لوجود الانضباط في دولة الإسلام
“Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berpandangan bahawa ta’at kepada Ulil Amri (pemerintah) dalam hal-hal yang ma’ruf merupakan salah satu prinsip (ushul) penting dalam prinsip-prinsip beraqidah. Dari sinilah para Imam salaf memasukkannya dalam kategori masalah ‘aqidah. Hampir tidak ada kitab-kitab tentang ‘aqidah yang tidak menyebutkan perkara ini, menerangkan, dan menjelaskannya. Dan ianya merupakan kewajipan bagi setiap muslim secara syar’i. Kerana hal tersebut adalah perkara yang asas dalam mewujudkan ketertiban dalam Negara Islam.” (‘Abdullah B. ‘Abdul Hamid al-Atsari, al-Wajiiz fii ‘Aqidah as-Salaf ash-Sholeh, m/s. 130)
Adapun ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:
1 – Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,
2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka..

Teruskan bacaan...

No comments:

Post a Comment